Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM (DECE)

Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.
NAMA SUBJEK : PENGURUSAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN
PEMAKANAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK

KOD SUBJEK : E C D 1 3 2 3

TAJUK TUGASAN : AKTA DAN PERATURAN MAKANAN 1983

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR : NOMBOR MATRIK :
DAYANG FARAH FARAHANAH
1 S C 2 2 0 3 1 0 2 8
BINTI AWANG MADZELAN
2 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9
NUR SHAQIERA NATASHA
3 S C 2 2 0 3 1 0 1 2
QARTINA
4 EMILIA NATASHA ANAK BINIT S C 2 2 0 3 1 0 2 2

5 LESLY ANAK BUJANG S C 2 2 0 3 1 0 2 3

UNTUK PERHATIAN (NAMA PENSYARAH)


SIR MOHAMAD ISMADI

TARIKH SERAHAN: 2 0 / 0 9 / 2 0 2 2
AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.

______________________________
(DAYANG FARAH FARAHANAH)

______________________________
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)

______________________________
(NUR SHAQIERA NATASHA)

______________________________
(EMILIA NATASHA)

______________________________
(LESLY ANAK BUJANG)
PENGENALAN

Makan ialah keperluan asasi manusia. Melalui makanan kita dapat memenuhi
keperluan yang dikehendaki di dalam tubuh untuk meneruskan proses kehidupan. Pemakanan
yang mencukupi adalah kritikal bagi kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. Tempoh
bayi dari lahir sehingga berumur dua tahun adalah penting kerana pertumbuhan dan
perkembangan fizikal sedang berlaku. Amalan pemakanan yang tidak sempurna merupakan
penyumbang kepada masalah pemakanan seperti kekurangan zat makanan atau kegemukan.
Oleh itu, pemakanan bayi dan kanak-kanak adalah penting untuk dijaga bagi mendapatkan
amalan pemakanan optima di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka


mendapat nutrisi yang sesuai untuk membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta
minda mereka. Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang
seimbang, bagi membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan
seimbang ialah makanan yang terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah
makanan yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Berpandukan pengetahuan ini
penjaga akan dapat merancang dan menyediakan makanan yang sesuai untuk keperluan
kanak-kanak.

Makanan adalah sesuatu yang secara fizikalnya boleh dikenali sama ada daripada segi
warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa. Pemakanan ialah berkenaan dengan zat-zat atau khasiat
atau nutrien-nutrien dalam makanan. Biasanya status kesihatan seseorang akan menentukan
keperluan pemakanannya. Makanan yang dimakan itu ditukarkan menjadi bahan pembakar
dalam bentuk gula ringkas yang dikenali sebagai glukosa. Glukosa ini penting untuk
membekalkan haba, pembiakan sel dan sumber tenaga. "ogan-organ di dalam badan
memerlukan makanan yang sesuai untuk menjalankan tugas masing-masing. Selagi makanan
yang bermutu dan berkhasiat ini diperoleh dan semua organ dalam badan akan memainkan
peranan dengan cukup berkesan. Dengan itu juga kesihatan anak-anak di bawah jagaan kita
akan terus terjamin dan kekal sihat.
GARIS PANDUAN
Tunjang utama kepada kesihatan diri dan keluarga ialah amalan cara hidup sihat.
Perubahan penyakit pada masa dahulu dan masa kini ialah penyakit berjangkit seperti
malaria, kolera dan taun jantung, kencing manis darah tinggi, kanser dan buah pinggang
seperti ini. Amalan cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit. Amalan
cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti ini.

Amalan kesihatan diri dalam konteks sesebuah keluarga yang sihat melahirkan anak
yang sihat.

Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil
di Malaysia, semua bayi harus disuse dengan susu ibu sahaja, iaitu dari lahir sehingga berusia
enam bulan.

Atas sebab tersebut, adalah penting untuk memastikan ibu bapa dan penjaga diberi
panduan yang lengkap mengenai pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak. Tempoh
dari lahir kritikal bagi kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. Tempoh dari lahir sehingga
dua tahun adalah penting memandangkan dalam tempoh ini pertumbuhan dan perkembangan
sedang berlaku.

Amalan pemakanan yang tidak sempurna ditambah dengan kadar jangkitan penyakit
yang tinggi adalah penyebab utama mulnutisi dalam kalangan kanak-kanak lingkungan 2
tahun pertama.

Di Malaysia, amalan pemberian makanan kepada bayi adalah masih kurang


memuaskan. Tinjuan kesihatan dan morbioliti kebangsaan ketiga menunjukkan bahawa pada
tahun 2006, walaupun penyusuan susu ibu adalah tinggi, tetapi kadar penyusuan secara
eksklusif dalam kalangan bayi berumur 6 bulan kebawah hanya 14.5 peratus (IPH,2008).

Sementara hanya 41.4 peratus saja bayi mendapat makanan amalan pemberian
makanan pelengkap oleh yang demikian, makanan keperluan juga dimula seawal umur bayi 2
bulan. Tambahan lagi, hanya 55.9 peratus kanak-kanak dalam lingkungan umur 9-23bulan
mendapat sekurang-kurangnya 3 hidangan makanan sehari.
PRINSIP PENJAGAAN KESIHATAN IBU DAN ANAK

Pemberian makanan pelengkap ditakrifkan sebagai proses permulaan, di mana susu


ibu saja sudah tidak mencukupi untuk menampung keperluan nutrien bayi. Oleh yang
demikian, makanan dan minuman diperlukan disamping susu. Makanan pelengkap adalah
makanan dan minuman yang bukan berasaskan susu ibu. Makanan tersebut di masak khas
untuk kanak-kanak dan terdiri daripada makanan keluarga (PAHO/WHO,2008).

Pelaksanaan prinsip ini diharap dapat meningkatkan taraf pemakanan dan kualiti
penjagaan kesihatan, sebagai mana yang telah digunakan dalam pelan Tindakan pemakanan
kebangsaan Malaysia 2016-2015 (NPANM 2016-2015). Menurut kementerian kesihatan
Malaysia. Semua enam bulan. Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil
seharusnya tepat pada masa. Mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan. Antara Sembilan
garis panduan yang boleh dicapai dan diaplikasi oleh ibu di Malaysia.

PRINSIP PEMBERIAN MAKANAN

Pengamalan penyuusuan susu ibu secara ekslusif dari lahir hingga anak berusia enam
bulan. Makanan pelengkap hanya akan diberi mulai umur 6 bulan disamping menerus
penyusuan susu ibu sehingga dua tahun. Mula pemberian makanan pelengkap kepada bayi
yang menyusu susu ibu dan rumusan bayi apabila berusia 6 bulan. Seterusnya penyusuan
susu ibu mengikut kehendak bayi diteruskan sehingga dua tahun.

Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga tingkatkan amalan
makan mengikut umur. Makanan dari pyramid makanan hendaklah diberikan, untuk
memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Contohnya daging, ayam, ikan, telur, susu
perlu diberi dengan kerap.ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur
mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaanya. Tingkatkan
kekerapan pemberian makanan mengikut umur.

Amalan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan


psikososial Amalan penyediaan, pengendilian dan penyimpanan makanan secara selamat.
Jika bayi dan kanak-kanak tidak sihat, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain.
Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap. Pengenalan makanan pelengkap diantara umur 4
hingga 6 bulan dapat dipertimbangkan secara individu ke atas bayi yang mengalami
pertumbuhan yang kurang memuaskan, setelah segala usaha untuk memperbaiki amalan
penyusuan dilakukan.

PENERANGAN PRINSIP- PRINSIP PEMAKANAN

Amalan penyusuan susu ibu secara ekslusif dari lahir hingga berusia 6 bulan.
Makanan pelengkap perlu diberikan mulai usia 6 bulan sehingga berusia dua tahun.
Penyusuan susu ibu harus dimula dalam tempoh 1 jam selepas kelahiran tunjuk ajar yan betul
perlu diterangkan kepada ibu. Bayi yang menyusu secara eklusif tidak perlu diberi sebarang
jenis air termasuk air kosong. Penyusuan susu ibu harus diberi dengan kerap dan ikut
kehendak bayi. Penggunaan putting tiruan adalah tidak digalakan kecuali atas nasihat pakar
perubatan.

Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu dan
rumusan bayi apabila berusia 6 bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu
diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun. Mulakan makanan pelwngkap hanya apabila bayi
telah mencapai kordinasi saraf otot dan kematangan fisiologi.

Pengenalan makanan pelengkap diantara umur 4 hingga 6 bulan sebelum


dipertimbangkan secara individu ke atas bayi yang mengalami pertumbuhan yang kurang
memuaskan setelah segala usaha memperbaiki amalan penyusuan dilakukan. Beri makanan
yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga tingkat amaun makanan mengikut umur.
Makanan yang padaat dengan tenaga termasuk bijirin seperti beras, gandum dan ubi- ubian
hendaklah diberikan. Mula dengan kuantiti makanan yang sedikit dan apabila bayi dapat
menyesuaikan diri, tingkatkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut umur. Untuk
panduan pemakanan pula berdasarkan umur antaranya umur 6-8 bulan ialah setengah cawan
bubur nasi pekat pada setiap hidangan.

Manakala untuk umur 9-11 bulan pula ditingkatkan sehingga 1 cawan. Bagi berumur
1-3 tahun pula setengah cawan nasi pada hidangan utama disamping menambah 1-2 sudu teh
minyak ditambah dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur.
PANDUAN PEMAKANAN

Umur 6-8 bulan - setengah cawan bubur nasi pekat pada setiap hidangan.

Umur 9-11 bulan – ditingkatkan sehingga 1 cawan

Umur 1-3 tahun – setengah cawan nasi pada hidangan utama disamping menambah 1-2
camca teh minyak ditambah dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur.

Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nuterin dipenuhi. Jenis dan
kuantiti makanan yang diberi mesti memenuhi keperluan nuterin harian terutamanya protein,
lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C. makanan daripada sumber haiwan seperti
daging ternakkan, ikan dan telur adalah sumber utama zat besi dan zink. Perlu diberi setiap
hari. Produk hasil tenusu adalah kaya dengan sumber kalsium dan pelbagai nutrient lain.
Buah-buahan dan sayur- sayuran yang kaya dengan vitamin A dan C harus dimakan setiap
hari. Pengguna makanan yang diperkaya dengan zat besi juga digalakkan jika makanan
proses digunakan.

Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan
disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaanya. Bayi yang berumur 6 hingga 8 bulan
mesti diberi makanan yang dipuri dilecek atau makanan separa pepejal.

Umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil.
Makanan jejari seperti biskut lembut dan buah- buahan juga boleh diberikan. Umur 12 bulan
kanak-kanak diberikan makanan keluarga.

Untuk mengelakkan daripada tercekik, beri bayi makanan yang tekstur yang bersesuaian.
Kanak-kanak perlu dipantau semasa makan untuk menggelakkan kejadian berbahaya seperti
tercekik.

Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.

6-8 bulan - 2 ke 3 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek.

9- 11 bulan - 3 ke 4 kali sehari dengan 1- 2 kali snek.

1-3 tahun - 4 ke 5 kali sehari dengan 1-2 snek berkhasiat.


Tambah kekerapan waktu makan sekiranya jumlah makanan yang diambil adalah kurang
ataupun makanan yang dimakan adalah cair. Amalan pemberian makanan secara responsif
dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial. Bayi perlu disuap manakala kanak-
kanak kecil perlu dibantu apabila mereka makan sendiri. Bayi dan kanak-kanak perlu diberi
galakan untuk makan tanpa dipaksa. Beri mereka makanan dengan perlahan dan penuh
kesabaran. Peka kepada tanda tanda yang menunjukan mereka lapar ataupun kenyang.

Wujud hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran
yang konduktif serta selesa. Banyak berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak. Amalkan
penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat. Kebersihan diri,
peralatan memasak dan makan perlu dititk berat yakni diri penyeliaan hinggalah pemberian
makanan kepada bayi dan kanak-kanak.

Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan dan selepas guna tandas.
Tangan bayi dan kanak-kanak juga harus dicuci sebaiknya, beri bayi dan kanak-kanak makan
makanan yang baru dimasak. Peralatan yang bersih mesti digunakan untuk menyedia dan
menghidang makanan. Semasa sakit, beri bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Beri
hidangan kecil tetapi kerap. Beri kanak-kanak makanan yang digemari. Galakkan kanak-
kanak untuk makan makanan yang lembut, pelbagai dan menyelerakan. Setelah anak sembuh
daripada sakit beri mereka makanan lebih kerap dan galakkan mereka makan lebih daripada
biasa.
MENU UNTUK 1 HARI

MENU

SARAPAN PAGI
MINUM PETANG
Bijirin Koko MAKAN
Krunch Muffin
TENGAHARI vanilla
Susu Lemak Nasi Ayam Susu Lemak
Sup Sayur
Sirap
Bandung
FAKTOR KESIHATAN BERDASARKAN MENU/MAKANAN

Berdasarkan dari segi faktor kesihatan makanan yang kami pilih pada waktu pagi iaitu
Bijiran Koko Krunch dan Susu Lemak. Bijirin dan susu merupakan satu makanan yang
mempunyai nutrisi bagi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Bijirin mempunyai
banyak kandungan iaitu lemak, karbohidrat, kalsium dan protein. Bijirin juga pentinga kerana
otak memerlukan tahap gula yang secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
Manakala susu lemak mempunyai 88 kalori yang bertujuan untuk menghasilkan tenaga,
menguatkan tulang serta menguatkan gigi kanak-kanak. Penyerapan bijirin penuh dalam
tubuh adalah lebih perlahan sekaligus mengurangkan kandungan gula dalam tubuh. Kajian
saintifik menunjukkan bahawa kekerapan pengambilan bijirin penuh mengurangkan risiko
obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser, strok, dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian
yang dijalankan, didapati kanak-kanak yang memakan bijirin memiliki badan yang sihat dan
normal berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil bijirin. Kajian tersebut juga
mengesahkan kanak-kanak yang mengambil bijirin untuk sarapan pagi menunjukkan fungsi
kognitif yang lebih baik.

Selain itu, pemilihan makanan pada waktu tengahari pula ialah Nasi Ayam, Sup Sayur
dan Air Bandung. Mengikut faktor kesihatan nasi ayam adalah satu makanan yang sihat
untuk kanak-kanak ia kerana nasi ayam membekal kandungan protein yang tinggi yang penuh
serta kaya dengan kandungan vitamin yang diperlukan untuk membina, menjaga, dan
membaiki tisu badan. Nasi putih mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan sumber
tenaga yang baik untuk kanak-kanak dan ia mempunyai 100 kalori manakala ayam
mempunyai 162 kalori. Sup sayur juga mempunyai kesan yang baik bagi saluran pencernaan,
dengan perlahan dan cepat membersihkan tubuh manusia dari toksin dan mengaktifkan usus.
Sup sayur-sayuran juga adalah salah satu hidangan yang berkhasiat untuk kanak-kanak
kerana mempunyai vitamin dan mineral yang penting serta antioksida untuk mengekalkan sel
otak yang kuat. Sup sayur-sayuran mempunyai 95 kalori dan ia merupakan hidangan yang
sesuai untuk kanak-kanak kerana mempunyai jumlah kalori yang rendah. Manakala air sirap
bandung mempunyai 153 kalori yang terkandung di dalamnya.
Seterusnya, makanan pada waktu petang merupakan makanan pencuci mulut iaitu
muffin vanilla dan susu lemak. Muffin vanilla memberi tenaga pada kanak-kanak setelah
sehari menjaga kesihatan. Muffin vanilla ini mempunyai 104 kalori yang terkandunga. Sudah
pasti kanak-kanak minat akan makanan ringan Manakala susu lemak pula, susu mengandungi
88 kalori yang terkandung. Dengan memberikan susu segar untuk kanak-kanak, ia kaedah
bijak bagi memastikan kanak-kanak sentiasa terhidrat sepanjang hari, terutamanya selepas
melakukan aktiviti fizikal atau bersenam. Susu mengandungi nutrien seperti probiotik,
vitamin D dan imunoglobulin yang meningkatkan sistem imun kanak-kanak dan seterusnya
mengurangkan risiko alergi.

Akhir sekali, pentingnya kita menjaga faktor kesihatan pada kanak-kanak mahupun
diri sendiri kerana ia membina tubuh dan minda yang sihat untuk kanak-kanak membesar
maka memahami pengambilan pemakanan bagi anak-anak peringkat awal adalah perkara
yang paling penting. Pemakanan yang teratur boleh mengekalkan kesihatan mental dan
fizikal pada kanak-kanak serta untuk perkembangannya. Setiap pemakanan yang sihat
mestilah mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi.
PANDANGAN MENGENAI PERANCANGAN MENU

Menu sihat adalah menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan dapat
membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan serta tidak mengandungi lemak,
minyak, kolesterol, garam dan gula yang berlebihan. Ketika merancang menu sihat Piramid
Makanan boleh dijadikan panduan, terutama dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan
yang sepatutnya dihidangkan untuk kanak-kanak.

Masa makan adalah masa untuk beristirahat bersama keluarga dan menikmati
hidangan selepas sehari suntuk di sekolah. Ia adalah waktu yang sesuai untuk ibu bapa
meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak. Hidangan yang disediakan di rumah adalah
lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan jika ibu bapa bijak merancang
menu. Merancang menu adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama jika anda
membuat persediaan awal dan teratur.

Mengapa perancangan menu sihat penting untuk kanak-kanak sekolah?

- Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian
sepanjang hari.
- Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat makanan yang
seimbang.
- Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.
- Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada
membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.
- Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang dirancang, anda boleh
mengutamakan makanan yang boleh disedia awal.

Panduan am untuk merancang makanan sihat bersama keluarga adalah penting untuk
merancang menu yang sihat dan digemari oleh kanak-kanak. Berikut adalah panduan untuk
merancang menu anak:
- Perlu rancangan 3 menu hidangan utama dan 2 menu snek sehari untuk memastikan
anak mendapat makanan yang secukupnya. Rancang menu hidangan utama dan snek
untuk jangka masa seminggu
- Menu hidangan utama dan snek perlu merangkumi makanan daripada setiap 5
kumpulan makanan dalam Piramid Makanan. Jika terdapat kumpulan makanan yang
tidak dimasukkan dalam menu hidangan utama, ia boleh dimasukkan dalam menu
snek. Sebagai contoh, buah dimasukkan dalam menu snek.
- Waktu makan juga perlu dirancang untuk mengambil kira waktu anak akan ke sekolah
dan balik dari sekolah. Apabila hendak ke sekolah, berikan cukup masa untuk anak
menghabiskan hidangan dan jangan tergesa-gesa. Lazimnya, anak pasti letih apabila
pulang dari sekolah. Hidangkan makanan utama selepas anak berehat sebentar.

Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama

- Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid


Makanan.
- Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh (contoh: campurkan beras perang
dengan beras putih)
- Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama. (contoh : tomato
dalam ayam masak merah)
- Tambahkan satu sajian makanan daripada kumpulan ikan, ayam,daging atau telur
serta kekacang seperti kacang panggang, kacang peas, dal atau tauhu. Contohnya,
campurkan kacang peas dalam resipi ayam masak kicap atau campurkan tempe dalam
sambal ikan bilis.

Tips merancang menu sihat untuk makanan snek

- Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam setiap


sajian snek.
- Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju
dan dadih.
- Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat
pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.

Senarai semak plan perancangan menu sihat

- mendapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan
malam setiap hari.
- mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan
- minum susu dan air kosong setiap hari
- berusaha untuk menyediakan hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari
- jenis makanan yang terlalu kerap. Contohnya ayam goreng 5 kali seminggu.
PENUTUP

Kesimpulannya, pemakanan mampu mempengaruhi tahap perkembangan kanak-kanak


dari pelbagai aspek. Misalnya, dari segi mental, fizikal dan kesihatan. Setiap individu perlu
mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang mengikut keperluan masing-masing.
Diet yang seimbang boleh menjamin kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

Piramid makanan merupakan panduan yang terbaik untuk memastikan amalan


pemakanan yang seimbang. Oleh itu, ibu bapa berperanan dalam mendidik dan mengamalkan
gaya pemakanan yang seimbang seiring pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sejak
mereka masih kecil lagi. .

Kementerian Kesihatan Malaysia hendaklah melakukan pemantauan secara berkala di


setiap rumah penjagaan kanak-kanak bagi memastikan hidangan yang dihidang berkhasiat
dan berkualiti untuk kanak-kanak. Tindakan ibu bapa juga haruslah bijak memilih menu
makanan yang seimbang di rumah untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak mereka.

You might also like