Modul Sem 2 2021.convert

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 114

Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH


KOMPLEKS PENDIDIKAN, JLN STADIUM
05604 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

AHLI PANEL MODUL SEJARAH SEMESTER 2 /2021

BIL NAMA AHLI PANEL SEKOLAH CATATAN

1 AHMAD SALEHEE BIN ABDUL UNIT SAINS SOSIAL PENYELARAS


SEKTOR PEMBELAJARAN JPN KEDAH

2 ZAIRANI BINTI ABU BAKAR KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN JURULATIH


SALLEHUDDIN

3 HASHIM BIN DIN SMK MAHSURI, LANGKAWI JURULATIH

4 MOHD HELMI BIN SMK TUNKU ABDUL AZIZ AHLI


ABDUL RAHMAN

5 JAMIL BIN NOR SMK TUNKU LAKSAMANA AHLI

6 SUZI HAZLIANTI BINTI HARUN SMK TUNKU ANUM TUNKU AHLI


ABDUL RAHMAN

7 JAMILAH BINTI KHAMIS SMK SERI MAHAWANGSA AHLI

3
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

NO SOALAN CATATAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN HUBUNGANLUAR


1. Sejauhmanakah agama wathani merupakan agama utama masyarakat arab jahiliah

2. Jelaskan perubahan sosiopolitik yang berlaku kepada masyarakat arab selepas


kedatangaan islam
3 Huraikan Ketamadunan Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.
4 Huraikan peranan golongaan Ansar di Madinah pada zaman nabi
Muhammad s.a.w
5 Huraikan golongan masyarakat yang muncul pada zaman khulafa al-
Rasyidin
6 Sejauh manakah Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk
Madinah pada zaman nabi Muhammad s.a.w
7 Shahifah Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Analisiskan
kandungan utama Piagam Madinah
8 Nabi Muhammad saw merupakan negarawan yang unggul.
Bincangkan.
9 Ciri-ciri kepimpinan nabi Muhammad saw membantu kejayaan dakwah
baginda. Bincangkan.
10 Syura dilaksanakan dalam pemilihan Khulafa al Rasyidin. Bincangkan.
11 Nilaikan sumbangan Khalifah Abu Bakar as-siddiq sepanjang
pemerintahannya sebagai khalifah pertama kerajaan Khulafa al Rasyidin
12 Nilaikan sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid dalam memperkasakan kegiatan
intelektual.
13 Bincangkan struktur pentadbiran kerajaan islam Madinah pada zaman
Khulafa al-Rasyidin.
14 Jelaskan struktur pentadbiran pusat dan wilayah kerajaan Turki
Uthmaniyah pada abad ke-16 hingga 17 Masihi.
15 Huraikan sistem pemerintahan Kerajaan Muwahhidun (1144-1223 M) dan Nasriyyah
(1238-1493 M) di Andalusia pada abad ke-13M.
16 Bincangkan konsep jihad dan kepentingannya kepada masyarakat Islam zaman Nabi
Muhammad saw dan zaman Khalifah al-Rasyidin.
17 Terangkan konsep jihad dan strategi peperangan yang diamalkan pada
zaman nabi Muhammad saw
18 Etika yang diterapkan dalam gerakan ketenteraan islam membuktikanislam
mengutamakan perdamaian. Bincangkan.
19 Huraikan sumbangan Sultan Muhamad Al-Fatih dalam mengukuhkan Empayar Turki
Uthmaniyah pada abad ke-15M.
20 Huraikan bentuk perhubungan luar melalui bayaran jizyah pada zaman Khulafa al-
Rasyidin.
21 Bincangkan bentuk hubungan luar iaitu melalui pembayaran jizyah semasa zaman
Khalifah Bani Umaiyyah.

4
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN


22 Penerapan sistem ekonomi islam oleh Nabi Muhammad s.a.w Berjaya memecahkan
monopoli ekonomi golongan Yahudi di Madinah.Bincangkan
23 Ketidakadilan sistem ekonomi dunia telah dirungkai dengan kedatangan Islam.
Justeru itu jelaskan ciri-ciri sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan
berlandaskan syariat Islam.

24 Bincangkan kegiatan dan sumber pendapatan ekonomi Islam pada zaman Nabi
Muhammad SAW pada abad ke-7 Masehi.

25 Kesuburan tanah menjadi pemangkin kemakmuran Kerajaan Abbasyiah.


Bincangkan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Bani Abbasyiah abad ke-11
hingga ke-12.

26 Bincangkan pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al


Khattab.
27 Analisiskan pelaksanaan zakat dalam perkembangan ekonomi islam Zaman
Khalifah Abbasiyah abad ke- 9 hingga abad ke-11M.
28 Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam

29 Bincangkan sistem pendidikan islam di Acheh pada abad ke-16 hingga ke 17


M.
30 Usaha dan galakan para khalifah merupakan pendorong utama perkembangan
pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiyah. Nilaikan .

31 Nilaikan idea-idea yang disumbangkan oleh Al - Kawarizmi dalam bidang


matematik
32 Bincangkan sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang astronomi dan geografi.

33 Falsafah merupakan aspek sumbangan intelektual penting al-Ghazali sehingga terkenal


dengan gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam). Bincangkan.
34 Sejauhmanakah Kitab Ihya Ulumuddin telah memperkenalkan alGhazali
sebagai “Hujjatul Islam” pada abad 11 M.
35 Huraikan sumbangan Ibn Khaldun yang dianggap oleh sarjana barat sebagai tokoh dan
ahli fikir yang tiada bandingannya.
36 Al-Mas’udi dianggap sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting kerana berjaya
membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran. Bincangkan.

37 Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.

38 Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

39 Huraikan ciri-ciri seni bina Andalusia pada abad ke-13M.

40 Analisiskan ciri-ciri seni bina di India pada abad ke-16 hingga 17M

5
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


41 Perluasan kuasa barat pada zaman Khalifah Turki Uthmaniyah berlaku kerana faktor
politik dan ekonomi. Jelaskan.
42 Analisiskan faktor agama dan teknologi yang mendorong kepada peluasan kuasa
barat terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-18 hingga abad ke-20M.

43 Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan barat diMesir pada


abad ke-19 hingga awal abad ke 20M
44 Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir
Pada Abad Ke 19 Masihi
45 Bincangkan reaksi masyarakat Algeria terhadap penjajahan kuasa Barat dari abad
ke-18 hingga ke-20 Masihi.
46 Bincangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-19
dan awal abad ke-20 masihi
47 Faktor dalaman merupakan pencetus kepada kemunculan gerakan
nasionalisme di Mesir pada abad ke-19 hingga abad ke-20 masihi.
Bincangkan
48 Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada kebangkitan
semangat nasionalisme di Mesir sehingga awal abad ke-20M
49 Bincangkan peranan golongan intelektual dalam membangkitkan semangat
nasionalisme di Mesir pada abad ke-20
50 “Sebaik sahaja kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat secara rasmi dalamPerang Dunia
Pertama, kuasa-kuasa barat telah mengadakan PerjanjianSykes-Picot”. Jelaskan
kandungan utama perjanjian tersebut.
51 Gerakan Turki Muda Telah Mempengaruhi Penglibatan Kerajaan Turki
Uthmaniyah Dalam Perang Dunia Pertama. Bincangkan.
52 Huraikan Proses Penglibatan Turki Uthmaniyah Dalam Perang Dunia
Pertama (1914-1918)
53 Analisiskan faktor-faktor kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia
Pertama
54 Bincangkan kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah selepas Perang
Dunia 1.
55 Bincangkan Dasar Tanzimat yang dilaksanakan dalam Kerajaan Turki Uthmaniyah
pada abad ke-19 M.
56 Bincangkan kesan tanzimat terhadap pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah pada
abad ke-19M.
57 Analisiskan matlamat perjuangan gerakan Uthmani Muda dan Turki Muda dalam
kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19M hingga awal abad ke-20M

58 Analisiskan faktor yang mempengaruhi kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah pada


abad ke-19 bingga awal abad ke-20M
59 Huraikan bentuk-bentuk imperialisme barat ke atas Wilayah Turki Uthmaniyah dari
abad ke-19M hingga awal abad ke-20 M

6
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

TEMA 1 : MASYARAKAT , PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN HUBUNGAN LUAR

Soalan 1 : Sejauh manakah agama wathani merupakan agama utama masyarakat Arab Jahiliah.

PENDAHULUAN

Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman jahiliah iaitu masyarakat berada dalam kesesatan
kerana tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan. Masyarakat Arab jahiliah pada masa ini telah
mempunyai kepercayaan yang tersendiri. Kepercayaan masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua iaitu kepercayaan
agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama yang dianuti oleh masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua iaitu
agama samawi (agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab. Agama yang kedua
ialah agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia. Agama Wathani (penyembah berhala) merupakan
kepercayaan agama yang dianuti oleh majoriti masyarakat di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya kerajaan
Saba’. Namun, terdapat pelbagai agama dan kepercayaan selain agama wathani.

ISI-ISI PENTING

1. Agama Wathani

Agama Wathani atau agama berhala merupakan agama yang dianuti oleh majoriti masyarakat Arab yang tinggal
di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya kerajaan Saba‟. Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan
kadang-kala dari buah tamar (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing. Antara berhala yang
terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap
berhala sebagai Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada
Allah dan percaya kepada berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan musyrikin, iaitu orang yang menyekutu Allah.
Sesetengah orang Arab percaya berhala dapat memberikan manfaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan
sebagainya. Terdapat
360 buah berhala dibina di sekeliling K aabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al- Hubal.Walaupun
agama Wathani merupakan agama utama yang dianuti masyarakat Arab, namun, masih terdapat agama lain yang turut
dianuti seperti agama Yahudi

2. Agama Yahudi
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab Taurat. Orang
Yahudi telah mengubah kandungan asal Kitab Taurat demi memenuhi kepentingan mereka sehingga agama ini dianggap
syirik kerana menduakan Allah. Orang-orang Yahudi berasal dari Palestin. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah
Arab sejak abad Pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk
menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap
al-Uzar sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas. Agama ini
tersebar luas terutamanya di kawasan-kawasan oasis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab iaitu Tai‟ma Khaiba,
Padak dan Yathrib. Walaupun agama Yahudi telah terpesong daripada ajaran asalnya, namun masih ada dalam kalangan
masyarakat jahiliah yang menganutinya sebagai pegangan mereka.

3. Agama Nasrani
Agama Nasrani atau Kristian adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s
berpandukan kitan Injil pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah,
pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsah ke atas tanah jajahan
mereka. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun segelintir pendeta agama ini telah

7
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
mengubah kandungan asal untuk kepentingan peribadi mereka. Penganut agama asal agama
Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab. Agama ini dapat sambutan
dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Uthman Bin Huwairith.
Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang
dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam. Pusat agama Kristian yang utama di
Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar.
Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz. Jelaslah, agama
Nasrani juga antara agama yang dianuti oleh masyarakat jahiliah selain agama Wathani

4. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Parsi. Agama ini diamalkan oleh sebahagian orang Arab
Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut
agama ini tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi-nabi yang diutus oleh Allah serta mendakwa ia adalah
palsu. Penganut agama ini menyembah matahari dan api. Mereka percaya bahawa terdapat Tuhan iaitu Kebaikan
(Cahaya) dan Tuhan Kejahatan (Gelap Gelita) . Justeru itu, untuk menjamin Tuhan Kebaikan mendampingi mereka, api
dinyalakan di rumah mereka. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak
mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik. Di antara penganut
agama ini yang terkenal d Mekah ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang mempunyai
hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.
Tegasnya, walaupun agama Majusi tidak mempunyai kitab suci dan juga nabi sebagai panduan, masyarakat jahiliah
masih menganutinya dan mengamalkannya

5. Agama Hanif
Segelintir orang Arab menganut agama Hanif. Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan
Nabi Ismail. Penganutnya digelar Hunafa‟ (Muslim). Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini
mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Golongan ini tidak mengamalkan mana-mana agama dan kepercayaan
yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyah. Mereka meninggalkan amalan tradisi jahiliyah seperti seperti minum arak,
berjudi, makan bangkai, makan darah dan sebagainya. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal
dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Tegasnya di sini bahawa golongan ini menentang agama yang dianuti dan diamalkan
oleh masyarakat jahiliyah sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.aw

KESIMPULAN
Kesimpulannya, agama Wathani merupakan agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Arab
jahiliah. Namun begitu, masih terdapat agama-agama lain yang dianuti oleh masyarakat walaupun jumlahnya
penganutnya tidak begitu ramai. Selepas kedatangan Islam, kehidupan masyarakat jahiliah telah mengalami perubahan
yang besar dalam segala aspek termasuklah dari segi agama dan kepercayaan.

8
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 2 :Jelaskan perubahan sosiopolitik yang berlaku kepada masyarakat Arab selepas kedatangan
Islam

PENDAHULUAN

Masyarakat Arab merujuk kepada masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab. Sebelum kedatangan Islam
mereka dikenali sebagai masyarakat jahiliyah yang hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan
mengamalkaan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlangsung selama 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad
s.aw. Zaman jahiliah berakhir apabila turunnya al Quran dan Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad sa sebagai rasul
pada tahun 610 Masihi. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan soiopolitik yang besar ke atas masyarakat
Arab terutamanya masyarakat Mekah dan Madinah

ISI-ISI PENTING
1. Perubahan agama dan kepercayaan
● Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah majoritinya menganut agama menyembah berhala. Mereka menganggap
berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah
berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Terdapat 360 buah berhala dibina si seleliling Kaabah. Agama lain
yang dianuti ialah agama Yahudi, Nasrani , Majusi dan kepercayaan animisme. Masyarakat pada masa itu juga
terikat dengan kepercayaan karut seperti percaya kepada ramalan nujum, tilik nasib, dan pemakaian azimat.
● Selepas kedatangan Islam, masyarakat Islam pada zaman itu mempunyai keimanan yang teguh. Mereka percaya
kepada Allah Yang Maha Esa, beriman dengan 6 perkara Rukun Iman dan beramal dengan 5 perkara Rukun Islam.
Bahkan orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk
memperkukuh akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi juga telah menjalankan dasar kebebasan beragama
terutamanya ke atas masyarakat Yahudi di Madinah dan mereka diberi kebebasan beribadat .

2. Perubahan hubungan masyarakat/sosial


● Masyarakat Arab pada zaman jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing- masing. Setiap individu
dalam kabilah mempunyai ketaatan (semangat assabiyah) kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang
lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada
dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.
● Selepas kedatangan Islam, Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat di bawah konsep
ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan (assabiyah) kepada kaum tidak lagi wujud dan
digantikan oleh ikatan persaudaraan Islam. Contoh Nabi telah mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Konsep
persaudaraan ini telah melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam Madinah.

3. Akhlak
● Masyarakat Arab zaman jahiliah mengamalkan nilai moral dan akhlak yang buruk, yang tidak mempunyai batas
kesopanan dan kemanusiaan. Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan merupakan perkara biasa kepada
masyarakat Jahiliah.
● Selepas kedatangan Islam, Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk. Islam menganjurkan
akhlak mulia dan nilai-nilai yang baik seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan lain-lain.
Contohnya bermula dengan Perjanjian Aqabah 1, masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina dan
membunuh. Nabi berjaya mengikis segala akhlak yang buruk dalam kalangan masyarakat Islam Madinah. Dalam
Piagam Madinah, Nabi Muhammad saw menggariskan hak dan

9
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
tanggungjawab setiap supaya dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

4. Politik
● Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik pada zaman masyarakat Arab Jahiliah. Hal
ini berpunca daripada faktor wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh kuasa asing seperti Rom
dan Parsi di wilayah di sebelah utara. Sementara wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom
dan Parsi.
● Masyarakat Arab turut mengamalkan sistem berkabilah dan setiap kabilah diketuai oleh syeikh kabilah. Setiap suku
kaum taksub kepada suku masing-masing yang dipanggil assabiyah. Keadaan ini mencetuskan peperangan antara
suku walaupun berpunca daripada masalah kecil. Keadaan inilah yang menyebabkan suasana politik yang tidak
stabil.
● Selepas kedatangan Islam, Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas. Ada sistem pemerintahan
yang teratur. Pemerintahan adalah berlandaskan Al- Quran dan Hadith. Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan
Piagam Madinah. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura.

5. Ilmu Pengetahuan
● Masyarakat Arab jahiliyah mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan. Walaupun
begitu majoriti mereka buta huruf. Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. Jadi perkembangan ilmu pengetahuan
hanya bersifat hafalan dari satu generasi ke satu generasi. Jika sesuatu ilmu itu tidak diminati maka ilmu tersebut
akan pupus begitu sahaja.
● Selepas kedatangan Islam, Islam menekankan kepada menuntut ilmu. Hal ini jelas terbukti dari surah pertama al-
Alaq yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang . menekankan aspek membaca. Bahkan salah satu cara
untuk tawanan Perang Badar menebus diri mereka ialah dengan mengajar 10 orang kanak-kanak Islam membaca,
dan menulis. Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir. Selepas itu, turun ayat-ayat lain dalam al
Quran yang menyentuh seluruh aspek kehidupan termasuk bidang sains dan teknologi. Di Madinah, masjid dijadikan
sebagai tempat mengembangkan ilmu pengetahuan.

6. Struktur Kelas Masyarakat


● Masyarakatt Arab jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan
tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab jahiliyah amalan perhambaan berlaku secara meluas.
Golongan hamba tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka.
Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak
mengikut kehendak mereka. Hamba dianggap golongan paling hina.
● Masyarakat Islam menganjurkan kosep persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah.
Kemuliaan manusia berasaskan kepada ketakwaan mereka kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut
kekayaan atau pangkat mereka.

7. Maruah wanita
● Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat Arab jahiliah. Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa
nafsu lelaki dan kegemaran mereka hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki. Mereka dianggap sebagai
barang dagangan. Ada dalam kalangan wanita yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelakinya sendiri.
Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai amalan yang mulia supaya bayi
tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa. Kaum
wanita sering dibawa bersama-sama untuk berperang dan memberi perangsang kepada tentera lelaki.
● Selepas kedatangan Islam, Islam memuliakan kedudukan wanita. Maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara.
Kaum wanita memainkan peranan yang sama penting dengan kaum lelaki.

10
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

8. Hal Peperangan
● Masyarakat Arab Zaman jahiliah bersifat balas dendam. Mereka sanggup berperang kerana perkara- perkara yang
kecil sahaja. Permusuhan yang sering berlaku ialah peperangan antara suku atau
kabilah. Perang dendam sering berlarutan. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Contohnya Perang Al-
Basus berlarutan selama 40 tahun.
● Perangan yang wujud pada zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat, dan negara
Islam dari ancaman musuh terutama daripada orang Quraish Mekah dan pengkhianatan orang Yahudi. Ini ialah jihad.
Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan dalam kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan
Khazraj.

9. Sikap
● Dalam masyarakat jahiliyah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh pada janji,
memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.aw seperti yaang dilakukan oleh Bani Hashim. Dalam masyarakat
Islam, nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam

KESIMPULAN
Jelas bahawa kedatangan Islam telah membawa perubahan sosiopolitik di Tanah Arab. Islam telah menukar cara
hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk kepada
akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan. Islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat Jahiliah kepada sebuah
masyarakat yang bertamadun.

Soalan 3 : Huraikan Ketamadunan Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.

PENDAHULUAN

Masyarakat jahiliah merujuk kepada masyarakat yang hidup sebelum kedatangan Islam dan sebahagian besar
dari kalangan masyarakat jahiliah tidak tahu membaca dan menulis. Jahiliah pada dasarnya merujuk kepada kejahilan
dalam aspek kerohanian, keagamaan, kemanusiaan dan keilmuan. Manakala Jahiliah dalam al-Quran bermaksud sesuatu
yang bertentangan dengan ajaran Islam sama ada agama, sistem hidup, amalan ritual, akhlak, peraturan ekonomi, sosial
dan sebagainya. Dalam konteks masyarakat di Semenanjung Tanah Arab, ianya wujud selepas keruntuhan Kerajaann
Saba’ dan berakhir selepas turunnya al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Masyarakat Arab
jahiliah bukanlah masyarakat yang jahil segala-galanya kerana mereka pernah mencapai banyak kemajuan dalam
kehidupan mereka, khasnya dari segi politik dan ekonomi.

ISI-ISI PENTING

1. Kemajuan bidang politik dan pentadbiran


 Masyarat jahiliah mempunyai institusi pentadbiran iaitu Majlis Kabilah untuk menguruskan tatacara dan
perjalanan hidup. Majlis Kabilah berperanan memastikan setiap kabilah mempunyai bidang tugas pentadbiran
masing-masing. Pembahagian tugas dilaksanakan bagi mencapai kecekapan dan kelicinan pentadbiran.
 Buktinya terdapat beberapa majlis yang dibentuk untuk menguruskan bidang-bidang tertentu, antaranya Majlis
Siqayah yang menguruskan urusan air jemaah haji. Majlis Rifadah yang mengendalikan urusan makanan
jemaah haji, Majlis Liwa untuk menyedia dan memimpin tentera, Majlis Nadwah untuk urusan umum
berkaitan kebajikan penduduk Makkah dan

11
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Majlis Hijabah untuk menjaga Kaabah.
 Ketua Kabilah (Syeikh Kabilah) -Wakil daripada kaum-kaum yang membentuk
kabilah akan
melantik seorang ketua atau Syeikh untuk mengetuai kabilah mereka. Syeikh haruslah mempunyai ciri-ciri
kepimpinan dan boleh mempengaruhi angota-angota kabilahnya. Oleh itu, Syeikh sangat dihormati
dan ditaati. Seseorang individu atau anggota kabilah hendaklah patuh kepada Syeikh kerana beliau
mempunyai kedudukan yang tinggi. Cthnya, Syeikh akan mempengerusikan Majlis Kabilah. Syeikh
juga bertanggungjawab menyelesaikan masalah dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan
kabilah-kabilah lain, melayan tetamu dan memberi perlindungan. Jelaslah bahawa Syeikh begitu penting
dalam struktur organisasi kabilah dan diletakkan di tahap yang tinggi dan sangat dihormati oleh
kabilahnya.
 Darul Nadwah - Darul Nadwah berasal dari kata dar yang bererti rumah, dan nadwah bererti
pertemuan atau bertukar kata. Darul Nadwah berfungsi sebagai balai pertemuan, tempat masyarakat
berkumpul, bermusyawarah dan tempat menyelesaikan masalah di antara mereka. Darul Nadwah
juga penting dalam pemilihan pemimpin, mengadakan kontrak sosial, membuat perjanjian damai,
menyelesaikan masalah perang antara suku, mengorganisasi ketenteraan serta membincangkan masalah
perkahwinan.
 Dari aspek politik, masyarakat Arab jahiliah telah menunjukkan ketamadunan yang tinggi dengan
kejayaan mendiri dan mengendalikan beberapa buah kerajaan seperti Main, Saba’, Himyar yang
terletak di selatan Tanah Arab, manakala kerajaan Hirah, Tadmor, Nabat dan Ghassan terletak di
sebelah utara. Kerajaan-kerajaan ini lengkap dari segi struktur pentadbirannya kerana mempunyai
raja dan menteri, para pegawai, pentadbir awam dan tentera, serta mempunyai sistem ketenteraan dan
pertahanan tersendiri.
 Jelaslah masyarakat jahiliah telah mempunyai ketamadunan yang tinggi dalam aspek politik dan
pentadbiran.

2. Kemajuan bidang pertanian


 Bangsa Arab bergiat aktif dalam sektor pertanian sebelum zaman Islam. Sebahagian mereka menetap
di kawasan bandar dan mahir dalam bidang pertanian. Mereka mendapat hasil melimpah ruah dari
kebun-kebun anggur yang dikelilingi oleh pokok-pokok tamar, selain turut menanam tanaman seeperti
zaitun dan delima.
 Bangsa Arab telahpun mempelajari pelbagai teknik pertanian di Syam dan mempunyai kelebihan dalam
mengenali kesesuaian tanah untuk jenis-jenis pertanian tertentu.Mereka juga mampu membina dan
menggunakan tali air, terusan dan empangan seperti Empangan Maarib.Kesemua ini membuktikan
ketamadunan bangsa Arab jahiliah dalam sektor pertanian dan sektor lain yang berkaitan dengannya.

3. Kemajuan bidang perdagangan


 Masyarakat jahiliah di Makkah terlibat dalam bidang perdagangan dan mereka berjaya menguasai beberapa
jaringan jalan perdagangan utama di sekitar tanah Arab. Kegiatan perdagangan telah menjangkau sehingga
ke Afrika dan utara Semenanjung Tanah Arab seperti Syria dan Palestin.
 Kota Makkah menjadi pusat perdagangan utama dan dikunjungi ramai pedagang luar. Pasar-pasar seperti
Ukz dan Zul Majaz merupakan pusat-pusat perdagangan yang terkenal. Urusan perdagangan pula
menggunakan wang emas dan perak sebagai alat tukaran menggantikan kaedah tradisional iaitu kaedah
tukar barang.
 Pada musim sejuk, masyarakat jahiliah berdagang ke Yaman, selatan Tanah Arab dan pada musim
sejuk pula, mereka berdagang ke Syam, utara Arab melalui laluan laut atau darat.Mereka juga berjaya
mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa seperti dengan India, Parsi, Mesir dan lain-lain.

12
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
 Terbukti bahawa kewujudan bangsa Arab di tengah-tengah pusat perdagangan,
timur ,
barat, utara dan selatan membolehkan mereka mencipta ketamadunan tersendiri kesan interaksi dengan
ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa lain melalui aktiviti perdagangan.

4. Kemajuan ilmu pengetahuan


 Al-Quran pernah membicarakan tentang sejumlah ilmu pengetahuan yang wujud pada zaman jahiliah.
Antaranya ialah pengetahuan sejarah yang tergambar dalam bentuk kisah- kisah bangsa-bangsa terdahulu
yang menetap di Semenanjung Tanah Arab dan di luarnya.
 Selain itu, wujud pengetahuan ilmu geografi oleh bangsa Arab jahiliah seperti dirakam oleh al-Quran,
contohnya ilmu lautan, perjalanan di lautan, angin yang baik, angin badai dan bintang-bintang yang dijadikan
petunjuk ketika menempuh kegelapan daratan dan lautan.
 Masyarakat Arab jahiliah juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Sebahagia mereka mahir
dalam mengenalpasti penyakit dan cara pengubatannya. Mereka juga mahir dalam mengenalpasti ubat-
ubatan dan cara penggunaannya melalui pengalaman, pemerhatian dan peniruan dari negara-negara
jiran yang sering mereka ulang-alik. Antara tokoh perubatan yang terkenal ialah al-Harith bin Kaldah
al Thaqafi, al Nadar bin al-Harith dan Zuhair bin Khabbab dan sebagainya.
 Jelaslah masyarakat Arab jahiliah telah mempunyai kemajuan dalam ilmu sejarah, geografi,
perubatan dan lain-lain.

5. Kemajuan Kemajuan dalam bidang seni bina


 Masyarakat Arab jahiliah mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang seni bina. Orang- orang Arab
Saba’ di Yaman misalnya, telah berjaya membina empangan Maarib dan sebuah tempat menyimpan air
berdekatan dengannya. Empangan ini bukan sahaja berkemampuan mencegah banjir, malah
dapat mengairi kawasan ladang sehingga ia menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur dan
seterusnya menyumbang kepada kemewahan dan kesenangan penduduk Saba’.
 Mereka turut berjaya membina rumah penyembahan, kubu-kubu peperangan dan istana- istana,
terutamanya peninggalan oleh pemerintah kerajaan Saba’dan Himyar. Ini membuktikan bangsa Arab jahiliah
pernah mencapai ketamadunan yang tinggi sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

KESIMPULAN
Masyarakat Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan dalam pelbagai bidang kehidupan, antaranya
pentadbiran, pertanian, perdagangan dan seni bina. Sebahagian tinggalan tamadun mereka masih mengagumkan kita
hingga ke hari ini. Pencapian ketamadunan berkenaan menafikan pelbagai tuduhan negetif sejarawan Barat terhadap
bangsa Arab jahiliah.

13
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 4 : Huraikan peranan golongan Ansar di Madinah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W

PENDAHULUAN
Golongan Ansar atau pembantu adalah merupakan penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan
Khazraj. Mereka telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Nabu Muhammad s.aw di Makkah melalui
Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Mereka mempelawa Nabi s.aw dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah. Mereka
juga bersetuju melantik Nabi s.a.w sebagai pemimpin mereka dan menyatakan kesediaan menerima dan mempertahankan
Islam serta sentiasa menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan
ajaran Islam sepanjang zaman baginda. Terdapat juga orang Parsi dan Yahudi Madinah yang telah memeluk Islam dan
dianggap sebagai sebahagian daripada golongan Ansar. Golongan Ansar memainkan peranan penting pada zaman Nabi
Muhammad di Madinah

ISI-ISI PENTING
1. Menerima dan menyokong perjuangan Nabi
● Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2, golongan Ansar yang terdiri dari orang Aus dan Khazraj menyatakan
kesanggupan mereka menerima Islam dalam kalangan golongan kafir Mekah menentangnya. Mereka berikrar
berjuang bersama-sama nabi. Sokongan mereka berterusan sehingga nabi berhijrah daan menjadi pemimpin
Madinah.

2. Membantu Rasulullah dalam urusan keagamaan dan pentadbiran


● Di Madinah mereka sanggup menerima Rasulullah sebagai pemimpin. Sebahagian golongan Ansar menjadi Ahli
Majlis Syura tertinggi contohnya Abu Ubaidah Al-Jarrah dan ramai lagi yang banyak membantu nabi dalam pentadbiran..
Mereka turut terbabit dalam membantu nabi membantu menggubal Piagam Madinah yang merupakan asas
penubuhan Negara Islam pertama.

3. Menjalankan usaha dakwah


● Golongan Ansar bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula
selepas peristiwa Perjanjian Aqabah I dan 2 pada tahun ke 11, 12 dan 12 kerasulan Nabi Muhammad saw. Baginda
melantik 12 naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat islam di Madinah bagi membantu menyebarkan
agama Islam dengan lebih meluas di Madinah. Sebahagian golngan Ansar menjadi guru agama dan pendakwah serta
mengembangkan Islam di luar kota Madinah. Sebahagian mereka dilantik menjadi utusan diplomatik untuk
memperkenalkan Islam di dalam dan di luar Semenanjung Tanah Arab, sekaligus menjalinkan hubungan diplomatik
dengan negara luar. Contohnya, Muaz bin Jabal diutuskan ke Yaman untuk mengembangkan Islam di sana.

4. Merintis penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan pelantikan pemimpin negara.


● Golongan Ansar mempelawa Nabi dan golongan Muhajirin meninggalkan kota Mekah yang penuh penentangan
untuk berhijrah ke Madinah. Mereka sanggup melantik nabi menjadi pemimpin utama di Madinah. Sesungguhnya
Perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa hijrah Nabi dan golongan Muhajirin. Penghijrahan ini
menjadi asas kepada penguasaan politik umat Islam di Madinah.

5. Membantu menyebarkan Islam


● Golongan Ansar bertanggung jawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula
selepas Peranjian Aqabaah 1 dan 2. Rasulullah telah melantik 12 Naqib (9 khazraj) dan (3
Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas.
Mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi Muhammad dan kaum
muslimin di Mekah kepada penduduk Madinah. Hasil usaha para Naqib yang gigih

14
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar di Madinah.

6. Membantu golongan Muhajirin


● Golongan Ansar banyak membantu golongan Muhajirin yang datang dari Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang.
Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan,
modal untuk perniagaan. Malah ada yang sanggup menceraikan salah seorang isteri seperti Abu Ayub al Ansari bagi
membolehkan orang Muhajirin mengambilnya sebagai isteri. Namun, Abdul Rahman Bin Auf memilih untuk
menerima pertolongan kewangan untuk berniaga daripada Abu Ayub al Ansari. Pertolongan golongan Ansar kepada
golongan Muhajirin sebagai saudara seagama telah membantu nabi s.aw merealisasikan ukhwah Islamiah yang
dianjurkan oleh Islam. Senario ini adalah menjadi contoh kepada satu pengorbanan Ansar di Madinah

7. Mempertahankan agama dan negara Islam


● Golongan Ansar saling berganding bahu dengan golongan Muhajirin mempertahankan agama dan negara Islam
sesuai dengan apa yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah. Mereka telah memainkan peranan penting dalam
ekspedisi-ekspedisi ketenteraan seperti perang Badar, Uhud, Khandak dan lain-lain.

8. Mengukuhkan ketenteraan Islam


● Sebahagian golongan Ansar muncul sebagai tokoh-tokoh pahlawan Islam yang terbilang dalam menghadapi
serangan musuh seperti peperangan dengan orang Quraish Mekah. Antara tokoh-tokoh berwibawa dalam kalangan
golongan Ansar seperti Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz.

9. Menyumbang harta benda dan buah fikiran


● Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbang harta benda dan buah fikiran dalam
menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam termasuk menyertai peperangan jihad. Contohnya Salman al-Farisi
mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandak (Al-Ahzab). Saad al-Rubai telah menawarkan separuh
hartanya iaitu rumah, harta dan ahlinya dengan saksama kepada saudaranya iaitu Abdul Rahman bin Auf. Sebalinya
Abdul Rahman in Auf berterima kasih dan meminta Saad al-Rubai membawa beliau ke pasar Madinah untuk beliau
bekerja di sana. Rumah Anas bin Malik juga telah dijadikan tempat persaudaraan antara golongan Luhajirin dan Anssar
dan jumlah yang terlibat dalam peristiwa itu seramai 90 orang. Golongan Ansar juga menyumbang tenaga, nyawa
dan harta benda dalam menghadapi serangan musuh dalam siri peperangan seperti perang Badar, Uhud dan
Khandak.

KESIMPULAN :
Golongan Ansar mempunyai peranan tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Peranan mereka mengukuhkan kedudukan Islam di Madinah. Kesediaan
golongan Ansar untuk menerima agama Islam dan menjemput Nabi Muhammad saw Bersama golongan Muhajirin
Mekah sangat besar dan mulia di sisi ajaran Islam.

15
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 5 : Huraikan golongan masyarakat yang muncul pada zaman khulafa al- rasyidin

PENGENALAN

Zaman Khulafa al-Rasyidin bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w apabila Abu Bakar as- Siddiq
dilantik oleh umat Islam sebagai khalifah pertama pada tahun 632M. Zaman ini menyaksikan kemunculan 3 lagi iaitu
Khalifah Umar bin al-Khattab , Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib. Gelaran Khulafa al-Rasyidin
digunakan kerana mereka meneruskan dasar dan model kepimpinan nabi s.a.w. Zaman Khulafa al-Rasyidin menyaksikan
perkembangan Islam yang kian meluas meliputi dalam dan luar Semenanjung Tanah Arab. Hal ini disebabkan kejayaan
kempen pendakwahan dan ketenteraan yang dijalankan. Senario ini menyebabkan pelbagai golongan yang muncul pada
zaman ini.

ISI-ISI PENTING
1. Golongan Arab beragama Islam
Golongan Arab beragama Islam merupakan golongan majoriti dan paling berpengaruh. Mereka terdiri dari
golongan Muhajirin dan Ansar. Golongan Muhajirin merupakan warga asal kota Mekah dan dikenali sebagai masyarakat
Quraisy. Mereka merupakan kelompok terawal menerima dan memeluk Islam. Golongan ini kemudiannya berhijrah ke
Madinah kerana penentangan kaum musyrikin Mekah. Manakala Golongan Ansar merupakan warga asal Madinah.
Mereka terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang menganut Islam hasil pertemuan mereka dengan nabi di Mekah
melalui Perjanjian Aqabah 1 & 2.
Golongan Arab Islam ini merupakan tunjang kepada kekuatan dan aset yang bernilai dalam pentadbiran kerajaan.
Buktinya, para khalifah terdiri daripada bangsa Arab. Contohnya Abu Bakar as-Siddiq, Umar al- Khattab dan lain-lain.
Sebahagian mereka juga menjadi ahli Majlis Syura Tertinggi. Begitu juga dengan gabenor serta pegawai-pegawai
kerajaan lain termasuk panglima tentera seperti Khalid bin al-Walid Abu Ubaidah al- Jarrah dan Saad bin Muaz.

2. Golongan bukan Islam.


Terdiri daripada golongan kafir zimmi dan kafir harbi. Golongan kafir zimmi dikehendaki membayar jizyah sebagai
balasan kepada kerajaan Islam kerana melindungi harta dan nyawa mereka. Golongan kafir harbi ialah golongan yang
memusuhi kerajaan Islam dan sering mencari kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan ini.

3. Golongan al-Riddah
Golongan al-Riddah merupakan golongan anti kerajaan Islam yang muncul pada zaman khalifah Abu Bakar as- Siddiq.
Golongan ini enggan menerima kepimpinan khalifah Abu Bakar. Golongan al-Riddah telah muncul disebahagian tanah
Arab kecuali Mekah, Madinah dan Taif. Kewujudan mereka berpunca oleh penularan semula semangat assabiyah dan
ketidakfahaman terhadap ajaran Islam yang sebenar. Golongan ini merangkumi golongan murtad, enggan membayar
zakat, dan golongan nabi palsu.
Golongan murtad adalah terdiri daripada kabilah-kabilah Arab yang menerima Islam kerana terpaksa. Setelah nabi wafat,
mereka kembali semula kepada amalan jahiliyah kerana mereka memiliki iman yang lemah. Antara ketua golongan ini
termasuk al-Hattan bin Dzabiah dari Bani Bakr, Qais (puak Badwi) dan Bani Syaiban.
Kedua golongan yang enggan membayar zakat kerana menyalah tafsirkan al-Quran. Mereka berpendapat zakat
merupakan ufti yang hanya wajib dibayar semasa nabi s.aw hidup sahaja.. Mereka terdiri daripada penduduk Bahrain,
Yamamah dan Hirah. Di Yamamah, golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin al-Mughirah manakala di Najd (tengah
Tanah Arab) dipimpin oleh Thulaihah al Khuwailid dari Bani Asad.
Ketiga, golongan Nabi Palsu dan para pengikutnya seperti Sajah binti Harith dari Bani Tamim dan Musailamah al-
Kazzab dari Yamamah yang mempunyai pengikut seramai 40 ribu orang.
Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan diplomasi dengan menghantar para pendakwah. Disusuli dengan

16
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
tindakan tegas dengan menghantar 11 pasukan tentera agar mereka kembali kepda Islam.
Sebahagian mereka telah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan seperti
Thulaihah al-Khuwailid. Manakala golongan yang ingkar berjaya dihapuskan.

4. Golongan Ahl al-Ayyaam.


Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar telah menguasai dan membuka
tanah di wilayah Iraq, Syam dan Mesir. Peneroka-peneroka yang menyertai tentera Islam membuka tanah dan menetap di
wilayah Iraq dibahagi kepada 3 golongan iaitu Ahl al-Ayyam, Muhajirin dan Ansar serta bekas golongan murtad.
Ahl al-Ayyam terdiri daripada suku Arab seperti suku Syaiban. Jumlah mereka seramai 2 ribu orang. Antara pemimpin
mereka termasuk al- Ashtr, Malik bin Harith, Hijru bin Adi al- Kindi dan Yazid bin Qais. Mereka diberi kuasa mentadbir
ladang-ladang daan tanah di wilayah Iraq termasuk memungut sebahagian cukai kharaj sebagai mengenang jasa terhadap
kerajaan Islam

5. Golongan al-Qurra
Golongan ini berasal dari Ahl al-Ayyam namun dibezakan dengaan keanggotaannya iaitu tidak terdapat
golongan bekas murtad (al-Riddah). Peranan golongan ini sama seperti Ahl al-Ayyam iaitu mereka diberi amanah dan
kuasa untuk mentadbir tanah di Iraq. Mereka menggelar diri mereka sebagai al-Qurra (orang- orang kampung) bagi
menjagaa status dan membezakan daripada golongan Ahl al-Ayyam yang lain terutama bekas golongan murtad.
Pada zaman khalifah Uthman bin Affan sebahagian mereka memberontak keran isu pengambilan kuasa pentadbiran tanah
dan cukai kharaj di wilayah Iraq oleh puak-puak Quraisy dan ketua kabilah yang menyokong polisi khalifah Uthman.
Golongan ini dipercayai bertanggungjawab terhadap pembunuhan khalifah Uthman. Mereka memberi sokongan kuat
kepada Khaliffah Ali bin Abi Talib terutama dalam Perang Jamal daan perang Siffin.Setelah tamat Perang Jamal,
golongan al_Qurra berpaling tadah dan menentang khalifah Ali. Mereka kemudian dikenali sebagai golongan Khawarij.

6. Golongan Syiah.
Mereka merupakan penyokong kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib. Majoriti golongan ini terdapat di Kufah
sehinggakan khalifah Ali bin Abi Talib terpaksa memindahkan pusat pentadbirannya ke sana ketika menghadapi konflik
dalaman. Namun, golongan ini akhirnya berpecah kepada 2 kumpulan ekoran tindakan khalifah Ali bin Abi Talib
menerima usaha perdamaian (Majlis Tahkim) bagi menamatkan Perang Siffin

7. Golongan Khawarij
Mereka terdiri daripada bekas tentera khalifah Ali bin Abi Talib dalam Perang Jamal dan Perang Siffin. Namun, mereka
tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dan Majlis Tahkim dengan tentera Muawiyah dalam
Perang Siffin. Mereka tidak bersetuju dengan Majlis Tahkim menyebabkaan golongan ini mengelar diri mereka
sebagai Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan umat Islam harus
dipertanggungjawabkan ke atas khalifah Ali Muawiyah bin Abu Sufian dan Amru bin al-As. Golongan ini juga yang
bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan kerajaan Khulafa al-Rasyidin dengan bertindak membunuh Khalifah Ali bin
Abi Talib pada tahun 661.

8. Golongan Berkecuali
Mereka terdiri daripada golongan Arab yang tidak mahu terlibat dalam konflik berdarah antara khalifah Ali dan
Muawiyah kerana tidak mengetahui isu sebenar yang berlaku. Golongan ini menetap di Mekah (Hijaz). Antara mereka
termasuk Saidatina Aisyah dan Zubair al-Awwam yang tinggal di Mekah atas faktor keselamatan diri dan keluarga
selepas berlaku pembunuhan ke atas khalifah Uthman al-Affan.

9. Golongan bukan Arab (Mawali)


Mereka merupakan golongan bukan Arab yang beragama Islam. Golongan ini muncul kesan daripada peluasan kuasa
kerajaan Islam ke kawasan-kawasan luar Semenanjung Tanah Arab seperti Mesir, Sham, Iraq dan

17
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Mesir pada zaman khalifah Umar bin al-Khattab. Golongan ini turut mendapat hak
sebagaimana orang beragama Islam termasuk sebagai pegawai kanan kerajaan di
peringkat pusat dan wilayah berjaya disatukan melalui pembetukan ummah berdasarkan aqidah Islamiah.

KESIMPULAN
Masyarakat yang wujud pada zaman Khulafa al-Rasyidin semakin kompleks seiring dengan dasar perluasan wilayah.
Berlaku perkembangan pelbagai budaya, bahasa dan adat. Telah berlaku asimilasi dan perkembangan pelbagai budaya, bahasa
dan adat pada era tersebut. Masyarakat pelbagai bangsa dan keturunan ini berjaya disatukan melaluim pembentukan
ummah berdasarkan akidah Islamiyah.

Soalan 6 : Sejauh manakah Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk Madinah pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w

PENGENALAN
Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Perlembagaan ini
digubal oleh Nabi Muhammad s.aw berasaskan wahyu. Piagam Madinah terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal bahagian
pertama membincangkan hubungan dan tanggungjawab dalam kalangan orang Islam. Manakala 24 fasal dalam bahagian
kedua menyentuh tanggungjawab kaum Yahudi terhadap negara Islam Madinah. Penggubalan Piagam Madinah adalah
untuk menyatupadukan masyarakat majmuk yang di Madinah.

ISI-ISI PENTING
1. Berjaya mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan umat Islam
Piagam Madinah berjaya mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan umat Islam. Nabi Muhammad saw telah
mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj di bawah satu nama golongan Ansar. Seterusnyan nabi Muhammad telah
mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhaajirin. Piagam ini menyeru masyarakat Islam iaitu golongan Muhajirin dan
golongan
Ansar hidup besatu padu dan saling membantu. Konsep ukhwah Islamiah saling ditekankan demi mengeratkan hubungan
persaudaraan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit. Konsep ini merupakan satu sikap
dan tindakan yang lahir daripada jiwa yang penuh dengan keimanan kepada Allah swt dan rasulnya. Persaudaraan dan
persahabatan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang padu dan kukuh, serta mempunyai kerjasama yang erat. Situasi
ini Berjaya melahirkan masyarakat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan hidup

2. Berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk.


Perlembagaan Madinah juga berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk di Madinah. Sahifah ini dapat
menjalinkan hubungan baik antara orang Islam dan bukan Islam Madinah. Hubungan ini adalah berdasarkan konsep
hormat menghormati dan tanggungjawab bersama., agar anggota masyarakat dapat hidup aman dan damai. Piagam
Madinah membawa perubahan dan perlembagaan masyarakat dari segi nilai tradisi jahiliyah yang mementingkan
assabiyah kepada nilai-nilai Islam. Piagam Madinah dalam Fasal 24 hingga 47 dengan jelas meyentuh tentang
tanggungjawab kaum Yahudi terhadap negara Islam Madinah

3. Berjaya membentuk kebebasan hak asasi yang sama rata


Piagam Madinah berjaya membentuk kebebasan hak asasi yang sama rata. Sebelum penghijrahan dan
pembentukan Piagam Madinah, nilai-nilai jahiliyah diamalkan. Dalam sistem sosial ini kedudukan dan hak seseorang
individu ditentukan berdasarkan kaum masing-masing. Melalui Piagam Madinah setiap anggota masyarakat diberi yang
sama rata. Tidak ada peluang untuk orang Yahudi menindas orang yang lemah. Keadaan ini berjaya menjamin
keharmonian hidup semua penduduk Madinah. Kebebasan yang dimaksudkan dalam Sahifah Madinah ialah kebebasan
diri, kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan bersuara dan sebagainya. Kebebasan ini yang meliputi segala
aspek kehidupan dijamin selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. Masyarakat yang cintakan kedamaian dan
kesejahteraan akan melahirkan kesepaduan

18
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dalam masyarakatdi Madinah.

4. Berjaya menekan konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk


Piagam Madinah juga berjaya menekan konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk. Piagam ini
berjaya mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan golongan kaya ke atas golongaan miskin kerana dapat meratakan
kekayaan antara anggota maasyarakat. Keadilan pula menjadi tanggungjawab setiaap anggota untuk dilaksanakan selaras
dengan menjaminkan keselamatan akal, diri, harta benda, agama daan keturunan. Amalan-amalan ini dapat
menghindarkan keburukan dan sebaliknya mewujudkan keadaan aman dan tenteram. Piagam Madinah berjaya menyekat
dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman.

5. Menjamin kebebasan kepada kaum Yahudi


Satu lagi kejayaan Piagam Madinah ialah jaminan kebebasan kepada kaum Yahudi. Golongan ini paada
mulanya berminat untuk menguasai Madinah. Dengan mempertimbangkan isu ini, Piagam Madinah menitikberatkan dan
menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain. Semua anggota masyarakat Madinah bebas untuk
menganuti dan mengamalkan ibadat mereka sendiri. Jaminan ini berjaya menghalang kaum Yahudi daripada
menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan sesama sendiri. Islam memberikn kebebasan
beragama kepada golongan bukan Islam. Tiada paksaan dalam pegamalan agama dan kepercayaan. Ini bermakna
masyarakat Yahudi tidak boleh memaksa orang-orang Madinah untuk menganut agama mereka atau menindas orang
yang lemah. Jika mereka mematuhi perlembagaan ini, maka mereka dijamin perlindungan dan keselamatan

KESIMPULAN
Piagam Madinah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di
Madinah. Piagam ini dirujuk dalam usaha menyelesaikan masalah sosiopolitik masyarakat Madinah. Sahifah Madinah
dapat membentuk masyarakat yang bertamadun dan berdaulat Tanah Arab.

Soalan 7 : Shaifah Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Analisiskan kandungan utama
Piagam Madinah

PENDAHULUAN
Nabi Muhammad SAW adalah pengasas negara dan pentadbiran Islam di kota Madinah. Sebagai seorang
negarawan, baginda telah mengatur strategi dan perancangan yang teliti bagi mewujudkan sebuah negara Islam yang
berdaulat. Nabi Muhammad SAW telah menggubal Piagam Madinah berdasarkan al-Quran dan hadis untuk diterima
pakai serta dijadikan panduan kepada setiap warga Madinah. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal. 23 fasal menyentuh
tentang hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah. Oleh itu,
terdapat enam kandungan utama dalam Piagam Madinah.

ISI-ISI PENTING

1. Pertama sekali, Piagam Madinah telah dibentuk berdasarkan wahyu dan norma masyarakat. Hal ini kerana penduduk
Madinah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari segi agama dan budaya. Mereka
sememangnya memerlukan sebuah undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup. Misalnya,
orang Islam, Yahudi dan Musyrikin. Implikasinya, Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam Madinah untuk
menjadi pedoman sebuah negara berdaulat.
2. Nabi Muhammad SAW menjadi ketua Negara yang melibatkan juga peranan baginda sebagai ketua hakim dan ketua
agama. Sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah perlu dirujuk kepada baginda untuk diselesaikan
tanpa mengira bangsa dan agama. Namun begitu, semua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah
mereka sendiri kecuali yang di luar bidang kuasa mereka. Umpamanya, Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai
pemimpin Negara Islam bukan sahaja oleh masyarakat Madinah

19
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
tetapi penduduk di luar kota Madinah termasuklah kota Makkah. Akibatnya, baginda
mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar dan menyelesaikan sebarang masalah
yang timbul di kota Madinah.

3. Kandungan berkaitan pengenalan konsep ummah. Jelaslah bahawa mereka tidak boleh hidup bermusuhan sebaliknya
wajib bekerjasama antara satu sama lain. Namun begitu, konsep ini tidak bertahan lama ekoran tindakan kaum
Yahudi yang mengkhianati Piagam Madinah. Tindakan sedemikian menyebabkan mereka diusir keluar dari kota
Madinah. Sebagai contoh, konsep ummah merangkumi masyarakat Islam yang terdiri daripada golongan Muhajirin
dan Ansar, sementara masyarakat bukan Islam merupakan kaum Yahudi, iaitu Bani Nadhir, Bani Quraizah dan
Bani Qainuqa‟. Kesannya, selepas kaum Yahudi diusir keluar, konsep ummah lebih merujuk kepada warga
Madinah yang beragama Islam dan mentaati kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

4. Kandungan yang berhubung dengan keselamatan negara. Hal ini dilihat bahawa masyarakat Madinah sama ada Islam
atau bukan Islam wajib mempertahankan kota Madinah apabila diancam oleh pihak musuh. Mereka juga dilarang
membuat sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa lain tanpa memaklumkan kepada pihak pemerintah. Hukuman
yang keras akan dikenakan kepada pihak yang tidak mematuhi larangan berkenaan. Misalnya, orang Islam dan bukan
Islam khasnya kaum Yahudi tidak boleh membuat sebarang pakatan dengan mana-mana musuh negara Islam.
Tegasnya, sebarang bentuk pengkhianatan dan perjanjian dengan musuh-musuh Negara hendaklah dihindari.

5. Kandungan seterusnya dalam Piagam Madinah adalah tanggungjawab orang Islam, hidup saling bekerjasama. Jelas
dapat dilihat, Piagam Madinah telah memperuntukkan kewajipan kepada setiap muslim untuk hidup bersaudara,
sentiasa mematuhi hukum Allah SWT dan rasul-Nya serta mengamalkan akhlak Islam yang terpuji. Menerusi
penggubalan fasal ini menggambarkan kejayaan Nabi Muhammad SAW menghapuskan semangat assabiyah dalam
kalangan masyarakat kota Madinah terutamanya kaum Aus dan Khazraj. Misalnya, orang Muhajirin yang berhijrah
dalam keadaan sehelai sepinggang telah dibantu oleh saudara seagama mereka iaitu orang Ansar. Kesannya, konsep
persaudaraan, persamaan taraf serta “amal ma’ruf nahi mungkar” hendaklah dilaksanakan.

6. Hak orang bukan Islam merujuk kepada kebebasan beragama. Jelas bahawa kaum Yahudi atau
mana-mana golongan yang bukan beragama Islam terjamin keselamatan mereka selagi taat kepada Piagam Madinah.
Mereka bebas mengamalkan agama dan adat masing- masing selagi tidak mewujudkan masalah kepada pentadbiran
kota Madinah khususnya dan masyarakat Islam Madinah amnya. Menerusi pergaulan mereka, orang bukan Islam
dapat melihat akhlak dan personaliti orang Islam serta ibadah solat yang dilakukan oleh orang Islam dengan disiplin
tertentu. Keadaan ini telah menarik orang buka Islam memeluk agama Islam. Sebagai contoh, Khalid bin al-Walid
dan Abdullah bin Salam. Kedua-duanya pada satu masa dahulu adalah penentang agama Islam yang kuat tetapi
akhirnya telah memeluk Islam. Tegasnya, fasal ini menggambarkan keadilan agama Islam yang tidak memaksa
mana-mana pihak menganut agama Islam.

KESIMPULANNYA
Piagam Madinah merupakan undang-undang tertinggi negara Islam Madinah. . Nabi Muhammad SAW
memberi contoh yang baik menerusi suatu pemerintahan dan pentadbiran yang lengkap dan teratur agar boleh
dijadikan pedoman oleh pemimpin Islam seterusnya. Kepimpinan baginda begitu menonjol apabila berjaya
menyelesaikan masalah masyarakat yang berbilang bangsa di Madinah.

20
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 8 : Nabi Muhammad SAW merupakan negarawan yang unggul. Bincangkan

PENGENALAN
Nabi Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April Tahun Gajah. Baginda
diputerakan di kalangan keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy. Baginda dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika
berusia 40 tahun. Baginda telah menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadhan bersamaan 16 Ogos 610 Masihi, iaitu
melalui surah Al Alaq ayat 1-5. Setelah itu diikuti pula dengan surah Al Mudatthir ayat 1- 7 yang menandakan kerasulan
baginda SAW. Baginda mula menjalankan dakwah secara sulit selama tiga tahun dan kemudian secara terbuka selama 10
tahun di Mekah tetapi ditentang hebat oleh orang Musyirikin sehingga baginda sungguh kecewa dan berhijrah ke kota
Madinah. Baginda berjaya membina sebuah negara Islam yang unggul di Madinah dan membuktikan kepimpinan
baginda sebagai negarawan yang unggul. . Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga pemimpin negara dan
masyarakat, panglima tentera serta perancang ekonomi yang disegani.

ISI-ISI PENTING

1. Sebagai pemimpin agama


Baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut adalah
seperti ibadat (solat,puasa,zakat dan lain-lain), nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa .
Baginda menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang
dibawanya terutama aspek akidah. Sifat-sifat sebegini membuatkan ramai daripada pemimpin bukan Islam segan dan
menghormati baginda. Contohnya, Nabi Muhammad SAW telah bersabar menghadapi tentangan kaum Musyirikin
sehingga kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh baginda. Malah, baginda melakukan dakwah dengan penuh
dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan mukjizat oleh Allah SWT.
Tegasnya, baginda berpesan supaya umat Islam berpegang kepada al-Quran dan hadis dalam kehidupan seharian.

2. Sebagai Pemimpin Masyarakat


Baginda terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah, sifat-sifat kepemimpinan
baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan pelbagai langkah seperti:- Berjaya menyatukan semula
masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah perpecahan begitu lama. Mengeratkan lagi hubungan
di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Madinah
menjadi kuat,aman,stabil dari segi politik dan ekonomi. Mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru
mereka bekerjasama dan bantu- membantu mempertahankan Kota Madinah dengan penggubalan Piagam Madinah.
Menegakkan agama Islam dan tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya bukan Islam. Tidak memaksa
menganut ajaran Islam. Ketua-ketua suku diberi peranan mengendalikan urusan dan masalah anggota suku masing-masing
selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Membentuk konsep ummah yang berteraskan kepada kesatuan aqidah dan
menolak semangat assabiyah zaman jahiliyah.

3. Kepimpinan Politik
Kepimpinan politik nabi terserlah sejak baginda di kota Mekah lagi seperti dalam menyelesaikan masalah
meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asal di Kaabah akibat banjir yang melanda Makkah ketika itu. Dalam
perjanjian Aqabah, baginda menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga mendapat sokongan yang baik dari
orang Aus dan Khazraj. Sebagai pemimpin politik yang berkaliber, nabi tidak pernah menunjukkan permusuhan terhadap
kaum lain terutamanya Yahudi, malah terus mengadakan perundingan dengan mereka. Berjaya menyatukan puak Aus
dan Khazraj menjadi golongan Ansar dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Membentuk
Piagam Madinah sebagai panduan pentadbiran Madinah yang berteraskan wahyu. Dalam politik di peringkat
antarabangsa baginda dianggap diplomat yang

21
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berjaya kerana baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi
memperkenalkan ajaran Islam. Tidak sampai setengah abad,semua
negara tersebut tunduk di bawah pemerintahan Islam. Sistem syura diperkenalkan dalam semua bidang termasuk
politik dan ekonomi.

4. Sebagai Perancang Ekonomi


Nabi sebagai perancang ekonomi, baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru menggantikan dasar ekonomi
jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras, dan aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian.
Masyarakat diminta mengelakkan riba, dan diwajib menunaikan zakat serta jujur dalama urusniaga. Nabi berusaha
membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusahakan semula, tanah tergadai ditebus
semula dan dikerjakan. Telaga-telaga air milik orang Yahudi yang asalnya milik orang Islam telah dibeli dan dikuasai
semula orang Islam. System ekonomi yang baharu ini dapat memastikan tidak berlaku penindasan, penipuan dan riba
sehingga dapat melahirkan usahawan yang Berjaya seperti Abd Rahman bin Auf.

5. Menjadi Pemimpin Tentera


Dalam bidang ketenteraan,baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya.
Asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan aqidah, syariah, dan akhlak mulia. Baginda mempunyai keyakinan ketika
menghadapi musuh. Dalam peperangan,baginda bertindak mengikut batas-batas dan etika yang ditetapkan seperti tidak
memerangi golongan lemah,dan golongan tidak bersenjata, serta tidak memusnahkan harta benda dan tanaman. Baginda
menunjukkan akhlak baik dengan perasaan kemanusiaan seperti pernah memulangkan harta benda musuh yang ditawan
(Perang Hunain dan Perang Taif). Kaedah ini menarik minat musuh untuk memeluk agama Islam. Rasulullah SAW ialah
seorang pemimpin perang yang cekap dan berpengetahuan luas dalam bidang taktik dan strategi perang. Contohnya
dalam perang Badar , baginda menggunakan sistem saf, dalam perang Khandak menggunakan sistem pertahanan parit,
serta teknik mengepung dalam perang Taif.

KESIMPULAN
Jelaslah bahawa nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani malah baginda
merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi, dan pemimpin tentera yang berjaya. Baginda
cuba menonjolkan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek akidah, tetapi juga menitikberatkan hal ehwal kehidupan
seharian. Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula oleh khulafa‟ al- Rasyidin.

Soalan 9 : Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW membantu kejayaan dakwah baginda.
Bincangkan.

PENGENALAN
Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik [ uswah hasanah ] seperti yang dijelaskan didalam
alQuran. Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin umat islam yang diutuskan oleh Allah SWT. Baginda bukan
sahaja sebagai seorang pemimpin agama tetapi juga pemimpin yang menerajui negara. Kepimpinan baginda terserlah
sejak di Makkah lagi dan terbukti kebijaksanaannya menyelesaikan pertikaian berkaitan batu Hajarul Aswad yang
menjadi rebutan pemimpin di Makkah. Sebaik sahaja rasulullah berhijrah ke Madinah , baginda diiktiraf sebagai
pemimpin tertinggi Madinah melalui penggubalan Piagam Madinah. Nabi Muhammad SAW memiliki ciri-ciri
kepimpinan yang tinggi sehingga membantu kejayaan dakwah baginda.

ISI-ISI PENTING
1. Adil :
Antara ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. ialah bersifat adil. Isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah binti Abu
Bakar alSiddiq menyatakan baginda bersikap adil dalam segala hal seperti percakapan dan perbuatan. Baginda telah
menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat assabiyah. Baginda membela kaum wanita serta
memperkenalkan sistem ekonomi yang adil. Amalan riba dan penipuan yang

22
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
selama ini menjadi kebiasaan para pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan dengan
ekonomi Islam. Baginda berjaya menghapuskan semangat assabiyah dan
diskriminasi kabilah. Dengan mengamalkan keadilan, baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam
kalangan masyarakat.

2. Bijak :
Baginda seorang yang pintar mengatur taktik dan strategi peperangan.. Contohnya, walaupun tentera Islam cuma
seramai 313 orang dalam Perang Badar, namun dengan adanya strategi bijak yang diatur oleh baginda, mereka berjaya
mengalahkan tentera Musyrikin atau Quraisy Makkah seramai 1000 orang. Sebagai pemimpin tertinggi, baginda tidak
sombong malah menerima pakai nasihat para sahabat. Contohnya baginda menerima cadangan Salman al Farisi agar
menggali parit sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan tentera musuh dalam Perang Khandak. Baginda bijak
berpolitik apabila menghantar perutusan dari Madinah ke Rom, Parsi, dan Habsyah. Kuasa-kuasa besar ini mengakui
Madinah sebagai negara yang berdaulat.

3. Berani dan Tegas :


Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berani dan tegas. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang
diutuskan malah juga seorang pahlawan yang tiada tolok bandingnya. Baginda mengetuai setiap ekspedisi perang walaupun
jumlah tenteranya kecil malah baginda berasa bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan tentera
Islam. Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan kaum Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir, dan Bani
Quraizah dari bumi Madinah setelah melanggar Piagam Madinah. Mereka telah cuba menimbulkan keadaan huru-hara
serta memecahbelahkan penduduk Madinah. Kesannya, penduduk Madinah kini Cuma terbatas kepada orang Islam
sahaja.

4. Cekal :
Baginda juga seorang yang cekal. Walaupun menerima tentangan hebat seawal usaha penyebaran Islam di Makkah,
namun baginda tetap meneruskan dakwah Islamiyah walaupun terpaksa berhijrah ke tempat lain. Contoh, baginda tetap
tabah menghadapi tentangan walaupun penentang itu datangnya daripada ahli keluarga terdekat seperti Abu Lahab yang
merupakan bapa saudara baginda. Pelbagai cara digunakan oleh Quraisy untuk menunjukkan protes mereka namun usaha
mereka itu menemui kegagalan dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. berjaya membina sebuah negara Islam Madinah
yang mampu menyaingi kota Makkah dari aspek ekonomi yang ketika itu dipegang oleh kaum Yahudi.

5. Berakhlak Mulia :
Nabi Muhammad SAW juga seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia mampu menarik hati tidak kira kawan
ataupun lawan. Dalam aspek kekeluargaan, baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi ekoran sifat pengasih
dan penyayang. Contohnya, baginda sering membantu isteri memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak-
anak serta membersihkan rumah. Orang Arab Quraisy menggelarkan baginda “al-Amin‟ kerana segala perkataan dan
perbuatan baginda sentiasa dipercayai.
Baginda juga seorang pemaaf seperti memaafkan Saidina Umar al Khattab yang pernah menjadi musuh ketat Islam malah
pernah cuba membunuh baginda. Akhlak baginda dapat mempersaudarakan masyarakat
Arab yang berpecah-belah. Baginda juga memperkenalkan etika peperangan yang dapat menarik hati pihak kawan dan
lawan.

6. Berakidah :
Nilai kepimpinan Nabi Muhammad SAW berteraskan akidah dan tauhid. Baginda menyeru manusia supaya beriman
kepada Allah dan mematuhi syariatnya. Selagi manusia melakukan suruhannya-Nya, maka mereka akan mencapai
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Buktinya, dalam usaha menegakkan Islam, Nabi Muhammad SAW menanam semangat
jihad. Keimananan mereka membawa kejayaan dalam medan peperangan, Orang Islam di bawah pimpinan Nabi
Muhammad SAW berjaya mengalahkan musuh- musuh Islam. Nabi Muhammad SAW membina kekuatan orang Islam
berlandaskan akidah, tauhid, dan berpaksi kepada al-Quran dan sunah.

23
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
KESIMPULAN
Ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. telah diimplementasi
dalam dasar-dasar negara. Kepimpinan yang terdapat dalam diri Rasullulah memudahkan baginda menerajui negara
Islam madinah berlandaskan syariat Allah SWT . Sebagai seorang pemimpin, baginda amat dihormati sehinggakan
baginda dianggap seorang negarawan yang ulung dan berjaya dalam menyebarkan dakwah Islamiyah.
Soalan 10. Syura dilaksanakan dalam pemilihan khalifah al- Rasyidin. Bincangkan.

PENGENALAN
Konsep syura berasaskan al-Quran dan kaedah syura berbeza daripada kaedah demokrasi yang hanya menurut suara
majoriti semata-mata. Kaedah ini adalah berdasarkan kajian yang teliti dan merujuk kepada Majlis Syura bagi
mendapatkan kepastian dan kebenarannya. Perkataan “syura‟ berasal daripada perkataan Arab, yang bermaksud
“meminta pendapat dan persefahaman dalam rundingan‟ Pelaksanaan syura dalam pemilihan ketua telah dimulakan sejak
zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan semasa pemilihan khalifah al-Rasyidin yang lain.

ISI-ISI PENTING
1. Pelantikan Abu Bakar melalui proses syura. Keadah syura bagi melantik khalifah telah dilakukan dalam bentuk yang
pelbagai. Antaranya ialah secara pemilihan bebas sewaktu pelantikan Khalifah Abu Bakar al- Siddiq iaitu
menunjukkan kepada seseorang calon.Berpandukan pelantikan Saidina Abu Bakar al Siddiq yang pernah
mengimamkan sembahyang sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. sedang uzur, para sahabat seolah-olah dapat meneka
calon khalifah yang pertama. Kaum Muhajirin dan Ansar telah mewakili umat Islam berhimpun di Dewan Bani
Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah. Bagi mengelak perselisihan antara Muhajirin dan Ansar, Saidina Abu
Bakar al Siddiq mencalonkan Saidina Umar al Khattab mewakili Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili Ansar sebagai
khalifah. Namun, kedua-duanya menarik diri malah mereka mencalonkan Saidina Abu Bakar al Siddiq sebagai
khalifah. Akhirnya, Saidina Abu Bakar al Siddiq telah dibaiah dalam syura sebagai khalifah pertama.

2. Pelaksanaan syura dilaksanakan semasa pelantikan Umar al Khattab. Kaedah syura berperanan dalam menentukan
calon khalifah kedua. Ahli-ahli majlis syura yang dilantik merupakan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang
berwibawa. Mereka bukan sahaja sangat berkebolehan dari segi pentadbiran malah merupakan rakan karib Nabi
Muhammad SAW. Cara pemilihan seterusnya ialah mengusul atau mencadangkan seorang calon. Khalifah
sebelumnya mengusulkan nama calon dan akan dibawa ke musyawarah dalam Majlis Syura dan dibaiah umat Islam.
Cara ini digunakan dalam proses pelantikan khalifah kedua iaitu Khalifah Umar al Khattab. Bagi mengelakkan
berulang kembali Gerakan Al Riddah, Khalifah Abu Bakar al Siddiq yang sedang gering telah mencalonkan Saidina
Umar al Khattab sebagai penggantinya. Pencalonan ini telah dipersetujui umat Islam dan setelah bermusyawarah
bersama para sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura, Saidina Umar al Khattab telah dibaiah oleh umat Islam tanpa
bantahan. Cara ini bukan berasaskan keturunan atau warisan.

3. Pelantikan Usman Bin Affan melalui proses syura. Majlis Syura memainkan peranan penting bagi menentukan
jawatan khalifah. Anggota tetap Majlis Syura yang dilantik secara rasmi oleh Khalifah Umar bin al-Khattab terdiri
daripada enam orang sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal, iaitu Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Saad
bin Abi Waqqas, Abd al-Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, dan Zubayr bin al-Awwam. Setelah
dirundingkan oleh Majlis Syura, maka cadangan calon yang akan dilantik menjadi khalifah akan diisytiharkan
kepada umum untuk mendapatkan sokongan, setelah itu barulah dilantik secara rasmi menerusi baiah (sumpah setia)
daripada ketua-ketua kabilah terhadap khalifah yang dipilih itu. Setelah melalui proses syura akhirnya Usman bin
Affan dilantik sebagai Khalifah ketiga.

4. Pelantikan Ali Bin Abi Talib melalui proses syura. Pembunuhan Khalifah Usman Bin Affan menyebabkan umat
Islam kehilangan khalifah untuk memimpin umat Islam. Oleh itu, para sahabat bersepakat melalui proses syura
bahawa calon yang berkelayakan ialah Ali Bin Abi Talib. Akhirnya, Ali Bin Abi Talib telah dilantik sebagai khalifah
keempat untuk menggantikan Usman Bin Affan.

24
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
KESIMPULAN
Kaedah syura dalam pemilihan khalifah merupakan kaedah yang paling adil dan
terbaik kerana mengambil kira pandangan ilmuwan dan anggota Majlis Syura serta sokongan rakyat. Hal ini berbeza
dengan sistem demokrasi yang diamalkan Barat yang berdasarkan prinsip “satu orang satu undi‟ tanpa mengambil kira
peranan para ilmuwan.

Soalan 11. Nilaikan sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sepanjang pemerintahannya sebagai
khalifah pertama kerajaan Khulafa al Rasyidin.

PENGENALAN
Khalifah Abu Bakar dilantik sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW pada tahun 11H. Sebelum memeluk
Islam, nama beliau ialah Abdul Kaabah. Gelaran as-Siddiq diberikan kepadanya kerana beliau sentiasa membenarkan
segala peristiwa penting yang berlaku kepada Rasullulah SAW. Beliau terkenal dengan akhlak yang mulia, arif dalam
bahasa Arab dan tidak mengamalkan amalan buruk seperti orang-orang jahiliah. Beliau menjadi orang dewasa pertama
yang memeluk agama Islam dan meninggalkan pekerjaannya sebagai peniaga pakaian dan memberikan sepenuh
perhatian terhadap penyebaran agama Islam. Beliau merupakan orang paling kanan di sisi Rasullulah dan dilantik sebagai
khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW atas cadangan Saidina Umar Al Khattab. Khalifah Abu
Bakar memberikan sumbangan yang besar untuk perkembangan Islam sepanjang pemerintahannya.

ISI-ISI PENTING
1. Meneruskan Gerakan Tentera
Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah
bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada dibawah jajahan Byzantine. Tindakan
tersebut dilakukan kerana beberapa orang utusan Nabi Muhammad SAW telah dibunuh. Selepas kewafatan Nabi
Muhammad SAW, khalifah Abu Bakar al-siddiq berhasrat untuk menyambung semula usaha baginda.
Walaubagaimanapun, cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para sahabat. Mereka mencadangkan kepada
Khalifah Abu Bakar al-siddiq supaya ekspedisi ketenteraan ke sempadan Syam ditangguhkan memandangkan ancaman al-
Riddah yang lebih berbahaya dan memerlukan penyelesaian segera. Namun, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tetap tegas
dengan keputusan beliau. Setelah berperang selama 40 hari, pasukan perang Usamah bin Zaid peroleh
kemenangan. Kemenangan ini menyedarkan kaum yang berhasrat menyerang Madinah, tentera Islam adalah kuat dan
tidak mudah untuk dikalahkan. Setelah pasukan Usamah bin Zaid kembali ke kota Madinah, pasukan beliau ditugaskan
menjaga keselamatan kota Madinah. Tindakan ini dapat menghindarkan kota Madinah daripada ancaman kaum Zubyan
dan lain-lain.

2. Menentang Gerakan al-Riddah


Gerakan al-Riddah muncul sebaik sahaja Nabi Muhammad saw wafat. Mereka terdiri daripada golongan
murtad, nabi palsu dan enggan membayar zakat. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq menyedari bahawa kewujudan golongan
ini boleh menjadi anasir yang dapat menghancurkan kerajaan Islam. Oleh itu, suatu tindakan yang bersungguh-sungguh
perlu dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut. Sebagai langkah awal untuk mengatasi ancaman tersebut, Khalifah
Abu Bakar al-siddiq telah menghantar para utusan kepada ketua kumpulan-kumpulan tersebut mengajak mereka kembali
kepada Islam.
Memandangkan golongan tersebut enggan kembali kepada Islam, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq terpaksa mengambil
tindakan ketenteraan bagi menghadapi kedegilan golongan tersebut. Sebanyak 11 buah pasukan tentera yang diketuai
oleh panglima Islam yang terkenal seperti Khalid bin al-Walid, Ikramah bin Abi Jahal dan Amru bin al- As telah dibentuk
oleh beliau.. Pasukan tentera Islam ini telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar al- Siddiq ke luar kawasan Hijjaz bagi
memerangi golongan penentang Islam tersebut. Akhirnya, gerakan tentera tersebut beroleh kemenangan apabila berjaya
menundukkan dan mengembalikan golongan al-Riddah ke pangkuan Islam. Dengan berakhirnya Gerakan al-Riddah,
Khalifah Abu Bakar bukan sahaja Berjaya menyatukan Kembali umat Islam dan masyarakat Arab yang berpecah belah,
bahkan dapat menstabilkan negara Madinah.

3. Penulisan al-Quran

25
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Peperangan bagi memerangi golongan al-Riddah telah menyebabkan ramai para sahabat yang juga
merupakan huffaz al-Quran terkorban. Keadaan ini
menyebabkan timbul kebimbangan dalam kalangan umat Islam kemungkinan akan hapusnya al-Quran. Selain itu, mereka
juga bimbang berlakunya penyelewengan al-Quran. Ekoran keadaan tersebut, timbul cadangan daripada para sahabat
supaya menubuhkan satu kumpulan khas bagi menulis al- Quran. Khalifah Abu Bakar al-siddiq menerima dengan baik
cadangan tersebut. Zaid bin Thabit telah dipertanggungjawabkan oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq untuk mengetuai
usaha mengumpul dan menulis semula naskhah dari simpanan para sahabat dan juga dari para huffaz. Naskhah al-Quran
yang telah ditulis semula itu kemudiannya disimpan di rumah Khalifah Abu Bakar al-siddiq.

4. Menentukan Bakal Khalifah


Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah menamakan bakal pengganti beliau, iaitu Umar bin al-Khattab. Beliau telah
mengadakan suatu perundingan dengan para sahabat tentang bakal pengganti beliau. Perkara ini berlaku ketika beliau
sedang sakit. Dalam pertemuan tersebut, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah mencadangkan supaya Umar bin al-Khattab
dilantik menjadi Khalifah. Cadangan beliau mendapat tentangan daripada para sahabat. Oleh itu, Khalifah Abu Bakar al-
siddiq telah mengarahkan supaya Uthman bin Affan menulis keputusan tersebut. Dengan cara ini, Khalifah Abu Bakar al-
siddiq telah berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam.

KESIMPULAN
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah membawa perubahan besar kepada tamadun Islam yang sampai ke hari ini
dapat memberi manfaat kepada umat Islam iaitu al-Quran.Walaupun tempoh pemerintahannya singkat iaitu kurang dua
tahun, beliau berjaya menyelesaikan masalah-masalah penting negara yang mengancam kedaulatan Madinah. Sejarahwan
Islam menggelarnya “ Penyelamat Negara Islam “ kerana jasa dan sumbangannya untuk mengukuhkan Madinah.
Kejayaan-kejayaan beliau merupakan kejayaan yang amat besar untuk dijadikan teladan oleh umat Islam.

Soalan 12 : Nilaikan sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid dalam memperkasakan kegiatan intelektual.

PENDAHULUAN
Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Rayy (Iran) pada tahun 149 Hijrah/763 Masihi dan meninggal dunia pada
tahun 809 Masihi di Thus, Khurasan. Beliau terserlah dengan sifatberani, gagah perkasa, sangat menyukai hal-hal agama,
bijak berpolitik dan mencintai ilmu pengetahuan. Dilantik sebagai putera mahkota pada tahun 166 Hijrah/782 Masihi dan
menjadi khalifah kelima pada tahun 170-193 Hijrah/786-809 Masihi. Pemerintahan baginda dianggap sebagai zaman
keemasan Islam kerana kemajuan yang dibawa khususnya dalam memperkasakan kegiatan intelektual.

ISI-ISI PENTING
1. Mengasaskan Baitul Hikmah (perpustakaan Agung)
● Sumbangan Khalifah Harun ialah mengasaskan Baitul Hikmah. Baitul Hikmah berfungsi sebagai institusi
kebudayaan dan pusat keilmuan yang kemudiannya berkembang dan mencapai zaman kegemilangannya semasa
zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun. Melalui penubuhan Baitul Hikmah sebagai institusi penterjemahan, kerja-
kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik. Banyak karya-karya asing dalam bahasa Sanskrit khususnya ilmu
falsafah dan sains Yunani telah diterjemahkan bagi dimanfaatkan oleh para cendekiawan Islam.
● Jelas bahawa, tindakan bijak Khalifah Harun al-Rasyid menubuhkan Baitul Hikmah ini telah memberi ruang kepada
percambahan ilmu dalam pelbagai bidang dan seterusnya dapat memperkasakan kegiatan intelektual dalam
pemerintahan Kerajaan Abbasiyah.

2. Mendirikan Pusat Pengajian

26
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada rakyat, Khalifah Harun telah
mendirikan pusat pengajian. Pelbagai institusi seperti sekolah, maktab dan universiti
telah ditubuhkan. Keadaan ini telah menyebabkan kegiatan penyelidikan dapat dipertingkatkan dan memberi manfaat
kepada masyarakat. Contohnya kemunculan al-Khwarizmi dalam bidang matematik dan astronomi. Sesungguhnya
hasil kajian sarjana-sarjana Islam ini kemudiannya telah tersebar ke Eropah sekaligus memberi sumbangan yang
besar kepada perkembangan keilmuan hingga melahirkan zaman Renaissans di Eropah.
● Usaha Khalifah Harun al-Rasyid mendirikan pusat pengajian ini sememangnya telah menggalakkan perkembangan
ilmu dan memperkasakan lagi kegiatan intektual Kerajaan Abbasiyah.

3. Menggalakkan Kegiatan Pembukuan


● Seterusnya Khalifah Harun juga menggalakkan kegiatan pembukuan ilmu-ilmu pengetahuan. Pada peringkat awal,
ilmu pengetahuan dikumpulkan dalam lisan, hafalan dan ingatan individu. Kesannya, ilmu tersebut akan hilang
selepas individu tersebut meninggal dunia. Untuk mengatasi masalah tersebut penulisan dan catatan dilakukan pada
kulit binatangdan kayu. Penyebaran ilmu pengetahuan turut berlaku secara lisan. Khalifah Harun al-Rasyid telah
melakukan satu pembaharuan iaitu menggalakkan ilmu pengetahuan dibukukan untuk kegunaan generasi akan
datang. Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid, munculnya ulama yang membukukan ilmu pengetahuan berkenaan
dengan Sejarah (tarikh), kesusasteraan, lughah, hadis, fiqah, tafsir, dan lain-lain. Antara ulama yang terkemuka ialah
Imam Malik (menyusun buku Muwatta‟). Ibn Ishaq (menyusun buku Fiqah).
● Melalui proses pembukuan ini, ilmu pengetahuan dapat berkembang luas dan kegiatan intelektual dalam
pemerintahan Bani Abbasiyah dapat diperkasakan.

4. Penyusunan Ilmu Pengetahuan Islam


● Khalifah Harun memberi tumpuan dalam perkembangan dan kegiatan penyusunan semula ilmu pengetahuan Islam
berhubung dengan hukum-hakam walaupun ia telah bermula sejak pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
pada 754-775 M. Apabila khalifah Harun al-Rasyid memerintah negara dan umat Islam pada 786-809 M, beliau
menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Untuk tujuan itu, penyusunan
ilmu, penyusunan ilmu tersebut sangat diperlukan supaya tidak terkeluar daripada konsep al-Quran dan Hadis.
Penumpuan dibuat kepada ilmu tafsir, hadis, faraid, Usuluddin, syariah, tauhid dan fiqah.
● Penekanan dalam peyusunan ilmu pengetahuan Islam ini telah menyebabkan perkembangan ilmu yang berlaku
masih mengikut landasan yang betul dan tidak tersasar daripada al-quran dan hadis.

5. Kegiatan Penterjemahan
● Bagi memperkayakan dan memperbanyakkan sumber bacaan dan khazanah ilmu pengetahuan, khalifah Harun al-
Rasyid menggalakkan pakar bahasa menterjemahkan buku-buku asing seperti dari China, India, Yunani dan Parsi.
Penumpuan diberi kepada menterjemahkan buku-buku berkenaan ilmu perubatan, falsafah, kesenian dan
menterjemahkan buku-buku agama dalam bahasa Arab ke bahasa asing untuk menyebarkanilmu tersebut di luar
tanah Arab. Contohnya Jurjis bin Bakhitislu menterjemahkan buku Pancatanra, Mahabhrata dan Sindhanta. Untuk
melicinkan kegiatan penterjemahan khalifah Harun al- Rasyid telah melantik Yuhama bin Musaiwaih sebagai
Setiausa haInstitut Terjemahan dan golongan penterjemah dikenali sebagai intelektualisme Islam. Prof Dr Ahmad
Shalaby menyatukan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan berkenaan agama Islam, Khalifah Harun al-Rasyid
mendirikan institusi pengajian seperti masjid, maktab dan sekolah. Ini menjadikan Kota Baghdad dikenali sebagai
gedung ilmu pengetahuan dan dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh dunia.
● Kegiatan penterjemahan yang dilakukan telah memperbanyak sumber rujukan dan sekaligus memperkasakan
kegiatan intelektual dalam Kerajaan Abbasiyah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, sepanjang 23 tahun pemerintahan Khalifah Harun beliau telah berjaya memajukan

27
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
negara Islam khususnya di Baghdad dari aspek perdagangan, pertanian dan intelektual.
Sumbangan besar Khalifah Harun adalah memperkasakan kegiatan
intelektual hingga munculnya tokoh-tokoh intelektual terkemuka pada masa itu. Baginda menyerahkan jawatan khalifah
seterusnya kepada anaknya, al-Amin.

Soalan13: Bincangkan struktur pentadbiran kerajaan Islam Madinah pada zaman Khulafa’al-Rasyidin.

PENDAHULUAN
Kerajaan Khulafa‟ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat
Islam sebagai khalifah yang pertama. Kerajaan ini juga diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w iaitu
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali binTalib.
Gelaran Khulafa‟ al-Rasyidin digunakan kerana mereka akan meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Pemerintahan Khulafa‟ al-Rasyidin dapat dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan pusat dan kerajaan wilayah. Kerajaan
pusat kerajaan yang mendominasi kuasa pemerintahan dan bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk hal ehwal
politik, ekonomi dan sosial kerajaan-kerajaan kecil (wilayah) yang bernaung di bawahnya.

ISI-ISI PENTING
1. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT
● Pemerintahan pusat diketuai oleh khalifah, terdapat empat orang khalifah iaitu Khalifah Abu Bakar As- Siddiq,
Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah UthmanbinAffandanKhalifah Ali bin Abi Talib. Khalifah dilantik secara
demokrasi iaitu pemilihan dilakukan oleh umat Islam secara bergilir-gilir dengan mendapat bai‟ah daripada seluruh
umat Islam. Walaupun khalifah merupakan individu yang paling berkuasa, namun kekuasaannya tidak bersifat
mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar yang diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat
berdasarkan suara majoriti. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan
secara rasmi dan berfungsi secara formal dan setiap ahli atau anggota syura dilantik daripada kalangan para sahabat
yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah. Struktur pemerintahan dan pentadbiran
Khulafa‟ al-Rasyidin bersumberkan tigarujukanutamaiaitu al-Quran, Sunnah Nabi dan ijmak ulama.
● Khalifah berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan malah khalifah juga merupakan panglima tertinggi
dalam pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan bagi mengendalikan pentadbiran
berkaitan dengan segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara. Selain itu, laporan kewangan daripada tanah
jajahan akan dihantar melalui gabenor wilayah kepada khalifah setiap tahun.
● Pemerintahan dan pentadbiran pusat bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk hal-ehwal politik, ekonomi dan
sosial kerajaan wilayah yang bernaung di bawahnya. Pusat pemerintahan Kerajaan Khulafa‟ al-Rasyidin ialah di
Madinah.
● Kerajaan pusat merancang dan melaksanakan segala bentuk pemerintahan dan pentadbiran untuk kemajuan kerajaan
wilayah. Kerajaan pusat bertanggungjawab dalam semua aspek pemerintahan kepada kerajaan wilayah seperti
membekalkan perbelanjaan yang tidak mencukupi, menjaga keamanan, membawa kemajuan dan kesejahteran dan
sebagainya. Malah,kerajaan pusat pula berhak meminta bantuan kewangan dan ketenteraan daripada kerajaan
wilayah.

2. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH


● Pemerintahan dan pentadbiran wilayah wujud ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam ekspedisi
ketenteraan. Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakaral-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada 10 buah
daerah, iaitu Makkah, Ta‟if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh. Bagi
pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab
berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa. Selain itu, negara Islam dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama,
iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran,

28
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Iraq, Mesir dan Palestin. Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri atau mempunyai
pusat pentadbiran masing-masing.
● Untuk memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar, Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk
sistem birokasi yang sistematik. Setiap wilayah akan diketuaioleh Gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai
lain seperti setiausaha dan pengawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti setiausaha Tentera, Pegawai Cukai
(Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Neraga (SahibBaital-Mal) dan seorang
kadi. Gabenor yang dilantik memegang jawatan berkenaan wajib melaporkan harta sebelum dan setelah selesai
menjalankan tanggungjawab serta diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar tidak timbul kekeliruan kelak.
Malah, disetiap wilayah akan didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan
negara.
● Dalam pentadbiran, kerajaan wilayah mempunyai kuasa autonomi yang terhad. Namun, pemerintah tertinggi di
kerajaan wilayah ialah gabenor yang dilantik oleh pemerintahtertinggi kerajaan pusat, iaitu Khalifah. Gabenor
kerajaan wilayah dibantu oleh pembesarseperti kadi dan wazir yang dilantik oleh khalifah.Pemerintah kerajaan
wilayah sering bertukar mengikut pertukaran khalifah dalam kerajaan pusat dan struktur bagi pemerintahan kerajaan
wilayah mencontohi struktur pemerintahan pusat dan tidak boleh bertindak sendiri tanpa kebenaran kerajaan pusat.
● Selain daripada itu, pemerintah kerajaan wilayah bertanggungjawab untuk membantu kerajaan pusat dalam semua perkara
seperti pungutan cukai, bantuan ketenteraan untuk menentang musuh, menjaga keselamatan dan sebagainya. Tetapi
kerajaan wilayah harus mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Dalam pada itu, kemajuan dan
pembangunan kerajaan wilayah tertakluk kepada peranan pemerintah kerajaan pusat. Tindakan akan dikenakan ke
atas kerajaan wilayah yang tidak mematuhi arahan kerajaan pusat sebagai contoh memecat gabenor dan pegawai
kerajaan.

KESIMPULAN
Sistem pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah telah dipraktikkan pada zaman Khulafa‟ al-Rasyidin yang telah
dikemaskinikan daripada apa yang pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Struktur pemerintahan dan
pentadbiran pusat dan wilayah semakin sistematik apabila khalifah Umar bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara
Islam.

Soalan 14: Jelaskan struktur pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah
pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

PENGENALAN
Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281-1924 M di bawah pemimpinan 37 orang khalifah. Pada tahun
1453 M, Sultan Muhammad al-Fatih menjadikan Istanbul sebagai ibu kotanya. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera
Mongol berjaya menakluki kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul.
Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II. Penubuhan kerajaan
Uthmaniyah adalah berasaskan sistem feudal, struktur pemerintahan berpusat kepada sultan.

ISI-ISI PENTING
1. STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT
● Sultan merupa kan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang agama, politik, pentadbiran dan
kewangan. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuk.
Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Beliau merupakan
ketua segala hal ehwal pentadbiran dan juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan. Wazir Agung dibantu
oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey iaitu ketua turus tentera sultan, dua orang Defterdar yang
bertanggungjawab dalam urusanpentadbiran kewangan, seorang Agha iaitu wakil tentera darat, seorang Laksamana,
dan seorang Nishanji bagi monogram sultan.
● Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti iaitu Shaykh al-Islam telah diwujudkan. Tugas utamanya
ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan berperang sesama

29
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
orang Islam. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.
Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa, misalnya ketika
menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.
● Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada Byzantine. Sistem
pemerintahannya turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai fief .Fief merupakan tentera asasi
kerajaan Uthmaniyah. Fief yang berjasa dikurniakan tanah. Tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani.
Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wang perak. Fief yang
berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas dan hasilnya mencapai 100 000 asper.
Tanah kurniaan yang lebih luas diberikan kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak
80 000 ekor kuda, sementara di Asia 50 000 ekor kuda. Senjata yang digunakan oleh fief ialah tombak, pedang,
panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan serban serta menunggang kuda.
● Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketuayang membawa bendera Sanjak atau Liwa‟. Ketua ini
dipanggil bey. Antara bey, ada beberapa orang beylerbey terbesar ialah Beylerbey Anatolia dan yang kedua
Beylerbey Rumali di Eropah. Bey-beyini juga memakai gelaran Pasha. Beylerbey merujuk kepada ketua turus tentera
sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.
● Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan kuasa tanah fief
kepada Beylerbey. Pihak Beylerbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak memberikan tanah fief kepada
mereka yang menyokongnya dan merampas tanah fief daripada orang yang melakukan kesalahan kecil.
Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan semasa pemerintahan Sulaiman al-Qanuni menerusi Kanunname
(1530M). Walaubagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat-syaratnya diketatkan.
● Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih canggih
termasuk meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera Uthmaniyah di peringkat awalnya terdiri daripada
empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudian
bertambah sehingga 11500 orang bagi setiap skuadron (1534 M).

2. STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH


● Setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang
akan dikendalikan oleh para petani. Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan utama pegawai
berkenaan ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukanAl-Quran dan
hadis.
● Multezim pula bertanggungjawab untuk mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu. Sebahagian daripada
hasil kutipan tersebut diserahkan kepada perbendaharaan negara. Pegawai kerajaan diberikan kuasa untuk mengutip
bayaran yang dikenali sebagai bakshish untuk perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.
● Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan wakaf untuk menyokong
perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia Muslim. Ada kalanya, golongan ini berperanan sebagai
orang tengah antara rakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintah.

KESIMPULAN
Kerajaan Uthmaniyah sangat berjaya kerana mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap. Sistem
pemberian tanah menyebabkan kehidupan mereka mewah dan berkedudukan tinggi. Pemerintahan kerajaan Uthmaniyah
merosot pada abad ke 17 apabila Sultan Abdul Hamid II dipecat. Pada tahun 1924 M, tamatnya zaman pemerintahan
kerajaan Uthmaniyah.

30
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 15: Huraikan sistem pemerintahan Kerajaan Muwahhidun (1144-1223M) dan Nasriyyah (1238-
1493M) di Andalusia pada abad Ke-13M.

PENDAHULUAN
Selepas tahun 1002M, kerajaan Bani Umayyah di Andalusia mengalami kemerosotan dan berakhir pada 1031M.
Kesannya, muncul kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat dipelbagai kota. Kerajaan Muwahhidun merupakan sebuah
kerajaan Islam yang didirikan oleh bangsa barbar Islam di Afrika Utara, selepas kejatuhan kerajaan Murabitun.
Pengasasnya ialah Ibnu Tumart iaitu Muhammad bin Tumart pada 1121M di Magribi. Kerajaan Nasriyyah pula berpusat
di Granada Semenanjung Iberia diasaskan oleh Muhammad bin Yusof bin Nasr iaitu Ibn al-Ahmar.

ISI-ISI PENTING
1. SISTEM PEMERINTAHAN AMIR DALAM KERAJAAN MUWAHHIDUN
● Pusat Pemerintahan terletak di Maghribi. Para amir kerajaan al-Muwahhidun menggunakan gelaran berunsur Syiah
seperti al-Mahdi, al-Imam, al-Nasir dan al-Mansur. Pengasas kerajaan ini beranggapan ajaran islam yang dibawa
oleh kerajaan Murabitun telah menyimpang daripada prinsip islam. Oleh itu, gerakan pemulihan yang dikenali
sebagai Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah berasaskan perundangan daripada mazhab Maliki.
● Kerajaan Muwahidun berpandangan bahawa pengikutnya merupakan satu kesatuan sosialyang beriman, benar dan
orang lain adalah kafir dan perlu diperangi. Mereka dipimpin oleh Imam yang dikenali sebagai Al-Mahdi dan
pemimpin yang seterusnya dikenali sebagai Khalifah. Al Mahdi dibantu 10 orang yang berfungsi sebagai kabinet.
● Seterusnya, terdapat sebuah dewan yang dianggotai seramai 50 orang yang terdiri daripada orang Babar dan
masyarakat Muwahhidun. Mereka berfungsi sebagai penasihat. Seterusnya, dewan 70 orang yang bertindak sebagai
Majlis Rakyat. MajlisTentera ditubuhkan untuk menyelia hal ehwal ketenteraan. Majlis ini bertindak merancang
strategi ketenteraan. Kerajaan Muwahhidun memberi penekanan kepada pertahanan dan penambahbaikan
ketenteraan. Amir menjalinkan hubungan diplomasi. Akhirnya, pemerintah Muwahhidun, mewujudkan sebuah
kementerian untuk menguruskan hal ehwal para penyair. Kesannya kemajuan yang pesat dicapai dalam pelbagai
sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian dan perniagaan.

2. SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN NASRIYYAH


● Pengasas kerajaan Nasriyah adalah Muhammad bin Yusofbin Nasr dikenali sebagai Ibnal-Ahmar pada tahun 1235M.
Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kerajaan Kristian bagi
memastikan kestabilan pemerintahannya. Pusat pemerintahan terletak di Granada selatan Sepanyol. Granada ialah
wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain diduduki oleh pemerintah Kristian dan
Yahudi. Kerajaan Nasriyah (1232-1492M) diperintah oleh 22 orang amir. Pada peringkat awal sultan kerajaan ini
berusaha bersungguh-sungguh menstabilkan kedudukan politik dan pentadbiran negara.
● Kerajaan Nasriyah mencapai kegemilangan dalam tamadun dunia dan memberi impakpositif kepada perubahan
tamadun Eropah terutama dalam bidang kesenian dan seni binabarat. Istana al-Hamara adalah kesan sejarah Andalus
yang agung kerana keunikan dan keindahan seni binanya.
● Pelbagai jenis industri berkembang maju antaranya industri pembuatan kapal dan fabriktenun. Kilang fabrik

31
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
di Almeria dan Malaga mengeluarkan kain bersulam emas. Granadajuga terkenal dengan
perusahaan celup, penghasilan barangan kulit dan barangan kemas. Sektor
pertanian juga diberi perhatian dimana sistem pengairan dan jenis tanaman disesuaikan. Kegiatan perdagangan turut
berkembang kerana Granada turut mengekspot barang keluarannya ke luar negara.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Kerajaan al-Muwahhidun dan Nasriyah telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini
dikalahkan oleh tentera-tentera Kristian pada tahun 1212M.

Soalan 16 : Bincangkan konsep jihad dan kepentingannya kepada masyarakat Islam zaman Nabi
Muhammad saw dan zaman Khalifah al-Rasyidin.

PENDAHULUAN
Islam agama yang cinta akan keamanan dan kedamaian kerana perkataan Islam sendiri membawa maksud aman
(salam) dan kedamaian. Islam tidak menganjurkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas wilayah lain
tanpa alasan yang munasabah.Peperangan dalam Islam diistilahkan dengan jihad ialah peperangan di jalan Allah (Fi Sabillah)
sebagai tanda pengabdian Muslim hanya kepada Allah SWT. Jihad berlaku sejak zaman Rasulullah SAW selepas
berhijrah ke Madinah sehinggalah kewafatan baginda. Baginda berjihad menyebarkan dakwah, mempertahankan
kesucian dan keutuhan Islam dan ianya diteruskan oleh para sahabat . Sebenarnya jihad mempunyai kepentingan yang
tersendiri kepada masyarakat Islam.

ISI-ISI PENTING
A. Konsep Jihad
● Dari segi bahasa, jihad bermaksud penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai suatu cita-cita, iaitu
menegakkan syiar Islam.Jihad berasal daripada bahasa Arab,iaitu al-Jahdu dan al-Jihad yang bermaksud pengerahan
segenap tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci.
● Menurut Al-Quran dan Hadis, jihad diterjemahkan sebagai ‘berjuang.’ Jihad sebagaimana diperintahkan dalam Islam
bukanlah tentang membunuh atau dibunuh tetapi tentang bagaimana berjuang memperoleh keredhaan Ilahi.
● Mengikut tokoh sejarawan Islam, Abu a’la al Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar perjuangan tetapi satu
perjuangan di jalan Allah SWT dan fissabilillah merupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam.Menurut Mazhab
Hanafi pula, jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam pelukan Dil al-Haqq dan memerangi mereka yang
menolaknya. Menurut Mazhab Shafie, jihad sebagai berperang di jalan Allah SWT dan mengerahkan segala
kemampuan untuk memerangi orang kafir.
● Dalam Islam, mati syahid merupakan orang Islam yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela
kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Mati
syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah
atau berjihad.

B. Kepentingan Jihad
1. Mempertahankan Agama Dan Negara
● Salah satau kepentingan jihad adalah untuk mempertahankan agama dan negara Islam.Jihad menjadi keperluan untuk
mempertahankan kesucian agama Islam daripada tindakan musuh. Juga untuk mempertahankan negara dan wilayah
Islam daripada pencerobohan musuh-musuh Islam.
● Jihad mempertahankan agama dan negara memerlukan pengorbanan nyawa dan tenaga yang merupakan
jihad yang paling utama.Jihad sebegini melibatkan jihad di medan perang dan mereka
terkorban diistilahkan sebagai syahid.
● Ketika zaman Rasulullah saw Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud demi mempertahan
agama Islam dan negara Islam Madinah daripada diperangi oleh kaum Quraisy Mekah.

32
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Ketika zaman Khalifah Al-Rasyidin pula golongan al-Riddah telah diperangi untuk
mempertahankan kedudukan Islam.

2. Menegakkan Daulah Islamiah


● Jihad politik penting untuk menegakkan Daulah Islamiah. Jihad untuk menegakkan sebuah negara di mana Islam
adalah menjadi teras kepada agama, politik, undang-undang dan organisasi institusi di mana Al- Quran dan Sunnah
adalah panduan utama.
● Nabi Muhammad saw sejak awal penubuhan negara Islam Madinah menjadi sumber wahyu sebagai asas
pemerintahan baginda. Piagam Madinah yang berasaskan wahyu telah menjadi perlembagaan negara.Pembentukan
ummah dilaksanakan di Madinah bagi menegakkan sebuah negara Islam.Pemerintahan berasaskan musyawarah dan
syura dilaksanakan.Diteruskan oleh pemimpin zaman Khalifah Al-Rasyidin.
● Perjuangan jihad menentang kerajaan Rom dan Parsi yang berlaku sejak zaman Rasulullah saw juga menunjukkan
perlunya jihad bagi menegakkan kerajaan dan wilayah Islam.
● Jihad dilaksanakan dalam tiga peringkat. Yang pertama, penduduk disesuatu kawasan itu akan diajak memeluk
Islam, dan mereka akan diberi tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam. Sekiranya mereka menolak mereka
akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar`jizyah dan Islam akan diimplimentasikan ke atas
mereka dan mereka akan diberikan hak -hak yang sama seperti mana-mana umat Islam. Sekiranya pelawaan ini
ditolak juga, maka tatkala itu barulah kekuatan ketenteraan akan digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan
segala halangan kepada dakwah Islam
● Tujuannya supaya Islam dibawa ke seluruh kawasan baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman para sahabat.

3. Melahirkan Insan Yang Bertaqwa


● Jihad melambangkan pengabdian diri terhadap Allah SWT. Penglibatan dalam peperangan secara tidak langsung
menggambarkan bahawa individu tersebut berusaha memenuhi tuntutan syariat Islam. Apabila seorang individu
mengetepikan kesenangan dan berjuang dengan bersungguh-sungguh, maka peranan jihad telah memperkasakan
ketahanan dan pertahanan tentera Islam. Kepentingan jihad juga ialah ganjaran dan jaminan syurga kepada orang
yang syahid dalam peperangan. Memang dinyatakan dalam al-Quran bahawa orang yang syahid kerana jihad
fisabillillah menentang orang kafir demi menegakkan syiar Islam dijanjikan balasan syurga kepada mereka. Perkara ini
menjadi peluang dan pendorong penguat semangat tentera Islam bagi melaksanakan jihad. Tentera Islam tidak gentar
menghadapi musuh dalam Perang Badar walaupun bilangan musuh tiga kali ganda tentera Islam.
● Selain itu kesanggupan mengetepikan rasa sayang akan harta dunia turut meningkatkan ketaqwaan seseorang
insan.Perasaan sayang akan harta digambarkan melalui kesediaan mengorbankan harta yang disayangi melalui
pemberian zakat dan sedekah.Umat Islam juga digalakkan berjihad dengan menyumbangkan sebahagian daripada
harta yang dimiliki sebagai satu tanda ketaqwaan mereka.
● Jihad melawan hawa nafsu pula akan membersihkan jiwa seseorang insan daripada sebarang hasutan syaitan.Ia dapat
memerangi sifat-sifat yang bertentangan dengan syariat Islam yang wujud dalam diri seseorang bagi tujuan
membersihkan jiwa hati.

4. Menggalakkan Pembangunan Ekonomi


● Selain itu kepentingan jihad juga adalah dapat menggalakkan pembangunan ekonomi masyarakat Islam.
● Jihad mempertahankan negara akan memastikan kelangsungan pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam
daripada ancaman musuh-musuh Islam.
● Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad ke jalan Allah. Bagi golongan yang kaya dan
berkemampuan mereka boleh berjihad dengan cara menyumbang dalam bentuk harta benda dan
kewangan.Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk zakat, cukai dan sedekah.Sumbangan ini dapat digunakan
untuk pembangunan ekonomi Islam. Kegiatan-kegiatan ekonomi dapat dilaksanakan seperti kegiatan pertanian dan
perdagangan.
● Disamping itu jihad ekonomi ini juga dapat digunakan oleh pihak yang berkuasa dalam membasmi kemiskinan dan
kemunduran masyarakat Islam. Usaha ini juga dapat menyokong mereka yang sedang

33
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berjuang di medan perangKetika zaman Rasulullah saw, Abu Bakar al-Siddiq telah
menyerahkan segala harta bendanya demi menegakkan agama AllahKetika zaman
pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab kedudukan Baitulmal telah dikukuhkan untuk menguruskan harta
kerajaan yang sebahagiannya disumbangkan oleh umat Islam.

KESIMPULAN
Jihad mempunyai kedudukan yang sangat penting dan istimewa di dalam Islam. Ganjaran bagi orang yang
berjihad dalam Islam adalah sangat berharga kerana bukan mudah untuk mendapat rahmat, keampunan dan syurga
daripada Allah s.w.t. Sudah semestinya Allah s.w.t. berhak menguji keimanan dan kesabaran manusia dengan melihat
pergorbanan dan perjuangan yang ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.

Soalan17: Terangkan konsep jihad dan strategi peperangan yang diamalkan pada zaman Nabi
Muhammad SAW

PENDAHULUAN
Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membawa kesejahteraan dan
keamanan kepada manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Munculnya konsep pertahanan dalam Islam yang
bertujuan untuk melindungi kesucian agama Islam daripada musuh-musuh Islam. Konsep pertahanan dimantapkan
dengan konsep jihad untuk menyemarakkan semangat tentera Islam dalam menyebarkan agama Islam. Hasilnya umat
Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW merangka pelbagai strategi dalam peperangan demi mencapai kemenangan
dalam jihad melawan musuh Islam, memartabatkan agama Islam dan menyebarkan agama Islam.

ISI-ISIPENTING
1. Konsep Jihad
● Perkataan jihad berasal dari kata akar “jahada” bererti berusaha keras, bersungguh-sungguh dan berjuang. Dalam
istilah bahasa, jihad bermaksud penumpuan segala tenaga danusaha untuk mencapai cita-cita iaitu menegakkan syiar
Islam. Dalam istilah syarak, jihad bererti berjuang iaitu berjuang dalam peperangan, berjuang dalam menentang
hawa nafsu, berjuang dalam menegakkan keadilan dan kebenaran dalam menegakkan agama Allah. Menurut Abu‟
a‟la al-Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar suatu perjuangan, ia adalah perjuangan di jalan Allah dan
fisabilillah adalah syarat utama bagi jihad dalam Islam. Terdapat pelbagai jenis jihad dalam Islam termasuklah Jihad
dalam peperangan.

2. Strategial-Saf/ Sistem Berbaris


● Antara strategi perang yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad SAW ialah strategi al-saf. Kaedah dalam
strategi ini ialah membahagikan tentera kepada dua barisan. Barisan pertama berada dibahagian hadapan yang terdiri
daripada tentera pejalan kaki dan penunggang kuda. Mereka bersenjatakan tombak, pedang, dan perisai. Manakala
barisan kedua pula berada di posisi belakang yang terdiri daripada para pemanah yang bersenjatakan panah dan
perisai serta diketuai oleh pemegang bendera. Strategi ini telah digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang
Badar. Dalam perang tersebut bilangan tentera Islam berjumlah 313 orang dan berhadapan dengan tentera musuh
sebanyak 3000 orang.

3. Strategi Menggali Parit dan Bertahan


● Selain itu, strategi menggali parit dan bertahan. Dalam strategi ini parit akan digali disekeliling kubu penting atau
bandar bagi menghalang tentera musuh memasuki kawasan tersebut. Parit juga bertujuan untuk menghalang tentera
musuh dapat memasuki kawasan penting seperti adanya sumber mata air untuk melemahkan mereka. Strategi ini
digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang al-Ahzah hasil cadangan Salman al-Farisi. Dalam perang ini
tentera Islam sebanyak 3000 orang berhadapan dengan musuh sebanyak 10000 orang. Parit digali untuk menghalang
tentera musuh memasuki Kota Madinah. Dalam perang itu,tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.

34
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
4. Strategi Kepungan danSerang
● Seterusnya strategi kepungan dan serang. Menerusi strategi ini tentera Islam akan
bertindak mengepung kota atau sesuatu kawasan musuh buat seketika. Kepungan berlarutan sehingga berjaya
memutuskan bekalan makanan dari luar ke kawasan musuh. Keadaan iniakan melemahkan tentera musuh dan
selepas itu tentera Islam akan bertindak melancarkan serangan. Strategi ini digunakan oleh tentera Islam pimpinan
Nabi Muhammad SAW sewaktu menyerang Kota Taif. Tentera Islam terlebih dahulu mengepung Kota Taif untuk
menyekat bekalan makanan memasuki kota itu.

5. Strategi Penyamaran/ Risikan


● Tentera islam juga mengamalkan strategi penyamaran atau risikan. Dalam strategi ini tentera Islam akan menghantar
seseorang untuk menyamar atau merisik bagi mendapatkan sesuatu maklumat daripada pihak musuh. Penyamaran
juga bertujuan memecah belahkan pakatan musuh jika mereka terdiri daripada gabungan banyak kumpulan. Strategi
ini digunakan tentera Islam sewaktu berlakunya Perang Khandak. Nabi Muhammad SAW telah menghantar Nuiam bin
Masud untuk menyamardalam kalangan tentera musuh dan beliau telah berjaya memecahbelahkan pakatan Musyrikin
Mekah dan Yahudi. Kehadiran Nuiam bin Masud untuk melakukan muslihat hingga wujud rasa syak antara
gabungan tentera musuh.

6. Strategi Membiarkan Musuh Lari Tanpa Dikejar


● Terdapat juga strategi membiarkan musuh lari tanpa musuh. Menerusi strategi ini tentera Islam dilarang daripada
mengejar atau membunuh tentera musuh yang telah berundur.Tentera Islam akan membiarkan tentera musuh yang
melarikan diri dari medan perang setelah mengalami kekalahan ke kawasan sempadan tempat mereka. Cara ini
dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dan terus dipraktikkan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin. Strategi
inidigunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Mu‟tah bagi mengelakkan tentera Islam daripada
diperdayakan oleh musuh. Jika terus dikejar kemungkinan akan mengorbankan lebih banyak nyawa tentera Islam.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, jihad merupakan elemen penting dalam perjuangan umat Islam untuk menyebarkan syiar Islam
dan membentuk negara Islam yang kuat. Oleh itu, stretagi dalam peperangan diperkenalkan pada zaman Nabi
Muhammad SAW sehingga umat Islam memenangi kebanyakan peperangan yang berlaku. Selepas kewafatan
NabiMuhammad SAW, Khalifah al-Rasyiddin meneruskan strategi yang sama dalam ekspedisi peperangan yang tercetus.

Soalan 18: Etika yang diterapkan dalam gerakan ketenteraan Islam membuktikan Islam mengutamakan
perdamaian. Bincangkan.

PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang mengutamakan keamanan dan perdamaian. Oleh itu Islam tidak menggalakkan
peperangan tanpa sebab munasabah. Namun, jika agama Islam, negara dan maruah diri diancam maka Allah mewajibkan
peperangan seperti yang terdapat dalam surah al-Baqarah, ayat 190. Peperangan dalam Islam mempunyai etika yang
bertujuan memupuk disiplin dikalangan tentera Islam. Etika peperangan dalam Islam sama ada sebelum, semasa atau selepas
perang jelas menerapkan peraturan tertentu yang membuktikan Islam mengutamakan perdamaian.

ISI-ISI PENTING
1. Etika Sebelum Perang
● Etika peperangan utama yang diterapkan dalam gerakan ketenteraan Islam ialah kewajiban mematuhi perintah Allah
serta mencari keredhaanNya. Islam membenarkan perang dengan tujuan untuk mempertahankan diri apabila
diserang musuh. Islam juga membenarkan umat Islam melancarkan

35
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
peperangan dengan tujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Namun, peperangan ialah
jalan terakhir untuk penyebaran Islam. Sebelum tentera Islam melancarkan
peperangan golongan kafir hendaklah diseru kepada Islam terlebih dahulu atau berdamai sebelum memeranginya.
Sebagai contoh, pada zaman Khalifah Abu Bakar sewaktu menggempur wilayah Hirah, beliau telah memberikan tiga
pilihan kepada musuh Islam, iaitu menganut Islam, berdamai, ataupun berperang. Ini membuktikan peperangan
bukanlah pilihan utama sebaliknya Islam terlebih dahulu menawarkan perdamaian.
● Jelas, etika yang diterapkan sebelum perang membuktikan Islam mementingkan perdamaian.

2. Etika Semasa Perang


● Apabila peperangan terpaksa diteruskan, Islam turut menetapkan etika semasa peperangan kepada tentera Islam. Tentera
Islam tidak boleh memerangi kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita,
orang cacat, lumpuh, paderi, ataupun pendeta. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok
atau memusnahkan tanaman, membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat. Keadaan ini membuktikan bahawa
Islam mementingkan kesejahteraan. Islam juga menetapkan etika peperangan kepada tentera Islam agar tidak lagi
memerangi musuh yang sudah menyerah, kafir Zimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku
taat setia kepada pemerintah Islam. Islam juga melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh antaranya
tidak boleh mencencang mayat atau musuh yang terbunuh. Dalam peperangan, Islam membenarkan tentera
melakukan helah peperangan kerana perbuatan ini termasuk dalam strategi peperangan. Nabi Muhammad SAW
sendiri turut mengajar umat baginda agar patuh kepada ketua dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan
melainkan dengan keizinan ketua.
● Situasi ini jelas menunjukkan Islam mengutamakan perdamaian meskipun terpaksa melancarkan peperangan namun,
masih menghormati pihak musuh dengan tidak membunuh sesuka hati.

3. Etika Selepas Perang


● Selepas peperangan berakhir, Islam menggariskan beberapa etika yang perlu dipatuhi dalam gerakan ketenteraan
Islam. Antaranya, sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajiblah ditaati. Sebagai contoh, dalam Perjanjian
Hudaibiyah, meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam,
namun Nabi Muhammad SAW mempunyai misi tersendiri dan sentiasa menepati janji untuk tidak melanggar
perjanjian tersebut. Tentera Islam juga dilarang menyeksa atau membunuh tawanan perang sewenang-wenangnya.
Tawanan perang yang tidak dikenakan hukuman bunuh akan dilayan dengan baik. Islam melarang penyeksaan
terhadap tawanan perang samaada tawanan lelaki mahupun tawanan wanita. Tindakan ini merupakan salah satu
kaedah berdakwah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Buktinya, dalam perang Badar, baginda
menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri mereka dengan ilmu pengetahuan atau
dengan sejumlah wang tertentu. Cara pengagihan harta rampasan perang pula dilakukan secara adil mengikut
ketetapan Allah SWT dalam al- Quran. Harta-harta yang diperoleh dalam peperangan bukan menjadi milik Nabi
Muhammad SAW sebaliknya diagihkan secara sama rata dalam kalangan para pejuang.
● Semua keadaan ini jelas membuktikan etika yang diterapkan dalam gerakan ketenteraan Islam adalah mementingkan
perdamaian.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam mempertahankan agama Islam, negara dan maruah diri yang diancam, Islam
membenarkan peperangan. Namun terdapat etika-etika tertentu yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam dalam gerakan
ketenteraan tersebut. Etika-etika yang diterapkan ini jelas membuktikan Islam mementingkan perdamaian dan
peperangan adalah pilihan terakhir.

36
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan19: Huraikan sumbangan Sultan Muhamad Al-Fatih dalam mengukuhkan Empayar Turki
Uthmaniyah pada abad ke-15.

PENDAHULUAN
Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid. Dilahirkan pada 29 Mac 1432
di Adrianople, sempana Turki-Bulgaria. Digelar al-Fatih iaitu pembebas kerana kejayaannya membebaskan kota
Constantinople. Menaiki tahta seawall usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya Sultan Murad II .Memerintah
selama 30 tahun bermula 1451-1481 M. Meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun. Baginda seorang
negarawan ulung dan telah memimpin 25 kempen peperangan. Baginda meninggalkan sumbangan yang cukup besar
dalam mengukuhkan Empayar Turki Uthmaniyah abad ke-15M.

ISI-ISIPENTING
1. Mengepung dan Membuka Kota Constantinople
● Kejayaan membuka ibu kota Rom Timur merupakan sumbangan terbesar Sultan Muhammad al-Fatih dalam
mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah. Kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah namun, disebabkan
kecekapan dan sifat kepemimpinan yang dimiliki oleh baginda disamping memiliki tentera yang berdisiplin dan
berani berjuang menghadapi musuh. Kehebatan baginda terserlah sejak sebelum ekspedisi ini dilancarkan. Baginda
telah membuat kajian tentang sebab musabab kegagalan kempen sebelum ini dengan mengkaji pelan kota
Constantinople dan kerap berbincang dengan para panglima perangnya. Sultan Muhammad al-Fatih juga
melengkapkan angkatan perangnya dengan 265 000 orang tentera, 400 buah kapal laut, membangunkan meriam
gergasi yang boleh menembak daripada jarak yang jauh. Baginda turut membawa bersama ulama dan pakar motivasi
yang membantu menaikkan semangat juang tentera selain membawa jurutera untuk membina peralatan lain seperti
tangga atau menara bergerak.
● Sultan Muhammad al-Fatih juga menggunakan kepintarannya dengan mengadakan perikatan atau perjanjian dengan
beberapa buah wilayah berhampiran dengan kota Constantinople seperti Wallachia, Serbia, dan Hungary bagi
mengelak kerajaan Rom Timur mendapat bantuan luar. Baginda memilih kota Rumeli Hisari sebagai pusat gerakan
membolehkan tentera Islam dapat mengawasi lalu lintas kapal yang di Selat Bosphorus. Semasa kota Constantinople
dikepung, Sultan Muhammad menawarkan agar pemerintah Rom menyerah kalah. Keengganan pemerintah Rom
menyebabkan kota tersebut diserang bertubi-tubi namun gagal untuk menembusinya. Akhirnya baginda telah
melaksanakan suatu strategi baharu dengan mengarahkan kapal-kapal perang diangkut melalui jalan darat ke Bukit
Galata sebelum meluncurkan kapal-kapal tersebut ke Teluk Goldern Horn. Kapal-kapal musuh berjaya dibedil
menyebabkan sistem pertahanan kota tersebut dapat ditembusi. Tentera Islam akhirnya menggunakan terowong yang
dikorek dibawah tanah bagi memasuki kota tersebut sehingga berjaya menguasai kota tersebut pada 29Mei 1453.
Kejayaan ini sekaligus mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah kerana kerajaan Rom Timur yang berpusat di
Constantinople merupakan kerajaan yang sangat kukuh dan sentisa mengancam wilayah-wilayah Islam. Selain itu,
kedudukan kota ini juga sangat strategik untuk dijadikan pusat pentadbiran empayar Uthmaniyah.

2. Menambahkan Bilangan Penduduk Kota Constantinople

37
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Sultan Muhammad al-Fatih juga meninggalkan sumbangan dalam menambahkan
bilangan penduduk kota Constinople selepas berakhirnya perang.
Jumlah penduduk di kota itu terjejas teruk disebabkan ramai yang terbunuh dan melarikan diri semasa perang. Bagi
memakmurkan semula kota itu, baginda bertindak menambahkan kembali bilangan penduduk di situ dengan
mengambil beberapa langkah. Antaranya, mengarahkan supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka
kembali semula ke kota berkenaan. Baginda juga mengarahkan negeri- negeri di bawah taklukannya menghantar
wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.
● Selain itu, orang Islam dari Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke ibu kota baharu itu bagi menjalankan
aktiviti perniagaan kerana kedudukannya yang strategik. Sifat baik dan pemurah Sultan Muhammad al-Fatih
melayani rakyatnya tanpa diskriminasi telah mendorong kebanjiran golongan imigran ke kota ini . Dengan kejayaan
tersebut maka empayar Turki Uthmaniyah berjaya dikukuhkan.
3. Menyatukan Pemerintahan di Bahagian Utara Balkan
● Sumbangan seterusnya ialah menyatukan pemerintahan di bahagian Utara Balkan yang bertujuan untuk menyekat
serangan kaum Magyar. Bagi merealisasikannya, baginda mengambil alih pemerintahan Serbia. Namun tindakan itu
tidak disenangi pihak Kristian menyebabkan Sultan Muhammad al-Fatih berundur seketika. Walau bagaimanapun
baginda kemudiannya mengambil peluang menawan Belgrade ketika berlakunya perebutan takhta dalam kalangan
kerabat diraja Belgrade. Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania
yang berhasrat menjatuhkan baginda. Kesan kejayaan ini kerajaan Uthmaniyah semakin kukuh di Eropah.

4. Menghapuskan Kerajaan-kerajaan Kecil di Eropah


● Bermula 1458 Masihi Sultan Muhammad al-Fatih juga turut berjaya menghapuskan beberapa kerajaan kecil di Eropah
seterusnya mengukuhkan empayar Uthmaniyah. Antaranya, baginda berjaya menjatuhkan kerajaan Trebizond iaitu
kerajaan Yunani terakhir di Asia Kecil. Baginda juga berjaya mengalahkan tentera Venice. Selain itu, pada tahun
1462, Raja Venice di Croatia pula berjaya dikalahkan yang membawa kepada penyerahan wilayah Venice dan Albania.
Sumbangan ini sudah tentu mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah.

5. Mendirikan Masjid
● Sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih yang seterusnya ialah mendirikan masjid-masjid di kota baharu umat Islam
itu. Antaranya baginda telah menukar Gereja Besar St.Sophies menjadi Masjid Aya Sophia. Bangunan masjid itu
telah diubah suai mengikut senibina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran
bertulisan khat yang indah. Di luar masjid pula dibina sebuah menara. Selain itu, baginda juga membina 11 buah
masjid lain termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam Abu Ayyub al-Ansari. Di tepi masjid itu
dibina sebuah kubah yang berwarna putih.Tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli tasawuf. Sumbangan ini telah
memakmurkan kota tersebut sekaligus mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah.

6. Mendirikan Bangunan Lain


● Bagi membangunkan lagi kota itu, Sultan Muhammad al-Fatih turut memberi sumbangan besar dengan membina
lebih banyak bangunan-bangunan lain. Antaranya kerana baginda sangat mementingkan pendidikan maka institusi-
institusi pendidikan khasnya madrasah dan perustakaan telah dibuka. Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda
mendirikan hospital, rumah kebajikan, rumah fakir miskin, dan menyediakan kemudahan telaga. Bagi meningkatkan
tahap keselamatan pula, baginda telah membina limbungan kapal, gedung senjata, dan sebuah kubu yang dilengkapi
dengan menara kawalan.Sumbangan baginda telah berjaya membangunkan kota tersebut selain melindungi kota dari
serangan musuh sekaligus mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah.

7. Kebebasan Beragama
● Semasa Sultan Muhammad al-Fatih mentadbir kota itu, baginda telah berjaya mengambil hati ramai orang- orang
Yahudi dan Arab yang di tindas di Andalusia. Oleh itu, golongan Yahudi dan Arab ini telah berpindah

38
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
ke Istanbul. Disebabkan kehadiran mereka, Sultan Muhammad al-Fatih telah meminta pihak
gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi dalam kalangan
mereka. Baginda juga telah membenarkan agama Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan golongan
Ortodoks. Tindakan baginda menyebabkan pemerintahannya disenangi segenap lapisan masyarakat seterusnya
mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah.

KESIMPULAN
Kesimpulannnya, sepanjang 30 tahun pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih baginda telah memberi sumbangan
yang cukup besar dalam mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah. Kejayaan menawan dan membuka kota
Constantinople merupakan sumbangan yang paling bermakna kerana ia adalah titik tolak kejatuhan Rom Timur yang
menjadi ancaman kepada kerajaan Islam

Soalan 20 : Huraikan bentuk perhubungan luar melalui bayaran jizyah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

PENGENALAN
Jizyah merupakan perkataan Arab yang bermaksud ganti rugi atau balasan terhadap kebaikan atau keburukan.
Jizyah dianggap sebagai pemberian ufti oleh seorang individu atau negara bukan Islam kepada kerajaan Islam yang
memerintah. Jizyah juga ditakrifkan sebagai cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir zimmi yang
berlindungan nyawa dan harta benda daripada pemerintah Islam. Orang bukan Islam yang membayar jizyah akan diberi
hak yang sama seperti orang Islam dan mendapat kebebasan beragama. Pelaksanaan jizyah ini sebenarnya sudah
diamalkan pada zaman Nabi dan diteruskan pada zaman Khulafa‟ al-Rasyidin dengan lebih signifikan kerana dasar
peluasan kuasa yang dilaksanakan oleh khalifah. Melalui pembayaran jizyah, hubungan diplomatik dan naungan antara
Madinah dan kerajaan lain dapat dibentuk.

ISI-ISI PENTING
1. Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
● Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah memberi pilihan kepada kerajaan Iraq dan Syria sama ada ingin
diserang, membayar jizyah atau memeluk Islam. Iraq dan Syria bersetuju membayar 19 ribu dirham setahun sebagai
jizyah.Melalui pembayaran jizyah juga, telah banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan kerajaan Madinah.
Contohnya, pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kerajaan al- Anbar dan Ain al-Tamar telah menjadi naungan
kerajaan Madinah setelah panglima Khalid al-Walid berjaya menawan kedua-dua kerajaan tersebut.
● Kerajaan-kerajaan tersebut telah melakukan pembayaran jizyah kepada Madinah dan menjadikan mereka berada
dibawah naungan kerajaan Islam Madinah. Melalui pembayaran jizyah dan naungan pengaruh serta kedudukan kerajaan
Madinah semakin kukuh sekaligus membantu Islam untuk tersebar dengan meluas.

2. Zaman Khalifah Umar al-Khattab


● Pada zaman khalifah Umar bin al-Khattab menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada
dibawah naungan kerajaan Islam. Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru
al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitul muqaddis melalui pemimpinnya
telahmenandatangani perjanjian damai dengan khalifah dengan khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan
kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa, nyawa, harta
benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitul muqaddis disamping
bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk Baitul muqaddis kepada
pemerintah Islam.
● Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan
tentera Islam di bawah pempinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam
beberapa siri peperangan.

39
3. Zaman Khalifah Uthman bin Affan
● Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan
kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di
kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.

40
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

4. ZamanKhalifahAlibin AbiTalib
● Akibat daripada perpecahan dan perang saudara yang tercetus semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib,
banyak negeri yang asalnya wilayah naungan Islam tidak membayar jizyah dan membebaskan diri daripada menjadi
wilayah naungan kerajaan Islam Madinah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, pelaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kehebatan kerajaan Islam Madinah tetapi dapat
meningkatkan pendapatan negara. Sumber jizyah yang dikumpul dimanfaatkan untuk memajukan negara seperti
penyediaan infrastruktur dan membantu golongan yang tidak bernasib baik serta mewujudkan iklim politik yang stabil.

Soalan21: Bincangkan bentuk hubungan luar iaitu melalui pembayaran jizyah pada zaman Khalifah Bani
Umaiyah.

PENGENALAN
Jizyah iaitu ufti yang dibayar oleh golongan kafir zimmin kepada negara Islam. Perlu dibayar secara tahunan
mengikut kadar yang berpatutan sesuai dengan kedudukan dan kemampuan individu tersebut. Pembayaran jizyah
membolehkan mereka diberi hak yang sama seperti orang Islam dan berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
Jizyah ini turut diamalkan pada zaman khalifah Bani Umaiyah. Para khalifah Bani Umaiyah mengamalkan sistem jizyah
tetapi konsep dan sistem pelaksanaannya berbeza antara khalifah- khalifah Bani Umaiyah mengikut falsafah masing-
masing. Namun, melalui pembayaran jizyah, negeri-negeri tersebut menjadi negeri naungan kerajaan Islam yang berpusat
di Damsyik.

ZAMAN KHALIFAH BANI UMAIYAH

1. Zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan


● Berlaku perubahan dasar dalam pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umaiyah iaitu pelaksanaan jizyah bukan sahaja
dikuatkuasakan kepada golongan bukan Islam iaitu kafirzimmi tetapi turut dikenakan kepada golongan Islam yang
bukan berketurunan Arab dikenali sebagai golongan Mawali. Perubahan ini bermula pada zaman Khalifah Abdul
Malik atas nasihat gabenornya iaitu al-Hajjaj Yusof al-Thaqafi. Alasannya, kerana ramai golongan bukan Arab
memeluk Islam untuk mengelakkan membayar jizyah. Keadaan ini telah mengurangkan sumber pendapatan negara,
bahkan pada waktu yang sama Khalifah Abdul Malik terpaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada kerajaan
Byzantine sebagai jaminan keamanan.
● Situasi semakin parah dengan pemberontakan yang mula mengancam keamanan negara dan memerlukan dana
kewangan yang tinggi. Situasi ini akhirnya mempengaruhi perubahan dalam pelaksanaan jizyah. Pengenalan
pembayaran jizyahyang dikenakanterhadap golongan Islam bukan Arab (Mawali) telah menimbulkan kemarahan
golonganSyiah di Kufah dan Khawarij di Iraq terhadap kerajaan Umayyah. Akibatnya, golongan mawali yang
berjaya dibendung kebangkitan pada peringkat awal pemerintahan kerajaan Umayyah telah bertindak menyokong
pemberontak yang menentang kerajaan Umayyah.
● Demi menampung perbelanjaan negara, berlaku tekanan dan penindasan oleh kerajaan dengan mengenakan
pembayaran cukai tanah (kharaj) sebanyak empat dirham seorang disamping bayaran jizyah. Khalifah Abdul Malik
telah menghentikan kaedah pembayaranjizyah dalam bentuk hasil pertanian, sebaliknya perlu dibayar secara tunai,
malahan telah meningkatkan jumlahnya sebanyak empat kali ganda. Pada zaman Khalifah Abdul Malik, golongan
rahib (agamawan) yang selama ini dikecualikan membayar jizyah sejak zaman Khalifah Umar al-Khattab telah
dikenakan jizyah sebanyak satu dinar. Dasar pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Abdul Malik telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat khasnya golongan rahib dan mawali.

2. Zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik


● Pada zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, dasar dan pelaksanaan jizyah hampir sama dengan dasar

41
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
yang dikuatkuasa oleh bapanya. Dasar perluasan kuasa terus dikuatkuasakan dan pelaksanaan
jizyah masih dikenakan terhadap wilayah yang ditawan seperti wilayah
Takharistan, Samarqand, Kashghar, Sind, Baluchistan, Multan dan lain-lain.

3. Zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz


● Pada zaman Jumlah pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah naungan Islam berkurangan. Hal ini diakibatkan oleh
dasar dan konsep yang diamalkan oleh Umar bin Abdul Aziz dalam hal pungutan jizyah.
● Khalifah Umar bin Abdul Aziz menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh khalifah Umar al-Khattab dan tidak
menjalankan perluasan kuasa sekaligus menyebabkan tiada kerajaan-kerajaan baharu yang menjadi naungan
pemerintahan beliau.
● Pada zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau telah melaksanakan beberapa perubahan terhadap pelaksanaan
jizyah dan cuba kembali kepada kaedah Islam yang sebenar. Malahan, khalifah berusaha mengurangkan rasa tidak
puas hati golongan mawali terhadap kerajaan dengan menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur dengan
golongan Arab. Jizyah keatas golongan mawali kemudiannya dimansuhkan asalkan mereka beragama Islam. Usaha
ini mendapat tentangan daripada beberapa gabenor kerana dikhuatiri akan memberikan kesan buruk terhadap
kewangan negara.
● Khalifah Umar Abdul Aziz telah membezakan antara jizyah dan kharaj. Jizyah hanya dikenakan pada golongan
bukan Islam manakala kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah tanpa mengira samaada ianya seorang Islam ataupun
bukan Islam. Kadar jizyah kemudiannya telah dikurangkan kepada kadar mampu dibayar oleh golongan bukan Islam
setelah kewangan negara kukuh. Pelaksanaan jizyah yang adil ini berjaya menarik semula sokongan golongan zimmi
dan golongan mawali terhadap kerajaan Umaiyah.

4. Khalifah Yazid bin Abdul Malik


● Apabila khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah, beliau mengamalkan semula sistem jizyah para khalifah terdahulu
dan menaikkan kadar bayaran jizyah sebanyak 20% yang menyebabkan tercetusnya pemberontakan oleh golongan
petani.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, jizyah yang dibayar oleh golongan zimmi digunakan untuk pembangunan dan menjamin
keselamatan serta kesejahteraan mereka. Dasar jizyah yang tidak mesra rakyat dan membebankan ini akhirnya
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan merupakan salah satu faktor yang membawa kepada
kemerosotan kerajaan Umaiyah.

42
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

Soalan 22 : Penerapan sistem ekonomi Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W berjaya memecahkan
monopoli ekonomi golongan Yahudi di Madinah. Bincangkan.
PENGENALAN
 Latar belakang kegiatan ekonomi Madinah
 Latar belakang penduduk Madinah
 Latar belakang kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W

ISI-ISI PENTING

1. Pelaksanaan sistem dan kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad S.A.W adalah berpaksikan
hukum syarak .
Segala aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Madinah seperti pertanian,perniagaan,perdagangan dan
perusahaan tidak bercanggah dengan al Quran dan sunnah. Amalan Riba diharamkan.

2. Sistem ekonomi pertanian menurut Islam


Kegiatan ekonomi utama masyarakat zaman ini ialah kurma.Hal ini disebabkan bumi Madinah amat subur dan
bersesuaian dengan tanaman ini. Selain itu Nabi Muhammad juga berusaha membawa masuk benih kurma dan ternakan
yang berkualiti dari luar Madinah. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan ekonomi umat Islam . Selaras dengan
perkembangan ini banyak pasar untuk orang Islam dibuka bagi tujuan manjalankan aktiviti jual beli buah kurma.Cth: Abdul
Rahman b. Auf berjaya membina pasar untuk umat Islam dan seterusnya memulakan persaingan ekonomi dengan golongan
Yahudi.

3. Nabi memperkenalkan sistem perdagangan Islam.


Aktiviti perniagaan dan perdagangan merupakan aktiviti tradisi masyarakat Arab, begitu juga dengan masyarakat
Madinah. Sistem perniagaan yang dijalankan berteraskan syarak dan penindasan seperti penipuan dan riba diharamkan.

4. Membela nasib golongan terpinggir.


Bagi memastikan golongan yang tidak bernasib baik tidak terpinggir dengan pembangunan ekonomi, zakat diwajibkan
keatas umat Islam khasnya zakat harta bagi mereka yang mengusahakan aktiviti pertanian dan perniagaan.

5. Menghalang aktiviti penindasan dan menyalahi syarak


Nabi Muhammad S.A.W memastikan aktiviti yang menyalahi hukum syarak seperti unsur- unsur monopoli dan aktiviti
yang membebankan pihak pengguna tidak berlaku. Kesan daripada ini, eksploitasi golongan Yahudi juga dapat
dihapuskan.
6. Kerjasama dalam kalangan umat Islam
Bantuan golongan Ansar terhadap golongan Muhajirin sekaligus telah memulihkan ekonomi umat Islam.Begitu

43
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
juga sumbangan kepakaran golongan Muhajirin kepada golongan Ansar. Nabi Muhammad
S.A.W juga menekankan kewajipan individu mencari nafkah hidup.

7. Sumber pendapatan negara


Nabi Muhammad telah menjelaskan sumber pendapatan berdasarkan aktiviti yang diusahakaniaitu zakat, jizyah rampasan harta
perang (ghanimah dan al fay),derma atau sedekah dan hartawakaf.

KESIMPULAN:
Kejayaan Nabi Muhammad SAW membentuk negara Islam telah mengubah Madinah dalam semua aspek sama ada
politik, ekonomi mahupun sosial. Dalam bidang ekonomi, jelas bahawa penerapan nilai-nilai Islam telah berjaya
memecah monopoli ekonomi masyarakat Yahudi Madinah.

Soalan 23: Ketidakadilan sistem ekonomi dunia telah dirungkai dengan kedatangan Islam. Justeru itu
jelaskan ciri-ciri sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan berlandaskan syariat Islam.

PENDAHULUAN.
Menurut pandangan islam,ekonomi merupakan suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan
tuntutan syariat islam, sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk diri, masyarakat dan
negara, dari segi rohani dan jasmani.
Pada zaman nabi muhammad saw,sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan segala kegiatan
ekonomi yang melibatkan umat islam khasnya dan umat manusia amnya.

ISI-ISI PENTING
1. Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah.
 Dalam sistem islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan, pelaburan, perusahaan dan seumpamanya adalah
untuk beribadah kepada allah swt. Dalam kontek ini, tiada sebarang aktiviti ekonomi islam dilaksanakan selain
dasar ini.Aktiviti ekonomi haruslah di lakukan berkhemah, bertanggungjawab dan tidak mengetepikan aspek nilai
dan kebajikan.

2. Matlamat jangka panjang diutamakan.


 Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat Bagi individu yang
mengushakan perniagaan,matlamat jangka dalam aktiviti yang diletakkan adalah untuk mencapai kesejahteraan
hidup di akhirat.

3. Memberi kemakmuran kepada masyarakat.


 Tujuan aktiviti pernigaan dan ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesenangan kepada masyarakat
Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk maningkatkan nilai dan tahap hidup
masyarakat.Perkhidmatan pelacuran,perjudian,dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam senarai aktiviti
ekonomi islam Sebagaimana yang di amalkan masyarakat jahiliah dan kaum yahudi di madinah,kerana ia
membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat.

5. Keuntungan dunia dan akhirat.


 Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan meterial dan pahala daripada aktiviti yang
dilakukan nabi muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa,"peniaga yang amanah berada di bawah naungan arash pada
hari pengadilan." Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan perniagaan dengan amanah dan
tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke dalam golongan yang diberi keistimewaan.
 Semakin banyak pahala yang diperoleh daripada aktiviti ekonomi, semakin tinggi usaha yang dilaksanakan.
Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong- menolong, jujur dn mengutamakan golongan yang
lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat pahala dan ganjaran Allah s.w.t.

44
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

KESIMPUALAN.
Sistem ekonomi islam sebenarnya berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah
dan bertanggungjawab. Sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan segala kegiatan ekonomi
yang melibatkan umat islam.

Soalan 24 : Bincangkan kegiatan dan sumber pendapatan ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammad
SAW pada abad ke-7 Masehi.

PENDAHULUAN
Madinah merupakan sebuah kawasan yang asalnya sebuah oasis. kawasan yang subur dan kaya dengan kegiatan
ekonomi terutama perdagangan dan pertanian.

ISI-ISI PENTING:

Kegiatan ekonomi
 Kegiatan ekonomi utama adalah perdagangan dan pertanian. Tanaman seperti anggur,barli,dan gandum. tamar adalah
tanaman yang penting dan memberi faedah kepada penduduk madinah. Barangan yang di perdagangkan ialah kurma,
bijirin, emas, zamrud dan arak. Ekonomi di Madinah di monopoli oleh golongan yahudi. Mereka merupakan
Usahawan, petani dan peniaga yang mengamalkan riba. Manakala Puak Aus dan kharaj mengusahakan tanah yang
kering kontang dan hidup dalam kemiskinan.

 Aktiviti perniagaan di madinah terbukti apabila wujud pasaran harian dan bermusim. Muhammad bin habib al-
Bagdadi mencatatkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya sebelas pasar bermusim sebelum kedatangan islam dan
terus berkembang pada zaman islam seperti ukaz, majannah, Zu al-majaz dan hubashah.

 Pertanian dan penternakan .Dari segi ekonomi, masyarakat Arab pada keseluruhannya menjalankan aktiviti menternak
binatang seperti unta,kambing dan biri-biri. Mereka berkhemah di lembah yang terdapat takungan air bagi
memajukan usaha ternakan dan tanaman. Daripada binatang ternakan mereka mendapat bekalan makanan seperti
daging, susu dan keju. Di samping itu, mereka memanafaatkan kulit binatang untuk membuat khemah,pakaian dan
bekas menyimpan air.

 Selain menternak binatang, mereka juga menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti menanam kurma, gandum,
jagung, anggur dan sayur-sayuran.Bagi mereka yang tinggal di kota,lazimnnya akan menjalankan urus niaga dan
pertukangan. Mereka berniaga menerusi jalan darat seperti qafilah. Setiapkafilah disertai oleh ramai pedagang .
Dengan cara berkumpulan ini mereka berasa lebih selamat memandangkan mereka terpaksa berjalan beratus-ratus
kilometer.

Sumber pendapatan ekonomi

1. Derma/Sedekah/Wakaf
 Merupakan sumber kewangan utama umat islam di madinah yang mencabar sehingga mencapai kemuncak
kegemilangannya. Rasulullah pernah meminta umat islam supaya memberikan sumbangan kepada kebajikan satu
kabilah yang baru memeluk islam. Contoh; makanan, pakaian, sementara orang ansar mendermakan wang.

45
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
 Orang islam sentiasa menghulurkan pelbagai bentuk derma kepada tabung bersama.
contohnya; dalam perang khandak, sa’ad bin ubadah, jabir bin Abdullah
menderma kan makanan dan kurma kepada tentera islam. Abu bakar mendermakan seluruh wang yang di milikinya
berjumlah 4 000 dirham dan umar mendermakan separuh daripada kekeyaannya. Selain derma dalam bentuk wang,
masyarakat islam juga menderma dalam bentuk hartanah.

 Orang yahudi yang percaya dengan keikhlasan nabi Muhammad s.a.w juga turut menyumbang.contohnya; mukhairiq
daripada bani nandhir yang nabi memeluk islam sebelum perang uhud telah mewasiatkan tanaman kurma iaitu tujuh
buah dusun kepada nabi Muhammad s.a.w

2. Ghanimah
 Umat islam di wajib berjihad atau berperang untuk agama sekiranya mereka di perangi oleh musuh yang berniat
untuk menghalang penyebaran islam. Nabi Muhammad s.a.w bersama tentera islam menentang tentera Quraisy pada
623 M. Dengan kekuatan tentera islam seramai 313 orang telah memenangi Perang Badar mengalah kan tentera
Quraisy seramai 1000 orang. Merupakan kemenangan pertama dan menghasilkan rampasan seperti senjata, 150 ekor
unta,10 ekor kuda,tikar kulit,dan pakaian.Selain daripada harta rampasan, sumber kewangan islam daripada bayaran
tebusan tawanan perang yang membayar sejumlah wang untuk membebaskan mereka. Sumber pendapatan
berdasarkan harta rampasan perang di nikmati oleh orang islam selepas menyertai peperangan, Antaranya; perang
khandak, al-kurd, muraisi, khaibar, pertempuran di dumat al-jandal, serangan abu salamah ke Qatan, pertempuran
wadi al-Qura.

 Menurut Muhammad bin Habib, hartanah pertama di peroleh daripada puak yahudi, iaitu Bani Fityun yang di usir
keluar dari Madinah. Seterusnya, amwal Bani Qunaiqah; iaitu kubu serta pasar mereka di ambil oleh orang islam
yang telah di urus kan oleh Abu Rafil yang di lantik oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Bagi amwal Khaibar. Meliputi
kebun kurma yang luas dan ladangnya telah di isytiharkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai al-fai’ atau safiy
yang membiarkan di miliki oleh petani dengan syarat menyerahkan 50% hasilnya.

 Tanah khaibar yang di bahagikan kepada orang islam dan Negara islam , iaitu tanah khumus di urus oleh 2 orang
pegawai. Fadak ialah kawasan Yahudi yang di takluk oleh pejuang islam tanpa pertempuran. Nabi Muhammad s.a.w
melantik Muhaiyisah bin Mas’ud sebagai wakil untuk berbincang dengan orang Yahudi.

3. Jizyah
 Merupakan cukai politik yang dikenakan keatas orang bukan Islam yang digelar golongan zimmi bagi perlindungan
yang diberikan oleh Negara islam keatas keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Jizyah boleh di bayar secara
tunai atau barangan. Mereka yang enggan membayar Jizyah akan di kenakan hukuman berat. Nabi Muhammad s.a.w
mengesyorkan kadar bayaran ditetapkan satu dirham setiap kepala.

 Satu lagi warkah Baginda kepada al-Munzir bin Sawa ialah mengutip sebanyak 4 dirham dan sepasang jubbah setiap
lelaki. Jizyah juga di kutip daripada orang kristian Najran dengan bayaran sebanyak 2 000 pakaian yang perlu
diserahkan setiap tahun pada bulan rejab dan 1 000 pada bulan safar.

4. Zakat
 Zakat diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w keatas setiap orang islam, tiadk kira lelaki atau perempuan.zakat
dikenakan keatas oemilikan tunai,barang kemas,hasil pertanian,dan binatang ternakan. Nabi Muhammad s.a.w
mewajibkan mereka membayar zakat atau ushr bagi hasil kurma dan nisf al-ushr bagi hasil gandum mereka.

 Beberapa warkah yang di tandatangani oleh nabi Muhammad s.a.w menunjukkan perintah membayar zakat ternakan bagi
orang islam,misalnya, Bahilah diwajibkan membayar fariz (lembu tua) dalam sekumpulan 40 ekor dan saqhiyah
(unta tua) sebanyak 5 ekor. Penduduk Dumah dan Kalb kena membayar zakat yang sama,selain ushr atau separuh
daripada hasil pertanian mereka.

46
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
KESIMPULAN
Ringkasnya, dapatlah dikatakan ekonomi menurut perspektif islam merupakan
suatu bidang ilmu yang melibatkan aspek fizikal (lahiriah) dan spiritual.Selain itu, ekonomi islam berasaskan konsep
tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah,dan bertanggungjawab.

Soalan 25 : Kesuburan tanah menjadi pemangkin kemakmuran Kerajaan Abbasyiah. Bincangkan


kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Bani Abbasyiah abad ke-11 hingga ke-12.

PENDAHULUAN
Kegiatan ekonomi utama kerajaan Abbasiyah ialah pertanian, perdagangan dan perindustrian. Antara faktor
yang mendorong perkembangan kegiatan ekonomi ketika itu ialah peranan pemerintahan yang mengambil berat tentang
penyediaan sumber ekonomi. Contohnya, dengan menyediakan kemudahan asas bagi pengeluaran untuk mencapai hasil
yang ekonomi yang tinggi.
Antara tanaman yang diusahakan ialah tanaman bijirin seperti gandum dan barli serta buah-buahan seperti anggur, limau,
kurma, epal, pisang dan tembikai.

ISI-ISI PENTING
 Bagi memajukan sektor pertanian, kerajaan Abbasiyah telah mengambil beberapa langkah. Antaranya adalah dengan
melebarkan sungai dan terusan bagi mengairi kawasan pertanian,membina empangan dan menggalakkan penerokaan
tanah-tanah baharu untuk aktiviti pertanian.

 Usaha-usaha penyelidikan juga telah dilakukan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran.Ini mendorong kepada
kemunculan ramai cendekiawan Islam yang telah berjaya mencetuskan idea-idea bagi memajukan aktiviti pertanian
pada zaman itu.

 Antara wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghiribi dan
Khurasan.Ladang-ladang pertanian dan ternakan serta pasar yang dikenali sebagai suq al-baqar juga telah
diwujudkan.Selain pertanian,perdagangan juga merupakan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah.

 Pelbagai tindakan juga telah dilakukan oleh kerajaan Abbasiyah bagi memajukan sektor perdagangan.Antaranya
adalah dengan membina dan menyediakan kemudahan yang mencukupi di tempat-tempat yang menjadi tumpuan
para pedagang,di samping mengetatkan lagi kawalan keselamatan untuk mengelak berlakunya aktiviti rompakan dan
pelanunan.

 Antara pelabuhan yang terkenal dan menjadi tumpuan para pedagang pada zaman tersebut adalah seperti Baghdad,
Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah.

 Sektor perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi pada zaman kekuasaan kerajaan Abbasiyah.Kilang- kilang di
Baghdad,Syiraz dan Isfahan di Parsi terkenal dengan hasil produk tenunan,hamparan dan permaidani.

 Barangan kulit dan senjata pula turut dikeluarkan oleh Mesir,Andalus dan maghiribi, manakala oleh Yaman,
Khurasan, Bahrain dan Lubnan.

KESIMPULAN

47
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Kesan daripada kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan ini secara tidak langsung
telah dapat menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi.
Malah, melalui pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan, ia telah disalurkan untuk menyediakan kemudahan prasanara
seperti tali air,masjid dan sekolah.

Soalan 26 : Bincangkan pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

PENGENALAN:
 Pengertian jizyah
 Konsep Jizyah
 Latar belakang pemerintahan Khalifah Umar al Khattab

ISI-ISI PENTING:

1. Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Umar al Khattab


Pungutan jizyah semakin meningkat pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab berikutan banyak kejayaan
yang telah dicapai dalam ekspedisi ketenteraan seperti di mesir, Iraq dan Syam. Bagi melicinkan pungutan jizyah khalifah
telah mengarahkan para gabenor melaksana dan menentukan kadar jizyah ke atas wilayah masing-masing. Namun untuk
wilayah penting khalifah sendiri memberikan persetujuan melalui perjanjian pelaksanaanjizyahbseperti ke atas pemerintah
Byzantine setelah kerajaan islam berjaya menawan Palestin

2. Jenis atau kategori jizyah


Jenis jizyah terbahagi kepada dua iaitu Sulh al Jizyah (cukai perlindungan) dan Jizyah al Ru‟us (cukai diri). Kadar jizyah
berbeza-beza mengikut perjanjian yang dipersetujui dan bergantung kepada kemampuan. Golongan yang dikecualikan
jizyah ialah orang perempuan, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin, golongan cacat dan lemah, hamba dan golongan
sakit berpanjangan.

3. Pelaksanaan jizyah melalui naungan


Pemimpin Baitul Muqaddis telah mengadakan perjanjian dengan khalifah Umar bin al Khattab dengan menyatakan
persetujuan untuk membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan selagi kerajaan
Islam mampu memberikan memberikan jaminan keselamatan ke atas nyawa dan harta mereka serta kebebasan beragama
dan amalan peribadatan. Hal yang sama dilakukan terhadap pemerintah Babylon yang diwakili oleh Muqauqis yang
bersetuju membayar jizyah. Penduduk Syam, Palestin dan Jordan juga bersetuju membayar jizyah selepas kejayaan
tentera Islam pimpinan Khalid al Walid Abu Ubaidah al Jarrah mengalahkan tentera Byzantine dalam beberapa
siripeperangan.

4. Islam mementingkan kebajikan dalam pelaksanaan jizyah


Khalifah Umar mengarahkan gabenor Syam memulangkan semula jizyah kerana pemerintah Islam tidak yakin dapat
melindungi dan mempertahankan golongan zimmi di Syam daripada serangan Rom. Kebajikan menjadi asas utama
disebalik jizyah.

5. Kadar dan waktu bayaran jizyah:


Mengikut amalan Khulafa al Rasyidin , kadar tahunan jizyah ialah 48 dirham (golongan kaya) 24 dirham (golongan
pertengahan) 12 dirham (golongan miskin yang mampu menyara hidup mereka) . Cukai jizyah dibayar sama ada dalam
bentuk mata wang atau harta benda yang bernilai seperti ternakan, hasil pertanian

48
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan lain-lain.
Pelaksanaan Jizyah pada zaman Khalifah Umar al Khattab dijalankan oleh gabenor- gabenor
wilayah. Antara kawasan pungutan jizyah yang penting adalah Baitul Muqaddis ekorankekalahan Byzantine, babylon,
Mesir dan Syria. Kadar bayaran jizyah oleh kerajaan tersebut adalah 19 ribu dirham setahun dan dibayar terus kepada
kerajaan Islam di Madinah..

KESIMPULAN :
Pelaksanaan Jizyah yang dilaksanakan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab menyumbang kepada kemajuan dan
kemakmuran negara Islam.

Soalan 27 : Analisiskan pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah Abbasiyah abad ke- 9M hingga abad
ke-11M.

PENGENALAN:
 Pengertian zakat,Jenis zakat,Latar belakang kerajaan Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-11

ISI-ISI PENTING:
1. Pentadbiran institusi zakat
 Khalifah Abbasiyah meneruskan dan memperkukuhkan dasar dan pelaksanaan zakat seperti yang telah dilaksanakan
oleh kerajaan Bani Umayyah.Kerajaan Pusat telah melantik Kadi yang pakar dalam bidang syariah bagi membantu
melicinkan urusan pentadbiran zakat. Khalifah Abbasiyah juga telah mewujudkan satu jawatan baharu iaitu Ketua
Kadi bagi membantu Khalifah dalan urusan pentadbiran zakat. Cth: Khalifah Harun al Rasyid pernah mendapatkan
khidmat nasihat daripada Abu Yusuf tentang isu-isi berkaitan zakat.
 Perkembangan intelektual pada zaman Abbasiyah membentuk empat mazhab awal dalam Islam iaitu Mazhab Hanafi,
Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali. Perkembangan mazhabmembawa kepada tafsiran zakat
berbeza-beza yang mempengaruhi urusan pentadbiran dan pelaksanaannya.
 Pentadbiran institusi zakat di peringkat pusat berada di bawah khalifah maanakala peringkat wilaya di bawah
gabenor.Khalifah melantik amil yang berkelayakan untuk urusan pungutan, agihan dan pemantauan pelaksanaan
zakat.Khalifah dan gabenor menubuhkan baitulmal bagi menyelenggara hasil pungutan zakat dan sumber-sumber
lain serta melantik pegawai khas menguruskan pentadbiran baitulmal berkenaan.

2. Sumber zakat
 Zakat dikenakan kepada umat Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Mengikut Imam Syafie,
bayaran zakat fitrah dilakukan pada awal bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal iaitu sebelum solat sunat
Aidilfitri.Zakat harta boleh dibayar apabila cukup tempoh dan kadarnya 2.5 peratus daripada jumlah harta. Zakat
harta pada zaman Abbasiyah meliputi binatang ternakan, emas dan perak termasuk mata wang negara, harta
perniagaan dan barang dagangan, hasil pertanian buahan dan bijian, maadin (hasil bumi)dan kekayaan laut serta rikaz
(harta karun yang tiada pemiliknya dan kadar zakatnya 1/5 daripada jumlah rikaz).Pada zaman khalifah Abdul al
Daulah, binatang dikenakan zakat seperti kambing,biri-biri danlembu yang syaratnya cukup nisab dan haul serta
diternak dipadang rumput bebas dan bukan untuk bekerja.

3. Kutipan zakat
 Pada zaman khalifah Abbasiyah, kutipan zakat dan cukai semakin bertambah berikutanpertambahan wilayah Islam
dan umat Islam serta kepesatan ekonomi. Khalifah menguatkuasakan pungutan zakat secara tegas dalam usaha
menegakkan hukum Allah. Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan dan mahir dalam bidang syariah
dan matematik di peringkat pusat dan wilayah. Selain itu amil bertugas memerhatikan golongan berharta, mentaksir
dan seterusnya mnegutip zakat daripada mereka. Para petugas zakatbertanggungjawab memantau pengagihan harta
zakat. Zakat boleh dikeluarkan dalam bentuk harta benda yang ditetapkan atau wang tunai.Khalifah Abbasiyah telah
melakukan beberapa penambahbaikan kepada hukum zakat dan memperluaskan asas zakat dengan mengenakan
zakat ke atas

49
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
sesuatu harta yang baharu ditemui atau baharu wujud dalam kalangan masyarakat Islam.

4. Agihan zakat
 Pada zaman Khalifah Abbasiyah hasil zakat diagih kepada umat Islam yang layak berdasarkan undang- undang
Islam. Lapan golongan umat Islam yang layak menerima zakat iaitu fakir,miskin,amil,muallaf, riqab(hamba yang
dijanjikan olehtuannya untuk dimerdekakan), gharimin, fisabilillah dan ibn sabil.

KESIMPULAN:
Pelaksanaan zakat pada zaman Abbasiyah telah menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Islam pada
masa itu.

Soalan 28 : Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam

PENDAHULUAN :
Pendidikan dapat didefinasikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengatahuan , sama ada secara teori atau praktikal
bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu bagi menempuh kehidupan yang semakin kompleks. Pendidikan
islam dikaitkan dengan beberapa istilah khusus antaranya tarbiyah , ta’lim , tadris , ta’dib dan irsyad.Pendidikan
merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan fizikal serta kesedaran manusia terhadap Tuhan.
Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang
individu, ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh
Islam dan irsyad iaitu petunjuk berasaskan syariah

ISI-ISI PENTING

Falsafah Pendidikan Islam


Merupakan Proses Pendidikan Sepanjang Hayat. Tiga elemen falsafah yang kaitkan dengan pendidikan Islam
ialah akidah, ilmu dan amal .Bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Kebebasan kepada semua orang untuk
mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina , kekayaan dan warna kulit.
Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan atau fardhu , sama ada kepada kaum lelaki mahupun wanita. Oleh itu ,
menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk mencari ilmu kerana agama islam sendiri memandang tinggi dan
menghormati orang yang menuntut ilmu.

Ciri-ciri Pendidikan Islam


1. Sumber utama berlandaskan al-Quran dan Sunnah
 Sumber yang sah dan hakiki , diikuti sunnah atau hadis Rasulullah SAW. Selain itu, berpandukan sumber akal
dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan parkara-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh
sumber al-quran dan sunnah.
 Fokus utama ialah memenuhi keperluan kerohanian , menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati ,
pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa merdeka Menurut ibn khaldun, matlamat pendidikan islam ialah
mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan iaitu mengajarnya tentang syiar-syiar agama menerusi al-Quran
dan sunnah.

2. Mempertingkatkan daya pemikiran


 Tahap pemikiran yang tinggi , seseorang itu dapat membuat pelbagai pekerjaan dan menambahkan daya
kreativitinya. Memperlengkapkan akhlak manusia sesuai dengan fungsi kejadian manusia sebagai khalifah dan
hamba Allah SWT yang wajib mengamalkan nilai-nilai akhlak bertunjangkan amal ma’ruf nahi munkar.

3. Pembangunan seimbang antara aspek Naqliah dan Aqliah

Membolehkan manusia mengenali pencipta-Nya dan mentaati segala perintah dan suruhan- Nya.Bersifat dinamis ,
melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat , iaitu bermula daripada buaian hingga ke liang lahat.

50
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

4. Memenuhi keperluan kerohanian


 Menanamkan kepercayaan dan pemikiran dan hati, Pemulihan akhlak .Membangunkan jiwa merdeka dan
Menekankan nilai dan keikhlasan manusia yang bekerja atau melakukan sesuatu kerana Allah SWT.

5. Melengkapkan keperluan sosio-budaya


 Seseorang individu akan dapat melengkapkan sosiobudaya kehidupannya dengan membekalkan kemahiran ,
kesenian , termasuk muzik , syair , khat , seni bina dan lain-lain.Merupakan satu proses sepanjang hayat dan
bersifat dinamis .Setiap individu diberi kebebasan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa mengira jantina,
warna kulit, kedudukan atau kekayaan. sebagai satu proses sarwajagat pendidikan mestilah dibiarkan mengalir
tanpa sekatan Sehubungan dengan itu, sememangnya menjadi kewajipan setiap individu untuk menuntut ilmu
kerana Islam memandang tinggi dan menghormati orang yang berilmu

6. Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah


 Al-Quran dan sunnah merupakan sumber dalam falsafah pendidikan Islam. Sumber al-Quran ialah sumber yang
sah dan hakiki diikuti oleh sunnah. selain itu pendidikan Islam juga berpandukan sumber akal, iaitu ijtihad dan
qias. Sumber ini dapat menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-
Quran dan sunnah..Sumber-sumber ini telah menonjolkan prinsip-prinsip yang ideal demi membentuk insan
sempurna yang mengabdikandiri kepada Allah SWT untuk mendapat keredaanNya

7. Mewujudkan pembangunan yang seimbang


 Pembangunan yang seimbang ialah dari aspek naqliah dan aqliah supaya dapat mengenali penciptaNya dan
seterusnya mentaati segala perintahNya. penekanan diberi kepada semua aspek pertumbuhan manusia agar
sentiasa seimbang supaya dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai khalifah Allah di bumi ini. Pembelajaran
yang diterima oleh seseorang individu dapat membawa kesedaran kepadanya tentang tujuan dia dicipta.
Kesedaran ini akan mendorongnya membangunkan dunia mengikut ajaran agama Islam

8. Menekankan nilai dan keikhlasan manusia


 Pendidikan akan merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pendidikan dapat memimpin
manusia ke arah kemajuan hidup yang lebih ideal Pendidikan juga merupakan penilaian bagi kejayaan atau
kegagalan seseorang dalam kehidupannya

9. Melahirkan golongan pelajar yang bersikap positif


 Pendidikan dapat mempertingkat daya pemikiran dan kreativiti seorang individu agar dapat menjalankan
pelbagai pekerjaan

10. Menjadi teras kepada pembentukan insan soleh


 Falsafah pendidikan bertujuan melahirkan insan yang beriman dan beramal. Insan seperti ini akan bersifat takwa,
memiliki sifat-sifat kemanusian yang tinggi dan berkeperibadian mulia. Dengan kekuatan akhlak yang terpuji dan
ilmu yang mendalam, seseorang individu akan mengetahui baik dan buruk tindakannya

Kesimpulan
Secara amnya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah supaya merasai kehidupan yang
bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, objektif utama falsafah Islam adalah untuk mendapatkan ilmu demi
mentauhidkan Allah SWT. Pendidikan islam adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT , membentuk akhlak terpuji ,
menyedarkan manusia tentang hubungan dan tanggungjawabnya serta

51
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
sebagai persediaan menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat.

Soalan 29 : Bincangkan sistem pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-16 M hingga ke 17 M.

PENGENALAN:
1. Latar belakang Acheh sebagai kerajaan Islam di Nusantara
2. Latar belakang Acheh sebagai Serambi Mekah.

ISI-ISI PENTING
1. Dasar pendidikan Acheh
 Acheh mempunyai sistem pendidikan islam yang teratur bermula dari peringkat meunasah (rendah), rangkanh
(menengah) dan Jamiah Baitur Rahman (universiti). Pada peringkat meunasah ditekankan aspek menulis dan
membaca bahasa Arab dan al Quran. Manakala padaperingkat rangkang menekankan mata pelajaran fikah, ibadat,
tauhid, sejarah dan tasawuf. Peringkat Jamiah Baitur Rahmanpula merupakan sebuah institusi universiti yang
terdapat 17 bidang pengajian. Pendidikan sekular seperti geografi,sejarah dan matematikturut mendapat perhatian
pada zaman ini.

2. Kurikulum pendidikan Acheh


 Kurikulum pendidikan di Acheh tertumpu pada ilmu Fardu Ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam, fiqah, ibadat dan
akhlak. Para pelajar dilatih bernasyid berhubung dengan agama iaitu dinamakan dike (zikir) atau seulawat (selawat)
pada setiap malam Jumaat. Kanak-kanak yangkhatam al Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis dalam
bahasa Jawa dan Acheh seperti kitab perukunan dan Risalah Masail al Muhtadin. Sejarah Islam diajar dengan cara
bercerita.

 Kurikulum peringkat rangkang terdiri daripada ilmu agama dan ilmu umum.seperti geografi, sejarah dan matematik.
Para pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.

 Mata pelajaran yang diajarpada peringkat dayah seperti Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, fikah, jinayat, fikah
munakahat, fikah dauli, sejarah Islam, sejarah negara-negara, ilmu mantik, tauhid/filsafat, tasawuf,akhlak,ilmu
falak,tafsir dan hadis.

3. Institusi pendidikan Acheh


 Madrasah atau meunasah merupakan institusi pendidikan permulaan yang biasanyadiwujudkan diperingkat kampung. Para
pelajar diajar membaca al Quran, membaca danmenulis huruf Arab dan belajar perkara- perkara asas dalam Islam.
Selain itu pelajar juga diajar ilmu Fardu Ain dan sejarah.. Pelajar juga dilatih bernasyid pada setiap malam Jumaat.
 Masjid berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam.Masjid juga berperanan sebagai pusat
pendidikan menengah pertama.Cth masjid Baitur Rahman telah dinaik taraf menjadi pusat pendidikan .
 Rangkang merupakan peringkat lanjutan pelajaran agama, disebut juga pesantren, pondok atau madrasah. Para
pelajar mendirikan pondok kecil mengelilingi masjid. Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada
tahap ilmu yang dimiliki oleh guru yang mengajar. Terdapat pelajar rangkang yang

52
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berjaya melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir. Rangkang yang terkenal terletak
di Banda Acheh. Banyak ulama yang terkenal dari luar negara datang
mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai daerah.
 Peringkat pendidikan Dayah disamakan dengan sekolah menengah atas di Indonesia atau madrasah Aliyah. Dua jenis
Dayah iaitu Dayah bersifat khusus dan Dayah bersifat umum. Dayah bersifat khusus seperti Dayah untuk wanita
sahaja dan Dayah yang khusus dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan menurut syariat Islam.
Antara Dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala dan Dayah Teugku Chik.
 Jamiah/Universiti Baitur Rahman bermula daripada masjid Baitur Rahman dinaiktarafkan menjadi Jamiah Baitur
Rahman. Ia berfungsi sebagai institusi pendidikan peringkat tertinggi yang terdiri daripada berbagai- bagai fakulti
seperti fakulti ilmu tafsir dan hadis.
 Lembaga Pelaksana Pendidkan
 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuh Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri daripada Balai
Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jamaah Himpunan Ulama.
 Balai Setia Hukama tempat para Ulama dan ahli fikir untuk membahaskan perkara-perkara yang menyentuh tentang
pendidikan.
 Balai Setia Ulama tempat menguruskan masalah-masalah yang berkaitan dengan pendidikan.
 Balai Himpunan Jamaah Himpunan Ulama merupakan kelab perbincangan bagi para sarjana dan ulama bertukar-
tukar pandangan, berseminar,membahaskan masalah pendidikan dan sebagai tempat mengembangkan ilmu
pengetahuan.

4. Tenaga pengajar
 Tenaga pengajar terdiri daripada ulama atau sarjana daripada Acheh dan negara Islam yang lain seperti Arab,Turki,
Parsi dan India.Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Muda Iskandar Muda Darma Wangsa Perkasa Alam (1607-
1636) terdapat sebanyak 44 orang tanaga pengajar di Jamiah Baitur Rahman.
5. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di Acheh
a. Kaedah bercerita untuk mempelajari ilmu sirah dan sejarah.
b. Kaedah halaqah diadakan pada semua peringkat pengajian
c. kaedah perbincangan dan perdebatan dijalankan dalam kalangan para ulama dansarjana. Hal ini bertujuan untuk
perbincangan masalah berkaitan pendidikan.
d. Kaedah tunjuk cara digunakan untuk menunjukkan cara solat
e. kaedah lisan digunakan untuk memantapkan bacaan alQuran dan al Hadis.

KESIMPULAN:
Perkembangan sistem pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-16 M hingga abad ke-17 M telah menyumbang kepada
zaman keemasan Acheh terutamanya dalam aspek keilmuan Islam di rantau Nusantara sehingga Acheh dikenali sebagai
Serambi Mekah.

Soalan 30: Usaha dan galakan para khalifah merupakan pendorong utama perkembangan pendidikan
pada zaman kerajaan Abbasiyah. Nilaikan .

PENGENALAN
Pendidikan merupakan suatu keperluan bagi segenap lapisan masyarakat dan menjadi asas untuk menggerakkan
ketamadunan bangsa. Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat
Kerajaan Abbasiyah (750-1258M) ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan kerajaan
Umayyah. Pendidikan telah berkembang pesat di zaman kerajaan Abbasiyah sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu
keduniaan

53
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
ISI-ISI PENTING
1. Usaha dan galakan para khalifah
 Khalifah mendirikan pusat-pusat pengajian. Khalifah Harun al-Rasyid membina perpustakaan yang ulung iaitu Baitul
Hikmah di Baghdad. Khalifah al-Makmum menghimpunkan setiap kitab dari daerah taklukannya seperti Syria,
Afrika dan Mesir untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Khalifah al-Mukhtadid Billah menyelia sudut-sudut
dan tempat tertentu di istananya untuk majlis ilmu
 Khalifah memberi pelbagai kemudahan untuk menetap di Baghdad, perbelanjaan tetap dan kedudukan istimewa
kepada golongan cerdik pandai. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Harun al-Rasyid dan al-Makmum menggalakkan
kegiatan penterjemahan

2. Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu


 Bidang penterjemahan bermula dengan ilmu mantik sehingga tertubuhnya Sekolah Tinggi Penterjemahan yang
pertama di dunia. Penterjemahan dipimpin oleh Hunain bin Ishak dan 90 orang murid-muridnya. Penterjemah
lain seperti Ishak bin Hunain, Hubaisy dan Thabit Qurrah
 Buku-buku falsafah, sains, matematik, perubatan dan astronomi dari pelbagai bahasa diterjemah ke bahasa Arab.
Kesannya lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan dan tokoh-tokoh dalam bidang tersebut

3. Kemunculan golongan ulama/tokoh ilmu


 Lahirnya tokoh-tokoh atau golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar. Abul Ali al-Hussein ibn Abdullah ibn
Sina atau dikenali sebagai Ibn Sina menghasilkan berpuluh-puluh karya dalam bidang falsafah dan perubatan.
Abu Hamid al-Ghazali atau dikenali sebagai al-Ghazali yang mengarang lebih kurang 300 buah buku
merangkumi falsafah, keagamaan, dan politik
 Maskuih yang menghasilkan buku sejarah yang menyentuh hal-hal kemasyarakatan khususnya bidang ekonomi.
Beliau menulis dengan lengkap sejarah permulaan Bani Buwayh dan hal ehwal pemerintahan Bani Abbasiyah.
Tokoh-tokoh lain seperti al-Kindi, al-Farabi, Abu Hanifah, Malik bin Anas, Ahmad bin Hanbal al-Bukhari dan
lain-lain pakar dalam hadis dan fikah

4. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik


 Terdapat institusi pendidikan seperti masjid, surau, kuttab dan istana yang dijadikan sebagai pusat
perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Pusat pengajian yang lengkap dan moden didirikan di seluruh
negara seperti di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah, Balk dan lain-lain. Pusat pengajian yang terkenal ialah
madrasah yang mencakupi pengajian peringkat rendah, menengah, dan tinggi. Masjid dijadikan tempat utama
bagi mempelajari al-Quran, hadis, fikah, tafsir dan kesihatan. Di masjid diadakan majlis perbincangan dan
perbahasan antara para ulama, sarjana, ahli fikir dan lain-lain berkenaan isu semasa
 Istana khalifah dipenuhi golongan cendekiawan dan cerdik pandai. Istana lebih berfungsi sebagai gedung ilmu
pengetahuan daripada pusat pemerintahan . Madrasah menyediakan kemudahan fizikal pembelajaran. Madrasah
an-Nizamiyah dianggap sebagai institusi pengajian tinggi yang pertama bertaraf universiti. Pembinaan
perpustakaan yang berperanan sebagai tempat membaca, membuat rujukan, menyelidik, dan belajar secara
halaqah. Antara perpustakaan terkenal ialah Baitul Hikmah, Dar al-Hikmah, dan Khizanat sabur (Dar al-Ilm)

5. Sistem pendidikan yang tersendiri


 Terdapat tiga peringkat pengajian iaitu rendah, menengah dan tinggi. Peringkat permulaan atau rendah yang
bertempat di kuttab atau pondok. Kurikulum peringkat rendah ialah mempelajari al-Quran, sirah Rasulullah
s.a.w. , membaca, menulis, puisi dan ilmu hisab. Di peringkat menengah, ilmu yang diajar ialah ilmu tafsir,
hadis, kalam, tasawwuf, bahasa, usul fiqah, sejarah, geografi dan sebagainya . Peringkat tinggi ialah pengajian di
universiti yang memberi tumpuan kepada pengkhususan ilmu. Antaranya ialah matematik, astronomi, geometri,
kimia, zoologi dan perubatan

54
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

6. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiyah


 Keadaan politik yang stabil membolehkan prasarana pendidikan disediakan
.Sumber kewangan untuk pembinaan kebanyakan pusat pengajian ketika itu diambil daripada hasil tanah-
tanah wakaf atau perbendaharaan negara

Kesimpulan ,
Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyah merupakan titik peralihan penting ke arah mewujudkan sistem
pendidikan yang lebih tersusun. Kedudukan guru mula mendapat tempat dengan disediakan segala kemudahan dan
kemudiannya dibayar gaji. Seterusnya murid-murid telah ditempatkan di sekolah mengikut aras pembelajaran masing-masing
Pada zaman pemerintahan al-Makmum, kota Baghdad dikatakan telah mencapai puncak kegemilangannya serta
mendapat jolokan sebagai pusat kebudayaan antarabangsa.

55
Soalan 31 : Nilaikan idea-idea yang disumbangkan oleh Al - Kawarizmi dalam bidang matematik.

PENGENALAN
Nama sebenar Al Khawarizmi ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.Dilahirkan pada tahun
780M di Khawarizmi (Khiva,Ubekistan). Di barat tokoh ini dikenali dengan pelbagai nama seperti al Cowarizmi, al
Karismi, al Goritmi,al Gorismi dan sebagainya.Sumbangan tokoh dalam bidang matematik amat ketara , pelbagai idea
yang diutarakan seperti pengenalan sistem nombor termasuk sifar dan mempelopori bidang algebra.

ISI-ISI PENTING
1. Hasil karya
 Karya teragung dalam bidang matematik ialah Mukhtasar al-Jabar awal-Muqabalah. Karya ini dihasilkan
pada tahun 850M atas dorongan khalifah al-Makmun. Karya ini merangkumi topik-topik algebra yang membantu
masyarakat menguruskan hal ehwal faraid, wasiat, perniagaan, pembahagian pusaka, menghurai istilah-istilah yang
diguna pakai dalam disiplin algebra seperti punca kuasa dua serta persamaan linear dan kuadratik.Buku ini telah
diterjemahkan ke bahasa Latin dan menjadi rujukan penting pelbagai universiti di Eropah sejak abad ke-12M -
16M.Karya agung ini menjadikan tokoh digelar sebagai Bapa al Jabbar (algebra)
 Karya Al-Jami wa al-Tafriq bi Hisab al-Hind (Penambahan dan Pengurangan Menurut perhitungan Hindu).
Karya ini membincangkan masalah aritmetik iaitu satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Karya
ini berjaya memperkenalkan sistem logorism kepada dunia Barat.
 Karya lain termasuklah Al- Maqala Fi Hisab al Jabr wa al-Muqabilah iaitu buku mengenai Algebra dan
buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan merupakan terjemahan yang
diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada barat.
 Bukan itu sahaja, karya-karya lain seperti Al-amal bi’ Usturlab’ dan Al-Tarikh turut memberi sumbangan dalam
kehidupan hari ini.
 Kitab al-Ard (Kenampakan Permukaan Bumi). Kandungannya berkisar bidang matematik dan geografi iaitu
tentang koordinat kota-kota, daftar lintang dan bujur serta zon cuaca.
 Jelaslah bahawa al-Khawarizmi memberi sumbangan yang amat besar dalam penulisan karya-karya matematik
dan menjadi rujukan seluruh dunia hingga ke hari ini.

2. Memperkenalkan ilmu algebra


 Tokoh merupakan pelopor kepada ilmu algebra dan di gelar “Bapa Algebra” Karya teragung dalam bidang
matematik ialah Mukhtasar al-Jabar awal-Muqabalah menjadi rujukan penting dan permulaan perkembangan
ilmu algebra moden. Dalam karya ini di kemukakan 800 contoh algebra. Contoh-contoh dalam karya ini
membolehkan anak muridnya Thabit Ibn Qurah untuk meneruskan penyelidikan yang lebih mendalam dalam
bidng berkenaan
 Al Khawarizmi telah memperkenalkan cabang baharu dalam matematik iaitu ilmu arimetik atau al Jabar
dan telah menghasilkan karya Al-Jami wa al-Tafriq bi Hisab al-Hind (Penambahan dan Pengurangan
Menurut perhitungan Hindu). Al Jabar merupakan satu bidang
ilmu matematik yang dipanggil. Melalui kaedah pengguaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau

pembolehubah tertentu, impaknya telah berjaya menyelesaikan banyak masalah pengiraan yang rumit.

56
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

3. Memperkenalkan sistem nombor , sifar dan perpuluhan


 Beliau telah memperkenalkan sistem nombor, sifar dan perpuluhan dalam disiplin ilmu matematik. Pengenalan
sistem nombor oleh al-Khawarizmi membawa implikasi yang amat besar dalam peradaban manusia sehingga
kini. Angka-angka 0 hingga 9 menggunakan simbol-simbol yang mewakili sifat dan nilai-nilai tertentu. Sistem
ini diterjemahkan ke bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.Pengenalan sistem angka dan nombor yang
sistematik ini menyebabkan operasi pengiraan matematik dapat diperluaskan kepada konsep penambahan,
penolakan, operasi kuasa dua, log, kosinus, dan sebagainya. Sistem nombor ini turut membawa kepada
perkembangan ilmu sains dan teknologi.

 Al-Khawarizmi merupakan ilmuan pertama yang memperkenalkan angka sifar (kosong) dan perpuluhan dalam
ilmu matematik. Pengenalan angka sifar membawa nilai kerana diterbitkan mengikut siri nombor yang boleh
mencapai tahap infiniti. Angka sifar yang diperkenalkan telah digunakan oleh masyarakat Eropah dengan
sebutan cifre, chiffre, dan zero. Angka sifar ini dibawa ke Eropah oleh Leonardo Fibnanci dalam karyanya, Liber
Abaci.

4. Memperkenalkan istilah-istilah baharu


 Seterusnya, al-Khawarizmi turut memberi sumbangan besar dalam memperkenalkan istilah-istilah baharu dalam
bidang matematik. Istilah-istilah baharu ini diginakan sehingga kini. Antaranya, istilah pemboleh ubah (x), kuasa
dua (x2) dan pemalar (c).
 Contohnya dalam karya Mukhtasar al-Jabar awal-Muqabalah juga mempunyai bab-bab yang meliputi topik
tersebut.Buktinya dalam Bab al-Misahah, al-Khawarizmi telah memperkenalkan teorem iaitu berkaitan segi tiga
sudut tegak sama kaki, mengira luas segi tiga, segi empat dan bulatan, isipadu bentuk kon, dan piramid.Bab al-
Misahah ini secara tidak langsung telah menjadi asas dan dorongan kepada Ibn al-Haitham meneruskan
penyelidikan tentang teori-teori geometri secara kompehensif pada abad berikutnya.

5. Sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri


 Kedua-dua bidang diatas merupakan pecahan kepada bidang matematik dan ianya dibincangkan dalam karyanya
Hisab al Jabar wa- al Muqabalah.Bidang geometri berkaitan dengan . ciri dan hubungan antara titik dan garis,
sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang manakala trigonometri berkaitan dengan pengiraan segitiga, sukatan
sisi dan sudutnya . Kesannya , ilmu yang diperkenalkan oleh beliau berjaya menghasilkan sifir trigonometri bagi
memajukan bidang astronom. Dalam bidang trigonometri, al-Khawarizmi mengemukakan sejumlah seratus buah
jadual mengenai nilai sinus dan kotangen.

6. Menyelesaikan masalah-masalah praktikal


 Melalui pengenalan sistem nombor dan pelbagai ilmu matematik yang berkaitan al-Khawarizmi juga telah
berjaya menyelesaikan isu-isu berkaitan pengiraan zakat dan harta pusaka umat Islam. Penemuan dan pencapaian
beliau dalam bidang matematik juga membantu umat Islam menyelesaikan masalah- masalah praktikal semasa.
Kaedah pengiraan beliau digunakan terutama dalam isu pengiraan dan pembahagian harta pusaka serta
perniagaan. Penggunaan konsep pemboleh ubah turut membantu dalam pembahagian dan pengagihan zakat.Al-
Khawarizmi berjaya mengatasi pengiraan rumit melalui pelbagai cabang ilmu matematik yang dipeloporinya.

57
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
KESIMPULAN
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi al-Khawarizmi merupakan seorang
tokoh intelektual Islam yang memberi impak yang amat besar dalam disiplin ilmu matematik dunia hingga kini.
Kecemerlangan al-Khawarizmi dalam bidang matematik melayakkan beliau digelar “Bapa Matematik Moden”.

Soalan 32 : Bincangkan sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang astronomi dan geografi.

PENDAHULUAN
Al Khawarizmi ialah seorang ahli matematik, astronomi serta ahli geografi yang masyhur. Nama
sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Beliau bergangsa Parsi dan dilahirkan
pada tahun 780M di Khawarizm(Khiva,Ubekistan). Al-Khawarizmi seorang tokoh intelektual Islam yang
menguasai pelbagai disiplin ilmu terutama matematik, falsafah, logic,aritmetik,geometri,muzik dan sebagainya.
Tokoh telah memberi sumbangan yang amat besar dalam bidang pelayaran terutamnya astronomi dan geografi .
Antara sumbangan tokoh dapat dilihat dari segi penghasilan karya-karya , penciptaa peralatan dan sebagainya.

ISI-ISI PENTING
a. Sumbangan dalam bidang astronomi
1. Hasil karya
 buku berjudul Zaijal-Sindhind ( Astronomical Tables of Sind and Hind) membincangkan tentang
peredaran matahari, bulan dan lima planet yang diketahui ketika itu. Beliau merupakan tokoh pertama yang
menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifir trigonometri.
 Selain itu karya Istikhraj Tarikh al-Yahudi, berkaitan takwim Yahudi.
 Kitab al-Tarikh dan Kitab al- Rukhmat yang membicarakan tentang alat yang menunjukkan waktu dengan
bayangan matahari.
 The Book of Astronomi Table berkaitan dengan gerhana dan fasa-fasa bulan.
 Jelaslah bahawa al-Khawarizmi telah memberi sumbangan karya berkaitan astronomi yang besar kepada
peradaban dunia.

2. Penciptaan peralatan astronomi


 Selain itu, beliau turut mencipta peralatan astronomi termasuk jam dan alat yang menunjukkan waktu
dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.

3. Sumbangan kepada umat islam


 Ilmu kaji bintang dan ilmu falak yang diperkenalkan oleh al Khawarizmi telah memudahkan umat islam
dalam urusan ibadah termasuk melIhat anak bulan untuk memulakan puasa.selain itu, golongan pelayar
islam juga memperoleh manfaat dari penemuan ilmu astronomi beliau.

4. Sumbangan kepada masyarakat dunia


 Seterusnya, al-Khawarizmi turut memberi sumbangan dalam bidang astronomi kepada masyarakat dunia.
Kitab Tarikh dan Kitab al-Rukhmat telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa

58
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Cina. Ilmu kaji bintang dan ilmu falak al-Khawarizmi memberi impak besar terhadap
kemajuan sains astronomi dunia.

b. Sumbangan dalam bidang geografi


1. Hasil karya
Sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang geografi yang pertama adalah melalui hasil karyanya. Kitab Surat
al-Ard (The Image of Earth) berkaitan dengan koordinat lokasi di Laut Mediterranean, Asia, Afrika
berdasarkan buku Ptolemy. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Ptolemy mengenai geografi tetapi
juga membetulkannya termasuk dalan melakarkan semula peta dunia. Kitab Taqwiinul Buldan adalah
karya yang menerangkan secara terperinci buku penulisan Bethmulus dengan berpandukan buku lama
beliau iaitu Kita Surat al-Ard.

2. Menghitung garis khatulistiwa


 Al-Khawarizmi telah berjaya menghitung Garisan Khatulistiwa bumi dan mendapati ukurannya adalah
40.248 km pada tahun 830M, berbanding penemuan kini ialah 40.070 km.

3. Lakaran peta dunia


 Al khawarizmi merupakan sainstis pertama yang berjaya melakar peta dunia.Beliau melakukan pemantauan
dan kajian terhadap bumi bersama 70 orang ahli geografi yang lain.

4. Sumbangan kepada ketamadunan barat


 Kitab Surat al-Ard( The Image of Earth) telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia bersama peta-
petanya. Jelaslah sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang geografi menjadi dorongan dan peransang
kepada ahli pelayaran yang lain.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, al-Khawarizmi merupakan tokoh ilmuan muslim terulung zamannya.
Kecemerlangannya dalam bidang astronomi dan geografi menyebabkan beliau dikenali sebagai “Ahli falak
Diraja”. Beliau mampu bertugas di balai cerap yang didirikan oleh khalifah Al-Makmun di kota Baghdad.
Kemajuan dunia penerokaan dan pelayaran juga kesan daripada sumbangan beliau dalam ilmu geografi dan
bentuk muka bumi.

Soalan 33 : Falsafah merupakan aspek sumbangan intelektual penting al-Ghazali sehingga


terkenal dengan gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam). Bincangkan

PENDAHULUAN
Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad al-Thusi al-Imam Abu Hamid al-Ghazali. Abu Hamid al-
Ghazali dilahirkan pada tahun 450H (1058M) di desa Ghazalah, pinggir kota Tus, bahagian timur laut negara Iran.
Sebagai individu yang tekun menuntut dan ilmu pengetahuan, beliau telah berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu
seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan falsafah. Antara guru yang pernah mengajar beliau ialah
Imam al-Radzakani, Imam al-Abi Nash al-Ismaili, dan Imam al-Haramain Abu Ma’ali al-Juwaini. Dalam dunia
Islam, al-Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam ) kerana kepetahan beliau berhujah membela
Islam dalam pelbagai aspek intelektual termasuk bidang falsafah.

ISI-ISI PENTING (Sumbangan al-Ghazali)


1. Falsafah
 Aspek falsafah merupakan antara sumbangan penting al-Ghazali sehingga beliau terkenal dengan gelaran Hujjatul
Islam.
 Sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Maqasid-Falasifah (Tujuan Ilmu
Falsafah) yang membincangkan teori falsafah.
59
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
 Kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah Barat
tentang fizik dan metafizik daripada sudut pandangan Islam.
 Al-Ghazali lantang menegur falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia ini sejak azali dan tiada permulaan.Al-
Ghazali menyatakan dunia berasal daripada tidak ada kepada ada dan diciptakan oleh Tuhan.
 Beliau berjasa dalam membela Islam (Hujjatul Islam) daripada pengaruh bidaah dan aliran rasionalisme Yunani yang
menyesatkan. Ini dapat dilihat dalam penulisannya apabila beliau banyak mematahkan hujah pihak yang keterlaluan
ketika membahaskan isu-isu yang timbul, khasnya perbincangan ilmu kalam. Al- Ghazali membahaskan ilmu kalam
menurut methodolgi Rasulullah SAW dan para sahabat serta menguatkan hujah berteraskan al-Quran, as-Sunnah dan
perbahasan para sahabat.
 Menurut al-Ghazali, perdebatan berdasarkan hujah akal tanpa berpaksikan sumber primer hanya akan menambahkan
lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam.
 Al-Ghazali membahagikan kepada tiga, golongan yang membahaskan falsafah. Atheis iaitu golongan yang
mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam. Natural ialah golongan ilmuan yang banyak mengkaji
berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan dan haiwan. Golongan ini mendakwa apabila mati
mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat. Teologi pula adalah golongan yang
membincangkan soal-soal ketuhan seperti Plato, Aristotle dan Socretus. Mereka membahaskan perkara-perkara
berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan akal.
 Al-Ghazali adalah orang pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu
matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Kitab al-Ma’riful’ Aqaliyah (Ilmu Pengetahuan Yang
Rasional) memaparkan tentang hakikat kewujudan ilmu-ilmu yang rasional serta tujuan penghasilannya.
 Kepetahan al-Ghazali dalam berhujah telah membela dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap
oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhid kepada agama yang suci, iaitu Islam.

2. Keagamaan
 Sumbangan al-Ghazali dalam bidang keagamaan juga sangat penting dalam membela kesucian agama Islam
sehingga digelar Hujjatul Islam.
 Kitabnya yang sangat terkenal dalam bidang keagamaan adalah Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-Ilmu
Agama). Kitab tersebut dikarang ketika beliau berumur 50 tahun menjadi jalan keluar kepada pelbagai fahaman dan
aliran. Kitab ini yang merangkumi ilmu akidah, fiqah, falsafah, akhlak dan tasawuf masih menjadi rujukan umat
Islam masa kini.Kitab ini menerangkan doktrin dan amalan dalam Islam dan cara mengaplikasikan perkara tersebut
dan menjadikannya sebagai asas kepada kehidupan kerohanian.
 Kitab lain yang terkenal adalah Ayyuha al-Walad (Aduhai Anakku) pula penting kerana mempunyai nasihat beliau
kepada anak muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada lapan perkara dan diterjemah ke dalam bahasa
Turki.

3. Penghasilan Karya
 Al-Ghazali merupakan pemikir Islam yang meninggalkan jasa yang dapat dinilai melalui hasil-hasil karyanya. Dunia
amat mengagumi al-Ghazali melalui penulisannya di mana beliau merupakan pengarang yang amat hebat dan berada
dalam kelas yang tersendiri. Kebolehan beliau mengarang tidak dapat disangkal lagi terutamanya oleh sarjana Barat
dan sepanjang hayatnya, beliau telah mengarang lebih daripada 300 buku.Penulisan al-Ghazali meliputi skop ilmu
yang sangat luas iaitu merangkumi bidang falsafah , keagamaan dan kenegaraan.Kebanyakan hasil karya beliau
ditulis dalam bahasa Arab dan Parsi. Beberapa karyanya kemudiannya telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa
Eropah untuk dijadikan rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi. Hasil-hasil tulisan al-Ghazali telah mempengaruhi
ahli fikir Islam selepasnya seperti Jalaluiddin ar-Rumi, Ibn Rusyd dan Syah Waliyullah.
 Hasil karya beliau yang terkenal termasuklah kitab Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-Ilmu Agama), Maqasid-
Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah. Kitab Tahafut al-Falasifah (Kesesatan Ahli
Falsafah) membincangkan penyelewengan ahli falsafah dan Al-Iqtishad fil I’tiqad

60
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
(Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah negara
Islam.

4. Pendidikan
 Al-Ghazali juga banyak memberi pandangan dalam bidang pendidikan berdasarkan pengalamannya sebagai seorang
pelajar, guru dan ketua di Madrasah Nizamiyyah. Pada tahun 484 Hijrah al-Ghazali telah dilantik sebagai pengetua
(atau boleh juga dikatakan jawatan ketua profesor) al-Madrasah an-Nizamiyyah di Baghdad (yang tarafnya sama
dengan Universiti Islam pada hari ini). Ini adalah satu pencapaian yang sangat tinggi, kerana dalam usia baru tiga
puluh empat tahun, beliau telah diberi gelaran Syeikh al-Islam, iaitu setinggi-tinggi pangkat dari segi akademik dan
keagamaan yang rasmi. Al-Ghazali memegang jawatan ketua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun.
 Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah dalam bidang hukum dan teologi dan telah menjalankan tugas barunya
ini dengan baik. Dia telah menarik perhatian daripada ramai para pelajar, yang dekat mahupun yang jauh. Nama al-
Imam Abu Hamid al-Ghazali telah menjadi sangat terkenal di waktu itu, sebagai seorang alim yang sangat fasih
memberikan huraian-huraian pelajaran, sangat pandai berdebat dengan hujah-hujah yang jitu, serta sangat luas dan
dalam pula ilmunya.

5. Kenegaraan/Politik
 Al-Ghazali terkenal dalam bidang sains politik di mana penulisannya terbahagi kepada dua perkara iaitu teori
kenegaraan dan teori pemerintahan. Buku-bukunya iaitu Mustazh-hiri, al-Munqiz Minad Dhalal, Al- Iqtishad fil
I’tiqad (Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam.

KESIMPULAN
 Imam al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta kebijaksanaan beliau
berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas menyebabkan beliau disanjung tinggi oleh umat
Islam. Gelaran hujjatul Islam yang diberikan kepada beliau sememangnya amat tepat berdasarkan sumbangan yang
telah diberikan oleh beliau. Imam al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekali gus mengelak
penyelewangan fahaman oleh barat.

Soalan 34: Sejauhmanakah Kitab Ihya Ulumuddin telah memperkenalkan Al Ghazali sebagai
“Hujjatul Islam” pada abad 11 M.

PENDAHULUAN
Imam al-Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin
Ahmad al-Ghazali, lahir di pinggir Kota Thus, timur laut Iran pada 1058M. Sejak kecil Al Ghazali mengembara
untuk mendalami pelbagai disiplin ilmu. Antara guru beliau termasuklah Imam al- Radzakani dan Imam al-Abi
Nash al-Ismail‟li. Kealiman beliau telah membolehkan beliau menguasai ilmu falsafah, usuluddin, fekah, mantik
dan ilmu hikmah. Gelaran al-Ghazali diambil sempena pekerjaan bapanya sebagai pemintal bulu kambing (al-
ghazzal). Pendapat lain mengatakan gelaran ini diambil sempena nama kampung kelahirannya Al-Ghazalah.
Dalam dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran “Hujjatul Islam” (pembela Islam) kerana kepetahan beliau
berhujah membela Islam.

ISI-ISI PENTING
1. Hasil karya
 Imam al-Ghazali telah mengarang lebih daripada 300 buah kitab.Kitab Ihya Ulumuddin (Menghidupkan
Ilmu-ilmu Agama) adalah kitab yang terkenal yang dihasilkan oleh beliau. Kitab tersebut dikarang ketika
beliau berumur 50 tahun dan menjadi jalan keluar kepada pelbagai fahaman aliran hingga ke hari ini. Kitab ini
yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak, tasawuf masih menjadi rujukan sehingga ke hari ini.
Kitab ini mempunyai peranan dan pengaruh yang sangat besar dalam menangkis serangan materialisme dan juga
atiesme. Imam al-Ghazali memberi tajuk kitab beliau

61
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
iaitu Ihya‟Ulumuddin dan dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Revivalof religious
Sciences‟ yang membawa maksud “Menghidupkan Kembali Ilmu-ilmu
Agama‟.

2. Penyelamat akidah umat islam


 Selain itu, penulisan al-Ghazali meliputi skop ilmu yang sangat luas iaitu merangkumi bidang falsafah ,
keagamaan, kenegaraan dan tanggungjawab sebagai ketua negara.Sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah
bermula dengan penulisan Kitab Maqasid-Falasifah (tujuan ilmu Falsafah) yang membincangkan teori
falsafah dan kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah Barat tentang fizik dan
metafizik daripada sudut pandangan Islam. Al-Ghazali lantang menegur falsafah Aristotle berkenaan kewujudan
dunia ini sejak azali dan tiada permulaan manakala al- Ghazali menyatakan dunia berasal daripada tidak ada dan
diciptakan oleh tuhan. Hujah- hujah yang dikemukan oleh al-Ghazali sesungguhnya dapat menyelamatkan
akidah umat Islam dari terus direntap oleh fahaman falsafah Yunani yang tidak bertunjangkan ketuhanan yang
Esa.

3. Sumbangan dalam politik.


 Al-Ghazali seorang yang sangat berani mengemukan idea baharu, bahkan sanggup mengkritik pemimpin yang
mula meninggalkan ajaran Islam yang sebenar.Hal ini kerana belaiau mempelajari ilmu sains politik daripada
Imam Juwaini. Beliau menghasilkan karya Mustaz-hiri, Al- Munqiz Minad Dhalal dan Istishad fil I‟tiqad.
Karyanya Iqtishad fill’tiqad membincangkan soal kepimpinan bagi sebuah negara Islam. Beliau juga
menyatakan cara untuk membaiki urusan politik dengan memberi pengertian permasalahan, menasihati
pemimpin dan menegur dengan bahasa yang keras dalam karyanya berjudul al-Tik al- masbuk fi Nasihat al-
Muluk. Tindakan beliau telah berjaya memperbaiki keadaan pemimpin pada masa tersebut.

4. Sumbangan dalam pendidikan


 Di samping itu, al-Ghazali juga menghasilkan Kitab Ayyuhadaal-Walad (Aduhai Anakku) juga penting
kerana mempunyai nasihat beliau kepada anak muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada lapan perkara
dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. Jelaslah beliau banyak memberi pandangan dalam bidang
pendidikan berdasarkan pengalamanya sebagai seorang murid,guru dan ketua di Madrasah Nizamiyah.

KESIMPULAN
Kesimpulanya, al-Ghazali merupakan pembela Islam dan pemikir Islam yang meninggalkan jasa yang
dapat dinilai melalui karya-karyanya. Beliau telah menguasai disiplin ilmu yang menunjukkan bahawa beliau
seorang yang sangat komited terhadap ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang falsafah, keagamaan dan
politik. Lahirnya beliau di tengah-tengah umat Islam berhadapan pemikiran Barat dengan menangkis dan
memberi hujah yang bernas telah melayakkan beliau digelar dengan Hujjatul Islam.

Soalan 35 : Huraikan sumbangan Ibn Khaldun yang dianggap oleh sarjana barat sebagai tokoh
dan ahli fikir yang tiada bandingannya.

PENDAHULUAN
Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al
Hasan Ibn Khaldun. Beliau lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.
Merupakan tokoh pemikir Islam yang berpengaruh pada abad ke-14M. Kepelbagaian pemikiran beliau meliputi
pelbagai disiplin ilmu pengetahuan seperti kemasyarakatan, agama, ilmu pengetahuan, falsafah dan politik. Beliau
dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya kerana sumbangan-sumbangan
intelektual beliau.

ISI-ISI PENTING (Sumbangan Ibn Khaldun)

62
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
1. Hasil Karya
 Antara sumbangan Ibn Khaldun sehingga dikagumi oleh sarjana barat sebagai tokoh
dan ahli fikir terkenal adalah sumbangan dalam penghasilan karya.
 Karya al-Muqaddimah iaitu pendahuluan kepada bukunya yang kedua, al-’Ibar wa Diwan al-Mubtada’wa al-
Khabar fi Ayyam al-’Arab wa al-’Ajam wa al-Barbar, merupakan karya agung beliau dalam bidang persejarahan.
Kitab tersebut merupakan ensiklopedia sintesis tentang metodologi sains kebudayaan yang penting dan dapat
membantu ahli sejarah menghasil kajian yang benar dan ilmiah. Kitab tersebut mambahaskan secara terperinci
tentang sejarah dan persejarahan.
 Isi kandungan kitab tersebut dibahagi kepada enam bab (manusia, masyarakat badwi dan primitif, pemerintahan
khalifah-khalifah dan raja-raja, pendidikan dan ekonomi) dan mengandungi bahagian asasi (disiplin falsafah,falsafah
sej & falsafah sains sosial) dan tidak asasi (geografi, kebudayaan, ilmu pengetahuan, perusahaan, peradaban, politik,
agama dan falsafah).
 Kitab tersebut menjadi bahan kajian yang menarik kerana pendekatannya yang rasional, kaedah serta perbahasan
yang analitikal dan terperinci. Al-Muqaddimah menjadi kitab rujukan paling utama pada zamannya hingga kini
kerana ia merupakan kitab pertama yang dihasilkan mengenai falsafah sejarah.
 Karya lain – At-Ta’riif bi Ibn Khaldun (kitab autobiografi, catatan daripada kitab sejarahnya) dan Lubab al-
Muhassal fi Ushul ad-Din (kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi).

2. Kaedah Penyelidikan
 Selain daripada itu, tokoh juga memberi sumbangan penting dalam kaedah melaksanakan penyelidikan. Beliau
menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada sosiologi. Beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan
sebab-sebab peristiwa sejarah yang berlaku. Menurut beliau, pengkaji pristiwa tanpa memahami sifat-sifat semula
jadi atau latar belakang sesuatu peristiwa ialah sejarah am manakala pengkaji peristiwa yang memahami sifat-sifat
semula jadi atau latar belakang merupakan sejarah khas (terbahagi kepada dua : zahir dan batin). Ahli sejarah sebelum
beliau kurang mengetahui tentang sosiologi masyarakat dan mereka hanya menulis berdasarkan maklumat-maklumat
yang disalurkan.
 Sumbangan ini membuatkan beliau dikagumi oleh ahli-ahli intelektual lain.

3. Ilmu Pensejarahan
 Ibn Khaldun turut memberikan sumbangan besar dalam ilmu pensejarahan.
 Sumbangan dalam bidang teori dan pendekatan sejarah agak jelas apabila ia memperkenalkan konsep pendekatan
multi-disciplinary. Melalui pendekatan ini kajian sejarah turut dibantu oleh aspek inteltual lain seperti sosiologi dan
geografi. Pendekatan beliau menyebabkan Ibn Khaldun dianggap sebagai pengasas pensejarahan dan sosiologi
moden.
 Beliau juga merupakan ahli sejarah pertama yang mengkaji segala aspek kehidupan sosial orang Islam dan melihat
sejarahnya daripada perspektif sosiologi masyarakat yang dapat memberikan keterangan- keterangan yang releven
kepada semua tindakan sosial manusia.
 Ibn Khaldun memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosial, alam sekitar dan geografi.
 Ibn Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan dan kejatuhan. Sesebuah
tamadun tertegak atas hasil gabungan antara rohani dan jasmani. Ibn Khaldun berjaya memurnikan ilmu sejarah
dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti
kebenarannya.
 Ibn Khaldun menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan
sejarah. Pertamanya beliau membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan
musabab. Keduanya dengan mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan ikhtibar kepada peristiwa yang sedang
berlaku. Ketiga, mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap perkara yang berlaku. Seterusnya
mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
 Teori persejarahan beliau dikembangkan oleh ahli sejarah Barat melalui penterjemahan kitab al- Muqaddimah.

63
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
4. Ekonomi
 Ibn Khaldun juga turut memberi sumbangan dalam bidang ekonomi.
 Beliau tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic
animal). Beliau menganggp manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man / ome Islamicus) yang memerlukan
pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas bumi ini.
 Beliau tidak menolak ekonomi pasaran bebas. Mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa
menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dan permintaan.
 Menegaskan bahawa pengeluaran adalah berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Walaupun
faktor pengeluaran seperti tanah telah tersedia, beliau masih menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam
proses pengeluaran untuk menghasilkan matlamat akhir.

5. Budayawan
 Ibn Khaldun juga seorang penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh
Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair.Beliau menghasilkan syair
semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam bidang ini jelas kelihatan dalam penulisannya, al-
Muqaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair Arab.

KESIMPULAN
Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab. Beliau menekankan
prinsip sebuah kerajaan yang bertanggung jawab, kecekapan pasaran, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi,
dan penyelidikan sejarah. Beliau dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya kerana
sumbangan-sumbangan intelektual beliau.

Soalan 36 : Al-Mas’udi dianggap sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting kerana berjaya
membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran. Bincangkan.

PENDAHULUAN
Abul Hasan Ali Al-Masu'di merupakan salah seorang pakar sains Islam, ahli sejarah, geografi dan falsafah. Beliau
dilahirkan pada tahun 896 di Baghdad, Iraq dan meninggal pada tahun 956 di Mesir. Al-Mas’udi menjelajah hampir ke
seluruh pelosok dunia. Pernah mengembara ke Sepanyol, Rusia, India, Sri Lanka dan China serta menghabiskan umurnya
di Syiria dan Mesir. Catatan himpunan kisah perjalanan dan pembelajarannya yang menyentuh aspek sosial dan
kesusasteraan, sejarah, perbincangan mengenai agama serta penerangan geografi menjadikan beliau sebagai tokoh
penerokaan Islam yang terkenal. Catatan beliau dalam ilmu pelayaran telah berjaya membetulkan kefahaman pelaut dan
ahli-ahli pelayaran yang keliru akan beberapa ilmu pelayaran.

ISI-ISI PENTING (Sumbangan al-Mas’udi)


1. Ilmu Pelayaran
 Salah satu sumbangan penting al-Masudi sebagai tokoh penerokaan Islam adalah dalam ilmu pelayaran yang
berjaya membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran yang keliru.
 Al-Mas’udi menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang
nama-nama lautan yang dilalui semasa melakukan pelayaran.
 Beliau memberi gambaran tentang laluan dari Teluk Parsi ke Laut China.
 Beliau turut menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika.
 Membetulkan kefahaman pelaut-pelaut yang menyatakan bahawa setiap laut adalah berasingan. Beliau
menyatakan bahawa lautan bersambungan antara satu sama lain.
 Membetulkan kefahaman pelaut berbangsa Arab yang menganggap bahawa Laut Kaspia dan Laut Hitam
bersambung. Hasil soal selidiknya mendapat kedua laut tersebut berasingan.
 Memberi pandangan tentang jarak antara benua Eropah dengan China iaitu setengah lingkungan bumi.

64
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
 Catatan dan penjelasan beliau telah telah berjaya membetulkan beberapa
kekeliruan oleh pelaut dan ahli-ahli pelayaran pada ketika itu.

2. Ilmu Geografi
 Al-Mas’udi juga merupakan tokoh penerokaan yang penting kerana sumbangannya dalam ilmu geografi. Beliau telah
menghasilkan sebuah ensiklopedia geografi melalui karya agungnya Muruj al-Dhahab Ma’addin al-Jawahir. Kitab
ini menggabungkan geografi fizikal dan geografi manusia. Beliau cuba menggabungkan geografi dengan disiplin
sejarah agar kajiannya lebih relevan dan subjektif.
 Beliau menyokong teori Determinisme Alam Sekitar iaitu faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh
planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia.
 Bulan dan matahari menentukan nasib atau jalan hidup orang utara menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam
peperangan manakala manusia di selatan mempunyai sifat lebih sederhana dan sentiasa bertafakur.
 Al-Mas’udi membahagikan dunia kepada dua bahagian iaitu bahagian Barat dan bahagian Timur.
 Beliau mengaitkan fenomena alam sekitar dengan kehidupan manusia seperti menjelaskan sifat-sifat ketegasan,
kearifan dan kecergasan Arab Badwi berkait dengan kualiti alam sekitarnya yang asli.
 Beliau memberi penerangan secara terperinci dalam karyanya al-Muruj terhadap perkara yang dilihat mengenai
geografi fizikal. Contohnya tentang gempa bumi yang menyebabkan tumbangnya menara Iskandariah, gambaran Laut
Mati, lapisan bumi, kincir angin di Sijistan yang merupakan penemuan baharu orang Islam.
 Beliau juga membuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji flora dan fauna yang wujud di India.

3. Ilmu Sejarah
 Sumbangan Al-Mas’udi dalam ilmu Sejarah juga tidak dapat dinafikan terutamanya melalui catatan beliau sepanjang
penerokaan. Melalui karya Muruj al-Dhahab wa Ma’addin al-Jawahir, al-Mas’udi menceritakan tentang
pemerintahan Khalifah Abdullah Ibn Mohammad di Sepanyol dan kisah pelayar muslim, Khaskhash Ibn Saeed Ibn
Aswad dari Cordova.
 Teknik penulisan sejarah al-Mas’udi menggunakan kaedah tematik (at-tasnif al-maudu’i) berbeza dengan sejarawan
lain yang menggunakan pendekatan al-hauliyyat (penulisan berdasarkan tahun). Tema-tema penulisannya meliputi
bangsa, raja dan dinasti.
 Dalam pemaparan sejarah, beliau menyajikan bahan yang menarik, dikuatkan dengan peristiwa politik, peperangan
dan informasi tentang masyarakat dan adat istiadatnya di samping pembatasan geografi.
 Pendekatan ilmu sejarah beliau telah diikuti oleh sejarawan lain seperti Ibn Khaldun.

4. Bidang Sains
 Al-Mas’udi juga turut membuat beberapa catatan dan pandangan berkaitan ilmu sains sepanjang penerokaan beliau.
Beliau merupakan pengarang pertama yang menceritakan tentang kincir angin yang dicipta oleh seorang saintis Islam
di Sijistan.
 Catatan lain beliau adalah mengenai petroleum yang dinamakan ‘atam’.
 Beliau adalah salah seorang pengarang terawal yang berani mengutarakan beberapa aspek takrif evolusi, daripada
mineral kepada tumbuh-tumbuhan dan daripada tumbuhan kepada haiwan sebelum berakhir dengan manusia.

5. Penghasilan Karya
 Pengalaman penerokaan Al-Mas’udi ke seluruh pelosok dunia menjadikan beliau sebagai seorang pengarang hebat
dalam penghasilan karya.
 Karya Muruj adh-Dhahab wa Ma’adim al-Jawahir (The Meadows of Gold dan Mines of Gens), mengisahkan
pengalamannya yang menjelajah banyak negara dan mengenali pelbagai bangsa selain mengalami perubahan iklim.
 Muruj al-Zaman (The History of Time) sebanyak 30 bab pula menceritakan sejarah politik, geografi dan keadaan
masyarakat negara yang dilawatinya.

65
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
 Selain itu, Kitab al-Ausat, mengandungi kronologi peristiwa sejarah yang berlaku
sepanjang penerokaan beliau.
 Kitab al-Tanbih wa al-Ishraf (Book of the Middle) pula mengandungi kajian sistematik tentang sejarah yang
bersandarkan kepada ilmu geografi, sosiologi, antropologi dan ekologi.
 Karya-karya hebat beliau telah menjadikan Al-Mas’udi sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting.

KESIMPULAN
Sumbangan Al-Mas’udi dalam pelbagai bidang ilmu berdasarkan pengalaman pengembaraan telah menjadikan
beliau sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting. Beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan
penyelidikan dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau turut menyumbang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas
tentang beberapa teori dan membetulkan pemahaman serta kekeliruan tokoh- tokoh yang lain.

Soalan 37 : Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.

PENDAHULUAN
Nama sebenar ialah Shihab al-Din Ahmad bin Majid al-Najdi. Dilahirkan di Julphar. Merupakan pelayar
Arab terkemuka pada abad ke-15 M. Keturunan Ibn Majid adalah ahli pelayaran kerana datuk dan bapanya
sangat mahir dalam bidang pelayaran. Mendapat gelaran “Singa Laut‟ kerana kemahirannya belayar di Lautan
Hindi.Antara sumbangan dalam bidang pelayaran dan geografi ialah menghasilkan karya dan meyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelayar.

ISI - ISI PENTING


A) Sumbangan dalam bidang pelayaran
1. Hasil karya
• Pengembaraan Ibn Majid dirakamkan dalam kitab berjudul al-Fawaid fi Usul Ilm al-Bahru wa al-Qawaid
(Pedoman Tentang Prinsip dan Peraturan Pelayaran) yang diterbitkan pada 1490M. Kitab ini menjelaskan
tentang jarum magnet, kompas, laluan lautan Hindi, pengenalan sepuluh buah pulau termasuk Pulau Jawa,
Sumatera dan Ceylon (sri Lanka).
• Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul Ilm al-Bihar .Kitab ini menerangkan panduan tentang tanda hampirnya darat
yang perlu diketahui oleh ahli pelayaran. Kitab ini juga memuatkan ilmu tahun, ilmu bintang, dan laluan laut di
pantai Laut Arab, Hijaz , Syam dan Afrika.
• Kitab al -Urjuzah al Mu’arrabah yang menceritakan tentang pelayaran di Teluk Aden , Yaman
• Kitab Urjuzah Bir al- ‘Arab menceritakan tentang pelayarannya di sepanjang pantai Laut Arab dan Teluk
Parsi.
• Kitab al-Qadimah Makiyyah pula menghuraikan huraian lengkap mengenai laluan di Laut Merah dari Jeddah
ke Tanjung Fartak, Calicut, Daibul, Gujerat dan Hormuz.
• Kitab Qailah al- Islam fi Jami’ al- Dunya yang menghuraikan tentang arah kiblat dari mana-mana
bahagian darat dan laut.
• Kitab Kanz al-Mu’alimah mengenai khazanah ahli pelayaran dan sains laut , bintang, planet dan kawasan
kutub yang belum diketahui.

2. Mencipta peta dan kompas


• Ibn Majid mempunyai beberapa penemuan dalam bidang pelayaran dan kelautan. Beliau terkenal sebagai ahli
pembuat peta dan kompas juga. Setiap penjelajahan, beliau dibantu oleh alat canggih seperti kompas yang
direkanya sendiri yang mempunyai 32 arah mata angin. Dengan bantuan kompas, beliau berjaya menjelajahi daerah
Pantai Benua Afrika mulai dari Laut Merah ke arah selatan lalu ke Barat Morocco dan Laut Tengah.

3. Menyertai pelayaran bersama Vasco Da Gama


• Pada tahun 1498 Masihi, Ibn Majid bersama-sama dengan Vasco da Gama telah melakukan ekspedisi
pelayaran. Walaupun ekspedisi itu diketuai oleh Vasco da Gama , namun Ibn Majid merupakan orang

66
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
yang mengendalikan perjalanan laut dari Malindi , Pantai Timur Afrika (benua Afrika) ke
Calicut di India. Vasco da Gama telah melantik Ibn Majid sebagai ketua pelayaran
semasa penjelajahannya. Kejayaan Ibn Majid dalam membantu Vasco da Gama dalam misinya menjadikan
beliau lebih terkenal di seluruh benua Islam dan Barat.

4. Menghasilkan ensiklopedia ilmu pelayaran


• Ibn Majid mengemukakan prinsip-prinsip asas pelayaran, rumah agam lunar, perbezaan pelayaran antara pantai,
dan laut lepas, lokasi Bandar-bandar di Afrika Timur hingga Indonesia, kedudukan bintang, kisah mengenai
monsoon dan angina bermusim.

B) Sumbangan dalam bidang geografi


1. Membuat perincian berkaitan lautan tertentu
• Ibn Majid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang geografi. Beliau telah memberi penjelasan
terperinci berdasarkan teori yang direka ciptanya sendiri tentang Laut Arab, laut Hindi, Selat Melaka, Laut Jawa
dan Laut China Selatan.
2. Membuat catatan terhadap kawasan yang dilawati
• Ibn Majid telah membuat catatan berkaitan tempat-tempat yang beliau telah kunjungi pada sepanjang
pelayarannya khususnya Melaka, Sumatera, Brunei, Champa, Palembang, Sunda, Surabaya, Andaman,
Karimun, Singapura, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Klang, Maluku dan lain-lain tempat. Catatan
beliau adalah berkaitan aspek sosiobudaya, politik, ekonomi, agama dan alam sekitar.
3. Melakukan kajian geografi fizikal
• Ibn Majid juga melakukan kajian tentang geografi fizikal iaitu satu bidang yang mengkaji “geografi astronomi‟
tentang planet bumi, alam semesta dan hubungan antara keduanya. Kajian ini juga menumpukan aspek
geomorfologi yang menyentuh aspek dan teori-teori tentang khusus sesuatu kawasan dan kejadian bentuk-
bentuk bumi serta taburannya pada tempat-tempat tertentu. Kajian ini disebut juga sebagai „geografi kawasan‟.
Beliau membuat kajian tentang geografi fizikal dari aspek ciri-ciri fenomena yang ada hubungan dan pengaruh
kosmik seperti pasang surut air dan pengaruh edaran kosmik terhadap perubahan-perubahan geografi serta ciri-
ciri litosfera, hidrosfera dan biogeografi.
4. Mencipta konsep-konsep tentang atmosfera
• Ibn Majid juga menyumbang terhadap penciptaan konsep-konsep tentang atmosfera dan cuaca. Kajian atmosfera
merujuk tentang kejadian bumi yang dikaitkan dengan graviti, gas, pepejal, wap air. Situasi ini mempengaruhi
cuaca dan iklim di bumi keseluruhannya. Keadaan-keadaan inilah yang membentuk angin, awan, hujan, salji,
kabus, ribut, taufan dan sebagainya.
5. Mencipta teori sebab musabab pasang surut air, asal kejadian lautan dan kemasinan air laut.
• Ibn Majid dan beberapa ilmuan Islam lain turut menumpukan aspek-aspek sebab-musabab pasang surutnya air,
asal kejadian lautan, dan kemasinan air laut. Mereka telah mengemukakan beberapa teori seperti pasang surut
air disebabkan oleh hubungan haba yang terbit daripada sinar matahari dan bulan serta pergerakan air laut
adalah bertalian dengan arah pergerakan angin.

KESIMPULAN
Ibn Majid merupakan tokoh pelayaran Islam yang menjadi perintis ilmu pelayaran moden. Sumbangan Ibn
Majid dalam ilmu pelayaran telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Barat untuk menjelajah dan
meneroka dunia Timur. Sejarawan Barat menghargai sumbangan Ibn Majid yang dianggap sangat bernilai
kepada dunia pelayaran moden sehingga dianggap sebagai jurupandu yang membantu Vasco da Gama mencari
jalan laut dari Afrika ke India.

67
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 38: Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

PENDAHULUAN
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al- Lawati al-Tanji.
Dilahirkan pada 24 Februari 1304 M di Tanjah, Morocco (Mahgribi).Ibn Battutah memulakan pelayaranya pada
usia 21 tahun dan merupakan tokoh pelayar yang terkenal pada zaman pertengahan. Sepanjang pengembaraan,
beliau mencatat keadaan geografi, sosial , adat, keagamaan, politik dan ekonomi tempat-tempat yang
dilawatinya.Antara sumbangan tokoh dalam penjelajahan dan penerokaan ialah melalui hasil karyanya.

ISI -ISI PENTING


1. Hasil karya
• Ibn Battutah mencatat sejarah perjalanan dan pengembaraan dalam karyanya Tuhfah al-Nizar fi Gharaib
al-Ansar wa Ajaib al-Asfar (Rihlah Ibn Battutah)
• Buku ini dihasilkan atas permintaan Sultan Maghribi iaitu Sultan Abi’ Inan al- Marini yang kagum akan cerita-
cerita dan pengalaman Ibn Batuttah.

2. Lokasi dan peringkat pelayaran


• Ibn Battutah mengembara selama hampir 28 tahun dan pegembaraannya melalui 4 peringkat.Peringkat pertama
dari Maghribi ke Hijjaz (Makkah) merentasi Utara Afrika (algeria, Tunis, Libya dan Mesir) dan menuju ke
Palestin dan Syria.
• Peringkat kedua , dari Makkah ke selatan Iraq , Parsi ,Anatolia, Kota Baghdad dan kembali ke Makkah
• Peringkat ketiga, dari Makkah ke utara Afrika merentasi Yaman melalui Laut Merah, menyusuri pantai selatan
Semenanjung Tanah Arab sehigga ke Oman dan Bahrain yabg terletak di Laut Parsi dan kemudian kembali ke
Makkah melalui jalan darat.
• Keempat, dari Makkah ke Turki , Asia Tengah , Asia Tenggara dan kembali ke Maghribi

3. Sumbangan dalam bidang pengembaraan / pelayaran


• Sepanjang pengembaraan, Ibn Battutah menjelajah 3 benua iaitu Benua Afrika, Benua Eropah dan Benua Asia
yang bermula dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan, Eropah Timur, Eropah Tengah, India, Asia
Tengah, Asia Tenggara dan China.
• Ibn Battutah telah menjejaki 44 buah negara dengan jumlah perjalanan mencapai 117 000 km (73 000 batu),
dan telah meletakkan beliau setaraf dengan pengembara terkenal seperti Marco Polo. Para Orientalis
menggelarnya sebagai The Prince of Muslim Travellers.
• Hasil pegembaraanya tokoh telah menghasilkan catatan tentang kota Damsyik, Makkah, Konstantinople, syiraz
dan Asfahan

4. Dorongan kepada ahli pelayar lain


• Pengembaraan Ibn Battutah telah memberikan inspirasi dan dorongan kepada ahli-ahli pelayaran islam dan Barat
untuk mengikut jejak langkahnya. Antara pelayar islam ialah Ibn Hawqal dan Sulayman al-
Mahri manakala pelayar barat seperti Vasco da Gamma.

68
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

5. Sumbangan kepada tamadun dunia


• Kitab al- Rihlah yang dihasilkan oleh tokoh telah menarik perhatian para sarjana sejarah seluruh dunia dan
telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Portugis , Perancis dan Jerman.Buktinya
kitab ini diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh Prof H.A.R. Gibb dengan tajuk The Travel of Ibn Battutah.
• Pengembaraan tokoh telah menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun islam dan dunia luar
.Perkara yang dibawa oleh beliau ialah ilmu-ilmu berkaitan ajaran islam. Selok belok pelayaran , ilmu
perkapalan dan lain-lain. Catatannya menjadi sumber panduan kepada para pelayar Barat seperti Vasco Da
Gama yang berusaha mencari jalan ke Timur dan akhirnya telah berjaya sampai ke timur pada abad ke-15
hingga 16 M .
6. Sumbangan dalam bidang geografi
• Ibn Battutah telah berjaya meningkatkan pengetahuan geografi sejak Ptolemy dan telah memberi persepsi
baharu terhadap geografi.Beliau menulis catatan geografi tentang negara-negara yang dikunjunginya. Beliau
membuktikan bahawa iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara. Beliau menyatakan bahawa zon
torrid tidak sepanas seperti yang disangka. Catatan Ibn Battutah amat penting dalam pemilihan tapak bagi
pangkalan perdagangan Arab. Hal ini membuktikan bahawa tokoh telah berjaya meningkatkan pengetahuan
geografi kepada masyarakat dunia.

7. Sumbangan dalam bidang sejarah


• Melalui kitab aj- Rihlah Ibn Battutah telah memperkenalkan disiplin baharu ilmu pensejarahan melalui
methologi penulisan sejarah menggunakan kaedah pemerhatian , pengalaman , temuramah dan sebagainya.
• Kitab ini merupakan rekod sejarah penting Zaman pertengahan kerana catatnnya menjadi satu daripada sumber
sejarah bagi negara-negara yang dilawatinya. Contoh bagi negara-negara Afrika Barat sumber sejarahnya
banyak bergantung pada catatan Ibn Battutah.
• Kitab ini juga merakamkan sejarah pelbagai aspek kehidupan bangsa seperti politik, ekonomi, sosil, agama dan
sebaginya.
• Ibn Battutah banyak menulis tentang sejarah negara islam terutamanya India semasa pemerintahan Sultan
Mahmud Tughluq, Anatolia, Maldaves, Afrika , China dan sebagainya. Catatan Battutah turut menjadi sumber
rujukan tentang kedatangan islam ke China dan Alam Melayu.

8. Sumbangan dalam bidang sosiologi


• Ibn Battutah berkongsi maklumat terperinci melalui hasil catatan beliau dari segi perbandingan budaya
, peradaban, sosial, ekonomi, dan geografi masyarakat setempat berdasaarkan pengamatannaya apabila singgah
di tempat tersebut.
• Contohnya beliau mencatat tentang budaya , adat dan amalan ritual oleh penganut hindu di India termasuk
tentang Sungai Ganges yang digunakan untuk penyucian diri.
• Battutah juga turut mencatatkan bahawa sepanjang pengembaraanya ke 44 buah negara, China merupakan
negara yang paliang aman

9. Sumbangan dalam bidang diplomatik


• Sepanjang pengembaraannya Battutah telah menemui ramai tokoh berpengaruh dalam kerajaan seperti sultan,
menteri, pegawai dan sebagainya.
• Keperibadian , akhlak, beragama, berwibawa, mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Parsi, Turki
dan kemahiran diplomasi menyebabkan beliau diberi layanan yang baik oleh pemerintah dan masyarakat tempat
yang dilawatinya.
• Beliau juga pernah dilantik sebagai kadi oleh Sultan Muhammad Tughlug di Delhi India dan diberi kepercayaan
menjadi utusan ke China pada tahun 1342M\Di parsi Sultan aiMalik al-Zahir memberikan penghormatan
kepada beliau sebagai seorang ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar yang lengkap dengan
peralatan untuk pelayaran ke negara China

69
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Ibn Battutah juga diberi penghormatan mengikut rombongan menemui kaisar
Byantine dan di sana beliau telah diberikan layanan yang baik.

10. Sumbangan dalam bidang keagaman


• Ibn Battutah banyak mengembara dan merantau untuk memperdalam ilmu agama menjadikan beliau arif dalam
bidang perundangan Islam dan mazhab Maliki. Antaraa matlamat pengembaraannya adalah untuk mendalami
ilmu agama. Hal ini terbukti apabila beliau tinggal di Mekah. Ibn Battutah banyak menyumbang kepada
penyebaran agama Islam sepanjang pengembaraannya.
• Antaranya beliau menetap selama 8 tahun di India dan dalam tempoh masa tersebut, beliau memegang jawatan
Kadi Besar semasa pemerintahan Muhammad Tughluq.
• Beliau turut dilantik sebagai kadi di Kepulauan Maldives selama 18 bulan dan semasa meninggal dunia, beliau masih
menyandang jawatan kadi di Maghribi

11. Sumbangan dalam bidang politik


• Ibn Battutah memberi sumbangan terhadap perkembangan politik.dalam karya al-Rihlah .Beliau banyak
mencatat tentang sistem pemerintahan dan undang-undang sesebuah negara.
• Fakta yang digunakan adalah berasaskan sumber utama iaitu dengan merujuk kepada pemerintah dan pegawai
tertinggi pada masa tersebut. Contohnya beliau banyak mencatat perkembangan politik di India pada zaman
kerajaan Tughluq kerana pernah menyandang jawatan kadi di sana selama 7 tahun.
• Catatan temuramah pemerintah, wazir dan pegawai tinggi ini boleh dianggap sebagai dokumen dan sumber
primer sejarah politik di India.

KESIMPULAN
Sumbangan pengembaraan Ibn Battutah sangat penting kerana menjadi asas kepada manusia untuk melangkah
ke arah kemajuan dan perkembangan ketamadunan manusia. Sumbangan beliau juga memperkayakan bidang
pensejarahan terutamanya dunia Islam dan sejagat.

Soalan 39 : Huraikan ciri-ciri seni bina Andalusia pada abad ke-13M.


PENDAHULUAN
Seni bina bermaksud sesuatu yang bersifat halus atau lembut dan mengandungi unsur-unsur
keindahan.Keindahan tersebut dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan, reka bentuk binaan dan
pertukangan. Andalusia terletak di Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal) dan Kerajaan Islam telah
memerintah Andalusia selama lebih kurang 800 tahun (93 – 897 Hijrah). Kini Andalusia di kenal sebagai
Sepanyol.Semasa pemeritahan kerajaan islam terutamanya pada zaman Dinasti Nasriyyah seni bina islam
berkembang dengan pesat seperti Alhamara yang menjadi The Artistic Genius of Muslim Spain. Ciri-ciri seni
bina di Andalusia dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti asas binaan, motif, fungsi binaan dan sebagainya.

ISI -ISI PENTING


1. Asas seni binaan yang berkualiti tinggi
• Bahan binaan yang digunakan terdiri daripada batuan yang kukuh dan mampu bertahan untuk tempoh masa
yang lama. Seni bina di Granada amat mementingkan hiasan dalaman berbanding luaran. Buktinya, bangunan
universiti, istana, serta masjid (kini gereja) masih bertahan hingga kini. Antara bahan yang digunakan untuk
hiasan dalaman ialah jubin, batu bata, plaster, tembikar, besi dan batu marmar. Bahan-bahan binaan ini bukan
sahaja dapat mewujudkan keunikan pada bangunan yang dibina, malah dapat melanjutkan usia bangunan.
Contohnya, dinding istana al-Hambra diperbuat daripada batu batan yang terdiri daripada campuran tanah,
kapur dan batu kerikil berwarna merah. Tembok istana turut dihiasi dengan gambar-gambar setinggi empat kaki
(dari bahagian bawah tembok) manakala bahagian atas tembok pula ditutup dengan plaster simen. Lantai istana
pula diperbuat daripada marmar putih bersegi empat.Bangunan ini juga dibina berdasarkan pengiraan geometri
dan matematik bagi mengukuhkan lagi binaannya.

70
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

2. Mempunyai pengaruh asing dalam seni bina – pengaruh Kristian


• Seni bina di Andalusia banyak dipengaruhi oleh model-model dari Timur yang bercirikan seni khat berbentuk
arabic dan geometri.Selain itu seni bina di sini juga turut dipengaruhi seni bina barat. Buktinya terdapat seni
bina di Andalusia yang mengandungi gabungan unsur-unsur daripada bangsa Parsi, Roman, Turki dan
Byzantine pada binaan bangunan-bangunan utama zaman tersebut. Gabungan teknologi pelbagai bangsa ini
dapat dilihat pada binaan bangunan masjid dan istana. Malahan gereja-gereja Kristian juga cuba meniru reka
bentuk bangunan-bangunan dan masjid di Cardova. Misalnya, tumpuan diberikan kepada hiasan dalaman
dengan ukiran- ukiran bercorak flora dan geometri, binaan bumbung yang tinggi serta mempunyai ruang
peredaran udara yang mencukupi dan pencahayaan yang sesuai supaya suasana selesa sepanjang masa dalam
bangunan-bangunan berkenaan.
3. Mengandungi reka bentuk Islam / masjid
• Bercirikan islam bermula di Kota Cardova dan diikuti bandar Toledo, Serville, Granada , Amneria, Saragossa
dan Velencia meliputi pelbagai jenis bangunan dan binaan. Seni bina Islam berkembang di Andalusia dan telah
mendapat sokongan daripada pemimpin- pemimpinnya. Kesenian seni bina ini telah berkembang di Andalusia
dengan begitu pesat. Misalnya dinasti Nasriyyah telah meninggalkan seni bina yang agung, iaitu Al Hamra yang
masih tetap menjadi The Artistic Genius of Muslim Spain.
• Pada penghujung kurun ke-10 Masihi, Cordova telah mempunyai 1600 masjid. Reka bentuk Islam terserlah
pada binaan masjid di Andalusia yang sangat indah dan elok sekali buatannya contohnya Masjid Cordova.
Dinding masjid dihiasi dengan corak geometri dan tulisan Arab (khat) yang sangat cantik. Terdapat juga hiasan
di kubah, mimbar, pintu gerbang, menara dan ruang-ruang khas atau taman-taman di kawasan dalaman dan
luaran masjid.

4. Mempunyai binaan yang unik


• Keindahan bangunan-bangunan di Andalusia mempunyai binaan yang unik dan kompleks pelbagai guna.
Keistemewaan ini bukannya terletak pada luaran sahaja tetapi juga bahagian dalamannya.
• Buktinya dalam binaan masjid terdapat 900 tempat mandi umum, 60 300 rumah orang kenamaan, setiausaha,
dan ketua-ketua tentera, 213 077 rumah orang kebanyakan dan 80 455 buah kedai.
• Pembinaan Al-hambra atau Istana al- Hamra yang dibina oleh al-Ahmar dipenuhi dengan hiasan yang berwarna
emas dengan reka bentuk yang sangat menarik. Al-Hamra dianggap antara bangunan yang terindah di dunia.
Istana ini mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran sederhana, dua buah dewan besar serta mempunyai
halaman yang dihiasi dengan kolam air pancut dan taman. Di sekitarnya, terdapat 128 batang tiang bulat yang
diperbuat daripada marmar.
• Antara binaan yang unik dan menarik yang terdapat di Granada ialah dua buah menara yang tinggi dan berkilau
yang dibina di atas Banjaran Sierra Nevada. Kepentingan binaan menara ini ialah dapat melihat keindahan kota
Granada dengan taman-taman bunga dan pohon buah- buahan yang subur .

5. Motif corak hiasan


• Hiasan-hiasan yang dihasilkan sangat indah dan banyak menggambarkan corak tumbuh- tumbuhan dan haiwan.
Hasil daripadanya lahir ilham reka bentuk geometri yang halus dan kompleks disulami pula tulisan dan ukiran
Arab (khat) yang indah. Keindahan bangunan- bangunan di Andalusia juga memperlihatkan tulisan kaligrafi
yang mengandungi ayat al Quran, puji-pujian dan gelaran pemerintah.
• Contohnya, Masjid al-Mulk yang didirikan oleh Sultan Muhammad II. Di atas pintu masuk masjid ini tertera
sepotong tulisan Arab, Azza Maulana al-Sultan Abdillah dan dibawah perkataan tersebut terdapat sebuah syair
yang menyentuh agama Islam. Pada bahagian mihrab masjid pula terdapat hiasan yang diperbuat daripada emas
yang bertatahkan permata zamrud dan yaqut. Permukaan dinding masjid berkenaan pula dipenuhi dengan hiasan
ukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat yang menggunakan tulisan Arab seperti al-Mulkulillah.

3. Kesenian Granada / Mudejar


• Kesenian seni bina Islam di Andalusia dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kesenian di Granada

71
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan kesenian luar Granada atau Mudejar. Kesenian seni bina di Granada dihasilkan oleh
seniman Islam dan melambangkan reka bentuk Islam. Manakala kesenian seni
bina luar Granada atau Mudejar pula dilahirkan bersama oleh orang Islam dan bukan Islam pada abad ke-13 dan
ke-14 Masihi. Misalnya Alcazar di Seville dan Gereja Toledo. Seni Bina Andalusia mempunyai fungsi khas
antaranya menara untuk tujuan pemantauan manakala bahan binaan disesuaikan untuk menyerap cuaca sejuk
dan panas, pencahayaan dan gema bunyi.

KESIMPULAN
Kemewahan material dan perhiasan mula digunakan apabila tamadun Islam pada zaman Umayyah bertembung
dengan tamadun yang lebih maju dalam binaan seperti tamadun Byzantine dan Parsi.

Soalan 40: Analisiskan ciri-ciri seni bina di India pada abad ke-16 hingga 17 Masihi.

PENDAHULUAN
Seni bina ditakrifkan sebagai bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina oleh
manusia. Sepanjang zaman pemerintahan kerajaan Moghul di India terdapat ciri-ciri seni bina Islam yang
dihasilkan dan menggambarkan kegemilangan tamadun Islam. Antara tokoh terhebat kerajaan Moghul yang
telah menyumbangkan kemajuan dalam bidang seni bina yang memaparkan kegemilangan tamadun Islam ialah
Syah Jahan (1627-1658 M). Antara seni bina yang hebat ialah masjid, istana dan makam diraja.

ISI -ISI PENTING


1. Pengaruh Luar - Parsi, Turki dan Arab dalam seni bina tempatan
• Sebelum kedatangan Islam ke India, seni bina pada zaman tersebut dipengaruhi oleh agama Buddha. Namun
setelah Islam mula bertapak di India, seni bina Islam telah meresap masuk seperti Parsi, Turki dan Arab
bergabung dengan seni bina tempatan yang akhirnya menghasilkan dan mempunyai keunikannya tersendiri
dalam menonjolkan hasil seni binaannya. Ciri-ciri seni bina Islam dengan adanya ukiran tulisan khat ayat-ayat
suci al-Quran, hadis-hadis dan syair-syair Arab, bentuk arabic dan corak geometrian menjadi motif seni reka
yang dijadikan hiasan pada dinding- dinding bangunan masjid, istana dan rumah kediaman.Monumen tersebut
dapat dilihat melalui binaan Taj Mahal di Agra, Kota Merah di Delhi, dan Makam Humayun di Delhi serta
beberapa seni bina yang lain.
● Ciri-ciri seni bina Islam berkonsepkan masjid yang kebiasaannya terdapat kubah, ukiran kaligrafi ayat- ayat al-
Quran , unsur air dan menara.Buktinya bagunan masjid yang di hias dengan seni khat Arab. Selain itu, Masjid
Lapan Mutiara di Agra yang lengkap dengan kubah-kubah berbentuk baharu berupa bunga teratai membuktikan
pengaruh Parsi dalam seni bina Monghul.Contoh lain ialah istana tersohor di Fathapur Sikri yang didirikan oleh
maharaja Akhbar juga terdapat gabungan gaya tempatan dan pengaruh Parsi.
● Mempunyai pengaruh tamadun Islam , terdapat ruang pemisahan antara lelaki dan perempuan, mengutamakan
keselamatan, keselesaan, pencahayaan dan sebagainya.

2. Motif corak hiasan - ukiran dan kaligrafi


• Istana dan masjid di India dihiasi dengan ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran. Terdapat juga ukiran
berbentuk geometri dan berasaskan alam seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, ukiran khat di Taj
Mahal diukir oleh Amanat Khan yang dibawa dari Parsi. Begitu juga makam Humayun dihiasi kaligrafi Arab
yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan serta geometri.Bahagian dalam Alhamara di hiasi dengan
ukiran geometri bermotifkan bunga-bungaan, ukiran khat naskah dan kufi tanpa motif makhluk hidup.

3. Bahan binaan daripada batu dan kayu sebagai sumber asas.

72
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Seni bina di India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana
mudah diperoleh. Gabungan kedua-dua material ini memperkukuhkan dan
mencantikkan lagi struktur binaannya. Batu bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri
daripada pelbagai saiz. Bahan binaan yang digunakan sangat berkualiti. Kebanyakannya menggunakan marmar
dan batu bata merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan mozek yang indah, seramik serta
lukisan-lukisan dari teknik stucco. Contohnya, struktur Makam Humayun dibina daripada batuan merah, bata
putih, marmar hitam dan putih. Penggunaan bahan ini bertujuan untuk mengurangkan bahang. Taj Mahal juga
dibina daripada marmar biru dan putih manakala kubu yang terkenal dengan nama Kota Merah pula dibina
menggunakan batu bata merah pada struktur binaan khususnya pada bahagian dinding.Ketahanan bahan binaan
terbukti dengan bagunan tersebut masih kekal hingga kini.

4. Kompleks pelbagai guna


• Seni bina bangunan biasanya merangkumi istana, makam diraja, dewan, taman rekreasi, masjid , menara tinjau
dan lain-lain contohnya seni bina Taj Mahal, seni bina Kota Merah/ Kubu Merah dan Makam Humayun.
• Pembinaan Taj Mahal merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-
lain. Bumbung, kubah, dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni mozek yang indah.
Kubah berbentuk oktagon dikelilingi empat menara meruncing. Digunakan juga 43 jenis batu permata termasuk
berlian, jed, Kristal, topaz, dan nilam dalam pembinaannya. Dindingnya dihiasi ayat-ayat al-Quran yang diukir
dengan huruf khat thuluth oleh Amanat Khan yang dibawa dari Parsi.
• Kota Merah atau Lal Qil’ah adalah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi.
Pembinaannya menggunakan batu bata berwarna merah yang menampilkan warna “monokrom‟. Terdapat
juga kubu sepanjang dua kilometer yang berfungsi sebagai tembok pertahanan. Kota ini berbentuk octagon,
mempunyai dua pintu gerbang (Lahore Gate dan Delhi Gate). Pembinaannya merangkumi Dewan Umum,
Dewan Khusus, Ruang peribadi maharaja, Ruangan Maharani, Masjid Moti, Hayat Bakhsh Bag, tempat
bersiram raja, Menara Melati, tempat tinggal gundik-gundik dan isteri- isteri maharaja, tempat tinggal peribadi
maharaja, Naqqar Khana dan ruang kerja maharaja. Dibina menggunakan batu marmar dihiasi corak-corak flora
dan ada dua kubah di dalamnya serta terdapat banyak aliran air terjun.
• Seterusnya pembinaan Makam Humayun mengandungi kubah, mihrab, ukiran ayat-ayat al- Quran dan
kedudukan makam mengarah ke kiblat. Monumen ini dibuat daripada batu bata berwarna merah dan putih dan
marmar berwarna putih dan hitam dengan dihiasi taman-taman dan air pancut yang sangat indah serta dikelilingi
tembok-tembok yang kukuh.
• Seni bina binaan masjid yang didirikan di India pada zaman Moghul dilengkapi dengan menara- menara yang
dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah- kubah yang berbentuk
baharu seperti bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing. Binaan kubah yang yang dipenuhi
dengan mozek pelbagai warna menggambarkan gabungan gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman
kekuasaan kerajaan Moghul telah terbina masjid yang besar dan istana yang didirikan dalam sebuah kompleks.
Contohnya, Masjid Lapan Mutiara di Agra. Selain itu, masjid pada zaman ini juga mampu memuatkan Jemaah
yang ramai. Misalnya Masjid Jama‟ di Delhi mempunyai ruang solat yang luas (muat 25 000 orang dalam satu
masa). Malah struktur binaan masjid ini amat menarik dengan lantai yang diperbuat daripada batu marmar serta
dinding dan mihrabnya yang dihiasi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Masjid ini juga mempunyai dua menara,
tiga pintu gerbang, tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai marmar dan batu merah, kolam takungan air dan dihiasi
kaligrafi al-Quran khasnya pada mimbar dan mihrab.

# bahagian ini di hurai dengan lengkap supaya jika soalan tanya tentang monumen ini sahaja pelajar boleh
jawab dengan baik

73
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
5. Kubah berbentuk baharu - kubah, menara, pintu gerbang
• Kebanyakan binaan masjid atau istana di India memakai kubah berbentuk bawang.
Binaan ini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Binaan makam diraja
dan kubu Kota Merah juga turut mempunyai kubah. Kubah adalah suatu ciri binaan di India. Kubah dan mihrab
pada makam diraja dibina menghadap kiblat serta dihiasi dengan ukiran ayat al-Quran.
• Masjid dan makam di India mempunyai menara. Menara-menara ini dihiasi indah terutama dengan seni khat
Arab seperti Masjid Lapan Mutiara di Agra. Kebiasaannya menara dibina secara bersendirian iaitu terpisah
daripada bangunan induk
• Kebiasaannya di pintu masuk istana dibina pintu gerbang atau gapura. Pintu gerbang akan menyerlahkan lagi
kehebatan bangunan berkenaan. Binaan istana pada zaman pemerintahan kerajaan Mughal mempunyai sedikit
kelainan kerana gapura jalan masuk ke istana dihiasi dengan patung gajah. Pintu gerbang juga dibina terpisah
daripada bangunan istana yang diselangi dengan kawasan lapang. Binaannya daripada marmar dan batu bata
merah yang kukuh serta mempunyai ciri keselamatan yang baik.

6. Ciri keselamatan
• Istana di Fathpur Sikri yang di bina oleh Maharaja Akhbar mempunyai ciri -ciri keselamatan yang baik.
Terdapat pintu gerbang yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Pintu gerbang
yang terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan pintu gerbang kedua
dengan bangunan istana tersebut. Di sekeliling istana terdapat tembok batu yang mempunyai ruang rasmi
tempat bersemanyam pemerintah.
• Terdapat menara tinjau yang dibina secara berasingan dari bangunan induk.Ciri ini berbeza dengan seni bina
arab.
• Kota Merah yang merupakan binaan sepanjang 2 km yang lengkap dengan ruang khas seperti ruang mengadap
dan ruangan khusus untuk maharaja merupakan bagunan yang lengkap dengan ciri keselamatan yang berfungsi
sebagai benteng pertahanan.

7. Pancutan air
• Bagunan seperti masjid, istana dan makam akan dihiasi dengan taman bunga yang berwarna warni.Taman-
taman bunga ini diberi nama-nama khusus seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore, Taman Bunga Dara
Shikoh di kashmir dan Taman Bunga Shalamar Bagh di Delhi.
• Unsur pancutan air dalam seni bina taman bunga di India membuktikan ia dipengaruhi tamadun islam khasnya
Arab. Pancutan air ini menambahkan lagi kecantikan dan keindahan monumen yang dibina seperti istana dan
makam diraja.

KESIMPULAN
Kepelbagaian binaan di India serta ciri-cirinya yang unik menggambarkan penerusan legasi Islam oleh kerajaan
Mughul di India. Kewujudan seni bina tersebut menggambarkan agama Islam tidak menolak kesenian. Malah
menjadi simbol kegemilangan ketamadunan Islam yang telah bertahan beratus-ratus tahun lamanya.

74
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Soalan 41 : Perluasan kuasa barat pada zaman KhalifahTurki Uthmaniyah berlaku kerana faktor politik dan ekonomi.
Jelaskan.

PENDAHULUAN
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertuhgul pada tahun 1289 merupakan empayar islam Islam
terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Akhir pada ke-17M, kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan
pelbagai masalah dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan,
kemerosotan ekonomi dan pemberontakan. Pada abad ke-19M, empayar Uthmaniyah mula memasuki fasa
kemerosotan apabila terpaksa menghadapi percaturan politik kuasa- kuasa Barat. Awal abad ke-20M, seluruh
dunia Islam berada dalam kekuasaan Barat termasuk wilayah empayar Uhmaniyah. Gerakan perluasan kuasa
Barat ini didorong oleh faktor politik dan ekonomi.

ISI-ISI PENTING
A. Faktor Politik
1. Persaingan kuasa-kuasa Barat
Dasar imperialisme mencetuskan persaingan kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan sebagainya
untuk meluaskan tanah jajahan Kerajaan Uthmaniyah khasnya di wilayah-wilayah Islam. Mereka sanggup
mengadakan pakatan bagi merealisasikan misi menguasai dunia Islam. Persaingan ini mempercepatkan kemaraan
kuasa-kuasa Barat ke wilayah-wilayah empayar Uthmaniyah disamping meningkatkan imej sebagai kuasa utama
dunia. Kejayaan menguasai kerajaan Uthmaniyah yang dianggap kuasa Islam terkuat ketika itu akan
menyerlahkan imej dan kehebatan kuasa Barat berkenaan. Kuasa Barat yang mempunyai tanah jajahan luas
akan disegani dan dihormati.

2. Perubahan Dasar hubungan antarabangsa


Berlaku perubahan dalam hubungan antarabangsa Barat iaitu dari segi persahabatan dan dasar perlindungan
kepada dasar campur tangan pergolakan politik dalam wilayah Uthmaniyah. Sebelum ini pihak Barat
mengamalkan dasar berkecuali dan dasar perlindungan bagi menjaga kepentingan perdagangan mereka. Situasi
politik yang tidak stabil akibat pemberontakan dan perebutan kuasa dalaman memberi alasan kepada kuasa
Barat mencampuri urusan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

3. Dasar pecah dan perintah


Polisi luar terpenting diamalkan kuasa-kuasa Barat untuk menguasai wilayah Uthmaniyah ialah dasar pecah dan
perintah. Impaknya, bangsa-bangsa Islam yang berada dalam empayar Uthmaniyah seperti Turki, Arab, Mesir,
Armenia, Kurdis dan lain-lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri.

75
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Kuasa-kuasa Barat menjalankan konspirasi memusnahkan empayar Turki dengan meniupkan
fahaman nasionalisme sempit dan berpuak-puak sehingga mereka
berjaya menggugat kestabilan politik empayar Uthmaniyah. Dasar ini akhirnya melemahkan kesatuan ummah
sejak sekian lama dinaungi oleh Khalifah Uthmaniyah dan memudahkan kuasa Barat menghancurkan kekuatan
empayar Uthmaniyah yang dianggap ancaman utama kepada pengaruh Kristian Eropah.

4. Konflik Sempadan Uthmaniyah dan Rusia


Konflik sempadan antara Rusia dan Austria-Hungry dengan wilayah Uthmaniyah merupakan faktor perluasan
kuasa Barat ke atas empayar Uthmaniyah. Perluasan kuasa Rusia terhadap Kerajaan Uthmaniyh pada 1877-
1878 kerana keazaman Rusia untuk mendapatkan semula wilayah-wilayahnya yang terlepas dalam Perang
Crimea. Kejayaan Rusia dalam perang seterusnya menyebabkan kerajaan Uthmaniyah kehilangan banyak
wilayahnya termasuk Serba, Montenegro dan Caucasus.

5. Kelemahan Pemerintah Uthmaniyah


Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran menyumbang kepada kehancuran kerajaan Uthmaniyah. Kepimpinan
kerajaan dikuasai ibu dan isteri sultan (harem) atau kelompok tertentu dalam istana serta kebergantungan sistem
birokrasi kepada kemampuan sultan dalam mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi politik tidak
memenuhi tuntutan semasa. Ia membuka peluang kepada golongan elit politik merebut kuasa demi kepentingan
peribadi.Akhirnya kerajaan terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa Barat dan melaksanakan tanzimat mengikut
acuan Barat dalam menghadapi pelbagai bidang termasuk pentadbiran dan sosial. Wilayah kekuasaan yang luas
merangkumi wilayah di Asia, Afrika dan Eropah merumitkan keadaan, ditambah dengan sistem pemerintahan
yang lemah dan tidak teratur. Wilayah yang luas didiami pelbagai bangsa dan kerajaan memerlukan kecekapan
pentadbiran.

B. Faktor ekonomi
1. Revolusi Perindustrian
Kepentingan ekonomi merupakan salah satu faktor penting gerakan perluasan kuasa- kuasa Barat ke atas
wilayah Islam Uthmaniyah. Perkembagan Revolusi Industri di Eropah pada abad ke-18 meningkatkan tekanan
terhadap keperluan memiliki tanah jajahan yang mempunyai kekayaan hasil bumi. Para pelabur Eropah
menyokong gerakan perluasan kuasa bagi memenuhi keperluan kilang- kilang dan dapat meluaskan pasaran
produk industri kuasa-kuasa besar.

2. Keperluan bahan mentah


Menjelang abad ke-18M, kuasa Barat memerlukan bahan mentah. Britain memerlukan arang batu untuk
menghidupkan enjin., lokomotif dan kapal laut berkuasa wap. Para pemodal Eropah telah menanam modal di
wilayah-wilayah Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, lombong, mengimport buruh
dan sebagainya. Pemodal Perancis telah berjaya menguasai Algeria, wilayah Uthmaniyah yang kaya raya
dengan sumber bumi. Penemuan minyak mentah di Iraq dan Iran menambahkan minat kuasa-kuasa Barat
meluaskan tanah jajahan. Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan konsesi cari gali minyak.
Kepentingan minyak dalam Revolusi Perindustrian mencetuskan persaingan antara negara- negara Eropah dalam
usaha menguasai wilayah Uthmaniyah. Tindakan Jerman memasuk perlumbaan merebut harta kekeyaan kerajaan
Uthmaniyyah membimbangkan kuasa- kuasa Barat yang lain. Awal abad ke-20 M, persaingan menguasai
sumber minyak semakin ketara apabila banyak kawasan petroleum, ditemui di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain.

3. Kepentingan Terusan Suez


Kepentingan Terusan Suez menyebabkan kuasa Barat berusaha menguasai wilayah Uthmaniyah, khasnya Mesir.
Menguasai Terusan Suez bermakna menguasai jalan perdagangan dua hala terpenting dunia dan secara langsung
dapat menambahkan kekayaan negara. Terusan Suez menjadi pilihan pedagang Asia dan Barat kerana ia
menjimatkan masa dan kos tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.

76
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
British berminat menguasai terusan ini kerana kapalnya kerap melalui terusan ini, untuk
menuju ke India (tanah jajahan British). Justeru, British telah membeli saham
kompeni Terusan Suez.

4. Mengembangkan sistem ekonomi kapitalis


Gerakan imperialisme Barat ke atas wilayah Uthmaniyah merupakan percubaan bangsa Eropah menerapkan
sistem ekonomi kapitalis yang akhirnya menjadi kebergantungan ekonomi umat Islam kekal berada dalam
cengkaman mereka. Buktinya, krisis kewangan dan ekonomi Mesir berpunca daripada usaha pembengunan
Terusan Suez, Empangan Aswan dan industri gula menyebabkan kerajaan Uthmaniyah mengalami konflik
hutang meruncing. British mengambil kesempatan menawarkan pinjaman yang akhirnya berjaya menguasai
ekonomi Mesir.

KESIMPULAN
Kerajaan Uthmaniyah runtuh selepas penglibatannya dalam PD1 dan kekalahannya menyebabkan kuasa Barat
membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka. Kelemahan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada
penubuhan negara bangsa Turki dan berakhirnya sistem pemerintahan khalifah .

Soalan 42 : Analisiskan faktor agama dan perkembangan teknologi yang mendorong kepada
perluasan kuasa barat terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke- 18m hingga ke-20M.

PENDAHULUAN
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertuhgul pada tahun 1289 merupakan empayar Islam terbesar
yang memerintah lebih 600 tahun. Akhir pada ke-17M, kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan pelbagai
masalah dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan, kemerosotan
ekonomi dan pemberontakan. Pada abad ke-19M, empayar Uthmaniyah mula memasuki fasa kemerosotan
apabila terpaksa menghadapi percaturan politik kuasa-kuasa imperialis Barat. Gerakan perluasan kuasa Barat ini
didorong oleh pelbagai faktor, termasuklah faktor agama dan perkembangan teknologi.

ISI-ISI PENTING
A. Faktor agama
1. Gerakan kristianisasi (memperjuangkan agama kristian )
• Barat memperjuangkan agama Kristian kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam. Pihak
gereja dan tokoh- tokoh Agama Kristian merestui misi penjelajahan dan penjajahan kuasa Barat ke atas wilayah
Uthmaniyah. Malahan, Barat juga memperjuangkan modenisme dalam kalangan masyarakat yang berada di
bawah empayar Uthmaniyah dengan memburuk-burukkan Islam sebagai agama yang mundur, anti-kemajuan,
dan tidak berperikemanusiaan. Mereka menganggap misi perluasan kuasa ke atas tanah jajahan merupakan
tugas suci dan agung dalam usaha menjayakan gerakan kristianisasi.

2. Lanjutan Perang Salib


• Matlamat agama menyebabkan golongan gereja sanggup melakukan kekejaman, penindasan dan kezaliman
dalam misi penjajahan ke atas dunia Islam. Barat beranggapan perluasan kuasa ini merupakan lanjutan daripada
siri-siri Perang Salib yang bermula pada tahun 1906. Tambahan pula, Sultan Abdul Hamid II, pemerintah
Uthmaniyah terakhir mendakwa kempen Perang Salib yang dilancarkan terhadap kerajaan Uthmaniyah masih
berterusan. Ini mendorong mereka mengkristiankan penduduk tempatan bagi menyaingi dan menyekat
pengaruh agama Islam yang semakin berkembang.

3. Menyebarkan falsafah dan nilai-nilai Barat


• Kerajaan khalifah Uthmaniyah dianggap ancaman utama kepada penganut dan wilayah Kristian seperti yang berlaku
ke atas kota Konstantinople, pusat agama Kristian Timur. Perebutan pengaruh antara Britain dan Rusia menjadi
wakil penduduk Kristian di wilayah Uthmaniyah juga merancakkan sentimen agama dalam gerakan peluasan
kuasa Barat. Barat juga telah menyebarkan falsafah dengan
77
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
memperkenalkan nilai-nilai Barat ke dalam masyarakat peribumi yang dijajah.
Buktinya, penerimaan konsep kehidupan yang moden dengan pemikiran dan pengetahuan
yang progresif sebagai bangsa yang maju dan mereka yang menolak pemodenan dianggap sebagai masyarakat
yang mundur, kolot atau ketinggalan zaman.

B. Faktor Perkembangan Teknologi


1. Kemajuan bidang pengangkutan
• Negara-negara Barat seperti Britain telah mempertingkatkan sistem pengangkutan laut pada abad ke-
18. Mereka telah menggunakan kapal yang mempunyai enjin berkuasa wap bagi menggantikan kapal layar
untuk meluaskan kuasa. Rekaan kapal laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu kuasa-
kuasa Barat mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat perdagangan di seberang laut.
Dengan itu perdagangan dalam negeri dapat diperluas ke serata dunia.
• Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga mempercepat
tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada pegawai- pegawai mereka dengan
lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah Uthmaniyah.
• Di samping itu, penggunaan enjin berkuasa wap, pembinaan jalan raya dan jalan keretapi di wilayah- wilayah
Uthmaniyah yang dikuasai oleh kuasa Barat melancarkan proses pengedaran bahan mentah dan perdagangan
import eksport. Para pemodal Eropah telah menanam modal di wilayah-wilayah Uthmaniyah termasuk di Afrika
Utara dengan membuka ladang, mengendalikan lombong, mengimport buruh dan sebagainya.

2. Kemajuan dalam sistem perhubungan


• Pada abad ke-18, negera-negara Eropah telah mempunyai sistem perhubungan yang semakin canggih.
Penciptaan telefon dan telegraf membolehkan mereka berhubung dengan mudah di antara satu sama lain dengan
lebih cepat. Kecanggihan alat-alat perhubungan ini memudahkan mereka mengatur strategik untuk menawan
beberapa kawasan empayar Uthmaniyah yang kaya dengan bahan mentah. Kerajaan Uthmaniyah kaya dengan
sumber ekonomi terutamanya petroleum. Pada awal abad ke-20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi,
Kuwait da Bahrain. Penemuan ini menimbulkan persaingan dan konflik antara kuasa- kuasa Barat. Jerman dan
Amerika Syarikat menggunakan kecanggihan mereka dan mula melibatkan diri dalam perluasan kuasa
menguasai wilayah-wilayah Uthmaniyah.

3. Penggunaan Senjata Moden


• Kecanggihan senjata moden yang digunakan oleh negara-negara Barat seperti Rusia, British, Perancis dan Amerika
Syarikat tidak mampu ditandingi oleh kerajaan Uthmaniyah. Penggunaan kapal perang, kereta kebal, meriam
dan bom memudahkan kuasa Barat (pihak Bersekutu) menguasai dan menawan empayar Uthmaniyah.
• Penggunaan senjata moden dalam peperangan yang berlaku antara kerajaan Uthmaniyah dan kuasa Barat
menyebabkan satu demi satu kawasan Uthmaniyah jatuh ke tangan penjajah. Pada tahun 1798, Mesir jatuh ke
tangan Perancis. Pada tahun 1876, Cyprus jatuh ke tangan British. Meskipun kerajaan Uthmaniyah bergabung
dalam Kuasa Tengah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), namun pihak mereka telah kalah. Kekalahan itu
menjadi punca perluasan kuasa ke atas wilayah kerajaan Uthmaniyah. Satu persatu wilayahnya jatuh ke tangan
kuasa Barat ekoran peperangan dan perjanjian yang dibuat. Tegasnya, penggunaan senjata moden memudahkan
usaha penaklukan kuasa Barat ke atas wilayah-wilayah Uthmaniyah.

KESIMPULAN
Kerajaan Uthmaniyah runtuh selepas penglibatan mereka dalam Perang Dunia Pertama. Impak kekalahan
menyebabkan kuasa-kuasa Barat membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka. Kelemahan dan
kemerosotan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada penubuhan negara bangsa Turki dan berakhirnya sistem
pemerintahan Khalifah Islamiah.

78
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 43 : Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan barat di Mesir pada abad ke-
19M hingga awal abad ke-20M.

PENGENALAN
Sejarah penguasaan Barat ke atas Mesir dimulai penjajahan Perancis dari tahun 1789 hingga 1801 dan diikuti
British. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamatnya Perang Dunia Pertama.
Meskipun British mula melonggarkan cengkaman ke atas pentadbiran Mesir selepas 1918, namun mereka tetap
melindungi kepentingan ekonomi. Penjajahan Barat membangkitkan penentangan masyarakat tempatan di
Mesir.

ISI-ISI PENTING
1. Gerakan Rosetta 1807
 Penaklukan Perancis membuatkan kuasa asing seperti British membuka mata dan menilai sendiri potensi
ekonomi dan kekayaan bumi Mesir. British mengambil peluang berbaik-baik dengan Turki Uthmaniyah bagi
mengusir Perancis termasuk menghantar bantuan ketenteraan. Setelah berjaya mengusir Perancis, tentera
British terpaksa berundur dari bumi Mesir pada tahun 1802 berdasarkan Perjanjian Amien. Namun, British
sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk menakluki Mesir dan ini terbukti dengan cubaaan untuk
menguasainya pada 1807 melalui hubungan antara British dengan pemimpin Mamluk Mesir, Alfi Bey sekitar
tahun 1806. Hasil hubungan tersebut, British sanggup membantu Ali Bey menguasai Mesir dengan syarat pihak
British perlu diberi peluang menguasai pantai- pantai Mesir.
 Meskipun British mengetahui Ali Bey telah meninggal dunia pada Januari 1807, namun mereka tetap
meneruskan hasrat tersebut. Seramai 2000 orang tentera British tiba di Bandar Rosetta pada Mac 1870 dan
berhasrat menjadikan Bandar pesisir pantai itu sebagai pusat gerakan. Penduduk Rosetta dan gabenornya, Ali
Bey telah berusaha mempertahankan Bandar Rosetta dan akibatnya ramai penduduk tempatan dan tentera
British sendiri telah terkorban dalam pertempuran tersebut.

2. Gerakan Naqib al-Ashraf as-Sayyid Umar Makram


 Penentangan terhadap British telah diperhebatkan lagi apabila Naqib al-Ashraf as- Sayyid Umar Makram
menyalakan perjuangan rakyat Mesir dan pelajar-pelajar Universiti al- Azhar. Serangan dilakukan melalui dua
kumpulan tentera iaitu satu kumpulan menguasai Sungai Nil dan satu lagi menyerang al-Hammad (selatan
Rosetta). Akhirnya tentera British menyerah kalah pada 21 April 1807 dan meninggalkan pelabuhan
Iskandariah, Mesir pada September 1807.

3. Gerakan Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh


 Gerakan penentangan terhadap penjajahan Barat di Mesir disokong golongan intelektual Islam

79
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
terkemuka iaitu Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Kedua-dua tokoh
ini memimpin gerakan Islah (gerakan pemulihan Islam) iaitu gerakan
penentangan tanpa senjata. Gerakan ini bersifat intelektual bertujuan membangkitkan kesedaran rakyat. Gerakan
Islah agak berbeza dengan gerakan penentangan anti-Barat yang lebih bersifat fizikal. Ciri-ciri utama gerakan ini
termasuk gagasan al-Jamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan.
 Perjuangan Jamaluddin al-Afghani termasuk menentang imperialisme Barat terhadap dunia Islam khasnya
Mesir, mendesak para pemimpin negara Islam menerima teknologi Barat dan menggesa pemimpin Islam
menerima Islam sebagai dasar perjuangan menentang Barat. Kaedah dan idea perjuangan serta program islah
Jamaluddin al-Afghani dilaksanakan melalui pelbagai cara termasuk proses pengajaran, pidato, media massa,
karya-karya penulisan seperti akhbar mingguan Arab al- Urwah al- Wushqa yang berkisar tentang isu
penentangan terhadap imperialisme Barat, kemerdekaan dan penjajahan merupakan mala petaka terhadap umat
Islam. Jamaluddin al-Afghani telah menubuhkan Misri al-Falat (Pertubuhan Mesir Muda) iaitu sbeuah
pertubuhan sulit bersifat nasionalisme yang bertujuan menamatkan penjajahan British di Mesir. Beliau turut
menubuhkan al- Hizb alWatani al-Hurr (Parti Kemerdekaan Kebangsaan) iaitu sebuah kumpulan rahsia untuk
membebaskan Mesir dari penjajahan Barat.
Muhamad Abduh menyokong perjuangan Jamaluddin al-Afghani. Beliau menerbitkan majalah al-Manar dan
melaksanakan reformasi di Mesir sewaktu menyandang jawatan mufti dan Syeikh al-Azhar. Kaedah dan idea
perjuangan serta program Islah Muhamad Abduh dilaksanakan melalui pelbagai cara termasuk proses
pengajaran, pidato, media massa, karya-karya penulisan, jawatan yang disandang dan sebagainya. Kempen-
kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini berjaya membangkitkan semangat anti-penjajah Barat di kalangan
rakyat Mesir.

4. Gerakan Penentangan golongan awam dan tentera


 Sebelum tercetusnya Pemberontakan Urabi 1881-1882, telah muncul dua golongan penentang terhadap
penguasaan asing. Pertama, penentang golongan awam yang terdiri daripada para bangsawan (pasha), ulama
dan tuan tanah daripada golongan fellahin. Kedua, kumpulan pegawai tentera Mesir berketurunan fellahin.
 Golongan awam terutama ulama menentang penguasaan asing terutama kuasa Barat Kristian ke atas bumi
Mesir. Mereka bimbang pengaruh sekular dan menentang Barat melalui sentiment agama. Golongan tuan tanah
fellahin menerima tekanan dari pemimjam wang berketurunan Kristian yang berasal dari Lebanon. Kadar
faedah pinjaman yang tinggi menyebabkan golongan ini gagal membayar hutang dan tanah mereka dirampas
tanpa tolak ansur. Selain itu, golongan ini turut menanggung beban cukai yang tinggi dalam bidang pertanian yang
dikenakan pihak pemerintah bagi memuaskan hati pemodal asing yang menagih hutang kerajaan sebanyak ₤
100 juta.
 Tempoh Perang dunia Pertama antara 1914-1918 menyaksikan semangat menentang penjajah semakin
memuncak. Hal ini kerana tuan-tuan tanah tertindas berikutan kegiatan penanaman kapas disekat oleh British,
golongan pertengahan di Bandar menderita kerana harga barangan terlalu tinggi manakala para petani dipaksa
menyertai Palang Merah dan menjadi buruh kepada tentera British. Fokus golongan tentera Mesir adalah
menentang kepimpinan Turki- Circassia yang mempunyai taraf istimewa dalam bidang pentadbiran dan
ketenteraan Turki Uthmaniyah di Mesir. Apabila ada usaha menghadkan saiz tentera Mesir, ramai pegawai
berbangsa Mesir yang diberhentikan perkhidmatan berbanding dengan pegawai tentera berketurunan Turki-
Circassia.
 Kemuncak penentangan, kedua golongan ini bergabung mendokong gerakan nasionalisme Mesir apabila kuasa
Eropah menunjukkan permusuhan. Pergerakan ini bersatu di bawah pimpinan Kolonel Ahmad Urabi yang
bercita- cita mengusir bangsa Eropah seluruhnya dari bumi Mesir.

7. Pemberontakan Urabi 1881-1882


 Pemberontakan Urabi pada tahun 1881 hingga 1882 dipimpin oleh Kolonel Ahmad Urabi berjuang menuntut
kemerdekaan Mesir dari penjajahan British. Urabi menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera Mesir
bagi mengatasi masalah diskriminasi, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan

80
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
akhlak rakyat. Urabi dengan galakan daripada wakil pemerintah Turki Uthmaniyah di Mesri
iaitu Khedif Ismail telah menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan (Hizb
al-Watani) yang berjuang menghapuskan diskriminasi dalam penbtadbiran Mesir, menjamin agar hutang
piutang asing dibayar dengan syarat harta rakyat Mesir tidak dirampas, menyeru agar kuasa Khedif dipulihkan
kembali dan segala pendapatan daripada perkhidmatan keretapi Mesir dipulangkan kepada kerajaan Mesir.
 Pada peringkat awal perjuangan, gerakan ini bersifat anti orang asing iaitu Perancis dan British. Peringkat
seterusnya, gerakan ini menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan Mesir. Usaha ini tidak
berjaya apabila pihak British dan Perancis bertindak balas hingga menyebabkan Sultan Abdul Hamid II,
pemerintah Turki Uthmaniyah didesak menyingkirkan Khedif Ismail dan digantikan puteranya, Khedif Taufik
pada 1879. Penghujung tahun 1881, Ahmad Urabi dan para penyokongnya telah merampas kuasa dari Khedif
Taufiq. Situasi bertambah tegang apabila pihak British sentiasa menolak tuntutan rakyat Mesir termasuk isu
belanjawan Mesir dan kadar potongan cukai dari pendapatan negara yang menguntungan British.
Perkembangan ini menimbulkan ketegangan sehingga berlaku rusuhan di hilir Mesir di mana beberapa orang
Kristian telah dibunuh.
 Pada akhir tahun 1881, Ahmad Urabi dan penyokongnya telah mengambil alih kuasa daripada Khedif Taufiq
( boneka British) dan akhirnya Khedif Taufiq meminta perlindungan daripada British. British di bawah
pimpinan Laksamana Seymour menyerang dan berjaya mengalahkan pasukan Ahmad Urabi di Iskandariah dan
Tel al-Kabir kerana ia mengancam pendudukan British di Mesir. Kolonel Ahmad Urabi ditangkap dan dibuang
negeri ke Sri Lanka. Meskipun perjuangan Ahmad Urabi gagal, inspirasi perjuangannya telah diteruskan oleh
tokoh nasionalisme Mesir selepasnya.

8. Gerakan Mustafa Kamil dan Muhamad Farid (golongan nasionalis lulusan undang-undang)
 Meskipun golongan nasionalis terus mengkritik penguasaan penuh British dalam pentadbiran Mesir, namun
pihak British enggan melaksanakan sistem berparlimen sepenuhnya. Mereka hanya membenarkan penubuhan
majlis-majlis penasihat di peringkat wilayah dan kebangsaan tanpa memberi sebarang kuasa kepada badan-
badan tersebut. Golongan nasionalis di peringkat ini tidak seperti Ahmad Urabi dari kalangan tentera. Mereka
merupakan golongan lulusan undang-undang yang dididik pensyarah Perancis yang sememangnya bersifat anti-
Briritsh. Golongan ini dipimpin Mustafa Kamil dan Mohammad Farid. Mustafa Kamil mendapat sokongan rakyat
kerana sikapnya yang keras menentang British. Pada 7 Disember 1907, Mustafa Kamil telah memimpin Kongres
Nasional Pertama bertujuan untuk pembangunan Mesir secara liberal dan akhirnya untuk mencapai
kemerdekaan penuh Mesir. Pihak British berusaha menindas gerakan ini.

9. Gerakan Saad Zaghul- pejuang kemerdekaan


 Berakhirnya Perang dunia Pertama memperlihatkan semangat nasionalisme rakyat Mesir semakin berkobar.
Pada bulan November 1918, para pemimpin nasionalis yang diketuai oleh Saad Zaghlul (1859-1927) daripada
Parti Wafd menemui Pesuruhjaya Tinggi British menuntut kemerdekaan Mesir. Mereka mendesak agar
dibenarkan menghantar satu perwakilan ke Perundingan Damai Perang Dunia Pertama di Paris. Namun, pihak
British menolak semua permintaan tersebut. British menangkap Saad Zaghlul dan ini mengakibatkan berlaku
revolusi besar dalam menentang British.

KESIMPULAN
Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan membangkitkan gerakan penentangan rakyat Mesir

SOALAN 44: Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir Pada
Abad Ke 19 Masihi

PENGENALAN
Dilahirkan pada bulan Januari 1765 M, di Kawalla, Yunani dan meninggal di Mesir pada tahun 1849.

81
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Ayahnya Ibrahim Agha, seorang imigran Turki, kelahiran Yunani. Walaupun tidak
bersekolah semasa kecilnya namun Muhammad Ali Pasha merupakan seorang yang
cerdas dan telah muncul sebagai panglima tentera yang membebaskan Mesir daripada cengkaman Napoleon.
Akhirnya dengan kebijaksanaannya Muhammad Ali Pasha (MAP) telah dilantik sebagai penguasa Mesir.
Kejayaannya menghapuskan saingan daripada Dinasti Mamluk, ancaman golongan Wahabi serta meningkatkan
kekuatan ketenteraan menwujudkan suasana aman di Mesir. Keamanan di bumi Mesir telah membolehkan
banyak program pembangunan dan pembaharuan dalam aspek ketenteraan, pentadbiran, pendidikan dan
ekonomi dilakukan sepanjang pemerintahannya.

ISI-ISI PENTING
1. Pembaharuan dalam bidang Ketenteraan
• Menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap dan teratur.
Contohnya, tentera yang sukar dibentuk dan tidak mematuhi arahan seperti tentera berbangsa Sudan diganti
dengan golongan fellahin (tentera petani berbangsa Mesir) dan Albania.
• Mengasaskan Kolej Military atau Ketenteraan pada tahun 1815 di Aswan untuk memberi latihan dan kemahiran
kepada pegawai tentera. Ramai pakar tentera asing terutama daripada Perancis diambil berkhidmat di Mesir
seperti Kolonel Seve (nama islamnya Sulaiman Pasha) Beliau memberi nasihat kepakarannya untuk menaiktaraf
bidang ketenteraan Mesir. Kesannya pada tahun 1826 terdapat 90 000 anggota tentera yang lengkap dengan
pasukan meriam yang setanding dengan Negara Eropah.
• Kesannya, Utara Sudan serta Levant (persisir pantai Syria) dan Lubnan berjaya dikuasai, mematahkan
pemberontakan al Muwahhidun Wahhabidi Hijaz (Arabia) pada tahun1818 dan dapat memberi keyakinan
kepada Sultan Mahmud II meneruskan program reformasi ketenteraan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.
• Jelas bahawa dengan pembaharuan ketenteraan yang dilakukan telah menyebabkan Mesir muncul sebagai satu
kuasa tentera yang terkuat di Asia Barat.

2. Pembaharuan dalam bidang pentadbiran


• Era pemerintahan Muhammad Ali Pasha 1805-1848 iaitu permulaan kepada pemerintahan Dinasti. Sebelum itu
Mesir di bawah taklukan / pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Pemerintahan diteruskan oleh anak-
anaknya Khedif Abbas Hilmi 1 (1848-1854), Muhamad Sa’id Pasha (1854 – 1863)dan Ismail (1863-1879)
• 1806, Muhammad Ali Pasha telah membentuk sekumpulan pemerintah Mesir yang terdiri daripada bangsa
Turki dan Mesir serta pegawai elit yang terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara serta mengutip cukai
di seluruh Negara.
• Hubungan dengan negara Barat dibaiki contoh dengan negara Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan ada
hubungan baik ini, pelajar-pelajar dihantar untuk belajar di negara-negara ini. Tenaga-tenaga pakar dibawa dari
Negara-negara ini.
• Mengenepikan golongan ulama dalam pentadbiran. Menganggap ulama menghalang kepada usaha
pembaharuannya yang berkiblatkan barat. Bertentangan dengan tradisi kerajaan Uthmaniyyah, ulama amat
berpengaruh dalam perlaksanaan dasar kerajaan.
• Muhammad Ali Pasha mempunyai hala tuju yang jelas. Dengan adanya hubungan yang baik dengan Negara-
negara barat, berlaku pemindahan teknologi dan ilmu. Ini mempercepatkan proses pemodenan Negara Mesir
ini.

3. Pembaharuan bidang pendidikan.


• Menubuhkan institut-institut yang berkaitan dengan pendidikan. Contohnya, kementerian Pendidikan, sekolah
rendah, sekolah teknik, sekolah perubatan dan banyak lagi. Banyak sekolah didirikan. Contohnya Sekolah
Military (1815), Sekolah Teknik (1816), Sekolah Perubatan /Kedoktoran (1827), Sekolah Farmasi (1829),
Sekolah Perlombongan (1831) Sekolah Penterjemahan (1836) dan banyak lagi sekolah seperti kesenian,
industri, pengairan (irrigation), dan bahasa-bahasa asing ditubuhkan.
• Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan didatangkan khas dari Eropah. Contohnya pakar kedoktoran
dari Perancis Clot Bey dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Kedoktoran 1827 – 1849

82
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
(22 tahun berkhidmat). Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk menuntut pelbagai ilmu.
Contoh pada tahun 1809 – 1819 – 28 orang pelajar dihantar ke Itali
(Milan, Florence, Rom) untuk mempelajari ilmu teknikal, ketenteraan, industri kapal dan ilmu pencetakan.Pada
1826-1844 – 319 orang pelajar dihantar ke Paris dan tokoh intelektual dan pengarang terkenal al Thahtawi
dihantar dan bertugas sebagai imam mahasiswa Mesir. Pada tahun 1844-1863, 89 orang pelajar dihantar ke
Perancis termasuk ahli keluarga Muhmmad Ali Pasha.
• Sekolah-sekolah yang didirikan pada awalnya diletakkan bawah penyeliaan Jabatan Tentera (Jabatan Diwan al-
Jihadiyya) kemudian dipisahkan. Untuk mewujudkan koordinasi yang berkesan, Majlis Syura al Maktab
ditubuhkan pada 1830 bertujuan untuk meningkatkan pendidikan dalam kalangan rakyat Mesir, menambah
pembangunan sekolah-sekolah di Cairo dan Alexandaria dan dilantik Inspektor Jeneral sekolah iaitu Kolonel
Seve. Setelah itu Jabatan Diwan al-Jihadiyya berubah nama menjadi Jabatan Diwan al- Jihadiyya atau disebut
Ministere de I’instruction Publique dan kemudian berubah menjadi Kementerian Pendidikan yang
bertanggungjawab mengawasi dan melakukan pembangunan terhadap sekolah-sekolah baru.Perubahan dan
pembaharuan pendidikan ini telah membawa kepada kemajuan dan permodenan masyarakat Mesir. Landasan
pemikiran masyarakat juga telah berubah selaras dengan idea-idea pemikiran barat yang cuba diserapkan
kepada masyarakat.Kesannya lahir tokoh-tokoh seperti Jalaluddin Al- Afghani, Muhammad Abduh,
Mohammad Rasyid Redha, al Tahtawi dan ramai lagi.
4. Pembaharuan dalam bidang ekonomi
• Muhammad Ali Pasha telah memperbaiki sistem pengairan. Dengan adanya sistem pengairan ini, tanah menjadi
subur. Beberapa tanaman baru diperkenalkan. Contohnya benih kapas didatangkan dari India dan
Sudan.Melaksanakan dasar memilik Negara tanah-tanah dan kerahan tenaga serta melaksanakan sistem
monopoli khususnya yang berkaitan dengan hasil-hasil pertanian
• Mengenakan cukai kepada petani yang mengusahakan tanah serta membeli hasil usaha petani dengan harga
yang murah dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para pedagang dengan harga yang lebih
tinggi.
• Pentadbiran ekonomi semakin teruk dan sikap tamak pemerintah khasnya British yang menaikkan cukai sesuka
hati menambah kesengsaraan penduduk Mesir. Keadaan ini mendorong kepada kebangkitan para ulama untuk
menentang kezaliman tersebut.
• Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez menjadi penyebab dijajah semula oleh British.
• Jelas bahawa Muhammad AlI Pasha berjaya memakmurkan ekonomi Mesir walaupun tidak mencapai
matlamatnya 100 peratus. Bandar-bandar atau kota-kota di Mesir telah berubah menjadi kota-kota yang moden.
Namun, ketidakpuasan hati rakyat dengan dasar kerajaan memiliknegara tanah dan kadar cukai yang tinggi
sedikit sebanyak membantutkan proses pertumbuhan ekonomi Negara.

KESIMPULAN
Jelas bahawa MAP berjaya mengubah lanskap Mesir dengan segala pembaharuan yang dilaksankanya. Beliau
memakmurkan ekonomi Mesir walaupun tidak mencapai matamatnya 100 peratus. Bandar-bandar di Mesir
telah berubah menjadi kota-kota moden. Namun, ketidakpuasan hati rakyat dengan dasar kerajaan
memiliknegara tanah dan kadar cukai yang tinggi sedikit sebanyak membantutkan proses pertumbuhan ekonomi
negara.

SOALAN 45 : Bincangkan reaksi masyarakat Algeria terhadap penjajahan kuasa Barat dari abad
ke-18 hingga ke-20 Masihi.

PENGENALAN
Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniah dan
kelemahan pemerintahan telah membuka ruang kepada kuasa Perancis untuk campur tangan di Algeria. Pada
akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria. Campurtangan Perancis bermula apabila
pemerintah Algeria, Husain Dey menuntut hutang daripada tentera Perancis yang masih tertunggak untuk
pembelian gandum. Penjajahan ini telah mengakibatkan reaksi

83
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
masyarakat Algeria sebagai satu tindakbalas untuk membebaskan negara dari belenggu
penjajah.

ISI-ISI PENTING
1. Gerakan Husain Dey (1818-1830)
• Husain Dey merupakan pemerintah Algeria terakhir yang dilantik oleh Kerajaan Uthmaniah. Beliau berhasrat
menuntut hutang dari Perancis, namun pihak Perancis enggan membayarnya.
• Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan penghormatan kepada bendera Perancis menyebabkan
Perancis menggiatkan lagi usaha untuk menguasai Algeria.
• Ketua tentera Perancis iaitu Bertrand Clauzel talah membawa masuk ramai peneroka Eropah ke Algeria.
Mereka telah menduduki kota kota Algeria, membuka ladang-ladang dan merampas tanah penduduk tempatan.
Mereka turut menceroboh masjid dan perkuburan umat Islam.
• Tindakan Perancis menyebabkan Husain Dey memimpin gerakan penentangan,namun menemui kegagalan

2. Gerakan Ahmed Bey, pemimpin kawasan Constantine


• Di bahagian Timur Constantine, Ahmad Bey melancarkan gerakan penentangan terhadap penjajahan Perancis.
Perancis kehilangan hampir seribu tenteranya apabila Clauzel cuba menakluki Constantine yang dikuasai Amad
Bey.
• Apabila angkatan laut Perancis berjaya menyekat angkatan Uthmaniyah, yang cuba membantu Ahmad Bey pada
1837, beliau terpaksa menyerah kalah.
• Namun, Ahmad Bey masih enggan mengiktiraf kekuasaan Perancis di Constantine kerana menjangkakan
bahawa Perancis akan membiarkan pemerintah tempatan memerintah di sana. Namun situasi tidak berlaku
seperti yang diharapkan.

3. Gerakan Syeikh Abdul Qadir al-Jazairi, Gabenor Mascara (1830-an-1840-an)


• Masyarat islam berhimpun di masjid Maskar (Mascara) untuk bermesyuarat bagi melancarkan gerakan jihad
bagi menentang Perancis.
• Mereka memilih Syeikh Abdul Qadir sebagai ketua mujahidin. Dengan ini beliau telah mengeluarkan fatwa
kewajipan jihad mempertahankan negara dari penjajahan Perancis dan mengisyitiharkan Algeria sebagai negara
Islam.
• Dalam tempoh dua tahun, Sheikh Abdul Qadir berjaya menyatukan pelbagai puak dan melakukan gerakan
penentangan terhadap Perancis.
• Beliau menggunakan taktik perang gerila dan hampir sedekad iaitu sehingga 1845, beliau berjaya mengalahkan
Perancis.
• Dalam gerakan penentangan di wilayah barat Algeria, beribu umat Islam dibunuh dalam penentangan tersebut.
Akhirnya, beliau dikalahkan oleh Perancis dan menyerah diri pada 1847.

4. Gerakan Abu Ma’zi


• Beliau berjaya menggerakkan rakyat tempatan Algeria termasuk penduduk Kristian dan Yahudi menentang
Perancis di wilayah Selatan Oran. Abu Ma’zi kemudiannya telah bergabung dengan Syeikh Abdul Qadir yang
akhirnya telah melantik beliau sebagai gabenor di wilayah berkenaan. Abu Ma’zi dan Syeikh Abdul Qadir
berjaya menewaskan perancis dalam pertempuran di Sidi Ibrahim pada tahun 1845.Situasi ini membimbangkan
Perancis. Marshall Begeaud, gabenor jeneral Perancis di Algeria telah merekrut 10,000 tentera dan berjaya
menewaskan pasukan Abu Ma’zi pada Disember 1847.

5. Gerakan Kabylia
• Penduduk Algeria di kawasan Kabylia ditindas dalam bidang ekonomi khususnya dalam soal undang- undang
tanah. Mereka melihat kedudukan ekonomi semakin terancam oleh peneroka Eropah yang menguasai tanah
secara kekerasan.Penjajah Perancis juga merampas tanah penduduk pribumi yang subur, malah merampas tanah
habus (tanah warisan) yang tidak boleh dipindah milik. Hampir satu pertiga umat Islam di Algeria telah
menyertai gerakan penentang secara besar-besaran.

84
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Menjelang 1872, gerakan penentangan berakhir tetapi menyebabkan penduduk
tempatan jatuh miskin apabila Perancis menuntut ganti rugi dan merampas
tanah kaum pribumi.Perancis menggunakan hasil ganti rugi untuk memperluaskan penjajahan dan bukannya
membayar pampasan kepada peneroka Eropah yang menjadi sasaran dalam kebangkitan rakyat Algeria.

6. Gerakan moderat Islam (Algeria Muda)


• Era 1890-an, satu pergerakan moderat Islam yang berkaitan dengan isu-isu masyarakat,pendidikan, politik dan
ekonomi muncul di bandar Tlemcen dan Bone.Pada tahun 1900, mereka menghantar satu memorandum kepda
kerajaan Perancis memohon untuk mendapatkan hak mengundi dan melantik perwakilan rakyat tempatan dalam
pentadbiran Algeria. Mereka dikenali sebagai Jeunes Algeriens (Algeria Muda). mereka menumpukan perhatian
kepada menghubungkan budaya Perancis dan Islam. Namun, pergerakan ini kurang berjaya dalam
membangkitkan semangat rakyat menentang Perancis.

KESIMPULAN
Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan gerakan penentangan rakyat
Mesir dan Algeria. Jihad yang berterusan menentang penjajahan Perancis telah berlaku di seluruh Algeria
sehingga telah mengorbankan banyak nyawa dan digelar sebagai ‘Negara Sejuta Syuhada’. gerakan demi
gerakan yang dilakukanoleh rakyat Algeria sehingga akhirnya Perancis terpaksa akur dan memberikan
kemerdekaan kepada Algeria pada 5 Julai 1962.

Soalan 46 : Bincangkan Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme Di Syria Pada Abad Ke-19 Dan
Awal Abad Ke-20 Masihi.

PENDAHULUAN
Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah
yang menaungi negara-negara Islam Arab. Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki
Utmaniyah. Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut. Walaupun Perancis
dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun mereka telah menjajah negara tersebut selama 7
tahun. Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh Parti Blok
Nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan penuh.Hal
ini mengakibatkan berlakunya gerakan nasionalisme di Syria

ISI-ISI PENTING
1. Faktor agama
Gerakan nasionalisme di Syria tercetus atas faktor Pengaruh Agama. Atas alasan agama, timbul keinginan untuk
menyatukan semua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan gerakan nasionalis di Syria. Kedudukan
Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat
perihal saudara Islam mereka di Palestin. Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan bangsa mereka di wilayah
Palestin jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Uthmaniyah dikuasai pertubuhan al-
Itihad wa al-Taraqqi yang didalangi orang Yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk
tempatan di Syria menentang penjajah.

2. Pengaruh Bahasa dan kesusasteraan


Gerakan nasionalisme di Syria berlaku kerana faktor Pengaruh Bahasa dan kesusasteraan. Pada abad ke-19 hingga
20M, berlaku perkembangan baharu dalam kesusasteraan Arab bagi menangani cabaran dunia Arab. Contohnya,
penyair Lebanon, Khalil Ghibran telah menyumbang kepada pembangunan puisi Arab dengan bentuk dan tema
baharu termasuk tema kebangsaan dan kenegaraan. Malahan, Perancis juga cuba menonjolkan bahawa mereka
merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoriti. Mereka memperjuangkan
Bahasa golongan minoriti. Kesannya, menyebabkan golongan minoriti bangkit memperjuangkan pengiktirafan
Bahasa ibunda mereka seperti

85
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Bahasa Kurdish, Druze, Armenia, Jacobites dan Asyyrian. Akhirnya, Bahasa etnik minoriti
dihidupkan semula dan mempengaruhi perkembangan nasionalisme.

3. Pengaruh Kewartawanan
Gerakan nasionalisme di Syria juga dipengaruhi oleh faktor Pengaruh Kewartawanan. Umpamanya, Farris Nimr
berketurunan Lubnan yang mendapat pengajian di Syrian Protestant College telah menerbitkan majalah al-
Muqattam yang berkisar kepentingan ilmu dan semangat nasionalisme. Khalil Turi menerbitkan akhbar Tariqat
al-Akbar yang mengandungi 3000 isu nasionalisme berkaitan perundangan, ekonomi dan sebagainya. Majalah
al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealism pembaharuan dan tajdid di Kaherah.
Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang lahir di Syria. Majalah ini mengungkap tradisi pemikiran
yang segar berasaskan idea pembaharuan yang dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.
Fokus pemikiran ke arah usaha pembaharuan dan dakwah Islamiyah di Syria. Al- Manar menggerakkan
perbincangan tentang dakwah, idealism, dan islah, menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka
persoalan yang berkait dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme,
nasionalisme dan mempelopori dialog pertukaran idea antara budaya serta menangani isu-isu social dan
peradaban. Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang memuatkan 8
halaman, menyiarkan berita mutakhir di samping artikel utama yang ditulis oleh ketua editor, Rasyid Rida
sendiri. Justeru, kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan masyarakat terhadap gerakan
nasionalisme untuk membebaskan diri daripada penjajahan.
4. Peranan Pendidikan
Peranan Pendidikan menjadi faktor tercetus gerakan nasionalisme di Syria. Sebuah akademi Bahasa ditubuhkan
bagi mengumpul ahli Bahasa dari seluruh Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran. Tujuan
akademi Bahasa untuk mengharmonikan Bahasa masing-masing dengan keadaan masyarakat Arab daripada
pelbagai Bahasa. Walaupun berbeza politik tetapi mereka Bersatu di bawah satu perkara iaitu Bahasa Arab.
Antara tokoh Pendidikan terkenal yang menyokong usaha penubuhan negara Syria merdeka ialah Abu Khaldun
Sati al-Husri. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai Pendidikan Turki Uthmaniyah. Di Damsyik dan Beirut,
beberapa buah university dibina menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempatan. Oleh itu, semangat
nasionalisme semakin menyerlah dalam kalangan rakyat untuk bangun membebaskan negara daripada
imperialis Perancis.

5. Peranan golongan intelektual


Golongan intelektual merupakan pencetus Gerakan nasionalisme di Syria. Rasyid Rida merupakan intelektual
muslim Syria yang mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-
Afgani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu dibandingkan dengan
masyarakat Barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat Islam kembali
kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden. Penulisan
beliau banyak menyumbang kepada Gerakan nasionalisme dalam kalangan umat Islam khususnya Syria. Oleh
itu, idea-idea beliau telah menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

6. Peranan Persatuan Kebajikan


Peranan persatuan kebajikan menjadi faktor tercetus semangat nasionalisme di Syria. Semangat nasionalisme
Syria dipelopori persatuan-persatuan kemasyarakatan (Jam’iyyah al-Islamiyah) yang berjuang menyebarkan
dakwah Islam dan kesedaran beragama. Antaranya Jam’imyyah al-Tamaddun al-Islami. Penubuhan jam;iyyah
adalah kesan daripada perasaan tidak puas hati terhadap sistem Pendidikan wajib yang diperkenalkan oleh
Perancis. Mereka percaya Perancis mempunyai agenda tersembunyi di sebalik dasar Pendidikan berkenaan.
Dasar pendidikaan Perancis berbeza dengan British yang memberi kebebasan Pendidikan kepada rakyat
tempatan. Persatuan kebajikan yang dianggotai oleh para fuqaha, khatib, sasterawan dan golongan professional
Islam telah melaksanakan pelbagai program kebajikan termasuk penerbitan buletin berjudul al-Tamaddun al-
Islami bertujuan menyebarkan pengetahuan Islam kepada masyarakat dan menubuhkan madrasah yang
diiktiraf

86
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
pemerintah. Persatuan ini telah membina sebuah sekolah menengah iaitu Madrasah al-
Tamaddun al-Islami di Damsyik dan mengasaskan al-rabitah al-Ukhawiyyah li
Musa’adah Fuqara sl-Tullab untuk pelajar-pelajar Islam miskin mendapatkan Pendidikan percuma dan
membantu serta memberi sokongan kepada Gerakan Intifadah Palestin.

7. Ancaman Budaya Barat


Ancaman budaya Barat dan ancaman sekolah-sekolah missionary juga menyumbang faktor tercetus semangat
nasionalisme di Syria. Penjajahan Perancis menyebabkan rakyat Syria terpengaruh dengan cara pentadbiran
Barat dalam pelabagai aspek kehidupan termasuk bidang politik dan ekonomi. Lebih parah lagi apabila
masyarakat Syria mula diresapi dengan budaya hidup Barat, khasnya budaya Perancis. Penyebaran budaya
Barat dan dakyah Kristianisasi telah mengancam pengaruh agama Islam dan identiti masyarakat Syria sehingga
membangkitkaan semangat nasionalisme. Malahan, dasar Pendidikan Perancis mewajibkan pendudk Syria
memasuki sekolah-sekolah yang didirikan oleh colonial dan mendapat sokongan Gerakan missionary. Sekolah-
sekolah Perancis mendapt bantuan pertubuhan-pertubuhan Arab Kristian yang diasaskan atas nama jam’iyyah
al-Nisa yang ditubuhkan di Lubnan pada tahun 1850. Ancaman sekolah-sekolah missionary terhadap pemikiran
umat Islam Syria telah membangkitkan nasionalisme dalam kalangan ulama. Persatuan al-Fatat yang
ditubuhkan di Paris pada tahun 1911 berjaya menyemarakkan semangat nasionalisme di Syria. Persatuan ini
telah mengadakan kongres Arab di Paris pada tahun 1913.

8. Pengaruh luar
Merupakan faktor tercetus semangat nasionalisme di Syria. Penduduk Syria terpengaruh dengan Gerakan Islah
dan Pan Islamisme yang dicetuskan oleh Syeikh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh. Gerakan ini
Berjaya meningkatkan semangat penduduk tempatan melawan ancaman pihak Barat. Shakib Arselan berasal
dari Lubnan telah menghasilkan penulisan yang menyeru penduduk Syria Bersatu di bawah Kerajaan Turki
Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahukan sebaliknya. Beliau menggesa penduduk Syria bangun
secara sukarela menentang British semasa Perang Dunia Pertama.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kebangkitan nasionalisme Syria berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang pelabagai
cabaran yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam. Beberapa faktor tersebut telah menyumbang kepada
kemunculan semangat nasionalisme masyarakat Syria. Penindasan oleh penjajah ke atas masyarakat tempatan
telah menyedarkan golongan nasionalis untuk bangkit menentang ketidakadilan penjajah Perancis.

Soalan 47: Faktor dalaman merupakan pencetus kepada kemunculan gerakan nasionalisme di
Mesir pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Masihi. Bincangkan

PENDAHULUAN
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara, taat setia kepada tanah air serta membebaskan negara
dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing. Mereka harus berjuang bagi membentuk nasib dan masa depan
negara mengikut identiti sendiri. Pentadbiran ala Barat yang diperkenalkan oleh British dan penindasan
pemimpin Mesir yang menjadi tali barut British tidak disenangi oleh ulama dan penduduk Mesir yang majoriti
beragama Islam. Semangat anti-British memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor
dalaman yang mendorong gerakan nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir menjelang abad ke-20 M.

ISI-ISI PENTING
1. Pengaruh Agama.
● Faktor dalaman pertama mencetuskan kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir adalah pengaruh
agama. Pihak British cuba memBaratkan dan menjauhkan ajaran Islam dalam kehidupan

87
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
masyarakat Mesir.
● Gerakan nasionalisme berpaksikan agama dicetuskan oleh Gerakan Pemulihan
Islam (Gerakan Islam) yang bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin oleh Syeikh
Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Antara matlamat Gerakan ini ialah
memperjuangkan penyatuan umat Islam melalui konsep Pan Islamisme dan membebaskan negara Islam dari
pengaruh penjajahan dan idealism Barat Kristian yang boleh merosakkan pemikiran Islam.
● Gerakan ini menggunakan sentimen agama dengan menyedarkan masyarakat untuk berjihad dengan
membersihkan diri daripada amalan yang bercanggah dengan nilai Islam sebenar yang bersifat progresif,
dinamisme dan komprehensif. Para ulama menyeru masyarakat Mesir berjihad melawan penjajah Barat dari
sudut polotik, ekonomi dan keilmuan melalui semangat Islam. Judteru itu,
● Rasyid Rida amat menekankan kepentingan memperbaiki kemunduran umat Islam dan memurnikan ajaran
Islam. Beliau menekankan Pendidikan dakwah melalui integrasi Pendidikan agama dan moden dengan
menubuhkan Madrasah al-Dakwah al-Irshad di Kaherah pada 1912.

2. Bahasa dan kesusasteraan


● Kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir juga dicetuskan oleh peranan bahasa dan kesusasteraan.
● Peristiwa pembunuhan hakim Boutrus Ghali al-Qibti pada tahun 1910 telah mencetuskan semangat nasionalisme
rakyat. Pembunuhan ini berkait rapat dengan keengganan beliau mendesak Parlimen Mesir menambah konsesi
Terusan Suez kepada Mesir.
● Kematian beliau diabadikan oleh penyair Ahmad Syawqi dan Hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam al-
Muayyad dan al-Liwa.
● Sajak-sajak ini menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan. Begitu juga
Hafez Ibrahim juga menggunakan puisi bertemakan antikolonialisme dalam dialek Arab Mesir bagi
menangani cabaran era moden.
● Justeru itu, peranan Bahasa dan kesusasteraan menjadi pembakar semangat, menimbulkan kesedaran dan
seterusnya mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan penggerak nasionalisme Mesir.

3. Pengaruh kewartawanan dan media massa


● Faktor pencetus gerakan nasionalisme Mesir dibantu oleh pengaruh kewartawanan dan media massa.
● Penerbitan akhbar telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Mesir. Mereka
mula mengenali akhbar sejak aman penjajahan Perancis.
● Pada akhir abad ke-19M, dua buah akhbar diterbitkan seperti al-Muqtataf dan al-Muqtatam oleh Faris
Nimr,Yaakub Sarruf dan Shahin Makarious (golongan Kristian Arab). Muqtatam menjadi akhbar harian
berpengaruh di Mesir, namun ia dilihat proBarat wapaupun kandungannya menggalakkan perkembangan
ilmu moden dan idea saintifik. Selain itu, Bishara Taqla dan Salim Taqla menerbitkan akhbar al-Ahram
pada tahun 1875.
● Pada awal abad ke-20M, penerbitan akhbar semakin rancak berikutan kemunculan parti-parti politik dan
perkembangan gerakan nasionalisme.
● Rashid Rida yang menulis akhbar Salafiya telah banyak membuka minda rakyat Mesir. Beliau merupakan
orang kanan kepada Muhammad Abduh dan banyak menulis persoalan yang menyentuh soal modenisasi
Islam. Rashid Rida telah menyemai dan menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penulisan beliau
dengan mengkritik dan menganggap penjajah adalah penyebab kepada kemunduran Islam.
● Jelas bahawa dengan kerancakan dalam penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan masyarakat
terhadap Gerakan nasionalisme Mesir.

4. Peranan golongan intelektual

88
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Peranan golongan intelektual juga membantu mencetuskan kemunculan gerakan
nasionalisme di Mesir. Golongan inteletual yang menyemai dan
membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan
berpendidikan Barat, golongan agama dan golongan elit tentera.
● Tokoh intelektual berpendidikan Barat seperti Mustafa Kamil Pasha yang pakar bidang undang- undang
menyokong gerakan nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba meraih sokongan
golongan intelektual keturunan Qibti. Tujuan beliau adalah untuk menuntut kemerdekaan daripada British
dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-Barat di Mesir.
● Tokoh agama pula seperti Sheikh Hassan al-Banna telah mempelopori kebangkitan golongan intelektual
Islam menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin. Beliau berusaha melakukan Gerakan Islah
yang berinspirasikan dari Sayid Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan Hassan al-Banna bersifat sederhana
meliputi aspek akidah, intergrasi ilmu dan kecekapan pentadbiran.
● Manakala kumpulan intelektual tentera Mesir keturunan Fellahin turut terlibat dalam Gerakan nasionalisme
menentang British dan pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan penjajah. Jelaslah bahawa
golongan intelektual memainkan peranan yang besar dalam mencetuskan gerakan nasionalisme di Mesir
dengan menyemai semangat antipenjajah dalam kalangan penduduk Mesir.

5. Pergolakan politik di Mesir


● Gerakan nasionalisme turut tercetus berpunca dari pergolakan politik di Mesir.
● Penindasan kerajaan dan penjajah British juga menyumbang kepada kemunculan gerakan nasionalisme di
Mesir. Pihak istana telah bersekongkol dengan penjajah British demi mengekalkan kuasa manakala Parti
Wafd pula terlibat dengan korupsi dan mengutamakan golongan bangsawan dalam pemerintahan negara.
● Ini menyebabkan rakyat Mesir semakin menderita. Gerakan nasionalisme menyeru rakyat Mesir
menggulingkan pemerintah beraja Mesir bersifat pro-Barat, boneka dan autokratik. Reaksi gerakan
nasionalisme ini berjaya memberi inspirasi kepada masyarakat untuk berani bersuara dan bangun
menentang raja-raja Mesir yang sanggup menggadaikan negara.
● Contohnya, penindasan British telah mengabaikan pendidikan kepada rakyat Mesir.
● Ekonomi juga dikuasai oleh pihak kolonial.
● Pergolakan politik Mesir menyebabkan rakyat tempatan telah ditindas dalam banyak hal sehingga menjadi
salah satu faktor dalaman yang membawa kepada tercetusnya kemunculan semangat nasionalisme.

6. Peranan golongan tentera


● Peranan golongan tentera juga membantu kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir. Kumpulan tentera
berketurunan Fellahin turut terlibat dalam geakan nasionalisme menentang British dan pemerintahan Khedif
yang bersekongkol dengan penjajah British.
● Gerakan pimpinan Kolonel Ahmed Urabi ini berjuang menuntut kemerdekaan Mesir dari penjajah British.
Perjuangan Urabi dipengaruhi oleh Gerakan Islah yang dibawa oleh Sheikh Muhammad Abduh, yang
dikenali sebagai Pemberonttakan Urabi 1881-1882.
● Urabi telah menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah diskriminasi
social, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat Mesir. Beliau juga telah menubuhkan sebuah
parti iaitu Parti Kebangsaan.
● Pada peringkat awal perjuangan, Gerakan ini adalah sebuah Gerakan anti orang asing iaitu Perancis, British
dan Turki. Tetapi pada peringkat seterusnya Gerakan ini menuntut perubahan dalam pentadbiran dan
pemerintahan.
● Pasukan Urabi telah diserang dan dikalahkan oleh British kerana beliau dikatakan mengancam pendudukan
British di Mesir. Walaupun beliau ditangkap, namun perjuangannya menjadi inspirasi

89
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan diterukan oleh tokoh nasionalisme Mesir selepasnya.

KESIMPULAN
Kebangkitan semangat nasinalisme Mesir berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang pelbagai
kepincangan yang berlaku dalam Negara. Pelbagai faktor dalaman mendorong kebangkitan nasionalisme di
Mesir sama ada dalam aspek politik ,ekonomi dan sosial. Kesan penentangan yang berterusan oleh
nasionalisme Mesir menyebabkan British mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada tahun 1922.

Soalan 48 : Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada kebangkitan semangat


nasionalisme di Mesir pada awal abad ke-20.

PENDAHULUAN
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air dan bercita- cita membebaskan
negara dan bangsa daripada penguasaan asing. Pentadbiran ala-Barat yang diperkenalkan oleh British dan
penindasan pemerintah Mesir tidak disenangi oleh penduduk yang majoritinya beragama Islam. Lebih
membimbangkan, ramai golongan elit Mesir terpengaruh dengan ideologi sekularisasi dan modenisasi Barat
yang mengancam syiar Islam . Situasi ini melahirkan pelbagai gerakan nasionalisme yang memperjuangkan
Islam dan nasib rakyat Mesir daripada terus ketinggalan dalam arus pemodenan. Kebangkitan nasionalisme di
Mesir didorong oleh pengaruh luar yang berlaku di Eropah, Amerika, dan Asia.

ISI-ISI PENTING
1. Pengaruh gerakan nasionalisme di Eropah ( Revolusi Perancis 1789-1799 )
● Pengaruh luar seperti gerakan nasionalisme yang melanda Eropah abad ke-18M, khasnya Revolusi Perancis
1789- 1799 menjadi faktor penting dalam mencetuskan semangat nasionalisme di Mesir.
● Di Eropah, sebelum kemunculan nasionalisme, masyarakat umumnya setia kepada pemimpin tertentu,
bukannya negara mereka. Situasi sama juga berlaku di Mesir dan negara Arab lain. Revolusi Perancis yang
tercetus pada tahun 1789 telah meninggalkan kesan yang amat signifikan dalam sejarah politik negara-
negara Eropah. Kemunculan negara Republik Perancis dan penghapusan pemerintahan beraja
meninggalkan kesan kepada idea kebebasan, persamaan, dan persaudaraan.
● Semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat menyebabkan negara-negara Eropah lain turut
meningkatkan kemajuan negara masing-masing.
● Semangat nasionalisme turut mempengaruhi rakyat Mesir untuk membebaskan diri dari penjajahan Barat dan
penguasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

2. Pengaruh Revolusi Amerika ( 1775-1783 )


● Pada pertengahan tahun 1775, George Washington telah dilantik memimpin tentera Amerika dalam Perang
Kemerdekaan Amerika Syarikat. Pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir

90
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dengan termeterainya Perjanjian Versailles. Antara syarat Perjanjian Versailles ialah
England menyerahkan kesemua 13 tanah jajahan dan mengakui
kemerdekaan Amerika Syarikat. Kesannya, rakyat Amerika memperjuangkan semangat nasionalisme
Amerika dan melaksanakan dasar peluasa kuasa.
● Semangat kebangsaan ini turut mempengaruhi masyarakat Arab seperti Mesir yang masih berada di bawah
pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Menjelang Perang Dunia Pertama, Turki telah menyertainya
dengan bekerjasama dengan Jerman. Kekalahan Jerman dan Turki dalam Perang Dunia Pertama
menyebabkan negara-negara Arab turut berusaha membebaskan diri daripada pemerintahan Turki
Uthmaniyah.
● Selain itu, tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir semasa Perang Dunia Pertama dan
fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah
negara daripada cengkaman penjajah Barat.
● Hal ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme untuk
menuntut kemerdekaan.

3. Pengaruh Perang Dunia Pertama ( 1914-1918 )


● Kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir juga adalah akibat faktor luaran, daripada tercetusnya Perang
Dunia Pertama 1914-1918.
● Rakyat Mesir terutama golongan petani telah dikerah British meninggalkan pekerjaan dan menjadi
sukarelawan Pertubuhan Palang Merah dan menjadi hamba kepada tentera British di Palestin, Gallipoli dan
Perancis. Dalam peperangan ini, ramai rakyat Mesir terkorban.
● Pada masa sama, kehadiran ramai tentera Bersekutu di Mesir telah menjadikan penduduk berasa lemah dan
amat mengharapkan bantuan untuk melindungi dan mempertahankan mereka di negara sendiri.
● Tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir dan fenomena ini telah menimbulkan kesedaran
kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah negara daripada cengkaman penjajah Barat
dan hal ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme untuk
menuntut kemerdekaan.

4. Penjajahan Barat ke atas Mesir dan negara-negara Arab lain.


● Mesir dan negara Arab lain tunduk dan patuh kepada pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyah. Namun,
selepas berlakunya penjajahan Perancis dan British ke atas Mesir, rakyat tempatan mula terdedah kepada
cara hidup baharu melalui transformasi dari segi keilmuan dan pemikiran Barat sehingga membangkitkan
semangat nasionalisme.
● Sejak Terusan Suez dibuka pada tahun 1869, negara-negara Barat seperti British dan Perancis saling
berlumba untuk menguasai Mesir. Pengaruh kuasa British semakin kuat mulai tahun 1875 apabila
pemerintah Mesir (Khedive 1863-1879) menjual sebahagian besar saham Mesir dalam Terusan Suez kepada
British.
● Di samping itu, Mesir berhutang dengan British dan Perancis. Mesir tidak dapat membayar hutang
menyebabkan British dan Perancis memasuki Mesir dan melangsaikan hutang-hutang Mesir.
● Oleh itu, sejak tahun 1876 British dan Perancis mula campur tangan dalam pemerintahan Mesir. Hal ini
menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Mesir.
● Gerakan penentangan yang dipimpin oleh Arabi Pasha walaupun gagal telah menbangkitkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat Mesir.

5. Pengaruh ideologi Barat


● Pengaruh ideologi barat pelajar tempatan yang menuntut di Eropah juga menyumbang kepada kemunculan
semangat nasionalisme di Mesir.
● Kebangkitan gerakan nasionalisme Mesir bermula apabila berlakunya Pemberontakan Arabi Pasha (1881–1882).
Pada mulanya, pemberontakan ini ialah gerakan anti orang asing (Inggeris, Perancis, dan Turki) atau campur
tangan asing, tetapi akhirnya menjadi sebuah gerakan untuk menuntut

91
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
perubahan sistem pemerintahan dan menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah.
Gerakan Arabi ini timbul kerana pengaruh Jamaluddin al-Afghani
yang ketika itu menjadi tenaga pengajar di Mesir. Penentangan rakyat yang dipimpin oleh Arabi Pasha ini
sangat membahayakan kedudukan British dan Perancis di Mesir. Perkembangan ini mempengaruhi pelajar-
pelajar yang menuntut di Eropah.
● British akhirnya bertindak dan berjaya menumpaskan pemberontakan daripada gerakan Arabi Pasha.
● Selepas kegagalan pemberontakan Arabi Pasha, muncul pula gerakan Pan Arab yang dirintis oleh Amir
Syakib Arslan yang menganjurkan penyatuan semua bangsa Arab dengan tujuan untuk mencapai
kemerdekaan bangsanya. Sekalipun pemberontakan Arabi Pasha berhasil dipadamkan, namun cita-cita
perjuangan Arabi Pasha merupakan sumber aspirasi semangat nasionalisme bangsa Mesir.
● Hal ini terbukti apabila pada tanggal 7 Desember 1907 telah diadakan kongres nasional yang pertama di
bawah pimpinan Mustafa Kamal yang berpendidikan Barat (Fakulti Undang-undang Universiti Toulouse,
Perancis). Tujuan kongres ini diadakan adalah untuk pembangunan Mesir secara liberal untuk mencapai
kemerdekaan penuh.
● Pemerintah Mesir yang dipengaruhi oleh Inggeris berusaha untuk menindas gerakan ini, akan tetapi gerakan
nasional ini tetap hidup dan makin kuat bahkan kemudian menjelma menjadi Parti Wafd (utusan) di bawah
pimpinan Saad Zaghlul Pasha.
● Selesai Perang Dunia I, Parti Wafd menuntut Mesir sebagai negara merdeka dan ikut serta dalam konferensi
perdamaian di Perancis. Walau bagaimanapun, British menolak, bahkan mengasingkan Zaghlul Pasha ke
Malta.
● Pada tahun 1919, di Mesir, telah timbul suatu pemberontakan dan Zaghlul Pasha dibebaskan kembali.
Kaum nasionalis Mesir menuntut kemerdekaan penuh. Pemberontakan diteruskan, namun Zaghlul Pasha
ditangkap lagi dan diasingkan ke Gibraltar.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemunculan semangat nasionalisme Mesir berkait rapat dengan pengaruh nasionalisme
yang berkembang di luar seperti di Eropah, Amerika, dan Asia. Hal ini membangkitkan lagi kesedaran rakyat
Mesir tentang kepincangan yang berlaku dalam negara. Semangat nasionalisme ini direalisasikan melalui
pemberotakan rakyat dalam gerakan antiasing dan perjuangan menuntut kemerdekaan.

Soalan 49: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam membangkitkan semangat


nasionalisme di Mesir pada abad ke-20

PENGENALAN
Perluasan kuasa British di Mesir bermula apabila berjaya mengusir Perancis pada tahun 1801. Sejak daripada
peristiwa itu, British berusaha mencari ruang dan peluang untuk bertapak dan menguasai Mesir. Kejayaan
menguasai Mesir disusuli dengan dasar menguasai kekayaan dan mengabaikan nasib penduduk tempatan telah
mengundang rasa kurang senang dalam kalangan rakyat sekaligus telah membawa kepada kebangkitan semangat
kebangsaan dengan hasrat memulihkan kembali umat Islam dan menuntut kemerdekaan daripada pihak British.
Golongan intelektual diketuai oleh nasionalis berpendidikan agama dan berpendidikan Barat berperanan penting
dalam gerakan atau perjuangan ini.

ISI-ISI PENTING
1. Membawa Gerakan Pemulihan Islam
● Perjuangan ini digerakkan oleh nasionalis berpendidikan agama khususnya daripada Universiti al Azhar.
Antara nasionalis yang menggerakkan perjuangan ini ialah Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh dan
Rashid Rida
● Asas perjuangan individu ini ialah menyeru kepada orang-orang Islam agar kembali kepada ajaran yang
sebenar dengan berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis serta menolak amalan serta

92
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
kepercayaan tahyul. Perjuangan ini dilakukan melalui pidato dan syarahan umum kepada
umat Islam termasuk kepada penuntut Universiti al Azhar.
● Selain itu, golongan ini juga menggunakan media cetak untuk menyuarakan idea nasionalisme seperti
Jamaluddin al Afghani dan Muhammad Abduh menggunakan akhbar al Urwah al Wuthqa dan al Manar,
manakala Rashid Rida menggunakan akhbar al Salafiya.

2. Memperjuangkan Konsep Pan Islamisme


● Selain itu golongan intelektual berpendidikan agama juga telah memperjuangkan konsep Pan Islamisme. Ia
adalah konsep penyatuan dunia Islam menentang dasar imprealisme Barat bertujuan untuk menamatkan
perluasan kuasa Barat di Mesir dan menonjolkan pemerintahan khalifah Uthamaniyyah sebagai penaung
kerajaan dan umat Islam.
● Idea ini dipelopori oleh Jamaluddin al Afghani, bukan sahaja telah menarik sokongan umat Islam di Mesir,
malah dunia Islam turut sama memberikan sokongan dan dorongan serta secara tidak langsung
menyebabkan kuasa Barat mula berhati-hati dan peka dengan segala dasar yang berkait rapat dengan dunia
Islam.
● Perjuangan ini turut membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir.

3. Menubuhkan organisasi yang sistematik


● Golongan intelektual turut berperanan dalam membangkitkan semangat nasionalisme Mesir melalui
penubuhan organisasi yang lebih sistematik.
● Bagi memastikan perjuangan tersusun dan mencapai apa yang dihasratkan atau setidak-tidaknya British
sedar akan tuntutan rakyat, golongan Intelektual ini telah menubuhkan organisasi sama ada secara terbuka
mahupun sulit.
● Pertubuhan terawal ditubuhkan ialah Misri al Falat diikuti oleh al Hizb al Watani al Hurry yang bertujuan
menamatkan penjajahan Barat di bumi Mesir.
● Penubuhan organisasi seumpama ini menjadi asas kepada pembentukan parti politik sebagaimana yang
diinisiatifkan oleh golongan berpendidikan Barat yang menubuhkan Parti Wafd bagi memperjuangan
kemerdekaan Mesir.

4. Menubuhkan institusi pendidikan


● Bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan golongan intelektual telah menubuhkan dan
mengimarahkan institusi-institusi pendidikan.
● Golongan intelektual telah membuka madrasah bagi mendedahkan kepada masyarakat Mesir akan pentingnya
teknologi dan bukannya sekadar mempelajari ilmu agama untuk maju, meningkatkan taraf hidup dan
bersaing dengan kuasa asing.
● Sehubungan dengan itu, institusi pendidikan yang mementingkan kurikulum berkenaan telah dibuka,
antaranya madrasah al Dakwah wa al Irsyad yang diusahakan oleh Rasyid Rida.
● Penubuhan madrasah ini akan melahirkan lebih ramai cendiakawan Islam serba boleh yang mampu
memimpin umat kearah kemajuan.
● Penubuhannya juga telah memberi kesan kepada kebangkitan semangat kebangsaan di Mesir.

5. Menghasilkan karya
● Golongan intelektual juga menggunakan karya sastera untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam
kalangan masyarakat tempatan sama ada dalam bentuk saranan, kritikan dan sindiran terhadap mana-mana
pihak.
● Pelbagai bahan yang dihasilkan, ada yang berbentuk prosa seperti novel dan cerpen, dan ada yang berbentuk
puisi khasnya sajak. Rashid Rida telah menghasilkan karya seperti Tarikh al Ustadz al Imam, Hiqiqah al
Riba dan al Wahabiyyun wa al Hijaz.

93
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Individu-individu yang lain yang banyak menghasilkan karya sastera ialah Taha
Husayn dan Najib al Kilani.
● Penulisan karya disogokkan dengan idea-idea nasionalisme telah berjaya menyedarkan masyarakat Mesir
akan pentingnya semangat nasionalisme.

KESIMPULAN
Tidak dinafikan perjuangan golongan intelektual Barat nadi kepada kebangkitan semangat nasionalisme
rakyat Mesir terhadap British khasnya. Tanpa golongan ini, pasti British akan terus bersenang lenang meraih
kekayaan dan menindas anak watan. Namun dengan kepemimpinan tokoh- tokoh intelektual, perjuangan lebih
jelas dan sistematik menyebabkan pihak Barat mula berhati-hati dalam tindakan.

Soalan 50: “Sebaik sahaja kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat secara rasmi dalam Perang Dunia
Pertama, kuasa-kuasa Barat telah mengadakan Perjanjian Sykes-Picot”. Jelaskan kandungan
utama perjanjian tersebut.

PENDAHULUAN
● Perang Dunia Pertama berlangsung pada tahun 1914 hingga 1918 antara dua blok kuasa besar yang terdiri
daripada Pakatan Bertiga iaitu Britain, Perancis, dan Rusia (Tentera Bersekutu) menentang Perikatan Kuasa
Tengah yang dianggotai oleh Jerman, Austria- Hungry (Kuasa-Kuasa Pusat).
● Kerajaan Turki Uthmaniyah (KTU) telah menyertai Perikatan Kuasa Tengah sebagai usaha terakhir untuk
memastikan wilayah-wilayah jajahannya kekal dalam kekuašaan empayarnya.
● Sebaik sahaja kerajaan Uthmaniyah memasuki Perang Dunia Pertama, Pakatan Bertiga bertindak
merancang secara sulit beberapa perjanjian untuk menduduki bumi Uthmaniyah sepenuhnya seperti
Perjanjian Konstantinople 18 Mac 1915, Perjanjian London 26 April 1916, dan Perjanjian Sykes-Picot 16
Mei 1916.
● Kandungan Perjanjian Sykes-Picot telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap KTU.

ISI-ISI PENTING
1. Pembahagian kawasan pengaruh bagi Perancis dan British.
● Salah satu kandungan perjanjian adalah mengenai pembahagian kawasan pengaruh Perancis dan British.
● Pembahagian ini meyebabkan bakal tertubuhnya negara-negara Arab yang merdeka.
● Kawasan ini dibahagikan kepada kawasan A iaitu wilayah Syria dan Mosul yang diserahkan kepada Perancis
manakala kawasan B iaitu wilayah Palestin hingga ke sempadan Iran diserahkan kepada British. Kedua-dua
kawasan ini disediakan seorang penasihat daripada negara Arab.
● Perancis diserahkan kawasan Biru iaitu Syria dan Cilicia manakala British pula diserahkan kawasan Merah iaitu
Iraq. Kedua-kedua kuasa Barat ini diberi kebebasan untuk menjalankan pentadbiran atau mengenakan
kawalan di situ sama ada secara langsung atau sebaliknya sebagaimana yang mereka kehendaki.
● Kawasan Coklat (Brown) iaitu Palestin akan diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa.

94
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Bentuk pentadbirannya akan diputuskan dan sekutu-sekutunya yang lain serta Sharif
Husain, gabenor Makkah.

2. Kawasan–kawasan di bawah penguasaan British


● Kawasan-kawasan yang hanya dikhususkan kepada British melibatkan pelabuhan Haifa dan Arce.
● Jaminan terhadap bekalan air daripada Sunga Tigris dan Euphrates dalam kawasan A (Syria dan Mosul) ke
kawasan B (wilayah-wiayah di antara Palestin hingga ke sempadan Iran).
● Alexandretta dan Haifa dijadikan pelabuhan bebas sebagai satu penghormatan kepada aktiviti perdagangan
British dan Perancis.
● Dalam kawasan A, landasan keretapi Baghdad ke kawasan selatan tidak akan dibuka hingga ke Mosul.
Begitu juga dengan kawasan B yang ditutup hingga ke Samarra, sehinggalah siap pembinaan landasan yang
menyambungkan kawasan Baghdad dengan Aleppo melalui pinggir sungal Euphrates.
● British diberi hak membina, mentadbir, dan memiliki landasan-landasan keretapi yang menyambung
pelabuhan Haifa dengan kawasan B. Sebagai tambahan, British juga diberi hak untuk mengekalkan tentera-
tenteranya di kawasan tersebut dan dibenarkan membawa masuk tentera-tenteranya pada bila bila masa
yang dikehendaki.
3. Hak percukaian dan hubungan luar
● Dalam jangka masa 20 tahun, sistem percukaian kerajaan Uthmaniyah akan dikekalkan dan dikuatkuasakan
di kawasan Biru dan Merah sebagaimana yang dilaksanakan di kawasan A dan B, tanpa ada sebarang
peningkatan dan perubahan dari segi kadar bayaran dan sebagainya.
● Perancis tidak dibenarkan untuk melaksanakan sebarang bentuk perjanjian dengan mana-mana kuasa asing
selain British dan negara Arab berhubung dengan hak-haknya di kawasan Biru tanpa keizinan daripada His
Majesty's Government terlebih dahulu sebagaimana syarat yang dikenakan ke atas kawasan Merah.
● Perancis dan British bersetuju tidak akan melayan sebarang permohonan daripada mana- mana kuasa ketiga
yang cuba menyertai kedua- dua kuasa Barat itu di Semenanjung Tanah Arab.

4. Kerjasama Ketenteraan
● Mereka tidak dihalang untuk bekerjasama dalam bentuk latihan ketenteraan berdekatan dengan Laut Merah
kerana ini perlu bagi mengawal sempadan wilayah-wilayah mereka daripada serangan kerajaan
Uthmaniyah.
● Perjanjian-perjanjian dengan masyarakat Arab berhubung dengan sempadan-sempadan negara Arab atau
penyatuan negara-negara Arab dibuat mengikut saluran yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan
sebelum itu atas nama kedua-dua kuasa Barat berkenaan (British dan Perancis).
● Bagi kawalan ke atas aktiviti kemasukan barangan import ke kawasan orang orang Arab, kawalan akan
diselenggarakan oleh kedua-dua kerajaan penjajah itu.

5. Dasar kolonisasi dan sempadan baharu negara Arab


● British dan Perancis mula menjalankan dasar kolonisasi di tanah jajahannya.
● Kesannya, muncul negara bangsa apabila sempadan- sempadan telah digariskan dengan memisahkan
penduduk mengikut negara masing-masing walaupun mereka satu agama (Islam).
● Muncul negara bangsa Arab baharu seperti Turki, Syria, Jordan, dan lain-lain.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah mengubah
landskap dunia Islam keseluruhannya. Menerusi Perjanjian Sykes-Picot, bukan sahaja menunjukkan sikap talam
dua muka pihak Kristian Barat seperti janji palsu antara British dengan Sharif Husain dan pemimpin Arab yang
lain, bahkan tindakan mereka menampilkan permusuhan tradisi kuasa

95
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Kristian dengan dunia Islam. Setelah perang tamat, kekuasaan Uthmaniyah di Timur
Tengah berakhir dan digantikan dengan penjajahan kuasa Barat dalam
bentuk kuasa mandat dan perjanjian dengan pemimpin Arab tempatan.

Soalan 51: Gerakan Turki Muda telah mempengaruhi penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah
dalam Perang Dunia Pertama. Bincangkan.

PENDAHULUAN
Perang Dunia Pertama tahun 1914-1918 berlaku di antara Britsh, Perancis, Rusia dan Itali sebagai kuasa
Bersekutu di satu pihak manakala Jerman, Austria-Hungary dan Turki Uthmaniyah sebagai Kuasa Paksi di satu
pihak lain. Jika dilihat latar belakang sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama, gerakan nasionalisme, konflik
di Balkan dan Perang Crimea menjadi faktor pendorong berlakunya peperangan. Namun, berdasarkan situasi
yang agak kompleks dan saling berkait rapat, faktor utama penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia
Pertama digerakkan oleh golongan Turki Muda melalui badan politiknya iaitu Persatuan Perpaduan dan
Kemajuan (CUP). CUP ditubuhkan dengan tujuan merebut kuasa daripada Sultan Abdul Hamid II, memulihkan
sistem pemerintahan perlembagaan dan memertahankan kedaulatan Tuki Uthmaniyah. Era rejim Turki Muda
(1908 – 1918) merupakan peringkat akhir empayar Uthmaniyah.

ISI-ISI PENTING
1. Keinginan Mempertahankan Kedaulatan Empayar Turki Uthmaniyah
● Golongan Turki Muda ingin mempertahankan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
● Pada tahun 1908, berlaku krisis politik dalaman kerajaan Turki Uthmaniyah akibat rampasan kuasa oleh
rejim Turki Muda terhadap Sultan Abdul Hamid II. Situasi ini membuka peluang kepada negara Austria, Sebia
dan Rusia untuk menguasai wilayah Balkan yang berada di bawah kekuasaan Turki Uhtmaniyah.
● Pada tahun 1912, persekutuan Bulgaria, Serbia dan Yunani dan Montenegro mengisytiharkan Perang
Balkan sehingga berjaya mengalahkan Turki Uthmaniyah. Peperangan ini berakhir dengan Perjanjian
London pada 10 Jun 1913 di mana Turki Uthmaniyah kehilangan semua wilayahnya di Semenanjung
Balkan.
● Gerakan Turki Muda ingin mengheret kerajaan Turki Uthmaniyah ke dalam kancah Perang Dunia Pertama
dengan harapan akan memperoleh kembali wilayahnya yang telah merdeka atau dikuasai oleh kuasa lain.
● Gerakan Turki Muda mempunyai semangat nasionalisme tinggi serta ingin mengembalikan kegemilangan
wmpayar Turki Uthmaniyah. Mereka bersedia mengambil risiko dengan
menyebelahi Jerman dalam Perang Dunia Pertama.

96
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

2. Mengadakan perjanjian sulit dengan Jerman


● Gerakan Turki Muda juga telah mengadakan perjanjian sulit dengan Jerman.
● Menjelang Perang Dunia Pertama, Gerakan Turki Muda yang diketuai oleh pemimpin tiga serangkai iaitu
Talat Bery Pasya, Ismail Enver Pasha dan Jamal Pasha telah mengamalkan dasar pro-Jerman (kuasa Axis)
sebagai langkah untuk menuntut bela terhadap kuasa Berikat (British, Perancis dan Rusia) yang selama ini
menceroboh dan mengancam wilayah Turki Uthmaniyah. Mereka juga bimbang rancangan dan kebangkitan
Rusia yang mejadi musuh tradisi empayar Turki Uthmaniyah.
● Penglibatan kerajaan Turki Utmaniyah dalam Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 apabila
Perdana Menteri, Saad Halim Pasha (salah seorang pemimpin Turki Muda) menandatangani perjanjian sulit
yang menyatakan sokongan terhadap Jerman sekiranya Jerman dapat memberikan bantuan kepada kerajaan
Turki Uthmaniyah dalam krisis Austria dan Serbia di rantau Balkan.
● Sehubungan itu, kerajaan Turki Uthmaniyah telah membenarkan dua buah kapal perang Jerman berlabuh di
Selat Dardanelles dan menutup selat tersebut daripada digunakan oleh kapal perang British.
● Tindakan ini menyebabkan kuasa Eropah dan Rusia memprotes kerana ianya mencabuli dasar berkecuali
kerajaan Turki Uthmaniyah. Tindakan rejim Turki Muda memihak Jerman telah menempah kecelakaan
kepada empayar Turki Uthmaniyah. Pihak axis kalah pada 1918 dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan
rejim Turki Muda turut tumbang. Ketiga-tiga pemimpin utama Turki Muda (CUP) iaitu Talat, Enver dan Jamal
telah melarikan diri ke luar negara dengan menaiki sebuah kapal Jerman.

3. Menggunakan strategi Pan-Islamisme


● Gerakan Turki Muda menggunakan strategi Pan-Islamisme untuk mengheret kerajaan Turki Uthmaniyah
dalam Perang Dunia Pertama.
● Semasa Peranh Dunia Pertama, Gerakan Turki Muda melalui Ismail Enver Pasha selaku Menteri
Pertahanan telah menggunakan strategi Pan-Islamisme (perpaduan umat Islam sedunia) bagi mencabar
pihak Berikat. Namun begitu, strategi ini gagal untuk memperoleh skokongan daripada umat Islam
melainkan di Libya.
● Sebaliknya, pada 1916 sebahagian umat Islam daripada bangsa Arab yang diketuai oleh Syarif Hussain,
gabenor Turki Uthmaniyah di Makkah telah mengiytiharkan perang terhadap empayar Turki Uthmaniyah
dengan sokongan daripada pihak Barat.
● Syarif Hussain bertindak demikian kerana British berjanji untuk membantunya mendirikan sebuah negara
Arab merdeka di wilayah Arab yang dirampas daripada kerajaan Turki Uthmaniyah.

4. Menyelamatkan Turki Uthmaniyah dari Gerakan Kristianisasi


● Gerakan Turki Muda juga ingin menyelamatkan Turki Uthmaniyah dari Gerakan Kristianisasi.
● Ada kalangan pemimpin Gerakan Turki Muda yang mempunyai pandangan lebih jauh dengan cita- cita
untuk menyelamatkan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada Gerakan Kristianisasi dan mendakwa Sultan
Abdul hamid II menjadi penyebab kepada ketidakupayaan kerajaan untuk menghapuskan penentangan sama
ada dari dalam dan luar negara.
● Negara-negara Barat mulai mengambil kesempatan dari krisis politik ini untuk menguasai wilayah- wilayah
Turki Uthmaniyah. Kekalahan dalam Perang Balkan 1 pada tahun 1913 menyebabkan golongan tentera
Turki Uthmaniyah bergabung dengan Gerakan Turki Muda melakukan rampasan kuasa terhadap
pemerintahan Perdana Menteri Turki Uthmaniyah,
● Kamil Pasha. Turki Muda akhirnya menguasai pemerintahan Turki Uthmaniyah secara mutlak.
Pemerintahan dikendalikan 3 pasha iaitu Ismail Enver (Anwar) Pasha selaku Menteri Pertahanan,
Muhammad Talaat Pasha selaku Menteri Dalam Negeri dan Ahmad Jamal Pasha sebagai Menteri Angkatan
Laut. Perdana Menteri baharu ialah Said Halim Pasha yang merupakan anggota CUP,

97
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
namun beliau hanya memiliki sedikit pengaruh.
● Ketiga-tiga Pasha ini kemudian mengheret Turki Uthmaniyah terlibat langsung
dalam Perang Dunia Pertama.

5. Menghidupkan Gagasan Pan-Turkisme


● Gerakan Turki Uthmaniyah telah menghidupkan Gagasan Pan-Turkisme (Pan-Turanisme).
● Pan-Turkisme merupakan gagasan penyatuan seluruh bangsa Turki dalam empayar Turki Uthmaniyah
dengan warga Turki di Asia Tengah. Pan-Turkisme semakin bergema dalam kerajaan ketika Turki
Uthmaniyah ditewaskan dalam Perang Balkan 1 (1912-1913). Gagasan ini amat diminati oleh Gerakan
Turki Muda.
● Perasaan sebangsa dengan warga Turki di Asia Tengah (wilayah Caucasus) menyebabkan mereka ingin
membebaskan penduduk bangsa Turki di wilayah berkenaan dari penguasaan Rusia.
● Asia Tengah juga diyakini oleh Turki Muda sebagai sebahagian tanahair bangsa Turki.
● Revolusi Bolshevik 1917 di Rusia menyemarak semangat baharu idea-idea Pan Turkisme. Anwar Pasha,
Menteri Perang mula mendokong idea berdirinya sebuah kerajaan baharu yang dibangunkan berdasarkan
kesatuan dengan daerah-daerah Turki di Asia Tengah untuk menggantikan wilayah-wilayah yang hilang di
Timur Tengah.
● Pan-Turkisme digunakan bagi mengimbangi ideologi Pan-Slavia yang digerakkan oleh Rusia bagi
mempengaruhi penduduk Kristian Balkan khasnya Serbia agar menuntut kemerdekaan dari Turki
Uthmaniyah.
● Pan-Turkisme mulai berkembang dan mendapat sambutan menjelang Perang Dunia Pertama. Ideologi Pan-
Turkisme semakin bergema di kalangan Turki Muda Ketika kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan banyak
wilayahnya di rantau Balkan pada tahun 1913.
● Pan-Turkisme juga mendapat inspirasi dari kejayaan Prusia yang berhasil membentuk Pan- Germania
(Kesatuan Jerman) pada tahun 1871. Justeru, penekanan dasar Pan-Turkisme (Turkifikasi) dengan penuh
rpogresif mengakibatkan penentangan daripada golongan minority Kristian dan nasionalisme Arab semakin
memuncak.

6. Mengakhiri isolasi diplomatik terhadap Turki Uthmaniyah


● Gerakan Turki Muda juga telah mengakhiri isolasi diplomatik terhadap Turki Uthmaniyah. Isolasi
diplomatik berlaku ketika Gerakan Turki Muda berjaya menguasai pemerintahan Turki Uthmaniyah melalui
rampasan kuasa.
● Pemerintahan Turki Muda tidak mendapat sokongan dari mana-mana negara Eropah kerana mereka bersifat
nasionalis dan berhasrat mengakhiri segera pengaruh dan kekuasaan negara- negara Eropah dalam kerajaan
Turki Uthmaniyah.
● Situasi ini menyebabkan Turki Uthmaniyah mulai kehilangan sekutu yang dapat membantunya ketika
wilayah Turki Uthmaniyah diserang negara lain. Buktinya, Ketika Turki Uthmaniyah diserang oleh Itali,
tiada satu negara Eropah pun yang mahu membantunya.
● Gerakan Turki Muda meyakini bahawa isolasi yang berterusan mampu menumbangkan kerajaan Turki
Uthmaniyah. Keadaan ini memaksa Turki Muda menawarkan atau mengadakan hubungan persahabatan
atau gabungan dengan mana-mana negara seperti Britain dan Perancis, namun ternyata tawaran Turki
Uthmaniyah ditolak.
● Bagaimanapun, Gerakan Turki Muda berjaya mengadakan hubungan persahabatan dengan Jerman apabila
Kaiser Wilhelm II bersetuju mengadakan pakatan strategik.
● Akhirnya, tercapailah kesepakatan antara Turki Uthmaniyah dan Jerman yang akhirnya mengheret Turki
Uthmaniyah ke dalam kancah Perang Dunia Pertama.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Gerakan Turki Muda telah menceburkan diri secara langsung dalam Perang Dunia Pertama
dengan menjadi sekutu Jerman. Kekalahan Jerman secara tidak langsung menghancurkan empayar Turki
Uthmaniyah yang selama ini sudah lemah dan digelarkan oleh pihak Barat sebagai ‘Orang Sakit Eropah’ (Sick
Man of Europe). Gerakan Turki Muda yang terdiri daripada pelbagai aliran
98
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
iaitu Islamis, nasionalis dan liberal.Mereka hanya bersatu atas dasar untuk menamatkan
pemerintahan Sultan Abdul Hamid II serta campur tangan kuasa
asing, tetapi tidak berjaya untuk mempertahankan empayar Turki Uthmaniyah. Sebaliknya, Turki Uthmaniyah
kehilangan lebih banyak wilayah sebelum dihancurkan oleh pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Pertama. Pada
bulan Oktober 1918, kerajaan Turki Uthmaniiyah dan British memeterai Perjanjian Versailles bagi menamatkan
perang. Tentera Pakatan Eropah Berjaya menduduki Istanbul dan ini akhirnya membawa kepada keruntuhan
empayar Turki Uthmaniyah. Kekalahan ini telah mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa Turki.

Soalan 52: Huraikan proses penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama (1914-
1918)

PENDAHULUAN
Perang Dunia Pertama (1914-1918) berlaku di antara dua pihak iaitu Jerman, Austria Hungary dan Turki
Uthmaniyah yang dikenali sebagai Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dengan Russia, Britain dan Perancis
yang dikenali sebagai Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa) yang kemudiannya disertai oleh Itali pada tahun
1907. Semasa meletus Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah diperintah oleh Sultan Abdul Hamid II.
Namun, kuasa sebenar kerajaan Turki Uthmaniyah dipegang oleh tiga serangkai pemimpin Turki Muda iaitu,
Enver Pasha (Menteri Peperangan), Said Halim Pasha (Perdana Menteri) dan Tal’at Pasha (Menteri Dalam
Negeri).

ISI-ISI PENTING
1. Krisis ketenteraan Russia di Laut Hitam.
● Proses penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama bermula dengan krisis ketenteraan
Russia di Laut Hitam.
● Pada 28 Oktober 1914, Russia mengganggu armada Turki Uthmaniyah pimpinan Admiral Jerman, Wilhelm
Souchon menjalani Latihan ketenteraan di Laut Hitam, utara Turki. Ini telah mencetuskan konflik
ketenteraan antara kedua negara.
● Pasukan armada Turki Uthmaniyah kemudiannya bertindak menyerang kapal perang Russia iaitu Pruz dan
Kubanetz. Menteri Perang, Enver Pasha memaklumkan kepada Perdana Menteri, Said Halim Pasha tentang
serangan oleh Russia diketuai oleh komander yang berkhidmat di Istanbul dan menyifatkan serangan
tersebut merupakan perancangan perang yang telah lama diatur.
● Rentetan peristiwa yang meibatkan konflik tentera antara Turki Uthamiyah-Russia di Laut Hitam ini
menjadi asas penglibatan secara rasmi Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

2. Peperangan dengan Russia di Caucasus


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah terlibat dalam peperangan dengan Russia di Caucasus. Peperangan dengan
Russia bermula dengan percubaan tentera Turki Uthmaniyah menguasai wilayah Caucasus, timur Turki dan
mengalahkan Azerbaijan serta terus mara ke Iran. Iran ketika

99
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
itu bersifat zon bebas (bukan wilayah Uthmaniyah) dan berkecuali iaitu tidak
menyebelahi mana-mana pihak dalam Perang Dunia Pertama.
● Pada tahun 1914, tentera Rusia pimpinan Jeneral IIIarion Vorontsov Dashcov dan Nicolai Yudenish berjaya
menguasai semula wilayah Caucasus dan berjaya memasuki timur Turki Uthmaniyah seperti Erzurum,
Erzinjan Van.
● Faktor kekalahan tentera Truki Uthamaniyah kerana terpaksa berperang ketika musim salji. Sebahagian
besar tentera terkorban akibat cuaca dingin dan kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah tidak dilengkapi
dengan pakaian tentera musim dingin berbanding tentera Russia yang lengkap dan telah biasa berperang
pada musim dingin.
● Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang kawasan utara Persia yang berada di bawah
pengaruh Persia dan berjaya menguasai Tabriz. Namun, pada 30 Januari 1915, tentera Russia berjaya
menguasainya semula. Setelah nenewaskan Turki Uthmaniyah di wilayah Caucasus, Rusia bersiap sedia
untuk melakukan serangan ke atas Istanbul, ibu kota Turki Uthmaniyah.
● Namun, Revolusi Bolshevik 1917 telah menghentikan semua operasi ketenteraan Rusia di wilayah
Caucasus. Semua 500 ribu tentera Rusia dipanggil balik bagi memadam gerakan penentangan oleh
sebahagian tentera Rusia yang masih setia kepada Maharaja Tzar Nicholas II.

3. Peperangan dengan British di Mesopotamia, Iraq.


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah juga telah terlibat dalam peperangan dengan British di Mesopotamia, Iraq.
● Pada November 1914, tentera British telahpun berada di selatan Iraq untuk menjaga dan mengawal telaga
minyak di Sulaimaniyah, Iran (bukan wilayah Turki Uthmaniyah).
● Pada awal abad ke-20M, minyak mula menggantikan arang batu sebagai sumber utama tenaga industri.
● Tujuan utama pihak British menduduki Iraq adalah untuk menguasai wilayah Basrah, Iraq dan akhirnya
akan bergabung dengan tentera Rusia yang datang dari wilayah Caucasus. Gabungan tentera British dan
Rusia diharap dapat memutuskan dan menutup jalan perhubungan penting tentera Turki Uthmaniyah.
● Pada peringkat awal, tentera Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan British pada bulan April 1916 di
bandar lama Ctesiphon, dekat Baghdad. Namun pada bulan Mac 1917, Baghdad, ibu kota Iraq telah
dikuasai oleh tentera British dan Rusia dari kerajaan Turki Uthmaniyah.

4. Peperangan dengan British di Semenanjung Sinai, Mesir


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah juga terlibat dengan peperangan dengan British di Semenanjung Sinai,
Mesir.
● Pada Februari 1915, tentera Turki Uthmaniyah cuba melintasi Terusan Suwz, Mesir tetapi digagalkan oleh
tentera British. British yang menguasai Mesir sejak tahun 1882 telah menambah jumlah askar di Terusan
Suez dengan membawa masuk tentera yang kalah di medan Gallipoli. Pada tahun 1916, tentera British cuba
meintasi Semenanjung Sinai untuk menguasai Palestin dan Syria. Pada bulan Mei 1917, tentera Turki
Uthmaniyah dengan bantuan tentera Jerman menyerang tentera British di Palestin tetapi gagal apabila
Komander Brtish, Allenby berjaya menguasai Jerussalem, Palestin pada Disember 1917.
● Kejayaan British ini membawa kepada penjajahan secara langsung kuasa Barat ke atas bumi Palestin yang
sebelum ini merupakan wilayah penguasaan Turki Uhtmaniyah (1517-1918). Syria juga turut dikuasai oleh
tentera British pada bulan September 1918.

5. Peperangan dengan British di Dardanelles dan Gallipoli, Turki.


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah terlibat dalam peperangan dengan British di Dardanelles dan Gallipoli,
Turki.
● Pada Mac 1915, armada British dan Perancis cuba menguasai Selat Dardanelles, Turki namun digagalkan
oleh tentera Turki Uthmaniyah.

100
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Pada April 1915, tentera British dengan bantuan 50,000 tentera New Zealand,
Australia dan Perancis mendarat di wilayah Gallipoli untuk menawan
Istanbul, pusat pentadbiran Turki Utmaniyah, tetapi digagalkan oleh tentera Turki Uthmaniyah di bawah
pemerintahan Komander Jerman.
● Pada Januari 1916, Pakatan tentera keempat-empat negara Barat berkenaan mengaku kalah dan terpaksa
meninggalkan wilayah Gallipoli. Peperangan Gallipoli membawa kepada kebangkitan pengaruh Mustafa
Kamal Attaturk sebagai ketua tentera Turki Uthmaniyah.

6. Peperangan dengan pemimpin Arab di Hijaz.


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah terlibat dalam peperangan dengan pemimpin Arab di Hijaz. Tentera Turki
Uthmaniyah ditentang oleh tali barut British iaitu Sharif Husain, gabenor Makkah dan Madinah yang mengetuai
kelompok nasionalisme Arab.
● Beliau memainkan sentimen kemuliaan keturunannya dari Arab Bani Hashim (keturunan Nabi Muhammad
SAW) dan mendakwa layak menjadi penguasa umat Islam sejagat. Anaknya, Faisal Sharif yang memimpin
tentera Arab telah berjaya menghalau tentera Turki Uthmaniyah dari Semenanjung Tanah Arab (Hijaz).
● Namun, dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak mendapat balasan seperti dijanjikan. Akhirnya,
British melantik Sharif Husain sebagai penguasa Jordan.
● Di Damsyik, Faisal Sharif membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan mendapat pengesahan dan
bantuan dari British.
● Turki Uthmaniyah turut ditentang oleh tali barut British iaitu keluarga Saud pada bulan Disember 1915.
British mengisytiharkan Ibn Saud sebagai pemimpin Arab di Najd (tengah Arabia). British membiarkan Ibn
Saud menguasai Tanah Arab dan sekaligus dapat menghalau kuasa Turki Uthmaniyah. Keluarga Saud telah
bertindak menyerang Bani Rashid, sekutu kerajaan Turki Uthmaniyah.
● Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh bumi Arabi di bawah penguasaan Turki Uthmaniyah kecuali Aden
dan Teluk Parsi. Sharif Husain berjanji akan membantu British menghadapi tentera Turki Uthmaniyah dan
akhirnya beliau mengusytiharkan perang pada bulan Jun 1916.
● Perjuangan ketenteraan bangsa Arab selama dua tahun berakhir apabila kerajaan Turki Uthmaniyah
meminta diadakan perdamaian pada 30 Oktober 1918.

7. Peperangan dengan British, Perancis dan Itali di Utara Afrika


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah turut terlibat dalam peperangan dengan British, Perancis dan Itali di Utara
Afrika.
● Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan dengan British, Perancis dan Itali yang cuba menguasai Libya di
Utara Afrika. British akhirnya berjaya menguasai Libya untuk diserahkan kepada Itali sebagai memenuhi
janji Pakatan Berikat sekiranya Itali menyertai blok mereka menghadapi Jerman dalam Perang Dunia Pertama.
● Tentera Turki Uthmaniyah juga berhadapan dengan Perancis di Maghribi, Tunisia dan Algeria yang
akhirnya dikuasai oleh negara Barat berkenaan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, pada Oktober 1918, kerajaan Turki Uthmaniyah dan British memeterai Perjanjian Versailles
bagi menamatkan perang. Tentera Pakatan Eropah Berjaya menduduki Istanbul dan akhirnya membawa kepada
keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama turut
memberi impak negatif terhadap dunia Islam apabila berhadapan dengan kuasa inperialisme Barat.

Soalan 53: Analisiskan faktor-faktor kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia
Pertama.

PENDAHULUAN

101
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Perang ke atas British, Perancis dan Rusia dalam Perang Dunia Pertama diisytiharkan
oleh Sultan Muhammad Rashad V (1909-1918), pemerintah Turki
Uthmaniyah pada 14 November 1914. Pengisytiharan ini bertujuan menyeru umat Islam seluruh dunia bangkit
bersama mempertahankan agama, penduduk, dan wilayah Islam dari kuasa imperialisme Barat. Turki Uthmaniyah
telah terlibat dalam beberapa siri peperangan dengan Pakatan Bertiga. Walaupun begitu terdapat pelbagai faktor
yang menyebabkan kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama.

ISI-ISI PENTING
1. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan Rusia di Caucasus, Timur Turki
● Peperangan dengan Rusia bermula dengan percubaan tentera Turki Uhmaniyah menguasai wilayah
Caucasus, di Timur Turki dan mengalahkan Azerbaijan serta terus mara ke Iran yang ketika itu bersifat zon
bebas (bukan wilayah Turki Uthmaniyah) dan berkecuali iaitu tidak terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
● Pada akhir tahn 1914, tentera Rusia pimpinan Jeneral Illarion Vorontsov Dashkov dan Nicolai Yudenich
berjaya menguasai semula wilayah Caucasus dan berjaya memasuki wilayah timur Turki Uthmaniyah
seperti Erzurum, Erzinjan dan Van.
● Faktor kekalahan tentera Turki Uthmaniyah kerana terpaksa berperang ketika musim salji. Sebahagian besar
tentera terkorban akibat cuaca dingin dan kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah tidak dilengkapi dengan
pakaian tentera musim dingin berbanding dengan tentera Rusia yang memilikinya dan telah biasa berperang
pada musim dingin.
● Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang kawasan utara Persia yang berada di bawah
pengaruh Rusia dan berjaya menguasai Tabriz. Namun, pada 30 Januari 1915, tentera Rusia berjaya
menguasainya semula.
● Setelah menewaskan Turki Uthmaniyah di wilayah Caucasus, Rusia bersiap sedia untuk melakukan serangan ke
atas Istanbul, ibu kota Turki Uthmaniyah. Namun, Revolusi Bolshevik 1917 telah menghentikan semua
operasi ketenteraan Rusia di wilayah Caucasus dan balik ke Rusia bagi menghentikan revolusi tersebut.

2. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British di Mesopotamia, Iraq.


● Pada November 1914, tentera British telah berada di selatan Iraq untuk menjaga dan mengawal telaga
minyak di Sulaimaniyah, Iran (bukan wilayah Turki Uthmaniyah). Pada awal ahad ke-20M, minyak mula
menggantikan arang batu sebagai sumber utama tenaga industri.
● Tujuan utama pihak British menduduki Iraq adalah untuk menguasai wilayah Basrah, Iraq dan akhirnya
akan bergabung dengan tentera Rusia yang datang dari wilayah Caucasus. Gabungan tentera British dan
Rusia diharap dapat memutus dan menutup jalan perhubungan penting tentera Turki Uthmaniyah.
● Pada peringkat awal, tentera Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan British pada April 1916 di bandar
lama Ctesiphon, berdekatan Baghdad. Namun, pada Mac 1917, Baghdad telah dikuasai oleh tentera British
dan Rusia dari kerajaan Turki Uthmaniyah.

3. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British di Semenanjung Sinai, Mesir


● Pada Februari 1915, tentera Turki Uhmaniyah cuba melintasi Terusan Suez, Mesir tetapi digagalkan oleh tentera
British. British yang menguasai Mesir sejak tahun I882 telah menambah jumlah askar di Terusan Suez
dengan membawa masuk tentera yang kalah di medan perang Gallipoli.
● Pada tahun 1916, tentera British cuba melintasi Semenanjung Sinai, Mesir untuk menguasai Palestin dan
Syria. Pada bulan Mei 1917, tentera Turki Uthmaniyah dengan bantuan tentera Jerman menyerang tentera
British di Palestin tetapi gagal apabila Komander British, Allenby berjaya menguasai Jerusalem, Palestin, pada
9 Mac 1917.
● Kejayaan British ini membawa kepada penjajahan secara langsung kuasa Barat ke atas bumi Palestin yang
sebelum ini merupakan wilayah penguasaan Turki Uthmaniyah (1517-1918). Syria turut dikuasai oleh
tentera British pada bulan September 1918.

102
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
4. Pemimpin Arab di Hijaz yang memihak kepada British
● Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh bumi Arabia di bawah penguasaan Turki
Uthmaniyyah kecuali Aden dan Teluk Parsi. Tentera Turki Uthmaniyah ditentang oleh tali barut British
iaitu Sharif Husain, gabenor Makkah dan Madinah yang mengetuai kelompok nasionalisme Arab. Beliau
memainkan sentimen kemuliaan keturunannya dari Bani Hashim (keturunan Nabi Muhammal saw) dan
mendakwa layak menjadi penguasa umat lslam.
● Anaknya Faisal Sharif yang memimpin tentera Arab berjaya menghalau tentera Turki Uthmaniyah dari
Semenanjung Tanah Arab (Hijaz). Namun, dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak mendapat
balasan seperti dijanjikan. Akhirnya, British melantik Sharif Husain sebagai penguasa Jordan.
● Semasa di Damsyik, Faisal Sharif membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan mendapat
pengesahan dan bantuan dari British. Turki Uthmaniyah turut ditentang oleh tali barut British iaitu keluarga
Saud pada bulan Disember 1915.
● British mengisytiharkan Ibn Saud sebagai pemimpin Arab di Najd (tengah Arabia). British membiarkan Ibn
Saud menguasai kawasan Tanah Arab dan sekaligus menghalau kuasa Turki Uthmaniyah. Keluarga Saud
telah bertindak menyerang Bani Rashid, sekutu kerajaan Turki Uthmaniyah.
● Sharif Husain berjanji akan membantu British menghadapi tentera Turki Uthmaniyah dan akhirnya beliau
mengisytiharkan perang pada bulan Jun 1916. Perjuangan ketenteraan bangsa Arab selama dua tahun
berakhir apabila kerajaan Turki Uthmaniyah meminta diadakan perdamaian pada 30 Oktober 1918.

5. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British, Perancis, dan Itali di Utara Afrika
● Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan dengan British, Perancis, dan Itali yang cuba menguasai Libya di
Utara Afrika.
● British akhirnya berjaya menguasai Libya untuk diserahkan kepada Itali sebagai memenuhi janji Pakatan
Berikat sekiranya Itali menyertai blok mereka menghadapi Jerman dalam Perang Daia Pertama.
● Tentera Turki Uthmaniyah juga berhadapan dengan Perancis di Maghribi, Tunisia, dan Algeria yang akhirnya
dikuasai oleh negara Barat berkenaan.

6. Peranan Mustafa Kamal Attartuk


● Strategi Pihak berikat di Asia Barat ialah menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Semasa perang dunia
pertama, Kerajaan Turki Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid ll. Pihak berikat
ingin menjatuhkan pemerintahan terakhir khalifah Islam di Turki.
● Kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah sebenarnya telah dirancang melalui perajurit anggota freemason yang
menyertai tentera Turki Uthmaniyah. Muncul pegawai- pegawai muda tentera yang memainkan peranan penting
dalam komplot rampasan kuasa menggulingkan institusi Kesultanan Turki Uthmaniyah termasuk Mustafa
Kamal Attartuk.
● Pada mulanya, Mustafa Kamal Attartuk menentang campur tangan kuasa asing. Namun, perjuangannya
berubah menjadi penentangan terhadap kekuasaan Khalifah Turki Uthmaniyah. Akhirnya, sistem khalifah
dihapuskan dan Turki menjadi sebuah negara bangsa tersendiri, terpisah dari wilayah-wilayah yang
dahulunya merupakan kesatuan Khalifah Islamiyah Turki.

7. Kelemahan pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah


● Mengalahkan Turki Uthmaniyah dari segi politik merupakan strategi yang dilakukan oleh pihak Berikat di
Asia Barat. Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan sultan dalam mengendalikan
pemerintahan menjadikan institusi politik tidak memenuhi tuntutan semasa.
● Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila ketidakmampuan khalifah dan Kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialisme Barat. Kelemahan kerajaan Turki semakin nyata
apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa Barat seperti melaksanakan tanzimat

103
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran.
● Kegagalan tanzimat sekaligus melemahkan lagi pentadbiran kerajaan Turki
Uthmaniyah. Kelemahan pentadbiran turut menyebabkan Turki kalah dalam Perang Dunia Pertama.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat pelbagai strategi yang telah dilakukan oleh pihak berikat di Asia Barat bagi
menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyah.Srategi-strategi tersebut menjadi faktor kepada kekalahan kerajaan
Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

Soalan 54 : Bincangkan kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah selepas Perang


Dunia 1.

PENGENALAN
Kerajaan Turki Uthmaniyyah terbentuk dibawah pemerintahan Osman 1. Kerajaan ini mencapai zaman
kehebatan dibawah pemeritahan Sultan Muhammad Al-Fatih apabila berjaya mengalahkan kerajaan Byzantine.
Kerajaan Turki mengalami zaman kejatuhan apabila terlibat dalam Perang Dunia 1 pada tahun 1914 dengan
menyertai kuasa tengah terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan Itali. Kesannya kuasa tengah mengalami
kekalahan dan merupakan titik tolak kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kejatuhan ini merupakan
sebahagian perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Islam Turki setelah Eropah mengalami kekalahan
sepanjang Perang Salib sebelum perang Dunia Pertama.Kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah
melibatkan perpecahan empayar Turki, berakhirnya sistem khalifah Islam, kematian rakyat empayar Turki,
kewangan yang besar dalam membiayai perang dan lain-lain.

ISI-ISI PENTING
1. Kesan Politik
● Kesan geopolitik selepas kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1 ialah empayar Turki berpecah
menjadi negara berasingan. Selepas Perang Dunia 1, Kerajaan Turki Uthmaniyah menandatangani
perjanjian Sykes-Picot 1916 yang telah menyebabkan wilayah Turki Uthmaniyah dibahagikan kepada
Perancis, Inggeris, Rusia dan Itali.
● Munculnya negara bangsa dari wilayah-wilayah Uthmaniyah apabila sempadan-sempadan telah digariskan
oleh pihak Barat dengan memisahkan penduduk negara masing-masing walaupun semua satu agama.
● Kesan gencatan senjata Mudros 1918, Kerajaan Uthmaniyah terpaksa melepaskan wilayah kekuasaannya di
Timur Tengah dan membuka Selat Dardanellers dan Bosphorus kepada kuasa Bersekutu. Pasukan tentera
Uthmaniyah terpaksa dibubarkan ,membawa kepada penaklukan tentera Bersekutu ke atas Istanbul
● Politik Islam selepas kekalahan Turki Uthmaniyah mula pecah apabila kepercayaan kepada sistem khalifah
semakin pudar. Sistem sekular mula menular apabila Turki kalah dalam Perang Dunia

104
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Pertama. Eropah mula melatih pemimpin muda Turki dengan ilmu sekular ataupun
“Freemason” untuk menjatuhkan kerajaan Islam. Tokoh yang dipilih Eropah ialah
Mustafa Kamal, merupakan seorang pelajar sekolah tentera bermula tahun 1885 hingga 1907 yang dididik
dengan fahaman Barat dan membenci sistem khalifah Islam. Selepas tahun 1918 Turki menjadi negara
sekular.

2. Kesan Ekonomi
● Kekalahan dalam Perang Dunia 1, telah menyebabkan Turki Uthmaniyah menanggung bebebanan
kewangan yang tinggi. Kemerosotan ekonomi kerajaan Turki kerana terpaksa menanggung pembiayaan
perang dan telah menyebabkan negara dibawah wilayah Turki mengalami kemerosotan ekonomi seperti
negara Timur Tengah dan Afrika Utara selepas perjanjian dengan negara Eropah kesan kekalahan dalam
Perang Dunia Pertama.
● Perdagangan semakin merosot kerana kuasa Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut
Mediterranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan lain. Situasi ini menyebabkan Eropah semakin
menguasai negara Islam. Golongan Yahudi turut menguasai ekonomi Mesir sementara Soviet Union
menguasai perniagaan asing di Iran
● Ekonomi Islam merosot apabila sistem kewangan Islam mula terjejas setelah negara dibawah wilayah Turki
mula bebas daripada pengaruh sistem khalifah Islam. Negara yang bebas menerima pengaruh Eropah dan
sistem ekonomi Eropah dalam pentadbiran terutamanya negara di blok Eropah.

3. Kesan Sosial
● Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan kematian yang besar. seramai 800,000 tentera Turki meninggal
dunia dalam perang. Selain itu kematian juga disebabkan oleh kebuluran dan penyakit kesan daripada
perang dunia pertama. Satu juta tentera Uthamaniah dari kalangan rakyat Armenia meninggal dunia kesan
perang dunia pertama kerana di halau keluar dari Armenia dan dibunuh.
● Kesan perang dunia pertama juga telah menyebabkan perpaduan dikalangan wilayah Turki Uthmaniyah
mula longgar. Kesannya berlaku perpecahan dikalangan negara dalam wilayah Turki Uthmaniyah.
● Negara Islam mula mengambil idea Barat dalam meneruskan kehidupan samada dalam pendidikan
mahupun kehidupan seharian.
● Amalan syariat Islam semakin tercalar dan terdedah kepada perubahan hasil pembaratan. Trki kehilangan
identiti dan tradisi rakyat Turki. Perpecahan ummah turut berlaku ekoran kewujudan negara Bangsa.

KESIMPULAN
Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1, merupakan titik permulaan kepada kejatuhan sistem
Islam dalam pemerintahan dan permulaan kepada menularnya faham sekular dalam negara Islam. Dunia Islam
selepas kekalahan Turki Uthmaniyah mula hilang penguasaan politik, ekonomi dan sosial berasaskan kehidupan
Islam.

Soalan 55 : Bincangkan dasar Tanzimat yang dilaksanakan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah
pada abad ke-19 Masihi.

PENDAHULUAN
Tanzimat ialah mengatur, menyusun, dan memperbaiki. Usaha ini merupakan pembaharuan yang dilancarkan
oleh Sultan Mahmud II. Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalam
kerajaan Turki Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876. Tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan
daripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memberi fokus terhadap masalah rakyat yang
beragama kristian supaya golongan tersebut tidak mendapatkan

105
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
naungan daripada kuasa luar. Pada umumnya, Tanzimat ini berdasarkan dua piagam utama
iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan Hatt-I Hamayun 1856.

1. Dasar Piagam Hatt-I Sherif Gulhane 1839


● Dalam mukaddimahnya, Piagam Hatt-I Sherif Gulhane menjelaskan tentang perlunya sebuah peraturan yang
lengkap. Hal ini kerana pada permulaan kerajaan Uthmaniyah, syariat dan undang- undang negara dipatuhi
dan kerajaan menjadi kuat serta rakyat hidup dalam kemakmuran. Sebaliknya, selepas 150 tahun telah
berlaku penyelewengan yang menyebabkan undang-undang tidak lagi dipatuhi dan akibatnya kekuatan serta
kemakmuran bertukar kepada kelemahan dan kemiskinan.
● Kandungan pertama piagam ini ialah jaminan keselamatan nyawa, kehormatan, dan harta benda. Seseorang
yang dituduh akan diadili mengikut syariat Islam dan hukuman tidak akan dijatuhkan kecuali selepas
perbicaraan dan pemeriksaan. Pelanggaran terhadap kehormatan seseorang tidak dibenarkan. Hak milik
terhadap harta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan terhadap harta yang dimilikinya. Oleh itu,
hak memiliki harta penyenayah dan keluarganya tidak terhapus atau dirampas. Jaminan ini dinikmati oleh
semua rakyat Uthmaniyah tanpa mengira agama dan mazhab.
● Kandungan kedua, menubuhkan sistem pungutan cukai yang tetap dan adil. Cukai pertanian dan kerahan
tenaga yang tidak wajar akan dihentikan. Wang kutipan cukai akan diguna bagi melengkapkan keperluan
ketenteraan dan untuk belanjawan negara. Wang tersebut akan diagihkan untuk kepentingan rakyat dan
negara. Pungutan cukai secara monopoli turut dihapuskan. Kutipan dibuat berdasarkan harta yang dimiliki
dan kemampuan seseorang.
● Kandungan ketiga: Mewujudkan satu sistem yang teratur dalam pemilihan tentera bagi menjamin keadilan
khasnya dalam sistem kerahan, latihan, dan sebagainya. Sistem ini merupakan satu tugas suci bagi
mempertahankan bangsa dan tanah air. Sistem pemilihan tentera secara paksa tidak mampu memenuhi
bilangan yang diperlukan . Hal ini menyebabkan perlindungan tidak dapat diberikan sepenuhnya apabila
berlaku rusuhan . Dengan ini perlu ditubuhkan satu sistem yang sesuai dalam pengambilan tentera iaitu
mengikut pusingan penggal antara 4 hingga 5 tahun.

2. Dasar Piagam Hatt- Humayun 1856


● Kandungan pertama: Bahawa segala jaminan yang ditentukan dalam Hatt- Sherif Gulhane dan yang
bersesuaian dengan dasar Tanzimat adalah disahkan dalam Hatt-Humayun. Begitu juga keistimewaan yang
diberikan kepada masyarakat Kristian dan lainnya adalah juga disahkan. Sekiranya terdapat diskriminasi
dengan sebab agama, bangsa dan bahasa, maka la akan dihapuskan.
● Kandungan kedua: Di samping itu, piagam ini menyebut bahawa masyarakat Kristian dan bukan Islam
lainnya dibenarkan untuk menganut mana-mana agama dengan bebas dan tidak ada paksaan dalam beragama.
Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama layak memohon dan menyandang jawatan awam, memasuki
sekolah awam atau tentera. Mereka juga boleh mendirikan sekolah-sekolah persendirian Perkara yang timbul
antara rakyat yang berlainan agama akan diselesaikan oleh mahkamah campuran manakala prosedur
mahkamah ini dibuka kepada umum.
● Kandungan ketiga: Selain itu, pembaharuan juga dibuat dalam polisi kewangan seperti pembukaan bank,
menubuhkan dana di samping mengadakan kemudahan infrastruktur. Untuk mencapai tujuan ini, usaha akan
dibuat termasuk mendapatkan modal dari negara Eropah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui dasar Tanzimat, pembaharuan cara Barat dilaksanakan secara meluas dalam semua
aspek termasuk pentadbiran, pendidikan, ekonomi, dan perundangan. Reformasi perundangan telah melahirkan
undung undang baharu seperti Kanun Keseksaan, Kanun Perniagaan dan Perdagangan Laut. Mahkamah baharu
juga diwujudkan untuk menguatkuasakan kanun baharu termasuk Mahkamah Perdagangan, Mahkamah
Campuran, Mahkamah Sivil dan Jenayah.

106
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Soalan 56 : Bincangkan kesan Tanzimat terhadap pentadbiran kerajaan Turki
Uthmaniyah pada abad ke-19 Masihi.

PENDAHULUAN
Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalam kerajaan Turki Uthmaniyah
dan ianya dilancarkan oleh Sultan Mahmud II pada tahun 1839 hingga 1876.Tanzimat ini berdasarkan dua piagam
utama iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan Hatt-I Hamayun 1856. Tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan
daripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memberi fokus terhadap masalah rakyat yang
beragama kristian supaya golongan tersebut tidak mendapatkan naungan daripada kuasa luar. Pelaksanaan Tanzimat
telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.

1. Unsur-unsur sekularisme meresap dalam pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.


● Salah satu kesan Tanzimat adalah meresapnya unsue-unsue sekularisme dalam pentadbiran kerajaan Turki
Uthmaniyah.
● Ini disebabkan kedua-dua piagam yang menjadi dasar Tarzimat memuatkan program sekularisasi dalam
pelbagai institusi kerajaan termasuk perundangan. Piagam Gulhane memperakukan perundangan baru yang
banyak dipengaruhi oleh Barat, umpamanya Undang- Undang Perdagangan.
● Selan itu, didirikan pula mahkamah-mahkamah yang bersifat sekular, di samping mahkamah- mahkamah
syariah. Dalam sistem pendidikan pula, di samping didirikan sekolah-sekolah Rushdiye. Idadi, Sultani,
maktab dan universiti, ia juga memasukkan pendidikan moden yang terpisah dari agama

2. Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat.


● Lahir golongan birokrat yang pro-Barat ini ialah hasil kemasukan unsur-unsur sekular dalam sistem
pendidikan dan kebanyakan golongan birokrat Turki Uthmaniyah pula belajar di negara-negara Eropah.
● Hasil dari sikap pro-Barat ini membuka pintu kepada kemasukan pengaruh dan campurtangan negara Barat
dalam soal pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.
● Contohnya, Mustafa Kamal Artartuk telah berjaya memperjuangkan negara sekular Turki dan menggantikan
kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah.

3. Tanzimat ekonomi, kerajaan Uthmaniyah terlibat dengan sistem kapitalis.


● Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa negara Islam kepada negara
Barat apabila berlakunya kesulitan. Sistem pinjaman berasaskan riba ini membawa implikasi negatif apabila
kerajaan Uthmaniyah mulai berhutang dengan bank-bank asing.
● Pada mulanya, hutang masih kecil dan faedah yang dikenakan hanyalah 3% hingga 4% tetapi peperangan
yang berpanjangan menyebabkan kerajaan terpaksa terus berhutang sementara kadar faedah naik dengan
mendadak sekitar tahun 1860-an dan 1870-an yang akhirnya membawa padah kepada ekonomi negara
dimana KTU menghadapi zaman muflis.
● Peningkatan cukai dikenakan ke atas rakyat untuk perbelanjaan negara mengakibatkan kekacauan di
beberapa wilayah Balkan seperti di Bosnia dan Herzegovina dan kawasan sekitarnya.
● Buktinya Bulgaria yang mengambil peluang bagi membebaskan tanah air mereka daripada pemerintahan
Uthmaniyah. Apabila kerajaan Uthmaniyah berjaya menghapuskan rusuhan di Bulgaria dan Serbia,
Montenegro pula mengisytiharkan perang untuk mendapatkan kemerdekaan.
4. Kuasa mutlak sultan (sikap autokratik sultan)
● Sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menterinya dalam melaksanakan pembaharuan Tanzimat
juga mendapat kritikan keras. Kekuassan mutlak sultan bertambah setelah Sultan Mahmud Il berjaya
menghancurkan pasukan tentera Inkishariyah dan golongan ulama yang suatu

107
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
masa lalu, tertera ini merupakan kekuatan yang dapat mengimbangi kuasaan mutlak
sultan.
● Tentera Inkishariyah ditakuti bukan hanya kerana senjata mereka tetapi juga kerana hubungan yang erat
dengan Tarekat Bektasyi yang mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan masyarakat Uthmaniyah.
Sementara ulama yang tidak bersetuju dengan pembaharuan ala-Barat berada di belakang tentera. Mereka
merupakan kekuatan sosial yang disegani oleh sultan tetapi fungsi ulama menjadi lemah apabila mereka
diserapkan dalam pentadbiran dan munculnya golongan elit baru hasil dari sistem sekular mengambil alih
peranan mereka.
● Apabila hilangnya dua pengimbang ini (tentera dan ulama), kekuasaan sultan dan kabinetnya bertambah
mutlak menggantikan kebebasan bersuara dan berhujah. Hal seperti ini tidak dapat diterima oleh golongan
intelegensia Turki seperti Uthmani Muda.

5. Kemunculan Gerakan Uthmani Muda.


● Sejak, 1860-an kritikan terhadap pentadbiran khalifat Uthmaniyah telah disuarakan dalam akhbar dan
majalah tetapi dengan munculnya kumpulan Patriontik Alliance pada tahun 1871 yang akhirmya
membentuk gerakan Uthmani Muda.
● Dua tahun berikutnya gerakan ini telah secara terbuka mengkritik pemerintahan Utmaniyah dan mendesak
sistem baharu yang dikenali sebagai sistem khalifah berperlembagaan dilaksanakan.
● Hasil dari gerakan Uthmani Muda, maka pada tahun 1876 Sultan Abdul Hamid mengisytiharkan
kuatkuasanya perlembagaan baharu tetapi setahun kemudian perlembagaan ini digantung dan beliau
kembali mentadbir kerajaan Uhmaniyah dengan sistem khilafah tradisional yang menikmati kekuasaan
autokrasi.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, gerakan pembaharuan ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup Barat
seperti sekularisme dan materialisme, bahkan mengundang kuasa Barat untuk campur tangan dalam urusan
negara Islam. Gerakan Tarzimat yang dirangka untuk memodenkan kerajaan telah menimbulkan impak negatif.
Situasi ini akhirmya membawa kepada penguasaan kerajaan oleh golongan birokrat pro-Barat daan Tanzimat
juga tidak berjaya menyelamatkan kerajaan Uthimaniyah daripada ancaman kuasa-kuasa Barat.

Soalan 57: Analisiskan matlamat perjuangan gerakan Uthmani Muda dan Turki Muda dalam
dalam kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20M

PENDAHULUAN:
Uthmani Muda atau Uthmani baru dalam bahasa Turki dikenali sebagai Yeni Osmanlilar merupakan
pelopor yang memperjuangan sistem khalifah berperlembagaan. Perjuangan ini diteruskan pula oleh golongan
Turki Muda.Kebebasan yang diberikan oleh pihak kerajaan Uthmaniyah telah digunakan oleh golongan ini untuk
mengkritik dasar dan polisi kerajaan yang dilihat mengabaikan hak rakyat dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Matlamat kedua –dua gerakan ini adalah menukar sistem pemerintahan khalifah yang berkuasa mutlak kepada
khalifah berperlembagaan

ISI –ISI PENTING


A. Gerakan Uthmani Muda
1. Keahlian (Intelektual berpendidikan Barat)
● Uthmani Muda terdiri daripada sekumpulan intelektual yang berpendidikan Barat yang bekerja sebagai
wartawan dan penterjemah di Biro Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri. Gerakan ini dipengaruhi oleh
gerakan lain yang muncul di Eropah seperti Young Spain,Young Italy dan Young France namun masih
mengekalkan fahaman tradisi Uthmaniyah dan syariat islam. Antara tokoh utama kumpulan ini ialah Nemik
Kemal, Ali Suavi, Nuri Bey, Ziya Pasha dan Mustafa Fazil Pasha.
● Gerakan ini bergerak aktif sehingga berjaya melaksanakan sistem pemerintahan khalifah

108
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berperlembagaan pada tahun 1876 walaupun hanya berjaya dilaksanakan selama setahun
sahaja apabila Sultan Abdul Hamid bertindak menggangtungkan
perlembagaan tersebut dan kembali kepada sistem khalifah berkuasa mutlak. Namun begitu pelaksanaan
sistem khalifah berperlembagaan secara rasminya telah berjaya dilaksanakan pada tahun 1908.

2. Matlamat perjuangan
● Golongan ini muncul pada awal tahun 1860an berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem
pemerintahan dan pentadbiran semasa era Tanzimat yang memperuntukkan kuasa yang lebih kepada
Perdana Menteri tanpa boleh dipersoalkan.
● Selain itu, gerakan Tanzimat menyebabkan penguasaan Barat terhadap pemerintahan dan pentadbiran
kerajaan Uthmaniyah mengancam kestabilan politik, dalaman dan luaran disebabkan kebergantungan yang
melampau oleh golongan pentadbir dan bangsawan kepada kuasa Eropah.
● Jati diri masyarakat Uthmaniyah mula terhakis lantaran pembaharuan ala Barat yang semakin meluas tanpa
membuat penilaian dari sudut pandangan islam
● Oleh itu gerakan Uthmani Muda menolak sistem pentadbiran yang jelas menyimpang dari tradisi
Uthmaniyah buktinya kuasa tentera dan ulama telah dihapuskan. Bagi golongan Uthmani Muda kedua-dua
kuasa ini amat penting bagi mengimbangi dan menjaga keutuhan pentadbiran kerajaan bagi mengatasi
monopoli kuasa oleh khalifah atau menterinya
● Dengan bermatlamatkan untuk kembali kepada tradisi Uthmaniyah Uthmani Muda berusaha meletakan
peranan ulama sebagai penasihat pemerintah dan tentera
● Tidak dinafikan bahawa golongan Uthmani Muda terdiri dari intekeltual Barat dan melihat Barat sebagai
contoh namun golongan ini berpandangan pengambilan kemajuan Barat harus diberi penafsiran islam.

3. Konsep pembaharuan
● Antara konsep pembaharuan yang dipelopori oleh golongan ini ialah menukar sistem politik yang sedia ada
kepada “sistem khalifah berpelembagaan” yang berteraskan sistem syura dan ijmak (menerusi penubuhan
Parlimen). Konsep bai‟ah yang ditafsirkan oleh golongan ini sebagai tanggungjawab khalifah
(kerajaan) agar menerima pandangan dan nasihat daripada rakyat.Para perwakilan akan bersepakat dalam
membina dan melaksanakan polisi negara
● Uthmani Muda yakin pemerintahan berlandaskan „sistem khalifah berperlembagaan‟ mampu
mengembalikan kegemilangan kerajaan kerajaan Uthmaniyah.
● Pengaruh gerakan ini mula meningkat pada zaman Sultan Abdul Aziz memandangkan pemerintahan
baginda yang bersifat autokratik di samping keadaan ekonomi kerajaan Uthmaniyah yang mula goyah dan
muflis.

B. Gerakan Turki Muda


1. Keahlian
● Organisasi gerakan Turki Muda pada awalnya telah ditubuhkan di Akademik Perubatan Tentera Istanbul
pada Mei 1887 apabila Kazim Nami Duru bersama rakan-rakannya telah mewujudkan Ittihat ve Terakki
Cemiyeti atau Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (Committee of Union and Progress) atau CUP.
● Idea pergerakan ini diteruskan oleh Ibrahim Temo bersama beberapa orang rakannya iaitu Ishak Sukuti,
Cerkez Mehmel Resad dan Abdullah Cevdet. Ibrahim Temo merupakan seorang muslim Albania. Beliau
pernah menjadi tenaga pegajar di Akademi Perubatan Tentera selama beberapa tahun.
● Mei 1889 Ibrahim Temo bersama beberapa orang rakannya iaitu Ishak Sukuti, Cerkez Mehmed Resad dan
Abdullah Cevdet telah mencadangkan supaya satu pertubuhan rahsia diwujudkan dalam kalangan pelajar
yang bertujuan untuk menjatuhkan Sultan Abdul-Hamid II (1876-1909).

109
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Gerakan ini berkembang dengan cepat hingga ke sekolah-sekolah tinggi kerajaan
yang lain di Istanbul seperti di Harbiye Maktabi (Akademik Tentera),
Bayteriye (sekolah pertanian), Mulkiye (Kolej awam) Bahriye (Akademik tentera laut) dan Topcu ve
Muhandishane (Akademik Artileri dan kejuruteraan)
● Gerakan Turki Muda juga berkembang dalam kalangan rakyat Uthmaniyah yang berada di luar negara.
Kebanyakan daripada mereka merupakan pelarian politik yang terpaksa melarikan diri daripada dikenakan
tindakan oleh pihak pemerintah kerajaan Uthmaniyah.
● Pertubuhan rahsia ini berjaya menerima keanggotaan daripada beberapa orang pelajar seperti Sarafuddin
Magmumi, Giritli Shefik, Cevdet Othman ,Karim Sebati, Mekkeli Sabri dan Selanikli.
● Ketika Revolusi Turki dilancarkan pada tahun 1908 jumlah ahlinya seramai 505 orang iaitu 319 dari
golongan tentera sementara 186 adalah orang awam.
● Gerakan Turki Muda ini akhirnya ditukar menjadi sebuah parti selepas Revolusi Turki 1908 dan akhirnya
memenangi pilihanraya dan memimpin kerajaan Turki Uthamaniyah di bawah sistem parlimen.

2. Matlamat Perjuangan
● Kemunculan Turki Muda adalah kerana tidak bersetuju dengan bentuk kemutlakan pemerintah Sultan Abdul
Hamid II yang melantik pegawai kerajaan yang korup buktinya seramai 12 orang pegawai telah dipilih
untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pengeluaran arahan . Ali Rushdi telah dipilih sebagai Presiden
berdasarkan usia dan kedudukannya, manakala Serefedden Magmumi sebagai Setiausaha dan Assaf Dervis
sebagai Bendahari
● Perjuangan mereka ke arah Constitutionalism Ottomanisme dan kebebasan, untuk menggulingkan Sultan
Abdul-Hamid II dan menggantikan takhta baginda dengan saudaranya, Murad V atau pun Mehmed Resad
serta mengesa supaya dilaksanakan semula perlembagaan yang digantung sejak tahun 1876

3. Peranan Ahmad Riza


● Pada tahun 1889 , Ahmad Riza yang berada di luar negara telah mengetuai kempen menentang
pemerintahan Sultan Abdul Hamid II .
● Apabila Selanikli Nazim tiba di Paris beliau telah menemui Ahmad Riza dan mencadangkan supaya Ahmad
Riza menjadi pengarah dalam penerbitan rasmi pergerakan mereka.
● Pada akhir tahun 1895M, Ahmad Riza bersama Halil Ganim telah menerbitkan akhbar dwibulanan iaitu
Mesveret. Beliau telah menggunakan harta peribadinya untuk menerbitkan akhbar tersebut. Akhbar
Mesveret kemudiannya memasuki pasaran kerajaan Uthmaniyah melalui pos dan berjaya disebarkan,
terutama kepada golongan intelektual. Akhbar tersebut menjadi pemangkin semangat kebangkitan dan
perkembangan pemikiran rakyat.
● Pada tahun 1896 , Ahmad Riza telah dilantik sebagai Presiden gerakan tersebut. Beberapa kumpulan Turki
Muda yang lain turut berada di bawah pimpinannya, termasuk kumpulan Syeikh Naili yang terdiri daripada
kalangan ulama dan kadi .
● Selain itu, tokoh utama gerakan Turki muda di luar negara, Mehmed Murad Afendi (1853-1912), Ishak
Sukuti dan Mehmed Murad turut peranan dalam gerakan Turki Muda ini. Mereka bercita-cita untuk
menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah daripada gerakan Kristianisasi dan menuduh sultan menjadi penyebab
kepada ketidakupayaan kerajaan untuk menghapuskan penentangan, sama ada dari dalam atau luar.

KESIMPULAN
Perjuangan kedua-dua gerakan ini telah berjaya mengubah landskap pentadbiran kerajaan Uthamniyah dari
sistem khalifah berkuasa mutlak ke sistem khalifah berperlembagaan

Soalan 58 : Analisiskan faktor yang mempengaruhi kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada
awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi

110
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
PENDAHULUAN
Empayar Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul (Utahman I) pada
tahun 1299 Masihi dan mencapai kegemilangan pada zaman Sulaiman al-Qanuni namun setelah kematian
baginda pada tahun 1566, empayar ini mula merosot.Hal ini telah menyebabkan pihak Barat seperti Perancis,
British dan Rusia berlumba- lumba meluaskan kuasa mereka ke atas empayar itu.Namun disebabkan pelbagai
factor akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah sehingga memberi impak kepada dunia
islam .

ISI-ISI PENTING
1. Kelemahan Pemerintah
● Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni, empayar Turki Uthmaniyah mula menampakkan
kejatuhan dan kemunduran kerana sultan-sultan selepas baginda sangat lemah dari segi kepimpinan dan
keperibadian.
● Sikap sultan yang mementingkan hiburan dan kesenian menyebabkan kerosakan moral. Contohnya Sultan
Murad III telah dikuasai nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga mempunyai
118 orang anak. Sultan Ibrahim pula membunuh 100 ribu orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25
ribu orang daripadanya.
● Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah dan tidak bermoral menyebabkan muncul ramai penentang
yang tidak berpuas hati dengan pemerintah dan berusaha mengubah kepemimpin yang ada. Peluang ini
digunakan oleh Barat untuk mempengaruhi golongan berpendidikan moden agar bersekongkol dengan
mereka bagi memudahkan usaha meluaskan kuasa ke atas empayar Turki Uthmaniyah.
● Masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah menyebabkan kerajaan Turki mempunyai
pemimpin yang bersilih ganti. Keadaan ini telah memberi kesan ke atas pemerintahan apabila sistem syura
tidak lagi diamalkan untuk memilih pemimpin sebaliknya pemilihan dilakukan berdasarkan kekuatan dan
pengaruh.Wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan putera- putera raja hingga mencetuskan perang.
Keadaan yang tidak stabil ini memudahkan pihak Barat meluaskan kuasa mereka ke atas empayar Turki
Uthmaniyah.
● Kerajaan Uthmaniyah Dikuasai oleh Kelompok-kelompok tertentu dalam Istana.Penguasaan kelompok-
kelompok tertentu ini jelas dilihat selepas kemangkatan Sulaiman al-Qanuni. Pemerintahan Sultan Ibrahim
misalnya dipengaruhi oleh bonda dan tiga orang isteri baginda.Mereka telah masuk campur dalam
pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Penyingkiran wazir yang berwibawa dan
bijaksana tersebut memudahkan pihak Barat menguasai Turki.

2. Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama


● Turki Uthmaniyah telah terlibat dalam PD 1 (1914-1918) sebagai sekutu Jerman dan telah mengalami
kekalahan yang teruk.Kekalahan tersebut sebenarnya merupakan perancangan anggota freemanson
(pertubuhan Yahudi) yang menyertai tentera Turki Uthmaniyah
● Kekalahan ini menyebabkan kehancuran pemerintahan kerajaan Turki Uthamaniyah

3. Kelemahan sistem ketenteraan


● Kelemahan sistem ketenteraan begitu ketara apabila tentera-tentera Turki terutama pegawai atasan mulai
tidak berdisiplin. Hal ini didorong oleh persaingan antara putera-putera sultan untuk menaiki takhta
menyebabkan pihak tentera turut bersaing dan bebas memihak kepada mana-mana putera.
● Terdapat putera sultan yang berjaya menaiki takhta bukan kerana kemampuan sebaliknya kerana sokongan
para tentera. Contohnya, pelantikan Bayezid I dan Salim II.
● Pembubaran pasukan elit tentera Janissari (inskhisariyah) oleh sultan Mahmud II pada awal abad ke-19M
memberi impak negatif kepada kerajaan Turki Uthmaniyah.Tentera Janissari merupakan tunjang kekuatan
Turki Uthmaniyah dan kuasa yang dapat mengimbangi kekuasaan mutlak sultan.

111
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Reformasi ketenteraan Nizam -i-Cedid ala Barat oleh Sultan Mahmud II tidak
berjaya menghasilkan kekuatan tentera, malah kekuatan tentera Turki
semakin lemah sedangkan kekuatan tentera Eropah semakin meningkat.
● Pemodenan militer yang tidak seimbang dengan peningkatan disiplin , ilmu dan teknologi ketenteraan
menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah tidak mampu berhadapan dengan persenjataan Barat yang lebih
maju di medan perang.
● Kemunculan pegawai-pegawai muda tentera yang memainkan peranan penting dalam komplot rampasan
kuasa menggulingkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah termasuk Mustafa Kamal
● Diskriminasi kenaikan pangkat yang luas kepada anak-anak pegawai tentera menyebabkan asas disiplin
dalam ketenteraan terjejas.
● Tentera-tentera Turki tidak mampu lagi mempertahankan wilayah-wilayahnya daripada perluasan kuasa
Barat. Negara-negara naungan telah membebaskan diri dan mula ditakluk pihak Eropah.
● Buktinya, Montenegro, Bosnia, Balkan, Herzegovina, Serbia dan lain-lain memberontak dan berjaya
membebaskan diri dan kemudiannya dikuasai Barat.

4. Peranan Turki Muda


● Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20 membawa kepada kemunculan gerakan Uthmani
Muda, Turki Muda dan gerakan sekular.Era kebangkitan golongan Uthmani Muda, sistem khalifah masih
mampu bertahan.
● Namun, era regim turki muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan ketenteraan.Mereka
berusaha memodenkan bidang pentadbiran kerajaan dan membubarkan institusi kesultanan Turki
Uthmaniyah
● Sekular menjadi prinsip utama dalam proses pemodenan Turki dan seterusnya melemahkan pengarauh islam
.
5. Gerakan Anti Uthmaniyah
● Campurtangan zionis antarabangsa dan ffeemason (pertubuhan yahudi ) yang bermula sejak abad ke 16M
membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutama di bawah gerakan Jawatankuasa
Persatuan dan Kemajuan (The Committee of Union and Progress –CUP) pimpinan anggota terkemuka
seperti Anwar Pasha, Tal‟at Pasha, Jamal Pasha,Helida Edib dan Mustafa Kamal Pasha.Ahli-ahli
kumpulan CUP menguasai pentadbiran kerajaan Turki Uthamaniyah selepas penyingkiran Sultan Adul Hamid
II. Sejajar dengan tuntan zionesme kumpulan Turki Muda (Young Turks) berjuang atas landasan
nasionalisme Turanian (Pan Turanianisme) di mana mereka berpendapat bangsa Turki lebih unggul
daripada bangsa-bangsa lain
● Perdebatan politik dan sosial seringkali terjadi antara golongan-golongan elit politik yang menginginkan
perubahan dalam pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.

6. Gerakan Nasionalisme Arab


● Bermula abad ke-18M hingga awal abad ke-20M berlaku pergolakan di kalangan bangsa Arab di al-Jazirah
yang tidak mahu mengiktiraf kerajaan Turki Uthmaniyah . Bangsa Turki bertindak demikian kerana mereka
mula menyedari kelemahan dan kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah
● British berjaya mempengaruhi pemimpin Arab seperti keluarga Saud di Najd dan Shariff Hussain di Hijaz
agar t menentang penguasaan Turki Uthmaniyah di Arabia.
● British memainkan sentimen nasionalisme dengan mengaitkan kemuliaan dan kelayakan bangsa arab
berbanding Turki sebagai pemimpinan umat islam .Elemen ketidaksetiaan bangsa Arab, bahkan menjadi tali
barut Barat menyumbang kepada kemerosotan penguasaan Turki Uthmaniyah terhadap dunia islam

7. Perkembangan Pendidikan Barat


● Sekolah-sekolah dan institusi missionari di bawah kawalan Barat ditubuhkan di wilayah Turki
Uthmaniyah.Ia menjadikan anak-anak umat islam semakin jauh daripada ajaran islam malah lebih dekat
kepada budaya kristian.Mereka akhirnya takjub kepada tamadun Barat dan kurang selesa

112
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dengan tamadun Timur.Sekolah- sekolah moden dengan kurikulum, buku teks, guru-guru
yang mendapat galakan missionari memberi kesan yang cukup hebat
terhadap minda umat islam dari segi kecenderungan kepada ilmu Eropah.
● Penghantaran pelajar ke Eropah oleh kerajaan Turki Uthmaniyah terutama dalam bidang pengajian sastera
dan sains sosal telah membentuk pemikiran, nlai dan tingkahlaku baharu terhadap agama
, nasionalisme dan reformasi politik ala Barat.Contoh Ziya Gokalp (1875-1924) bapa nasionalisme Turki
merupakan pemuja tamadun Barat.Nasionalis Mustafa Kamal Artatuk (1881-1934) berjaya melaksanakan
misi penghapusan institusi khilafah, pengaruh keagaman dan menggantikannya dengan sistem sekularisme
dan nasionalisme.

8. Kelemahan ekonomi
● Penghujung era kerajaan Turki Uthmaniyah , mereka terpaksa menangung beban hutang yang dipinjam dari
bank-bank riba Eropah contohnya semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876
-1909) kerajaan Turki Uthmaniyah berhutang sebanyak RM200 juta pound sterling
● Korupsi , pemborosan dan kekalahan di medan perang semakin menjejaskan dana kerajaan Turki
Uthmaniyah.Pendapatan negara semakin berkurangan sementara perbelanjaan semakin besar terutama bagi
membiayai kos peperangan
● Kerajaan Uthmaniyah mengalami hutang yang kronik.Contohnya zaman pemerintahan Sultan Mahmud
(1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah telah membina projek jaringan keretapi “Orient
Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana Topkapi.Akibatnya jerat
hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan Kerajaan Uthmaniyah hampir
bankrap.Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi memberikan kesan buruk dalam
kestabilan ekonomi dan menghancurkan Turki Uthmaniyah.

KESIMPULAN
Oleh itu jelaslah bahawa pihak Barat seperti Perancis, British dan Rusia berjaya meluaskan kuasa
mereka ke atas Empayar Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-20 kerana pada masa tersebut pemerintahan Turki
sangat lemah. Kelemahan ini dapat dilihat dalam aspek kepimpinan dan ketenteraan.

Soalan 59 : Huraikan bentuk-bentuk imperialisme Barat ke atas wilayah Turki Uthmaniyah dari
abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi

PENDAHULUAN
Imperialisme merupakan satu dasar penubuhan dan pemeliharaan sebuah empayar melalui jalan
penaklukan, penempatan, penguasaan ekonomi atau politik. Imperialisme juga boleh dikaitkan dengan proses
peluasan kuasa oleh sebuah negara ke atas negara lain melalui cara politik, militer atau ekonomi.Pada abad ke-
19M, empayar Turki Uthmaniyah mula mengalami kemerosotan apabila menghadapi tekanan dan percaturan
kuasa-kuasa Barat.Kuasa-kuasa imperialisme Barat menggunakan pendekatan berbeza untuk menguasai wilayah
Turki Uthmaniyah demi meningkatkan imej sebagai kuasa hegemoni di mata dunia.

ISI-ISI PENTING
1. Penguasaan Secara langsung
● Penguasaan secara langsung ke atas wilayah Turki Uthmaniyah dilakukan oleh Perancis di Algeria (1830),
British di Mesir (1882) dan Rusia ke atas wilayah- wilayah Asia Tengah. Setelah menguasai kawasan yang
diidamkan, penjajah meletakkan seluruh kawasan itu di bawah pemerintahan mereka sendiri. Contohnya
semenjak tahun 1882 hingga 1918, British mempunyai pengaruh besar di Mesir. Wakil British, Sir Lord
Cromer sangat berkuasa dalam pentadbiran Mesir.
● Kawasan jajahan itu juga dibuka seluas-luasnya kepada rakyat Eropah sendiri. Mereka digalakkan

113
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berpindah secara besar-besaran dan menduduki kawasan kolonial tanpa sebarang sekatan
seperti mana yang berlaku di Algeria. Oleh sebab Perancis ingin
menjadikan Algeria sebahagian daripada wilayahnya, beribu-ribu pendatang dari Perancis, Itali, Sepanyol
dan Malta telah berpindah ke bumi Algeria untuk membuka kebun dan tanah pertanian. Mereka juga
menduduki hampir semua kota- kota Algeria. Pada waktu yang sama, rakyat pribumi tidak dibenarkan sama
sekali untuk mengambil bahagian dalam bidang pentadbiran dan kebanyakan hak asasi mereka dinafikan
seperti hak untuk mengundi.
2. Penguasaan Secara Tidak Langsung
● Penguasaan dilakukan oleh pihak penjajah secara lebih flexible iaitu mereka menjalankan sistem naungan
(Protectorate Treaty). Pihak British lebih menyukai pendekatan ini. Biasanya dari segi amalan, rakyat
British hanya dihantar ke tanah- tanah jajahan sebagai para pentadbir dan tentera. Mereka tidak digalakkan
untuk mengusahakan sebarang penerokaan tanah atau mendirikan perkampungan kulit putih secara besar-
besaran di wilayah tersebut. Di samping itu, struktur-struktur politik tempatan yang sedia ada di kawasan
berkenaan terus dikekalkan, namun semuanya diletakkan di bawah penguasaan para pegawai British.
● Penguasaan secara tidak langsung telah dilaksanakan oleh pihak British di Mesir (1840) dan Perancis
semasa menguasai Tunisia (1881) dan Morocco. British turut menukar polisi perjanjian persahabatan
dengan kabilah Arab di sekitar Aden kepada dasar perlindungan apabila kerajaan Turki Uthmaniyah
menduduki semula Sana‟a pada tahun 1872.

3. Perjanjian persahabatan
● Penjajahan juga berlaku melalui perjanjian yang disebutkan sebagai perjanjian persahabatan. Pendekatan ini
biasanya dipraktikkan oleh British dalam hubungan mereka dengan wilayah-wilayah di kawasan Teluk Parsi
dan Arab Selatan. Contohnya, British telah menduduki Aden, Yaman.
● Ketika tempoh ini, British mengamalkan dasar berkecuali atau pun tidak campur tangan dalam hal ehwal
negeri di sekitar Aden. Oleh itu, perjanjian persahabatan telah ditandatangani antara British dengan kabilah-
kabilah Arab seperti al-„Adali, al-„Aqrabi, al- Awali dan lain-lain untuk tujuan keselamatan dan
kepentingan perdagangan British. Aden merupakan tempat pelabuhan kapal- kapal British untuk ke India
dan Asia. Pengawalan ke atas setiap daerah ini dilaksanakan melalui seorang pegawai yang bergelar residen
atau penasihat dan para pembantunya yang dipinjamkan kepada para pemimpin tempatan atas dasar
kononnya untuk menasihatkan mereka dalam hal ehwal pentadbiran.
● Tetapi anehnya, segala nasihat para penasihat itu mestilah dipatuhi. Keadaan ini juga bermakna bahawa
ketetapan yang dibuat oleh para penasihat itu selalunya menentukan corak atau arah dasar yang perlu diamalkan
oleh pemimpin tempatan.

4. Sistem mandat
● Sistem mandat telah dilaksanakan oleh kuasa-kuasa Barat melalui persetujuan sebuah pertubuhan yang
dikenali sebagai Liga Bangsa (League of Nation). Pendekatan ini pernah dipraktikkan di kawasan-kawasan
yang dipanggil Bulan Sabit Subur selepas Perang Dunia Pertama. Contohnya, pihak Liga Bangsa telah
memberi kuasa kepada British untuk mengendalikan mandat ke atas Palestin, Transjordan dan Iraq
manakala Perancis pula dibenarkan untuk menguasai Syria dan Lubnan.Secara prinsipnya segala kawasan
yang dikenakan mandat itu dikira sebagai tidak berupaya untuk melaksanakan pentadbiran sendiri. Dengan
itu, tugas bagi pihak yang memegang mandat itu adalah untuk menolong setiap kawasan yang
dikelolakannya supaya dapat ditegakkan kerajaan berautonomi sebagai langkah yang akan membawa
kepada penubuhan kerajaan sendiri.
● Melalui sistem ini, golongan pribumi diberi sedikit kebebasan untuk menyertai institusi pentadbiran yang
dikelolakan oleh pihak penjajah. Pada waktu yang sama, seperti dalam sistem penguasaan yang lain, rakyat
tempatan telah didedahkan dengan sistem pemikiran dan pendidikan Barat hinggakan secara beransur-ansur
sebahagian daripada mereka itu mulai terpisah daripada nilai

114
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
keislaman dan menjadi pemuja idea-idea Barat. Dalam apa jua situasinya, sistem pecah dan
perintah dilaksanakan dengan begitu licik untuk memastikan agar umat
Islam terus menjadi lemah dan bergantung kepada penjajahan Barat. Kuasa-kuasa imperialisme membawa idea
modenisasi dan kemajuan demi mencapai cita-cita mereka.

5. Kerajaan Boneka
● Amerika Syarikat dan komunis Rusia telah mengamalkan dasar campur tangan dan penegakan kerajaan-
kerajaan boneka sebagai satu cara untuk melaksanakan misi penjajahan. Biasanya, kedua-dua kuasa ini akan
menggunakan kekuatan ekonomi, ketenteraan, politik dan pengaruh kebudayaan mereka untuk menegakkan
pemimpin boneka yang sanggup tunduk kepada kemahuan mereka.
● Sejajar dengan itu, kepentingan dan perasaan rakyat jelata telah tidak dipedulikan langsung. Contoh jelas
tentang hal ini telah berlaku di Iran, ketika terdapatnya campur tangan dari Rusia mahupun Amerika
Syarikat dan hingga kini terus berlaku secara halus di Mesir, Turki, Arab Saudi dan negara Islam yang lain.
Inilah sebenarnya yang dipanggil neo-kolonialisme, iaitu penjajahan bentuk baharu.Telah diketahui umum
bahawa pihak Rusia sejak zaman pemerintahan Tsar lagi telah menguasai politik dan hal ehwal umat Islam,
khususnya di wilayah Asia Tengah. Dasar ini kemudiannya telah disambung oleh pihak komunis Rusia
kononnya atas alasan untuk membebaskan dunia Islam khasnya daripada penjajahan dan kezaliman kapitalis
Barat.

KESIMPULAN
Kuasa-kuasa Barat sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan untuk menguasai dunia Islam. Persaingan dan
ancaman imperialisme Barat terhadap negara Islam membawa kepada penyerapan idea- idea modenisasi dan
sekularisasi sehingga menggugat pemikiran umat Islam.

115

You might also like