Kesimpulan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kesimpulan

Kebaikan kajian ialah kebanyakan orang awam menyokong kempen anti


merokok. Selain itu , kebanyakan orang awam merupakan pengguna media sosial.
Tambahan pula , kebanyakan kajian yang dijalankan terdiri di kalangan golongan lelaki
yang merupakan majoriti kalangan perokok di negara ini. Rata – rata yang ditemu ramah
merupakan golongan yang tidak merokok. Kelemahan yang dapat dikenal pasti
berdasarkan kajian ialah kebanyakan temu ramah yang dijalankan terdiri di kalangan
remaja dan bukannya orang tua. Selain itu , kebanyakan yang terlibat dalam kempen ini
ialah NGO dan penjawat awam dan bukannya sektor swasta. Kebanyakan yang merokok
menghabiskan kira-kira 7-10 batang rokok sehari dan menghabiskan sebanyak RM50 dan
ke atas sebulan untuk membeli rokok.

Usaha yang dapat dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan jumlah
perokok di tempat awam ialah dengan menyediakan cctv di tempat awam serta memberi
denda kepada perokok yang merokok di tempat awam. Selain itu kerajaan juga boleh
menyediakan tempat khas untuk perokok. Di samping itu , pihak kerajaan juga boleh
menaikkan harga rokok sebagai langkah mengurangkan perokok di kalangan remaja.
Akhir sekali , sebagai langkah bagi mengurangkan tabiat merokok , pihak kerajaan juga
boleh memasang poster tentang kesan bahayanya merokok di tempat awam kepada
perokok dan juga orang awam di sekelilingnya.

Kesan kempen ini ialah menyedarkan orang ramai dalam bentuk visual tentang
bahayanya merokok terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling. Dari sudut ekonomi diri
sendiri membeli rokok boleh menyebabkan pembaziran serta tidak memberi sebarang
manfaat . Tambahan pula , dari sudut kesihatan boleh menyebabkan pelbagai penyakit
berbahaya dan boleh membawa maut.

You might also like