Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.

2/2015

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.2/2015 KHAS BERSAMA JEMAAH NAZIR


SEKOLAH KEBANGSAAN KELAPA SAWIT NO.2, BUKIT PENINJAU, SUBIS, SARAWAK

Tarikh : 7 APRIL 2015


Masa : Jam 1400 – Jam 1600
Tempat : Kelas Pemulihan, SK Kelapa Sawit No.2
Hadir : 1. Dr. Ong Ewe Gnoh (Ketua Nazir)
2. Encik Mohd Fairuz Bin Dollah (Ketua Panitia)
3. Encik Jolkili Bin Ya’akup
4. Encik Sofian Bin Perasis
5. Cik Noor Hayati Bt Mat Yusof
6. Cik Sylvia Lirang Njok
7. Cik Nor Aida Mohd Samsuri

1.0 UCAPAN DR. ONG EWE GNOH (KETUA NAZIR)


1.1 Dr. Ong Ewe Gnoh mengucapkan selamat datang ke mesyuarat khas Panitia
Matematik bersempena dengan lawatan jemaah nazir ke SK Kelapa Sawit No.2
2015.
1.2 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir kerana
sanggup mengorbankan masa petang untuk mendengar taklimat daripada
beliau.
1.3 Beliau menjelaskan tujuan utama mesyuarat dan taklimat pada kali ini adalah
untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama guru berkenaan pengurusan
Panitia, khususnya Panitia Matematik dan pengajaran Matematik di dalam kelas.
Tindakan : Makluman Semua Ahli

2.0 PENGURUSAN PANITIA


2.1 PENGURUSAN KURIKULUM
2.1.1 Ahli mesyuarat dimaklumkan tentang susun atur jawatankuasa
pengurusan kurikulum di sekolah. Menurut Dr. Ong Ewe Gnoh, Panitia
Matematik merupakan salah satu unit di bawah Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
2.1.2 Berikut merupakan carta organisasi yang seharusnya ada pada panitia :

PENGERUSI
(Ketua Panitia)

SETIAUSAHA

AHLI
(Guru Mata pelajaran)

1
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.2/2015

2.1.3 Ketua Panitia perlu menerima surat lantikan dari pihak pentadbir sekolah
untuk menjalankan tugas dan menjadi punca kuasa sebagai Ketua Panitia.
2.1.4 Panitia juga berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI). Bil
4/1986 untuk beroperasi.
2.1.5 Guru Pemulihan dan Guru Pra Sekolah boleh dijemput untuk menyertai
Panitia kerana mereka adalah sebahagian daripada asas pembelajaran
Matematik di sekolah.
Tindakan : Ketua Panitia dan Ahli

2.2 PANITIA MATA PELAJARAN


2.2.1 Ahli mesyuarat telah dimaklumkan oleh Dr. Ong Ewe Gnoh tentang
maksud dan tujuan panitia ditubuhkan.
2.2.2 Menurut beliau, Panitia adalah salah satu badan ikhtisas yang dianggotai
oleh semua guru mata pelajaran. Ianya menggembeling tenaga pengajar
dalam menyelaras aktiviti dan tugas mengajar melalui strategi PdP yang
berkesan. Panitia juga menjadi penghubung antara guru dan kepimpinan.
2.2.3 Para guru telah disarankan untuk memilikki satu salinan buku Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang boleh dimuat turun dari
internet. Ianya adalah penting sebagai rujukan guru untuk melihat
pengurusan Kurikulum yang terdapat di bawah Standard 3; Aspek 3.1.
Tindakan : Semua Ahli

2.3 DAPATAN PEMERIKSAAN JNJK


2.3.1 Berdasarkan dapatan pemeriksaan JNJK, Dr. Ong Ewe Gnoh menyatakan
bahawa prestasi pengurusan mata pelajaran untuk sekolah rendah pada
tahun 2013 adalah sekadar berada dalam tahap memuaskan (34.46%).
2.3.2 Ahli mesyuarat dimaklumkan bawah pencapaian untuk sekolah
menengah pula berada dalam tahap harapan (61.68%).
2.3.3 Dr. Ong Ewe Gnoh juga memaklumkan bahawa prestasi pembelajaran
dan pengajaran pada 2011, 2012 dan 2013 adalah kurang menyerlah.
Hanya 3.22% di tahap cemerlang dan 14.20% di tahap baik.
Tindakan : Makluman Semua Ahli

2.4 PENGURUSAN PANITIA


2.4.1 Dr. Ong Ewe Gnoh menyatakan bahawa pengurusan sesebuah panitia
mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil.4/1986.
2.4.2 Antara perkara asas yang termaktub dalam surat berkenaan adalah
seperti berikut :
(i) Penubuhan Panitia

2
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.2/2015

(ii) Menyediakan RPT


(iii) Merancang program
(iv) Mensyuarat Panita
(v) Penilaian
2.4.3 Semua ahli panitia diingatkan agar memilikki Rancangan Pengajaran
Tahunan yang dikemaskini dan tidak hanya copy and paste semata-mata
dari internet.
2.4.4 Untuk perancangan program, Panitia Matematik disarankan untuk
merancang dan melaksanakan program yang betul-betul mendatangkan
impak positif dalam pembelajaran murid-murid. Bagi program yang
kurang efektif, ianya boleh digugurkan dan diganti dengan yang baharu
atau diubahsuai pendekatannya. Panitia dinasihatkan agar lebih
mengutamakan kualiti daripada kuantiti program.
2.4.5 Mesyuarat Panitia telah dicadangkan untuk dibuat sebanyak 3 kali
sekurang-kurangnya dalam setahun. Ianya mestilah direkod sebagai minit
mesyuarat dan dilampirkan dalam fail panitia sebagi rujukan di masa
akan datang. Perbincangan secara tidak formal di kalangan ahli juga
boleh direkod untuk tujuan panduan.
2.4.6 Panitia juga diingatkan supaya sering membuat analisis atau post mortem
selepas sesuatu ujian atau program dijalankan. Hal ini penting untuk
menilai dan memperbaiki kelamahan pada murid atau program.
Tindakan : Ketua Panitia dan Ahli

2.5 KELEMAHAN PENGURUSAN PANITIA


2.5.1 Menurut Dr. Ong Ewe Gnoh, terdapat 3 punca ketara yang menyumbang
ke arah kelemahan pengurusan panitia.
2.5.2 Punca utama adalah disebabkan pelantikan Ketua Panitia yang kurang
berpengalaman. Beliau menyatakan bahawa sudah menjadi amalan di
mana-mana sekolah, guru baharu akan dilantik menjadi ketua panitia.
2.5.3 Kelemahan ke dua adalah Ketua Panitia tidak berkemahiran dalam
mengurus panitia dan kewangan. Dr. Ong Ewe Gnoh mengingatkan
bahawa penggunaan peruntukan panitia tidak sesuai digunakan untuk
membeli buku latihan yang diguna sekali sahaja. Item yang dibeli
mestilah boleh diguna pakai dari tahun ke tahun.
2.5.4 Kelemahan ke tiga ialah kegagalan panitia sebagai badan professional
yang membincangkan masalah PdP, program penambahbaikan dan
latihan guru.
Tindakan : Ketua Panitia dan Ahli

3
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.2/2015

2.6 PERKARA UNTUK MEREALISASIKAN TUJUAN PANITIA (SPI BIL.4/86)


2.6.1 Ahli mesyuarat telah diperlihatkan beberapa kepentingan Ketua Panitia
yang beribawa, sekali gus merealisasikan tujuan penubuhan panitia.
2.6.2 Dr. Ong Ewe Gnoh telah meberitahu langkah-langkah untuk mencapai
tujuan panitia. Antaranya adalah dengan memperbailki atau
meningkatkan kualiti PdP guru. Guru disarankan untuk mendapatkan
streategi PdP yang berkesan dan mendorong murid untuk terus
berkembang dalam akademik. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar
Panitia Matematik berkerjasama dengan panitia dan unit lain,
terutamanya dengan unit ko-akademik. Hal ini adalah untuk menjamin
kelangsungan murid untuk terus menimba ilmu di luar PdP.
Tindakan : Ketua Panitia dan Ahli

2.7 PENGURUSAN FAIL


2.7.1 Panitia Matematik diperingatkan bahawa kepentingan sistem fail adalah
untuk menjadi panduan kepada ahli dan pihak lain pada masa depan.
2.7.2 Ahli panitia, terutamanya Ketua Panitia diingatkan agar tidak membawa
bersama dokumen atau fail semasa berpindah ke stesen yang lain.
2.7.3 Ahli mesyuarat telah ditunjukkan dengan penyediaan nombor rujukan
fail. Berikut adalah contoh kod fail yang digunakan :
Fail Maklumat Guru Panitia : 06/04/004/01
06 – KURIKULUM
04 – Panitia
004 – Matematik
01 – Maklumat Guru Panitia
2.7.4 Berikut adalah nombor fail pecahan.
01 – Maklumat Guru Panitia dan Jadual Waktu
02 – Surat Menyurat Panitia
03 – Minit Mesyuarat Panitia
04 – Rancangan dan Aktiviti Panitia
05 - Analisis Peperiksaan UPSR/ Sekolah
06 – Pencerapan Guru-guru/Penyemakan Buku Latihan
07 – Rancangan Tahunan/Huraian Sukatan Pelajaran – guna box
file
08 – kertas-kertas soalan UPSR/Sekolah – guna box file

2.7.5 Nama panitia mesti ditulis pada muka depan setiap fail.

4
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.2/2015

2.7.6 Panitia Matematik kali ini dinasihatkan agar menukar warna fail mengikut
kesesuaian status fail, iaitu warna putih (fail terbuka).
Tindakan : Ketua Panitia dan Ahli

3.0 SARANAN LAIN KETUA NAZIR KEPADA PANITIA MATEMATIK


3.1 PELAN STRATEGIK
3.1.1 Setiap guru diminta untuk memiliki satu salinan pelan strategik sekolah
sebagai satu panduan untuk bergerak bersama dengan yang lain bagi
mencapai pelan yang telah dirancang.
3.1.2 Dr. Ong Ewe Gnoh mengingatkan sekali lagi bahawa perancangan
program atau pelan hendaklah rasional, mengikut kemampuan pelaksana
dan kumpulan sasaran, efektif dan berkualiti.
Tindakan : Semua Ahli

3.2 STRATEGI PdP


3.2.1 Semua guru disarankan menjadi lebih dinamik dan berusaha mencari
pendekatan yang sesuai dengan pencapaian murid.
3.2.2 Strategi pengajaran yang kurang berkesan perlu diubah.
3.2.3 Semua ahli mesyuarat dicadangkan agar memperbanyakkan program
pencerapan bagi melihat dan memperbaiki kelemahan pedagogi.
3.2.4 Dr. Ong Ewe Gnoh mencadangkan agar murid-murid lemah di tahun 6
boleh menjalani program “Anak Angkat”. Setiap ahli panitia mengambil
seorang atau 2 orang murid untuk dibimbing khas dari masa ke semasa
dan pelaksanaan program ini perlulah direkod sebagai rujukan pada masa
akan datang.
3.2.5 Beliau juga mencadangkan agar kaedah yang hampir sama dijalankan
kepada murid-murid yang tidak menguasai sesuatu objektif
pembelajaran. Guru boleh mengadakan kelas tambahan atau bimbingan
khusus kepada murid-murid ini di luar waktu PdP.
3.2.6 Selain itu, beliau juga mengutarakan beberapa cara untuk mengatasi
masalah lemah sifir. Antaranya ialah menerusi “flash card” bersama
rakan atau anugerah bentuk bintang kepada murid yang berjaya
menguasai sifir.
Tindakan : Semua Ahli Panitia

3.3 POST MORTEM


3.3.1 Ketua Panitia diingatkan untuk menganjurkan post mortem setiap kali
selesai sesuatu ujian dan projek.

5
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.2/2015

3.3.2 Hal ini penting untuk melihat keberhasilan program yang dilaksanakan
dan mengatur strategi lain jika perlu.
3.3.3 Selain itu, ianya boleh mngukur perkembangan murid-murid.
3.3.4 Post mortem yang tidak formal seperti perbincangan antara guru di bilik
guru perlu dikerod sebagai rujukan.
Tindakan : Ketua Panitia dan Semua Ahli
3.4 KO-AKADEMIK
3.4.1 Dr. Ong Ewe Gnoh menasihatkan agar Panitia Matematik memohon
kerjasama unit Kokurikulum untuk menubuhkan kelab Matematik demi
menjamin kelangsungan murid menerima pengetahuan Matematik.
3.4.2 Menurut beliau, hal ini penting kerana murid-murid tidak sepenuhnya
boleh menerima ilmu semasa PdP. Maka, aktiviti ko-akademik seperti ini
mampu menjadi medium alternatif kepada murid untuk belajar.
3.4.3 Selain itu, ianya juga mampu membina yakin diri di kalangan murid-
murid, terutamanya dari segi sosial dan psikologi.
Tindakan : Ketua Panitia dan Ahli

4.0 PENUTUP
Sebelum menangguhkan mesyuarat, Dr.Ong Ewe Gnoh sekali lagi mengucapkan terima
kasih tidak terhingga kepada semua kerana telah menghadirikan diri ke taklimat beliau.
Beliau juga memohon maaf jika taklimat mengganggu masa para guru. Beliau
mengakhiri perjumpaan dengan kemaafan jika teguran dan nasihat beliau boleh
menyentuh perasaan mana-mana pihak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1600.

Disediakan oleh :

……………………………………………..
MOHD FAIRUZ BIN DOLLAH

(KETUA PANITIA MATEMATIK)

You might also like