Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SOALAN 1.

a) Rossa Lasso berasal dari Indonesia mula tinggal di Kuala Lumpur pada tahun 1990 dan
kini merupakan pemastautin tetap di Malaysia. Pada Januari 2008, beliau telah bernikah
dengan Rukh Shah Khan seorang buruh ladang di Rawang yang merupakan seorang
Pendatang Asing Tanpa Izin dari Bangladesh. Rossa Lasso dan Rukh Shah Khan kemudiannya
telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang dilahirkan di Serendah, Selangor pada 4
Mei 2009. Mereka keliru sama ada kelahiran bayi itu perlu didaftarkan di Kedutaan
Indonesia atau di Kedutaan Bangladesh. Walau bagaimanapun, pasangan ini amat berharap
untuk mendaftarkan kelahiran bayi mereka di Pejabat Pendaftaran Malaysia tetapi mereka
kurang jelas sama ada bayi itu layak atau tidak mendapatkan taraf kewarganegaraan
Malaysia. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, sila nasihatkan pasangan ini sama ada
bayi mereka layak mendapatkan kewarganegaraan Malaysia atau sebaliknya. JAWAPAN :
Pasangan bayi ini layak untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia melalui Peruntukan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia
ialah warganegara melalui kuatkuasa undang-undang; iaitu (a) tiap-tiap orang yang lahir di
Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibubapanya pada masa kelahiran itu
seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan (Ruj: Undang-Undang
Umum Jilid Dua /Perlembagaan Persekutuan/ Jadual Kedua/Bhg. II(Perkara 14(1)(b)]/
Perenggan (a),Sek.1)

 b) Perkara 38 (1), Jadual Kelima, Seksyen (1), Perlembagaan Persekutuan telah
memperuntukan bahawa “Majlis-Majlis Raja-Raja hendaklah mengandungi Duli-Duli Yang
Maha Mulia Raja-Raja dan Yang Di Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai
Raja”. Walau bagaimanapun, dalam satu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan untuk
membincangkan perkara berhubung pemilihan Timbalan Yang Di Pertuan Agong, Yang Di
Pertua Negeri bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah tidak
menghadirinya. Jelaskan sama ada mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan itu sah atau
tidak sebaliknya tanpa kehadiran Yang Di Pertua Negeri bagi negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak dan berikan justifikasinya.
JAWAPAN : Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan itu sah, Perkara 38(1), Jadual Kelima,
Seksyen (7), Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa ‘Yang Di Pertua-
Yang Di Pertua Negeri Negeri Negeri yang tidak mempunyai Raja tidaklah boleh menjadi
anggota Majlis Raja-Raja bagi maksud apa-apa prosiding yang berhubungan dengan
pemilihan atau pemecatan Yang Di Pertuan Agong atau pemilihan Timbalan Yang Di Pertuan
Agong atau yang berhubungan semata-mata dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan
dan kebebasan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau dengan perbuatan, amalan atau
upacara agama (Ruj: Undang-Undang Umum Jilid Dua /Perlembagaan Persekutuan/Perkara
38 (1)/ Jadual Kelima/ Seksyen (1))

 c) Seluruh dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak H1N1 terutama di Amerika
Syarikat dan Mexico. Sehubungan itu, ekoran daripada arahan Perdana Menteri,
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil tindakan berwaspada dengan
mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjalankan saringan bagi memeriksa
pembawa virus Influenza A di setiap pintu masuk ke Malaysia di selatan tanah air iaitu di
Pusat Pemeriksaan Tambak Johor, di Lampangan Terbang Sultan Ismail, Senai, di Pelabuhan
Tanjung Pelepas dan di Jeti Tanjung Piai, Pontian. Tindakan ini menelan perbelanjaan besar
adalah bertujuan untuk menjaga kesihatan awam dan terkandung dalam Senarai Bersama.
Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan Kerajaan Negeri Johor
supaya membiayai perbelanjaan tersebut. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,
nasihatkan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri Johor yang perlu
menanggung perbelanjaan bagi memeriksa pembawa virus Influenza A di setiap pintu
masuk ke Malaysia di selatan tanah air itu. Berikan justifikasi kepada nasihat tersebut.
JAWAPAN : Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 82 “Jika mana-mana undang-
undang atau tindakan eksekutif yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang disebut
satu persatu dalam Senarai Bersama melibatkan perbelanjaan, maka hendaklah diambil
tindakan di bawah Perlembagaan ini yang akan memastikan bahawa, melainkan jika
dipersetujui selainnya, beban perbelanjaan itu ditanggung”:- a) Oleh Persekutuan, jika
perbelanjaan itu berbangkit sama ada daripada komitmen Persekutuan atau daripada
komitmen Negeri, yang diakujanjikan mengikut dasar Persekutuan dan dengan kelulusan
khusus Kerajaan Persekutuan (Ruj: Perlembagaan Persekutuan/ Bhg. VI/ Perkara 82(a)/
Jadual Kesembilan/Seksyen 7)

 d) Puan Maria yang mengikuti suaminya bertugas di Brussels, Belgium telah pulang ke
Malaysia untuk melahirkan anak sulung mereka dengan menaiki pesawat Lufthansa, sebuah
syarikat penerbangan Jerman. Tanpa diduga, tiba-tiba Puan Maria mengalami sakit perut
dan telah melahirkan seorang bayi lelaki dalam pesawat berkenaan ketika berada di ruang
udara Thailand. Sila jelaskan nama Negara yang akan didaftarkan sebagai tempat kelahiran
bayi lelaki Puan Maria dan berikan justifikasinya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
berhubung penetapan Negara tersebut. JAWAPAN : Kelahiran bayi lelaki Puan Maria itu
didaftarkan atas nama Negara Jerman. Dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan
bahawa di dalam Jadual Kedua “Bagi maksud Bhg. I atau Bhg. II Jadual ini, seseorang yang
lahir di atas sesuatu kapal atau pesawat udara berdaftar hendaklah disifatkan telah lahir di
tempat di mana kapal atau pesawat udara didaftarkan, dan seseorang yang lahir di atas
sesuatu kapal atau pesawat udara tidak berdaftar kepunyaan Kerajaan mana-mana Negara
hendaklah disifatkan telah lahir di dalam Negara itu” (Ruj: Perlembagaan Persekutuan/
Jadual Kedua/ Bhg. III/ Perkara 31/Sek.19A)

 SOALAN 2.
a) Haris, seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorang
warganegara British di United Kingdom pada tahun 1990. Keluarga ini kemudiannya telah
berpindah ke Malaysia pada tahun 2000. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan,
bolehkah isteri Haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-
syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya? JAWAPAN : Isteri Haris boleh memohon menjadi
warganegara Malaysia, tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada
Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana perempuan bersuami yang suaminya seorang
warganegara, maka perempuan itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika
perkahwinan itu masih wujud dan suaminya itu seorang warganegara pada permulaan
bulan Okt. 1962, atau jika dia memuskan hati Kerajaan Persekutuan a) Bahawa dia telah
bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu
dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap; dan b) Bahawa dia berkelakuan baik
(Ruj: Perlembagaan Persekutuan/ Bhg. III/ Perkara 15(a)(b))

 b) Sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oleh
Kerajaan Persekutuan, bilakah Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?
JAWAPAN : Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehinggalah dia telah
mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama (Ruj: Perlembagaan
Persekutuan/ Perkara 18(1))

 c) Bilakah secara rasminya Katie boleh mejadi warganegara dengan cara pendaftaran?
 JAWAPAN : Secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara dengan cara pendaftaran
mulai dari dia didaftarkan sedemikian. (Ruj: Perlembagaan Persekutuan/ Perkara 18(3))

d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehi kewarganegaraan


Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001. Selepas memperolehi
kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia
sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada sebarang berita diperolehi daripada
beliau. Adakah Kerajaan Persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk
melucutkan kewarganegaraan beliau di bawah Perlembagaan Persekutuan?
JAWAPAN : Kerajaan Persekutuan boleh dengan perintah melucutkan kewarganegaraan
seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran di bawah Perkara 16A atau
17 atau yang menjadi warganegara dengan cara masukan jika berpuas hati bahawa orang itu
biasanya bermastautin di negeri-negeri luar Persekutuan selama tempoh lima tahun terus
menerus dan dalam tempoh itu orang itu tidak mendaftarkan tiap-tiap tahun di pejabat
konsul Persekutuan niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraannya (Ruj: Perlembagaan
Persekutuan, Perkara 25(2)(b))

 e) Atas permintaan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk
memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah Kerajaan Negeri yang telah dirizabkan
sebelum itu bagi maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun Kerajaan
Persekutuan telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor supaya membayar premium tanah
tersebut terlebih dahulu. Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah
yang perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor.
 JAWAPAN : Bayaran premium tanah itu hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah
itu ditolak (a) Nilai pasaran bagi apa-apa pemajuan yang dibuat (selain atas perbelanjaan
negeri) semasa tanah itu digunakan bagi maksud Persekutuan; dan (b) Amaun, jika ada yang
telah dibayar oleh Persekutuan, atau yang telah dibayar sebelum Hari Merdeka oleh
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, berkenaan dengan kos pengambilan apa-apa
kepentingan mengenai tanah itu oleh Kerajaan Negeri (Ruj: Perlembagaan Persekutuan/
Perkara 85(a)(b))

SOALAN 3.(BERDASARKAN PETIKAN DI BAWAH)


Encik Kamal dan Encik Vadipillai merupakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Jabatan
X. Puan Wong Mea Ping pula merupakan seorang Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 di
Jabatan yang sama. Ketiga-tiga mereka telah menemui anda untuk merujuk mengenai
prosedur bersara secara pilihan dan mereka berhasrat untuk bersara awal pada Mei 2010.
Berikut adalah ringkasan latar belakang peribadi dan maklumat perkhidmatan mereka :
Nama, Tarikh Lantik, Umur pada masa perjumpaan, Telah disahkan dlm jawatan
1. Kamal 1 Mac 1989 49 tahun Ya
2. Vadipilai 1 April 1992 43 tahun Ya
3. Wong 1 Januari 1990 44 tahun Ya

a) Nyatakan syarat-syarat yang membolehkan seseorang penjawat awam memohon untuk


bersara secara pilihan mengikut Akta Pencen 1980.
 JAWAPAN : Syarat-syarat yang membolehkan seseorang penjawat awam memohon untuk
bersara secara pilihan mengikut Akta Pencen 1980 adalah:
(i) Seseorang pegawai apabila atau selepas mencapai umur empat puluh tahun
(ii) Jika seseorang pegawai yang dilantik sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini bersara
di bawah subseksyen(i), pegawai sedemikian bolehlah diberi pencen hanya apabila
mencapai umur (a) empat puluh lima tahun bagi seorang pegawai perempuan (b) lima
puluh tahun bagi seseorang pegawai lelaki (iii) Jika seseorang pegawai yang dilantik selepas
mula berkuatkuasanya seksyen ini bersara dibawah subseksyen (i), pegawai sedemikian
bolehlah diberi pencen hanya apabila mencapai umur lima puluh lapan tahun (Ruj: Akta
Pencen 1980/ Seksyen 12/subseksyen(1)(2)(a)(i)(b)(3)]

b) Huraikan jenis faedah persaraan yang akan diperoleh oleh setiap seorang dari mereka
pada hari persaraan mereka jika permohonan mereka diluluskan.
JAWAPAN : Faedah persaraan yang akan diperolehi oleh :
1) Kamal layak mendapat a) Ganjaran perkhidmatan (GCR) selama tempoh
perkhidmatannya b) Pencen bulanan akan dibayar pada umur 50 tahun (lelaki)
2) Vadipillai layak mendapat a) Ganjaran perkhidmatan (GCR) selama tempoh
perkhidmatannya b) Pencen bulanan akan dibayar pada umur 50 tahun (lelaki)
3) Wong a) Ganjaran perkhidmatan (GCR) selama tempoh perkhidmatannya b) Pencen
bulanan akan dibayar pada umur 45 tahun (perempuan)

 SOALAN 4.
a) Encik X seorang pesara kerajaan telah didapati bersalah kerana disabitkan dengan
jenayah seksual oleh Mahkamah Seksyen Petaling Jaya lalu dijatuhkan hukuman penjara
selama 10 tahun. Berhubung dengan perkara ini, pencen yang dibayar kepada beliau
dihentikan buat selama-lamanya. Sejauh manakah kebenaran kenyataan di atas? Jelaskan.
 JAWAPAN : Jika mana-mana orang yang telah diberi pencen atau lain-lain faedah di bawah
Akta ini dikenakan hukuman mati atau penjara selama sesuatu tempoh oleh suatu
mahkamah, maka pencen atau lain-lain faedah itu hendaklah terhenti dengan serta merta
Pencen atau lain-lain faedah di bawah seksyen kecil (1) itu hendaklah diberi semula dengan
kuatkuasa kebelakangan bagi seseorang yang selepas disabitkan mendapat pengampunan.
Jika sesuatu pencen atau lain-lain faedah terhenti di bawah seksyen-kecil (1), Yang di-
Pertuan Agong boleh member elaun tanggungan yang banyaknya sama dengan semua atau
mana-mana bahagian daripada wang yang pesara itu sepatutnya berhak mendapat sebagai
pencen atau lain-lain faedah yang difikirkannya patut kepada isteri atau anak-anak pesara
untuk nafkah dan faedah mereka dan, selepas tamat tempoh hukumannya, juga bagi faedah
pesara itu sendiri. ( Ruj: Akta Pencen 1980/Akta 239/Seksyen 23(a) (2) (3)

b) Elaun tanggungan merupakan salah satu daripada faedah persaraan mengikut Akta
Pencen 1980. Jelaskan kepada siapakah dan dalam keadaan yang bagaimana elaun ini akan
diberi?
JAWAPAN : Elaun tanggungan diberi kepada : i) Balu atau duda ii) Anak bawah 21 tahun dan
belum berkahwin iii) Ibu Elaun tanggungan diberi sebagai menggantikan pencen yang
dihentikan dalam keadaan pesara atau penerima pencen dipenjarakan atau diisytiharkan
bangkrap ( Ruj: Akta Pencen 1980/Peraturan-Peraturan Pencen 1980/Bhg. V/Peraturan 19(1)

 c) Berikut adalah fakta ringkas mengenai Encik Yusrani Gaji Akhir : RM1988.00 Bulan
Perkhidmatan yang boleh dimasukkira : 400 bulan “Berdasarkan kepada fakta di atas, Encik
Yusrani akan menerima pencen perkhidmatan sebanyak RM1325.33 sebulan”. Benarkah
kenyataan di atas? Huraikan.
JAWAPAN : Kenyataan diatas adalah benar, merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pencen
1980, seseorang pegawai berpencen apabila bersara diberi pencen bulanan berdasarkan
1/600 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan x gaji yang akhir diterima Tertakluk kepada
peraturan-peraturan ini, tempoh-tempoh perkhidmatan sama ada sementara atau tetap,
boleh dimasukkan bagi maksud pencen, ganjaran atau lain-lain faedah a) Apa-apa tempoh
sepanjang masa seseorang pegawai telah bertugas b) Apa-apa tempoh sepanjang masa
seseorang pegawai telah bercuti dengan bergaji sebagaimana yang diperuntukan dalam
skim baru c) Apa-apa tempoh perkhidmatan sepanjang mana seseorang pegawai telah
bercuti tanpa gaji yang diberi atas sebab dasar-dasar awam sebagaimana yang ditentukan
oleh Ketua Pengarah; atau d) Apa-apa tempoh semasa dalam pinjaman atau pertukaran
sementara ke mana-mana organisasi yang diluluskan oleh Kerajaan ( Ruj: Akta Pencen 1980/
Peraturan-Peraturan Pencen 1980/Bhg.II/Peraturan 4(1)(a) dan 5(a) (b)(c)(d)

 SOALAN 5.
a) Encik Hassan telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya membayar caruman wang
pekerja-pekerjanya sebanyak RM45,000.00 kepada KWSP. Beliau enggan untuk menjelaskan
caruman tersebut dan bercadang untuk berhijrah ke Indonesia. Bolehkah Pengurus Besar
KWSP menghalang pemergian beliau ke Indonesia? Berikan alasan anda.
JAWAPAN : Boleh. Ketua Pegawai Eksekutif boleh membuat suatu permintaan kepada Ketua
Polis Negara atau Ketua Pengarah Imigresen supaya mana-mana orang dilrang daripada
meninggalkan Malaysia tanpa membayar apa-apa wang yang kena dibayar kepada
Kumpulan Wang yang berkenaan dengannya suatu perintah Mahkamah telah diperoleh,
melainkan dan sehingga dia membayar semua amaun yang kena dibayar kepada Kumpulan
Wang atau memberikan jaminan yang memuaskan hati Ketua Pegawai Eksekutif bagi
pembayarannya. Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah
mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pembuangan negeri atau
imigresen, Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima sesuatu
permintaan di bawah perenggan (a) berkenaan dengan mana-mana orang hendaklah
mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah (termasuklah menggunakan
kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana surat
pengenalan dan mana-mana passport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang
berhubungan dengan orang tersebut) sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya.
( Ruj: Akta Pencen 1980/Akta 452/Bhg. IV/Seksyen 39(1)(a)(b)

 b) Encik Samy Kutty, seorang Pengarah Urusan Syarikat Bina Ceria mendapati bahawa kerani
akaunnya telah membuat kesilapan dalam membuat caruman pekerja-pekerja Syarikat Bina
Ceria. Kesilapan itu telah dilakukan bagi caruman dalam tahun 2007. Beliau tidak pasti sama
ada lebihan bayaran yang telah tersilap dibayar itu boleh didapatkan kembali daripada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Nasihatkan Encik Samy Kutty sama ada caruman
tersebut boleh didapatkan kembali daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
JAWAPAN : Jika mana-mana caruman kepada Kumpulan Wang adalah dibayar secara silap
oleh atau yang berkenaan dengan seseorang yang tidak bertanggungan untuk mencarum
daripadanya atau jika apa-apa caruman yang dibayar kepada Kumpulan Wang adalah
disebabkan kesilapan ke atas amaun yang kena dibayar daripada orang itu oleh atau yang
berkenaan dengan siapa ianya adalah dibuat, Lembaga hendaklah, jika berpuas hati bahawa
caruman itu atau lebihan adalah dibayar secara silap dan jika amaun itu telah ada dalam
Kumpulan Wang, memulangkan perkara yang sama bersama-sama dengan apa-apa dividen
yang mana telah dikreditkan berkenaan dengan caruman itu kepada akaun orang yang
diambil bekerja mengikut peruntukan-peruntukan Akta itu, kepada majikan dan kepada
orang yang diambil bekerja mengikut syer-syer yang berkenaan dengan mereka; dengan
syarat bahawa, melainkan Lembaga menurut budibicaranya, mengarahkan selainnya, tidak
ada permohonan bagi pengembalian yang dibuat lebih dari dua tahun selepas tarikh
daripada mana caruman atau lebih adalah dibayar hendaklah dipertimbangkan dan perkara
yang sama hendaklah dikendalikan seolah-olah ianya tidak dibayar secara silap. (Ruj: Akta
KWSP 1991/Bahagian VII/Kaedah 33(1)

 SOALAN 6.
a) Setelah bekerja di Malaysia dan mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
selama 20 tahun, Encik Robert Chong, seorang warganegara Malaysia telah berhenti kerja
untuk bekerja di Australia. Semasa tinggal dan bekerja di Australia, Encik Robert Chong telah
sesat di hutan dan tidak dapat dijumpai. Setelah 8 tahun berlalu, isteri Encik Robert Chong
telah mendapatkan Perintah Anggapan Kematian daripada mahkamah di Australia bagi
maksud mengeluarkan caruman Encik Robert Chong dalam Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja semasa bekerja di Malaysia. Jelaskan sama ada Perintah Anggapan Kematian
daripada Mahkamah di Australia boleh diterima sebagai bukti kematian untk mengeluarkan
caruman Encik Robert Chong dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
JAWAPAN : Lembaga hendaklah menerima sebagai bukti yang muktamad kematian ahli
Kumpulan Wang, suatu Perintah Anggapan Kematian daripada Mahkamah di Malaysia
menurut Seksyen 108 Akta Keterangan 1950 atau daripada suatu Mahkamah di Republic
SIngapura, dan boleh menerima apa-apa Perintah dari Mahkamah Undang-Undang di
mana-mana Negara lain bahawa ahli itu tiada apa-apa perkhabaran yang di dengar
mengenai ahli itu selama tujuh tahun atau lebih oleh orang-orang yang sepatutnya, jika ahli
itu masih hidup, telah mungkin mendengar perkhabaran darinya. Ahli Kumpulan Wang yang
ingin mengeluarkan apa-apa amaun yang ada dalam kreditnya di Kumpulan Wang, atau jika
ahli Kumpulan Wang telah mati orang yang berhak kepada amaun yang ada dalam kredit
ahli itu, hendaklah memberi notis kepada Lembaga dalam Borang KWSP 9 yang relevan
sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga. Borang bagi pemberitahuan pengeluaran,
setelah dilengkapkan, bersama-sama dengan Sijil keahlian ahli itu dan juga apa-apa
dokumen lain sebagaimana yang Lembaga boleh mengarahkan hendaklah dikemukakan
terus kepada Lembaga. (Ruj: Akta KWSP 1991/Kaedah-Kaedah KWSP 1991/Bhg. IX/Kaedah
38(1)/Bhg.XI/Kaedah 40(1)(4)

 b) Puan Aminah telah mengalami kecederaan parah dalam suatu kemalangan jalan raya dan
tidak lagi berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja dan tidak boleh lagi diambil
bekerja Bagi maksud mengeluarkan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
beliau telah mengemukakan satu notis untuk mengeluarkan caruman beliau kepada
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Jelaskan sama ada notis tersebut sudah
mencukupi untuk membolehkan Puan Aminah mengeluarkan wang caruman beliau.
JAWAPAN : Jika notis pengeluaran adalah dibuat atas alasan bahawa ahli tidak lagi berupaya
dari segi fizikal atau mental untuk, dan adalah tidak boleh lagi diambil kerja;ahli itu atau
pemohon itu hendaklah mengemukakan Borang KWSP 9 (HK) atau KWSP (HL) mengikut
mana yang berkenaan dengan Lembaga bersama-sama dengan pengesahan perubatan
daripada mana-mana pengamal perubtan mengesahkan bahawa ahli sama ada tak upaya
dari segi fizikal atau mental untuk diambil kerja lagi. (Ruj: Akta KWSP 1991/Kaedah-kaedah
KWSP 1991/ Bhg.XI/Kaedah 41(2)

 c) Sebagai seorang majikan, Encik Azlan telah gagal mengemukakan penyata majikan
sepertimana dikehendaki oleh kaedah 9(2) dan juga penyata-penyata lain sebagaimana
dikehendaki oleh kaedah 11 Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
Jelaskan sama ada Encik Azlan telah melakukan satu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dan sekiranya beliau telah melakukan satu
kesalahan apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas beliau sekiranya disabitkan
dengan kesalahan tersebut.
JAWAPAN : Mana-mana majikan yang gagal untuk melengkapkan atau mengemukakan
penyata majikan sebagaimana yang dikehendaki oleh kaedah 9(2) atau mana-mana penyata
sebagaimana yang dikehendaki oleh kaedah 11 Kaedah-Kaedah ini adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak
melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya (Ruj:
Akta KWSP 1991/Kaedah-kaedah KWSP 1991/ Bhg.XIII/Kaedah 59(1)(a)

You might also like