Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Hari Malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun


untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di
tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan
penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura bagi membentuk Malaysia.
Nama rasmi Hari Malaysia
Juga dipanggil Hari Malaysia
Diamalkan pada Rakyat Malaysia
Jenis kebangsaan
Kepentingan Tanda simbolik dan peringatan bagi
penubuhan Persekutuan Malaysia
Tarikh 16 September 1963

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku


pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31
Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama
dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu
berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk
pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan
hingga ke 16 September pada tahun yang sama.
Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat
pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena


hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada
awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak
dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari
Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di
Malaysia.
SOALAN TERKUMPUL 6 SEPTEMBER 2021

1. Bilakah Hari Malaysia disambut


setiap tahun ?
Jawapan : ___________________________

2. Apakah kepentingan sambutan Hari


Malaysia ?
Jawapan : ___________________________

3. Pada tahun berapakah sambutan


Hari Malaysia dijadikan cuti am bagi
semua negeri di Malaysia?
Jawapan : ___________________________

# SELAMAT MENCUBA #

You might also like