Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

KERTAS KERJA

BENGKEL ASAS MEMANAH


2023
ANJURAN: GROUP E
SUBJEK
PENGURUSAN &
PENGELOLAAN
KOKURIKULUM DPLI
UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS, KUMPULAN 3.

Muhammad Helmi bin Ahmad L20222013682 Ummu Hanis binti Jeffri L20222013725

Syaza Azizi bin Mohamad L20222013677 Noratikah binti Hamzah L20222013535


Shafii
Humairah binti Zulkefli L20222013670 Khairunnisa Aqilah binti L20222013499
Rosli

Muhammad Ashraf bin L20222013629 Nurzuhaili binti Shamsuddin L20222013672


Zorkarnini
Nur Afiqah binti Razman L20222013636 Siti Hajar binti Mohd Khalil L20222013620

Menaka A/P Marimuthu L20222013661 Muhammad Firas Shafiq bin L20222013628


Mohd Rosli
Nur 'Farahin binti Abdullah L20222013649 Putri Syamimi Jihan binti L20222013638
Abdullah
Siti Nor Aisyah binti Abdul L20222013686 Nabila binti Norhanif L20222013496
Padzil
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


1. Pengenalan 2

1.1. Matlamat Program 2

1.2. Objektif 3

1.3. Anjuran 3

1.4. Sasaran 3

1.5. Cadangan Tarikh Pelaksanaan 3

2. Carta Organisasi Program 4

2.1. Bidang Tugas 5

3. Rancangan Aktiviti Sepanjang Bengkel Asas Memanah 6

4. Belanjawan Program 6

5. Penutup 7

Lampiran 8

1
1. PENGENALAN

Memanah sejak sekian lama merupakan sukan rekreasi yang sangat baik dalam membina
kekuatan fizikal dan mental. Memanah adalah seni, amlan, atau kemahiran melepaskan anak
panah dengan menggunakan busur. Memanah digunakan ketika berburu dan berperang. Namun
kini, aktiviti memanah lebih lazim dilakukan bertujuan sebagai aktiviti sukan dan rekreasi.
Tambahan pula, memanah merupakan sukan Sunnah bagi umat Islam. Saingan memanah
melibatkan acara menembak anak panah pada sasaran untuk ketepatan daripada jarak yang
ditetapkan atau jarak. Ini adalah bentuk paling popular bersaing memanah di seluruh dunia dan
dipanggil sasaran memanah.
Pada masa ini, sukan memanah semakin mendapat perhatian masyarakat jika dibandingkan
dengan masa lalu. Hal ini kerana, sukan memanah kini diketengahkan di dalam pelbagai temasya
sukan. Pelbagai kemahiran dan teknik yang terdapat dalam sukan memanah ini masih
dikekalkan. Sukan ini merupakan sukan yang dipertandingkan di peringkat Sukan SEA,
Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik.
Justeru bengkel memanah yang ingin dijalankan ini diharap dapat meningkatkan kualiti dan
kuantiti sukan memanah. Selain memberi ruang dan peluang kepada semua murid untuk
menceburkan diri, program ini dapat mengembangkan bakat kepimpinan murid dan menerapkan
nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat setempat serta menyemai budaya cintakan sukan
sunnah ini. Kesinambungan daripada bengkel pengenalan memanah pasukan memanah
telah mengambil langkah untuk mara ke hadapan untuk mencungkil bakat-bakat baru
untuk diketengahkan dan digilap lagi.

1.1. Matlamat Program

Bengkel ini adalah bermatlamat menggalakkan murid untuk memahami sukan memanah dan
menarik minat dalam sukan memanah selain memperkembangkan kemahiran dan potensi murid
dalam bidang sukan. Bengkel ini juga diharapkan dapat menerapkan nilai semangat berkeyakinan
dan fokus murid terhadap sesuatu sasaran.

2
1.2. Objektif

Di akhir program, murid-murid dapat:


1.2.1 Memberi dan menambah pengetahuan murid dalam sukan memanah.
1.2.2 Menarik minat murid dalam sukan memanah.
1.2.3 Menggalakkan penyertaan sukan memanah dalam kalangan murid sekolah.
1.2.4 Melahirkan bakat baru, pelapis dan atlet memanah daripada kalangan murid sekolah.
1.2.5 Menjalinkan hubungan baik antara murid sekolah dan ahli kelab memanah.
1.2.6 Mengetengahkan budaya gaya hidup sihat.

1.3 Anjuran

Kumpulan E Subjek Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum DPLI Universiti Sultan Idris daripada
Kumpulan 3

1.4 Sasaran

Murid Tingkatan 5 SMK Batu Kikir, Negeri Sembilan.

1.5 Cadangan Tarikh Perlaksanaan

Tarikh : 27 Ogos 2023


Hari : Ahad
Tempat : Bilik 8, Bangunan E-Learning,
UPSI Masa : 2:30 petang – 4:30 petang

3
2. CARTA ORGANISASI PROGRAM

PENAUNG : DEKAN FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

PENASIHAT : DR. JAFFRY BIN ZAKARIA

PENGARAH : SYAZA AZIZI BIN MOHAMAD SHAFII

TIMBALAN PENGARAH : UMMU HANIS BINTI JEFFRI

SETIAUSAHA : NABILA BINTI NORHANIF

PENOLONG SETIAUSAHA : MENAKA A/P MARIMUTHU


: MUHAMMAD FIRAS SHAFIQ BIN MOHD
ROSLI

BENDAHARI : NUR 'FARAHIN BINTI ABDULLAH

AJK PELAKSANA PROGRAM

PENGERUSI MAJLIS : SITI NOR AISYAH BINTI ABDUL PADZIL


PENDAFTARAN : SYAZA AZIZI BIN MOHAMAD SHAFII
HADIAH & CENDERAHATI : MUHAMMAD ASHRAF
BIN ZORKARNINI
KESELAMATAN & PROTOKOL : HUMAIRAH BINTI ZULKEFLI
: KHAIRUNNISA AQILAH BINTI ROSLI
TEKNIKAL & LOGISTIK : NORATIKAH BINTI HAMZAH
: MUHAMMAD HELMI BIN AHMAD
PUBLISITI & MULTIMEDIA : PUTRI SYAMIMI JIHAN
BINTI ABDULLAH
: NUR ZUHAILI BINTI SHAMSUDDIN
FOTOGRAFI & DOKUMENTASI : SITI HAJAR BINTI MOHD KHALIL
: NUR AFIQAH BINTI RAZMAN

4
2.1. BIDANG TUGAS
Bil. Ahli Jawatankuasa Bidang Tugas
1. Pengerusi Majlis - Selaku juruacara majlis.
- Menyediakan teks ucapan bengkel asas memanah.
2. Pendaftaran - Menyediakan borang pendaftaran.
- Menguruskan pendaftaran peserta bengkel.
2. Hadiah dan Cenderahati - Menyediakan hadiah bagi sesi kuiz.
- Menyediakan sijil penyertaan kepada peserta
bengkel asas memanah.
- Menyediakan sijil penghargaan kepada fasilitator
bengkel asas memanah.
- Mengurus dan menyediakan dulang, alas dulang,
meja hadiah dan alas meja di atas pentas.
3. Keselamatan dan Protokol - Memastikan program berjalan lancar.
- Memastikan keadaan peserta terkawal dan selamat.
4. Teknikal dan Logistik - Menyediakan tempat dan kelengkapan untuk
bengkel asas memanah.
- Memastikan semua alatan berfugsi dengan baik dan
dalam keadaan selamat untuk digunakan.
5. Publisiti dan Multimedia - Menyediakan brosur dan poster program.
- Mempromosikan bengkel.
- Menyediakan bahan tayangan program.
- Memastikan siaran layar dan PA system dalam
keadaan baik.
6. Fotografi dan Dokumentasi - Mengambil gambar sepanjang program dan
mencetak gambar untuk dokumentasi
- Membuat dan mengedar boring ‘post mortem’
kepada semua JK yang terlibat.
- Membuat dan menghantar laporan bertulis.
7. Fasilitator Memanah - Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar.
- Membantu jurulatih mengendalikan bengkel.
- Mengisi aktiviti ringkas ketika kekosongan masa.

5
3. RANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM BENGKEL ASAS MEMANAH

Masa Aktiviti

3:00 - 3:30 Pendaftaran peserta


3:30 – 3:35 Persembahan Gimik Bengkel Asas Memanah
3:35 – 4:05 Pengenalan Tentang Sukan Memanah
oleh Fasilitator Farahin, Atikah dan Humairah
4:05 – 4:15 Tayangan video teknik memanah
4:15 – 4:45 Simulasi dan Demonstrasi Asas Memanah
oleh Fasilitator Helmi dan Atikah
4:45 – 5:00 Kuiz dan Praktikal Memanah
oleh semua Fasilitator

4. BELANJAWAN PROGRAM
No. Barang Unit Jumlah
1. Cenderahati/Sijil Penghargaan RM1.70 x 30 orang RM 50
2. Peralatan memanah (alat memanah, 1 unit RM 130
stand memanah, kertas target )
3. Makanan RM6.00 x 30 orang RM 180
Jumlah RM 360

6
5. PENUTUP

Adalah diharapkan objektif bengkel ini tercapa di samping bengkel asas memanah yang
dirancang dan akan dilaksanakan ini, dapat melahirkan murid yang berkeyakinan, kreatif dan
inovatif selain dapat mewujudkan keseronokan melakukan aktiviti seterusnya mencungkil
bakat dalam permainan sukan memanah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ………………………………….
(Nabila Binti Norhanif) (Ummu Hanis Binti Jeffri)
Setiausaha Kumpulan 3 Timbalan Pengarah Kumpulan 3

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

……………………………… ………………………………
(Syaza Azizi Bin Mohamad Shafii) (Dr. Jaffry Bin Zakaria)
Pengarah Kumpulan 3 Pensyarah Pengurusan dan
Pengelolaan Kokurikulum

7
LAMPIRAN
Poster Bengkel Asas Memanah

8
Bahan Tayangan Bengkel Asas Memanah

9
1
Video Teknik Memanah

https://www.tiktok.com/@syazaazizi712/video/7272014319171210498?lang=en

You might also like