Etnik Analisis Kajian Refurbished

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Objektif kajian ini adalah untuk:

Mengenal pasti peranan sekolah dalam mempromosi perpaduan


Mengenal pasti kesan-kesan aktiviti sekolah untuk mempromosi perpaduan
Analisis Kajian
Setiap kumpulan WAJIB MENGANALISIS CABARAN DAN PENYELESAIAN

Berdasarkan pengutipan data terhadap E-SOAL selidik yang bertujuan untuk mengenal pasti
peranan sekolah dalam mempromosi perpaduan dan mengenal pasti kesan-kesan aktiviti
sekolah untuk mempromosi perpaduan. Majoriti responden berpendapat dan bersetuju
bahawa sekolah rendah dan sekolah mengah yang merupakan agen dalam membentuk
perpaduan dalam masyarakat telah berusaha untuk menggiatkan perpaduan antara kaum di
Malaysia. Namun begitu, ada sebahagian responden berpendapat bahawa sekolah rendah dan
sekolah menegah masih mempunyai ruang untuk kemajuan dan perlulah lebih berusaha
dalam melakuakan aktiviti untuk menggiatkan perpaduan antara kaum.
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh sekolah dalam mempromosikan perpaduan
antara kalangan kaum. Antara cabaran yang pertama ialah distribusi kaum yang tidak
seimbang dalam sekolah. Punca utama yang menyebebkan kekurangan kepelbagaian kaum di
sekolah ialah kewujudan sekolah vernakular yang mengasingkan pelajar ke dalam beberapa
aliran dan menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar.Contoh sekolah
vernakular yang terdapat di Malaysia ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah vernakular telah
mempermudahkan proses pembelajaran murid ke tahap yang tertentu. Sebagai contohnya,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di
sekolah. Manakala bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan ketiga
kepada pelajar yang belajar di SJKC. Secara umum, kaum Cina merupakan pelajar majoriti
yang terdapat di SJKC dan akan lebih memahami dan selesa semasa menggunakan bahasa
ibunda mereka sendiri berbanding dengan bahasa lain. Oleh itu, pemahaman murid-murid
dalam proses pembelajaran akan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi jika guru
berkemampuan untuk menggunakan bahasa cina untuk menerangkan situasi atau perkataan
yang tertentu dalam proses menyampaikan ilmu pengetahuan. Punca seterusnya yang
menyebabkan kekurangan kepelbagaian kaum di sekolah ialah kaum yang telah dipisahkan
mengikut tempat tinggal sejak zaman penjajahan British. Pada zaman penjajahan British di
Malaysia, British telah memisahkan tempat tinggal rakyat mengikut kaum, di mana
kebanyakan orang Melayu tinggal di luar bandar, masyarakat India di kawasan ladang dan
masyarakat Cina tinggal di kawasan bandar. Masalah ini masih berlarut sehingga kini di
mana kebanyakan masyarakat Melayu masih tinggal di kawasan bandar kecil atau luar
bandar, manakala kebanyakan masyarakat Cina masih tinggal di bandar besar tetapi hanya
sedikit masyarakat Melayu dan India yang tinggal di bandar-bandar besar. Distribusi kaum
yang tidak seimbang berdasarkan tempat tinggal telah menyebabkan distrubusi kaum yang
tidak seimbang di sebahagian sekolah secara tidak langsung. Hal ini berlaku demikian kerana,
jarak perjalanan ke sekolah selalunya akan menjadi keutamaan pertama apabila ibu bapa
memilih sekolah untuk anak sendiri, biasanya ibu bapa akan memilih sekolah yang terdekat
dengan tempat tinggal mereka demi kemudahan transportasi. Pemilihan sekolah yang
berasaakan jarak akhirnya akan menyebabkan distribusi kaum di sekolah dipengaruh dan
mengikut distribusi kaum berdasarkan tempat tinggal. Iaitu kebanyakan masyarakat Melayu
belajar di luar bandar manakala kabanyakan masyarakat Cina belajar di bandar. Mustahil
kebanyakan ibu bapa yang tinggal di bandar akan menghantar anak mereka ke sekolah rendah
atau sekolah menegah di kawasan kampung yang jauh dari tempat tinggal atau sebaliknya.
Walaupun sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa ibunda pelajar masing-
masing sebagai bahasa pengantar telah memanfaatkan murid di sekolah dari segi pelajaran, ia
telah menimbulkan masalah kekurangan kepelbagain kaum di sekolah. Isu ini akan
menyebabkan pembentukan jurang persefahaman antara kaum di sekolah terutamanya bagi
murid yang belajar di sekolah jenis kebangsaan. Contohnya, murid dari SJKC atau SJKT bila
mereka telah masuk ke tingkatan satu di sekolah kebangsaan, sebahagian daripada mereka
akan mempunyai mentaliti takut dan menolak daripada bergaul dengan kaum lain. Hal ini
disebabkan oleh mereka akan lebih selesa menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam
pergaulan dengan rakan dan mereka kurang pengalaman bergaul dengan kaum lain sejak
sekolah rendah.
Cara yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh distribusi kaum yang
tidak seimbang dalam sekolah ialah menamatkan sistem persekolahan yang berasaskan
bahasa pengantar masing-masing seperti SJKC dan SJKT dan hanya mewujudkan sekolah
satu aliran yang terdiri daripada pelbagai kaum.Namun begitu cadangan ini telah lama
dibahaskan dan dibantah oleh kebanyakan kaum Cina dan India. Hal ini kerana masayarakat
Cina dan India bimbang bahasa mereka akan hilang waris apabila sekolah yang berasaskan
bahasa pengantar telah dihapuskan, hilang waris bahasa juga akan menyebabkan budaya tidak
dapat diwaris. Terdapat beberapa cara alternatif bagi menyelesaikan isu yang ditimbulkan
oleh distribusi kaum yang tidak seimbang dalam sekolah. Cara yang pertama ialah
mengadakan aktiviti antara sekolah vernakular secara berkala. Contoh aktiviti yang boleh
diadakan ialah aktiviti sukan, pertandingan tarian dan nyanyi. Aktiviti sebegini bukan sahaja
boleh memupuk semangat perpaduan antara murid yang terdiri daripada sekolah vernakular
yang berbeza, ia juga dapat menghapuskan tidak persefahaman antara kaum. Selain itu,
sekolah juga boleh mengaturkan aktiviti pertukaran pelajar sehari antara sekolah vernakular,
murid yang menyertai aktiviti pertukaran pelajar berpeluang untuk berkawan dengan murid
daripada kaum yang berbeza dan dapat memahami budaya kaum lain dengan lebih
mendalam.
Reference
Yong H.H., Ku H.K.S., Zatul H.A., Mohd D.A.& Adlina A.H. (2018). Peranan Guru Sebagai
Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah
https://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/18914/8265
Azie Yahaya, (2019). Sekolah satu aliran satukan kaum
https://www.sinarharian.com.my/article/56632/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Sekolah-satu-
aliran-satukan-kaum
Hasnah Hussiin, (2009). Kesan Modenisasi ke atas Hubungan Kaum di Malaysia ,
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14129/1/pbmsk-2009-hasnah-Kesan%20Modenisasi
%20ke%20atas%20Hubungan%20Kaum%20di%20Malaysia.pdf
Janti na

40.7%
59.3%

Lelaki Perempuan

Umur

6.2%

93.8%

11 dan ke bawah 12 hingga 18 19 hingga 45 46 dan ke atas


Bangsa
11%
16%

73%

Melayu Cina India Lain-lain


Peranan sekolah dalam mempromosikan perpaduan kaum.
Adakah anda berpendapat bahawa sekolah rendah dan sekolah menengah telah
berusaha menggiatkan perpaduan kaum?

22.20%

9.90%
67.90%

Ya Tidak Mungkin

Sila pilih jawapan anda tentang tindakan yang diambil oleh sekolah-sekolah dalam
memupuk perpaduan kaum.
Kesan-kesan aktiviti sekolah atas usaha memupuk perpaduan.
Pada pendapat anda, adakah pihak sekolah telah memberi impak dalam memupuk
perpaduan kaum?

Sila pilih jawapan anda tentang keberkesanan tindakan sekolah dalam mempromosikan
perpaduan kaum.
Reference
Yong H.H., Ku H.K.S., Zatul H.A., Mohd D.A.& Adlina A.H. (2018). Peranan Guru Sebagai
Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah
https://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/18914/8265
Azie Yahaya, (2019). Sekolah satu aliran satukan kaum
https://www.sinarharian.com.my/article/56632/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Sekolah-satu-
aliran-satukan-kaum
Hasnah Hussiin, (2009). Kesan Modenisasi ke atas Hubungan Kaum di Malaysia ,
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14129/1/pbmsk-2009-hasnah-Kesan%20Modenisasi
%20ke%20atas%20Hubungan%20Kaum%20di%20Malaysia.pdf

You might also like