Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) TAHUN 2012

Selasa, 06 September 2011

PANDUAN MENULIS KERTAS CADANGAN PENGAJIAN UNTUK PROGRAM HLP DAN CBBP TB PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2012
Pemohon dikehendaki mengemukakan satu kenyataan berkaitan cadangan penyelidikan. Kenyataan haruslah mengandungi elemen berikut: 1.1 Bidang penyelidikan (sila letakkan di penjuru atas kanan muka depan kertas)

1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Latar belakang kajian Pernyataan Masalah ( peryataan masalah yang mendorong tajuk ini dikaji) Objektif kajian Batasan Kajian Metodologi Kajian - Reka Bentuk Kajian - Populasi Dan Sampel Kajian - Instrumen Kajian - Prosidur Pengumpulan Data - Analisis Data

1.7 Kepentingan kajian 1.8 Rangka Jadual Kerja/Carta Gantt 1.9 Bibliografi ringkas
Cadangan penyelidikan ini hendaklah tidak kurang daripada 10 muka surat (Kedoktoran) dan 5 muka surat (Sarjana) ditulis dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris. Perhatian:- Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.

PERMOHONAN ONLINE
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA

BIASISWA (CBBP TB) TAHUN 2012


Selasa, 06 September 2011

TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN


ARAHAN : Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.

Tatacara Permohonan HLP & CBBP TB Secara Online 1. Calon-calon yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan secara online. Permohonan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan ianya boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my 2. Calon-calon adalah diingatkan agar membaca peraturan dan tatacara dengan teliti serta memasukkan kod-kod yang betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan ditolak. 3. Setelah mengisi permohonan secara online, tuan / puan dikehendaki mencetak permohonan tersebutKPM(LDP)1/2012/1A (bagi permohonan HLP) dan KPM(LDP)1/2012/3A (bagi permohonan CBBP TB)serta memuat turun Borang KPM(BT)LD 2/2010 dan SENARAI SEMAK. 4. Borang yang telah dicetak hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan bersama dengan dokumen berikut :a) Borang KPM(BT)LD 2/2010; b) Satu (1) salinan kad pengenalan pegawai yang disahkan; c) Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini yang telah disahkan. Sila pastikan kenyataan perkhidmatan mengandungi maklumat-maklumat berikut: - tarikh lantikan ke jawatan DG41/DG3

d) e) f) g) h) i) j) k) l)

- tarikh pengesahan jawatan DG41/DG3 - maklumat cuti belajar (jika pernah diluluskan cuti belajar) - tarikh kelulusan perisytiharan harta yang terkini; Satu (1) salinan sijil SPM/MCE (atau yang setaraf dengannya) yang disahkan; Satu (1) salinan Ijazah Pertama yang disahkan; Satu (1) salinan Ijazah Lanjutan bagi peringkat PhD (bagi permohonan peringkat Kedoktoran) yang disahkan; Satu (1) salinan transkrip Ijazah Pertama yang disahkan; Satu (1) salinan transkrip Ijazah Lanjutan (bagi permohonan peringkat Kedoktoran) yang disahkan; Satu (1) salinan surat Lantikan ke Jawatan DG41/DG3 yang disahkan; Satu (1) salinan surat pengesahan jawatan DG41/DG3 yang disahkan; Satu (1) salinan surat kelulusan perisytiharan harta yang terkini yang disahkan dan; Senarai semak.

Perhatian : (semua sijil atau dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan) 5. Bahagian B, C dan D pada Borang KPM(BT)LD 2/2010 hendaklah diisi oleh Ketua Jabatan tempat berkhidmat manakala Akuan Pengesahan di Bahagian C hendaklah diperolehi di peringkat Kementerian atau JPN. Contohnya :a) Sekiranya pemohon berkhidmat di Institut Pendidikan Guru (IPG), Bahagian A dan B Borang KPM(BT)LD 2/2010 akan diperakukan oleh Pengarah IPG manakala Bahagian C hendaklah disahkan oleh Rektor IPGM di Kementerian; b) Sekiranya pemohon berkhidmat di sekolah, Bahagian A dan B diperakukan oleh Guru Besar/Pengetua sekolah manakala Bahagian C disahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Perakuan oleh Ketua Jabatan hendaklah Pelajaran Negeri (JPN). Perakuan oleh

Ketua Jabatan hendaklah dibuat dengan teliti dibuat dengan teliti dengan mengambil perhatian terutama kepada syarat-syarat permohonan seperti yang dinyatakan; c) Sekiranya PPPS berkhidmat di Pusat Matrikulasi, Bahagian A dan B hendaklah diperaku oleh Pengarah Matrikulasi manakala Bahagian C hendaklah disahkan oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi di Kementerian; dan 6. Untuk markah LNPT di dalam Borang KPM(BT)LD 2/2010, Ketua Jabatan hanya perlu mengisi markah. Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tidak perlu dikemukakan. 7. Permohonan yang tidak mematuhi syarat atau borang dan dokumen yang tidak lengkap atau tidak mengisi borang secara online akan ditolak. 8. Semua dokumen permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :Setiausaha Bahagian Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan (up : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan) Tel: 03-83217100/7144/7145/7140/7138/7137/7136 Faks: 03-83217103 Perhatian :a) Permohonan online dibuka sehingga 16 September 2011. b) Borang permohonan ini hendaklah dihantar Bahagian Tajaan Pendidikan selewat-lewatnya pada 30 September 2011. c) Sila tandakan Sarjana atau Kedoktoran (mengikut peringkat pengajian permohonan) di SEBELAH ATAS KANAN sampul surat.

Panduan Mengisi Borang HLP dan CBBP TB secara Online 1. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja. 2. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Dalam Talian ini pada waktu yang yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman tersebut. 3. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan akan mengakibatkan permohonan anda ditolak. 4. Semasa mengisi Borang Permohonan Online, beberapa panduan berikut disaran supaya urusan pengisian maklumat permohonan tuan/puan mudah dan jelas. 4.1 Maklumat Pemohon Nama Pemohon Sila isi nama penuh anda (HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan baru anda tidak melebihi 50 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai. MOHAMED ASYRAF ARFAN B KAMARUL Contoh : FIRDAUS Nota : maklumat ini boleh dikemaskini / dipinda No. Kad Pengenalan No. Kad Pengenalan akan dipapar berdasarkan Sistem Maklumat Staf ATAU Nombor kad pengenalan baru yang anda taip masuk semasa pendaftaran Nota : maklumat ini tidak boleh dipinda Alamat Tempat Bertugas Sila masukkan alamat tempat bertugas anda dengan lengkap. Jika ruang tidak mencukupi, guna huruf-huruf yang ringkas. Contoh SEK. MEN. TUN. DR. ISMAIL : Nota maklumat ini boleh dikemaskini / dipinda Nombor Telefon Tempat Bertugas Sila masukkan nombor telefon pejabat tempat anda bertugas dalam ruang yang berkenaan. Jangan masukkan

sempang antara nombor. Contoh 03-42984585 jadi 0342984585 : Nota maklumat ini boleh dikemaskini / dipinda Nombor Faks Tempat Bertugas Sila masukkan nombor telefon pejabat tempat anda bertugas dalam ruang yang berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor. Contoh 03-42984585 jadi 0342984585 : Nota maklumat ini boleh dikemaskini / dipinda 4.2 Maklumat Akademik Kod Bidang Sila buat pilihan bidang pengajian HLP / CBBP TB yang anda ingin ikuti. Kod dan bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti di dalam pilihan yang diberikan.
Perhatian:- Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA

PERMOHONAN ONLINE

BIASISWA (CBBP TB) TAHUN 2012


Selasa, 06 September 2011

SYARAT PERMOHONAN
TAWARAN PROGRAM HADIAH PERSEKUTUAN (HLP) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2012 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pelajaran Malaysia(KPPM). 1. SYARAT UMUM Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. 2. SYARAT KHUSUS i) Warganegara Malaysia; ii) Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2012; iii) Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya pada 1 Januari 2008); iv) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan; v) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2008,2009,2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan. (Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar). vi) Diperakukan oleh Ketua Jabatan; vii) Memiliki syarat kelayakan akademik berikut: Peringkat Kelulusan PNGK atau Tempoh Pengajian setaraf Minimum Hadiah Sarjana Pengalaman Bekerja di Latihan Peringkat P & Persekutuan P online

Sarjana

Ph.D

2.50-2.99 Tidak 3.00 dan ke Berkaitan atas 2.50-2.99 3.00 dan ke Lulus atas

(pada 1 5 Tahun 3 Tahun 5 Tahun 3 Tahun

3.

viii) Memiliki Ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat sarjana; ix) Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan; x) Bersih daripada perrtuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah; xi) Telah mengisytiharkan harta; xii) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain; dan xiii) Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu HLP (AM) dan HLP (IPG). Bagi Program HLP (IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia sahaja yang layak memohon. SYARAT TAMBAHAN i) ii) Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja; Calon-calon dikehendaki mengemukakan Kertas Cadangan Pengajian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) mengikut panduan di LAMPIRAN 3. Kertas Cadangan ini perlu dikemukan bersama-sama dengan dokumen permohonan online; Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA; Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja; Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan; Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana; Calon-calon hanya layak membuat satu permohonan sahaja sama ada HLP atau CBBP TB dalam tahun yang sama. Kementerian berhak menukar pencalonan HLP kepada CBBP TB (sekiranya perlu); Pegawai yang telah ditawarkan CBBP TB tahun 2011 tidak layak memohon.

iii) iv) v) vi) vii)

viii)

SYARAT PERMOHONAN
TAWARAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2012 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pelajaran Malaysia(KPPM). 1. SYARAT UMUM Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. 2. SYARAT KHUSUS i) ii) iii) iv) v) Warganegara Malaysia; Berumur tidak melebihi 46 tahun bagi permohonan peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun bagi permohonan peringkat Kedoktoran pada 1 Januari 2012; Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya pada 1 Januari 2008); Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan; Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2008,2009,2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan. (Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar). Diperakukan oleh Ketua Jabatan; Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu CBBP TB (AM) dan CBBP TB (IPG). Bagi Program HLP (IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia sahaja yang layak memohon.

vi) vii)

3.

SYARAT TAMBAHAN

i) ii)

iii) iv) v) vi) vii)

Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja; Calon-calon dikehendaki mengemukakan Kertas Cadangan Pengajian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) mengikut panduan di LAMPIRAN 3. Kertas Cadangan ini perlu dikemukan bersama-sama dengan dokumen permohonan online; Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA; Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja; Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan; Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana; dan Calon-calon hanya layak membuat satu permohonan sahaja sama ada CBBP TBatau HLP dalam tahun yang sama.

Perhatian:- Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan. Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut: Setiausaha Bahagian Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1 63000 Cyberjaya Selangor Tel: 03-83217100/7144/7145/7140/7138/7137/7136 Faks: 03-83217103

You might also like