Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA RINI,

81300 SKUDAI,
JOHOR.

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM


BIL 1/2023

Tarikh : 14 Mac 2023


Hari : Selasa
Masa : 9:00 a.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Mutiara Rini
Pengerusi : En. Norazlan Bin Ahmad (GPK Kokurikulum)

Kehadiran :

1. Pn. Salina Binti Ithnin - Guru Besar


2. Pn. Emily Cho Huey Lian - GPK Pentadbiran
3. En. Ahmad Ridzuan bin Abdul Rahaman - GPK Hem
4. En. Norazlan Bin Ahmad - GPK Kokurikulum
5. En. Abdul Mohd Hafiz Bin Abdul Haman
6. Pn. Adawiah Binti Masut @ Mas'od
7. Pn. Aisyah Binti Othaman
8. En. Amir Farhan Bin Yusoff
9. En. Amran Bin Ahmad
10. En. Azhar Bin Talib
11. Pn. Fauzi Norani Binti Madzlan
12. Pn. Fauziah Binti Musakuti
13. En. Hairizhal Bin Abdul Raman
14. Pn. Hoo Sow Ling
15. Cik Jaya A/P Selvaraj
16. Pn. Siti Aishah Binti Karponan
17. Pn. Mazuin Binti Sabirin
18. En. Mohd Sufian Bin Mayudin
19. En. Mohd Zahini Bin Muhamad
20. En. Muhammad Adib Bin Misslani
21. En. Muhammad Khair Bin Abdul Kadir
22. En. Muhammad Syahrizan Bin Shukor
23. Pn. Noor Hasimah Binti Hassan
24. Pn. Nor Maziah Binti Jaafar
25. Cik Nur Farhana Binti Fadil
26. En. Asyakirin Bin Asrak
27. Pn. Nuraida Binti Mohamed Nawi
28. Pn. Nurliza Binti Abu Bakar
29. Pn. Nurulashikin Binti Bahran
30. Pn. Priya A/P Subramaniam
31. Pn. Rashidah Binti Rashid
32. En. Redzuan Bin Ibrahim
33. Pn. Rokiah Binti Dali
34. Pn. Roshidah Binti Bohhari
35. En. Rozaiherman Bin Md Aros
36. Pn. Rozita Binti Man
37. Pn. Saerah Binti Hj Leman
38. Pn. Salmiah Binti Zaidi
39. Pn. Siti Fadzilah Binti Osman
40. Pn. Siti Mahyon Binti Kinon
41. Pn. Siti Sarizah Binti Md Saril
42. Pn. Syadiah Binti Muhammad
43. En. Tengku Badrul Hisyam Bin Raja Hamat
44. Cik Thilageswari A/P Thirumalai
45. Pn. Wan Aznirahayu Binti Wan Harun
46. En. Wan Husni Mubarak Bin Wan Halim
47. Pn. Wardah Atiqah Binti Abdul Latif
48. Pn. Zawiyah Binti Shaari
49. Pn. Zuraida Binti Alias
50. Cik Nur Irdyna Binti Taufek
51. Pn. Nurul Farhana Binti Ya’cob
52. Pn. C.W. Nor Fathillah Bt Wan Abdullah
53. Pn. Rahayu binti Ismail
54. En. Savia A/L Ramachandran
55. Pn. Rafidah Binti Paredi
56. Pn. Nurul Farhana Binti Yaa’cob

TIDAK HADIR BERSEBAB

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan basmallah dan ucapan
salam kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru yang dapat hadir ke


Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum kali ke-3 sesi 2022/2023.

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

II. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

1. En. Savia A/L Ramachandran mencadangkan agar minit mesyuarat yang


lalu disahkan.

2. Cadangan disokong oleh En. Asyakirin Bin Asrak

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

III. PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit


IV. PENETAPAN KOKURIKULUM DAN PENGAGIHAN TUGAS GURU

1. Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat sedikit rombakan dalam


organisasi kokurikulum pada sesi 2023/2024 di mana unit sukan dan
permainan Boling, Dodge Ball dan Bola Tampar telah digugurkan dan
digantikan dengan unit sukan dan permainan, Sofbol, Olahraga dan Hoki.

2. Beliau juga memaklumkan ada penambahan unit bagi unit beruniform iaitu
unit Pandu Puteri Tunas yang akan diperkenalkan kepada murid tahun 4
sahaja terlebih dahulu pada sesi 2023/2024 ini. Seramai 4 orang guru juga
telah secara sukarela menawarkan diri untuk dilantik sebagai guru
penasihat Pandu Puteri Tunas.

3. Beberapa unit juga telah diubah nama iaitu Persatuan Matematik dan Sains
telah diubah kepada Kelab STEM manakala Kelab Alam Sekitar telah
diubah kepada Kelab Kelestarian Alam Sekitar.

Makluman dan tindakan: Semua Guru

V. PENGURUSAN TADBIR URUS KOKURIKULUM

1. Pengerusi mengingatkan kepada semua guru supaya memastikan tiada


keciciran dari segi kehadiran murid dalam perjumpaan kokurikulum bagi sesi
2023/2024 ini.

2. Semua guru juga diingatkan untuk sentiasa mengambil berat akan aspek
keselamatan serta sentiasa mematuhi SOP (Standard Operating Procedure)
yang ditetapkan.

3. Pengerusi juga memaklumkan bahawa setiap majlis yang diadakan


khususnya seperti majlis penyampaian hadiah perlu dilaksanakan mengikut
protokol yang betul.

Makluman dan tindakan: Semua Guru

VI. PAJSK

1. Pengerusi memaklumkan bahawa portal bagi pengisian PAJSK bagi sesi


2023/2024 akan mula dibuka pada bulan Mei.
2. Pengerusi meminta ketua-ketua unit beruniform untuk mendaftar keahlian
bagi ahli-ahli unit beruniform masing-masing apabila portal telah dibuka
kelak.
3. Pengerusi membentangkan markah TOV pencapaian PAJSK dan meminta
setiap penyelaras untuk menetapkan ETR bagi sesi 2023/2024.
4. En. Hairizhal bin Abdul Raman selaku penyelaras Kelab dan Persatuan
telah mencadangkan ETR bagi pencapaian Kelab dan Persatuan diletakkan
pada nilai 1.3.
5. En. Wan Husni Mubarak bin Wan Halim selaku penyelaras Unit Beruniform
mencadangkan ETR bagi pencapaian Unit Beruniform diletakkan pada nilai
1.9.
6. En. Muhammad Syahrizan bin Shukor selaku penyelaras Sukan dan
Permainan mencadangkan ETR bagi pencapaian Sukan dan Permainan
diletakkan pada nilai 1.6.
Makluman dan tindakan: Semua Guru

VII. HAL – HAL LAIN

1. Pengerusi mengingatkan kepada guru-guru supaya melengkapkan setiap


folder di dalam google drive kokurikulum

2. Beliau juga meminta sekiranya ada guru – guru yang membawa murid bagi
kejohanan-kejohanan ataupun pertandingan untuk memberikan nama
murid yang terlibat, peringkat kejohanan dan juga pencapaian murid
kepada Pengarah Pembangunan Bakat Murid supaya dapat direkodkan
dan tidak berlaku keciciran sepertimana yang berlaku pada tahun-tahun
sebelum ini.

VIII. PENUTUP

Pengerusi mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua guru
yang telah sama-sama bertungkus lumus menggembleng tenaga dalam
melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan
sangat cemerlang sekali. Beliau berharap agar segala usaha guru-guru ini sedikit
sebanyak akan dapat menjadi wadah yang berguna kepada murid-murid dalam
mengembangkan potensi mereka ke tahap yang paling optimum. Pengerusi
menangguhkan mesyuarat dengan bacaan surah Al- Asr dan tasbih kaffarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh :

.......................................
(ABDUL MOHD HAFIZ BIN ABDUL HAMAN)
Urusetia Mesyuarat
Unit Kokurikulum SK Taman Mutiara Rini
Tarikh 17 Mac 2022

Disemak oleh :

.......................................
(NORAZLAN BIN AHMAD)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Taman Mutiara Rini

Disahkan oleh :

.......................................
(SALINA BINTI ITHNIN)
Guru Besar
SK Taman Mutiara Rini

You might also like