Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

MESYUARAT KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2023

TARIKH : 04 JULAI 2023


HARI : SELASA
MASA : 1:00 – 5:00 PETANG
TEMPAT : AULA PERDANA, BLOK E, PPD HULU LANGAT

KEHADIRAN :

Nama Jawatan
1. SALBIAH BINTI HASAN PENOLONG PPD PRASEKOLAH &
RENDAH
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
DAERAH HULU LANGAT
2. HASNAH BINTI MD ISA GURU BESAR SK BANDAR TASIK
KESUMA
3. ZAKARIA BIN ABD RANI GURU BESAR SK BERANANG
4. ABD. LATIF A. MAJID GURU BESAR SK SEMENYIH
5. ROHLAIZATUL’AKMAL BINTI MOHAMAD SANUSI GURU BESAR SK SG SERAI
6. NORA BINTI YAHYA GURU BESAR SK TAMAN RAKAN
7. KU NUR SHAKIRAH BINTI KU AZMI SK LUBOK KELUBI
8. NUR'AIFAA BINTI AIDIL SK DUSUN TUA
9. MIMY ZARINA BINTI MOHD ZAMAN SK BANDAR BARU BANGI
10. SITI NURBAHIYA BT SULAIMAN SK SUNGAI RAMAL DALAM
11. NOORAFIDAH BT AB RASHID SK JALAN EMPAT
12. LIAHISMA TUSDIANA BINTI ISMAIL SK TASEK PERMAI
13. NOOR ASYIQIN BINTI ABD AZIZ SK PANDAN INDAH
14. ZAINAB BINTI ABDULLAH SK BANDAR TASIK KESUMA
15. AZNIZA BINTI MOHD SUKOR SK PANDAN JAYA
16. SALAWATI BINTI PANDAK OSMAN SK BANDAR TASIK KESUMA
17. ZANARIAH BINTI ZAINAL ABIDIN SK KG RINCING
18. NUR SYAKIRA BINTI MOHD RAHIM SK KAJANG UTAMA
19. SURAINI BINTI IBRAHIM SK SAUJANA IMPIAN
20. ROHAZA BT CHE HARON SK TAMAN MUDA
21. CHIN MEIYI SJK(C) KG BARU SEMENYIH
22. NORAINI BINTI RAHMAT SK TAMING JAYA
23. NORHASHIMAH BT CHE MOHAMED SK DUSUN NANDING
24. SALMIAH BINTI MAT YATIM SK BANDAR BUKIT MAHKOTA
25. NORHASLINDA BINTI JAAFAR SK LEFTENAN ADNAN
26. FAIZAH BINTI AZIZAN SK TAMAN JASMIN
27. MARINI BT. ABDUL RAHIM SK BANDAR TEKNOLOGI
28. NOR SHUHADA BINTI YUNUS SK TAMAN KOSAS
29. YAP SIEW PING SJK(C) BALAKONG
30. AZIZAH BT MOHAMMED SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
31. NORHAYATI BINTI MOHAMED SK CHERAS JAYA
32. VINOTHINI A/P MANIAM SJK(T) LADANG SEMENYIH
33. KASTURI A/P MUNIANDY SJK(T) LDG RINCHING
34. ROSLIZA BINTI ABD WAHAB SK PANDAN PERDANA
35. DING MOI PING SJK(C) KG BARU AMPANG
36. ROHANI BINTI ABDULLAH SK TAMAN TASIK
37. ASLINA BINTI AHMAD SK CHERAS INDAH
38. SITI FARAHAIDA BT ABU BAKAR SK SG TEKALI
39. NORHAYATI BINTI ISMAIL SK BUKIT RAYA
40. KARTINI BINTI HIPNI SK TUN ABD AZIZ MAJID
41. RAFIDAH BINTI GHAFFAR SK SUNGAI SERAI
42. NURUL HANANY BINTI MOHD FADZILAH SK TAMAN BUKIT TERATAI
43. HASMELIA BT HASSAN SK DESA BAIDURI
44. SITI SURAIDA BINTI JAMARI SK ULU SEMENYIH
45. NORAZILAH BINTI RAMLY SK JALAN 3
46. SYARIFAH NORNAURAH BINTI SYED MD. HARITH SK BANDAR RINCHING
47. FADZILAH BINTI SHOIB SK TAMAN RAKAN
48. EDAWATI BINTI IBRAHIM SK TAMAN RAKAN
49. AIDA ISABELA BIN ABD JALAL SK BANDAR SUNWAY SEMENYIH
50. FAIZA BINTI ABDUL WAHID SK SEKSYEN 7
51. SYAHIFUL BAHRI MAWARDI SK TAMAN NIRWANA
52. MOHD FAIZAL BIN ABU SAMAH SK AMPANG
53. LEE HUI SAN SJK ( C) BATU 9
54. NOOR SYAZWANI BINTI SAFIE SK SRI JELOK
55. DIVYESHREE A/P SITTU BABU NAIDU SJK(T) BANDAR MAHKOTA CHERAS
56. AKRAM ZHAFRAN BIN AB GHANI SK BANGI
57. HARSHINY RENU A/P SIVAKUMAR SJK(T) BANGI
58. NORLELA BINTI AHMAD SAPIAN SK (2) JALAN BUKIT
59. SALIHA BINTI YUSOF SK JALAN BUKIT SATU
60. NORIAH BINTI YUSOF SK SUNGAI KANTAN
61. D LASHMI A/P DORAIRAJAH SJK(T) LDG WEST COUNTRY 'TIMUR'
62. KEE AI THENG SJK(C) TON FAH
63. NOOR SAIDATUL MARSHILA BINTI BAHADOR SK KG CHERAS BARU
64. SITI MASAYU BINTI SIKH MUHAMAD ARIFF SK SUNGAI LUI
65. SITI DAYANA BINTI MOHD TAP SK TAMAN CEUPACS
66. NUR ADYANI BINTI ABDULLAH SK SEMENYIH
67. NORZAMZILAH BINTI SAIHUP@SIHAP SK SERI SEKAMAT
68. SARIFAH BINTI SAINI SK RINCHING HILIR
69. SITI SHARIFAH BINTI SEMAN SK KANTAN PERMAI
70. AMIRAH BINTI MAT DESA SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN
71. ROZITA BINTI OTHMAN SK JALAN ENAM
72. SUKARNI BINTI MOHD GHAZALI SK BERANANG
73. ZAKIAH BINTI AHMAD DAHLAN SK KG. KUALA PAJAM
74. SHAFIZA BINTI SARIF SK AMPANG CAMPURAN
75. NORAIDAH BINTI MD. SALLEH SK LEMBAH JAYA
76. SALNITA BINTI MAT SAAD SK BANDAR SERI PUTRA
77. MUHAMMAD HANAFI BIN KHALIT SK BATU SEMBILAN
78. NUR KAIRUNISA BINTI ABDUL KARIM SK SG KANTAN (PPM)

Hadir Bersama- sama :


-
Tidak Hadir Bersebab :
1. MOHD YUSOF BIN SALLEH SK BANDAR BUKIT MAHKOTA

AGENDA :
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pn. Hasnah binti Md Isa, Guru Besar Sk Bandar Tasik Kesuma selaku pengerusi Karnival
Kecemerlangan Prasekolah mengucapkan selamat datang kepada semua Guru Besar, Guru
Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana dapat hadir ke Mesyuarat Karnival Kecemerlangan
Prasekolah 2023.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Tiada pengesahan minit mesyuarat
Makluman
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan
Makluman

4.0 PERBINCANGAN
4.1 Pn. Salbiah binti Hasan

4.1.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat meluangkan masa hadir ke
mesyuarat Karnival Kecemerlangan Prasekolah Daerah Hulu Langat. Mengucapkan
selamat datang kepada semua guru besar, guru-guru prasekolah dan PPM.
4.1.2 Beliau memaklumkan bahawa tuan rumah bagi program karnival kecemerlangan
pada kali ini adalah SK Bandar Tasik Kesuma.
Makluman

4.1.3 Pn. Salbiah memaklumkan bahawa selama 5 tahun karnival Kecemerlangan


Prasekolah tidak dapat dijalankan dan pada tahun 2023, karnival ini akan
dilaksanakan sehingga di peringkat KPM (kebangsaan) yang akan dilaksanakan
pada bulan Oktober, di peringkat JPN pada bulan September manakala di peringkat
PPD akan dilaksanakan pada bulan Ogos.

4.1.4 Beliau berharap semua sekolah dapat bersedia lebih awal.


Makluman

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

5.1. Pn. Salbiah membentangkan Kertas Cadangan Karnival Kecemerlangan


Prasekolah Daerah Hulu Langat Tahun 2023 adalah seperti berikut

1. TAJUK
Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2023
OBJEKTIF

2.1 Pelaksanaan aktiviti yang selaras dengan aktiviti di peringkat rendah akan memberi nilai
tambah dan kesinambungan terhadap aktiviti yang dilaksanakan di prasekolah sekaligus
menjadi sumber pencarian bakat paling awal di sekolah.

2.2 Dapat mempromosi bakat dan kebolehan murid yang mendapat pendidikan awal kanak-
kanak di kelas-kelas prasekolah khususnya di prasekolah KPM.
2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam
kalangan murid-murid prasekolah.
2.4 Meningkatkan kemahiran-kemahiran berkaitan aspek yang dipertandingkan.
2.5 Memupuk semangat kerjasama bagi semua pihak yang terlibat sekaligus meningkatkan
semangat setia kawan dan satu hati demi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-
kanak.

2. TARIKH CADANGAN 23 Ogos 2023 (Rabu)

3. TEMPOH MASA PELAKSANAAN 8.30 pagi – 4.30 petang

4. CADANGAN TEMPAT:
Hotel Oriental Crystal, Kajang atau SK Bandar Tasik Kesuma

5. CADANGAN AKTIVITI
5.1 Pertandingan Nyanyian Solo
5.2 Pertandingan Deklamasi Sajak
5.3 Pertandingan Hafazan
5.4 Pertandingan Amalan Terbaik STEM
5.5 Pertandingan Fashion Show (Best Costume)

7. KPI

7.1 Output:
Melahirkan murid prasekolah yang mempunyai sifat yakin diri dan semangat juang yang
tinggi serta berdaya saing.

7.2 outcome:

Lebih ramai murid prasekolah yang menyerlah dan dapat mewakili sekolah ke peringkat lebih
tinggi dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam aktiviti yang dilaksanakan.

8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Prasekolah Daerah Hulu Langat.
9. JAWATANKUASA INDUK

JAWATANKUASA INDUK
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT
TAHUN 2023

PENASIHAT
TUAN HJ. ARBAIN BIN PINNI
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

PENGERUSI
EN. ZULHILMI BIN YUSOF
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

PENYELARAS
HAJAH SALBIAH BINTI HASSAN
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

PENGERUSI PENGELOLA PERTANDINGAN


HAJAH HASNAH BINTI MD. ISA
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma

NAIB PENGERUSI PENGELOLA PERTANDINGAN


PUAN WASTIAH BINTI DAHLAN
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma
SETIAUSAHA
PUAN ZAINAB BINTI ABDULLAH
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma

BENDAHARI
PUAN SALAWATI BINTI PANDAK OSMAN
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma
10. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL. AJK NAMA SEKOLAH


1 Pengurus Acara SK Bandar Tasik Kesuma
2 Pendaftaran Vip / Guru / Peserta SK Bandar Teknologi
3 Protokol dan Penyambut Tetamu SK Jalan Enam
4 Pengurus Pertandingan bagi setiap kategori SK Taming Jaya (Nyanyian Solo)
SK Semenyih (Deklamasi Sajak)
SK Sg Ramal Dalam (Hafazan)
SK Sekyen 7 (Amalan Terbaik Stem)
SK Beranang (Fashion Show)
5 Teknikal dan Bahan Pertandingan SK Pandan Indah
6 Kepegawaian dan Kehakiman / Borang hakim SK Sg, Serai
pertandingan SK Taman Muda
7 Juru Acara dan Teks Ucapan SK Jln 3
8 Bacaan Doa SK Bandar Bukit Mahkota
9 Fotografi / Video Dan Dokumentasi SK Kajang Utama
10 Persiapan Tempat ( Sebelum/Selepas/Penutup) SK Leftenan Adnan
Majlis Penutup SK Jalan Empat
SK Bandar Baru Bangi
11 Pentas / Backdrop SK Bandar Seri Putra
SK Kg. Rinching
SK Rinching Hilir
12 Hadiah/ Sijil / Cenderamata SK Seri Sekamat
SK Ampang Campuran
13 Buku Program dan Jemputan SK Tasik Permai
14 Jamuan Vip/Hakim SK Lembah Jaya
15 Jamuan Guru SK Taman Rakan
16 Jamuan Murid SK Jalan Bukit Satu
SK (2) Jalan Bukit
17 Pa Sistem / Siaraya SK Bangi
SK Ampang
18. Penajaan / Sponsor SK Bandar Tasik Kesuma
11. ATURCARA

11.1 CADANGAN ATURCARA MAJLIS


MASA AKTIVITI TEMPAT
7:30 – 8:30 pagi  Pendaftaran
 Sarapan pagi
 Ketibaan VIP
 Cabutan undian giliran peserta
8:30 pagi – 9:00 pagi Taklimat ringkas hakim
9.00 pagi - 12.30 Pertandingan bermula
tengah hari
 Nyanyian solo
 Deklamasi sajak
 Hafazan
 Amalan terbaik STEM
 Fashion Show (Bahan terbuang)
12:30 tengah hari –  Rehat
2:00 petang  Jamuan makan VIP/Hakim/ AJK /
Guru / Murid
 Solat
 Pengiraan markah
2:00 – 3:30 petang  Majlis penutup
- Ketibaan para tetamu
- AJK / guru pengiring / hakim /
peserta mengambil tempat
- Ketibaan tetamu VIP
- Nyanyian lagu Negaraku dan
Negeri Selangor
- Ucapan aluan pengerusi
majlis
- Ucapan aluan pengerusi
pengelola (Guru Besar SK
Bandar Tasik Kesuma)
- Ucapan perasmian penutup
oleh TP Pendidikan Daerah
 Penyampaian sijil dan hadiah
 Sesi fotografi
 Bersurai
12. ANGGARAN PERBELANJAAN

12.1 Sumber kewangan :

- PPD Hulu Langat


- Yuran pendaftaran RM100 setiap sekolah yang menyertai pertandingan
RM100 x 50 sekolah = RM5000

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN JUMLAH SUMBER


KEWANGAN
1 Hadiah utama mengikut kategori :
 Nyanyian Solo 3 Pertama : RM150
 Deklamasi Sajak
3 RM30 x 5 kategori
 Hafazan
 Amalan Terbaik STEM 3 Kedua : RM125
 Fashion Show 3 RM25 x 5 kategori
3 Ketiga :
RM20 x 5 kategori RM100
2 Hadiah penyertaan 120 orang RM10 RM1200
(setiap peserta) (Anggaran
)
3 Sijil 120 - - PPD
4 Jamuan makan
-Makan pagi AJK / Guru 80 orang RM5 x 80 RM400
Pengiring / Hakim
-Makan tengah hari VIP/ AJK /
Guru Pengiring/ Hakim 100 orang RM15 x 100 RM1500

-Makan murid 120 orang RM 10 x120 RM 1200

5 Banner 1 RM150 RM150


6 Cenderamata
-Perasmi 1 RM100 x 1 RM100
-Pengerusi Pengelola 1 RM100 x 1 RM100
-Hakim 15 RM 50 x 15 RM750
Sewaan Dewan RM1800 RM2000 PPD
Sewaan PA System RM500 RM 500 PPD
7 Runcit RM 1000
JUMLAH RM 9775.00

13. SYARAT PERTANDINGAN

KATEGORI SYARAT PERTANDINGAN


A. Penyertaan:
1. Setiap sekolah diwakili oleh 1 orang peserta sahaja yang
NYANYIAN terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6
SOLO tahun.

B. Syarat :
1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1
orang murid prasekolah
2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah
sesuai dari sudut pakaian, solekan dan hiasan.
3. Persembahan hendaklah diiringi oleh muzik “minus one”
(tanpa sebarang vokal) dalam bentuk CD dan tidak melebihi
4 hingga 7 minit.
4. Peserta dibenarkan untuk memilih dan menyanyikan lagu
semasa dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
(90’an hingga terkini)
5. Lagu Bahasa Indonesia berunsur cinta adalah tidak
dibenarkan. Setiap lagu tidak boleh mengandungi unsur-
unsur negatif atau menyentuh sensitiviti mana-mana kaum
dalam negara ini.
6. Lagu-lagu dialek tempatan, lagu rakyat, serta lagu kanak-
kanak juga tidak dibenarkan.
7. Konsep persembahan adalah nyanyian solo dan bantuan
instrumen muzik yang dimainkan sendiri oleh peserta
adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, markah tidak
akan dikira pada bantuan instrumen muzik tersebut.
8. Sebarang pengunaan props berat di atas pentas tidak
dibenarkan.
9. Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.
10. Jika berlaku masalah teknikal (audio,muzik,mikrofon),
peserta dibenarkan untuk mengulangi semula persembahan
dan permarkahan akan dikira semula.
11. Sediakan dua salinan minus one atau CD karaoke
12. Lagu hendaklah diserahkan sebelum pertandingan kepada
pihak urusetia semasa pendaftaran peserta.
C. Pemarkahan:

1. Bahagian A (50 markah)


Suara (Nada/pic – 20, , intonasi – 20, sebutan- 10)
2. Bahagian B (30 markah)
Attack dan Release (Tempo sekata/ketepatan)
3. Bahagian C (20 markah)
Persembahan (Gaya , Kostum, ekspresi)
D. Penghakiman

1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim


2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Hadiah akan diberi kepada :-

- Johan
- Naib Johan
- Ketiga

DEKLAMASI
SAJAK
A. Penyertaan

1. Setiap sekolah diwakili oleh 1 orang peserta sahaja yang terdiri


daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun.

B. Syarat Pertandingan

1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid


prasekolah.
2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari
sudut pakaian, solekan dan hiasan.
3. Persembahan mestilah tidak melebihi 3 hingga 5 minit.
4. Loceng akan dibunyikan dan markah tidak akan diambil kira selepas
5 minit persembahan berlangsung.
5. Peserta dibenarkan untuk mendeklamasikan sajak dalam Bahasa
Malaysia sahaja dan tema adalah berdasarkan kepada nilai kasih
sayang, keluarga, masyarakat dan alam sekitar.
6. Bait-bait sajak boleh dicipta atau di ambil dari mana-mana sumber.
7. Sajak yang berunsur cinta adalah tidak dibenarkan. Setiap isi
kandungan sajak tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau
menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dalam negara ini.
8. Konsep persembahan adalah mengdeklamasikan sajak secara
individu/solo dan bantuan instrument muzik adalah tidak dibenarkan.
9. Sebarang pengunaan props ringan di atas pentas dibenarkan.
Walaubagaimana pun, markah tidak akan dikira pada bantuan props
tersebut.
10. Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.
11. Sediakan tiga salinan teks kandungan sajak untuk kegunaan
semasa
pertandingan hendaklah diserah kepada urusetia sebelum
pertandingan
bermula.
C. Pemarkahan
1. Bahagian A (60 markah)
Vokal – 20, intonasi – 20, Nada -15, Kelancaran Artikulasi – 15
2. Bahagian B (30 markah)
Mimik Muka –10, Penghayatan –10, Teknik persembahan - 10
3. Bahagian C (10 markah)
Penampilan/ Keyakinan-10
D. Penghakiman

1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim


2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Hadiah akan diberi kepada :-
- Johan
- Naib Johan
- Ketiga
A. Penyertaan
1. Setiap sekolah diwakili oleh 1 orang peserta sahaja yang terdiri
HAFAZAN
daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun. Terbuka
kepada peserta lelaki dan peserta perempuan.

B. Syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid
prasekolah.
2. Penyertaan terbuka kepada semua murid beragama Islam di
prasekolah KPM.
3. Setiap peserta perlu membaca Surah Al-Fatihah sebagai surah
wajib serta DUA pilihan surah daripada 9 ayat lazim yang disediakan
berdasarkan cabutan undian pada hari pertandingan.
4. Tidak dibenarkan menukar surah dan markah tidak diambil jika
tersalah surah yang dibaca.
5. Markah akan diambil kira berdasarkan SATU surah wajib dan DUA
surah pilihan.
6. Pengundian surah pilihan dibuat selepas peserta membaca surah
wajib.
7. Peserta tidak boleh menukar no giliran serta surah pilihan yang
dipilih.
8. Masa bagi setiap peserta membaca surah wajib dan surah pilihan
ialah 8 hingga 10 minit. Bacaan yang melebihi 10 minit tidak akan
diberi markah.
9. Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang
lengkap bersamping, bersongkok dan berkasut. (Baju kurta tidak
dibenarkan)
10. Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup
aurat dengan berbaju kurung, berjubah serta bertudung sempurna
dan hiasan yang tidak keterlaluan.
11. Surah Wajib – Surah Al-Fatihah
12. Surah pilihan (Cabutan 2 Surah)
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Masad
- Surah Al-Falaq
- Surah Quraisy
- Surah Al-Asr
- Surah Al-Khafirun
- Surah Al-Nasr
- Surah Al-Nas
- Surah Al- Kauthar

C. Pemarkahan
- Bahagian A
Hafaz dan Kelancaran – (50 markah)
- Bahagian B
Fasohah dan tajwid – (30 markah)
- Bahagian C
Intonasi Suara dan gaya - (10 markah)
- Bahagian D
Keyakinan diri, Pakaian dan Penampilan –(10 markah)
D. Penghakiman
1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim.
2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Hadiah akan diberi kepada :-
- Johan
- Naib Johan
- Ketiga

A. Penyertaan
PERKONGSIAN
AMALAN 1. Setiap Sekolah diwakili oleh 1 pasukan peserta sahaja yang terdiri
TERBAIK STEM daripada murid Prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun.
2. Pertandingan ini berbentuk kumpulan yang dianggotai 2 orang murid
prasekolah bersama seorang guru pengiring.
3. Setiap pasukan perlu menyediakan empat salinan Penulisan
Sinopsis Projek berdasarkan format yang diberikan (Lampiran 1)
(tidak melebihi 3 muka surat) untuk diserahkan kepada
jawatankuasa.

B. Masa

1. Masa yang diperuntukan ialah 6 minit hingga 8 minit.

C. Tatacara Persembahan

1. Murid bebas menyampaikan hasil kerja (projek) dalam pelbagai cara


yang berunsurkan STEM (Science, Technology, Engineering, and
Mathmatics).
2. Peserta perlu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.
3. Hakim akan bersoal jawab dengan peserta semasa pembentangan
berlangsung.
4. Guru Prasekolah, PPM atau Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan
berada bersama-sama pembentang semasa pembentangan
dijalankan.

D. Tema Perkongsian Pintar:


1. Bebas dan perlu mengikut KSPK Semakan 2017 dan mestilah
berunsurkan maklumat yang diambil daripada Pdpc, Media Massa
serta tidak menyentuh mana-mana isu sensetif, agama, ras dan
keturunan mana-mana kaum di negara ini.

E. Pemarkahan
1. Kelancaran & Sebutan - 30 markah
2. Kreativiti Persembahan - 30 markah
3. Isi Pembentangan - 20 markah
4. Hasil Tugasan - 10 markah
5. Penulisan Sinopsis Projek - 10 markah

F. Penghakiman
1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim.
2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Hadiah akan diberi kepada :-
- Johan
- Naib Johan
- Ketiga

G. Peraturan Am
1. Semua peserta dikehendaki berkongsi maklumat semasa
pembentangan dijalankan.
2. Hakim akan menyoal peserta yang membuat pembentangan.
3. Bahan pembentangan (penulisan) perlu diserahkan kepada
urusetia untuk diserahkan kepada pihak Hakim sebelum hari
pembentangan perkongsian pintar dijalankan.
4. Bahan / peralatan untuk pembentangan dan pameran perlu
disediakan di dewan pameran sebelum pertandingan bermula.
5. Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid dibenarkan
untuk membuat penyediaan di atas pentas sebelum peserta
memulakan pertandingan.

FASHION A.Penyertaan
SHOW (BEST
CONSTUME)
1. Setiap sekolah diwakili oleh 1 orang peserta sahaja
yang terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6
tahun.
2. Peserta (Model) dikehendaki memperagakan costume yang direka.
3. Rekaan costume adalah berdasarkan pilihan tema-tema yang
terdapat di prasekolah
4. Rekaan costume wajib menggunakan tiga (3) jenis peralatan atau
alat bantu mengajar yang terdapat di kelas prasekolah serta
menggunakan bahan terbuang atau tumbuh-tumbuhan atau kedua-
duanya sekali.
5. Aksesori tambahan dibenarkan namun tidak boleh menganggu
keseluruhan konsep utama.
6. Bahan-bahan yang digunakan adalah bebas.

B. Syarat Pertandingan
1. Juruacara akan menerangkan syarat-syarat dan peraturan kepada
peserta atau pengiring.
2. Masa persembahan tidak melebihi 5 minit.
3. Pakaian / prop disediakan oleh pasukan masing-masing.

C. Strategi pelaksanaan
1. Model memperagakan costume masing-masing di atas pentas.
2. Muzik latar yang disediakan oleh urusetia akan mengiringi
peserta model sepanjang persembahan.
3. Masa yang diperuntukkan bagi setiap persembahan ialah 1 minit
hingga 3 minit.
4. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa
perbelanjaan peserta atau pasukan di dalam pertandingan ini.

D. Pemarkahan
1. Kreativiti (rekaan costume) 50 %
2. Gaya 15 %
3. Keyakinan 15 %
4. Kekemasan 10 %
5. Keaslian Pakaian 10 %
6.
E. Penghakiman
1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim.
2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Hadiah akan diberi kepada :-

- Johan
- Naib Johan
- Ketiga
6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Pn. Salbiah memaklumkan bahawa penyertaan adalah tidak Wajib. Walau bagaimanapun beliau
menggalakkan penyertaan dari setiap sekolah sekurang-kurangnya satu atau dua kategori.

6.2 Sekolah boleh memilih beberapa penyertaan yang ingin disertai sahaja.

6.3 Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik akan dimurnikan lagi selepas mesyuarat ini.

6.4 Sekolah perlu menghantar penyertaan melalui “Google Forms” sebelum atau pada 20 Julai 2023.

6.5 Pembayaran pendaftaran Karnival Kecemerlangan akan dilaksanakan di Blok C, PPD Hulu Langat
beserta Borang Penyertaan pada 20 Julai 2023 ( Khamis) pada jam 2:00 – 4:00 petang.

Tindakan : Guru Prasekolah

6.6 Yuran pendaftaran sebanyak RM 100 boleh dibayar secara tunai atau cek atas nama SK BANDAR
TASIK KESUMA ( AKAUN SUWA)
Tindakan : Guru Prasekolah

7.0 PENUTUP
7.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih dan berharap dapat mengadakan Karnival
Kecemerlangan Prasekolah dengan jayanya.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:00 petang

Setiausaha
Karnival Kecemerlangan Prasekolah
Daerah Hulu Langat
Tarikh : 4 Julai 2023

You might also like