Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

DOKUMEN RASMI : DASAR KO-KURIKULUM SEKOLAH

NAMA ORGANISASI :

SEKOLAH KEBANGSAAN GOPENG

ALAMAT ORGANISASI :

31600 GOPENG, PERAK

MAKLUMAT PERHUBUNGAN ORGANISASI :

TELEFON : 05 - 359 1230

FAKS : 05 - 359 1230

EMEL : ABB9001@moe.edu.my

PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KO-KURIKULUM

Penentuan dasar yang ditetapkan di dalam Dasar Kurikulum Sekolah Kebangsaan Gopeng ini tidak akan berubah
melainkan sehingga berlaku perubahan di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Perubahan-perubahan lain yang tidak melibatkan Dasar Pendidikan Kebangsaan boleh dilakukan dari semasa ke
semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat ko-kurikulum.
DASAR PELAKSANAAN KEGIATAN
KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN GOPENG

Dasar kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gopeng ini adalah sebagai panduan bagi guru dalam merancang, mengurus
dan melaksana aktiviti gerak kerja kokurikulum dengan mematuhi dasar yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui Warta Kerajaan dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan dan masih berkuat
kuasa.

“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh kemahiran dan nilai-
nilai yang dimuridi di bilik darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan
ini dikenali sebagai ‘Kegiatan Kumpulan’.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531,
Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :

* Penyertaan dalam sukan permainan


* Penyertaan dalam persatuan dan kelab
* Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
* Lain-lain kegiatan sebagimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
DASAR UTAMA (1)

KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN

Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

· “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertiingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”

· (Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yqng diterbitkan sebagai PU
(A) 531/97.

MELAKSANAKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB

· Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan
bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am.

· “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan
nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.

· “(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalan hal suatu kesalahan yang berterusan,
apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan
kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan
kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan”.
DASAR UTAMA (2)
PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB

* “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap murid hendaklah
mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan
dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan”.

* [Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)]

* Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka
minati.

* [Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di
sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan
sebagai PU(A) 196/98.]

* Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi
penilaian.

* [Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 2/1986]

* Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya
adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan
bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.

* [Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh
murid-murid dan ibu bapa mereka]

DASAR UTAMA (3)


PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB

* Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola
kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
* “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja
kokurikulumdi sekolah” ( Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)

* Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci
dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.

* Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan
daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun
moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam
(Kelakuan dan tatatertib) (Bab D).”

DASAR UTAMA (4)


PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”

* “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegitan yang dirancang
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai
murid di dalam bilik darjah.” [Peraturan 2 dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997]

* Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat,
objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.

* Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan,


pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani,
emosi dan rohani murid secara seimbang.

PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’

* Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa
ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi
dalam kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

* Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka
kepada semua murid.

DASAR-DASAR SOKONGAN DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

* “Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah mengalakkan
murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat;
bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah ; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum,
ketatanegaraan, moral dan sebaganya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”

* [Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929]
-Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat
setempat.

* [Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk
‘Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat’]
-“Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam keguatan Pasukan Pakaian Seragam yang
terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai
aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi
kerajaan atau oleh petubuhan bukan kerajaan yang berdaftar”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

* “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid
semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang
berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
* “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa
murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkanpotensi mereka secara menyeluruh dan
bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani’. (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 18/2000).

* “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau orang perseorangan
(atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan
tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid
yang mempunyai sifat disiplin yang baik”. (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

* Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam
bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat
antarabangsa.

* Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing.

ISTILAH

PU(A) PUBLICATIONS ACT


A.P.U AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG

1) Jadual : Masa Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum Sekolah Rendah

TAHUN MASA
TAHUN 3 dan 4 60 minit seminggu
TAHUN 5 dan 6 120 minit seminggu

JUMLAH BILANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

UNIT BERUNIFORM 18 kali setahun


KELAB/PERSATUAN 12 kali setahun
SUKAN/PERMAINAN 12 kali setahun

Masa Aktiviti

Agihan masa bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti unit-unit kokurikulum adalah seperti berikut:

Unit-unit koku Kekerapan Hari / Masa Tempoh

Pasukan pakaian seragam 2 minggu sekali Rabu Sepanjang tahun


(unit beruniform) 1.30 – 3.00 ptg
Kelab/Persatuan Akademik 2 minggu sekali Rabu Sepanjang Tahun
dan bukan akademik 1.30 – 3.00 ptg
Kelab Sukan dan Permainan 1 minggu sekali Selasa Sepanjang Tahun
7.40 – 8.40 pg
Latihan Rumah Sukan
1. Merah 1 minggu sekali Selasa /Khamis Sepanjang Tahun
2. Biru 4.30 – 6.00 ptg
3. Hijau
4. Kuning
2) Pengurusan : Kad Rekod Kokurikulum (PAJSK)

Untuk tujuan pematauan,setiap murid wajib memiliki empat unit kad rekod / aktiviti kokurikulum yang akan diguna
pakai sepanjang tempoh setahun.Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat aktiviti untuk tujuan merekod
kehadiran dan aktiviti yang dijalankan sewaktu perjumpaan. Guru penasihat hendaklah membuat pengesahan dalam
buku ini dengan menandatangani pada ruang yang berkenaan pada setiap kali perjumpaan. Buku ini hendaklah
dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum/GPK Koku pada setiap akhir penggal
untuk tujuan pemantauan.Buku ini juga akan digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan merekod markah koku
murid di akhir sesi persekolahan setiap tahun.

3) Penyertaan Dan Pertandingan

Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil bahagian dalam sebarang
pertandingan samada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau kebangsaan. Penyertaan dalam pertandingan
adalah sangat penting sebagai kayu pengukur keberkesanan program kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang
lebih penting ialah penglibatan murid di samping mencapai kecemerlangan yang akan memberi kepuasan kepada
murid untuk mendapatkan sijil demi kepentingan kerjaya dan masa depannya.

4) Penghargaan

Kecemerlangan adalah matlamat utama sekolah ini. Oleh itu setiap pencapaian yang cemerlang sama ada diperingkat
zon, daerah, negeri dan kebangsaan akan menerima penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah.
Penghargaan dan pengiktirafan boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti :
1. Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak pentadbiran, guru-guru dalam majlis
rasmi atau perhimpunan sekolah.
2. Memberi sijil-sijil penghargaan.
3. Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan dan sebagainya.
4. Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan pada papan kenyataan.
5. Penghargaan hendaklah diberikan kepada guru yang terlibat.

5) Panduan Penilaian Markah Kokurikulum

Manual : Penilaian Aktiviti Kokurikulum


(Manual ini hendaklah dirujuk ketika menilai markah koku murid)

Penilaian berdasarkan kepada 4 aspek dengan pecahan peratusan seperti berikut :

Aspek Skor
Kehadiran 50%
Jawatan disandang 10%
Penglibatan 20%
Pencapaian 20%
Jumlah 100%

5.1 Kehadiran minimum bagi setiap kegiatan setahun ialah :

Unit Beruniform 18 kali


Kelab Persatuan 12 kali
Sukan dan Permainan 12 kali
5.2 Kiraan bagi kehadiran adalah seperti di bawah :-

Jumlah kehadiran =a
Jumlah perjumpaan =b
Tidak hadir (kebenaran) =c
Markah kehadiran = a X 50
b-c

5.3 Markah aspek jawatan disandang ialah 10%


5.3.1 Tempoh memegang jawatan sekurang-kurangnya selama 9 bulan.
5.3.2 Badan Beruniform KPM / TKRS / Pengakap / PBSM

JAWATAN DALAM TKRS / PENGAKAP / PBSM MARKAH


Sarjan / Ketua Enam Sekawan / Pengerusi 10
Koperal / Penolong Ketua Enam Sekawan / Naib Pengerusi 08
Lans Koperal / Setiausaha / Penolong Setiausaha 07
Bendahari / Penolong Bendahari 06
QM 05
Ahli Aktif 04
Ahli Sederhana Aktif 03
Ahli Biasa * Kehadiran 50% dan menyertai anjuran aktiviti khas perkhemahan dan
02
penilaian
Ahli Biasa * Kehadiran kurang dari 50% dan tidak menyertai sebarang anjuran aktiviti
01
khas perkhemahan dan penilaian

5.4) Badan Beruniform Luar (NGO)

JAWATAN MARKAH

Ketua Trup, Ketua Pasukan / Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua Puteri, Ketua Kadet, Band
Major, Bengkung Merah dan Tali Pinggang Hitam (untuk merah hitam = 09 markah)
10

Penolong Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua Pasukan (S/Usaha),
Sarjan, Drum Major / Asst. Band Major, Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang Merah 2
08
Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bendahari), Koperal,
Percussion Leader, Bengkung Hijau 2 dan Tali Pinggang Merah 1 07

Penolong Ketua Patrol, Bendahari, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), Lans
Koperal, Section Leader, Bengkung Hijau 1 dan Tali Pinggang Biru 2
06
Kuartermaster, Penolong Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, Asst. Section
Leader, Cula 3 dan Tali Pinggang Hijau 1 05
Ahli Aktif, Pen. Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali Pinggang Hijau 1 & 2 04
Tali Pinggang Kuning 1 & 2 03
Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1 01

5.5 Kelab Persatuan / Sukan / Permainan


JAWATAN MARKAH
Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan Sukan / Permainan Ketua 10
Rumah
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 08
Setiausaha / Bendahari 07
Pen. Setiausaha / Pen. Bendahari 06
Ahli Jawatankuasa 05
Ahli Aktif 04
Ahli Biasa 01

5.6 Markah Aspek Penglibatan ialah 20%

Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan komitmen dan sumbangan di dalam semua aktiviti yang
dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Peruntukan markah adalah seperti berikut :-

ASPEK MARKAH
Sekolah 08
Zon / Daerah 11
Negeri 14
Kebangsaan 17
Antarabangsa 20

5.7 Markah Aspek Pencapaian ialah 20%

Markah ini diberi atas pencapaian berdasarkan peringkat dan hanya melibatkan Johan, Naib Johan dan ke 3 sahaja.
Peruntukan markah adalah seperti berikut :-

Peringkat Markah
Pertandingan Johan N. Johan Ketiga
Sekolah 08 07 06
Zon / Daerah 11 10 09
Negeri 14 13 12
Kebangsaan 17 16 15
Antarabangsa 20 19 18

5.8 Markah Bonus

Diberikan berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan dan bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah.

JAWATAN MARKAH BONUS


Ketua Murid 10
Timbalan / Penolong Ketua Murid 08
Ketua / Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan atau Pengurusan Utama yang
ditubuhkan untuk membantu sekolah / Pengawas / Ketua KRS 07
Pengawas Pusat Sumber 06
Bendahari / Setiausaha / PRS 05
AJK Kecil Biro / Ketua Kelas 03
Penolong Ketua Kelas 02
5.9 Anugerah Khas

Diberikan atas kecemerlangan pada aktiviti yang diusahakan sendiri.

BIL PENCAPAIAN MARKAH BONUS


1. Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan 10
Pencapaian Aktivti Kokurikulum Di Luar Negara atas Pembiayaan
Sendiri 05
2. Johan
Naib Johan 03
Ketiga 02
3. NILAM 05
4. Lain-lain anugerah yang setara 05

5.10 Gred Keseluruhan

Bermaksud gred keseluruhan dari 2 jenis kegiatan kokurikulum yang mempunyai prestasi terbaik berserta markah
bonus. Jumlah 2 markah tertinggi dijadikan purata bagi 2 markah tersebut. Nilai purata pula dicampurkan dengan
bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan gred sebagaimana yang telah ditetapkan.

Contoh :

Unit Beruniform = 80
Kelab / Persatuan = 60
Sukan / Permaianan = 85
Markah Purata = (80 + 85 /2) = 82.5
Markah Bonus (Ketua Murid) = 10
= 82.5 + 10 = 92.5
Gred Keseluruhan =A

5.11 Rubrik Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum

Markah Gred
80 - 100 A
60 - 79 B
40 - 59 C
20 – 39 D
19 ke bawah E

SEKOLAH KEBANGSAAN GOPENG


“TOGETHER INSPIRES SUCCESS”
Azhar bin Ahmad
Guru Besar
SK Gopeng

You might also like