Surat Penyelarasan Pengoperasian Program RMT Mulai 6 Nov 2022

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 3
ae KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Tel — : 03-5518 6500 Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4 Faks —: 03-5510 2133 40604 Shah Alam, Selangor Laman Web : jpnselangor:moegovmy Ruj. Kami: JPNS.SPM 800-5/2/1 JLD. 2 (57) Tarikh : 07 Disember 2022 Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Selangor Tuan, PENYELARASAN PENGOPERASIAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BERIKUTAN KENAIKAN KADAR SEBANYAK RM1 MULAI 6 NOVEMBER 2022 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bernombor rujukan KPM.100-1/7/56 (40) bertarikh 1 Disember 2022 adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah ditambahbaik dengan kenaikan kadar sebanyak RM1 mulai 6 November 2022. Sehubungan dengan itu, kadar baharu RMT adalah RM3.50 di Semenanjung Malaysia dan RM4.00 di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. 3. Berdasarkan penguatkuasaan pelaksanaan kadar baharu ini, perkara-perkara yang perlu diselaraskan adalah seperti berikut: 34 Salinan surat Pemakiuman Kenaikan Kadar Rancangan Makanan Tambahan Sebanyak RM1 Mulai November 2022 nombor rujukan KPM.800-4/4/29 Jid.4 (84) bertarikh 3 November 2022 dilampirkan dalam kontrak perjanjian asal RMT untuk dirujuk sebagai punca kuasa pelaksanaan. Pihak sekolah tidak perlu membuat perjanjian baharu kerana tempoh kontrak sedia ada akan berakhir pada 9 Disember 2022. 3.2 Nota minta dan pesanan sekolah bulan November 2022 yang telah dikeluarkan dibatalkan dan dibuat semula berdasarkan kadar yang lama beserta kadar baharu bagi perbekalan RMT seperti butiran berikut: TARIKH KADAR (RM) | 1 hingga 4 November 2022 2.50 7 hingga 30 November 2022 3.50 _ _ 3.3. ATAU pihak sekolah membuat penambahan RM1 bagi perbekalan RMT mulai 7 November 2022 dengan mengeluarkan pesanan sekolah yang baharu. Sila kepilkan bersama-sama dengan pesanan sekolah yang ASAL. 3.4 Semua pembayaran perbekalan RMT bagi tahun 2022 diselesaikan dalam tahun semasa dan baki dibawa ke hadapan (tahun 2023) adalah baki tanpa tanggungan bayaran. «Jabatan Pendidikan Selangor Terbilang” Ozezize PENYELARASAN PENGOPERASIAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BERIKUTAN KENAIKAN KADAR SEBANYAK RM1 MULAI 6 NOVEMBER 2022 Ru. Kami__: JPNS.SPM 800-5/2/1 JLD. 2 (57) Tarikh__: 07 Disember 2022 35 Sekolah perlu diberi penegasan bahawa tambahan RM1 adalah bertujuan mengimbangi kenaikan kadar harga pasaran bahan mentah sekaligus meringankan beban kewangan pembekal RMT. Perkara ini adalah bagi memastikan makanan yang disediakan dapat memenuhi kuantiti dan kualiti menu yang telah ditetapkan dalam perjanjian sebelum ini, Tiada perubahan terma kontrak berkaitan menu dan kuantiti makanan. 3.6 Penambahbaikan pelaksanaan RMT sebelum ini, iaitu perubahan menu minuman kepada air kosong adalah kekal dilaksanakan. 3.7 Pihak sekolah juga dimohon untuk memastikan tempoh perbekalan RMT bagi tahun 2022 bermula Januari 2022 hingga Disember 2022 adalah maksima sebanyak 190 hari persekolahan sahaja. 4. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Puan Roslina Binti Abdul Aziz, Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid melalui talian 03-55101027 atau Penolong PPD (HEM) di daerah masing-masing. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (utters (NOR FARIDAH BINJ1 A. BAKAR K.M.N.) Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD b.p.: Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sk. 1) Pegawai Pendidikan Daerah Gombak (u.p: Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid) 2) Pegawai Pendidikan Daerah Klang (up: Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid) PENYELARASAN PENGOPERASIAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BERIKUTAN KENAIKAN KADAR SEBANYAK RM1 MULAI 6 NOVEMBER 2022 Rui. Kami___: JPNS.SPM 800-5/2/1 JLD. 2 (57) Tarikh _: 07 Disember 2022 Sambungan.... 3) Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor (u.p: Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid) 4) Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat ((u.p: Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid) 5) Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat (up: Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid) 6) Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor (u.p: Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid) 7) Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana (u.p: Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid) 8) Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama (Up: Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid) 9) Pegawai Pendidikan Daerah Sepang (up: Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid) 10) Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam (u.p: Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid) 11) Sektor Pengurusan (Unit Akaun) Jabatan Pendidikan Negeri Selangor RAWRWT 07112022

You might also like