Ulasan Dokumentari

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SKSE 3033 ASIA BARAT ABAD 20

TUGASAN ULASAN DOKUMENTARI:


HOW BRITAIN STARTED THE ISRAEL-PALESTINE CONFLICT : PROMISES
AND BETRAYALS
OLEH TIMELINE : WORLD HISTORY
DURASI VIDEO : 52 MINIT 7 SAAT
LINK VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=7VBlBekw3Uk&t=714s

NAMA PENSYARAH
DR AL AMRIL BIN OTHMAN
DISEDIAKAN OLEH ; ASYRAF WAJDI BIN MOHAMAD SHAPIE
A 170629
ULASAN DOKUMENTARI : HOW BRITISH STARTED THE ISRAEL-PALESTINE
CONFLICT: PROMISE AND BETRAYALS.

Secara keseluruhannya, dokumentari ini menekankan bagaimana Tipu helah dan kata-kata British

telah menyebabkan berlakunya Konflik di antara Israel dan juga Palestin. Pada permulaan dokumentari

ini, pengarah telah menceritakan terlebih dahulu bagaimana perang dunia pertama boleh berlaku. Perang

dunia pertama ini dikatakan dalam dokumentari tersebut merupakan penanda aras kepada berlakunya

konflik di antara negara arab dan juga Israel. Keterlibatan Turki Uthamniyah sebagai sebuah negara

islam yang kuat dalam perang dunia pertama telah menyebabkan British cuba melakukan sesuatu bagi

mengelakkan musuh terdekat mereka yakni Jerman berkuasa.

Menurut salah seorang dari ahli akademik dalam video tersebut, agenda British Ketika itu adalah

untuk menjatuhkan Turki dan menguasai Constinapole bagi emembolehkan mereka ini menguasai timur

tengah. Oleh yang demikian British telah menjanjikan kebebasan kepada negara arab dan di satu

peringkat yang lain British juga telah menawarkan tempat tinggal kepad orang Yahudi. Prinsip British

ketiak itu yang akan menawarkan janji kepada sesiapa sahaja yang memberikann manfaat kepada

mereka dalam apa jua keadaan dan aspek.

Menurut Dr Christoper , beliau telah menyatakan bagaimana British ini sangat menjaga

kepentingan ekonomi mereka. Pada dasarnya tujuan British untuk menguasai Turki adalah disebabkan

oleh wilayah taklukan mereka di India yang merupakan jaringan ekonomi kedua mereka. Oleh hal yang

demikian adalah penting bagi kerajaan British untuk memastikan Terusan Suez yang pada Ketika itu

berada di bawah penguasaan Turki dilindungi dengan baik. Namun apa yang terjadi dalam perang dunia

pertama telah mengubah segalanya.

Pakatan Turki Bersama Jerman yang merupakan musuh ketat British telah mengubah segalanya.

Pada Ketika itu British memrlukan sesuatu untuk memastikan kerajaan Turki ini jatuh dan lenyap.

Gerakan Nasinalisme merupakan aspek yang membantu British Ketika itu di mana British telah
mengambil kesempatan untuk menggunakan Gerakan ini sebagai salah car untuk menjatuhkan Turki.

Pada masa yang sama Gerakan nasionalisme di arab juga telah membantu usaha mereka untuk

menjatuhkan turki. Tujuan Gerakan Nasionalisme ini adalah untuk membebaskan negara Arab dari

cengkaman Turki dan ianya sangat membuahkan hasil.

Pada perbincangan lanjut dalam dokumentari tersebut ianya telah mencaeritakan bagaimana

kaum yahudi ini mendapat sokongan yang hebat dari kebanyakkan negara kuasa besar. Menurut

temubual dari seorang ahli akademik beliau menyatakan Palestin telah dijadikan satu negara yang

menjadi syarat kepada kebebasan negara arab semasa rundingan Sharif Hussein dan Britsih. Shariff

Hussin menyatakan Palestin juga harus diberikan kebebasan dan tiadanya anacaman dari kuasa luar.

Namun behitu , Deklarasi Blafour yang dianjurkan oleh British bukanlah satu perjanjian mahupun

konfres namun ianya merupakan satu deklarasi yang menegaskan bahawa Palestin merupakan rumah

atau tempat tinggal yang baharu Kaum Yahudi.

Dokumentari tersebut menakankan bagaimana deklarasi Balfour ini menajdi pencetus kepada

Konflik di Antara Israel dan Palestin. Dalam pada masa yang Deklarasi Balfour ini juga telah

menadapat sokongan dari pertubuhan Zionis Amerika. Pertubuhan in telah menulis surat

kepada ahli Kongres dan meminta mereka untuk memberikan pandangan. Deklarasi

menyatakan bahawa kaum yahudi perlu diberikan hak dan keadilan yang sama dan berjanji

deklarasi ini tidak akan mengugat hak kaum lain di palestin. Namun menurut ahli

akademik yang dimubual, walaupun ada perjanjian ada kenayataan yang menyatakan hak

kaum lain akan dibela. Akan tetapi agenda zionisme oleh kaum yahudi telah mencorakkan

berlakunya Konflik di Palestin

Hal ini jelaslah membuktikan bagaimana perjanjian dan pengkhianatan British telah

membawa kepada konflik. British hanyalah menabur janji pada kebebasan negara Arab

namun pada hakikatnya mereka ini lebih memihak pada kaum yahudi. Agneda Zionisme
telah menjadikan ramai imigran yahudi di eropah mula membina penempatan di Palestin.

Hal ini telah mendatangkan kemarahan negara-negara arab dan menganggap Tindakan

orang yahudi tersebut adalah salah disisi undang-udang.

Secara Kesimpulannya dokumentari ini banyak menerangkan bagaimana pengaruh

British dalam menjadi punca kepada Konflik yang berlaku di Asia Barat. Penekanan dalam

dokumentari tersebutg adalah bekisarkan cara British yang menggunakan janji dan

pengkhianatan demi mencapai kepentingan mereka sendiri di Eropah. Dokumentari ini

juga amatlah baik dan mempunyai nilai pembelajaran yang bermanfaat untuk totonan

masyarakat.

You might also like