Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK KAH

Yang Berusaha,
Cikgu Zazalli bin Abdullah, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tok Kah
Yang Dihormati,
Cikgu Mohd Zamani bin Abdul Latif,
Pen. Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Tok Kah
Yang Dihormati,
Cikgu Sulmayati binti Sulaiman
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Tok Kah
Yang Dihormati
Cikgu Rosilawati binti Abdul Rahman
Sekolah Kebangsaan Tok Kah

Guru-guru, barisan PIBG, murid-murid serta seluruh warga sekolah yang dirahmati
Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
telah menjemput saya untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat
Sekolah Kebangsaan Tok Kah pada hari yang indah ini. Seterusnya, ucapan syukur
juga kehadrat ilahi kerana kita dapat merayakan Sambutan Hari Raya bersama-sama
pada hari ini setelah 2 tahun kita tidak dapat meraikan bersama kerana pematuhan
Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19.
Semestinya, semua umat Islam di negara ini merasai nikmatnya kemeriahan Sambutan
Hari Raya pada tahun ini kerana dapat berkumpul semula bersama ahli keluarga dan
sanak-saudara. Buktinya, berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk kerana jumlah
kenderaan yang pulang ke kampung sungguh luar biasa pada tahun ini.

Pada hari ini juga, saya melihat semua murid termasuk para guru dan seluruh
warga sekolah ceria dengan berpakaian baju raya. Sungguh segak dan cantik belaka.
Saya dimaklumkan pada hari ini, pelbagai juadah yang disediakan untuk semua
mengikut gerai rumah sukan dan terdapat juga gerai juadah yang disediakan oleh PIBG
Sekolah Kebangsaan Tok Kah. Yang paling menarik, penyediaan juadah yang julung-
julung kali diadakan di sekolah iaitu membakar lemang yang diketuai oleh Tuan Guru
Besar sendiri. Malah murid-murid juga berkongsi juadah yang dibawa dari rumah untuk
makan bersama rakan-rakan di sekolah. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh wagra
sekolah kerana berjaya menganjurkan majlis ini dengan berkonsepkan semangat
kerjasama sehingga menjadikan majlis Sambutan Hari Raya kali ini sungguh bermakna
dan meriah sekali walaupun dalam keadaan sederhana.

Walau bagaimanapun, dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, jangan kita


terus lupa untuk terus mengamalkan gaya hidup norma baharu kerana virus Covid-19
masih kekal berada dalam komuniti. Sentiasalah amalkan penjarakkan fizikal, gunakan
pelitup muka ditempat yang sesak, sentiasa cuci tangan dan jagalah kebersihan diri.
Adalah menjadi harapan saya dengan adanya majlis seperti ini, ianya dapat
mewujudkan satu semangat muhibah dan harmoni di antara warga sekolah, PIBG dan
ibu bapa.

Sebelum saya mengundur diri, dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan


Selamat Hari raya. Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga sekolah dan hadirin
yang hadir pada hari ini. Sambutlah Aidilfitri dengan penuh keinsafan dan kegembiraan
dan sentiasa patuhi garis panduan yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

You might also like