Pemanasan Global

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Menteri 1

Demi memartabatkan pendidikan negara, saya bangkit untuk memperjuangkan nasib generasi muda
melayu Malaysia. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya hulurkan buat anda semua.

Selaku Perdana Menteri pada hari ini, suka untuk saya menghujahkan satu usul yang
berbunyi "negara maju punca pemanasan global".

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang Dipertua untuk
memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang khususnya tidak terkial - kial
untuk mencari asas perjuangan kami.Negara maju ialah status yang diberikan kepada negara yang
sudah makmur dalam bidang ekonomi dan sosial, berkat kejayaan mereka menggunakan kemajuan
teknologi terkini. Negara maju juga boleh ditakrifkan sebagai negara yang mungkin sudah
mempunyai taraf hidup yang tinggi. Taraf hidup yang tinggi ini mungkin berlaku kerana kebajikan
rakyat diagihkan sama rata, mempunyai ekonomi yang kukuh, dan telah menyesuaikan diri dengan
teknologi tinggi dalam pelbagai bidang. Dapat disimpulkan bahawa konsep negara maju ialah negara
yang mempunyai teknologi canggih dan tahap kemakmuran ekonomi yang sama rata. Pemanasan
global pula merupakan fenomena global yang dicetuskan oleh aktiviti manusia terutamanya yang
berkaitan dengan penggunaan bahan fosil dan aktiviti perubahan guna tanah.Aktiviti ini
menghasilkan lebih banyak gas di atmosfera terutamanya gas karbon dioksida menyebabkan
peningkatan suhu bumi.Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah -
hujah yang dibentangkan sebentar sahaja lagi.

Tuan Yang Dipertua,

Seperti yang kita tahu,negara maju mesti menjalankan aktiviti perindustrian.Namun,aktiviti


perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global.Pembakaran bahan api
fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak
gas rumah hijau, terutamanya gas karbon dioksida. Contoh industri yang banyak membakar bahan
api fosil ialah industri pengeluaran simen, pengeluaran besi, pengeluaran kain, pengeluaran
makanan, pengeluaran bahan-bahan elektrik dan elektronik serta industri pengeluaran bahan-
bahan binaan. Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang
terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.

Di samping itu, pengangkutan juga merupakan punca pemanasan global. Kenderaan bermotor kini
merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.
Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan
enjin kenderaan telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.

Tuan yang dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian. Oleh yang demikian,saya
menegaskan bahawa negara maju merupakan punca pemanasan global. Sekian mohon untuk terus
mencadang.
Menteri 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Yang Dihormati, rakan-rakan
yang berhormat dari pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh ketua
pembangkang sebentar tadi iaitu "Negara maju bukan punca pemanasan global". Jadi saya
memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri,
iaitu Negara maju merupakan punca pemanasan global.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan
oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan negara maju bukan punca
pemanasan global.

Tuan yang dipertua,

Selain punca yang dibeitahu oleh perdana Menteri ,pembakaran hutan juga merupakan punca
berlakunya pemanasan global.Negara-negara maju selalunya melakukan kegiatan pembakaran
hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan
aktiviti pertanian, petempatan atau jaringan pengangkutan dan perhubungan. Pembakaran hutan
telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan
karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global. Asap yang terbebas ke angkasa daripada
pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida. Contohnya, pembakaran hutan di
Sumatera Selatan dan Riau, Indonesia.

Tuan Yang Dipertua.

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon
agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya Mohon Mencadang.

Sekian, terima kasih.


Menteri 3

Bismillah..Yang dihormati tuan yang dipertua,rakan-rakan perwakilan kerajaan,barisan kontradiksi


yang kelihatan goyah dipondok usang seberang sana,seterusnya sidang dewan
sekalian.assalamualaikum,salam sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya.

Tuan yang dipertua, selaku perdana menteri yang ketiga pada hari ini,

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan salam apresasi kepada barisan pembangkang kerana
memberi idea yang mungkin tidak berguna dan tidak masuk akal.

Yang pertama barisan yang berhormat pihak pembangkang telah gagal


membidas isi serta definisi konsep .

Kedua, barisan yang berhormat hanya membidas contoh-contoh serta tidak pula membidas kata
kunci

Yang ketiga ternyata yang berhormat barisan pembangkang hanya menyatakan hujah berdasarkan
pandangan sendiri tanpa mempunyai bukti dan hanya menyatakan hujah berdasarkan bukti-bukti
yang bersifat terpencil.

Tuan yang dipertua, serta sidang dewan sekalian.berkat keamanan dan keharmonian dibawah
kepimpinan kerajaan pada hari ini,maka dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu isu
yang saya kira amat penting iaitu di bawah gagasan usul yang berbunyi ‘negara maju merupakan
punca pemanasan global’.

Namun begitu tuan yang dipertua, sebelum menegakkan hujah-hujah yang kukuh daripada pihak
kerajaan pada hari ini,pertamanya saya akan mematahkan hujah-hujah dangkal yang dibawa dimeja
pembangkang seterusnya merobohkan pondok usang pihak pembangkang disebelah sana tuan yang
dipertua.

Tuan yang dipertua,

Pemanasan global juga berlaku disebabkan oleh faktor pembinaan bangunan pencakar langit dan
bangunan yang berdinding cermin yang semakin banyak yang kebiasaannyadibina di negara yang
maju. Hal ini dikatakan demikian kerana pantulan cahaya daripada matahari terhadap cermin
bangunan boleh menyebabkan haba terperap di kawasan atmosfera. Jadi, kesan haba tersebut
menyebabkan suhu bumi semakin panas dan menyebabkan kesan negatif kepada semua hidupan di
bumi.

Sidang dewan sekalian, berdiri dibawah pucuk kepimpinan kerajaan pada hari ini,kami akan tetap
menegakkan yang hak dan menolak yang batil,bahawa usul yang dibawa oleh Yang Berhormat
Perdana Menteri adalah sangat relevan dan efektif.
Pembangkang 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan, Tuan Yang Dipertuai, Barisan Pembangkang dan Barisan
kerajaan.

Saya selaku ketua pembangkang pada hari ini bangkit untuk menyatakan bahawa barisan kami
menolak usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan bahkan kami ingin menegaskan bahawa negara
maju bukan punca pemanasan global.

Tuan Yang Dipertua, Dan Sidang Dewan Yang Dimuliakan,

You might also like