Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Karangan Fakta : Faedah Menabung

Soalan :
Kita sentiasa digalakkan menabung. Tulis sebuah karangan mengenai faedah
menabung.   Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa
hadapan. Sikap suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil.  Antara
kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat....
Contoh Karangan:
Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap
suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil.

  Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat.


Oleh sebab itu kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah
membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru baki duit yang diberi oleh
ibu bapa dapat disimpan didalam tabung.

  Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh
digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran
ke univesiti.

  Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita
sakit wang itu juga boleh digunakan untu mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini
juga boleh digunakan apabila keluarga ditimpa musibah.

  Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan
wang didalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan bank. Wang ini
boleh digunakan untuk kehidupan masa hadapan.

  Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu mulalah menabung
dari sekarang kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

(149 patah perkataan)

You might also like