Kajian Tindakan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

TEKNIK “NOTA SA-MUKA” MENINGKATKAN PENGUASAAN

FAKTA DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 AA.

Oleh :

HAFIZAH BINTI MOHAMED


Guru Cemerlang Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, 13300 Tasek Gelugor, SPU, Pulau Pinang.
Emel : hafizahmohamed44@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah penulisan Jawi dalam
kalangan murid Tahun 3 Tekun . Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian
ini. Ketika mula-mula mengajar Pelajaran Jawi di Kelas 3 Tekun, saya dapati
majoriti murid gagal menjawikan perkataan dengan baik. Sebahagian besar
gagal membezakan keperluan menambah huruf alif atau tidak dalam perkataan
yang melibatkan KVK pada vokal “a”. Apabila dimaklumkan kepada murid
kesilapan mereka menjawikan perkataan terutama perkataan dua suku kata,
mereka mengeluh dan jelas kelihatan perasaan mereka seperti kurang
berminat dengan penulisan Jawi. Ini berdasarkan pemerhatian saya, murid
bersungguh- sungguh untuk menjawikan perkataan. Namun kesalahan dalam
menjawikan perkataan menyebabkan semangat yang tinggi untuk belajar Jawi
menjadi hilang dan akhirnya murid menjadi kurang minat. Saya selalu bertanya
kepada diri sendiri, perlukan saya mencari satu teknik untuk menyelesaikan
masalah pelajar yang pada hakikatnya nampak sangat remeh dan mudah.
Dapatan Ujian Diagnostik menunjukkan peningkatan yang mendadak dari segi
kesalahan menjawikan perkataan. Hasilnya nanti saya amat mengharapkan
terdapat peningkatan dalam menjawikan perkataan dalam penulisan Jawi anak-
anak murid saya ini.

1.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG LALU

Ketika mula-mula mengajar Pelajaran Jawi pada tahun 2019 di Kelas 3 Tekun, saya dapati majoriti
murid gagal menjawikan perkataan dan teks Rumi dengan baik. Sebahagian besar pelajar keliru
tentang perlu ada atau tidak untuk penambahan huruf alif dalam perkataan yang melibatkan KVK,
vokal “a”. Apabila dimaklumkan kepada murid kesilapan mereka menjawikan perkataan terutama
perkataan dua suku kata, sebahagian besar daripada kalangan murid mengeluh dan jelas kelihatan
perasaan mereka seperti kurang berminat dengan penulisan Jawi. Apabila saya bertanya kepada
mereka, “kamu suka tak menulis Jawi?”. Mereka menjawab, “Suka, tetapi selalu salah Ustazah”.
Apabila saya mengajar Pelajaran Jawi dalam kelas, jelas kelihatan murid-murid tertunggu-tunggu cara
penulisan Jawi yang betul. Ini berdasarkan pemerhatian saya, murid bersungguh-sungguh untuk
membina dan menjawikan perkataan. Namun kesalahan dalam menjawikan perkataan menyebabkan
semangat yang tinggi untuk belajar Jawi menjadi bosan dan akhirnya murid menjadi kurang minat.

Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, perlukan saya mencari satu teknik untuk menyelesaikan
masalah pelajar yang pada hakikatnya nampak sangat remeh dan mudah. Saya juga cuba berbincang
dengan beberapa orang guru Pendidikan Islam, dan masing-masing mengemukakan masalah yang
sama. Semenjak 2015 hingga kini saya telah terlibat sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan untuk Kem
Cemerlang Jawi bersama Bahagian Pendidikan Islam ( BPI ), KPM. Saya sering bermesyuarat
bersama ramai kalangan Jurulatih Utama, Guru Cemerlang dan Munsyi Dewan Jawi. Kami saling
berkongsi cerita

1
dan pengalaman masing-masing ketika menghadiri mesyuarat. Saya sebagai seorang guru Pendidikan
Islam yang berada di sekolah banyak bertanya tentang teknik penulisan Jawi. Banyak perkongsian
ilmu penulisan Jawi yang saya dapat hasil pertemuan dengan orang-orang yang hebat.

Apabila berada di sekolah, saya mula berfikir gagal menulis Jawi dengan baik adalah satu kerugian.
Murid merasa cepat bosan dan kurang berminat untuk menulis, dan seterusnya mengagalkan
pentaksiran PBD yang bakal saya laksanakan nanti. Justeru saya mengambil keputusan untuk
mencuba teknik ini dengan harapan murid-murid saya pandai baca dan pandai menulis Jawi dengan
baik. Secara tidak langsung dapat mengubah persepsi murid bahawa “Penulisan Jawi itu Mudah”.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Fokus kajian saya adalah ingin memastikan murid boleh menulis dan menjawikan perkataan dan teks
Jawi dengan betul. Walaupun bermasalah dalam penulisan Jawi namun mereka merupakan murid
yang sangat bersemangat untuk belajar dan menimba ilmu-ilmu yang baharu. Kesalahan menjawikan
perkataan menimbulkan pelbagai perasaan negatif dalam hati setiap murid. Antara kesilapan yang
sering mereka lakukan ialah :

i. Tidak faham tentang ‘KVK’


ii. Tidak dapat membezakan ‘e’ pepet dan ‘e’ taling;
iii. Tidak faham tentang pembahagian suku kata dengan baik;

Pada pendapat saya andaikata saya mampu dan berjaya mencari jalan penyelesaian dengan
memperkenalkan satu teknik mudah untuk menjawikan perkatan, semua yang susah akan menjadi
senang. Senang di pihak murid untuk belajar dengan penuh minat di samping membantu para guru
Pendidikan Islam menyelesaikan masalah tidak mahir menulis Jawi dengan betul dan secara tidak
langsung membantu mengatasi masalah dalam Disiplin Ilmu Pendidikan Islam itu sendiri. Sekiranya
masalah ini tidak diatasi kemungkinan besar ia akan berlarutan hingga murid-murid ini berada di tahap
dua nanti.

3 .0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan murid-murid diharapkan dapat mencapai objektif berikut :
i. Objektif Umum
 meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penulisan Jawi yang betul dan
mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 dalam PBD Tahun 2019.

ii. Objektif Khusus


 meningkatkan pemahaman murid tentang ‘KVK’, ‘e’ pepet, ‘e’ taling , dan
pembahagian suku kata dengan baik; dan
 meningkatkan penguasaan penulisan Jawi murid dengan baik menggunakan teknik
yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid kelas 3 Tekun yang terdiri daripada 6 murid lelaki dan 4
orang murid perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Kajian ini dilakukan selama sebulan bermula Februari 2019 hingga Mac 2019.

i. Tinjauan masalah - Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, tinjauan masalah yang ingin
dikaji telah dibuat bertujuan untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-
murid. Terdapat beberapa aktiviti yang telah saya jalankan untuk meninjau permasalahan
murid Antaranya :

2
a. Latihan menulis ( ejaan ) untuk melihat sejauh mana kebolehan murid menjawikan
perkataan dengan betul. Murid diminta menulis Jawi beberapa perkataan yang disebut
oleh guru di papan putih dan buku latihan.
b. Bertanya kepada guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar dalam Pelajaran
Jawi dan mempunyai masalah yang sama.
c. Ujian Diagnostik - Pra Ujian untuk mengenal pasti tahap penulisan Jawi murid dan
aspek permasalahan yang dilakukan oleh mereka. Saya juga dapat mengenal pasti
kekerapan kesalahan yang berlaku.

ii. Bengkel Pintar Penulisan Jawi – Pengenalan dan pendedahan Teknik “Cut and Write”.

a. Guru merancang masa dan tempat yang sesuai sebagai persediaan bengkel. Bahan-
bahan bertulis, slaid Powerpoint, papan putih yang besar, “white board mini” dan
“white board marker” disediakan untuk berbengkel.

b. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut permasalahan mereka.


Setiap murid dibekalkan sebatang “white board marker” dan 1 set “white board mini”

c. Guru perkenalkan huruf-huruf konsonan dan vokal, istilah KVK, dan contoh-contoh
suku kata yang terdapat KV dan KVK.
Contoh huruf konsonan : b / c / d / f / g / h /
Contoh huruf vokal : a / e / i / o / u /
Contoh suku kata KV dan KVK : ba / ban / san / san / ma / man /

d. Guru perkenal ‘e’ pepet, ‘e’ taling, dan pembahagian suku kata.
Contoh ‘e’ pepet : se-but / le-mah / te-lan / je-mu / re-sah /
Contoh ‘e’ taling : be-sen / ce-rek / ke-sot / tem-poh / re-kod /

e. Guru beri satu perkataan dan memberikan arahan kepada murid untuk
 Bahagikan suku kata,
 “CUT” ‘a’ tutup atau KVK,
 “CUT” ‘e’ pepet,
 Kekalkan ‘e’ taling,
 “WRITE” atau jawikan perkataan.

f. Murid menulis perkataan yang disebut oleh guru, membahagikan suku kata, dan
melaksanakan hukum “CUT” and “WRITE” di atas “white board mini”. Setelah siap,
murid mengangkat “white board mini” untuk dipamerkan di dalam kumpulan dan kelas
dan dibuat penilaian oleh guru.

g. Guru menganalisis jawapan murid.

iii. Ujian Pos - dijalankan untuk melihat sejauh mana berjaya dan berkesannya teknik ini.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil pemerhatian , pemeriksaan ujian diagnostik dapat dilihat melalui jadual data yang disediakan.

3
Rajah 1 : Senarai Rekod Pencapaian Ujian Diagnostik (Jumlah markah = 10 M)

BIL NAMA MURID Markah Ujian Diagnostik


1 M1 4
2 M2 2
3 M3 3
4 M4 1
5 M5 4
6 M6 4
7 M7 3
8 M8 3
9 M9 1
10 M10 1

Rajah 2 : Senarai Rekod Pencapaian Kekerapan Markah Berdasarkan Peratus.

4
Bawah : Jadual kekerapan Markah Berdasarkan Bilangan Markah

NAMA MURID ( 1 markah ) ( 2 markah) ( 3 markah ) ( 4 markah )


M1 /
M2 /
M3 /
M4 /
M5 /
M6 /
M7 /
M8 /
M9 /
M10 /
JUMLAH 3 1 3 3
BIL ( % ) 30% 10% 30% 30%

Rajah 3 : Peratus Pencapaian Kekerapan Markah Ujian Diagnostik

Data menunjukkan hasil Ujian Diagnostik yang dijalankan kepada murid-murid yang saya pilih khas.
Data tersebut dibuat sebelum pelaksanaan kajian tindakan saya. Markah semasa Ujian Diagnostik
yang dijalankan terhadap 10 orang murid terpilih ialah 6 orang iaitu masing-masing menyumbangkan
30% pada bilangan 3 markah, 30% mendapat 4 markah , 30% juga untuk 1 markah dan 10% untuk 2
markah daripada keseluruhan 10 markah.

5
5.3 Tindakan yang dijalankan.

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh 1 bulan
melibatkan 10 orang murid khasnya dan 25 orang murid amnya. Pengajaran dan pembelajaran ini
dijalankan setiap hari Selasa dua waktu berkembar dan hari Khamis pada waktu mata pelajaran Jawi.
Saya telah menerangkan kepada murid huruf-huruf vokal dan konsonan. Saya meminta murid
membacakan perkataan yang ditunjuk pada kad perkataan. Kemudian saya minta murid
membahagikan suku kata pada perkataan tersebut. Murid diminta untuk “CUT” huruf “a” pada
sukukata yang terdiri daripada KVK dan kemudian meminta murid menjawikan sukukata tersebut.
Saya telah menggunakan teknik ini semasa sesi pengajaran selama 60 minit. Saya menggunakan 1
waktu untuk murid memahami huruf-huruf vokal dan konsonan dan juga pembahagian sukukata .
Manakala 1 waktu berbaki saya gunakan untuk penerangan cara “CUT” vokal “a” pada KVK dan
kemudian “WRITE” huruf- huruf yang tertinggal dalam tulisan Jawi yang betul. Teknik ini saya panggil
“Teknik CUT and WRITE”. Melalui teknik ini murid perlu memahami konsonan dan vokal dengan baik.
Memahami pembahagian suku kata dengan betul, kemudian perlu menjawikan perkataan dengan
betul. Contoh : Rujuk rajah berikut :

Rajah 4 : Gambar Menunjukkan Aktiviti Pembahagian sukukata dengan betul.

Langkah 1 –
Bahagikan suku kata

6
Rajah 5 : “CUT” vokal “a” pada suku kata KVK

Langkah 2 :

“CUT” vokal “a” pada KVK

Rajah 6 : “CUT’ huruf “e” pepet pada suku kata VOKAL “e” pepet KV atau KVK

Langkah 1.

Bahagikan suku kata

Langkah

2:
7
Contoh aktiviti menjawikan perkataan yang ditunjuk oleh guru, :
Langkah 1
 Murid teliti kad perkataan.
 Murid mengenal pasti huruf vocal “a” KVK dan “e” pepet KV atau KVK

Langkah 2
 Murid membahagikan suku kata dan mencari “a” KVK dan “e” pepet KV atau KVK

Langkah 3
 Murid “CUT” “a” KVK dan “e” pepet KV atau KVK

Langkah 4
 Murid “WRITE” atau menjawikan perkataan berdasarkan huruf-huruf yang tinggal.

Penutup
 Murid menyemak ejaan yang ditulis

Rajah 7 : Jadual menjawikan perkataan.

“WRITE” atau
Bahagikan “CUT” vokal “e” pepet “CUT” vokal “a” pada
Bil Menjawikan
suku kata pada KV/KVK KVK
perkataan
han
1. ba/han - ‫باهن‬
kar
2. la/kar - ‫الكر‬
3. se/mut se - ‫سموت‬
lan
4. te/lan te ‫تلن‬
‫سرم‬
ram
5. se/ram se

Saya telah menggunakan teknik ini setiap kali menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan penulisan Jawi mulai pertengahan awal Februari hinggalah Mac 2019. Sepanjang
tempoh itu , saya telah telah mengadakan 4 kali siri latihan. Latihan ini dijalankan pada setiap minggu
hari Selasa . Tujuan latihan yang telah dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan teknik yang
digunakan bagi mencapai objektif kajian dalam penguasaan Jawi.

5.4 Dapatan Kajian

Saya mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada Ujian Pos yang telah dijalankan. Markah-
markah tersebut dicatatkan dalam jadual yang disediakan. Jadual ini merupakan borang analisa
berkaitan dengan hasil ujian murid.

8
Rajah 8 : Jadual Perbandingan Markah Antara Ujian Diagnostik Dan Ujian Pos

Ujian Perbezaan
BIL NAMA MURID Ujian Pos
Diagnostik Markah

1 M1 4 10 6

2 M2 2 10 8

3 M3 3 10 7

4 M4 1 10 9

5 M5 4 10 6

6 M6 4 10 6

7 M7 3 7 4

8 M8 3 8 5

9 M9 1 9 8

10 M10 1 8 7

PERBANDINGAN MARKAH UJIAN DIAGNOSTIK


DAN UJIAN POS
M10

M9
M8
M7
M6
M5
M4
M3
M2
M1

0 2 4 6 8 10 12

POS DIAGNOSTIK

Rajah 9 : Perbandingan markah Ujian Diagnostik dan Ujian Pos

Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi murid-murid tersebut.
Seramai 6 orang iaitu 60% murid berada di tahap baik iaitu mencapai markah 10/10 manakala 4 orang
murid iaitu 40 % berada di tahap memuaskan. Ini menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara,

9
Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran -pembelajaran yang telah
dijalankan.

Ustazah : Ali, tahniah ustazah ucapkan. Prestasi kamu sangat baik. Skor markah kamu sangat
positif dan meningkat setelah belajar melalui Teknik “CUT” and “WRITE”.

Ali : Ya ustazah . Kami dah faham bagaimana hendak menjawikan perkataan


dengan baik. Teknik ini sangat membantu kami , ustazah!. Saya suka. Dulu saya
tak minat belajar Jawi. Sekarang macam kalau boleh, hari-hari nak belajar Jawi.

Ustazah : Irfan , nampaknya skor awak pun bagus. Pada tahap baik berbanding rakan-rakan
kamu yang berada di skor memuaskan. Awak masih ada masalah
dengan penggunaan teknik ini ?

Irfan : Tidak ustazah, saya dah tahu dan faham bagaimana hendak menjawikan perkataan
dengan lebih baik. Cuma hendak menyambung huruf sahaja yang masih lagi
kurang.

Ustazah : Tidak mengapa Irfan , apa yang penting , kamu perlu banyak membuat latihan
untuk menyambung huruf. Insyaallah nanti Ustazah akan terangkan pada kamu
huruf boleh sambung dan tidak boleh sambung.

5.5 Refleksi Terhadap Kajian.

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , teknik yang saya gunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor markah murid ketara
meningkat. Ini menunjukkan teknik yang dilaksanakan sangat bersesuaian dan berkesan. Murid
semakin yakin untuk menjawikan perkataan menggunakan teknik “CUT” and “WRITE”. Hasil tinjauan
yang dibuat , murid telah faham dan mengikuti teknik yang dipelajari. Murid tidak lagi memerlukan
masa yang lama untuk menjawikan perkataan. Saya dapati murid sangat seronok apabila saya
memberitahu bahawa hari ini kami akan membuat latihan imlak Jawi. Tiada lagi rungutan yang kurang
enak didengari daripada murid-murid saya.

Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya dapat melihat
peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta teknik yang diberikan sangat
bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu melakukan sesuatu perkara
dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara yang betul untuk menjawikan perkataan.
Saya juga telah dapat membaiki kelemahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid
semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha ini akan diteruskan agar murid mahir
sehingga mereka boleh menjawikan perkataan dengan betul dan membantu mereka menjawikan
perkataan berimbuhan dan seterusnya teks mudah sesuai dengan silibus Jawi itu sendiri. Saya juga
akan menggunakan teknik ini untuk membimbing murid-murid lain dalam penulisan Jawi. Ini kerana
langkah dan caranya sama iaitu untuk menjawikan teks dengan betul. Sebagai kesimpulan , kajian
tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada murid untuk meningkatkan prestasi
khususnya dan memberi kelebihan kepada guru untuk memperbaiki pengajaran amnya. Saya
berharap hasil kajian ini boleh diguna pakai oleh rakan-rakan Guru Pendidikan Islam yang lain.
Melihatkan kejayaan teknik ini dalam menjawikan perkataan mudah melibatkan KVK, “e” pepet dan “e”
taling, saya bercadang untuk meluaskan lagi penggunaan teknik ini kepada menjawikan perkataan
berimbuhan. Saya dapat melihat, banyak kesilapan murid menjawikan perkataan berimbuhan
terutamanya KVK vokal “a”, “e” pepet dan “e” taling.

10
BIBLIOGRAFI :

Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.

Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu :
Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication &
Distributor
Sdn Bhd.

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), Modul Kajian


Tindakan Teknologi Pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia


(2008): Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dan Penaksiran 2


KPD 3026.

11
LAMPIRAN A
Contoh Ujian Diagnostik

12
LAMPIRAN B
Contoh Ujian Pos

13
LAMPIRAN C
Aktiviti Ujian Pos

LAMPIRAN D
Aktiviti latihan “CUT” and “WRITE” di dalam kelas.

14
LAMPIRAN E
BENGKEL PINTAR PENULISAN JAWI

Bengkel Pintar Penulisan Jawi


Tarikh – 18 Februari 2019
Masa – 12.00 tengah hari – 1.00 Petang
Kehadiran – 10 responden kajian bersama 15 orang murid lain dari 3 Tekun
Tempat – Dewan Terbuka SK Lahar Yooi

Murid menjawikan suku kata terbuka pada “white board mini” dan mempamerkan
jawapan yang diimlakkan oleh guru.

15
Bimbingan dalam kumpulan kecil. Sebahagian responden mendengar penerangan dari guru.
Murid sangat berminat dan memberikan respon yang baik kepada guru.

Dua orang murid khusyuk menjawikan huruf, suku Contoh perkataan yang telah dijawikan
kata dan perkataan yang disebut oleh guru. oleh murid. Penggunaan “white board
mini” sangat bermanfaat kapada kajian
saya.

16
LAMPIRAN F

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Jadual pelaksanaan Kajian Tindakan perlu dirangka supaya kajian dapat dijalankan secara sistematik
dan menepati jangkamasa yang di tetapkan.

TARIKH
BIL AKTIVITI CATATAN
PELAKSANAAN

1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. 1-4 Feb 2019

2. Menulis proposal kajian tindakan. 7-8 Feb 2019

3. Merancang tindakan. 11 Feb 2019

4. Melaksanakan kajian tindakan peringkat 1 – Ujian


12 Feb 2019
Diagnostik.

5. Berbincang permasalahan bersama Guru Pendidikan Islam


13-15 Feb 2019
yang lain.

6. Bengkel penulisan jawi 18 Feb 2019

7. Latihan menjawikan perkataan 1 dan 2 19 Feb 2019

8. Berbincang permasalahan dan kesilapan murid secara


20-21 Feb 2019
individual

9. Latihan menjawikan perkataan 3 22 Feb 2019

10. Ujian Pos 25 Feb 2019

11. Refleksi kajian 26 Feb 2019

12. Menulis laporan kajian 27-28 Feb 2019

13. Pembentangan dapatan kajian kepada Guru Besar dan


11 Mac 2019
Panitia Pendidikan Islam

17
18

You might also like