Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

s

Muhyiddin bentang kronologi rusuhan


kuil

26 November

2.40 pagi

- Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima panggilan
orang awam mengenai insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield.

Sejurus laporan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya mengarahkan semua unit di
lapangan ke tempat kejadian.

2.50 pagi

- Empat kenderaan pelbagai guna (MPV) polis tiba di tempat kejadian tetapi dihalang
masuk oleh sekumpulan lelaki India.

Cermin belakang sebuah MPV dipecahkan manakala sebuah treler diletak melintang
menghalang jalan menghala ke kuil.

3.30 pagi

- Ketua Polis Daerah Subang Jaya menghubungi pasukan Unit Simpanan


Persekutuan (FRU) dan IPD Serdang untuk mendapatkan bantuan tambahan
anggota.

4 pagi

- Bantuan IPD Serdang dengan kekuatan seorang pegawai dan 99 anggota tiba di
tempat kejadian.

Berlaku pergaduhan di dalam kuil antara kumpulan penganut agama Hindu dan
kumpulan lelaki Melayu yang menceroboh kawasan kuil.

Sebahagian daripada kumpulan lelaki Melayu dikesan melarikan diri dari kawasan
kuil.

Kumpulan penganut agama Hindu kemudian membakar beberapa kenderaan


dipercayai milik kumpulan lelaki yang menceroboh kawasan kuil.

4.38 pagi - Pasukan bomba menerima panggilan bantuan kebakaran.

5.03 pagi - Bomba tiba di tempat kejadian untuk mengawal kebakaran.


5.30 pagi - Pasukan FRU tiba di tempat kejadian dengan kekuatan dua pegawai dan
201 anggota.

Keadaan di sekitar kuil mulai terkawal dan keadaan kembali tenang.

Susulan pergaduhan ini, tiga lelaki Melayu dan tiga lelaki India tercedera manakala
seorang anggota polis turut cedera.

27 November

Awal pagi, dianggarkan 10,000 orang kaum India berkumpul di kawasan sekitar kuil.
Selain merusuh, beberapa kenderaan dibakar kumpulan ini.

Anggota bomba yang berada berhampiran kawasan kuil cuba memadam kebakaran
kerana rusuhan terhadap kenderaan milik bomba.

Seorang anggota bomba, Mohammad Adib Kassim dicederakan sekumpulan


individu tidak dikenali. Beliau mengalami kecederaan serius dan dibawa ke Subang
Jaya Medical Centre (SJMC) oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

Kumpulan perusuh bergerak ke pejabat One City Development Sdn Bhd dan
memecahkan dinding cermin bangunan, merosakkan peralatan dalam bilik pameran
serta membakar beberapa kenderaan.

You might also like