Surat Mohon Bantuan Kawalan Lalu Lintas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAJIDI BARU 2


JALAN KANGKAR TEBRAU LAMA
81200 JOHOR BAHRU Kod sekolah : JEA1097
JOHOR DARUL TA’ZIM Telefon : 07-3321210
Faks : 07-3321214
MALAYSIA
E-mel : jea1097@moe.edu.my

Rujukan Kami : 600-3/5/15( )


Tarikh : Jun 2023

Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru (Selatan)


Polis Diraja Malaysia
Jalan Garuda,
Larkin Jaya,
80350 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS SEMPENA LARIAN LESTARI SEKOLAH


MENENGAH KEBANGSAAN MAJIDI BARU 2 KALI KE-10, TAHUN 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan pihak kami ingin memohon bantuan 2 orang pegawai dari pihak tuan untuk
membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan murid sempena Larian Lestari Sekolah Menengah
Kebangsaan Majidi Baru 2 kali ke-10 pada:

Tarikh : 8 Julai 2023 (Sabtu)


Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : SMK Majidi Baru 2
Bil Murid : 1159 orang

3. Bersama-sama ini disertakan peta laluan dan tentatif program untuk makluman tuan. Semoga dengan
kehadiran tuan/puan akan dapat memeriahkan lagi kejohanan ini.

4. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh
menghubungi Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Azizan binti Abdul Rahman di talian 017-7136898.

Sekian, Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………….
(KAMARUDZAMAN BIN ABD )
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru 2,
Johor Bahru,

You might also like