Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

KEM JATI DIRI PELAJAR


KOLEJ KOMUNITI PEKAN
TARIKH
28-30 MAC 2014
TEMPAT
KEM CENGAL
TAMAN PERTANIAN JUBLI PERAK
SULTAN HAJI AHMAD SHAH
KUANTAN, PAHANG

ANJURAN
UNIT HAL EHWAL PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI PEKAN
1.0 Pengenalan

Kem Jati Diri Pelajar Kolej Komuniti Pekan adalah program yang dianjurkan oleh Unit Hal
Ehwal Pelajar, Kolej komuniti Pekan. Program ini dianjurkan bagi membentuk sahsiah pelajar yang
baik. Selain itu, program ini bertujuan bagi membentuk kerjasama berpasukan yang baik di kalangan
pelajar walaupun mereka berlainan asal tempat tinggal dan bidang pengajian. Mereka juga dapat
mengenali dengan lebih rapat di antara mereka dan seterusnya mengeratkan silaturahim di antara
pelajar dan staf Kolej Komuniti Pekan. Sepanjang program ini, diselitkan pelbagai aktiviti seperti
aktiviti rekreasi, kerohanian dan latihan dalam kumpulan.

2.0 Objektif Program

a. Memberi pendedahan kepada pelajar Kolej Komuniti Pekan mengenai kepentingan


sahsiah sebagai seorang pelajar dan membentuk sahsiah yang baik di kalangan pelajar.
b. Memberi kesedaran kepada remaja tentang peranan dan aspek dalam kehidupan agar
melahirkan golongan yang dapat membantu dalam melahirkan sebuah negara yang maju.
c. Membentuk semangat kerja berpasukan di antara pelajar-pelajar.
d. Mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar dan staf Kolej Komuniti Pekan.

3.0 Tarikh Cadangan Program


28 – 30 Mac 2014 (Jumaat – Ahad)

4.0 Tempat Cadangan Program


Kem Cengal, Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Justifikasi Pemilihan Tempat:
Kem ini dipilih kerana mempunyai semua kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan
program ini. Selain itu, ILA yang berhampiran tidak mempunyai kemudahan bagi
melaksanakan program ini.

5.0 Kumpulan Sasaran


Semua Pelajar SKK(T) dan SKK(M) Ambilan Tahun 2013

6.0 Tentatif Program


Seperti di Lampiran 1

7.0 Anggaran Belanjawan


Seperti di Lampiran 2

8.0 Jawatankuasa Pelaksana


Seperti di Lampiran 3
9.0 Penutup

Amatlah diharapkan Kem Jati Diri Pelajar ini dapat membuka mata semua pelajar mengenai
kepentingan sahsiah dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Selain itu, program ini diharap
dapat menyatupadukan semua pelajar yang baru sahaja berkenalan antara satu sama lain kerana
mereka bekerjasama di bawah satu organisasi walaupun berbeza kursus pengajian. Program ini juga
diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua
pelajar sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh cabaran kehidupan hari ini yang
semakin mencabar.

Disediakan oleh,

………………………………… ……. Tarikh:


(NURUL AIMI BINTI MOHD AZHAM)
Penyelaras JPP
Kolej Komuniti Pekan

Disemak oleh,

…………………………………...... Tarikh:
(MUZAFAR BIN MAT YUSOF)
Peg Hal Ehwal Pelajar
Kolej Komuniti Pekan

Disokong oleh,

……………………………. Tarikh:
(DUSUKI BIN AHMED)
Ketua Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran
Kolej Komuniti Pekan

KELULUSAN OLEH PENGARAH

Keputusan: Lulus / Gagal / Lain-Lain


Ulasan:
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

…………………………………..…
(ABU BAKAR BIN MAT TAI, AAP)
Pengarah
Kolej Komuniti Pekan

Tarikh:
Lampiran 2

Anggaran Perbelanjaan

ANGGARAN PERBELANJAAN
Harga
Bil Perkara OS Kuantiti Seunit Jumlah(RM)
(RM)

Pakej Program 3 Hari 2 Malam di


Taman Pertanian Jubli Perak :

1 - Penginapan 42 45 orang 90 00 4050 00


- Sajian dan Jamuan
- Modul Latihan Luar dan Dalam
- Perunding Jurulatih
- Pelbagai Kemudahan lain

2 Makan minum urusetia 21 8 orang 30 00 240 00

3 Banner/Bunting 29 1 170 00 170 00

4 Tag Peserta / Urusetia - Sumber Dalaman

5 Buku Program / Pamplet - Sumber Dalaman

6 Sijil Penyertaan/Penghargaan - Sumber Dalaman

7 Pengangkutan 24 1 1,600 00 1,600 00

8 Air Mineral 25 10 12 00 120 00

9 Peralatan 27 500 00

JUMLAH BESAR 6,680 00


Lampiran 3

Jawatankuasa Pelaksana

Bil Jawatan Nama

En. Abu Bakar Bin Mat Tai, AAP


1. Penaung Pengarah
Kolej Komuniti Pekan, KPM
En Dusuki Bin Ahmed
Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran
Kolej Komuniti Pekan, KPM
2. Penasihat
Pn. Che Ariza Binti Che Kasim
Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Pekan, KPM
En Muzafar Bin Mat Yusof
3. Pengerusi / Pengurus Program Pegawai Pengambilan dan Hal Ehwal Pelajar
Kolej Komuniti Pekan, KPM
Pn Nurul Aimi Binti Mohd Azham
4. Setiausaha Penyelaras JPP
Kolej Komuniti Pekan, KPM
Cik Siti Khairun Naemah Binti Malik
5. Bendahari Penyelaras Kewangan I
Kolej Komuniti Pekan, KPM
Ahli Jawatankuasa
Pn.Zuraini Binti Abdul Shaer
En. Md Shafiq Khairil Bin Ismail
JK Aktiviti Pn. Yusnita Binti Abd Rahman
En. Zulkefli Bin Mohamad
En Mohammad Hisyam Bin Wahab
JK Majlis Penutup / Jemputan / Cik Siti Khairun Naemah Binti Malik
Protokol En. Badrol Adzem Bin Ahmad

JK Persiapan Tempat / Logistik / Pn. Nurul Asmidar Binti Mustafar


Penginapan Pn Nurul Aimi Binti Mohd Azham

JK Keselamatan / Kecemasan En. Faizul Syahidan Bin Rajuli

JK Publisiti & Fotografi En Mohammad Ridhwan Bin Nordin

JK Pengangkutan En Mohd Nazli Bin Talib


Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM
KEM JATI DIRI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PEKAN

28 MAC 2014, JUMAAT

MASA TENTATIF

03.00 ptg Bertolak ke Kem Cengal

04.00 ptg Dijangka tiba di Kem Cengal

04.15 ptg Taklimat peserta oleh Urusetia

04.30 ptg Solat Asar

05.00 ptg Persiapan Tempat / Minum Petang

06.00 ptg Persiapan Kendiri

06.45 ptg Makan malam

07.30 mlm Solat Maghrib / Kuliah / Solat Isya’

09.00 mlm LDK 1

11.00 mlm Minum malam

11.30 mlm Tidur

29 MAC 2014, SABTU

MASA TENTATIF

03.30 pagi LDK 2 – Qiamulail

05.30 pagi Solat Subuh / Kuliah Subuh

07.00 pagi Senaman pagi / sarapan pagi / persiapan diri

09.00 pagi LDK 3

12.30 tgh Makan tengahari / Rehat / Solat Zuhur

02.30 ptg Sambungan LDK 4

04.00 ptg Minum petang / Solat Asar

05.00 ptg LDK 5


06.30 ptg Persiapan kendiri

07.00 mlm Makan malam

07.30 mlm Solat Maghrib / Kuliah / Solat Isya’

09.00 mlm LDK 6

11.00 mlm Minum malam

30 MAC 2014, AHAD

MASA TENTATIF

12.00 pagi LDK 7

05.30 pagi Solat Subuh / Kuliah Subuh

07.00 pagi Sarapan pagi

08.00 pagi LDK 8- Rumusan

09.30 pagi Persiapan / Pembersihan Kawasan

10.00 pagi Upacara Penutup oleh:


Pengarah Kolej Komuniti Pekan

11.00 pagi Makan tengahari

12.00 tgh Bertolak pulang

You might also like