Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINGGU 19-23 SEPT 2018 Kesediaan murid dalam pengajaran dan

11 pembelajaran di dalam bilik darjah.

JURNAL MINGGUAN

1. Isu/peristiwa yang berlaku


Pada minggu 27-21 September 2018, telah berlangsungnya Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun 6. Oleh itu, murid Tahun 1
selama dua hari. Pada tarikh 19 September, murid Tahun 1 mula bersekolah seperti
biasa. Oleh kerana mereka telah bercuti selama 4 hari termasuk sabtu dan ahad,
murid tiada kesediaan untuk mengikuti proses pdp dengan baik.

2. Analisis isu/peristiwa
Pada hari kejadian, saya telah menjalankan pdp Bahasa Melayu semasa
kelas ganti (1UM), murid-murid melontarkan banyak soalan dan menceritakan
pengalaman mereka semasa cuti. Murid begitu ghairah berkongsi cerita mereka
bersama rakan-rakan. Walaupun tidak ketara, tetapi saya boleh lihat murid dalam
keadaan tidak bersedia untuk memulakan pdp. Terdapat juga murid yang berkhayal
dan tidak memberi tumpuan pada pengajaran saya.

3. Kajian lampau berkaitan isu/peristiwa


 Merujuk kepada Ibrahim Ahmad, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun
(2005) `menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran
memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan. Adakalanya setiap
konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar
(Rohani Yusoff, Shahril Jamaluddin & Hamida Hameed (2015).
 Merujuk kepada Hasani Dali dan Johdi Salleh (2009) menyatakan guru-guru
boleh mempelbagaikan kemahiran pengajaran dan menjalankan tugas harian
mereka di sekolah. Mereka perlu menjadi seorang yang pakar dalam subjek
yang mereka ajar, dan juga mesti mempunyai kemahiran mengawal tingkah
laku pelajar yang disruptif di bilik darjah agar proses pembelajaran dan
pengajaran berlaku di bilik darjah.

4. Cadangan dan idea untuk mengatasi masalah


Dalam merancang cadangan dan idea untuk mengatasi masalah, guru perlu
memastikan cadangan atau idea ini akan menampakkan hasil pembelajaran
berdasarkan 3 kriteria yang dicadangkan oleh Stalling (1973). Kriterianya adalah
pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku, pembelajaran
harus melibatkan sesuatu pemikiran dan pembelajaran harus menghasilkan
perubahan melalui pengalaman atau latihan. Berikut merupakan cadangan dan idea
untuk mengatasi masalah yang saya hadapi :-
a) Guru mengubah kaedah pengajaran seperti penggunaan TMK dalam bilik
darjah agar perhatian murid tertumpu kepada pengajaran guru.
b) Guru perlu menyediakan set induksi yang menarik agar murid dapat
menimbulkan mod belajar dan membina kesediaan murid sebelum
meneruskan pdp.

5. Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan masalah


5 Oktober 2018

6. Tindakan susulan
Saya akan melaksanakan pengubahsuaian kaedah iaitu penggunaan TMK dalam
pdp dan set induksi bagi menarik perhatian murid dan memastikan murid dapat
bersedia untuk sesi pdp. Saya bercadang untuk membuat pdp di bilik tayangan
kerana terdapat kemudahan untuk saya menggunakan TMK semasa pdp.

7. Rujukan

Rohani Yusoff, Shahril Jamaludin dan Hamida Hameed, (2015). Tahap Kesediaan
Pelajar dalam Penggunaan Teknologi, Pedagogi, dan Kandungan (TPACK)
dalam Pembelajaran Kurikulum di IPT. Kolej Komuniti Bayan Baru.

Hasani Dali & Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Dalam Noraini Idis dan
Shukri Osman, Pengajaran dan Pembelajaran : Teori dan Praktis. Kuala Lumpur
: McGraw Hill.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing, Disemak oleh Guru Pembimbing,

____________________________ ____________________________
(EN MOHD AMIN BIN SAID) (EN JEYAPIRAKASH A/L ARASAN)
Jabatan Ilmu Pendidikan Guru Akademik
IPG Kampus Pendidikan Teknik Sekolah Kebangsaan Batang Benar

MINGGU 9 17-21 SEPT 2018 Kesediaan murid dalam pengajaran dan


pembelajaran di dalam bilik darjah.

CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

1. Pelaksanaan pelan tindakan


Masalah Pelan tindakan Pelaksanaan
Murid tidak Set induksi yang menarik seperti video yang √
bersedia untuk berkaitan dengan isi pelajaran.
pdp Menggunakan TMK dalam pdp. √

S
Saya menjalankan pdp Bahasa Melayu Tahun 1 UM di PKG. Tindakan yang
telah dilaksanakan memberi impak kepada murid, murid berasa teruja apabila saya
memaparkan video “Upin dan Ipin” yang mengisahkan saudara kembar ini membantu
rakannya untuk berniaga. Murid memberi tumpuan sepenuhnya pada set induksi yang
saya telah jalankan. Penggunaan TMK seperti isi pelajaran dipaparkan pada laya
menerusi LCD menarik perhatian murid. Sebelum ini, saya juga menggunakan kaedah
ini di dalam kelas, namun pada kali ini saya telah mengubah lokasi pdp di bilik tayang.
Walaubagaimanapun, kedudukan meja dan kerusi di bilik tayang menyukarkan murid
untuk melakukan aktiviti berkumpulan. Akibatnya, murid hilang fokus dalam mendengar
arahan guru ketika aktiviti sedang dijalankan. Saya menyedari akan kegagalan murid
fokus pada aktiviti yang sedang dijalankan, saya meminta murid duduk di tempat asal
mereka. Seterusnya, saya mengedarkan lembaran kerja individu untuk murid selesaikan
sehingga masa tamat.

2. Kesimpulan/refleksi
Setelah menggunakan kaedah ini, murid menunjukkan perasaan teruja
dengan pdp kali ini. Murid tidak lagi menceritakan hal-hal yang tidak berkaitan dan
menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Namun begitu, setelah saya menjalankan
aktiviti berkumpulan yang memerlukan murid bergerak ke stesyen masing-masing,
murid gagal mendengar arahan guru dan perbualan rakan-rakannya di hadapan. Hal
ini berkemungkinan kerana murid tidak biasa dengan pembelajaran selain di dalam
bilik darjah ataupun keadaan bilik tayangan tersebut tidak kondusif. Namun begitu,
saya akan membuat penambahbaikan pada kelas akan datang. Secara
keseluruhan, isu utama yang hendak diselesaikan Berjaya.

You might also like