Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

PRAKATA

UNIT HAL EHWAL MURID


SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM CHENDERAH
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Subhanahuwa Taala kerana dengan Limpah
Kurnia dan Rahmatnya Buku Pengurusan ini dapat disiapkan Oleh Jawatankuasa
Pengurusan HEM SRA JAIM CHENDERAH bagi tahun 2023. Semoga kita akan dapat
memasti kan persediaan kita dapat memenuhi perancangan dengan lebih rapi
seterusnya memenuhi keperluan pelbagai pihak yang berhubung dengan sekolah
khususnya ibu bapa dan penjaga.

Di samping menyalurkan segala bantuan, unit ini juga berperanan untuk membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Keperluan asas murid merupakan satu
tanggung jawab yang diamanahkan agar semua murid yang layak akan mendapat agihan
Skim Pinjaman Buku Teks dan bantuan-bantuan lain.

Mengawal disiplin merupakan satu cabaran bagi Jawatankuasa HEM. Oleh itu pengurusan
HEM akan mengembleng tenaga dan kepakaran agar dapat mengawal disiplin serta
membantu murid-murid mengembangkan JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek).
Diharapkan SRA JAIM CHENDERAH akan melahirkan murid yang cemerlang, bersahsiah
ti nggi dan dapat memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara.

VISI

UNGGUL DALAM PRESTASI MEMBENTUK INSAN BERILMU, BERIMAN, BERTAQWA MENUJU


“IZZUL ISLAM”

MISI

BERTEKAD KEARAH MENCAPAI KECEMERLANGAN PENGURUSAN AKADEMIK DAN SAHSIAH


PELAJAR MELALUI PERKHIDMATAN BERKUALITI BERTERASKAN AL-QURAN SUNNAH.

OBJEKTIF

 Membasmi kadar salahlaku murid.


 Menentukan supaya murid yang layak menerima bantuan kebajikan,
perkhidmatan kesihatan, dan keselamatan yang disediakan dengan adil.
 Membimbing murid dengan perkhidmatan Kaunseling ke arah yang boleh
membawa kejayaan kepada murid , sekolah dan masyarakat
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID

 Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai
individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan
kritikal, memupuk potensi dankebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi
kepimpinan. 

UNIT - UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MURID

(SEMUA UNIT BERGERAK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MASING-MASING)

1) UNIT DISIPLIN & PENGAWAS


Objektif : Mengurangkan jumlah kes - kes salah laku murid.

2) UNIT KESELAMATAN & KECEMASAN


Objektif : Mewujudkan kesedaran dikalangan murid-murid dan warga sekolah tentang aspek
keselamatan diri dan harta benda sekolah.

3) UNIT PERABOT & INVENTORI


Objektif : Memastikan bekalan perabot untuk murid mencukupi, segala kerosakan dibaik
pulih serta pengemaskinian stok perabot dilakukan.

4) UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


Objektif : Menyelaraskan hal - hal pengeluaran, pengambilan dan hapuskira buku teks.

5) UNIT LAWATAN
Objektif : Menambah pengetahuan dengan membuat lawatan ke tempat - tempat
pelancongan.

6) UNIT KEBAJIKAN MURID


Objektif : Menyediakan keperluan yang sesuai kepada murid yang menghadapi tekanan dan
masalah.

7) UNIT KANTIN
Objektif : Kebersihan kantin terjaga.

8) UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING


Objektif : Membentuk sikap berdikari, bermotivasi dan bantu - membantu diantara murid -
murid.
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

SRA JAIM CHENDERAH .

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan
keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih
sayang.

DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkn ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam
Sistem Maklumat Pendidikan Islam. (SIMPENI).
2.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa.

DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR

3.1 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan dipanggil
untuk hadir ke sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani
permasalahan disiplin pelajar.
3.4 Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau
menulis surat kepada pihak sekolah.
3.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira
ponteng sekolah.

DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR


MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di
kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
4.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama didalam Buku
Kebenaran Keluar yang terletak di pejabat.
4.3 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insuran Takaful Malaysia.

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR

5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program
yang dirancang seperti :
•  Pemeriksaan Gigi dan Mata
•  Pemeriksaan Kesihatan
•  Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
•  Ceramah dan Kempen
5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.
5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga
terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah
Kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR

6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua
bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini.
6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi menjaga
maruah pelajar tersebut.
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

•  MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR.


SRA JAIM CHENDERAH.

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah


menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Pengurusan
Hal Ehwal Murid dan sahsiah pelajar sekolah telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu
dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah :

1.  Memastikan pelajar sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini.
2.  Memastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
3.  Memastikan pelajar di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Hidup Sihat”.
4.  Memastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru.
5.  Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti
berikut:

 ponteng sekolah
 merokok
 pergaduhan
 kelakuan lucah
 membuli
 kurang ajar atau biadap
 merosakkan harta benda sekolah/awam (VANDALISME)

6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan
dan pertolongan yang sewajarnya.
7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak
sekolah.
8. Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

sekolah.
9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH PELAJAR

  1. Sistem Pendaftaran Pelajar.

•  Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid tahun 1.


•  Hari pendaftaran murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan sebenar.
•  Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari
pendaftaran.
•  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :
•  pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
•  Bayaran Sekolah perlu di bayar kepada Guru Kelas masing-masing.
•  Pengagihan buku teks, meja dan kerusi cukup bagi setiap kelas.
•  Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu-bapa atau penjaga.
•  Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem maklumat
murid sebelum akhir bulan Januari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.

2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.


2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Semua murid lelaki dikehendaki memakai songkok.
2.4 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun
enam.
2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun
semasa.
2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

•  Pencalonan oleh guru kelas.


•  Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
•  Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
•  Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
•  Majlis watikah perlantikan

2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

 Dijalankan oleh Guru Bimbingan Kaunseling Lantikan sekolah


 Keputusan sesuatu hukuman akan diputuskan bersama dengan Para Pentadbir
sekolah, Guru Kelas, Guru Kaunseling, Guru Disiplin dan AJK.
 Pengesanan Pelajar yang Berkeperluan Khas.

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.

3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti
berikut :
•  Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
•  Berinteraksi dengan kawan-kawan.
•  Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
•  Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses.
3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :
•  Pemeriksaan mata.
•  Pemeriksaan gigi.
•  Pemeriksaan kuku dan rambut.
•  Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.
3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
•  Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
•  Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
•  Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
•  Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.
3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :
•  Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
•  Gotong-royong.
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

•  Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.
•  Tidak membuang sampah merata-rata.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.

4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang
tindakan yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.

5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan
kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
•  Sesi kaunseling Individu
•  Sesi kaunseling kelompok
•  Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
•  Kem Jati diri

6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.

6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran
melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :
•  Keselamatan jalan raya.
•  Jenayah juvana
•  Pertolongan cemas
•  Penyalahgunaan dadah.

7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.


MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai
pihak seperti :
•  Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
•  Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
•  Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
•  Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik
dan berfaedah melalui aktiviti seperti :

•  Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan.


•  Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen.
•  Program Bersama Keluarga.

 
NAIB PENGERUSI
Pn Sakinah Bt. Samad
GPK Hal Ehwal Murid
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

CARTA ORGNISASI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2023

PENGERUSI
Pn. Melor Bt. Othman
Guru Besar

SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA


Cik Nazihah Bt Ibrahim Cik Noor Izzati Bt. Shafie

AHLI JAWATANKUASA

BADAN DISIPLIN 3K
En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin

PENGAWAS KESIHATAN & RAWATAN


Pn Sakinah Bt. Samad Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie

BIMBINGAN & KAUNSELING JK KECERIAAN & KEBERSIHAN


Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie

KEBAJIKAN
BENCANA
Pn Sakinah Bt. Samad
Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie

SPBT
REKOD PRESTASI MURID &
En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin
PENDAFTARAN MURID & BUKU
KEDATANGAN
KANTIN Pn Sakinah Bt. Samad
Pn Sakinah Bt Samad
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

PENGERUSI : Pn. Melor Bt. Othman (GURU BESAR)


NAIB PENGERUSI : Pn Sakinah Bt. Samad (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI 1 : Cik Nazihah Bt Ibrahim (GPK. PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI 2 : En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin (GPK. KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA : Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie

JAWATANKUASA BADAN DISIPLIN


Ketua : En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin
Setiausaha : Cik Nazihah Bt Ibrahim
Ahli Jawatankuasa : Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie

JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS


Ketua : Pn Sakinah Bt. Samad
Setiausaha : En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin
Ahli Jawatankuasa : Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie

JAWATANKUASA BIMBINGAN KAUNSELING


Ketua : Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie
Setiausaha : En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin
Ahli Jawatankuasa : Cik Nazihah Bt Ibrahim

JAWATANKUASA KEBAJIKAN
Ketua : Pn Sakinah Bt. Samad
Setiausaha : En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin
Ahli Jawatankuasa : Cik Nazihah Bt Ibrahim

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


Ketua : En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin
Setiausaha : Pn Sakinah Bt. Samad
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

Ahli Jawatankuasa : Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH


Ketua : En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin
Setiausaha : Pn Sakinah Bt. Samad
Ahli Jawatankuasa : Cik Nazihah Bt Ibrahim

JAWATANKUASA REKOD PRESTASI MURID/PENDAFTARAN MURID /BUKU KEDATANGAN


Ketua : Pn Sakinah Bt. Samad
Setiausaha : Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie
Ahli Jawatankuasa : Guru Kelas Tahun 1 – 6

JAWATANKUASA KESIHATAN &RAWATAN


Ketua : Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie
Setiausaha : En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin
Ahli Jawatankuasa : Cik Nazihah Bt Ibrahim

JAWATANKUASA KECERIAAN & KEBERSIHAN BILIK DARJAH/TANDAS


Ketua : En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin
Setiausaha : Pn Sakinah Bt. Samad
Ahli Jawatankuasa : Cik Nazihah Bt Ibrahim

JAWATANKUASA BENCANA
Pengerusi : Cik Noor ‘Izzati Bt. Shafie
Timbalan Pengerusi : Cik Nazihah Bt Ibrahim
Setiausaha : En Luqmaanul Hakiim Bin Nordin
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

TAKWIM HEM 2023

JANUARI 2023

Mesyuarat Pengawas KALI 1 Guru/ Pengawas Sekolah


Mesyuarat HEM KALI 1 Semua Guru
JANUARI Mesyuarat Khas HEM (Watikah pelantikan pengawas) Semua Guru

Watikah pelantikan pengawas Sek/PSS/Ketua Kelas/P.K Guru/ Pengawas Sekolah


Kelas.

FEBRUARI 2023

Kemaskini Data Murid Guru Data/Guru Kelas

(Program Keselamatan Bersama Bomba) Semua Guru


FEBRUARI
Program Keselamatan Bersama Bomba Semua Guru/Pelajar

SPBT Program Buku Selamat Semua Guru

MAC 2023

Mesyuarat khas HEM (Program Israk Mikraj) Semua Guru


MAC Program Israk Mikraj Semua Guru/Pelajar

Semak Rekod Kehadiran Murid Guru Kelas/PK HEM


MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

APRIL 2023

Mesyuarat HEM kali ke 2 Semua Guru

APRIL Gotong-royong Keceriaan Kelas Semua Guru/Pelajar

Mesyuarat khas HEM (Nuzul Quran) Semua Guru

Semak Rekod Kehadiran Murid Guru Kelas/PK HEM

MEI 2023

Mesyuarat khas HEM (Hari Guru) Semua Guru

MEI Sambutan Hari Guru Semua Guru/Pelajar

Mesyuarat khas HEM (Hari Raya) Semua Guru

JUN 2023

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah Semua Guru/Pelajar


JUN Semak Rekod Kehadiran Murid Guru Kelas/PK HEM
Guru SPBT/ Pengawas
Pemeriksaan Buku Teks
SPBT

JULAI 2023

JULAI Semak Rekod Kehadiran Murid Guru Kelas/PK HEM

OGOS 2023
MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

Mesyuarat khas HEM (Program Ambang Merdeka) Semua Guru


OGOS Program Ambang Merdeka Semua Guru/Pelajar

Semak Rekod Kehadiran Murid Guru Kelas/PK HEM

SEPTEMBER 2023

Sambutan Hari Malaysia Semua Guru/Pelajar


SEPTEMBER
Semak Rekod Kehadiran Murid Guru Kelas/PK HEM

OKTOBER 2023

Mesyuarat khas HEM (Sambutan Maulidur Rasul) Semua Guru


OKTOBER Sambutan Maulidur Rasul Semua Guru/Pelajar

Semak Rekod Kehadiran Murid Guru Kelas/PK HEM

NOVEMBER 2023

Pemulangan Buku Teks Guru Kelas

Hari Kualiti Sekolah (Hari Q) Semua Guru/Pelajar

Jamuan Akhir Tahun Semua Guru/Pelajar


NOVEMBER
Semak Rekod Kehadiran Murid Guru Kelas/PK HEM

Kemaskini Fail Unit HEM PK HEM

Pengurusan Sijil Berhenti Murid Tahun 6 Guru Kelas Tahun 6


MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN, TUGAS RASMI GURU & TAKWIM 2023

You might also like