Modul PP 1 Efektif Bab 4

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

43

BAB 4 : KEWANGAN

Kewangan
H1.Mencari sumber-pembiayaan organisasi/perniagaan seperti
operasi utama, sewaan, faedah, jualan aset, yuran, derma dan
H2.Membelanja sumber-sumber yang ada seperti perbelanjaan
operasi, perbelanjaan pentadbiran dan lain-lain.

Peranan Pengurus Kewangan

F1.Membuat perancangan kewangan.


H1-menentukan objektif kewangan dan garis panduan tindakan

F2.Menganalisis kewangan syarikat.


H1- membuat penilaian ke atas penyata kewangan

F3.Menilai dan memilih sumber pembiayaan terbaik.


H1-menentukan jenis pembiayaan iaitu ekuiti dan hutang
H2-membuat keputusan pembiayaan ekuiti, hutang atau
kombinasi ekuiti dan hutang

F4.Menggunakkan dana secara berkesan.


H1-membuat pelaburan dan perbelanjaan supaya objektif
kewangan dapat dicapai

F5.Menjaga kecairan dan keberuntungan syarikat.


H1-memastikan kedudukan tunai yang mencukupi dalam
organisasi
H2-memastikan pulangan perniagaan yang maksima

Kaitan kewangan dengan bidang lain


F1.Pengeluaran
H1– memberi dana kepada jabatan pengeluaran menjalankan
operasi pengeluaran.

F2.Pemasaran
H1– jualan merupakan sumber hasil utama kepada bidang
kewangan

F3.Sumber manusia
H1– membayar semua aktiviti pekerja seperti mengambil
pekerja, membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja.

F4.Perakaunan
H1– menyediakan penyata kewangan seperti penyata
pendapatan, penyata aliran tunai dan penyata kunci kira-kira
kepada jabatan kewangan

Objektif Kewangan

F1.Meningkatkan kekayaan pemegang saham.


H1-Meningkatkan nilai perolehan persyer/persaham
H2-Pulangan kepada pemegang saham
H3-Memaksimumkan nilai syarikat
H4-Matlamat menyeluruh ialah maksimum jualan, luaskan
pasaran.
H5-Matlamat jangka panjang
H6-Mengambil kira nilai masa wang iaitu aliran tunai yang
besar pada awal lebih baik
H7-Mengambil kira risiko, risiko tinggi pulangan hendaklah
tinggi begitu sebaliknya.
H8-Hayat perniagaan lebih panjang.
44

H9-syarikat perlu memaksimumkan keuntungan supaya dapat


memaksimumkan pemegang saham.

Penyata Kewangan
H1-menghuraikan rumusan kedudukan nilai wang bagi
perniagaan
H2-melibatkan nilai aset, liabiliti, pendapatan , keuntungan,
perbelanjaan dan aliran tunai.

Pihak-pihak berkepentingan terhadap penyata kewangan


H1-merupakan pihak yang mempunyai hubungan langsung
dengan pihak perniagaan

F1.Pemegang saham
H1-merupakan pemilik perniagaan memastikan pelaburan
mereka digunakan sebaik mungkin.

F2. Pemodal
H1-melaburkan modal dalam perniagaan
H2- mengetahui pencapaian syarikat

F3. Pembekal
H1- pihak yang menyediakan bekalan dan memberi dan
membaharui kemudahan kredit dagangan

F4. Pihak pengurusan


H1- pihak yang merancang, mengorganisasi dan mengawal
semua aset ada dalam perniagaan.

F5. Agensi kerajaan


H1-pentadbir negara merupakan pihak bertanggungjawab ke
atas pungutan cukai

F6. Kesatuan sekerja


H1- pihak yang mewakili kumpulan pekerja untuk menjaga
kebajikan pekerja.

F7. Pesaing
H1-pihak yang mengeluarkan produk yang sama dalam
industri yang sama boleh menjadi ancaman kepada perniagaan.

Penyata Pendapatan
H1-Dikenali sebagia penyata untung rugi
H2-Ringkasan tentang semua pendapatan dan perbelanjaan
syarikat untuk jangkamasa tertentu
H3-Tujuan utama untuk menunjukkan syarikat mengalami
keuntungan atau kerugian.
H4-Pendapatan yang diperolehi adalah lebihan antara hasil
dengan belanja dalam satu tempoh.

Kunci kira-kira
H1-Memberi gambaran secara ringkas mengenai kedudukan
nilai kewangan sesebuah syarikat
H2-Menyenarai semua milik syarikat iaitu aset syarikat.
H3-menyenaraikan semua obligasi iaitu liabiliti-liabilitinya.
H4-Semua pelaburan pemilik iaitu ekuiti pemilik dan untung
tertahan

Penyata Aliran Tunai


H1-untuk menunjukkan aliran tunai masuk dan tunai keluar
dalam organisasi perniagaan antara dua tempoh.
H2-Mengenalpasti sumber tunai
45

H3-mengenalpasti penggunaan tunai


H4-menarangkan semua perubahan yang berlaku terhadap
kedudukan aliran tunai sama ada lebihan atau kurangan.

Nisbah Kewangan
H-alat yang digunakan untuk menilai kedudukan nilai
kewangan dan prestasi kewangan sesebuah perniagaan.

F1.Nisbah kecairan
H1-Nisbah semasa- mengukur peratusan aset semasa dengan
liabiliti semasa
H2-Nisbah cepat- menilai keupayaan firma dalam
menguruskan kewangannya dalam jangka masa pendek.

F2.Nisbah penggearan
H1-Nisbah hutang- menunjukkan peratusan aset yang sedang
dibiayai hutang
H2-Nisbah liputan belanja faedah- mengukur keupayaan firma
untuk membayar faedah daripada pinjaman

F3.Nisbah kecekapan
H1-Tempoh purata masa kutipan- mengukur keupayaan firma
untuk mengutip hutang
H2-Pusing ganti inventori- kekerapan pusingan inventori dalam
setahun
H3-Pusing ganti jumlah aset- mengukur jumlah jualan yang
dapat dijana daripada aset
H4-Pusing ganti aset tetap-mengukur kecekapan firma
menggunakan aset tetap.

F4.Nisbah keberuntungan
H1-Margin untung kasar menunjukkan peratusan keuntungan
kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.
H2-Margin bersih atas jualan merupakan peratusan keuntungan
bersih yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan
H3-Pulangan atas jumlah aset ialah mengukur pulangan atas
jumlah pelaburan atau aset firma
H4-Pulangan atas ekuiti merupakan peratusan pulangan yang
diperoleh pemegang saham daripada pelaburan.

F5.Nisbah pasaran
H1-Nisbah harga atas keuntungan (Nisbah PE) ialah mengukur
hubungan antara prestasi syarikat dengan harga pasaran saham
biasa
H2-Pendapatan sesaham ialah nilai seunit saham apabila
pendapatan bersih dibahagikan dengan jumlah unit saham yang
telah diterbitkan
H3-Nisbah pasaran/buku ialah mengukur nilai pasaran saham
berbanding dengan nilai buku.
46

Sumber Dana
H-punca pembiayaan kewangan yang boleh diperoleh oleh
sesebuah perniagaan

Jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang


H-pembiayaan kewangan yang melibatkan tempoh masa
melebihi satu tahun

F1.Bon
H1-sekuriti jangka panjang dikeluarkan oleh kerajaan dan
swasta

F2.Ekuiti
H1-sumbangan pelaburan daripada pemilik

F3.Saham keutamaan
H1-sekuriti yang ada gabungan ciri-ciri hutang dan saham
biasa.

F4.Hutang
H1–pinjaman sebagai modal sementara dan perlu dibayar balik
kepada pihak yang memberi pinjaman.

F5.Hutang jangka panjang


H1-pinjaman daripada bank dengan bayaran balik bersama
dengan faedah bagi tempoh melebihi 5 tahun.

F6.Dabentur
H1–sekuriti yang diterbitkan oleh pihak kerajaan dan swasta
mempunyai tempoh matang dengan membeli pada nilai
diskaun dan tebus pada nilai muka.
C-nilai muka RM5.00, membeli pada harga diskaun iaitu
RM3.00.

Jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek


H-mendapatkan pembiayaan kewangan dengan persetujuan
membayar balik bersama faedah dalam tempoh setahun atau
kurang

F1.Overdraf
H1-pemegang akauan semasa di bank yang dibenarkan
mengeluarkan wang melebihi baki hingga had yang dibenarkan
oleh pihak bank.

F2.Pemfaktoran
H1-hutang yang diberi oleh bank bersandarkan kepada
pembelian akaun penghutang oleh institusi kewangan dan
syarikat pemfaktoran

F3.Penerimaan jurubank (BA)


H1-pelaburan jangka pendek dilakukan oleh sebuah syarikat
bukan kewangan

F4.Trust receipt
H1-membolehkan pelanggan menerima hantaran pembelian
tempatan atau luar negara sebelum pembayaran bil tampak
dibuat

F5.Pinjaman berjangka
H1-pinjaman daripada bank yang perlu dibayar dalan tempoh
satu tahun dan kurang satu tahun.
47

F6.Kredit dagangan
H1-kemudahan mendapat hutang bekalan input atau bahan
mentah disediakan peniaga kepada peniaga

F7.Surat kredit
H1-dokumen tuntutan hutang sebagai kemudahan yang
diberikan oleh syarikat pembekal yang melibatkan perniagaan
antarabangsa.

F8.Nota janji
H1-surat hutang yang dikeluarkan bertujuan syarikat-syarkat
lain dapat membuat pelaburan dengan syarikat yang
mengeluarkannya

F9.Kredit pusingan
H1-pinjaman jangka pendek diberi pihak bank digunakan
untuk memenuhi perluan modal kerja dalam jangka pendek

Penggunaan Dana

H-tunai/dana dibelanjakan dengan sebaik mungkin bagi


membolehkan organisasi mendapat pulangan setimpal daripada
penggunaan dana

Penggunaan dana mengikut keperluan semasa


H1-keperluan tunai membiayai aktiviti harian
H2-tujuannya untuk memastikan operasi harian berjalan lancar
C-membayar kos bahan mentah

Penggunaan dana mengikut keperluan jangka masa


pendek
H1-membelanjakan wang untuk keperluan perniagaan dalam
tempoh kurang satu tahun
H2-melibatkan pembiayaan modak kerja dalam tempoh satu
tahun dan kurang satu tahun
C-belanja prmosi jualan sempena sambutan hari raya

Penggunaan dana mengikut keperluan jangka masa


panjang
H1-membelanjakan wang untuk keperluan perniagaan dalam
tempoh lebih satu tahun
H2-melibatkan pembiayaan pelaburan modal
C-belanja wang membeli kilang

Perancangan Kewangan (Bajet)


H1-menetapkan peruntukan wang dengan mengambil kira
penerimaan tunai dan bayaran tunai
H2-tentang jumlah aliran masuk tunai dijangkakan dan aliran
tunai keluar bagi satu jangka masa.
H3-dapat menentukan keperluan tunai masa depan firma
dengan baik, merancang pembiayaan keperluan dan mengawal
wang tunai dan kecairan firma.

Elemen bajet tunai

F1.Penerimaan tunai
H1-jangkaan aliran wang tunai masuk dalam perniagaan
H2-anggaran penerimaan tunai
C-jualan tunai, kutipan hutang, penerimaan pinjaman dan
jualan aset tetap
48

F2.Pembayaran tunai
H1-jangkaan aliran wang tunai keluar dalam perniagaan
H2-anggaran tunai yang digunakan membuat pembayaran
C-gaji, bayar utiliti, bayar hutang, bayar kadar bunga dan
membayar dividen.

F3.Aliran tunai bersih


H1-jumlah penerimaan tunai ditolak dengan jumlah
pembayaran tunai
H2-berlaku lebihan tunai apabila tunai masuk melebihi tunai
keluar
H3-berlaku kurangan tunai apabila tunai keluar melebihi tunai
masuk

F4.Baki tunai bersih


H1- diperoleh dengan mencampurkan aliran tunai bersih pada
bulan semasa dengan baki tunai daripada bulan sebelumnya.
H2-berlaku lebihan tunai apabila baki tunai masuk melebihi
aliran tunai keluar
H3-berlaku kurangan tunai apabila aliran tunai keluar melebihi
baki tunai masuk

Pengurusan risiko dan insurans


H1-perancangan kewangan ke atas perniagaan yang megalami
musibah
H2-suatu skim penyatuan risiko yang membolehkan orang
yang bernasib baik membantu mereka yang kurang bernasib
baik
H3-penginsurans ialah syarikat insurans yang menguruskan
pemberian perlindungan
H4-sidiinsurans ialah pihak perniagaan yang menerima
perlindungan daripada pihak syarikat insurans.
C-Syarikat Takaful menawarkan perlindungan kepada syarikat
pengeluar kereta.

Kepentingan pengurusan risiko

F1.Memberi perlindungan
H1-perlindungan nyawa dan harta benda kepada peniaga dan
para pekerja

F2.Memberi ganti rugi


H1-syarikat insurans akan membayar gantirugi atau pampasan
kepada peniaga jika berlaku risiko yang tidak diingini dalam
perniagaan.

F3.Mengembangkan perniagaan dalam negeri.


H1-jaminan terhadap perkembangan perniagaan dalam negeri
walaupun menghadapi bencana

Jenis-jenis Risiko
H1-risiko ialah keadaan berkemungkinan perniagaan akan
menghadapi perkara yang tidak dijangkakan yang boleh
memberi kesan negatif kepada perniagaan
C-kemalangan, kerosakan, penyelewengan dan kerosakan.

Risiko yang boleh diinsuranskan


H1-kemungkinan berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini
dan dijangka oleh sesuatu pihak atau individu
H2-kejadian tidak diingini mempunyai data dalam bentuk
statistik yang boleh dijangkakan
H3- mempunyai kepentingan ke atas risiko yang diinsuranskan
49

H4- dapat menaksirkan nilai premium untuk memberi


perlindungan terhadap risiko.

Risiko tidak boleh diinsuranskan


H1-risiko yang berlaku tidak dapat ditentukan secara
perangkaan
H2-tidak boleh membuat jangkaan
H3-sukar menaksirkan nilai premium untuk memberi
perlindungan terhadap risiko
C-kejadian bencana alam

Jenis Insurans yang melibatkan organisasi perniagaan

F1.Insurans kemalangan
H1-memberi perlindungan terhadap sebarang kemalangan yang
mungkin menimpa perniagaan

F2.Insurans kebakaran
H1-memberi perlindungan terhadap kerugian yang diakibatkan
oleh kebakaran

F3.Insurans nyawa
H1-melindungi perniagaan sekiranya berlaku sesuatu risiko
kemalangan mengakibatkan meninggal dunia atau hilang upaya

F4.Insurans perkapalan/penerbangan
H1-melindingi kapal, kargo, penumpang dan anak kapal
daripada risiko kemalangan semasa di laut.

F5.Insurans kecurian
H1-melindungi kerugian harta benda seperti mesin, stok
barang, wang tunai yang telah dicuri

F6.Insuran jaminan setia


H1-melindungi mejikan daripada kerugian yang berpunca
daripada pecah amanah, kecurangan dan penipuan disebabkan
pekerja yang tidak jujur.

Prinsip Insurans
H-asas-asas yang digunakan dalam konsep insurans.

F1.Prinsip ganti rugi (subrogasi, caruman dan limpah)


H1-untuk memulihkan perniagaan kepada kedudukan asal
seperti sebelum berlakunya kerugian itu.
H2-subrogasi ialah syarikat insurans akan mengambil alih
harta milik perniagaan setelah ganti rugi diberi.
H3-caruman ialah perniagaan yang mencarum lebih daripada
satu syarikat insurans akan mendapat ganti rugi hanya daripada
satu syarikat insurans.
H4-limpah ialah perniagaan hanya memperoleh ganti rugi
setakat nilai kerugian sahaja walaupun nilai perlindungan
melebihi daripada nilai kerugian. Ini mengelakkan pemegang
insurans mendapatkan keuntungan.
50

F2.Prinsip doktrin punca terdekat


H1-bermaksud bahawa ganti rugi hanya akan dibayar kepada
perniagaan apabila kemalangan atau bencana berpunca
daripada jenis risiko yang diinsuranskan

F3.Prinsip kepentingan boleh diinsuranskan


H1-perniagaan boleh mengambil insurans mempunyai
kepentingan ke atas sesuatu nilai harta perniagaan yang
diinsuranskan

F4.Prinsip penuh percaya mutlak


H1-perniagaan mesti memberi segala maklumat yang
berkenaan harta benda/nyawa yang diinsuranskan tanpa
menyembunyikan sebarang maklumat.

Takaful
H1-insurans yang mematuhi syariah (perundangan Islam)
H2-Takaful bererti usaha murni yang meliputi kerja sama,
bantu membantu, pelihara-melihara, serta berkongsi
tanggungjawab dikalangan peserta dalam menghadapi sebarang
risiko.

Perinsip Takaful

F1-Kepatuhan syariah
H1-Gharar ialah tidak kejelasan dalam perjanjian, takaful
terhindar dengan ketidakjelasan
H2-Maisir bermaksud perjudian, dengan merujuk kepada
pengurusan takaful ini terhindar daripada unsur-unsur
spekulasi, perjudian dan pertaruhan
H3-Riba’ merupakan faedah yang diberi atau dikenakan
kepada seseorang, takaful terhindar dengan riba’
H4-Akad ialah persetujuan bersama antara peserta takaful
dengan syarikat takaful untuk melaksanakan prinsip takaful
H5-Jual beli ialah berlaku urusniaga antara syarikat insurans
dengan pembeli insurans

F2.Menanggung risiko bersama


H1-peserta takaful bersetuju bersama untuk menanggung
kerugian ekoran daripada sesuatu risiko dalam kalangan
peserta takaful.

F3.Tabarru’(sedekah)
H1-perjanjian yang menetapkan bahawa sebahagian caruman
peserta takaful didermakan bertujuan membantu peserta takaful
yang lain yang mengalami risiko.

F4.Simpanan atau pelaburan


H1-peserta akan melantik pengendali takaful untuk
mengusahakan dana peserta dalam perniagaan yang tidak
dilarang oleh Syariah.
H2-Prinsip al-Mudharabah merujuk syarikat takaful akan
bertindak sebagai al-mudharib (pengusaha) yang menerima
bayaran ansuran takaful dari peserta takaful.
H3-Sahib-ul-Mal ialah pemilik harta yang menyerahkan
caruman takaful (premium) kepada syarikat takaful untuk
menguruskan pelan-pelan takaful dan membuat pelaburan.

You might also like