Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SOALAN PEPERIKSAAN STPM SEMESTER 1 TAHUN 2017

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

BAHAGIAN A: PUISI [25 MARKAH]

1. Baca teromba di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.

Teromba Adat

Hidup dikandung adat,


Mati dikandung tanah.

Adat dipakai baru,


Kain dipakai usang.

Duduk meraut ranjau,


Tegak meninjau jarah.

Ke darat Adat Pepatih,


Ke laut Adat Temenggung.

Adat bersendi hukum,


Hukum bersendi Kitab Allah.

Bincangkan maksud setiap rangkap teromba di atas. [25]

Cadangan Skema Jawapan

A: Pendahuluan [3m]

Teromba ialah sejenis puisi bebas. Isi dan fungsinya merujuk kepada sesuatu
peraturan/undang-undang tertentu yang difahami/diamalkan oleh sesuatu masyarakat.

B: Isi (Rangkap) [20 m]

F1 Kehidupan/tingkah laku anggota masyarakat dikawal oleh adat yang diwarisi


dan berakhirlah ikatan apabila mati/dikebumikan dalam
kubur/tanah/Kehidupan masyarakat dikawal adat.

F2 Adat adalah sesuatu yang dinamik/Sentiasa berubah/Sentiasa hidup mengikut


kesesuaian zaman. Adat apabila digunakan daripada semasa ke semasa akan
sentiasa hidup seiring dengan peredaran dan tuntutan zaman berbanding kain
yang apabila dipakai setiap hari akan menjadi lusuh dan buruk.

F3 Hidup perlu sentiasa bersedia/jangan leka/bersiap siaga/jangan lalai/jangan


cuai/jangan alpa. Dalam kehidupan (duduk) kita semestinya bersedia dengan
ilmu, harta dan sebagainya sebagai suatu jaminan manakala sentiasa berhati-
hati dan beringat bahawa musuh yang jahat yang datang membawa bencana
tidak diketahui daripada mana datangnya.

1
F4 Ada dua jenis adat iaitu Adat Pepatih dan Adat Temenggung yang diguna
pakai mengikut kawasan/Manusia menyesuaikan diri dengan adat.

F5 Adat sentiasa berteraskan amalan atau peraturan (undang-undang) dan ianya


diperkukuhkan dengan Al-Quran.

Pilih 5 isi sahaja


I isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian perbincangan, 1 markah contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

Catatan: Kena ada pro dan kontra (baik dan buruk)


Kalau bincang = 2 markah
Kalau tak bincang = 1 markah

C:Penutup [2m]
Merumuskan isi yang diberikan.
Pembahagian markah

A: Pendahuluan =3 m
B: Isi =20 m
C: Penutup =2 m
Jumlah =25 m

Catatan: Jika isi atau fakta salah semua, bahagian penutup 0 markah. Hanya bahagian
pendahuluan saja yang dapat markah [3m].

2. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Aku Tidak Mahu Lagi


T. Alias Taib

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada kebenaan
kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada kepalsuan
kerana kepalsuan sering diputarbelitkan
menjadi tidak palsu lagi

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada pembunuhan
kerana pembunuhan sering dibolakbalikkan
hingga pembunuh melangkah tenang.

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada penipuan
kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang.

2
a) Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur perulangan dan kesannya yang
terdapat
dalam sajak di atas. [9]

b) Bincangkan empat harapan yang dikemukakan oleh penyair dalam sajak di atas. [16]

Cadangan Skema Jawapan

a) Unsur perulangan dan kesannya yang terdapat dalam sajak.

F1 Perulangan baris dalam rangkap (Perulangan ayat tidak diterima).


Contoh: aku tidak mahu lagi
Kesan: Menegaskan maksud yang ingin disampaikan oleh penyajak/Menimbulkan
kemerduan/Irama /Keindahan.

F2 Perulangan Ungkapan/Frasa (Perulangan rangkai kata tidak diterima)


Contoh: jadi saksi kepada
Kesan: Menimbulkan irama/suasana muzikal/keindahan/kemerduan apabila
dideklamasikan.

F3 Perulangan kata dalam baris ketiga setiap rangkap


Contoh: kerana
Kesan: Menegaskan sebab akibat yang ingin disampaikan
/kemerduan/keindahan/irama/muzikal.

F4 Perulangan bunyi vokal dalam baris/Asonansi (Kalau jawab perulangan huruf


vokal, tidak diterima)
Contoh: kerana kebenaran sering disalahertikan
Kesan: Menimbulkan irama kelembutan

F5 Perulangan bunyi konsonan dalam baris /Aliterasi


Contoh: kerana pembunuhan sering dibolakbalikkan
Kesan: Menegaskan maksud atau menimbulkan irama lantang/tegas

Pilih 3 isi saja


1 isi = 3 markah (I markah fakta, I markah contoh, 1 markah kesan)
3 isi x 3 markah= 9 markah.

2 (b) Harapan yang dikemukakan oleh penyair dalam sajak:

F1 Tidak mahu jadi saksi kepada kebenaran/Kebenaran ditegakkan/Kebenaran


diperjuangkan/Kebenaran dipertahankan/Kebenaran
dimartabatkan/Kebenaran tidak diperlekehkan/Kebenaran tidak diperkotak-
katikkan.

-Penyair tidak mahu menjadi saksi kepada kebenaran kerana kini sesuatu yang benar
sudah disalahertikan. Walau bagaimanapun, tidak semua yang benar telah
disalahertikan.

F2 Tidak mudah menjadi saksi kepada kepalsuan/Kepalsuan


dihindarkan/Kepalsuan dijauhkan/Kepalsuan dihapuskan/Kepalsuan dielakkan.
3
-Sudah sewajarnya setiap manusia tidak wajar menjadi saksi kepada kepalsuan. Walau
bagaimanapun, dalam perbicaraan di mahkamah perlunya saksi kepada pihak yang
memberi kenyataan jelas.

F3 Tidak mahu jadi saksi kepada pembunuhan/Pembunuhan menerima


pembalasan/Pembunuhan dikenakan tindakan/Pembunuh tidak dibiarkan
bebas.

-Penyair tidak mahu menjadi saksi kepada pembunuhan kerana pembunuhan sering
dibolak-balikkan. Walau bagaimanapun, saksi kepada pembunuhan perlu dalam
perbicaraan di mahkamah. Tidak semua pembunuhan dibolak-balikkan.

F4 Tidak mahu menjadi saksi kepada penipuan/Penipuan tidak dibiarkan


berleluasa/hindarkan/hapuskan/elakkan/jauhkan.

-Penyair tidak mahu jadi saksi kepada penipuan kerana penipuan sering
disalahtafsirkan. Walau bagaimanapun, saksi dalam perbicaraan di mahkamah perlu
dan tidak semua penipuan disalahtafsirkan.

Kemukakan 4 isi

I isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/perbincangan, 1 markah contoh)


Contoh - turunkan dari sajak, penuh satu rangkap.
4 isix4 markah = 16 markah.

Pembahagian markah

Soalan (a) = 9 markah


Soalan (b) =16 markah
Jumlah 25 markah

BAHAGIAN B: PROSA TRADISIONAL

3. Jelaskan pendirian pengarang terhadap orang melayu dan orang Jawa yang tergambar
dalam
Hikayat Hang Tuah (Bab VII) seperti yang termuat dalam Permata Sastera melayu. [25 m]

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

A: Pendahuluan [3]
Hikayat Hang Tuah-genre epik tempatan yang menceritakan keagungan Hang Tuah/ciri-ciri
epik/sinopsis keseluruhan teks

B: Isi [20]

F1 Keagungan-keagungan Melayu lebih hebat berbanding Jawa-akal, pahlawan, darjat


dan kemahiran-perlihatkan kehebatan Melayu di Tanah Jawa.

4
F2 Kedudukan-kedudukan Melayu diangkat lebih tinggi/isimewa berbanding Jawa
dalam semua hal-Raja Melayu dapat mengahwini Puteri Majapahit-merebut puteri
Betara Majapahit.

F3 Kejujuran-raja Melayu dan rombongannya diperlihatkan sebagai watak yang baik


berbanding Jawa diperlihatkan sebagai watak yang jahat-berniat jujur untuk
melangsungkan perkahwinan manakala Majapahit (Gajah Mada) mempunyai niat
yang mengaibkan Melaka/Keperibadian yang baik/Sifat diri yang baik.

F4 Kebijaksanaan-Melayu lebih bijak manakala Jawa tidak bijak-Patih Gajah Mada-


telunjuk lurus kelingking berkait-memasang perangkap menyuruh perajurit
mengamuk di peseban untuk membunuh Hang Tuah-Taming Sari Berjaya dibunuh.

F5 Keperwiraan-Hang Tuah wira Melayu dapat menandingi/membunuh perajurit dan


Taming Sari di Tanah Jawa sehingga dianugerahkan gelaran Laksamana oleh Betara
Majapahit sendiri.

F6 Kehebatan/Kehandalan-Hang Tuah digambarkan hebat (wira Melayu) manakala


Taming Sari (penjahat).

F7 Ketangkasan-Bermain senjata/Elak tikaman.

F8 Kesetiaan-setia kepada raja/negara.

C:Penutup [2]

Merumuskan isi yang diberikan.


Pembahagian markah
A: Pendahuluan=3m
B: Isi=20m
C: Penutup=2m
Jumlah=25m
Catatan:Tiada pendirian, tiada markah.

4.”Pertikaman antara Hang Tuah dan Taming Sari merupakan satu episode yang menarik”.
Berdasrkan pernyataan tersebut, jelaskan aksi pertikaman itu hingga membawa kematian
Taming Sari seperti yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah Bab VII.[25m]

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

A:Pendahuluan[3]

Ciri-ciri epik.

Latar belakang Hang Tuah-seorang hulubalang Melayu/laksamana Melaka yang dating ke


Majapahit mengiringi rombongan Raja Melaka yang akan berkahwin dengan Raden Galuh
Emas Ayu.
Latar belakang Taming Sari-seorang penjurit tua Jawa dari Majapahit yang mengamuk di luar
pintu peseban/balai tempat menghadap/balai penghadapan; menikam raja-raja, ceteria/anak-
anak raja/perajurit, dan rakyat hingga ada yang mati serta luka.

5
B:Isi[20]

F1 Pertembungan/Bersemuka/Bertentangan
F2 Cabar-mencabar/Bersoal jawab
F3 Pertikaman pertama
F4 Buat helah/Memperdaya/Muslihat/Mempengaruhi
F5 Bertukar keris
F6 Pertikaman kedua
F7 Kematian

Pilih 5 isi
1isi=4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh)
5 isi=5x4 markah=20 markah
Catatan: Jika tiada pendirian, dapat 1 markah sahaja.

C:Penutup[2]

Merumuskan isi yang diberikan.


Pembahagian markah
A: Pendahuluan =3m
B: Isi =20 m
C: Penutup =2m
Jumlah =25m

Bahagian C: Prosa Moden

5. Baca petikan cerpen di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

“Keimanan menentukan kedudukan seseorang. Iman itu meletakkan kita pada tempat
keamanan, walaupun seluruh pekan ini menjadi gempar. Dia yang jatuh sebuah gunung kasih
sayang yang baru terbuhul, akan aman di sini. Biarlah dia datang, anakku.”
“Atau dia hanya segumpal kertas tisu pencuci najis yang diberi nilai setinggi langit?’’
Ayah kelihatan seakan-akan berdoa walaupun tangannya tidak terangkat. Matanya
dipejamkan. Ibu merenung wajah ayah. Ibu agak murung. Dan ibu memegang lengan ayah.
Ibu membisikkan sesuatu ke telinga ayah. Aku tidak dapat mendengarnya. Aku tidak seperti
ayah yang dapat mendengar dan melihat anak-anaknya dan orang lain juga dari rekahan pintu
rumahku. Ayah mengatasiku dalam segalanya. Ayahku!

Dipetik daripada Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu.

a) Jelaskan tiga unsur pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas. [9]

b) Huraikan empat persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam cerpen Mitos
Secekak
Kertas Tisu yang terdapat dalam Permata Sastera Melayu. [16]

Cadangan Skema Jawapan

a) Unsur pengajaran
F1 Kita hendaklah beriman kepada Allah Taala.
6
Contoh: Keimanan menentukan kedudukan seseorang.

F2 Kita hendaklah reda/pasrah/tawakal dengan ketentuanNya.


Cth: Biarlah dia datang, anakku.

F3 Isteri hendaklah sentiasa setia/taat/kasih/sayang/ sokong /patuh/ cinta dengan


suami
Cth:Ibu merenung wajah ayah. Ibu agak murung.Dan ibu memegang lengan ayah.

F4 Kita hendaklah berdoa/memohon/ingat Tuhan/tidak putus asa/tidak berputus


harap apabila ditimpa musibah.
Cth:Ayah kelihatan seakan-akan berdoa walaupun tangannya tidak teangkat.

F5 Anak hendaklah menyanjung tinggi/menghargai/menghormati pengorbanan


ayah.
Cth:Ayah mengatasiku dalam segalanya.

F6 Kita hendaklah tabah/sabar menghadapi cabaran/dugaan/musibah.


Cth:Ayah mengatasiku dalam segalanya.

Catatan: Jawapan gigih tidak diterima.

b)Persolan yang dikemukakan oleh pengarang

F1 Kejatuhan nilai mata wang (hlmn 12)

F2 Kemiskinan (hlmn 129)

F3 Perjuangan mempertahankan negara (hlmn 132, perenggan 2)

F4 Perjuangan mempertahankan bangsa (hlmn 132, perenggan 3)

F5 Keimanan (hlmn 136-137)

F6 Materialistik/Kebendaan (hlmn 136)

F7 Ketamakan (hlmn 128)

F8 Ketidaktentuan/Ketidaktenteraman (hlmn 131)

F9 Wang adalah segalanya/Kekuasaan wang (hlmn 128-129)

F10 Kasih sayang (hlmn 132)

Catatan: Rujuk kepada watak aku, ayah dan ibu.

Bahagian C:Prosa Moden [25m]

Mendengar penjelasan Tuk Imam, muka Pak Kasa kelihatan pucat, kalu ditoreh tidak
berdarah. Muka Mat Dali juga pucat lesi. Muka Awang Cik Leh kecut macam sotong rebus.
Mereka menerkam ke Balai Lintang.
7
“Husin, anakku! rintih Pak Kasa.
“Mail!” suara pilu Mat Dali.
“Budin, maafkan ayah.” Awang Cik Leh menyesal.
Di celah-celah rintihan, kepiluan dan penyesalan itu, kedengaran esak-esak halus
daripada ibu-ibu anak-anak yang bergelimpangan itu. Kemudian suara-suara itu tenggelam
oleh suara itu Tuk Imam yang menyampaikan firman Allah bermaksud,”Sesungguhnya Allah
menyuruh berlaku adil dan berbuat baik serta menjamin sanak saudaranya dan melarang
perbuatan keji yang mungkar yang aniaya. Dia Allah memberikan pelajaran kepadamu
sekalian agar kamu selau beringat.”

(Dipetik daripada cerpen Anak-anak yang Bergelimpangan)

a) Galurkan dua peristiwa yang membawa terucapnya dialog di atas. [4]

b) Huraikan tiga persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam petikan di atas. [9]

c) Jelaskan tiga perbuatan keji yang dilakukan oleh manusia seperti yang terdapat dalam
cerpen
Anak-anak yang Bergelimpangan dalam Permata Sastera Melayu. [12]

Cadangan Skema Jawapan

a)Kronologi Peristiwa

F1 Menuba di Sungai Tengas


Cth: Pak Kasa, Mat dali dan Awang Cik Leh.

F2 Mandi-manda di Sungai Tengas


Cth:Husin, Mail dan Budin

F3 Menyauk ikan

F4 Anak-anak kerancunan/kepeningan/muntah

F5 Mencari kelapa muda

F6 Kemarahan/Menempelak/Sindiran
(Lebai Kasim, Mat Siak, Haji Arsyad)

Pilih 2 isi
1 isi=2m
2isi x 2m=4m

b)Persoalan

F1 Kasih sayang-Pak Kasa mengasihi anaknya Husin.

F2 Penyesalan/Keinsafan-Awang Cik Leh menyesal kepada Budin

F3 Moral/Dakwah-Pak Imam menyeru penduduk kampung membuat kebaikan dan


melakukan keadilan.
8
F4 Kepimpinan/Tanggungjawab-Pak Imam selaku pemimpin menasihati penduduk
yang berada di Balai Lintang

F5 Pembalasan/Hukum Karma

F6 Keimanan

Catatan:Tiada huraian, tiada markah contoh

c)Perbuatan keji yang dilakukan oleh manusia

F1 Membuang bahan industri/sisa toksid ke dalam sungai


-Sikap tidak bertanggungjawab manusia membuang sisa industri ke dalam sungai
telah menyebabkan lebih 70 tan bangkai ikan mati.

F2 Memerah akar tuba atau menuba di sungai/Kuala Dingin


-Peristiwa yang berlaku di sebelah hirlir dekat Kuala Dingin yang mana kesan tuba
telah menyebabkan banyak ikan mati/terbunuh. Justeru, manusia haruslah tidak
menuba sungai.

F3 Membuang sampah sarap di sungai


Perbuatan membuang sampah sarap di sungai menyebabkan ikan mati atau sukar
bernafas kerana kekurangan udara/oksigen. Justeru, manusia janganlah membuang
sampah sarap di sungai. (m/s 167)

F4 Menuba di hulu Sungai Tengas-Ikan mati/Anak-anak keracunan

F5 Membiarkan bangkai ikan busuk-70 tan bangkai ikan busuk.


Catatan:Tiada huraian, tiada markah contoh.

Kemukakan 3 isi
1 isi=4m (1 markah fakta, 2 markah huraian/perbincangan, 1 markah contoh)
3 isix4m-=12 markah

Pembahagian markah
Soalan a=4m
Soalan b=9m
Soalan c=12m
Jumlah=25m

You might also like