Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PUI TEH

JALAN SIMPANG 3 JERAM, 45800 JERAM, SELANGOR

KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN

TAJUK PPRORAM:
GURU MUDA, MURID CILIK

ANJURAN BERSAMA :
PANITIA BAHASA MELAYU SJKC PUI TEH
KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PUI TEH
TAHUN 2023/2024

1.0 NAMA PROGRAM


Program Guru Muda Murid Cilik

2.0 PENGENALAN
Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M
(membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang
dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru mata pelajaran dengan langkah-langkah
yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.

3.0 RASIONAL PROGRAM

Setiap murid memiliki potensi tersendiri untuk menguasai kemahiran asas membaca jika
Usaha bersungguh-sungguh dan berterusan dengan bimbingan. Justeru program ini
merupakan medan paling sesuai bagi merangsang minat murid-murid pemulihan bahasa
Melayu untuk membolehkan murid-murid mendapat bimbingan secara lebih fokus dan
berkesan.

4.0 OBJEKTIF
i. Menyediakan peluang kepada murid-murid pemulihan untuk mendapat bimbingan dan
tunjuk ajar secara individu daripada mentor masing-masing.
ii. Menyemai dan memupuk sifat kesungguhan dan keazaman dalam diri murid-murid
pemulian serta mengekang sifat mudah putus asa.
iii. Menggalakkan kerjasama antara guru dalam memastikan pencapaian pemulihan
meningkat.
5.0 MATLAMAT
Mensifarkan murid-murid pemulihan bahasa Melayu dalam saringan pemulihan yang akan
datang.

6.0 SASARAN
i. 6 orang murid pemulihan sebagai “MURID CILIK”
ii. 6 orang murid sebagai “GURU MUDA”
iii. 4 orang guru pembimbing

7.0 TEMPOH MASA


Sepanjang sesi persekolahan 2023/2024

8.0 TEMPAT
Kawasan sekolah

9.0 ANJURAN
Pemulihan Khas & Panitia Bahasa Melayu

10.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA PROGRAM

PENASIHAT : Pn. Tiew Yan Teng (Guru Besar)


NAIB PENGERUSI : Pn. Liang Chi Huoy (GPK Pentadbiran)
KETUA : Pn.Khalijah Abdullah (KP Bahasa Melayu)
AHLI JAWATANKUASA : Puan Tan Ai Ling
Cik Sit Ai Ling
Cik Siti Najihah

11.0 PENGISIAN PROGRAM & PENILAIAN

i. Perjumpaan setiap hari antara ‘Guru Muda’ serta ‘Murid Cilik’ mengikut masa yang
terluang. Contohnya pada waktu rehat atau selepas tamat sesi persekolahan.

ii. ‘Guru Muda’ melaporkan prestasi ‘Murid Cilik’ kepada fasilitator sekiranya ‘Murid
Cilik’ berjaya menguasai bacaan sesuatu kad.
iii. Seterusnya fasilitator perlu menguji lagi ‘Murid Cilik’ tersebut untuk pengesahan.

iv. Sekiranya berjaya, ‘Murid Cilik’ dan ‘Guru Muda’ boleh memilih ganjaran yang
disukai dalam ‘Kotak Ganjaran’.

v. Fasilitator perlu mencatat penguasaan ‘Murid Cilik’ dalam Rekod Penguasaan.Setiap


minggu semasa perhimpunan ketua fasilitator akan mengumumkan pencapaian setiap
‘Murid Cilik’ dan ‘Guru Muda’.

12.0 SENARAI NAMA MURID DAN GURU TERLIBAT

BIL GURU MUDA MURID CILIK FASILITATOR


1 Pavindran Hirephat Tan Ai Ling
2 Ang Jia Ming Ang Ong Huat Sit Ai Ling
3 Tan Le Le Tan Ler Sin
4 Law Yen Xin Law Yen Er Siti Najihah
5 Theva Siti Aisyah
6 Mazuan Tan Kean Yu Khalijah

** Ketua fasilitator (Puan Khalijah)

13.0 TEMPOH CADANGAN PERLAKSANAAN


Program akan bermula pada 12 Jun 2023 sehinggalah tamat sesi persekolahan 2023/2024.

14.0 TEMPAT PELAKSANAAN


Mengikut kesesuaian.

15.0 PERALATAN

BIL PERALATAN KUANTITI

1 Modul Kad Bacaan 6 set


2 Rekod Penguasaan 6 keping
3 Kotak Ganjaran 1 kotak
16.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
Bil Perkara Harga per Unit (RM) Bilangan Jumlah(RM)
1 Kotak Ganjaran 10 1 10.00
2 Pelbagai jenis hadiah sebagai 0.50 456 228.00
ganjaran;
 Makanan
 Alat tulis
 Mainan kecil
 Lain-lain yang bersesuaian
JUMLAH KESELURUHAN (ANGGARAN) RM 238.00

**1set kad bacaan=38 kad x 12 murid (Guru Muda & Murid Cilik) = 456
** Sumber kewangan = belum ditentukan
** Ganjaran akan disediakan mengikut keperluan mengikut tempoh masa tertentu.
** Jumlah ganjaran hanyalah anggaran kasar. Jumlah mungkin kurang berbanding anggaran
asal.

17.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga progam ini mendapat pertimbangan untuk diluluskan
serta dilaksanakan dengan jayanya bagi mencapai objektif ang kan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

_________________ ____________________ ___________________

(KHALIJAH ABDULLAH) (LIANG CHI HUOY) (TIEW YAN TENG)


Ketua Panitia GPK Pentadbiran Guru Besar
SJK(C) Pui Teh SJK(C) Pui Teh SJK(C) Pui Teh

You might also like