Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

SJK (TAMIL) JALAN FLETCHER,


KUALA LUMPUR

LAPORAN

KAJIAN JOM KE SEKOLAH


KEPADA KUMPULAN MURID
PONTENG DAN MURID AKTIF
HADIR KE SEKOLAH
ULASAN ANALISIS DAN DAPATAN
SOAL SELIDIK KAJIAN JOM KE SEKOLAH

(KUMPULAN MURID AKTIF HADIR SEKOLAH – 20 ORANG)

BILANGAN 1 : Saya datang ke sekolah kerana :


Setiap item yang disoal, keputusannya mendapat jawapan YA daripada murid-murid bagi
setiap soalan manakala bagi soalan K pula murid-murid seramai 8 orang menjawab TIDAK
dan mereka menyatakan menghadapi tekanan dan ketakutan untuk menghadapi peperiksaan
setiap kali dijalankan oleh sekolah. Majoriti murid tandakan YA pada Bil.1 apabila disoal
selidik oleh Guru Bimbingan sekolah.

BILANGAN 2 : Saya belajar di sekolah kerana :


Kebanyakan item yang disoal bagi Bil.2 didapati murid menjawab YA manakala murid-
murid hanya 15 orang yang memilih soalan (k) dan 5 orang memilih TIDAK bagi soalan ini.
Mereka merasa tidak senang apabila guru memberikan kerja rumah. Ini mengurangkan
bilangan murid ke sekolah atas alasan ini.

BILANGAN 3 : Saya suka sekolah kerana :


Dalam bahagian ini pula semua murid memilih jawapan YA bagi setiap soalan yang disoal
melainkan soalan 3i dimana terdapat 9 orang murid memilih TIDAK dengan menyatakan
mereka tidak mendapai capaian kemudahan internet di sekolah.

BILANGAN 4 : Saya datang ke sekolah kerana :


Bagi setiap soalan item Bil.4 ini murid-murid sekolah memilih YA pada semua soalan yang
ditanyakan oleh Kaunselor sekolah kerana mereka secara keseluruhan menandakan YA pada
semua soalan. Seramai 20 orang murid menyatakan YA pada semua soalan bahagian ini.

BILANGAN 5 : Saya seronok datang ke sekolah kerana :


Dalam bahagian Bil.5 pula ramai murid-murid yang memilih YA pada sebahagian soalan
yang ditanya manakala bagi soalan (g) pula keseluruhan murid seramai 20 orang telah
menandakan TIDAK pada soalan yang ditanya. Mereka menandakan TIDAK kerana
peraturan sekolah yang telah ditetapkan tidak boleh diubah mengikut peredaran masa. Ini
memberi penjelasan bahawa setiap undang-undang sekolah yang dirangka tidak boleh dipinda
sesuka hat mengikut kemahuan murid.

BILANGAN 6 : Saya ke sekolah kerana :


Dalam bahagian ini, terdapat ibubapa yang tidak memberikan wang yang mencukupi bagi
murid-murid iaitu seramai 10 orang yang menandakan TIDAK pada soalan (c) manakala 9
orang murid yang menandakan TIDAK pada soalan (e) yang memberitahu ibubapa sering
tidak hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan guru sekolah.
ULASAN ANALISIS DAN DAPATAN
SOAL SELIDIK KAJIAN JOM KE SEKOLAH

(KUMPULAN MURID KERAP PONTENG SEKOLAH – 20 ORANG)

BILANGAN 1 : Saya datang ke sekolah kerana :


Dalam bahagian Bil.1 semua item yang disoal mendapat jawapan YA & TIDAK daripada
murid-murid kumpulan kerap ponteng ini. Murid hanya menandakan 2 jawapan pada ruangan
YA iaitu pada soalan tiada tekanan untuk menghadapi peperiksaan. Ini menunjukan kesecara
keseluruhan mereka mempunyai tekanan yang tinggi sewaktu musim peperiksaan yang
menyebabkan mereka takut ke sekoah. Bagi item-item yang lain pula jawapan lebih 10 murid
yang menandakan YA pada soalan yang disoal oleh Kaunselor.

BILANGAN 2 : Saya belajar di sekolah kerana :


Kebanyakan item yang disoal bagi Bil.2 didapati murid menjawab YA manakala murid-
murid hanya 7 yang memilih YA pada soalan (k) dan 13 orang memilih TIDAK bagi soalan
ini. Mereka merasa tidak senang apabila guru memberikan kerja rumah. Ini mengurangkan
bilangan murid ke sekolah atas alasan beban kerja rumah.

BILANGAN 3 : Saya suka sekolah kerana :


Dalam bahagian ini pula terdapat seramai 7 orang murid sahaja yang memilih jawapan YA
bagi setiap soalan Bil.3 (i) manakala 13 orang murid memilih TIDAK pada soalan ini. Ini
memberitahu kepada kita bahawa mereka tidak mendapai capaian kemudahan internet di
sekolah ini.

BILANGAN 4 : Saya datang ke sekolah kerana :

BILANGAN 5 : Saya seronok datang ke sekolah kerana :


BILANGAN 6 : Saya ke sekolah kerana :

BAHAGIAN C

CADANGAN SAYA UNTUK MENARIK MINAT MURID-MURID DATANG KE


SEKOLAH ADALAH :

 Pihak sekolah memberikan hadiah atau cenderamata kepada murid yang kerap hadir
ke sekolah di tapak perhimpunan bagi memberi semangat dan perangsang kepada
murid tersebut dan murid yang lain.

 Memperkenalkan Sistem Merit-Demerit bagi setiap kelas bagi menggalakan


kedatangan murid ke sekolah serta kelas yang menunjukan kedatangan yang
menggalakan perlu diumumkan setiap minggu dan diberi penghargaan.

 Guru Bimbingan / Kaunselor dan Guru Kelas perlu memantau kedatangan murid dari
semasa ke semasa dan ibu bapa murid perlu dilaporkan dengan segera jika terdapat
kes murid yang kerap tidak hadir ke sekolah.

 Guru Bimbingan / Kaunselor dan Guru Kelas juga perlu memantau kedatangan murid
dari dan adalah digalakan kunjungan dan lawatan ke rumah ke rumah murid yang
kerap ponteng sekolah agar mereka dapat tahu sebab ketidakhadiran mereka ke
sekolah. Malah ini juga menunjukan keprihatinan pihak sekolah terhadap masalah
murid ponteng sekolah.

 Bantuan dan kerjasama pihak PIBG sekolah amat penting dalam membuat kunjungan
mesra ke rumah murid yang kerap tidah hadir sekolah. Ini dapat menggalakan
kehadiran pada masa akan datang.

 Memperkenalkan beberapa langkah positif seperti penubuhan Projek Taman Herba,


Taman Burung & Kolam ikan bagi menggalakan minat murid hadir ke sekolah setiap
hari kerana mereka tertarik dengan Projek sekolah tersebut. Selain itu, murid-murid
yang kerap ponteng sekolah perlu diberikan tanggungjawab menguruskan Projek baru
ini agar ini satu kewajipan mereka ke sekolah setiap.

 Murid-murid yang kerap tidak ke sekolah perlu diberikan kaunseling dan perhatian
serius oleh guru kelas supaya kesedaran dapat dipupuk dalam kalangan mereka.

 Hukuman seperti melakukan kerja-kerja kebajikan di sekolah perlu dikenakan kepada


murid-murid yang kerap ponteng sekolah agar ia menginsafkan mereka dan kehadiran
murid dapat dipertingkatkan di masa depan.
 Ceramah dan Taklimat tentang kepentingan murid hadir ke sekolah perlu disampaikan
kepada kumpulan murid yang kerap ponteng supaya mereka dapat diinsafkan.

 Guru selalu memberi pujian dan galakan di dalam bilik darjah dan perhimpunan
sekolah kepada murid-murid yang kerap hadir ke sekolah supaya ini dapat memberi
semangat positif kepada yang lain.

 Program Kaunseling Berfokus bagi setiap minggu perlu dijalankan kepada murid-
murid yang bermasalah ponteng sekolah di mana kaunselor perlu menggunakan
modul dan kaedah rawatan yang lebih efektif agar perubahan dapat dilihat segera.

 Program Keibubapaan perlu dijalankan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan


kepada warga ibubapa kepentingan anak mereka hadir ke sekolah.

 Suasana ceria sekolah dan keadaan konduksif menggalakan murid hadir ke sekolah
setiap hari. Maka aspek kebersihan dan pengurusan kecerian sekolah perlu diberi
perhatian oleh pihak sekolah.

 Setiap waktu P&P dijalankan guru matapelajaran perlu member peringatan dan
motivasi bagi menggalakan murid-murid hadir ke sekolah rutin kerana peranan guru
amat pentinga dalam mengatasi masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid.

Disediakan oleh :

-------------------------------------------------
(EN. SELVAKUMAR M. KUMARAKURU)
Guru Bimbingan
SJK (Tamil) Jalan Fletcher,
Kuala Lumpur

Disemak oleh :

----------------------------------------------------
(PN. LOURDEMARY A/P SOOSAY)
Guru Besar
SJK (Tamil) Jalan Fletcher,
Kuala Lumpur

You might also like