Assignment Bbpw3203 Submit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOUR

SEMESTER MEI/ TAHUN 2023

BBPW3203
PENGURUSAN KEWANGAN II

NAMA : AMIRUDDIN BIN ABU SAMAH

NO. MATRIKULASI : 821121045095001

NO. KAD PENGENALAN : 821121045095

NO. TELEFON : 0102079073

E-MEL : amir1077@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA


KANDUNGAN

BAHAGIAN I

1.0 PENERANGAN MENGENAI DASAR DIVIDEN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Jenis-Jenis Polisi Dividen 2

1.3 Tempoh Pengagihan Dividen 4

2.0
FAKTOR DALAMAN DAN FAKTOR LUARAN YANG

MEMPENGARUHI DASAR DIVIDEN SYARIKAT 5

2.1 Faktor Dalaman 5

2.2 Faktor Luaran 6

3.0 PENILAIAN PECAHAN SAHAM DAN DIVIDEN SAHAM DARI

SUDUT PANDANGAN PEMEGANG SAHAM DAN SYARIKAT 7

3.1
Penilaian Pemegang Saham 7

3.2 Penilaian Syarikat 8

4.0 RUMUSAN 9

5.0 APENDIKS 10

BAHAGIAN II 11

1.0 PENERANGAN MENGENAI DASAR DIVIDEN


BBPW3203

Rajah 1: Infografik Kadar Dividen KWSP 2022

Sumber: (www.google.com)

1.1
Pengenalan

Ilmu berkaitan pelaburan semakin hari semakin mendapat sambutan dan perhatian masyarakat di Malaysia untuk dijadikan sebagai pendapatan pasif atau

sampingan mereka. Pelaburan adalah suatu aktiviti yang menanam modal atau wang melalui pembelian instrumen kewangan atau aset secara langsung atau tidak

untuk kegunaan lanjut dengan harapan pelabur modal akan menerima pulangan keuntungan atau manfaat akan datang setelah sekian lama dalam bentuk

pembayaran dividen atau faedah. Pembayaran dividen kebiasaannya akan diterima dalam bentuk tunai oleh individu dan juga entiti korporat yang melakukan

pelaburan di mana syarikat-syarikat yang dilabur akan mengumumkan jumlah dividen bagi setiap unit saham yang dipegang oleh pelabur. Selain itu, dividen turut

dimaklumkan dengan jumlah peratusan yang akan diterima bagi simpanan yang dibuat seperti infografik di Rajah 1. Pada setiap tahun selepas tahun kewangan

berakhir, secara rutinnya pengumuman jumlah dividen yang akan dibayar akan dilaksanakan. Walau bagaimanapun pengumuman pembayaran dividen boleh

dilakukan di antara mesyuarat Agung Tahunan syarikat yang dilabur tersebut.

Para pelabur sudah pasti mengharapkan peningkatan jumlah dividen yang akan diperoleh setiap tahun. Akan tetapi, wujudnya pelbagai asbab penentu yang

mempengaruhi keputusan pembayaran dividen yang dibuat. Antaranya adalah merangkumi dua (2) faktor iaitu faktor dalaman seperti jumlah keuntungan, saiz

syarikat dan kadar keberhutangan, manakala faktor luaran seperti ekonomi semasa, peluang pelaburan dan inflasi. Walaupun begitu, keuntungan syarikat adalah

bukan suatu jaminan yang akan mempengaruhi kecenderungan pembayaran dividen yang akan dilaksanakan, ianya turut bergantung kepada polisi atau dasar

dividen syarikat tersebut.

1.2 Jenis – Jenis Polisi Dividen

Polisi atau dasar dividen boleh ditakrifkan sebagai garis panduan yang merangkumi kaedah pengagihan dividen yang telah dipersetujui oleh lembaga pengarah

syarikat itu sendiri. Terdapat beberapa jenis polisi dividen yang boleh disesuaikan dengan keperluan pelabur-pelabur serta keperluan pembiayaan entiti korporat

tersebut. Dividen akan diagihkan kepada para pelabur melalui tiga (3) instrumen seperti berikut:

i.
Tunai

Kaedah yang paling umum dalam pembahagian keuntungan di mana pembayaran dalam bentuk wang dan dikenakan cukai pada tahun semasa.

ii.
Saham

Pembayaran dalam bentuk saham tambahan, kebiasaannya akan dikira berdasarkan nisbah jumlah saham yang dimiliki sebagai contoh setiap 100 unit saham yang

dimiliki akan diberikan 10 unit saham tambahan.

iii.
Aset

Pembayaran berbentuk aset, sama ada berbentuk keluaran atau perkhidmatan. Walau bagaimanapun ianya jarang diaplikasikan oleh entiti korporat.

Berikut adalah jenis-jenis polisi dividen yang akan diputuskan oleh syarikat selepas mengambil kira pelbagai faktor seperti peluang pertumbuhan syarikat dan

projek-projek dimasa hadapan iaitu:

a.
Polisi Dividen Nisbah Tetap

Kaedah pembayaran melalui polisi dividen ini adalah berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan dari keuntungan yang diperoleh oleh entiti korporat tersebut

pada setiap tahun. Sebagai contoh Syarikat Giant telah menetapkan sebanyak 25% daripada keuntungan yang diperoleh akan dibayar kepada pemegang saham

1
BBPW3203
sebagai dividen. Maka setiap pemegang saham akan diagihkan dividen daripada jumlah keuntungan syarikat 25% tersebut. Justeru itu, jumlah pembayaran

dividen akan meningkat sekiranya syarikat tersebut memperoleh keuntungan yang tinggi dan rendah apabila berlaku situasi sebaliknya.

b.
Polisi Dividen Nominal Berterusan (Dividen Biasa)

Polisi dividen ini sedikit berbeza daripada polisi dividen tetap di mana syarikat mengekalkan jumlah yang nominal (dividen ringgit tetap) tanpa mengambil kira

jumlah keuntungan tahunan semasa syarikat. Lembaga pengarah syarikat tersebut mengharapkan dapat mengekalkan bayaran dividen biasa ini walaupun syarikat

telah berjaya menguruskan tahap pendapatan yang lebih tinggi pada tahun-tahun semasa tersebut sebagai contoh lembaga pengarah Syarikat TNT telah

memutuskan untuk membayar dividen biasa berjumlah RM0.30 satu unit saham dalam tempoh lima (5) tahun akan datang walaupun syarikat telah berjaya

memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dalam tempoh tersebut syarikat tetap mengekalkan kadar dividen biasa iaitu RM0.30. Dividen jenis ini sentiasa

mendapat permintaan oleh para pelabur disebabkan ianya memberikan pulangan yang konsisten kepada pemegang saham.

c.
Polisi Dividen Lebihan

Bagi menjamin peluang pertumbuhan sesebuah syarikat, maka polisi dividen lebihan (residual dividend policy) adalah amat sesuai digunakan, di mana dividen

hanya akan dibayar jika memperoleh lebihan daripada keuntungan setelah semua perbelanjaan diambil kira. Secara tidak langsung melalui polisi ini syarikat

tersebut berkeupayaan menampung kos perbelanjaan dan dalam masa yang sama dapat memenuhi jangkaan dan harapan kepada pemegang saham terhadap

dividen.

d.
Polisi Dividen Tidak Teratur (Irregular dividend policy)

Sebahagian syarikat menggunakan polisi ini disebabkan kesan daripada faktor keadaan semasa di mana syarikat mungkin membayar atau mungkin tidak

membayar dividen kepada pemegang saham. Ianya bergantung kepada keputusan lembaga pengarah syarikat yang akan menentukan sebarang tindakan

selanjutnya ke atas keuntungan yang diperoleh seperti ianya tidak perlu diagihkan atas sebab untuk pengembangan perniagaan dan potensi projek pada masa

depan syarikat.

e.
Tiada Polisi Dividen

Berdasarkan polisi ini, syarikat tidak akan mengagihkan dividen kepada pemegang saham oleh kerana sebarang keuntungan yang diperoleh akan dikekalkan serta

dilaburkan semula ke dalam aktiviti perniagaan mereka bagi tujuan pertumbuhan pada masa hadapan.

Rajah 2: Infografik Jenis-Jenis Dividen

Sumber: (www.google.com)

1.3 Tempoh Pengagihan Dividen

Pengagihan dividen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis tempoh pengagihan iaitu:

a.
Dividen Interim

Dividen ini akan diisytihar dalam jangka masa pendek iaitu bagi tempoh tiga (3) atau enam (6) bulan yang akan dibayar dalam tempoh perakaunan semasa

berdasarkan prestasi keuntungan syarikat sebelum tempoh perakaunan berakhir.

b.
Dividen Akhir

2
BBPW3203
Ianya akan diisytihar setelah penyediaan penyata kewangan syarikat bagi tempoh satu tahun (12 bulan). Pembayaran akan dilaksanakan selepas tempoh

perakaunan tahun semasa.

c.
Dividen Khas

Dividen akan dibayar secara tiba-tiba oleh syarikat, setelah diisytihar syarikat mencatatkan keuntungan luar biasa.

2.0 FAKTOR DALAMAN DAN FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI DASAR DIVIDEN SYARIKAT

Jumlah pemberian dividen kepada pemegang-pemegang saham oleh sesebuah firma atau syarikat adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan lembaga

pengarah syarikat tersebut. Keputusan yang dibuat adalah berasaskan pelbagai faktor dalaman dan juga luaran syarikat beserta situasi semasa. Berikut adalah

faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi dasar dividen syarikat.

2.1 Faktor Dalaman

a.
Saiz syarikat

Saiz bagi sesebuah syarikat akan mempengaruhi dasar dividen syarikat tersebut. Sebagai contoh, syarikat yang sedang membangun pasti memerlukan modal yang

banyak untuk membina sebuah perniagaan yang berdaya maju. Oleh itu, kebiasaannya syarikat-syarikat ini tidak akan memberi dividen atau hanya sejumlah

dividen yang minimum kepada pemegang saham mereka walaupun mendapat keuntungan yang tinggi. Keuntungan yang diterima kebanyakannya digunakan

untuk pembangunan perniagaan syarikat itu sendiri dimasa hadapan.

b. Keuntungan Dan Aliran Tunai Syarikat

Keuntungan dan pendapatan bersih syarikat merupakan faktor dalaman utama yang akan dinilai oleh lembaga pengarah syarikat bagi menetapkan jumlah agihan

dividen kepada pemegang saham mereka. Ini adalah kerana syarikat yang mengalami kerugian tidak mempunyai wang tunai yang cukup untuk dibuat agihan

kepada pemegang saham. Para pelabur boleh menilai sama ada syarikat tersebut membuat keuntungan ataupun tidak adalah berdasarkan pemberian dividen yang

konsisten kepada pemegang saham.

c. Struktur Modal Dan Pembiayaan Syarikat

Struktur modal boleh dirujuk sebagai campuran ekuiti dan hutang yang digunakan untuk membiayai keseluruhan operasi perniagaan syarikat tersebut.

Perancangan struktur modal yang strategik dan efektif adalah satu keperluan bagi sesebuah syarikat memaksimumkan pulangan kepada organisasi sehingga dapat

menampung pembiayaan hutang-hutang dan seterusnya mempengaruhi dasar dividen syarikat. Jika perancangan yang dilaksanakan tidak berkesan ianya akan

mengundang implikasi kepada keuntungan syarikat dan menjejaskan kadar agihan dividen kepada pemegang-pemegang saham.

2.2 Faktor Luaran

a.
Perbezaan Jenis Industri

Perbezaan jenis industri turut mempengaruhi dasar dividen syarikat. Hal ini disebabkan setiap industri mempunyai permintaan dan penawarannnya yang

tersendiri bergantung kepada jenis industri tersebut. Sebagai contoh syarikat pengeluar makanan seperti Nestle sentiasa mempunyai permintaan berkaitan produk-

produk makanan mereka berbanding syarikat pengeluar kenderaan jentera berat.

b.
Skala Perniagaan

3
BBPW3203
Faktor luaran seterusnya yang mempengaruhi dasar dividen sesebuah syarikat adalah berkaitan skala perniagaan yang merangkumi pasaran domestik dan pasaran

antarabangsa. Semakin besar skala perniagaan sesebuah syarikat, maka semakin tinggi kebarangkalian menerima jumlah dividen yang tinggi dan konsisten.

Sebagai contoh entiti korporat yang tersohor di Asia seperti Syarikat Telekomunikasi Axiata yang konsisten mencatat keuntungan sepanjang tahun.

c. Ekonomi Dan Pasaran Semasa

Kestabilan ekonomi dan pasaran semasa memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi dasar dividen syarikat. Sebagai contoh ketika pandemik Covid-

19 melanda seluruh dunia yang menyebabkan banyak syarikat-syarikat yang terkesan dengan kerugian dan gulung tikar akibat tidak berdaya tahan dengan

ekonomi dan pasaran global semasa. Apatah lagi mengharapkan dividen yang tinggi pada waktu itu sedangkan ekonomi dunia dalam keadaan tenat.

d. Kestabilan Politik

Pergolakan dalam politik tempatan turut mempengaruhi dasar dividen sesebuah syarikat terutamanya syarikat yang dispekulasi mempunyai hubungan politik

dengan pihak tertentu. Hal ini menyebabkan para pelabur akan membeli dan juga menjual saham syarikat tersebut yang akan memberi implikasi kepada

ketidakstabilan harga pasaran saham. Oleh yang demikian, apabila sesebuah negara mempunyai kerajaan yang stabil ianya turut memberikan kesan kepada

pertumbuhan ekonomi dan seterusnya mempengaruhi dasar dividen syarikat tersebut.

3.0 PENILAIAN PECAHAN SAHAM DAN DIVIDEN SAHAM DARI SUDUT PANDANGAN PEMEGANG SAHAM DAN SYARIKAT

Pecahan saham dan dividen saham adalah merupakan salah satu tindakan strategik korporat yang memberikan kesan kepada tambahan jumlah unit saham

tersebut. Secara tidak langsung ianya memberi kesan kepada penurunan harga saham. Walau bagaimanapun tiada implikasi atau sebarang perubahan kepada

modal pasaran syarikat tersebut. Sebagai contoh setiap satu (1) unit saham akan dipecahkan kepada dua (2) unit saham, di mana para pelabur akan menerima unit

tambahan untuk setiap satu (1) unit saham yang dipegang oleh mereka, akan tetapi harga setiap satu (1) unit saham tersebut akan menjadi separuh seperti

keterangan berikut:

Contoh: Ahmad memiliki 1000 unit saham Syarikat XYZ dengan jumlah nilai RM1000.00. Pada awal tahun 2023, Syarikat XYZ telah melaksanakan pecahan

saham setiap satu (1) unit kepada dua (2) unit saham. Maka Ahmad telah memiliki 2000 unit saham Syarikat XYZ dengan jumlah nilai yang sama seperti

sebelum ini iaitu RM1000.00. Walau bagaimanapun satu (1) unit saham telah mengalami perubahan nilai daripada satu (1) unit saham bersamaan RM1.00 kepada

RM0.50 sesaham. Kaedah yang mudah untuk mengira harga baru satu unit saham selepas pelaksanaan pecahan saham adalah dengan membahagikan harga

saham sebelumnya dengan nisbah pecahan tersebut iaitu:

RM1.00 / (2/1) = RM0.50

Terdapat banyak syarikat-syarikat global yang melaksanakan pecahan saham ini seperti Apple (pecahan saham 4:1), Tesla (pecahan saham 5:1) dan Nestle

(pecahan saham 2:1). Bagi penilaian pelaksanaan berkaitan pecahan saham dan dividen saham dari sudut pandangan pemegang saham dan syarikat adalah seperti

berikut:

3.1
Penilaian Pemegang Saham

a. Dari sudut psikologi kesan daripada tindakan korporat ini setelah berlakunya pecahan saham dan dividen saham secara tidak langsung akan menarik

perhatian para pelabur baharu untuk memiliki saham tersebut disebabkan penurunan harga satu (1) unit saham ke paras yang lebih menarik dan mampu

dimiliki walaupun nilai asalnya tidak berubah.

4
BBPW3203
b. Para pemegang saham turut merasakan asbab daripada pecahan saham telah menjadikan unit saham yang dipegang semakin bertambah dan lebih banyak

saham berpotensi untuk didagangkan.

c. Dari sudut pandangan pemegang saham mereka menjangkakan nilai saham tersebut akan naik dari sebelumnya disebabkan kesan peningkatan pembelian

saham oleh para pelabur baharu yang akan membeli saham tersebut dengan harga mampu milik.

d. Pelaksanaan pecahan saham memberi gambaran kepada pemegang saham dan para pelabur bahawa tindakan korporat tersebut adalah merupakan petunjuk

kepada prestasi syarikat tersebut adalah amat baik.

3.2
Penilaian Syarikat

a. Bagi sesebuah syarikat yang melaksanakan pecahan saham adalah bertujuan meningkatkan kecairan perdagangan syarikat tersebut kesan daripada

pembelian saham oleh pelabur baharu.

b. Sebagai salah satu inisiatif syarikat dalam proses penstrukturan semula modal pasaran syarikat dengan harapan penyertaan para pelabur baharu yang

berminat untuk membeli saham syarikat tersebut.

c. Mampu mewujudkan nilai jangka panjang kepada pemegang saham syarikat di mana tindakan pecahan saham adalah sebagai ganjaran terhadap kesetiaan

dan sokongan mereka yang berterusan terhadap syarikat tersebut.

d. Strategi untuk membangunkan jenama syarikat yang berdaya saing di peringkat domestik dan juga global dengan menarik perhatian pelabur-pelabur

baharu sama ada luar dan dalam negara untuk membeli saham syarikat.

4.0 RUMUSAN

Dewasa kini dunia pelaburan semakin mendapat tempat untuk diceburi oleh masyarakat awam terutama di Malaysia yang semakin cakna berkaitan hal pelaburan

yang sah di sisi undang-undang dan syariat agama Islam. Pelbagai platform seperti seminar dan kelas-kelas pelaburan tumbuh bak cendawan untuk memberi

penerangan berkaitan hal pelaburan dan saham kepada rakyat Malaysia khususnya. Penglibatan dalam dunia pelaburan pastinya terdapat untung dan rugi yang

akan ditanggung oleh para pelabur, maka amat pentingnya persediaan bukan sahaja dari sudut modal pelaburan malah meliputi ilmu berkaitan pelaburan itu

sendiri bagi menjamin kurangnya risiko jika berlaku kerugian.

Dalam pelaburan tiada individu atau organisasi yang boleh memberi jaminan bahawa suatu pelaburan pasti memperoleh keuntungan atau dividen tanpa kerugian

yang akan berlaku. Jika perkara ini terjadi sudah pasti pelaburan tersebut dikategorikan sebagai ’red flag’ oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan boleh dicaj

sebagai skim cepat kaya ataupun skim ponzi yang boleh memudaratkan para pelabur. Walau bagaimanapun bagi memaksimakan keuntungan dividen di samping

mengurangkan risiko kerugian maka wujudnya ilmu berkaitan pelaburan seperti Analisis Asas (Fundamental Analysis) di mana para pelabur menjalankan

analisis syarikat semasa menilai saham yang ditawarkan oleh syarikat tersebut contohnya nilai semasa saham, jenis industri yang diceburi, latar belakang syarikat,

aliran tunai syarikat, kadar keberhutangan syarikat serta modal pasaran syarikat yang ingin dilabur. Selain itu ilmu berkaitan Analisis Teknikal (Tecnichal

Analysis) turut memainkan peranan yang penting bagi memperoleh data jual beli dan turun naik harga pasaran dengan merujuk kepada indikator graf serta sejarah

harga pasaran saham tersebut.

Sebagai seorang pelabur atau bakal pelabur amatlah penting mendalami ilmu pelaburan terlebih dahulu. Sudah pasti dividen adalah laba kepada pelaburan yang

diharapkan, selain risiko kerugian yang bakal dihadapi terdapat juga faktor-faktor penentu jumlah dividen yang akan diperoleh apabila adanya keuntungan.

5
BBPW3203
Justeru itu adalah dinasihatkan kepada para pelabur dan juga bakal pelabur perlulah cukup bersedia dengan ilmu pelaburan dan juga mental sebelum sesuatu

pelaburan dilaksanakan.

Jumlah Patah Perkataan : 2251 Patah Perkataan

5.0 APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Apakah ITU Pemecahan Saham?: Glosari FBS. FBS. (n.d.). https://ms-

brokerfbs.com/glossary/stock-split-167

Analyst Team  trader Updated  3 Nov 2020, Team, A., & Analyst Team trader. (2020,

November 3). Semua Yang anda perlu tahu tentang saham. AskTraders.com.

https://www.asktraders.com/ms/belajar-trading/perdagangan-saham/apa-itu-saham/

Eza, & Majalah Labur. (2019, July 13). Apa Itu pecahan Saham Atau share split? Ketahui

Juga Dua kelebihannya. Majalah Labur. https://www.majalahlabur.com/saham/apa-itu-pecahan-saham-atau-share-split-ketahui-juga-dua-

kelebihannya

Huson Juhor Allahmed BBPW3203 Pengurusan Kewangan II Edisi Pertama. Open

University Malaysia (OUM), 2014

Rosman, H. (2022, December 21). Jenis-Jenis dividen Yang Pelabur Saham Perlu tahu. The

Kapital. https://thekapital.my/jenis-jenis-dividen-yang-pelabur-perlu-tahu/

Teh, P., & Majalah Labur. (2017, April 25). 7 Perkara Yang Mempengaruhi harga saham di

bursa Malaysia. Majalah Labur. https://www.majalahlabur.com/saham/perkara-yang-mempengaruhi-harga-saham/

BAHAGIAN II

Soalan 1.

#1.

#2.

6
BBPW3203

#3.

Soalan 2.

#4.

#5.

You might also like