Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PERTANDINGAN CITRA BAHASA SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

ANJURAN : SK GONG BADAK

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN SYAIR
SEKOLAH RENDAH

PERTANDINGAN CITRA BAHASA


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

ANJURAN
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

1 |K E R T A S K O N S E P P E R T A N D I N G A N S Y A I R
PERTANDINGAN CITRA BAHASA SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
ANJURAN : SK GONG BADAK

1.0 PENDAHULUAN

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah
diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu Deklamasi
puisi ialah satu persembahan seni pentas yang amat popular dalam kalangan
penggiat sastera. Perkataan deklamasi berasal daripada bahasa Latin yang
bermaksud “declamare” atau “declaim” yang membawa makna membaca sesuatu
hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai aset dan
alat bantu. Dengan kata lain, deklamasi puisi ialah pembacaan puisi yang
membabitkan suara, sebutan, nada, intonasi, mimik muka, gerak badan dan
sebagainya.

Bagi memastikan syair tidak hilang ditelan zaman, SK Gong Badak mengambil
inisiatif menganjurkan pertandingan syair sempena Pertandingan Citra Bahasa
Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2018.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang penyampaian syair.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus
membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu
khususnya puisi.tradisional.

3.0 PENGELOLAAN
Pertandingan syair ini dikelolakan oleh SK Gong Badak di bawah kebitaraan Bahasa
Melayu.
2 |K E R T A S K O N S E P P E R T A N D I N G A N S Y A I R
PERTANDINGAN CITRA BAHASA SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
ANJURAN : SK GONG BADAK

4.0 PENYERTAAN
4.1 Terbuka kepada murid tahap 2 sahaja
4.2 Terdiri daripada seorang peserta sahaja bagi setiap sekolah
4.3 Terbuka kepada sekolah kluster kecemerlangan sahaja.
4.4 Peserta dikehendaki membawa tiga salinan skrip syair untuk diserahkan
semasa pendaftaran.

5.0 SYARAT PENYERTAAN


5.1 Peserta hanya dibenarkan menggunakan alat bantu pita rakaman (minus one)
sahaja semasa menyampaikan syair. Walau bagaimanapun markah tidak akan
diambil kira.

5.2 Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

5.3 Peserta dibenarkan memakai busana yang bersesuaian dengan tema serta
bentuk penyampaian syair.

5.4 Masa ditetapkan tidak lebih daripada 8 minit.

5.5 Markah akan dipotong sebanyak 5 markah sekiranya lebih daripada 8 minit.

5.6 Peserta diwajibkan menyampaikan syair mengikut irama syair yang dibenarkan:
1. Irama Siti Zubaidah
2. Irama Narasi
3. Irama Mayang
4. Irama Batu Belah
5. Irama Hiasan
6. Irama Perindu
7. Irama Dodoi
8. Irama Dandan Setia
9. Irama Selendang Delima

5.7 Peserta diwajibkan mengikut tema yang telah ditetapkan:


1. Alam Sekitar
2. Budi Bahasa
3. Bahasa Jiwa Bangsa

3 |K E R T A S K O N S E P P E R T A N D I N G A N S Y A I R
PERTANDINGAN CITRA BAHASA SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
ANJURAN : SK GONG BADAK

4. Patriotik
5. Kasih Sayang

6.0 PANDUAN KEPADA PESERTA

• Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di atas adalah muktamad jika
tiada kelemahan dalam penyampaian syair. Markah akan dipotong jika terdapat
kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah yang
akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.

• Peserta yang membaca teks secara berterusan tidak layak untuk diumumkan
sebagai pemenang walaupun mampu menyampaikan syair dengan baik.

• Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam bait syair.

• Tertinggal perkataan tertentu dalam syair.

• Mengulang bait yang sama dalam rangkapan syair.

• Mengulang rangkap syair yang sama.

• Membuat perlakuan negatif di atas pentas. Antara perlakuan negatif ialah:


o Ketawa dan tidak serius semasa menyampaikan syair.
o Berkata-kata (selain teks syair) semasa menyampaikan syair.
o Pergerakan yang keterlaluan.
o Membelakangi hakim dan khalayak semasa menyampaikan syair.

7.0 KITERIA PEMARKAHAN


▪ Irama (Patah Lagu / Nada / Tempo) 30 markah
▪ Suara (Vokal / Intonasi) 30 markah
▪ Kelancaran dan kejelasan sebutan 20 markah
▪ Gaya dan Kreativiti persembahan 20 markah
Jumlah 100 markah
8.0 PENGHAKIMAN
• Keputusan Hakim adalah muktamad.
• Keputusan hakim akan ditentukan melalui sistem juri.

4 |K E R T A S K O N S E P P E R T A N D I N G A N S Y A I R
PERTANDINGAN CITRA BAHASA SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
ANJURAN : SK GONG BADAK

9.0 AM
• Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur iaitu SK Gong
Badak.
• Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk
kepada pihak penganjur.
• Sebarang perubahan akan dimaklumkan dalam kumpulan Whatsapp Citra
Bahasa yang telah ditubuhkan.
• Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada Encik Khamarul Azwan bin Mohd
Nawi, Penyelaras SKK merangkap Penyelaras Program Citra Bahasa SKK
Peringkat Kebangsaan 2018 di talian 013-9496038.

5 |K E R T A S K O N S E P P E R T A N D I N G A N S Y A I R

You might also like