Bandaraya Melaka

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bandaraya Melaka

Bandaraya Melaka (‫)بندراي مالك‬, bandaraya bersejarah merupakan ibu


negeri Melaka, Malaysia. Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di
selatan Malaysia. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan
Dunia UNESCO selain daripada George Town pada 7 Julai 2008 Bandaraya Melaka
adalah salah satu bandar terbersih di Asia Tenggara, dianugerahkan sebagai
Pemenang Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN Peringkat Kebangsaan
2018-2020 baru-baru ini. Bandaraya bersejarah di Malaysia ini hanya terletak kira-
kira 2 jam sahaja dari Kuala Lumpur.

Pengangkutan
Rencana utama: Pengangkutan di Melaka
Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10
kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan stesen keretapi yang terdekat
bagi Bandaraya Melaka. Dahulunya, stesen keretapi ini dikenali
sebagai Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di
wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan atas arahan Kerajaan
Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka, maka nama stesen ini dikenali
sebagai Stesen KTM Pulau Sebang. Sebuah lagi stesen keretapi dalam
daerah Alor Gajah ialah Stesen Tebong akan tetapi tren antara bandar tidak
berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaik taraf
berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang
turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di
kawasan Selandar, Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh,
Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang
Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini
bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.
Pernah adanya landasan keretapi dari Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka
sebelum Perang Dunia II, tetapi ia telah dirombak oleh tentera Jepun untuk
pembinaan Landasan Keretapi Maut di Burma.[6] Pada 10 Oktober 2015,
perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah
memperkenalkan laluan baharu, perkhidmatan pergi-balik antara stesen
Seremban-Pulau Sebang/Tampin-Gemas.
Bandaraya Melaka mempunyai sebuah Terminal Pengangkutan antara
bandar yang moden yang dikenali Melaka Sentral dengan perkhidmatan
pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-
bandar utama di Semenanjung Malaysia. Melaka Sentral merupakan sistem
pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia semasa
penubuhannya. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama
di Malaysia selain Melaka Sentral ketika itu.
Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang
melayankan penerbangan karter dari kawasan sekitar. Lapangan Terbang
Antarabangsa Melaka (IATA: MKZ, ICAO: WMKM) (dahulunya dikenali
sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam) adalah sebuah lapangan
terbang yang terletak di Batu Berendam, Melaka, Malaysia. Lapangan
terbang tersebut memberi kemudahan penerbangan untuk negeri Melaka,
serta utara Johor, dengan menghubungkan ke bandar-bandar
seperti Guangzhou, Haikou, Ho Chi Minh, Kota Bharu, Kuala
Lumpur, Langkawi, Medan, Pekanbaru, Penang, dan Subang.
Jalan keluar Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan
jalan masuk utama ke Melaka. Terdapatnya juga dua jalan keluar tambahan
di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di jalan keluar Alor Gajah dan Jasin.

Tempat menarik

Tokong Poh San Teng

Masjid Selat Melaka

1. A Famosa
2. Dataran Pahlawan
3. Bangunan Stadthuys
4. Muzium Samudera dan Kapal Flor De La Mar
5. Perkuburan Belanda Bandar Hilir
6. Muzium Budaya
7. Muzium Tuan Yang Terutama
8. Masjid Tengkera
9. Masjid Kampong Keling
10. Masjid Kampong Hulu
11. Masjid Selat, Pulau Melaka
12. Jonker Walk
13. Ayer Keroh
14. Pantai Klebang
15. Pantai Kundur / Puteri
16. Portugis settlement
17. Bukit Cina
18. Taman Ramarama
19. Pusat Peranginan Auyin
20. St Xavier Church
21. Balai cerap AlKhawarizmi
22. Sungai Melaka
23. Menara Taming Sari
24. Sudong, Jaya 99

Sejarah
Kesultanan Melaka
Rencana utama: Kesultanan Melaka Tempoh
Sultan Melaka
Sejarah kesultanan Melaka bermula memerintah
dengan kedatangan Parameswara,
Parameswara
seorang raja Srivijaya dari Palembang,
(Raja Iskandar 1400 – 1414
yang memerintah pada
Shah)
tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka
diambil sempena nama pohon tempat Sultan Megat
1414 – 1424
Parameswara berteduh. Pada ketika itu, Iskandar Shah
satu perkara aneh berlaku di mana seekor
kancil putih telah menendang anjing-anjing Sultan
raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara Muhammad 1424 – 1444
merasa kagum dan memerintahkan agar Shah, Melaka
kawasan tersebut dibuka dan dinamakan Sultan Abu
sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini 1444 – 1446
Syahid
memerintah Melaka selama 110 tahun
sehingga ditewas oleh Sultan Muzaffar
1446 – 1456
pihak Portugis pada tahun 1511. Shah
Empayar Melaka mencapai kemuncak Sultan Mansur
1456 – 1477
kuasanya semasa pemerintahan Sultan Shah
Mansur Shah, wilayah Kesultanan Melaka Sultan Alauddin
terdiri daripada Tanah Melayu, 1477 – 1488
Riayat Shah
(kini, Semenanjung Malaysia), Singapura,
dan Pantai Timur Sumatera (kini, Sultan Mahmud
1488 – 1511
Indonesia) Pesaing utama Melaka Shah
ialah Siam di utara dan Majapahit di
selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka,
lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara
yang merupakan pahlawan besar ketika itu.
Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan
mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang
meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K
(Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).
Pemerintahan penjajah[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Sejarah Melaka
Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi
pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka
selama 130 tahun.
Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan
pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak
Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat
perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan
pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran
mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut
Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.
Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India
Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British.
Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits
Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.
Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi
sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia
pada tahun 1963.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15
April 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin
Mohammad

You might also like