Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1. i) Dasar yang telah saya pilih adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Saya telah memilih

Dasar Ekonomi Baru kerana melalui dasar tersebut perpaduan nasional telah dicapai. Dasar

Ekonomi Baru adalah sebuah program sosioekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri

Kedua Malaysia Tun Abdul Razak. Program sosioekonomi ini telah diperkenalkan ketika

Rancangan Malaysia Kedua. Dasar ini telah dipratikkan untuk tempoh dua dekad iaitu dari tahun

1970 hingga ke tahun 1990. Dasar ini telah diperkenalkan selepas terjadinya peristiwa 13 Mei

1969. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 telah meluahkan perasaan kesemua tiga etnik yang terbesar

di Malaysia iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Dasar ini adalah hasil daripada luahkan

perasaan ketiga etnik tersebut.

Objektif utama dasar ini telah diperkenalkan adalah untuk memperbaiki sosioekonomi di

antara kaum yang tidak seimbang. Perpaduan nasional telah dicapai dengan perkenalan dasar

tersebut. Dasar Ekonomi Baru ini juga telah megurangkan kadar kemiskinan tanpa mengira

kumpulan etnik serta semua masyarakat telah disusun semula (Faaland et. al., 1991: 12).

Susunan semula ini telah membubarkan konsep pengenalan etnik dengan mengikut kawasan.

Keadilan dalam ekonomi di antara suku kaum yang lain hanya dapat dijayakan dengan

mengadakan program tolongan terhadap golongan suku etnik yang memerlukan iaitu Bumiputera

(Gomez dan Saravanamuttu, 2013: 6).

Aktiviti pembasmian kemiskinan telah berlaku dengan pembangunan dan pembukaan

kawasan tanah untuk kumpulan yang tidak mempunyai tanah dari agensi kerajaan. Infrastruktur

di luar bandar juga telah dinaik taraf. Kualiti hidup penduduk telah dibaiki dan ditingkatkan

melalui penimbaan ilmu, kursus, kesihatan dan sebagainya. Daya pencarian nafkah juga telah

dinaikkan. Penyusunan semula penduduk telah menggambarkan komposisi etnik yang seimbang.

Sebuah golongan perdagangan dan perindustrian kepada orang Bumiputera telah dibentuk.

Bandar-bandar baru dan agensi-agensi kerajaan juga telah dibangunkan (Husin,2012).


ii) Kejayaan dasar ini adalah ketika kadar kemiskinan direndahkan terutamanya dalam

golongan orang Melayu (S. Hazis, 2015). Selain itu, ekuiti saham milik orang asing dikurangkan.

Seterusnya, infrastruktur negara membangun dan dinaik taraf. Kadar peningkatan kemasukan

mahasiswa dan mahasiswi Bumiputera ke institusi pengajian tinggi. Pembangunan kawasan luar

bandar telah membantu dalam peningkatan perdagangan, golongan petani dan juga

menggalakkan perusahaan. Peningkatan taraf dalam bidang pertanian dan perindustrian

menaikkan produktiviti serta memberi peluang pekerjaan. Dengan peluang pekerjaan yang

meluas, rakyat boleh meningkatkan taraf hidup mereka. Ini secara langsung, menaikkan

pendapatan perkapita semua rakyat. Saham telah diberikan kepada orang Bumiputera untuk

mengimbangi dengan kaum yang bukan Bumiputera. Dasar ini juga telah berjaya

mengembangkan dan membangunkan peluang kepada semua rakyat dari segi ekonomi dan juga

pentadbiran. Contoh agensi yang maju yang telah ditubuhkan ketika dasar tersebut adalah

Tabung Haji, Petronas, KWSP, FELDA, Permodalan Nasional Berhad, Universiti awam dan

sebagainya.

Kelemahan dasar tersebut adalah termasuk wujudnya fenomena ketidaksamarataan dalam

etnik, negeri dan kawasan (Chan.M, 2013). Hal ini dibendung oleh kemerosotan ekonomi yang

berlaku dalam sekitar tahun 1980-an. Ini didorong oleh kegagalan dalam menyusun semula

rakyat serta kegagalan meningkatkan kadar ekuiti saham Bumiputera. Ini secara tidak langsung

membawa kepada kegagalan usahawan dan agensi Bumiputera yang maju sepenuhnya. Dasar ini

juga merendahkan kadar nationalisme etnik dan gagal dalam menjalinkan sinkronisasi nasional.

Persoalan rakyat meyoalkan kaedah penyusunan yang diputuskan oleh kerajaan untuk

masyarakat juga menjadi kritikan utama. Ini membawa kepada persoalan mengenai hak dan

identiti masing-masing. Kesalahfahaman mula wujud dalam golongan etnik kaum yang
berlainan. Kesalahfahaman ini dibendung oleh perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.

Semua golongan kaum merasai bahawa mereke tidak diberi layanan yang adil oleh kerajaan.

iii) Pada pendapat saya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini boleh masih meneruskan dengan

melakukan sedikit penambahnaikkan dalam konsep serta objektif dasar tersebut. Antara

perubahan yang boleh dilakukan oleh kerajaan adalah memberi layanan yang adil kepada semua

suku etnik. Layanan yang adil termasuk menghapuskan sistem kuota yang membezakan etnik

kaum yang lain. Sistem kuota ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada ramai penduduk.

Daripada mementingkan keperluan orang Bumiputera, lebih baik kerajaan mengaturkan kadar

kuota yang sama rata kepada semua kaum. Pemberian kadar peratusan kuota yang sama rata

kepada semua kaum akan mengurangkan rasa tidak puas hati dan juga meningkatkan perpaduan

dan kepercayaan rakyat terhadap negara. Perlakuan yang adil akan memberi peluang yang sama

rata kepada semua suku kaum yang mempunyai bakat dalam bidang pelajaran di institusi awam,

pekerjaan dalam institusi kerajaan, pembelian tanah seperti rumah murah dan sebagainya. Ini

juga secara tidak langsung meningkatkan sifat patriotisme antara rakyat dan akan menjayakan

dasar tersebut.
2.

PERPADUAN KEKUATAN KITA

Gambar yang dilampirkan telah diambil pada 3hb Ogos 2017, Khamis di salah satu kelas di

Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB). Gambar ini telah diambil ketika semester satu

diploma saya. Gambar ini telah diklik oleh pensyarah perakaunan kami semasa beliau

mengadakan quiz permainan berkumpulan untuk menjalinkan hubungan erat antara pelajar.

Aktiviti seperti telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi antara pelajar. Kami

semua menyumbangkan dan memberikan terbaik kami dalam quiz permainan tersebut. Ini secara

tidak langsung mengeratkan jalinan antara kami sebagai kawan. Konsep yang boleh dikaitan
dengan Hubungan Etnik adalah konsep perpaduan dan integrasi antara pelajar pelbagai kaum.

Keunikan dalam gambar ini adalah seperti mana yang ternyata kumpulan pelajar tersebut

memasukkan pelajar dari kaum yang lain dan membolehkan pelajar berinteraksi. Pensyarah

harus memastikan kumpulan projek atau quiz seperti ini memasukkan pelajar pelbagai kaum

bukan sebaliknya satu kumpulan penuh dengan satu kaum sahaja. Ini secara tidak langsung,

membolehkan mereka berhubung dan memahami antara satu sama lain serta mengikut konsep

kita bangkit dengan meningkatkan satu sama lain.

Rujukan

Chan, M. (2013). Kelemahan-kelemahan dalam perlaksanaan DEB yang menyebabkan.

Retrieved from https://prezi.com/jtyr0bz55_sb/kelemahan-kelemahan-dalam-

perlaksanaan-deb-yang-menyebabkan/

Dasar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (2019). Retrieved

from https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru.

Faaland, Just et al., (1991) Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian

Ekonomi Orang Melayu, Shah Alam: Spektra.

Gomez, E T dan Saravanamuttu, J (eds.) (2013) The New Economic Policy in Malaysia:

Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice, Petaling Jaya: SIRD Press.
Husin, W. N. (2012). In Peradaban dan perkauman di Malaysia: hubungan etnik Melayu-Cina

(Penerbit UM) (pp. 100). The University of Malaya Press.

S. Hazis, (2015), Bahan Kursus (Unit 2 : Dinamika Masyarakat Malaysia) [Wawasan Open

University], (Pp 35-44)

You might also like