Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Sejauhmanakah penglibatan Malaysia dalam pertubuhan negara-nerara ASEAN dari tahun 1967

sehingga 1997.

A. PENDAHULUAN.

1. Pada 7 Ogos 1967 telah wujud satu gabungan yang dikenali sebagai Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara atauASEAN yang terdiri dari negara Indonesia, Filipina, Singapura dan
Thailand.
2. Keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan Brunei 7 Januari 1984,Vietnam
28 Julai 1995, Laos dan Mynmar 23 Julai 1997. Akhir sekali Kemboja.
3. Penubuhan Asean yang bermatlamatkan kerjasama dalam semua bidang terutama dalam
bidang ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.
4. Penglibatan Malaysia amat jelas dalam ASEAN terutama dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial.

B. ISI:

1. Politik:
 Mencetuskan idea penubuhan ASEAN.
Malaysia merupakan negara terawal menyedari kepentingan kerjasama serantau demi keselematan
negara-negara serantau di Asia Tenggara.

Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan senario rantau Asia Tenggara ketika itu:
i. Kebanyakannegara Asia Tenggara baharu mencapai kemerdekaan makaamat perlu untuk
mewujudkan kerjasama melalui satu pertubuhan yang sama.
ii. Asia Tenggara merupakan satu rantau yang berkedudukan strategik tetapi lemah dari segi
politik dan hubungan serantau dan antarabangsa. Malaysia bimbang keadaan tersebut akan
memudahkan kuasa-kuasa besar menundukkan negara Asia Tenggara atau menjadikan
Asia Tenggara tempat pertelagahan. Contohnya semasa Perang Dingin, negara Asia
Tenggara menjadi sasaran perebutan kuasa Barat dan komunis.
iii. Tekanan nasionalisme agar negara baharu merdeka berusha ke arah mendapat
pengiktirafan negara lain di dunia. Maka Malaysia berusha untuk mendapatkan
pengiktirafan tersebut dengan cara berkerjasama semua negara Asia Tenggara.

iv. Keadaan negara Asia Tenggara yang masih tidak stabil dan masih terikat dengan pelbai
gejala akibat penjajahan barat. Wujud pelbagai perbezaan falsafah politik dan ideologi.
Contohnya Vietnam Utara dengan ideology komunisnya,Indonesia sebagai militant-
nationalist dan Filipina terikat dengan Amerika Syarikat sehingga dikenali sebagai
“ranting Asia”.
v. Malaysia berpendapat sekiranya keadaan rantau Asia Tenggara ini berterusan masa
depan negara tidak akan terjamin. Perpaduan dalam kalangan semua negara Asia
Tenggara perlu untuk membina benteng pertahanan yang kukuh dalam semua aspek.
vi. Malaysia juga bimbang dengan pengaruh komunis dan teori Domino.
 Konsep ZOPFAN ( Zon Aman, Bebas dan Berkecuali)

i. Malaysia telah menyumbang kepada idea konsep ZOPFAN. Deklarasi ini


dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur dimana semua negara anggota
bersepakat mengisytiharkan negara-negara Asia Tenggara sebagai ZOPFAN.
ii. Konsep ini dijadikan inti dasar luar bagi negara ASEAN sebagai asas kepada
semangat keserantauan dalam kalangan ahli. Tujuan adalah untuk memelihara
keamanan dan kestabilan politik
iii. Melalui ZOPFAN negara ASEAN bebas mewujudkan persahabatan dengan
semua negara di dunia tanpa mengira idealogi politik.
iv. Hasil dari sumbangan idea Malaysia ini ZOPFAN Berjaya menghalang idealogi
dan teori Domino daripada merebak ke negara Asia Tenggara. Akhirnya Vietnam
mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN.

 Perjanjian SEANWFZ.

i. Perjanjian SEANWFZ ini adalah persetujuan menjadikan kawasan Asia


Tenggara kawasan bebas nuklear. Malaysia memandang berat hal ini. Menteri
luar Malaysia ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyeru
negara kuasa nuklear agar memberi sokongan dan menyertai perjanjian ini.
ii. Dengan adanya perjanjian tersebut kawasan Asia Tenggara selamat daripada
kemusnahan akibat senjata nuklear.
2. Ekonomi.

I. Kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas atau ASEAN Free
Trade (AFTA) telah di kemukakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam siding kemuncak di
Singapura. Dimana adalah untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi yang melibatkan
China, Jepun dan Korea Selatan.

II. Walaupun ianya mendapat tentang daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi idea
Malaysia ini telah membawa kerjasama secara tidak rasmi negara ASEAN dengan negara
China, Jepun dan Korea.
3. Sosial.

I. Malaysia telah juga menyumbang dalam bidang pendidikan. Kerjasama dalam bidang ini
telah mewujudkan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia
bersetuju membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

II. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam membenteras penyalahgunaan dadah.
ASEAN telah mencadangkan Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan dadah dan
Pengedaran Heroin (ICDAIT) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berjaya di
adakan di Vienna pada 1987. Persidangan ini telah di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad.

III. Dalam bidang kebudayaan Malaysia turut menjayakan festival kebudayaan dengan
menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Disamping berlaku pertukaran rancangan
televisyen dan radio bagi merapatkan hubungan sesama negara ASEAN.

IV. Malaysia berkerjasama dalam bidang sukan. Sukan SEA diadakan juga untuk merapatkan
hubungan dengan negara ASEAN dan Malaysia turut beberapa kali menjadi tuan rumah untu
ksukan SEA.

V. Menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIB) padatahun 1972. MBIB
kemudian bertukar menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia
(MABIBM) pada tahun 1985 dengan tujuan mangembangkan Bahasa Melayu, meningkatkan
persaudaraan dan meningkatkan perannan Bahasa Melayu dengan penyelarasan istilah, ejaan
dan sebutan.

C. KESIMPULAN.

1. Penglibatan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN telah merapatkan hubungan semua negara
di Asia Tenggara.
2. Dasar luar Malaysia yang mengutamakan keharmonian dan keamanan serantau memberi kesan
positif kepada Malaysia.
3. Sumbangan besar yang Malaysia berikan kepada ASEAN telah menjadikan negara-negara
Asia Tenggara maju dalam bidang ekonomi, sosil dan politik.

You might also like