Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

v.

PERBEZAAN PROGRAM PERKHIDMATAN TASKA DAN TADIKA

I. Perbezaan pertama ialah taska menjaga kanak-kanak sejak bayi hingga 4 tahun apabila ibu
bapa bekerja. Manakala tadika pula kanak-kanak yang diterima berumur antara 4 hingga 6
tahun untuk tujuan pendidikan dan menerima upah

II. Perbezaan kedua ialah taska ada juga menyediakan program-program atau aktiviti yang
ringkas yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak disamping dengan penjagaan asas seperti
makan, minum dan sebagainya. Dibawah Seksyen 5, akta yang sama membahagikan taska
kepada dua kategori iaitu taska dirumah yang menerima kurang daripada 10 kanak-
kanak dan taska institusi menerima lebih daripada 10 orang kanak-kanak dibawah jagaan
mereka. Manakala tadika pula menerima lebih daripada empat orang kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun untuk tujuan pendidikan dan menerima upah. Dijalankan di pusat
yang bersesuai dengan bilangan kanak-kanak

III. Perbezaan ketiga ialah taska dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Bagi kanak-kanak TASKA, Jabatan
Kebajikan Masyarakat telah menetapkan bahawa semua aktiviti dan program yang dijalankan
hendaklah berasaskan amalan bersesuaian perkembangan yang menekankan rangsangan
yang menyeluruh dari segi bahasa, fizikal, sosio-emosi dan kognitif. Setiap aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan perlu menyokong perkembangan tersebut. Manakala tadika pula
berasaskan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Di Malaysia, perkhidmatan TADIKA yang disediakan
oleh kerajaan dikenali sebagai prasekolah yang ditempatkan dihampir semua sekolah rendah
Kerajaan.

IV. Perbezaan keempat ialah taska pusat jagaan yang terlibat perlulah didaftarkan
dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Setiap pengasuh perlu menghadiri kursus
untuk memastikan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di Taska dapat dipatuhi.
Manakala tadika pula Setiap pengajar yang terlibat perlu dilatih terlebih dahulu. Mereka
sekurang-kurangnya mempunyai diploma dalam Bidang Perguruan. Selalunya, pengajar ini
akan mempunyai ijazah atau sarjana dalam pendidikan awal kanak-kanak atau bidang
yang berkaitan. 

You might also like