Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 55

GB5222

Psikologi Pendidikan
DPLI 2023
Pengurusan bilik darjah
Rangka kuliah

• Pengenalan
• Persekitaran pembelajaran
• Pengurusan bilik darjah
• Pengurusan Pengajaran
• Tindak balas kepada tingkahlaku yang diingini
• Tingkahlaku yang tidak diingini
• Matlamat pengurusan bilik darjah
• Prinsip dan perancangan pengurusan bilik darjah
• Jenis-jenis bilik pembelajaran
• Strategi pengurusan tingkah laku – Model-model: Asertive
Discipline, Dreikurs, Kuinon, Ginot dan Glaser
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

➢Merujuk kepada tempat pembelajaran yang berlaku dalam


konteks fizikal; konteks sosial; psikologi dan pengalaman
pedagogi yang mempengaruhi pencapaian dan sikap pelajar
➢Persekitaran pembelajaran yang kondusif – mengalakkan
aktiviti intelektual; kerjasama dan sokongan; merangsang
pertumbuhan dan perkembangan murid
➢Mengandungi pelbagai bahan dan sumber maklumat; ruang
interaksi dan perhubungan antara guru dan murid; dan murid
sesama murid; ruang yang menetapkan peraturan bagi
pembelajaran dan tingkah laku
➢Persekitaran yang positif – mengembangkan perkembangan
emosi murid – berkeyakinan, bermotivasi; sikap berani
mencuba
PENGURUSAN BILIK DARJAH

• Satu bentuk kemahiran/pengetahuan penting yang


diperlukan oleh guru
• Prosedur bukan instruksi (non-instructional) untuk
mewujudkan dan mengekalkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif (menyusun atur
persekitaran fizikal, mewujudkan peraturan dan
prosedur; merangsang perhatian/tumpuan murid
terhadap pelajaran dan penglibatan dalam aktiviti)
• Tindakan guru bagi mewujudkan persekitaran yang
menyokong perkembangan pembelajaran dan
sosio-emosi murid, pencapaian akademik,
tingkahlaku, dan motivasi akademik
Reinke et al. (2015) membahagikan pengurusan bilik
darjah kepada 3 domain

PENGURUSAN PENGAJARAN
01

02 BERTINDAK BALAS TERHADAP


TINGKAH LAKU YANG POSITIF

03 TIDAK MEMBERIKAN TINDAK BALAS


TERHADAP TINGKAH LAKU YANG TIDAK
BERSESUAIAN
PENGURUSAN PENGAJARAN

1. Menfokuskan kepada P&P dan memberikan


peluang kepada murid untuk memberikan
maklum balas terhadap pengajaran
2. Membantu menyokong pencapaian akademik
murid dan mengurangkan gangguan murid
BERTINDAK BALAS TERHADAP
TINGKAH LAKU YANG POSITIF

1. Menekankan kepada STRATEGI PROAKTIF –


menggalakan dan bertindak balas kepada tingkah
laku yang positif
2. Guru menetapkan secara jelas jangkaan tingkah laku
yang diingini
3. Pujian diberikan terhadap sesuatu tingkah laku
secara spesifik – peneguhan kepada tingkah laku
baik yang dilakukan oleh murid
TIDAK MEMBERIKAN TINDAK BALAS TERHADAP
TINGKAH LAKU YANG TIDAK BERSESUAIAN

1. Tidak mengalakkan tangkah laku yang tidak sesuai


2. Merupakan strategi “REACTIVE” – mengkritik
dengan keras tingkah laku yang negatif
3. Guru menerangkan secara jelas tingkah laku yang
diingini pada masa hadapan
Matlamat Pengurusan Bilik Darjah
(Woolfolk, 2021)

Akses kepada Pengurusan


01 03 Hubungan
Pembelajaran

Penggunaan
Masa secara Pengurusan
02 04 Kendiri
Efektif
Akses kepada Pembelajaran

a.Guru menetapkan panduan dan peraturan cara murid


untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas. Contoh cara
untuk bertanya soalan; memberikan maklum balas

b. Peraturan ini menjelaskan: siapa boleh bercakap; apa


yang boleh mereka katakana; tempoh masa;
bagaimana dan sebagainya

c. Peraturan ini membolehkan setiap murid tahu


bagaimana untuk terlibat dalam aktiviti kelas
Matlamat Pengurusan Bilik Darjah
(Woolfolk, 2021)

Akses kepada Pengurusan


01 03 Hubungan
Pembelajaran

Penggunaan
Masa secara Pengurusan
02 04 Kendiri
Efektif
Lebih Masa untuk Pembelajaran

a.“Engaged Time”: Pengurusan bilik darjah yang baik


dapat mengurangkan masa yang dibazirkan untuk
mengawal kelas; seperti mengumpul dan mengagihkan
bahan; merekod kehadiran murid. Guru dapat
mengoptimumkan masa sepenuhnya untuk untuk
tujuan pengajaran.

a.“Academic Learning Time”: Pengurusan kelas yang


baik menggalakan pelajar belajar dan berjaya
memahami apa yang telah dipelajari
Matlamat Pengurusan Bilik Darjah
(Woolfolk, 2021)

Akses kepada Pengurusan


01 03 Hubungan
Pembelajaran

Penggunaan
Masa secara Pengurusan
02 04 Kendiri
Efektif
Hubungan

a.Murid berasa selamat di dalam kelas secara emosi


dan fizikal
b. Murid merasa guru dan rakan-rakan mengambil berat
dan memberikan sokongan – ini merangsang murid
untuk lebih aktif dan berkerjasama dalam aktiviti di bilik
darjah
c.Tumpuan adalah kepada pembinaan hubungan yang
berkualiti dan saling mempercayai
d.Aspek ini menghalang murid menunjukkan tingkah
laku devian, lebih bersifat terbuka untuk mendapatkan
bantuan; mengelakan dari jarang tidak hadir ke
sekolah atau dikenakan denda lewat keluar sekolah;
berminat untuk mencapai pelbagai kejayaan
Matlamat Pengurusan Bilik Darjah
(Woolfolk, 2021)

Akses kepada Pengurusan


01 03 Hubungan
Pembelajaran

Penggunaan
Masa secara Pengurusan
02 04 Kendiri
Efektif
Pengurusan Kendiri
a.Membantu murid untuk mengurus diri dengan lebih baik
b.Jika guru terlalu menumpukan kepada pemantauan masa
PnP dan memperbetulkan murid- akan membangunkan
persepsi murid tujuan sekolah adalah hanya untuk
mematuhi peraturan – bukan membina kefahaman
mendalam tentang sesuatu pengetahuan
c. Menyediakan murid dengan struktur pembelajaran yang
kompleks seperti pembelajaran berasaskan masalah yang
memerlukan murid berdikari
d.Murid membina kawalan kendiri (self-control) apabila perlu
membuat pilihan dan berdepan dengan kesan-akibat;
menetapkan matlamat dan keutamaan; mengurus masa;
berkerjasama dalam pembelajaran, mengurus konflik,
membina kepercayaan antara guru dan rakan
Pengurusan Kendiri

e. Guru yang mengajar murid mengurus tingkah laku


kurang masalah pengurusan, kurang tekanan dan lebih
masa untuk mengajar
f. Guru yang menekankan pengurusan kelas yang efektif
tetapi mengabaikan pengurusan kendiri – menyebabkan
murid bermasalah untuk berkerja secara berdikari
Prinsip dalam Pengurusan bilik
darjah
Prinsip dalam Perancangan dan
Pengurusan Bilik Darjah
1. Menyediakan Peralatan dan Bahan yang Sesuai: Contoh
Peralatan seni di Bilik Seni
2. Bilik Darjah yang Teratur dan Rapi – Bahan disimpan
dengan baik dan mudah dicari; bilik darjah kelihatan
kemas
3. Membezakan ruang di dalam bilik darjah. Contoh ruangan
bacaan ada rak buku; ada permaidani supaya murid dapat
membaca dengan santai dan selesa. Guru menggunakan
pembahagi kecil untuk membezakan ruang dalam bilik
darjah
Prinsip dalam Perancangan dan
Pengurusan Bilik Darjah
4. Menggalakan Murid Menjaga Susun Atur Bilik Darjah.
Guru menetapkan jadual untuk menyusun dan
membersihkan ruang supaya kemas dan teratur.
Membangunkan sifat bertanggungjawab
5. Membuat pemerhatian dan menyelia ruang di bilik darjah:
Guru perlu memantau dan menyelia bagi mengelakan
sebarang kemalangan; memerhatikan tingkah laku murid
dengan mudah dari aspek bagaimana ruang meningkatkan
kerjasama; interaksi sosial; dan kemahiran lisan
Prinsip dalam Perancangan dan
Pengurusan Bilik Darjah
6. Menukar Ganti Ruang dan Bahan- Membantu kemahiran
motor dan gaya pembelajaran berbeza.
7. Menetapkan tujuan dan makna- Setiap ruang perlu
mempunyai tujuan dan makna khusus digunakan untuk
apa.Semua bahan didalam bilik darjah secara langsung
atau tidak langsung dapat membantu murid untuk
mencapai matlamat pembelajaran mereka
JENIS BILIK PEMBELAJARAN

BILIK TRADISI
Kerusi dan meja disusun secara
baris demi baris. Sesuai aktiviti PnP
berpusatkan guru

BILIK DARJAH TERBUKA


Aktiviti PnP secara berkumpulan;
secara serentak

BILIK DARJAH BERCANTUM


Komposisi murid adalah berbeza
tahun. Sesuai bagi sekolah kurang
murid, sekolah pedalaman
JENIS BILIK PEMBELAJARAN

BILIK DARJAH MULTIMEDIA


Dilengkapi dengan computer.
Strategi pengajaran berpusatkan
murid dan bahan

BILIK MATA PELAJARAN KHAS


Menjalankan aktiviti seperti
amali/projek. Contoh makmal sains;
bilik PSV; bengkel kemahiran
STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU

• Pengurusan tingkah laku merupakan satu


perancangan untuk mengubah tingkah laku
bermasalah ke satu tingkah laku
bermatlamat yang ditetapkan dengan teknik
yang sesuai
• Beberapa model strategi pengurusan tingkah laku
akan dibincangkan antaranya
• Model Asertive Discipline,
• Model Dreikurs,
• Model Kuinon,
• Model Ginot dan
• Model Glaser
MODEL “ASSERTIVE DISPLINE”

➢Dibangunkan oleh Marlene dan Lee Canter (1976) –


pendekatan berstruktur yang direkabentuk untuk
membantu guru dalam melaksanakan persekitaran bilik
darjah yang tersusun, dan berfokuskan guru
➢Asertif – melahirkan pendapat dengan tegas;
kesungguhan dan ketegasan diri
➢Guru perlu mendesak dengan tegas tingkah laku
bertanggungjawab
MODEL “ASSERTIVE DISPLINE”

➢Guru mempunyai hak untuk menentukan struktur


persekitaran, peraturan dan rutin yang memudahkan
pengajaran
➢Guru berhak untuk menegaskan kepada murid
keperluan untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan
➢Guru perlu menyediakan plan displin lebih awal –
termasuk jangkaan; peraturan dan rutin; kaedah displin
yang digunakan apabila murid menunjukan salah laku
MODEL “ASSERTIVE DISPLINE”

➢Guru asertif bertindak secara yakin dan pantas dalam


mengurus tingkahlaku murid. Guru perlu memberikan
arahan yang mudah dan jelas bagi membantu mereka
berkelakuan baik
➢Murid yang patuh – diberikan peneguhan positif
manakala murid yang melanggar/tidak patuh peraturan
akan menerima tindakan
➢Guru yang asertif mampu untuk mengekalkan suasana
positif dan penyayang dalam bilik darjah. Suasana
penyayang dan saling menyokong akan membuahkan
persekitaran pembelajaran yang baik.
MODEL “ASSERTIVE DISPLINE”

➢Guru tidak perlu berasa bersalah mengunakan


tindakan negatif apabila perlu – untuk
mengawal diri muird
➢Guru mempunyai hak untuk mendapatkan
bantuan daripada ibu bapa dan pentadbir untuk
mengurus tingkah laku murid
Model Dreikurs
Dreikurs Logical Consequences Model

➢Model ini – memberi tumpuan kepada


mengukuhkan tingkah laku yang releven dan
bermakna buat murid.
➢Teknik ini membantu guru menanggani tingkah
laku bermasalah; memperkasakan murid dan
meningkatkan tanggungjawab terhadap
tindakan dan keputusan mereka.
➢Murid berasa diterima dan dihormati –
berbanding persekitaran yang menghukum dan
mengasingkan murid
Dreikurs Logical Consequences Model

➢Dreikurs menyatakan – Seseorang bertindak


bukan pada realiti di sekeliling seseorang tetapi
berdasarkan kepada penilaian subjektif.
➢Tingkah laku yang tidak baik dipengaruhi oleh
keperluan bawah sedar (unconscious needs)
seperti untuk mendapatkan perhatian;
mencabar kuasa; membalas dendam;
mempamerkan kekurangan
Dreikurs Logical Consequences Model

➢Kesan yang diingini atau tidak diingini harus


diikuti serta merta selepas tingkah laku supaya
murid dapat melihat kesan atau akibat daripada
sesuatu pilihan
➢Perlu ada alasan logik untuk menjelaskan
kesan/akibat
➢Kesan – perlu dinyatakan sebagai fakta –
supaya murid dapat menerimanya dan
mengambil tanggungjawab tanpa rasa dikawal
oleh guru yang mempunyai autoriti di sekolah
Dreikurs Logical Consequences Model

➢Kesan/akibat logic membantu murid membuat pilihan


yang lebih baik dan menyelesaikan masalah
➢Aplikasi model Dreikurs
a. Kenal pasti salah laku dan kesan yang tidak diingini:
Contoh: “melompat di atas katil menyebabkan katil
pecah”
b. Nyatakan akibat logic salah laku (perlu dijelaskan
mengapa tingkah laku mereka adalah punca kepada
kesan yang dialami: Contoh “anda cedera apabila
melompat atas katil yang tidak dapat menahan berat
badan anda”
Dreikurs Logical Consequences Model

➢Bantu murid mengelakan situasi salah laku mungkin


berlaku lagi
➢Berikan murid peluang untuk mengalami kesan natural
dan logik hasil tindakan mereka. Contoh: Anda boleh
melompat atas katil dengan alasan yang bernas”
➢Ajar murid tingkah laku baharu yang lebih efektif dalam
memenuhi keperluan mereka. Contoh” “Jika mahu
lompat atas katil, lakukan dengan selamat dan minta
bantu sekiranya diperlukan”
➢Gunakan peneguhan positif untuk membuat pilihan
yang baik
Model Kounin
Kounin Model

1. Model ini dibangunkan oleh Kounin (1970)


2. Sesuai untuk masalah salah laku tahap rendah
3. Memperkenal 10 konsep bagi mencapai tingkah laku yang
bermakna
• “Ripple Effect”:
• Guru membetulkan salah laku murid dengan menamakan
apakah salah laku tersebut dan sebab salah laku itu tidak boleh
diterima. Ia secara positif mempengaruhi tingkah laku murid lain
• “Withiness”:
• Kesedaran/kepekaan guru tentang apa yang berlaku di dalam
bilik darjah setiap masa atau dirujuk “having eyes in the back of
the head”.
Kounin Model

• Pertindihan “Overlapping”:
• Guru boleh mengawal dan memberikan perhatian kepada
beberapa aktiviti yang berlaku serentak. Contoh guru boleh
memberikan maklum balas pada satu kumpulan dan
memberikan kata-kata motivasi kepada kumpulan lain.

• Guru cekap dan sedar apa yang berlaku dalam bilik darjah –
oleh itu murid akan lebih fokus pada tugasan – kerana mereka
tahu guru sedang memerhatikan mereka dan boleh membantu
bila diperlukan
Kounin Model

• Momentum
• Memulakan pengajaran sejurus selepas kelas bermula.
Memastikan kelancaran dan keefektifan peralihan dari satu
pelajaran ke pelajaran lain.
i. Kegagalan guru untuk menarik perhatian murid, arahan yang
kurang jelas dan mengelirukan; penjelasan yang panjang; terlalu
banyak maklumat – menyumbang kepada masalah salah laku
ii. Manakala proses pengajaran yang sistematik dari satu fasa ke
satu fasa; arahan dan panduan jelas – menarik perhatian dan
fokus murid
iii. Transisi pengajaran yang efektif – teknik penting dalam
mengawal penyertaan dan kawalan kelas
Kounin Model

• Kelancaran “smoothness”
➢Guru berupaya melaksanakan pengajaran tanpa gangguan
atau perubahan yang berupaya menganggu tumpuan murid

• Group Alerting
➢Memastikan murid memberikan perhatian dan prihatin
➢Guru yang efektif akan melakukan ini dengan memilih murid
membaca bahan; mencabar murid; mengalakan semua murid
memberikan respon bersama-sama; memberi isyarat kepada
murid bahawa nama mereka mungkin dipanggil untuk
memberikan respon
Kounin Model

• Kebertanggungjawaban Murid “Student Accountability”


• Memastikan murid terlibat dalam pelajaran

• “Satiation”
• Diandaikan sebagai perasaan murid apabila mereka terlalu
kenyang/sangat penuh/tepu – lambang mereka tidak berminat
atau keinginan untuk belajar
• Guru perlu atasinya dengan menjadikan pelajaran lebih
menarik dan murid berjaya memahami daripada berasa bosan
dan kecewa
Kounin Model

• Valence and Challenge Arousal


• Merujuk kepada guru yang bersemangat dan
menggunakan pelbagai aktiviti semasa mengajar
murid – oleh itu murid memberikan reaksi positif
terhadap pelajaran

• “Seatwork Variety and Challenge”


• Merujuk kepada idea bahawa guru mempunyai
perancangan untuk melibatkan murid secara aktif.
Pelbagai aktiviti untuk mengelakan kebosanan dan
mencabar murid untuk berfikir aras tinggi
Model Ginott
Ginott Model

1. Dibangunkan oleh Ginott (1971)


2. Guru adalah elemen penting dalam
pengurusan bilik darjah
3. Guru perlu mencari altenatif yang berkesan
bagi mengantikan hukuman – kerana murid
belajar daripada cara guru bertindak balas
kepada masalah
4. Guru yang berdisplin berupaya menunjukkan
murid cara menanggani situasi bermasalah
Ginott Model

1. Guru yang kurang displin kendiri – hilang sabar;


memanggil nama murid; menghina murid;
menunjukkan kezaliman; menghukum semua murid
atas kesalahan murid lain; mengancam; mengambil
tindakan tanpa mendapatkan maklumat sebenar
2. Sebaliknya guru yang menunjukkan disiplin kendiri –
akan memahami perasaan murid; menerangkan
keadaan; berkerjasama; tidak berdebat; menunjukan
contoh tauladan yang baik; tidak menghina; fokus
pada penyelesaian; mengurangkan konflik
Glasser Model

1. Glasser (1965) membangunkan “Choice Theory/Reality


Therapy”
2. Premis asas Glasser adalah murid berupaya mengawal
tingkah laku sendiri dan memilih sama ada untuk berkelakuan
sewajarnya atau tidak
3. Menurut model ini murid didorong oleh lima keperluan:

• Pertama: Didorong oleh keperluan untuk terus hidup yang


melibatkan keperluan untuk makanan , tempat tinggai dan
keselamatan daripada bahaya. Guru boleh membantu pelajar
dalam memenuhi keperluan ini dengan membantu mereka
berasa selamat di dalam bilik darjah dan dengan tidak
menggunakan paksaan untuk cuba mengawal tingkah laku.
Model Glasser
Glasser Model

• Kedua: Murid mempunyai keperluan untuk rasa


kepunyaan dan kasih sayang.
• Guru boleh membantu dalam memenuhi
keperluan ini dengan mewujudkan persekitaran
bilik darjah yang membolehkan murid
bekerjasama dalam aktiviti yang bermakna,
turut serta dalam perbincangan kelas dan
mendapat perhatian daripada guru
Glasser Model

• Ketiga: Murid memerlukan kebebasan.


• Guru hendaklah membenarkan murid untuk
membuat pilihan mengenai apa yang akan
mereka pelajari, bagaimana mereka akan
mempelajarinya, dan bagaimana mereka akan
menunjukkan kefahaman mereka.
Glasser Model

• Keempat: Murid inginkan keseronokan.


• Guru harus melibatkan murid dalam aktiviti yang
menarik dan membenarkan mereka untuk berkongsi
merekapencapaian bersama pelajar lain.

• Kelima: Murid memerlukan kuasa.


• Guru boleh membantu pelajar memenuhi keperluan
mereka untuk kuasa dengan memberi mereka
tanggungjawab.
Glasser Model

1. Kunci kejayaan ‘Reality Therapy” adalah sikap saling


menghormati antara guru dan murid
2. Guru perlu menyokong, menggalakkan, mendengar,
menerima, mempercayai, menghormati, dan
berunding dengan murid
3. Guru harus mengelak daripada mengkritik;
menghukum; menyalahkan; dan membuat aduan
RUMUSAN

• Pengenalan
• Persekitaran pembelajaran
• Pengurusan bilik darjah
• Pengurusan Pengajaran
• Tindak balas kepada tingkahlaku yang diingini
• Tingkahlaku yang tidak diingini
• Matlamat pengurusan bilik darjah
• Prinsip dan perancangan pengurusan bilik darjah
• Jenis-jenis bilik pembelajaran
• Strategi pengurusan tingkah laku – Model-model: Asertive
Discipline, Dreikurs, Kuinon, Ginot dan Glaser
Terima kasih…

Thank you…

You might also like