Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

1

NOTA ULANGKAJI

BAB 1 : MIKROORGANISMA

SUBTOPIK 1.3 : PENCEGAHAN DAN RAWATAN


PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH
MIKROORGANISMA.

DISEDIAKAN OLEH :

EN. MOHAMAD ZARIF MUAZ BIN ROSLAN


2

1.3 PENCEGAHAN DAN RAWATAN PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH


MIKROORGANISMA.

1.3.1 Konsep ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat’. Penyakit yang dibawa oleh
mikrooragnisma.

1. Sebahagian mikroorganisma adalah berbahaya kerana menyebabkan penyakit kepada


manusia. Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit dikenali sebagai Patogen.
2. Penyakit boleh berjangkit apabila patogen dipindahkan daripada sesorang yang
berpenyakit kepada seseorang yang sihat melalui air, udara, makanan, sentuhan dan
vektor. (membawa penyakit seperti nyamuk Aedes)
3. Konsep ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat’ adalah menjadi keutamaan dalam
mengelak penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma terkena kepada diri kita daripada
merawat penyakit itu.

1.3.2 Menerangkan teknik aseptik dalam pengawalan penyebaran mikroorganisma.

Teknik Aseptik

1. Teknik aseptik bermaksud menggunakan amalan dan prosedur untuk mewujudkan


keadaan yang bebas daripada pencemaran oleh mikroorganisma.

2. Pensterilan ialah proses pemusnahan atau penghapusan patogen daripada


sesuatu objek, makanan atau persekitaran.
3. Berikut merupakan beberapa cara pensterilan :
3

Pensterilan menggunakan haba


1. Memanaskan makanan dapat membunuh mikroorganisma.
2. Air yang mendidih pada suhu 1000C membunuh hampir semua mikroorganisma
kecuali sebilangan spora yang mempunyai dinding yang tebal.
3. Antara contoh objek yang disterilkan melalui pendidihan ialah botol susu, sudu dan
garpu logam serta alatan pembedahan.
4. Autoklaf adalah sejenis periuk tekanan yang menyebabkan air di dalamnya berada pada
tekanan tinggi dan dipanaskan sehingga mencapai suhu 120 0C untuk membunuh
mikroorganisma dan sporanya. Autoklaf digunakan untuk mensteril barangan kaca,
medium kultur dan alatan pembedahan.

Pensterilan menggunakan bahan kimia.

1. Antiseptik merupakan bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau


merencatkan pertumbuhan mikroorganisma pada kulit terutama luka untuk
mencegah pembiakan patogen.
2. Antara contoh antiseptik ialah larutan iodin, hidrogen peroksida, etanol, akriflavin,
Povidone, alkohol isopropil 70% dan larutan kalium permanganat.

Rajah 1.18 Contoh Antiseptik

3. Disinfektan ialah bahan kimia yang


bertindak lebih kuat berbanding
antiseptik. Disinfektan tidak boleh
disapu pada kulit kerana boleh
merosakkan tisu badan.
4. Disinfektan digunakan untuk
mensterilkan dinding, lantai, selimut,
cadar, mangkuk tandas dan
kelengkapan perubatan.
5. Contoh disinfektan ialah larutan iodin,
cecair dan gas klorin, bahan peluntur,
fenol, kuprum sulfat dan lisol.

Rajah 1.19 Contoh Disinfektan


4

Pensterilan menggunakan sinaran

1. Sinaran gama mempunyai kuasa penembusan tinggi. Sinaran ini dapat menembusi
mikroorganisma dan membunuhnya.
2. Alatan sensitif terhadap haba atau bahan kimia disterilkan menggunakan kaedah
sinaran gama ini.
3. Contoh ialah alatan plastik, ubat, vaksin, picagari dan alatan pembedahan.
4. Sinaran ultraungu juga boleh membunuh mikroorganisma. Matahari merupakan
sumber utama sinaran ultraungu. Contoh seperti tilam, cadar, selimut, bantal dan pakaian
disterilkan menggunakan kaedah ini dengan menjemurkannya di bawah sinaran
matahari.
5. Bilik pembedahan disterilkan dengan lampu khas yang mengeluarkan sinaran
ultraungu.

1.3.3 Menjalankan eksperimen mengkaji kesan antibiotik terhadap pertumbuhan


bakteria.

EKPERIMEN 1.3 Untuk Mengkaji Kesan Kepekatan Antibiotik (penisilin) terhadap


Pertumbuhan Bakteria (Bacillus sp.).

Tujuan: Untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik (penisilin) terhadap pertumbuhan bakteria
(Bacillus sp.)

Pernyataan masalah: Apakah kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria?

Hipotesis: Semakin tinggi kepekatan antibiotik, semakin rendah pertumbuhan bakteria.

Pemboleh ubah:

(a) dimanipulasikan : Kepekatan antibiotik

(b) bergerak balas : Luas kawasan jernih

(c) dimalarkan : Jenis bakteria (Bacillus sp.)

Bahan: Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril, empat ceper kertas turas
berdiameter 6 mm, larutan penisilin dengan kepekatan yang berlainan seperti 10%, 20% dan 30%
(atau ceper kertas turas berdiameter 6 mm dan tiga ceper penisilin yang berkepekatan berlainan
seperti 10, 20 dan 30 unit penisilin), air suling, pen penanda dan pita selofan.

Radas: Piring Petri dengan penutup, picagari, forseps steril dan kertas grid lut sinar
5

Rajah 1.20

Prosedur:

1. Sediakan susunan radas (Rajah 1.20).


2. Tuangkan 1 cm3 larutan kultur bakteria Bacillus sp. ke atas agar-agar nutrien steril di dalam
sebuah piring Petri.
3. Gunakan forseps steril untuk meletakkan ceper kertas turas yang direndam dalam air
suling dan larutan penisilin dengan kepekatan 10%, 20% dan 30% ke atas agar-agar
nutrien dan kultur bakteria Bacillus sp. di dalam piring Petri (Rajah 1.20).
4. Tutup piring Petri dan lekatkan penutup dengan pita selofan.
5. Simpan piring Petri itu di dalam almari yang gelap pada suhu bilik selama tiga hari.
6. Selepas tiga hari, keluarkan piring Petri dari almari tersebut.
7. Perhatikan kawasan jernih yang mengelilingi setiap ceper kertas turas di dalam piring Petri.
8. Lakarkan pemerhatian anda (rujuk Rajah 1.21)
9. Ukur luas kawasan jernih dengan menggunakan kertas grid lut sinar.

Pemerhatian:

Kepekatan Luas kawasan


antibiotik jernih (cm2)

(% atau unit)

10

20

30
6

Rajah 1.21

Perbincangan:

1. Apakah tujuan penggunaan ceper kertas turas yang direndam dalam air suling dalam
eksperimen ini?
2. Bagaimanakah keluasan kawasan jernih pada permukaan agar-agar nutrien dapat
menunjukkan tindakan penisilin terhadap pertumbuhan bakteria?
3. Terangkan pemerhatian yang diperoleh. Berikan sebabnya.

Kesimpulan:

Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?


7

1.3.4 Berkomunikasi tentang kaedah rawatan penyakit berjangkit.

•Digunakan untuk membunuh atau merencatkan pertumbuhan bakteria.


ANTIBIOTIK •Dimakan atau disuntik
•Contoh : Streptomisin untuk merawat batuk kering (tuberkulosis), Penisilin
untuk merawat penyakit sifilis

•Digunakan untuk merawat jangkitan kulat.


•Bentuk serbuk, losen atau gel
ANTIFUNGAL
•Contoh : Merawat jangkitan kulat pada kaki di celah jair (athlete's foot),
panau dan kurap.

•Digunakan untuk merencatkan pertumbuhan virus


ANTIVIRAL •Disuntik, dimakan atau disapu pada bahagian yang dijangkiti.
•Contoh : Merawat penyakit kayap.

Rajah 1.22 Penggunaan Antibiotik, Antifungal dan Antiviral dalam rawatan penyakit berjangkit
1. Ubat digunakan untuk merawat penyakit berjangkit. Antara contoh ubat ialah antibiotik,
antifungal dan antiviral.

Kesan Negatif Penggunaan Antibiotik

1. Antibiotik perlu dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan. Ini adalah kerana untuk
memastikan penyakit yang disebabkan oleh patogen dihapuskan. Sekiranya antibiotik
gagal dihabiskan, patogen yang tertinggal dan masih hidup akan membiak dan
menghasilkan rintangan yang lebih tinggi terhadap antibiotik dan sekali gus
menyebabkan dos antibiotik yang lebih tinggi diperlukan jika penyakit yang sama
berulang.
8

2. Pengambilan antibiotik yang berlebihan dan tidak mengikut preskrepsi, bakteria


berfaedah di salur alimentari mungkin terbunuh dan menjejaskan sistem
pencernaan kita.

Latihan 1.3 Pencegahan dan rawatan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma.

a) Nyatakan lima contoh teknik aseptik untuk mengawal penyebaran patogen.


• ________________
• ________________
• ________________
• ________________
• ________________

b) Bagaimanakah teknik aseptik dihubungkaitkan dengan ungkapan ‘mencegah lebih baik


daripada merawat’?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

c) Apakah yang dimaksudkan oleh pensterilan?


_____________________________________________________________________

d) Bagaimanakah pensterilan dijalankan?


_____________________________________________________________________

e) Mengapakah penggunaan autoklaf adalah lebih berkesan untuk mencegah


mikroorganisma berbanding dengan pendidihan air?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

f) Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara antiseptik dengan disinfektan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

g) Namakan dua contoh sinaran yang digunakan dalam teknik aseptik.


• ______________________
• ______________________

h) Nyatakan jenis bahan yang digunakan untuk merawat penyakit berjangkit yang berikut:
• athlete’s foot = ____________________________________
• pneumonia = ______________________________________
• kayap = __________________________________________

You might also like