Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/342003989

PENGURUSAN DAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEKERJA (Management and


Employee Perfomance Appraisal System)

Article · June 2020

CITATIONS READS

0 3,840

3 authors, including:

Nurul Izzah
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Qualitative View project

All content following this page was uploaded by Nurul Izzah on 08 June 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGURUSAN DAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEKERJA
(Management and Employee Perfomance Appraisal System)
Nurul Izzah binti Matnor,

Program Hubungan Industri, Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan


Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu,Sabah, Malaysia

Bellaizza788@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini adalah berdasarkan pengurusan penilaian prestasi pekerja menggunakan gabungan prestasi korporat
dalam Petrou (2017). Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti peranan pihak pengurusan untuk
menambahbaikan sistem pengurusan prestasi. Dapatan kajian menunjukan bahawa pengurus berperanan untuk
menubuhkan KPI yang bersesuaian dan mencapai target kumpulan, mengenalpasti perkembangan dalm nilai
tambah operasi, mengenalpasti kecekapan yang diperlukan untuk dibangunkan dan menetapkan kelakuan seperti
yang dijangkakan.

Kata kunci: pengurusan prestasi, pihak pengurusan, peranan, prestasi korporat

ABSTRACT
This study is based on management of employee performance appraisals using a combination of corporate
performance in Petrou (2017). The objective of this study is to identify management organizations to improve
performance management systems. The findings show that managers play a role in setting up appropriate KPIs and
meeting target groups, identifying developmental value added operations, identifying competencies needed to
develop and demonstrating expected behavior.

Keywords: performance management, management, role, corporate performance

PENGENALAN
Pihak pengurusan adalah pihak yang bertanggungjawab dalam membentuk satu sistem penilaian
pekerja dalam organisasi. Sesetengah sistem penilaian mempunyai kelemahan sehinggakan berlaku
konflik antara penyelia dan pekerja akibat daripada sistem penilaian yang tidak diberi keutamaan oleh
pihak pengurusan. Bagi mengelakkan kelemahan ini menjadi penghalang kepada organisasi, pengurus
hendaklah memainkan peranan penting. Menurut Petrou (2017), sistem penilaian pekerja digabungkan
dengan sistem prestasi korporat yang berlandaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dapat mewujudkan
satu sistem yang lebih baik.
METODOLOGI
Kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji ialah kualitatif dimana data dan maklumat kajian
diperolehi daripada sumber buku, jurnal dan internet.

SKOP KAJIAN
Skop kajian adalah berdasarkan kajian oleh Andreas Petrou (2017) dalam bukunya yang berjudul “How
to develop and use KPIs and appraisals to manage your team.”

DAPATAN & PERBINCANGAN

Mengenalpasti
Menetapkan KPI peningkatan nilai
yang bersesuaian tambah operasi.
dan mencapai
PERANAN PENGURUS
DALAM GABUNGAN
PENILAIAN PRESTASI
DAN PRESTASI
KORPORAT

Menetapkan tingkah
laku yang
Mengenalpasti bersesuaian
kecekapan yang
perlu
dikembangkan
sasaran
Antara peranan pengurus ialah menetapkan KPI yang sesuai dan mencapai sasaran. Pengurus
hendaklah mendorong pekerja bagi mencapai sasaran tersebut. Pengurus hendaklah melakukan
pelbagai insentif yang dilihat dapat mencapai yang diinginkan misalnya pemberian insentif kepada
individu tertentu seperti bonus ataupun ganjaran kecil. Ianya bertujuan supaya pekerja menjadi lebih
bermotivasi dan semakin kompetitif untuk mencapai matlamat organisasi. Mereka sudah tentu akan
bersaing sama sendiri yang mana akan menjadikan organisasi mempunyai pekerja-pekerja yang
menunjukkan prestasi yang semakin baik. Usaha-usaha yang dilakukan pula hendaklah berterusan dan
konsisten agar ianya sentiasa mencapai sasaran pada masa akan datang.
Seterusnya, mengenalpasti peningkatan nilai tambah dalam operasi. Pengurus hendaklah
melakukan penambahbaikan atas kekurangan yang ada. Disamping itu bagi melaksanakan aktiviti
pengoperasian syarikat yang lebih baik, pasukan pengurusan yang kuat diperlukan. Pengurus hendaklah
membuat latihan, bimbingan dan meminta maklum balas daripada mereka. Ianya bertujuan untuk
mengetahui sebarang kekurangan yang perlu ditambahbaikan dari semasa ke semasa dengan
melaksanakan pelan penambahbaikan. Maklum balas tersebut akan dimasukkan ke dalam penilaian
kakitangan oleh diperingkat atasan untuk mengetahui apa kekurangan yang perlu diperbaiki agar
objektif rancangan kemajuan prestasi pekerja dapat dicapai. Hal ini secara tidak langsung
menggabungkan KPI dengan pengurusan penambahbaikan penilaian prestasi dan kakitangan dengan
cara yang lebih baik.
Kemudian, mengenalpasti kecekapan yang perlu dikembangkan. Pengurus menyediakan pelbagai
kaedah yang bersesuaian untuk meningkatan kecekapan organisasi. Misalnya merangka insentif
komunikasi terhadap pekerja yang lebih berkesan dengan mengkaji semua sasaran KPI.
Disamping itu, menetapkan tingkah laku yang diharapkan. Pengurus hendaklah mengawasi dan
membentuk tingkahlaku pekerjanya supaya dapat meningkatkan prestasi organisasi menjadi semakin
baik. Hal ini dapat dilakukan dengan mengenalpasti perkara-perkara yang diperlukan pekerja untuk
mencapai sasaran tersebut sebagai tanda sokongan kepada prestasi pasukan ataupun kakitangan.
maklum balas yang diterima akan dikongsi dan tindakan pembetulan hendaklah dipersetujui ramai.
Pengurusan prestasi memainkan peranan yang penting kerana dapat mengurangkan kepentingan
peribadi pekerja misalnya melalui motivasi yang diberikan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, peranan pengurus begitu penting dalam memantapkan lagi sistem penilaian prestasi
bukan sahaja dengan menyediakan pelbagai rancangan dan idea malahan membuat gabungan dan
kerjasama dengan badan korporat lain untuk memastikan pengurusan menjadi lebih baik. Oleh itu,
gabungan ini dilihat begitu penting kerana melalui gabungan ini, pihak pengurusan serba sedikit dapat
menampung kekurangan setiap pasukan.
RUJUKAN UTAMA

Abdeldjalil Mokaddem (2019). The Impact of Internal Marketing on Employees’ Perfomance in


Mobilis Telecom, International Journal of Marketing & Human Resource Management. 10(2), 23-33

Azizan, H. M., & Razlina, H. J. (2015). Relationship between workplace incivility, job attitudes and
muslim religiosity personality among trade union members. Global Journal Al-Thaqafah, 5(2), 43-51.

Hitka et al. (2019). Management Approach to Motivation of White-Collar Employees in Forest


Enterprise. BioResource.com, 14 (3), 5488-5505.

Idris, R. Z., Bala, B., & Morshidi, A. H. (2013). Sabah (Malaysia)–Australia Relations: An Historical
Observation. TAWARIKH, 4(2).

Islami, Muloli & Mustafa. (2018). Using Management by Objectives as a performance appraisal tool
for employee satisfaction. Future Business Journal, 4 (1), 94-108.

John S. Heywood, Uwe Jirjahn & Cornelia Struewing. (2016). Locus of Control and Performance
Appraisal, IZA – Institute of Labor Economics. 2-25.

Lisbeth Clause. (2019). HR disruption—Time already to reinvent talent management. BRQ Business
Research Quarterly, 22(3), 207-215.

Nasrin, N., & Morshidi, A. H. (2019). Kecerdasan emosi (EI) dan perbezaan gender dalam pekerjaan.
Jurnal Kinabalu. Diakses dari https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1923 pada
12/11/2019

Rahim S.A & Dr. Sheikh Islam M.S. (2019). Performance appraisal system of Mercantile bank limited:
An evaluation. Journal of Business and Retail Management Research (JBRMR), 13 (4), 303-311.

Satar, N. S. M., & Morshidi, A. (2006). Web Usability Attributes of e-learning System Platform in
Malaysia: A Progress Report. Bulletin of The Technical Committee on Learning Technology, 8(3),
16-17.

Yadav et al. (2018). Interval-valued facility location model: An appraisal of municipal solid waste
management system. Journal of Cleaner Production, 171, 250-263.

View publication stats

You might also like