Kertas Cadangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN

RIANG RIA BISKUT RAYA KPKP


SK MAMBANG
SESI 2023/2024

GURU BESAR ,
SK MAMBANG,
26650 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS CADANGAN
RIANG RIA BISKUT RAYA KPKP SK MAMBANG SESI 2024/2024

2.0 PENGENALAN
Murid-murid bermasalah pembelajaran dapat ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang
mengalami masalah kelewatan dalam pembelajaran serta memerlukan kaedah pembelajaran yang
sedikit berbeza daripada kanak-kanak normal bagi mencapai objektif Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) . Selain daripada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka,
kebanyakan murid-murid bekeperluan khas ini mengalami masalah motor kasar dan motor halus yang
agak teruk. Kebanyakan mereka tidak dapat memegang sesuatu dengan cara yang betul dan
seterusnya menyukarkan aktiviti-aktiviti seharian mereka.

Oleh sebab itu, Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) Sekolah Kebangsaan Mambang telah
merancang Program Biskut Raya bagi meningkatkan lagi kefungsian motor halus murid melalui
langkah-langkah penyediaan biskut raya. Selain dapat memperbaiki kemahiran motor halus, murid
juga dapat merasai kemeriahan dan keseronokan persedian menyambut Hari Raya bersama-sama
dengan rakan-rakan dan juga guru sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Projek Riang Ria Biskut Raya ini merupakan salah satu program transisi bagi melatih murid-murid
pendidikan bermasalah pembelajaran untuk berdikari setelah mereka keluar dari alam persekolahan.
Dengan adanya projek ini, murid akan memperolehi pengalaman dan pendedahan secara langsung
dalam penghasilan beberapa jenis kuih raya dan berpeluang menambah ilmu supaya boleh digunakan
pada masa akan datang.

3. O OBJEKTIF
a. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke arah
kehidupan yang lebih berdikari selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas.

b. Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan masyarakat


sekeliling.

c. Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira kepada murid-murid.


4.0 KUMPULAN SASARAN: 14 Orang murid kpkp

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM


HARI : Isnin hingga Selasa

TARIKH : 17 hingga 18 April 2023

MASA : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

TEMPAT : Bilik Masakan Kelas pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP),


SK Mambang

AKTIVITI :
7.30 pagi – 8.00 pagi : Pendaftaran
8.00 pagi – 8.30 pagi : Penerangan
8.30 pagi – 9.00 pagi : Penunjuk cara
9.00 pagi – 11.30 pagi : Aktiviti membuat kuih raya
11.30 pagi – 12.00 tengahari : Penutupan

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : En. Rosman Bin Ab Rasid


Guru Besar SKMA

Pengerusi : Puan Iznawati Binti Ahmad


Penyelaras Pendidikan Khas

Setiausaha : En. Mohd Izzudin Bin Zainur

Bendahari : Pn. Siti Huzaipah Binti Mohd Nor

Persiapan Tempat : Pembantu Pengurusan Murid

Keselamatan : Semua guru dan PPM

Kebersihan / Kawalan Murid : Semua guru dan PPM

Hadiah / Cenderahati : Puan Iznawati Binti Ahmad

Penyelaras Aktiviti : Puan Iznawati Binti Ahmad


7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 SUMBER KEWANGAN :

Program Pendidikan Khas Integrasi :- TERAS Pembelajaran

7.2 ANGGARAN PERBELAJAAN KESELURUHAN SECARA TERPERINCI

Bil Perkara Kuantiti Harga RM (unit) Jumlah (RM)

1. Biji Badam 500 g 30.00 30.00

2. Badam cincang 250 g 10.00 10.00

3. Coklat masakan 1 kg 19.00 19.00

4. Buttercup 1 kg 21.00 21.00


1 bekas (500
5. Paper cup 10.00 10.00
pcs)
6. Tepung gandum 2 kg 3.00 6.00

7. Telur 1 papan 12.00 12.00

8. Gula aicing 1 kg 5.00 5.00

9. Tepung Florenta 2 kg 19.00 38.00

10. Kuaci bunga matahari 1kg 30.00 30.00

11. Hirisan badam 2 kg 30.00 60.00

12. Kuaci labu 1 kg 29.00 29.00

13. Cup Saiz m 1 bekas (100psc) 10.00 10.00

14. Balang kuih 20 psc 1.00 20.00

JUMLAH (RM) 300.00

8.0 ULASAN JPN/PPD (Sekiranya ada)


TIADA
9.0 PENUTUP

Projek Riang Ria Biskut Raya ini adalah salah satu program di bawah takwim tahunan Kelas
Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) yang mana ia dijalankan khas untuk murid-murid Kelas
Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Mambang. Program ini dilihat dapat membantu murid-
murid Pendidikan Khas berdisiplin dan berdikari dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan baik. Apa
yang diharapkan agar program ini dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada program lain yang bakal
dianjurkan pada masa hadapan.

Seluruh warga Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) amatlah berbesar hati dengan segala
sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini. Seluruh warga Kelas
Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) juga berharap program ini dapat memberi impak yang berkesan
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi dorongan dan sokongan dalam
menjayakan program ini. Tanpa komitmen dan sokongan padu yang diberikan pastinya program yang
bermanfaat ini tidak dapat dijalankan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(IZNAWATI BINTI AHMAD) (ENCIK JOHARI BIN IBRAHIM)


PENYELARAS PROGRAM RIANG RIA BISKUT GPK 1 (PENTADBIRAN )
RAYA, SK MAMBANG, SK MAMBANG,
26500 PEKAN PAHANG
TARIKH : 5 MAC 2023 TARIKH:
KERTAS CADANGAN
RIANG RIA BISKUT RAYA KPKP
SK MAMBANG
SESI 2023/2024
___________________________________________________________________________________
KEPTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan


PROGRM RIANG RIA BISKUT RAYA KPKP SK MAMBANG 2023/2024

atau

Tidak meluluskan Kertas cadangan


PROGRM RIANG RIA BISKUT RAYA KPKP SK MAMBANG 2023/2024

Ulasan:

….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

NAMA PENGURUS SEKOLAH :


JAWATAN :
NAMA SEKOLAH :
TARIKH :

You might also like