Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.

1 2023 /
2024

TARIKH : 4 April 2023 (Selasa)


MASA : 1.15 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN :

1. EN. MUHAMMAD AZIAN BIN JAAFAR (GURU BESAR)


2. EN. AFANDI BIN CHE ABDULLAH (PKP)
3. PN. NORHAYATI BT ISMAIL (PK HEM)
4. PN. HJH HAJAR BT HUSIN (KETUA PANITIA BM)
5. EN. HJ MOHD ANUAR BIN MOHAMAD NAZAL
6. PN. NORASIKIN BT GHAZALI
7. PN. NUR AIMAN NAJIHAH BINTI SAIFULLAH

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul-Kitab dan mengucapkan terima
kasih dan tahniah kepada guru yang dapat memberi komitmen yang baik dengan
mneghadirkan diri ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bilangan 1 bagi sesi persekolahan
tahun 2023/2024.
1.2 Pengerusi menekankan kebersamaan semua guru untuk cuba sehabis baik dalam usaha
menyelesaikan segara permasalahan yang timbul yang melibatkan pengurusan panita.
1.3 Pengerusi juga berharap agar Panitia Bahasa Melayu mampu terus bersaing dengan baik
dalam semua aspek di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Tindakan : makluman

2. UCAPAN GURU BESAR


2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat
panitia Bahasa Melayu Bil. 1 2023/2024.
2.2 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru di atas segala usaha keras
untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu pada tahun lalu.
2.3 Beliau menekankan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran yang paling
penting sebagai tunjung utama mata pelajaran yang lain.
2.4 Guru Besar juga mengingatkan semua guru agar merangka perancangan untuk
penambahbaikan serta berusaha meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu pada tahun
2023/2024.
Tindakan : makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL. 3 2022/2023


Dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Nur Aiman Najihah bt Saifullah
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Norhayati bt Ismail
4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

5. PENUBUHAN AJK PANITIA BAHASA MELAYU


4.1 Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu telah diagihkan tugas adalah seperti berikut demi
memantapkan lagi pengurusan panitia.

Ketua Panitia : Pn. Hjh Hajar bt Husin (Guru BM Tahun 5 & 6)


Setiausaha : Pn. Nur Aiman Najihah bt Saifullah (Guru Pemulihan)
AJK : Pn. Norhayati bt Ismail (Guru BM Tahun 2)
Pn. Norasikin bt Ghazali (Guru BM Tahun 1 & 4)
Tn. Hj Mohd Anuar bin Mohamad Nazal (Guru BM Tahun 3)
Tindakan : semua
guru

6. DSKP, RPT DAN RPH


7.1 DSKP boleh disediakan daam bentuk softcopy atau dicetak dan disimpan oleh guru
mengikut tahun yang diajar.
7.2 Guru juga boleh mengambil inisiatif menggunakan QR code
7.3 RPT dan RPH pula mesti dihantar kepada Guru Besar untuk semakan.

7. PERANCANGAN / TAKWIM PANITIA BAHASA MELAYU 2023/2024


Berikut ialah perancangan / takwim Panitia Bahasa Melayu bagi tahun 2023/2024 :

BIL AKTIVITI BULAN CATATAN


1 Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Mac / 2023 AJK Panitia Bahasa Melayu
Bil.1 2023/2024
2 Minggu Penilaian / PBD Berfokus Mei / 2023 AJK Panitia Bahasa Melayu
3 Minggu Bahasa Jun / 2023 Semua murid
4 Program Gilap Sinar Jun / 2023 Murid Pemulihan
5 Karnival Panitia Ogos / 2023 Semua murid
6 Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu September/ AJK Panitia Bahasa Melayu
Bil. 2 2023/2024 2023
7 Mesyuarat panitia Bahasa Melayu Januari /2024 AJK Panitia Bahasa Melayu
Bil. 3 2023/2024
8 Minggu Penilaian / PBD berfokus Februari/ 2024 AJK Panitia Bahasa Melayu

Tindakan : semua
guru

8. KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)


8.1. Guru yang mempunyai maklumat berkaitan mata pelajaran boleh dikongsi bersama guru lain.
8.2. PLC boleh dibuat secara tidak formal pada bila-bila masa dan direkodkan dalam SPLKPM
Tindakan : semua guru
9. PBD
9.1. Murid sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap 3. Murid yang mencapai tahap 1 dan tahap
2 merupakan murid yang lemah.
9.2. Murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu perlu diberikan bimbingan dan
intervensi yang sepatutnya dan bersesuaian dengan murid.
Tindakan : semua
guru

10. PROGRAM INTERVENSI


10.1 Murid-murid yang lemah terutamanya yang belum menguasai kemahiran membaca (TP1 dan
TP2) dihantar ke kelas pemulihan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru
pemulihan.
10.2 Guru mata pelajaran juga perlu membuat pemulihan dan pengayaan di dalam kelas mengikut
tahap penguasaan murid.
Tindakan : semua guru

11. HAL-HAL LAIN


11.1 Peruntukan perbelanjaan Panitia Bahasa Melayu yang akan diperuntukkan perlu digunakan
dengan sebaik mungkin untuk kegunaan semua.
11.2 Guru-guru boleh memberikan senarai barang-barang yang diperlukan seperti laminating
film,
kertas A4, buku tulis dan sebagainya untuk pembelian.
Tindakan : semua guru

Mesyuarat ditangguh pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

......................................................................... ...................................
(NUR AIMAN NAJIHAH BT SAIFULLAH) (HAJAR BT HUSIN)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SK Bakong. SK Bakong.

Disahkan oleh,

.................................................................
(MUHAMMAD AZIAN BIN JAAFAR)
Guru Besar,
SK Bakong.

You might also like