Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1)Ibu bapa akan mula mencari atau memilih pasangan untuk anak masing-masing.

Antaranya dengan memberitahu saudara- mara dan kawan-kawan untuk tolong


mencarikan jodoh untuk anaknya ataupun mencari cinta mereka sendiri dan
memberitahu ibu bapa mereka.
2) Seterusnya mereka akan dptkan maklumat pengantin perempuan dan lelaki untuk
menentukan jodoh dari segi astrologi. Sekiranya segi astrologi tidak serasi untuk
pengantin, mereka perlu membatalkan perkahwinan ini kerana mereka percaya
bahawa segi astrologi merangkumi masa depan pengantin itu.
3) Pengantin lelaki bersama keluarga terdekatnya akan mengunjungi ke rumah
pengantin perempuan untuk melihat pengantin perempuan secara dekat dan
mendapatkan persetujuan daripada pengantin perempuan dan lelaki.
4) Selepas mendapat persetujuan daripada dua keluarga dan pengantin mereka
memilih tarikh yang sesuai untuk menukar cincin untuk memberitahu masyarakat
bahawa mereka mempunyai pilihan. Majlis penukaran cincin ini dipanggil
"Nicayyathartham".
5) Seterusnya, upacara parisam iaitu pertunangan diadakan di rumah perempuan
ataupun di dewan. Upacara ini diadakan untuk menyampaikan hantaran kepada
pengantin perempuan oleh keluarga dan pengantin lelaki. Hantaran ini dihantar
melalui dulang. Selalunya hantaran ini dihantar dalam angka ganjil seperti 15 atau 21
dulang dan ke atas.Hantaran seperti Sari, emas, sirih dan pinang, manisan, bunga,
barang kosmetik dan hiasan dalam dulang untuk diberikan kepada pengantin
perempuan. Pengantin perempuan akan menggunakan barang-barang tersebut pada
hari perkahwinan.Pengantin perempuan dan lelaki akan menukar cincin.Seterusnya
perkahwinan ini akan didaftarkan di jabatan pendaftaran negara.
6) Keluarga pengantin lelaki akan berbincang dengan keluarga pengantin perempuan
untuk mencetak kad jemputan perkahwinan. Mereka selalunya mencetak kad
jemputan mengikut jumlah jemputan yang akan dipanggil untuk majlis perkahwinan.
Setelah dicetak mereka akan memulakan proses menjemput saudara - mara dan
kawan-kawan dengan memberikan kad jemputan yang dicetak.
7) Pada satu hari yang mulia pihak pegantin lelaki akan pergi ke kedai emas untuk
membeli atau mereka bentuk thali suci. Seminggu sebelum majlis perkahwinan
upacara mukurtha kaal diadakan di rumah pengantin lelaki. Muhurta kaal akan
dipacak depan rumah sebagai memberitahu bermulanya upacara perkahwinan.
Upacara ini dilakukan dengan satu keratan dahan pokok peepal yang tinggi sebelum
pacak dahan tersebut akan dibersihkan menggunakan kunyit, sandal wood, susu, air
ros dan lain-lain bahan yg mulia. Dahan tersebut akan disapu dengan kunyit dan
beberapa kuntum daun peepal daun neem dan bunga bersama kunyot hidu akan
diikat di atas dahan tersebut.
8) Sementara itu, pengantin perempuan pula mengadakan majlis nalungu iaitu
rinjisan air ros( Ros water ) ke atas kepala pengantin perempuan di ikuti malam
berinai dengan nyanyian dan tarian. Selepas di pacak beberapa upacara sembayang
akan dijalankan. upacara Nalunggu akan diadakan mulai seminggu sebelum
perkahwinan.
9) Selepas tamat upacara nalungu selama lima hari atau seminggu akhir sekali majlis
perkahwinan diadakan. Majlis ini selalunya ditanggung sepenuhnya oleh pihak
pengantin lelaki. Perkahwinan akan diadakan di dewan atau di kuil. Para hadirin
dihidangkan dengan makanan yg lazat seperti kari dhal, ayam masak merah, kari
kambing, Briyani dan sebagainya mengikut cita rasa masing-masing.

Disediakan oleh: VINIISHAA A/P TANASEGARAN


SATHIANANTHINI A/P SATHIYAMORTHI

You might also like