Surat Perjanjian Jual Beli Tanah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH 

 
PERJANJIAN JUAL BELI INI DIBUAT PADA HARI……..BULAN……..TAHUN…… 
DI ANTARA 
  
PIHAK PERTAMA 
  
Nama : ————————————————— 
No. K/P : ———————————————— 
Pekerjaan : ——————————————— 
Alamat : ———————————————— 
No. Tel : ———————————————— 
Dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK PERTAMA) 
  
DAN 
PIHAK KEDUA 
Nama : ————————————————— 
No. K/P : ———————————————— 
Pekerjaan : ——————————————— 
Alamat : ———————————————— 
No. Tel : ———————————————— 
Yang dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK KEDUA) 
  
PIHAK PERTAMA dengan ini berjanji untuk menjual kepada PIHAK KEDUA dan
PIHAK KEDUA juga berjanji dengan menyatakan serta mengikatkan diri untuk
membeli hartanah dari PIHAK PERTAMA yang berupa petak rumah bangunan
hakmilik strata yang terletak di atasnya, dengan perincian sebagai berikut: 
Luas keseluruhan rumah :- 
Alamat rumah :- 
Pemaju :- 
Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan surat ikatan perjanjian
jual – beli dimana syarat dan ketentuannya diatur mengikut ‘10 perkara’
seperti di bawah ini: 
  
Perkara 1 > HARGA 
Jual beli rumah tersebut dilakukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak
dengan ketentuan harga sebanyak berikut:- RM25,000.00 (dalam perkataan :-
Ringgit Malaysia Dua puluh lima ribu ringgit sahaja) 
  
Perkara 2 > CARA PEMBAYARAN 
PIHAK KEDUA akan membayar kepada PIHAK PERTAMA untuk petak rumah
yang dibelinya secara tunai iaitu sebanyak RM5,000 (dalam perkataan:- Ringgit
Malaysia Lima Ribu Ringgit sahaja) sebagai sejumlah bayaran untuk deposit
setelah Surat Perjanjian ini ditandatangani. 
  
Perkara 3 >  BAKI BAYARAN 
PIHAK KEDUA akan menjelaskan baki bayaran sebanyak RM20,000 (dalam
perkataan:- Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Ringgit sahaja) lagi sebaik
borang Pindah Milik Tanah, (Borang 14A) ditandatangani. 
  
Perkara 4 > JAMINAN DAN SAKSI 
PIHAK PERTAMA menjamin sepenuhnya bahawa tanah dan bangunan rumah
yang dijualnya adalah benar-benar milik atau hak PIHAK PERTAMA sendiri dan
tidak ada orang atau pihak lain yang turut mempunyai hak, bebas dari sitaan,
tidak tersangkut dalam suatu perkara atau sengketa, hak kepemilikannya tidak
sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan atau digadaikan kepada orang
atau pihak lain dengan cara bagaimanapun juga, dan tidak sedang atau telah
dijual kepada orang atau pihak lain. Jaminan dari PIHAK PERTAMA akan
diperkuatkan oleh seorang saksi yang akan turut menandatangani Surat
Perjanjian ini sebagai saksi bagi PIHAK PERTAMA. 
  
Butiran saksi tersebut adalah seperti berikut :- 
  
Nama Saksi : 
No. K/P : 
Pekerjaan : 
Alamat lengkap : 
Hubungan : 
  
Perkara 5 > PENYERAHAN 
PIHAK PERTAMA berjanji serta mengikatkan diri untuk menyerahkan petak
rumah tersebut di atas dalam keadaan kosong beserta kunci-kuncinya kepada
PIHAK KEDUA setelah PIHAK KEDUA melangsaikan keseluruhan bayaran. 
  
Perkara 6 > STATUS KEPEMILIKAN 
Mulai dari tarikh Surat Perjanjian ini ditandatangani maka tanah dan bangunan
rumah tersebut di atas beserta segala keuntungan mahupun kerugiannya
sepenuhnya menjadi hak milik PIHAK KEDUA. 
  
Perkara 7 >  PROSES PINDAH MILIK 
PIHAK PERTAMA wajib membantu PIHAK KEDUA dalam proses pindahmilik
borang 14A dan atas kepemilikan hak tanah dan bangunan rumah tersebut
dalam hal pengurusan yang bersangkutan dengan badan atau jabatan-jabatan
yang terkait, memberikan keterangan-keterangan serta menandatangani
surat-surat yang berkaitan tukar nama atau proses pindah milik tanah dari
PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA. Segala kos pembiayaan yang
berhubungan dengan proses pindahmilik nama di atas geran rumah dari
PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK
KEDUA. 
  
Perkara 8 > PENGESAHAN PERJANJIAN 
Perjanjian ini tidak akan berakhir walaupun PIHAK PERTAMA meninggal dunia,
atau kerana sebab apapun juga. Dalam keadaan sedemikian maka para ahli
waris atau pengganti PIHAK PERTAMA wajib mentaati ketentuan yang
termaktub dalam perjanjian ini serta meneruskan perlaksanaan proses Pindah
Milik Tanah bagi petak ini kepada PIHAK KEDUA. 
  
Perkara 9 > HAL-HAL LAIN 
Hal-hal lain yang belum termaktub di dalam perjanjian ini perlu dibicarakan
serta diselesaikan secara kekeluargaan melalui perbincangan bersama oleh
kedua belah pihak. Masing-masing perlu memberikan kerjasama sepenuhnya
untuk menyelesaikan sebarang masalah. 
  
Perkaral 10 > PENUTUP 
Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh
kedua-dua belah pihak dengan dihadiri saksi-saksi yang dikenali oleh kedua-
dua belah pihak dihadapan pesuruhjaya sumpah serta ditandatangani kedua
belah pihak dalam keadaan sedar serta tanpa adanya paksaan atau tekanan
dari mana – mana pihak. 
  
PIHAK PERTAMA 
( PENJUAL ) 
[ ———————————- ] 
Nama: 
No KP: 
  
PIHAK KEDUA 
( PEMBELI ) 
[ ———————————- ] 
Nama: 
No KP: 
  
SAKSI PIHAK PERTAMA : 
  
[ ———————————- ] 
Nama: 
No KP: 
  
  
SAKSI PIHAK KEDUA : 
  
  
[ ———————————- ] 
Nama: 
No KP: 
  
  
  
  
Dihadapan Saya, 
  
…………………………………………. 
KETUA KAMPUNG 

You might also like