Bab 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BAB 3

METODOLOGI

3.0 Pendahuluan

Dalam bab ini akan membincangkan mengenai metod kajian serta proses-proses

yang berlaku semasa kajian dijalankan. Perbincangan ini menumpukan kepada

aspek-aspek seperti reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, kaedah

persampelan, lokasi kajian, instrumen kajian, tatacara kajian serta analisis data juga

turut dibincangkan dalam bab ini. Semua metod yang digunakan bertujuan untuk

mendapatkan data yang sah dan boleh dipercayai. Metod kajian ini juga digunakan

bagi memastikan setiap objektif kajian dapat dicapai.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut

berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan

rangakaian hubungan antara pembolehubah – pembolehubah yang terlibat dalam

sesuatu kajian. Oleh itu, reka bentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini

adalah reka bentuk kajian kuantitatif kajian tinjauan. Soal selidik telah diedarkan
oleh pengkaji kepada setiap responden yang terlibat. Menurut Creswell (2014) reka

bentuk kajian tinjauan digunakan untuk melihat tingkah laku atau pandangan

keseluruhan populasi berdasarkan sampel kajian. Chua (2014) pula menyatakan

kajian tinjauan dilakukan dengan memberi soal selidik kepada sampel untuk dijawab

dengan menggunakan pensel atau pen dan kertas.

Kajian ini adalah merupakan satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji untuk

melihat sejauhmana hubungan antara penghargaan kendiri dan kesihatan mental

dalam kalangan anak yatim di Rumah Kanak-Kanak Rembau (Taman Seri Puteri)

Negeri Sembilan. Data-data dalam kajian ini dikumpul dengan menggunakan borang

soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji. Terdapat dua jenis soal selidik yang

digunakan oleh pengkaji iaitu soal selidik Skala Penghargaan Kendiri Rosenberg

(RSES) dan soal selidik Saringan Status Kesihatan Mental (SSKM).

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

3.2.1 Populasi Kajian

Populasi adalah merupakan jumlah keseluruhan objek, individu, item atau ukuran

yang terlibat dalam sesuatu kajian. Menurut Gay dan Airasian (2003), populasi

adalah merupakan kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil

kajian akan digeneralisasikan. Populasi yang dipilih oleh pengkaji adalah anak yatim

di Rumah Kanak-Kanak Rembau (Taman Seri Puteri) Negeri Sembilan dengan

seramai 80 orang penghuni kanak-kanak perempuan yang berusia 13 hingga 17

tahun.

22
3.2.2 Sampel kajian

Manakala, sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kepada kaedah yang ingin

digunakan oleh pengkaji (Krejcie dan Morgan, 1970). Sampel kajian bergantung

kepada objek yang hendak dikaji. Ini bermakna sampel kajian adalah responden yang

telah dipilih mewakili sesuatu populasi dalam menjalankan kajian yang ingin dikaji.

Sampel kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah terdiri seramai 66 orang responden

yang terdiri daripada penghuni di Rumah Kanak-Kanak Rembau (Taman Seri Puteri)

Negeri Sembilan.

Jadual 3.1 Jadual penentuan saiz sampel Krejeie dan Morgan (1970) bagi aras

signifikan k < .05

Populasi Sampel Populasi Sampel


10 10 1000 278
100 80 2000 322
400 196 3500 346
700 248 10000 370

Pemilihan sampel kajian ini adalah berdasarkan jadual pengiraan Krejcie dan

Morgan (1970). Saiz sampel yang telah dipilih ini adalah bersesuaian dengan saiz

populasi yang telah ditetapkan di dalam jadual tersebut.

23
3.3 Kaedah Persampelan

Persampelan adalah bermaksud pemilihan satu kumpulan atau populasi seperti

institusi atau tempat yang ingin dikaji oleh pengkaji. Menurut Mohd Majid Konting

(1998), sampel yang dipilih sekurang-kurangnya mempunyai sifat yang sama dengan

populasi dalam penyelidikan. Pengkaji telah. Kaedah persampelan yang digunakan

oleh pengkaji ialah persampelan rawak mudah (simple random sampling) dimana

pengkaji akan gunakan terhadap anak-anak yatim di sekitar Rembau, Negeri

Sembilan. Kaedah ini akan memberi faedah iaitu memberi peluang yang sama

kepada populasi untuk menjadi responden kajian. Seterusnya, proses ini juga akan

memudahkan sampel dalam populasi untuk mendapatkan maklumat yang dipercayai.

3.4 Lokasi Kajian

Pada awal kajian, pengkaji ingin menjalankan kajian di lima buah rumah dan pusat

anak yatim di sekitar Seremban, Negeri Sembilan. Akan tetapi, atas faktor masa dan

respon bagi kebenaran memasukan rumah dan pusat anak yatim tersebut. Selain itu,

hanya 2 buah rumah Sahaja yang memberikan respon dan bantuan dari awal

sehingga proses mengedarkan data. Pengkaji gagal mendapatkan sebarang respon

dari tiga buah rumah anka yatim yang lain walaupun telah menghubungi melalui

telefon dan email rasmi.

Setelah perbincangan bersama penyelia, pengkaji telah mengubah lokasi

kajian di Rumah Kanak-Kanak Rembau, Negeri Sembilan dengan kerjasama serta

24
sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya, lokasi kajian yang

dijalankan ini bersesuaian dengan objektif kajian dan berdasarkan pada pernyataan

masalah yang dinyatakan.

3.5 Intrumen Kajian

Bagi instrumen kajian ini pengkaji menggunakan borang soal selidik dalam

mendapatakan maklumat dan data yang telah dijawab. Pengkaji menyediakan soal

selidik yang mempunyai 3 bahagian iaitu A, B dan C.

3.5.1 Bahagian A : Demografi

Bagi bahagian A mengandungi latar belakang responden bagi kajian ini. Pengkaji

membina soalan mengikut kesesuaian responden untuk mendapatkan data dan

maklumat responden secara terperinci. Ia merangkumi soalan-soalan seperti umur,

bangsa dan tempoh penempatan di rumah kanak-kanak tersebut.

3.5.2 Bahagian B : Skala Penghargaan Kendiri Rosernberg (RSES)

Skala Penghargaan Kendiri Rosenberg (RSES) yang dibina oleh Dr. Florerence

Rosenberg iaitu profesor psikologi di Universiti Marylang pada tahun 1975 sehingga

1992. Beliau telah mencipta beberapa soalan untuk mengukur penghargaan kendiri

(self-esteem) dalam kalangan pelajar dan RSES ini dibina pada tahun 1965 meliputi

responden seramai 5024 orang pelajar dari 10 buah sekolah yang diambil secara

rawak di New York. Skala ini diberi nama Skala Guttman.

25
RSES mengandungi 10 item yang berkaitan dengan keseluruhan penilaian

kendiri mengenai penghargaan diri atau penerimaan diri. Masa yang diperuntukkan

untuk melengkapkan RSES ialah dua sehingga tiga minit. Format RSES adalah

berbentuk skala likert iaitu terbahagi kepada empat skala yang terdiri daripada

setuju, sangat setuju, sangat tidak setuju dan juga tidak setuju. Item-item dalam

RSES boleh dikategorikan kepada dua iaitu item positif dan item negatif iaitu item

1,2,4,6 dan 7 ialah item positif dan 3,5,8,9 dan 10 adalah item negatif. Oleh itu,

penyelidik perlu menerangkan atau memastikan bahawa responden memahami

bagaimana hendak memberi respons kepada soalan-soalan tersebut.

Jadual 3.2 Penjelasan Skor Markah (RSES)

Item Skala

1,2,4,6,7 Sangat setuju = 3, Setuju = 2, Tidak setuju = 1, Sangat tidak setuju = 0

3,5,8,9,10 Sangat setuju = 0, Setuju = 1, Tidak Setuju = 2, Sangat tidak setuju = 3

3.5.3 Bahagian C : Saringan Status Kesihatan Mental (SSKM)

SSKM adalah sebuah alat saringan kesihatan mental. Dalam proses penciptaan, alat

ini telah menunujukkan kebolehannya untuk mengesan kes-kes masalah emosi,

kebimbangan dan gangguan psikosis.

Jadual 3.3 Penjelasan Skor Markah (SSKM)

Setiap soalan mempunyai 4 pilihan jawapan. Setiap pilihan diberi mata seperti yang

berikut :

26
Soalan 0 1 2 3
Tiada kadang-kadang kerap sentiasa
3.6 Kebolehpercayaan dan Kesahan Instrumen Kajian

Kepercayaan bagi alat ukuran membawa maksud sejauh mana alat tersebut

mengukur dan yang sepatutnya hendak diukur (Mohd Majid, 2005). Manakala

Anastasi (1982) pula berpendapat bahawa kebolehpercayaan dan kesahan merupakan

perkara yang penting dan perlu wujud dalam alat ukuran kerana ia menggambarkan

sejauhmana sesuatu alat ukuran itu dapat dipercayai dalam menyediakan maklumat

yang kukuh dan jelas.

Menurut Nunally (1978) dan Carmines dan Zeller (1979), tahap yang boleh

diterima bagi ‘Cronbach Alpha’ adalah melebihi α = >.70. Piawaian yang digunakan

untuk mentakrifkan aras kebolehpercayaan alat ukuran dengan merujuk pada

Konting et al. (2003) bahawa takrifan koefisien alpha (α) dalam uji kesahan alat item

adalah seperti berikut :

Jadual 3.4 : Aras Kebolehpercayaan Alat Ukuran

α = 0.91 hingga 1 (Sangat baik)


α = 0.81 hingga 0.90 (Baik)
α = 0.71 hingga 0.80 (Baik dan diterima)
α = 0.61 hingga 0.70 (diterima)
α = 0.01 hingga 0.60 (Sangat lemah)

Oleh yang demikian, pengkaji mengukuhkan lagi dengan menyediakan nilai

kebolehpercayaan yang menggunakan instrumen yang sama pada kajian-kajian lepas

seperti di dalam jadual berikut :

27
Jadual 3.5 : Keputusan Kajian Lepas

Alat Ujian Nama Pengkaji Pekali alpha α

Demografi -

Skala Penghargaan Kendiri Doron et al., (2013) .86


Rosernberg (RSES)
Iancu et al., (2014) .93

Marcotte et al., (2014) .88

Saringan Status Kesihatan Lim, Singh, Cheah, Seow, .89


Mental (SSKM) dan Oei (2011)

Berdasarkan jadual di atas, bagi alat ujian RSES ini, dimana ia

kebanyakannya digunakan berikutan kajian lepas yang melaporkan nilai

kebolehpercayaan yang agak tinggi iaitu kajian Doron et al., (2013)

menunjukkan nilai kebolehpercayaan bagi alat ujian ini adalah α = 0.88.

Manakala, kajian Iancu et al., (2014) memperoleh nilai α = 0.93. Kajian

Marcotte et al., (2014) pula memperlihatkan nilai alfa Cronbach bagi alat ujian ini

adalah 0.86. Kajian - kajian ini jelas menunjukkan bahawa alat ujian ini mempunyai

nilai kebolehpercayaan yang tinggi.

Seterusnya bagi alat ujian Saringan Status Kesihatan Mental (SSKM) adalah

alat ukuran yang disahkan untuk mengesan status kesihatan mental individu seperti

kemurungan, kebimbangan dan gangguan psikotik. Lim, Singh, Cheah, Seow, dan

Oei (2011) mendapati bahawa skala 20-item mempunyai kebolehpercayaan dalaman

yang mencukupi dengan nilai alpha Cronbach adalah 0.89.

28
3.7 Tatacara Kajian

Pengkaji telah melalui beberapa proses semasa ingin menjalankan kajian terhadap

penghuni di Rumah Kanak – Kanak Rembau, Negeri Sembilan. Terdapat tujuh

proses yang dilalui oleh pengkaji yang boleh digambarkan berdasarkan kepada rajah

1.2. Rajah 1.2 di bawah menunjukkan proses yang dilalui di dalam kajian.

Menghubungi lima buah rumah anak yatim sekitar


Seremban, negeri Sembilan (21 April 2023)

Menghantar emel bagi kebenaran menjalankan kajian


kepada penghuni (29 April 2023)

Permohonan kebenaran menjalani kajian Jabatan Kebajikan


Masyarakat (1 Jun 2023)

Kelulusan menjalani kajian di Rumah Kanak-Kanak


Rembau, Negeri Sembilan (31 Julai 2023)

Perbincangan bersama penyelia (1 Ogos 2023)

Mengedar Borang Soal Selidik (2 Ogos 2023)

Kutip dan kumpul data responden (7 Ogos 2023)

29
Rajah 2 : Proses Kajian

Proses pertama yang dilalui oleh pengkaji selepas perbincangan bersama penyelia

ialah mendapatkan data-data dan nombor telefon untuk menghubungi lima buah

rumah anka yatim sekitar Seremban bagi tujuan perancangan perjalanan, masa dan

menilai kesesuaian tempat kajian. Proses tersebut dijalankan selama seminggu

bermula 21 April 2023 hingga 28 April 2023.

Seterusnya, setelah pengkaji dapat beberapa respon daripada lima buah

rumah hanya dua buah rumah sahaja yang memberi respon dan kerjasama. Maka

pengkaji menghantar surat kebenaran menjalani kajian di dua buah rumah tersebut

melalui emel. Namun, tiada respon diberikan selepas emel dihantar pada 29 April

2023. Kemudian pengkaji mencari alternatif lain untuk menyiapkan kajian ini

dengan memohon kebenaran di Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Sembilan untuk

menjalani kajian di Rumah Kanak – Kanak Rembau. Seperti yang dijelaskan oleh

pegawai JKM yang bertugas di rumah tersebut, penghuni merupakan perempuan

yang berusia 13 hingga 17 tahun dan dibawah perintah mahkamah atas beberapa kes

seperti masalah seks, dadah dan lain-lain. Permohonan ini telah dijalankan pada 1

Jun 2023.

Selepas permohonan di buat, pengkaji sentiasa menghubungi pihak JKM bagi

memberikan respon segera dan akhirnya mendapat kelulusan pada 31 Julai 2023.

Kemudian, pengkaji berjumpa semula dengan penyelia projek penyelidikan ini bagi

30
membincangkan cara terbaik untuk edaran borang soal selidik, menyemak item-item

pada borang tersebut. Perjumpaan tersebut dijalan pada 1 Ogos 2023.

Selesai perbincangan bersama penyelia, pengkaji mengedarkan soal selidik

dengan bantuan pegawai JKM sendiri yang banyak membantu dalam mencetak,

mengedar dan mengumpul semula borang selidik tersebut. Edaran borang soal

selidik dijalankan pada 2 Ogos 2023 dan telah dikumpul pada 7 Ogos 2023.

Selanjutnya, setelah menganalisis data, penyelidik menulis laporan berkenaan

dapatan kajian yang diperolehi serta membuat cadangan terhadap penyelidikan yang

telah dilaksanakan.

3.8 Kaedah Analisis Data

Bil Objektif Kajian Jenis Analisis

1. Mengenalpasti hubungan di antara penghargaan Korelasi Pearson


kendiri dan kesihatan mental dalam kalangan
anak yatim.

2. Mengenalpasti perbezaan kesihatan mental Ujian Anova Sehala


berdasarkan faktor umur.

3. Mengenalpasti perbezaan kesihatan mental Ujian Anova Sehala


berdasarkan bangsa.

4. Mengenalpasti perbezaan kesihatan mental Ujian Anova Sehala


berdasarkan tempoh penempatan.

Analisis data kajian adalah menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Pengkaji

akan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) bagi

tujuan analisis data. Analisis deskriptif dan inferensi akan digunakan di dalam kajian

ini. Analisis data secara terperinci dapat dilihat di dalam jadual berikut :

31
Jadual 3.6 : Analisis Data Kajian Berdasarkan Objektif

3.9 Kesimpulan

Bab ini telah menerangkan mengenai metodologi kajian yang dijalankan dengan

lebih terperinci. Bab ini turut merangkumi penerangan berkaitan dengan populasi,

sampel kajian, tempat kajian, kaedah persampelan, instrument kajian,

kebolehpercayaan dan kesahan instrument kajian, tatacara kajian dan kaedah analisis

data. Di dalam bab seterusnya iaitu bab keempat, pengkaji akan membincangkan

mengenai hasil keputusan kajian yang bersesuaian dengan objektif yang telah

dinyatakan di dalam bab sebelum ini.

32

You might also like