Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK TUNKU MUNAWIR KALI KE – 44

TARIKH : 25 JUN 2022


HARI : SABTU
MASA : 8:00 PAGI – 1:00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK TUNKU MUNAWIR
KEHADIRAN:
1.0 UCAPTAMA OLEH PUAN GURU BESAR
1.1 Mengucapkan salam dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat melangsungkan mesyuarat
buat kali pertama di fasa andemik ini.
1.2 Memaklumkan kelulusan daripada JPNS berkenaan penambahan kelas PPKI, pembukaan
kelas Pra PPKI dan penambahan guru serta PPM. Sesuai dengan peningkatan bilangan
pelajar, 2 buah lagi kelas PPKI akan dibuka sebagai penambahan kepada 3 buah kelas
sediada. Tenaga pengajar turut bertambah daripada 5 orang kepada 8 orang guru, termasuk 1
orang PPM. Kelas Pra PPKI juga telah mula beroperasi awal tahun ini dan bersedia menerima
pelajar berkeperluan khas berusia 5 / 6 tahun.
1.3 Kelas Agama Petang (KAP) akan berjalan seperti biasa pada hari Isnin, Selasa dan
Khamis. Selain itu Ustazah Juliza mengambil inisiatif mengadakan kelas tambahan percuma
untuk calon-calon UPKK, pada setiap hari Jumaat.
1.4 Pihak sekolah memerlukan dana untuk mengecat semula bangunan, membaiki pagar
sekolah dan pam air. Permohonan sudah dibuat kepada PPD dan sedang menanti peruntukan
diluluskan.
1.5 Sejumlah RM700 sumbangan PIBG telah dimanfaatkan untuk kerja-kerja pembaikpulihan
tandas sekolah.
1.6 Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan
mesyuarat kali ini.
2.0 UCAPAN PENGERUSI (YDP PIBG)
2.1 Mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua hadirin.
2.2 YDP memaklumkan bahawa isu-isu berbangkit seperti penyelenggaraan tebing sekolah
dan padang sekolah telah beliau bawa ke mesyuarat Majlis Tindakan Daerah yang disertai
oleh ketua-ketua jabatan dan pegawai PPD.
2.3 Beliau juga mengkhabarkan YB Eddin telah bersetuju memberi sejumlah dana yang besar
untuk pembinaan surau SKTM. Kertas cadangan dan pelan surau akan dihantar ke Pejabat
Parlimen, dan permohonan akan dibuat kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan supaya
surau ini digazetkan di bawah tanggungan JPN.
2.4 YDP telah meminta agar dana yang diperuntukkan mencapai suatu nilai yang mencukupi
bagi pembinaan surau sekolah, penyelenggaraan pokok-pokok sekitar kawasan sekolah serta
pembangunan bilik darjah pintar (SMART TV).
3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI KE – 43
En. Mohd Azhar Ayob telah mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke–43 disahkan,
disokong oleh En. Jefrinizam Adanan.
4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN
4.1 Pn. Kartini membentangkan penyata kewangan PIBG yang mana baki sehingga April
2022 adalah RM6578.42. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3525.90 adalah sumbangan
ibubapa/penjaga, manakala sebanyak RM3052.52 merupakan sumbangan luar.
4.2 Anggaran keperluan perbelanjaan bagi sesi 2022/2023 berjumlah RM41,000.
4.3 Pn. Norsuzilla A. Razak mencadangkan penyata kewangan PIBG 2021/22 disahkan,
disokong oleh Pn. Junainah Mohd. Wazir.
5.0 PEMBENTANGAN USUL / CADANGAN
Pengerusi membentangkan usul-usul yang diterima untuk dibincangkan.
5.1 Usul pertama daripada Puan Norazura Mohamad Noor, mencadangkan diwujudkan lampu
isyarat di jalan besar untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan kesesakan di hadapan
sekolah. En. Aidil menjelaskan bahawa pemasangan lampu isyarat merupakan suatu proses
yang panjang, melibatkan banci bilangan kenderaan. Pihak JKR memaklumkan, data bancian
lalu menunjukkan belum ada keperluan bagi memasang lampu isyarat di jalan yang
berkenaan. Walaubagaimanapun, pihak sekolah telah mengambil inisiatif membenarkan
pelajar pulang awal 30 minit pada hari Jumaat tertentu, bagi mengelakkan pertembungan
trafik dengan ibu bapa/ penjaga STJ yang menjemput pelajar untuk pulang bermalam.
Puan Norazura juga memohon pihak sekolah memantau pergerakan pelajar ketika membeli
makanan di kantin sekolah. Cikgu Razman menjelaskan bahawa pemantauan di kantin
dijalankan oleh guru bertugas dan pihak sekolah sentiasa mencari solusi bagi mengatasi
masalah sediada.
5.2 Usul kedua diketengahkan oleh En. Syahrul Anuar Abdul Wahab. Beliau meminta kantin
sekolah menyediakan makanan berkhasiat seperti roti, air mineral, buahan potong dan
sandwich pada harga yang bersesuaian. Puan Guru Besar menjelaskan tentang garis panduan
yang ditetapkan oleh Pegawai Pemakanan Klinik Kesihatan Kuala Pilah berkenaan makanan
yang boleh dijual pihak kantin kepada pelajar. Minuman dengan bahan pewarna, seperti air
sirap adalah dilarang sama sekali. Minuman yang dibenarkan adalah air soya, barli, jus
buahan (air limau nipis/kasturi) dan air mineral. Roti yang dibenarkan pula adalah roti
kentang dan sandwich telur / sardin. Pihak kantin akan berusaha menepati menu yang
diarahkan dalam masa terdekat. Hal ini akan dipantau oleh PIBG secara berterusan.
Usul kedua En. Syahrul Anuar adalah untuk meningkatkan kehadiran ibubapa/penjaga ke
Mesyuarat Agung PIBG. Hal ini disambut baik dan disokong oleh tuan YDP khususnya, dan
seluruh jawatankuasa PIBG amnya. Mesyuarat PIBG seharusnya dijadikan platfom utama
bagi pendidik dan ibubapa sama-sama berbincang, berkongsi idea dan bermuafakat demi
kecemerlangan anak-anak pelajar.
5.3 Seterusnya, Pn. Siti Mariam Saha memohon pihak sekolah mengusulkan pada JKR Kuala
Pilah untuk meletakkan lampu isyarat di jalan keluar simpang Gentam. Hal ini sama seperti
usul Puan Norazura, dan telah dijawab oleh tuan pengerusi.
5.4 Pn. Siti Azima Abdul Muttalib pula mohon disediakan box/locker buku untuk pelajar.
Menurutnya, beg sekolah masih berat walaupun jadual sudah diubah. Murid sepatutnya hanya
perlu membawa pulang buku mata pelajaran yang ada tugasan. Usul ini disambut oleh Pn.
Julia yang menjelaskan perkara ini memerlukan dana daripada ibubapa memandangkan pihak
sekolah tidak mempunyai sebarang peruntukan. Ia boleh dilaksanakan sekiranya ada
permuafakatan di pihak ibubapa. Walaubagaimanapun, faktor ruang bilik darjah yang kecil
dan pertambahan pelajar yang tidak dapat dijangkakan perlu diambil kira. Bilik darjah sudah
‘padat’ memandangkan sesi pembelajaran fasa andemik berjalan pada kapasiti penuh. En.
Aidil menambah, pihak PIBG boleh mengeluarkan surat permohonan dana melalui akaun
PIBG bagi pihak ibu bapa sekiranya perlu.
Kedua, Pn. Siti Azima menyentuh berkenaan kondisi meja pelajar yang agak kotor, dan
mencadangkan aktiviti membalut meja pelajar bersama ibubapa. Cikgu Raah memberi
penjelasan mengenai arahan terkini PPD berkenaan penggunaan dan pengoperasian ruang
bilik darjah. Buat masa ini, dekorasi seperti hiasan gantungan, pembalut meja dan langsir
tidak dibenarkan. Sebaliknya, Kementerian Pendidikan mahu mewujudkan suasana ‘real
classroom’. Tumpuan utama adalah ruang beraktiviti, trafik, pengudaraan dan pencahayaan di
bilik darjah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak, dan aktiviti gotong-royong
bersama ibubapa amat dialu-alukan.
5.5 Pn. Zarita Razlan mencadangkan pihak sekolah membuat laluan alternatif keluar dan
masuk bagi mengelakkan kesesakan. Menurut Tuan YDP ini merupakan cadangan yang
bernas dan telah berulangkali dibangkitkan di dalam mesyuarat PIBG. Namun, projek
tersebut memerlukan kos yang amat tinggi sejumlah RM200k ekoran laluan yang perlu
melalui kawasan tebing/cerun. Buat masa ini, fokus pihak PIBG lebih tertumpu kepada dana
pembinaan surau untuk kemudahan pelajar dan warga sekolah.
Turut dimaklumkan oleh PK HEM Cikgu Razman, adalah hal penutupan pintu pagar utama
pada jam 7:30 pagi. Ini bertujuan mengosongkan dataran sekolah untuk menjalankan program
pagi, sesuai sesi persekolahan fasa andemik.
Pn. Zarita juga menekankan pihak sekolah perlu memastikan pihak kantin cakna dari segi
penyediaan makanan terutama pada sesi petang (KAP), bagi mengelakkan kejadian pelajar
tidak mendapat makanan yang telah ditempah dan dibayar berulang.
5.6 Seterusnya, Pn. Safiyyah Shahimi meminta fasiliti tandas sekolah diperbaiki dan
kebersihannya dinaiktaraf. Usul ini disambut oleh En. Firdaus sebagai wakil pekerja
pembersihan. Menurutnya kerja-kerja pembaikan fasiliti berkenaan telah dijalankan. Namun,
sikap pelajar yang kurang berhemah dalam penggunaan tandas membuatkan kejadian tandas
tersumbat kerap berlaku.
Cikgu Raah pula memuji tahap kebersihan tandas SK Tunku Munawir yang dianggapnya
amat membanggakan di sepanjang perjalanan karier beliau sebagai tenaga pendidik di
sekolah ini. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pekerja pembersihan yang
menjalankan tugas dengan amat baik.
Pn. Safiyyah turut menyentuh isu mewujudkan ruang penyimpanan buku teks di sekolah.
5.7 Pn. Zarina Mohd Shah mencadangkan untuk diletakkan cermin pandang di pagar untuk
memudahkan kenderaan turun naik. Tuan pengerusi menjelaskan isu penglihatan trafik di
pintu pagar yang terlindung telah selesai, setelah pokok besar di tepi pagar tumbang dan
tebing dbersihkan. Namun, usul yang dibawa amat bernas dan akan diambil tindakan.
5.8 Seterusnya, En. Mohd Syazwan Roslan juga mencadangkan penyediaan kabinet
menyimpan buku di sekolah bagi menyelesaikan masalah beg sekolah yang berat. Pn.Julia
menerangkan jadual waktu baru dengan hanya 4 mata pelajaran setiap hari mengurangkan
beban buku yang perlu dibawa ke sekolah. Pelajar juga dibenarkan menyimpan buku selain
buku teks di bawah meja masing-masing. Tuan pengerusi memaklumkan SOP sekolah kini
berjalan seperti sebelum fasa PKP. Ibubapa yang berkesempatan, dibenarkan datang
menghantar beg KAP dan makanan pada waktu tengahari.
En. Muaz memberi cadangan supaya pihak ibubapa berbincang dengan guru kelas dan
membuat kutipan dana secara tertutup mengikut kelas anak masing-masing untuk tujuan
pembelian rak buku.
Pn. Julia menjelaskan bahawa pihak sekolah pernah menyediakan kabinet buku di bilik
darjah. Namun, ia terpaksa dipindah keluar kerana terlalu sempit apabila bilangan pelajar
bertambah.
5.9 En. Istika Dollah memohon penambahan unit bagi telefon awam. Tuan YDP dan Guru
Besar menyatakan tiada keperluan untuk menambah telefon awam.
Kedua, En. Istika Dollah memohon perbesarkan jalan masuk ke SKTM. Ini merupakan isu
berbangkit dan pihak PIBG sentiasa mencari solusi bagi merealisasikannya.
5.10 Pn. Norfaizah Yusof mencadangkan insentif diberikan kepada guru yang mencapai
kecemerlangan dalam UPKK atau Peperiksaan Akhir Tahun. Usul diterima baik dan akan
diambil tindakan.
5.11 Seterusnya, Pn. Anira Arbi memohon penambahbaikan menu, kuantiti dan kualiti
makanan di kantin sekolah. Contoh, penyediaan buah-buahan, makanan seperti nasi ayam,
mee kari atau mee sup dengan kadar yang mencukupi untuk semua pelajar.
5.12 En. Mohd Azhar Ayob turut mengutarakan perkara yang serupa. Usul ini sama seperti
beberapa usul yang terdahulu, dan telah dibincangkan.
Sama seperti beberapa usul terdahulu, Pn. Anira dan En. Mohd Azhar Ayob juga menyentuh
soal kebersihan dan penyelenggaraan fasiliti tandas murid.
5.13 Pn. Norzalifah Zainudin membawa usul meminta sumbangan dana daripada kalangan
ibubapa untuk membeli SMART TV bagi setiap kelas bagi memudahkan sesi pdpc abad ke-
21. Keperluan membangunkan ‘bilik darjah pintar’ dan kosnya telah dihuraikan panjang lebar
oleh Puan Guru Besar. Tuan YDP juga menjelaskan beliau telah membuat permohonan
kepada YB Eddin berkenaan dana tersebut. Sumbangan daripada ibubapa amat dialu-alukan.
Pn. Norzalifah menggesa agar semua ibubapa/penjaga menyertai kumpulan whatsapp SKTM
bagi melancarkan penyaluran maklumat terkini berkenaan sekolah, pelajar dan PIBG.
5.14 Akhir sekali, Pn. Juliza Jalalluddin mencadangkan nilai kutipan sumbangan PIBG untuk
sesi 2022/23 dikekalkan RM100. Cadangan ini disokong sebulat suara.
Tuan pengerusi memberi ruang untuk sebarang usul tambahan.
5.15 Pn. Junainah Mohd Wazir mencadangkan penubuhan akaun wakaf yang berdaftar
dengan Baitulmal bagi mengumpul dana untuk fasiliti sekolah (whiteboard, meja murid,
kipas dll). Usul ini akan dibincangkan lebih lanjut di dalam mesyuarat AJK PIBG.
5.16 En. Mohd Aidil Abdullah mencadangkan syarat-syarat proses pendaftaran pelajar yang
bermasalah dari segi kecukupan dokumen diperhalusi bagi memudahkan pihak penjaga.

6.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021 / 2022


Secara rasmi, En. Mohd Aidil bin Abdullah selaku YDP PIBG sesi 2021/22 mengumumkan
pembubaran Jawatankuasa PIBG pada jam 12.18 tengahari.
Pn. Julia Othman mencadangkan En. Mohd Aidil Abdullah bertindak sebagai pengerusi
sementara. Cadangan disokong sebulat suara.

7.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022 / 2023


Pn. Norzalifah mencadangkan agar semua AJK yang hadir dikekalkan, dan AJK baru dilantik
bagi menggantikan yang tidak hadir. Cadangan disokong oleh Pn. Raah Hassan.
JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/23
GURU BESAR/EX-OFFICIO : PN. RUSMAWATI BINTI HAZALI
YANG DIPERTUA PIBG : EN. MOHD AIDIL BIN ABDULLAH
NAIB YANG DIPERTUA PIBG : DR. RAFIDAH BINTI MOHD AZLI
PK PENTADBIRAN : PN. JULIA BINTI OTHMAN
PK HEM : EN. RAZMAN BIN OMAR
PK KOKURIKULUM : PN. SHAFINA BINTI MOHD YUSUF
BENDAHARI : PN. KARTINI BINTI ABIDIN
SETIAUSAHA : PN. RAAH BINTI HASSAN
AJK IBUBAPA : PN. NORZALIFAH BINTI ZAINUDIN
PN. SITI HAFIZAH BINTI ZAINI
EN. AZIZI BIN ABU SAMAH
EN. JEFRINIZAM BIN ADANAN
EN. MOHD AZHAR BIN AYOB
PN. NORSUZILLA BINTI A. RAZAK
PN. MAZLIANA BINTI ISA
PN. NORLIZA BINTI MOHD NOR@RAMLI
DR. MUAZ
DR. SAFIYYAH
EN. JABAR
EN. HAMDAN
EN. AFFENDI

AJK GURU :
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 :
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 :
8.0 PEMILIHAN JURUAUDIT DALAMAN
Akan ditentukan semasa mesyuarat AJK PIBG akan datang.
9.0 HAL – HAL LAIN
Tiada

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN


En. Mohd Aidil bin Abdullah selaku YDP 2022/2023 mengucapkan tahniah di atas
perlantikan ahli jawatankuasa baru, serta terima kasih di atas komitmen AJK terdahulu.
Mesyuarat Agung PIBG SKTM Kali Ke–44 ditangguhkan pada jam 12.37 tengahari.

You might also like