Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ..................

REKOD PELAPORAN MURID


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
[PBD 2023/2024]
SAINS TAHUN 5
ANDA BERHAK HEBAT
KEJAYAAN MILIK SETIAP INSAN!
SENTIASA BERUSAHA JANGAN MUDAH PUTUS ASA.
NAMA MURID : ..................................................................

Standard
Tema Tajuk Standard Pembelajaran TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 CATATAN
Kandungan
Memerhati dengan menggunakan semua deria  

yang terlibat dan alat jika perlu untuk membuat


1.1.1 pemerhatian secara kualitatif bagi menerangkan            
fenomena atau perubahan yang berlaku.
Mengelas dengan membandingkan atau  

1.1.2 mengenal pasti persamaan dan perbezaan            


berdasarkan ciri sepunya.
Mengukur dan menggunakan nombor dengan  

1.1.3 menggunakan alat dan unit piawai dengan teknik            


1.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK

yang betul.
INKUIRI DALAM SAINS

Membuat inferens dengan menyatakan  

kesimpulan awal atau penerangan yang


1.1.4 munasabah bagi sesuatu pemerhatian dengan            
Kemahiran
menggunakan maklumat yang diperoleh.
1.1 Proses
Meramal dengan membuat jangkaan tentang  
Sains
1.1.5 sesuatu peristiwa atau fenomena berdasarkan            
pemerhatian, pengalaman lalu atau data.
Berkomunikasi dengan merekod maklumat atau  

idea dalam bentuk yang sesuai dan


1.1.6 mempersembahkan maklumat atau idea tersebut            
secara sistematik.
Menggunakan perhubungan ruang dan masa  

dengan menyusun kejadian sesuatu fenomena


1.1.7            
atau peristiwa mengikut kronologi berdasarkan
masa.
Mentafsir data dengan memilih idea yang relevan  

1.1.8 tentang objek, peristiwa atau pola yang terdapat            


pada data untuk membuat penerangan.
Mendefinisi secara operasi dengan memerihalkan  

satu tafsiran tentang perkara yang dilakukan dan


1.1.9 diperhatikan bagi sesuatu situasi mengikut aspek            
yang ditentukan.
Mengawal pemboleh ubah dengan menentukan  

pemboleh ubah bergerak balas dan dimalarkan


1.1.10 setelah pemboleh ubah dimanipulasi ditentukan            
dalam sesuatu penyiasatan.
Membuat hipotesis dengan membuat pernyataan  

1.1.11 umum yang boleh diuji tentang hubungan antara            


pemboleh ubah dalam sesuatu penyiasatan.
Mengeksperimen dengan menggunakan kemahiran  

proses sains asas bagi mengumpul dan mentafsir


1.1.12 data serta membuat rumusan untuk membuktikan            
hipotesis dan membuat laporan.

TANDATANGAN MURID :

TANDATANGAN IBU / BAPA :

TANDATANGAN GURU MATAPELAJARAN :

ULASAN GURU :
Definisi Kemahiran Menaakul
Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan yang logik. Secara umumnya,
kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik untuk memahami sesuatu situasi atau idea.
Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa membuat penaakulan untuk memahami
dunia sekeliling misalnya membuat ramalan cuaca, laporan lalu lintas dan membuat unjuran pertambahan
penduduk Malaysia.
Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif sebab musabab terjadinya sesuatu
berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan
kesimpulan serta membuat keputusan Mobley (2010) merumuskan kemahiran menaakul sebagai kebolehan
menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah secara literal. Ia juga melibatkan pengetahuan asas
tentang aspek dalam kehidupan harian yang perlu difahami oleh individu melalui logik akal sebab sesuatu
tindakan berlaku dan impaknya kepada kehidupan.
Manakala menurut Exforsys (2010) pula kemahiran menaakul melibatkan proses mendapatkan maklumat
dan membuat inferens berdasarkan tanggapan individu. Keupayaan intelek menaakul membolehkan
seseorang memahami idea dan konsep dengan lebih jelas untuk membuat kesimpulan yang munasabah.
Menurut PPK (2001) kemahiran menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat pertimbangan
secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Perkaitan antara kemahiran
berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir ditunjukkan dalam Rajah
1.

Rajah 1 : Model Kemahiran Berfikir

Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih
mudah sekiranya seseorang individu menguasai kemahiran menaakul.
ASAS KEMAHIRAN MENAAKUL
Menurut Calumet, Universiti Purdue asas kemahiran menaakul merupakan proses- proses asas kepada
kognitif. Terdapat 4 proses asas kemahiran menaakul iaitu menyimpan, mengguna semula, memadan dan
prosedur ekskutif seperti ditunjukkan oleh Rajah 2.

Menyimpan
Proses ini membolehkan pemindahan maklumat kepada ingatan jangka panjang. Antara kaedah yang
digunakan adalah dengan membuat lakaran peta minda dan gambaran imej. Mengguna Semula Proses ini
membolehkan maklumat digunakan semula daripada ingatan jangka panjang bagi menjana dan memahami
idea baru.
Memadan
Proses ini membolehkan murid menentukan maklumat yang diterima adalah sama ataupun berbeza
daripada maklumat yang telah disimpan dalam memori jangka panjang. Usaha memadan ini melibatkan lima
jenis kemahiran iaitu:
i. Mengkategori /mengkonsepsi
Ia membolehkan murid mengelaskan sesuatu objek atau idea. Ia mempercepatkan proses pemikiran dan
memudahkan penghasilan generalisasi daripada maklumat yang diterima. Salah satu teknik ialah
pemecahan kepada kumpulan (chunking). Contohnya, pelajar melihat bunga ros dan mengkategorikannya
dalam kumpulan tumbuhan berduri.
ii. Ekstrapolasi / Generalisasi
Ia membolehkan pelajar membuat padanan maklumat yang diterima pada sesuatu situasi kepada situasi
lain. Maklumat sedia ada boleh disesuaikan dengan situasi yang baru. Contohnya, seorang pelajar yang
mengetahui peraturan asas dalam permainan bola sepak boleh menggunakannya untuk memahami
peraturan permainan ragbi.
iii. Penaakulan Analogi
Ia merupakan kemahiran melihat persamaan antara objek atau idea. Pengetahuan sedia ada bagi objek
atau idea terdahulu digunakan bagi memahami idea yang lain. Ianya membolehkan murid menggabungkan
dua asas kemahiran penaakulan iaitu mengkategori dan membuat generalisasi untuk menghadapi
maklumat baru dengan lebih berkesan.

You might also like