Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TUGASAN PBL (PROJECT BASED LEARNING)

KIMIA KSSM TINGKATAN 4


2023

Tema 1. Asas Kimia


2. Interaksi Antara Jirim
Bidang pembelajaran Bab 5 : Sebatian Kimia
Bab 6 : Asid, Bes dan Garam
Standard Kandungan 5.7 Sebatian Ion dan Sebatian Kovalen
6.8 Garam, Hablur dan Kegunaan dalam Kehidupan
Harian
Standard Pembelajaran 5.7.2 Menjelaskan dengan contoh kegunaan
sebatian ion dan sebatian kovalen dalam
kehidupan harian.
6.1.3 Mengeksperimen untuk mengkaji peranan
air dalam menunjukkan sifat asid dan alkali.
6.8.3 Memberi contoh garam serta kegunaannya
dalam kehidupan harian.
Tajuk projek Penggunaan Garam, Gula dan Asid dalam Pembuatan
Jeruk Buah-buahan / Jeruk Sayur-sayuran.
Tempoh Pelaksanaan 26 Ogos – 3 September 2020 (9 hari)
Tarikh hantar video Tarikh akhir penghantaran video: 4 September 2023
Sila hantar link video kepada guru subjek kimia masing-
masing
Tarikh hantar produk 4 – 8 September 2023
Kumpulan sasaran

1
Pengenalan:

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan antara makanan yang memainkan


peranan penting dalam kehidupan seharian. Buah-buahan dan sayur-sayuran bertindak
sebagai serat dan sumber vitamin terhadap tubuh badan kita. Namun, buah-buahan
dan sayur-sayuran tidak dapat bertahan lama dan akan mudah rosak apabila mencapai
tempoh masa tertentu. Salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan
buah-buahan dan sayur-sayuran dapat disimpan dengan lebih lama adalah dengan
cara menjeruk buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut. Tahukah anda bahawa
proses penjerukan atau pembuatan jeruk melibatkan bahan-bahan kimia dan proses
kimia?

Objektif Projek:

Memahami dan menghargai kepentingan kegunaan bahan kimia dalam kehidupan


seharian, terutamanya melibatkan sebatian ion serta sebatian kovalen.

Arahan untuk Melaksanakan Tugasan:

1. Semua murid tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Kimia dikehendaki


untuk membuat satu tugasan PBL iaitu menyediakan jeruk
buah-buahan/sayur-sayuran dan menyediakan laporan dalam bentuk video.
2. Projek ini dijalankan secara individu.
3. Setiap murid bebas memilih buah-buahansayur-sayuran yang ingin
digunakan serta bahan-bahan untuk membuat jeruk, namun bahan utama
pembuatan jeruk mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 3 bahan asas
iaitu cuka (asid etanoik), garam dan gula. Jenis bahan lain yang ditambah
adalah bebas.
4. Tempoh melaksanakan tugasan selama 9 hari, iaitu bermula pada
26 Ogos – 3 September 2023. Hasil projek dan video perlu dihantar kepada
guru subjek kimia masing- masing.

2
TUGASAN PROJEK :
1. Tugasan adalah secara individu
2. Murid menghasilkan satu video berdurasi tidak lebih melebihi 7 minit mengikut format
berikut :
 Butiran peribadi:

(a) Logo dan nama Sekolah

(b) Tajuk Projek

(c) Nama murid

(d) Kelas:

(e) Subjek : Kimia KSSM


(f ) Nama Guru Kimia

 Pengenalan dan objektif projek


 Senarai bahan dan alat radas yang digunakan
 Prosedur penghasilan jeruk (berserta gambar foto) serta langkah berjaga-jaga
 Perbincangan (menjawab soalan perbincangan yang diberikan oleh guru).
 Sumber Rujukan (cth : Buku teks, buku rujukan, internet (nyatakan link)

3. Persembahan pelajar boleh disediakan mengikut program/aplikasi yang bersesuaian


4. Aplikasi tik tok TIDAK dibenarkan.

3
Soalan Perbincangan (20 markah) :

1. Berikan definisi asid dan garam. (2 markah)


2. Nyatakan nama kimia dan formula kimia bagi cuka dan garam yang digunakan.
(2 markah)
3. Apakah jenis sebatian bagi cuka, garam dan gula? (2 markah)
4. Apakah fungsi setiap bahan berikut dalam penghasilan jeruk:
i) Cuka
ii) Garam
iii) Gula
(2 markah)
5. Selain daripada garam yang anda namakan di soalan 2, senaraikan garam lain
serta kegunaannya yang anda ketahui digunakan dalam kehidupan seharian.
(4 markah)
6. Cuka adalah merupakan sejenis asid lemah. Pada pendapat anda, mengapakah
asid lemah digunakan dalam pembuatan jeruk dan masakan harian? Sekiranya
cuka digantikan dengan asid kuat seperti asid hidroklorik, ramalkan kesannya
terhadap jeruk yang dihasilkan. (4 markah)
7. Makanan yang dijeruk mempunyai banyak kelebihan dan boleh dimakan selalu.
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? Berikan justifikasi anda.
(4 markah)

SEKIAN, TERIMA KASIH

4
5

You might also like