Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINGGU 9 12-16 OGOS 2018 Fokus : Masalah disiplin semasa di dalam bilik darjah.

JURNAL MINGGUAN
1. Isu/peristiwa yang berlaku
Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah
untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik
di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta
Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan
atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang mengajar murid – murid di
sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran atau
menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah antara
perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang
yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar.

2. Analisis isu/peristiwa
Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar
untuk terus berjaya dalam pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan
pengurusan bilik darjah sebagai orchestra dalam bilik darjah yang memerlukan
pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau
juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi
memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta
tanggungjawab guru. Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru
dalam bilik darah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar
berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di
antara guru dan masyarakat. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
aktiviti yang meliputi pengajaran guru dan disertai dengan pembelajaran murid.
Masalah utama yang hadapi di dalam bilik darjah semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah masalah displin. Masalah disiplin
selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana
pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek,
jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum,
apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses
pengajaran dan pembelajaran akan terjejas.
3. Kajian lampau berkaitan isu/peristiwa
Masalah displin dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama iaitu jenayah
berkelakuan negatif, membolos dan menipu. Rujuk lampiran rajah 1.0. Contoh
masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah
melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, membuat bising
atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, tidak membuat kerja seperti yang
diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Intensiti gangguan terhadap
persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan jenis
kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga
mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar, kesediaan mereka untuk belajar,
dan tingkah laku masa depan mereka. Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik
darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak
terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak
mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi
menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh
sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya
dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang
mendorong kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal
kelasnya dengan baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat
berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan
tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu
melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal
atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti
yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising,
mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.

4. Cadangan dan idea untuk mengatasi masalah


Cara mengatasi masalah ialah seseorang guru itu perlu bijak, kreatif dan inovatif ,
maka dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang
berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang
digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki.
Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru.
Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor
dalam masalah disiplin ini. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas
disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada
murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan
untuk membuli guru yang kurang tegas. Sifat-sifat guru yang disukai murid ialah
mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat
dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada
kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara
dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati
dan bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati
masa dan berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan
menggalakkan, memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas
perguruan.
Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga
merupakan salah satu faktornya. Tugas guru bukan bersifat statik dan hanya
tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai
pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu,
pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik
bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru
dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud
rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, sudah pasti masalah disiplin akan
dapat dikawal dan dikurangkan. Cara untuk menangani masalah displin atau tingkah
laku negatif ialah arah semula perhatian pelajar kepada tugas, kemudian semak
kemajuan pelajar beberapa minit, perhati atau bergerak ke arah pelajar berkenaan
dan ingatkan pelajar tentang peraturan berkenaan. Akhir sekali beritahu pelajar
supaya berhenti melakukan. Guru juga boleh memperkenalkan peraturan di dalam
bilik darjah dan menampalnya di dalam kelas untuk pengetahuan pelajar tersebut.

5. Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan masalah


Tiada

6. Tindakan susulan

Saya akan mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah ini


seperti membuat peraturan kelas yang mudah difahami dan diikuti murid.
7. Rujukan

Lemlech (1988). Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3, Ciri Iklim Sekolah Berkesan:


Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran

Marzano (2003). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi Kumpulan


Budiman Sdn Bhd

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing, Disemak oleh Guru Pembimbing,

____________________________ ____________________________
(EN MOHD AMIN BIN SAID) (EN JEYAPIRAKASH A/L ARASAN)
Jabatan Ilmu Pendidikan Guru Akademik
IPG Kampus Pendidikan Teknik Sekolah Kebangsaan Batang Benar
MINGGU 9 12-16 OGOS 2018 Fokus : Masalah disiplin semasa di dalam bilik darjah.

CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

1. Pelaksanaan pelan tindakan

Perkara Pelan tindakan Pelaksanaan

Peraturan kelas Menampal peraturan kelas dan menerangkan


berkenaan peraturan tersebut.

Gambar 1.0 Contoh peraturan kelas

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan tersebut


telah memberi impak yang positif terutamanya masalah bising.

2. Kesimpulan/refleksi

Saya berasa amat berpuas hati dengan perubahan persekitaran di dalam bilik
darjah. Namun begitu, sebagai seorang guru, hal ini perlu sentiasa dipantau supaya
persekitaran bilik darjah sentiasa tenang dan harmoni.

You might also like