Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NOTA RINGKAS PJPK TAHUN 4

1. Secara umum, terdapat tiga jenis otot: otot rangka, otot licin dan otot jantung. Otot rangka
merupakan otot yang menempel pada rangka atau tulang kita. otot licin terdapat pada organ
tubuh kita
Otot jantung hanya terdapat pada dinding jantung manusia. Selain itu, otot teras ialah otot
yang terdapat pada bahagian tengah badan.
2. Untuk melakukan sesuatu pergerakan kita boleh meluaskan tapak sokongan untuk
mengekalkan keseimbangan dan boleh minta bantuan daripada guru atau rakan semasa
melakukan aktiviti yang melibatkan imbangan untuk mengelakkan kecederaan.
3. Tangan mesti diluruskan semasa melakukan putaran roda untuk mengelakkan kepala terkena
lantai dan tercedera
4. Kesedaran ruang, kesedaran masa dan kualiti pergerakan ialah konsep pergerakan yang
digunakan dalam pergerakan kreatif
5. Kemahiran asas dalam kategori serangan
- Menjaring
- Menerima
- Menghantar
- Memintas
- Mengelecek
- Takel
- Mengadang
6. Permainan dalam kategori serangan
- Bola sepak
- Hoki
- Bola Jaring
- Bola Baling
- Bola Keranjang
7. Bilangan pemain dalam sukan
- Bola sepak – 11 orang
- Bola baling – 7 orang
- Bola jaring - 7 orang
- Hoki - 11 orang
- Bola tampar – 6 orang
8. Kemahiran mengelecek penting untuk melepasi halangan pihak lawan.
9. Kestabilan ialah keupayaan untuk berada dalam posisi yang seimbang. Tujuan titik kontak
antara alatan dengan bola ialah ketepatan.
10. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain.
- Hop
- Berjalan
- Berlari
- Skip
- Melompat
11. Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku
pergerakan
- Mengayun
- Menolak
- Membongkok
- Mengilas
- Memusing
12. Cara- cara untuk mendirikan khemah
- Regangkan tapak
- Naikkan rangka
- Letakkan helaian penutup
13. Perubahan fizikal murid lelaki ketika akil baligh
- Perubahan bau badan
- Tumbuh misai dan bulu dada
- Halkum jelas kelihatan
- Bersuara garau
- Dada membidang
- Zakar membesar
- Otot tangan dan kaki membesar
- Tumbuh bulu ketiak
- Tumbuh bulu pubis
14. Perubahan fizikal murid perempuan ketika akil baligh
- Jerawat mungkin tumbuh di muka
- Perubahan bau badan
- Suara lunak
- Payu dara membesar
- Punggung melebar
- Tumbuh bulu ketiak
- Tumbuh bulu pubis
- Otot tangan dan kaki membesar
15. Setiap individu perlu minum air semasa melakukan aktiviti bersukan untuk mengekalkan
keseimbangan cecair dalam badan
16. Otot jantung yang kuat dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan efisien
17. Kesan pengambilan alcohol
- SILA BACA BUKU TEKS M/S 81
18. Punca penyakit jantung
- SILA BACA BUKU TEKS M/S 88
19. Aktiviti tekan tubi dan aktiviti berlari naik turun kerusi dapat menguji kardiovaskular.
20. Cara menjaga kebersihan diri ketika haid
a. Kerap tukar tuala wanita jika pendarahan banyak
b. Buang tuala wanita ke dalam tong sanitari
c. Cuci tangan selepas membuang tuala wanita
d. Mandi dan membersihakan diri
21. Punca-punca konflik dan stres, Kesan konflik dan stress
- SILA BACA BUKU TEKS M/S 82 -83

You might also like