Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

JABATAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT

PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA

HAK 4033

AKTIVITI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

LAPORAN AKTIVITI PERKEMBANGAN FIZIKAL BERSAMA KANAK-KANAK

INDIVIDU

2SVM

SEMESTER 4/2023

NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN


WAN NUR ADLINA BINTI WAN 050911-10-0260
ISKANDAR SHAH PUTERA

NAMA PENSYARAH:

1 PUAN MAZIAH BINTI YUNUS


2 PUAN SITI RODIAH BINTI AB RAHIM

TARIKH HANTAR: 5 MEI 2023


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Pengenalan

Laporan Aktiviti Fizikal bersama Kanak-


Kanak

Rekod Anekdot

Lampiran
PENGENALAN

Perkembangan fizikal ialah keupayaan kanak-kanak menggunakan dan mengawal koordinasi


motor kasar dan halus.Pergerakan motor kasar melibatkan anggota tubuh badan,contohnya
berjalan,berlari,melompat dan menendang.Perkembangan motor halus melibatkan koordinasi
mata dan tangan contohnya menguntai manik,memasang butang,mengikat tali kasut.Secara
umumnya perkembangan fizikal merupakan satu proses di mana seseorang individu
mengunakan keupayaan/kebolehan anggota badan untuk melakukan sesuatu kerja atau
aktiviti.

Terdapat dua kemahiran iaitu motor kasar dan motor halus.Kemahiran motor kasar adalah
kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak
bergerak balas dengan persekitarannya .Perkembangan motor halus pula menggunakan otot-
otot yang kecil seperti jari dan tangan.Kemahiran menggunakan motor halus mengalami
peningkatan selari dengan meningkatnya umur kanak-kanak.

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak iaitu baka,
baka ialah kanak-kanak yang mewarisi sifat fizikal ibu bapanya seperti warna rambut,warna
mata,warna kulit dan saiz tubuh badan.Kesihatan dan pemakanan juga mampu
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak kerana makanan yang seimbang penting bagi
menjamin kesihatan yang sihat.Dan keadaan persekitaran merujuk kepada persekitaran di
mana kanak-kanak berada,peluang untuk melakukan aktiviti ,peralatan yang membantu dan
corak asuhan yang diterima.

Antara permainan yang boleh meransang perkembangan fizikal ialah permainan


solitari(jndividu) kanak-kanak boleh bermain seorang diri ,permainan spectator dimana
kanak-kanak menonton atau melihat kanak-kanak yang lain bermain,permainan selari
kanak-kanak bermain bersebelahan tetapi tidak berinteraksi antara satu sama lain dan juga
permainan asosiatif(perkongsian) kanak-kanak mula bermain bersama dengan
mengembangkan kemahiran berinteraksi semasa bermain.

Tujuan aktiviti perkembangan fizikal ini dijalankan untuk membantu meningkatkan


kecerdasan,kesihatan kanak-kanak.Aktiviti fizikal juga penting bagi memupuk kesejahteraan
hidup dan kesedaran tentang gaya hidup yang sihat.Perkembangan fizikal menekankan
asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat,selamat dan cergas.
LAPORAN AKTIVITI PERKEMBANGAN FIZIKAL BERSAMA KANAK-KANAK

Pada 13/4/2023,Selasa,11.32 pagi, satu aktiviti telah dijalankan di Taska Mutiara Iman
bersama seorang kanak-kanak iaitu Melissa Mikayla.Sebelum menjalankan aktiviti ini
pendidik telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu set boling bertemakan
(kacang).Sebelum memulakan aktiviti pendidik memberikan salam,beramah mesra bersama
kanak-kanak dan pendidik mengenalkan diri kepada kanak-kanak secara ringkas.Pendidik
menerangkan kepada kanak-kanak tentang aktiviti yang akan dilakukan dan pendidik
meminta kanak-kanak bersedia untuk melakukan aktiviti.

Seterusnya,sebelum kanak-kanak meneruskan aktiviti pendidik menanyakan soalan kepada


kanak-kanak adakah mereka tahu bagaimana untuk melontar bola boling selepas pendidik
menanyakan soalan kepada kanak-kanak pendidik menunjukkan cara bagaimana untuk
melontarkan bola boling dengan betul.Pada usia ini kanak-kanak seharusnya sudah mampu
untuk mengenggam bola dan melontarkannya .

Kemudian,pendidik membimbing kanak-kanak untuk seimbangkan badan ketika memegang


bola boling.Pendidik juga membimbing kanak-kanak untuk melontarkan bola boling ke arah
pin boling.Lalu pendidik juga memberi kanak-kanak peluang untuk kanak-kanak melontarkan
bola ke pin boling dan menjatuhkan sekurang-kurangnya satu daripada enam pin boling.Dan
kanak-kanak berjaya menjatuhkan keseluruhan pin boling tanpa bantuan pendidik dalam
pusingan yang pertama.Pendidik memberikan sekali lagi bola kepada kanak-kanak untuk
kanak-kanak menjatuhkan pin boling dan sekali lagi kanak-kanak berjaya menjatuhkan pin
boling kesemuanya tanpa bantuan pendidik.

Di akhir aktiviti ini, pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak kerana berjaya
memberi kerjasama untuk melaksanakan aktiviti ini dan pendidik juga memberikan pujian dan
tepukan yang gemuruh untuk kanak-kanak.Lalu pendidik mengucapkan selamat tinggal
kepada kanak-kanak.

Kesimpulannya,pendidik boleh menyediakan aktiviti yang lain selain daripada aktiviti boling
seperti aktiviti memancing ikan yang mampu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-
kanak kerana aktiviti boling ini sudah dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-
kanak.Ini kerana semua aktiviti aktiviti ini dapat meransangkan perkembangan fizikal kanak-
kanak.
TASKA MUTIARA IMAN
REKOD ANEKDOT

Nama kanak-kanak : Melissa Mikayla Binti Muhammad Akmal


Umur : 4 Tahun
Tarikh : 13/4/2023
Masa : 11.33 Pagi
Aktiviti : Boling
Nama Pemerhati : Wan Nur Adlina Binti Wan Iskandar Shah Putera

Rekod Pemerhatian Dilakukan :

Semasa aktiviti dijalankan,Melissa dapat menjalankan aktiviti dengan lancar.Melissa juga


dapat menggengambola dengan baik.Kemudian Melissa juga berjaya menjatuhkan hampir
keseluruhan pin boling tanpa bantuan daripada pendidik.Pendidik juga menanyakan soalan
kepada Melissa iaitu “Melissa tahu ke bagaimana mahu melontarkan bola boling ini?”dan
Melissa menjawab “Tahu kakak”.Melissa berjaya menjatuhkan semua pin boling pada
pusingan yang kedua.

Ulasan :

Sepanjang aktiviti ini dijalanka Melissa didapati menunjukkan kurang berminat terhadap
aktiviti yang dijalankan kerana Melissa telah melakukan aktiviti ini kerap kali bersama
pendidik yang lain.Walaubagaimanapun Melissa masih boleh mencapai semua objektif
yang telah ditetapkan oleh pendidik.Dengan ini pendidik harus pandai untuk menarik
perhatian Melissa.Pendidik juga boleh menambah baik set boling untuk menarik perhatian
Melissa
LAMPIRAN

Pendidik membimbing kanak-kanak untuk melontar bola

Kearah pin boling.

Kanak-kanak melontar bola ke arah pin boling.

Kanak-kanak berjaya menjatuhkan pin boling

tanpa bantuan pendidik

You might also like