Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1, KUALA KRAI, KELANTAN

NAMA GURU PELATIH: MOHAMMAD DANIAL ASLAM BIN MOHD ASRI


NAMA GURU PEMBIMBING: PUAN ROSMARIZA BINTI ZAKARIA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Subjek : Fizik
Kelas : 4 Sains
Tarikh : 1 Ogos 2021
Hari : Ahad
Masa : 8.00 a.m. – 9.30 a.m. (Secara online)
Bilangan Pelajar : 29
Fokus Pembelajaran : Gelombang, Cahaya dan Optik
Standard Kandungan : 5.4 Pembiasan Gelombang
Standard Pembelajaran : 5.4.1 Menghuraikan pembiasan gelombang dari aspek:
(i)sudut tuju, i
(ii)sudut pantulan, r
(iii)panjang gelombang, λ
(iv)frekuensi, f
(v)laju, v
(vi)arah perambatan gelombang
5.4.2 Melukis gambar rajah untuk menunjukkan
pembiasan gelombang bagi dua kedalaman yang berbeza.
5.4.3 Menjelaskan fenomena semula jadi akibat pembiasan
gelombang dalam kehidupan harian.
5.4.4 Menyelesaikan masalah melibatkan pembiasan
gelombang.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, seramai 29 pelajar boleh:

A. Menguasai Kandungan Pelajaran:


1. Menghuraikan kesemua komponen pembiasan
gelombang dari aspek yang dinyatakan dengan tepat.
2. Melukis gambar rajah untuk menunjukkan pembiasan
gelombang bagi kedua kedalaman yang berbeza
dengan betul
3. Menerangkan secara lisan aplikasi pembiasan
gelombang dalam kehidupan seharian dengan tepat.
4. Menyelesaikan 3 masalah melibatkan pembiasan
gelombang menggunakan teknik ISEE dengan tepat.

B. Membina Kemahiran Saintifik/KBSB


1. Menjalankan aktiviti pembiasan gelombang
bagi gelombang air satah dengan menggunakan
tangki riak. Membincangkan pembiasan
gelombang adalah disebabkan oleh perubahan
halaju gelombang apabila merambat melalui
dua medium berbeza ketumpatan atau
kedalaman.
2. Membincangkan termasuk melukis rajah
pembiasan gelombang air satah yang merambat
pada satu sudut tuju tertentu bagi dua
kedalaman yang berbeza.
3. Membincangkan fenomena semula jadi akibat
pembiasan gelombang seperti:
• bunyi kedengaran lebih jelas pada waktu
malam berbanding dengan waktu siang.
• perubahan bentuk muka gelombang air laut
mengikut bentuk pantai.

C. Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni.


1. Bersedia menerima teguran dan cabaran.
2. Ketekunan.

Konsep Saintifik : (i)Pembiasan gelombang ialah perubahan arah perambatan


gelombang yang disebabkan oleh perubahan halaju
gelombang apabila gelombang itu merambat dari satu
medium ke medium yang lain.
Strategi/Kaedah Utama PdPr : Multimedia, simulasi dan perbincangan (Aplikasi
Whatsapp), kuiz
Sumber bahan PdPr : 1. Modul Latihan
2. Video
3. Aplikasi Whatsapp
4. Kuiz
5. Nota slaid
Langkah berjaga-jaga : Tiada
Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mempelajari tentang subtopik Asas
Gelombang pada pembelajaran yang lepas.
Fasa Kandungan Aktiviti Nota
Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar
Pengenalan/Cungkil 1. Imbas kembali: 1. Pelajar diajukan soalan 1. Pelajar mengimbas kembali Strategi/Kaedah:
POE
Idea • Definisi oleh guru untuk pengajaran lepas.
(5 minit) fenomena pembiasan mengimbas kembali 2. Pelajar berfikir mengenai
Bahan: Gambar (nota
• Sudut tuju, sudut pembelajaran sebelumnya. gambar tersebut dan
slaid)
pantulan dan garis 2. Pelajar dipaparkan gambar memberi respon kepada
normal dan diminta untuk berfikir guru.
• Panjang gelombang, mengenai gambar tersebut. 3. Pelajar mendengar
Frekuensi 3. Pelajar diterangkan tentang penerangan oleh guru
gelombang dan konsep pembiasan cahaya. tentang konsep pembiasan
halaju gelombang. cahaya.
2. Pengenalan kepada
pembiasan gelombang.
Penstrukturan Idea 1. Pantulan ialah perubahan 1. Pelajar akan diberikan nota 1. Pelajar memuat turun nota
Strategi/Kaedah:
arah perambatan slaid berkenaan subtopik slaid melalui Aplikasi
Penerangan
gelombang apabila suatu Pantulan Gelombang Whatsapp berdasarkan nota
slaid, multimedia,
gelombang terkena pada 2. Guru menerangkan tentang 2. Pelajar mendengar dan
simulasi
halangan. pantulan cahaya berdasarkan memahami tentang
slaid komponen pantulan
Bahan: Nota slaid,
gelombang yang diterangkan video, simulasi
2. Pantulan gelombang 3. Guru memaparkan simulasi 3. Pelajar memerhati dan Video: Pautan Video
mempunyai ciri-ciri iaitu: pantulan cahaya kepada memahami konsep pantulan
- pelajar (Falstad) gelombang bersadarkan Simulasi: Pautan
✓ Panjang 4. Guru juga akan simulasi yang ditunjukkan
gelombang sama. menayangkan video ringkas 4. Pelajar juga melihat dan
✓ Frekuensi tentang pantulan gelombang memahami berdasarkan
gelombang sama video yang ditujukkan.
✓ Kelajuan
gelombang sama
✓ Sudut tuju, i =
sudut pantulan, r.
Aplikasi Pantulan dalam gelombang 1. Menerangkan aplikasi 1. Pelajar menjawab soalan
digunakan dalam aplikasi: pantulan gelombang dalam yang diberikan
-Telekomukasi kehidupan sebenar. 2. Pelajar menyemak jawapan
-Perubatan 2. Mengarahkan pelajar untuk dengan guru.
-Perikanan menjawab soalan
-Cari gali minyak berdasarkan modul
berdasarkan nota slaid dan
buku teks
Refleksi 1. Guru akan memberikan 1. Pelajar membuka link Penilaian: Kuiz atas
talian.
pautan (link) kepada kuiz yang diberikan
pelajar untuk menjawab oleh guru
kuiz 2. Pelajar menjawab
soalan kuiz dalam masa
yang ditetapkan

Refleksi Guru Pelatih:


• Kehadiran murid secara atas talian (Google Meet): 19/29
• Bagi murid yang tidak dapat menyertai Google Meet, Nota tambahan dan Latihan Pengukuhan diberikan sebagai pengajaran secara tidak
segerak melalui aplikasi Whatsapp untuk kelas hari ini.
• Kehadiran keseluruhan adalah penuh iaitu 29/29.
• Secara keseluruhannya, terdapat 4 objektif pengajaran yang digariskan di awal PdPr.
• Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, semua murid yang menyertai pembelajaran atas talian akan memperkukuhkan pemahaman mereka
melalui penyertaan Kuiz secara tidak langsung dapat mewujudkan persaingan antara mereka.
• Murid yang meyertai pembelajaran secara tidak segerak pula akan memperkukuhkan pemahaman mereka melalui Latihan pengukuhan
yang diberikan.
• Secara keseluruhannya, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya.

You might also like