Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH SKJB 2022

MASA/ ATURCARA TEKS UCAPAN


PEMBACA

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu hadirin sekalian, diminta
mengambil tempat di dalam dewan.

UCAPAN ALUAN Hadirin yang dimuliakan,


PENGERUSI Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
MAJLIS
Yang Berusaha Cikgu Mohd Sobri bin Yusof (Guru Besar)

Cikgu Muhammad Ehsan bin Embong (PK Pentadbiran)

Cikgu Mohamad Fairudin bin Zakaria (PK HEM)

Cikgu Muhammad Naimuddin bin Mahadi (PK KO)

Guru-guru dan murid yang dikasihi sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam Jagung


Dibawa ke pulau bersama peria,
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Terlebih dahulu syukur Alhamdulllah kerana dengan limpah kurniaNya maka


kita dapat bersama-sama pada pagi ini untuk meraikan kejayaan murid- murid
sepanjang tahun 2021.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran semua ke MAJLIS APRESIASI


KECEMERLANGAN PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan Jongok Batu 2021/2022

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN merupakan acara tahunan


bagi Sekolah Kebangsaan Jongok Batu meraikan kejayaan anak-anak dalam
bidang akademik mahu pun kokurikulum sepanjang Tahun 2021/ 2022.

Diharapkan anugerah ini mencetuskan lagi semangat murid- murid untuk lebih
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH SKJB 2022

berjaya pada masa hadapan.

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,marilah sama2
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Cikgu Azman Bin Ali. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin..amin ya rabbal alamin..


Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargan dan terima kasih kepada atas
Cikgu Azman Bin Ali bacaan doa sebentar tadi

NYANYIAN LAGU Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu NEGARAKU. Para
NEGARAKU hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh
bersemangat.

Hadirin dijemput duduk.

UCAPAN Seterusnya majlis menjemput Guru Besar SK Jongok Batu untuk menyampaikan
PERASMIAAN ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan Jongok Batu 2021/2022.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

** Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Sobri bin Yusof atas ucapan
perasmian beliau sebentar tadi.

Tuan Guru Besar diminta untuk kekal dipentas bagi menyampaikan anugerah
APRESIASI PRASEKOLAH ANNUR.

APRESIASI Hadirin sekalian,


PRASEKOLAH
ANNUR Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah APRESIASI PRASEKOLAH
ANNUR kepada murid-murid Prasekolah Annur.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH SKJB 2022

Untuk pengetahuan semua, murid-murid pra sekolah dibimbing oleh Cikgu


Paezah binti Abd Halim. Ilmu yang dicurahkan oleh cikgu Paezah merupakan
pembelajaran pertama yang diterima secara formal oleh murid Pra sekolah
Annur.

Tahniah diucapkan kepada guru dan murid.

Majlis menjemput Cikgu Paezah mengiringi Cikgu Mohd Sobri bin Yusof selaku
Guru Besar bagi menyempurnakan penyampaian anugerah kepada murid Pra
Annur. Majlis mempersilakan.

Tahniah diucapkan kepada semua murid Pra Sekolah Annur diatas pencapaian
masing-masing.

Semua murid diminta kekal di pentas untuk sesi fotografi bersama guru.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Sobri bin Yusof atas kesudian
menyampaikan anugerah itu tadi.

SIJIL Majlis diteruskan dengan penyampaian SIJIL PENGHARGAAN PENGAWAS


PENGHARGAAN SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER.
PENGAWAS
SEKOLAH DAN Untuk makluman semua, pemimpin yang dilantik haruslah mempunyai sifat
PENGAWAS kepimpinan dalam diri dan sentiasa bersedia membantu guru-guru
PUSAT SUMBER melancarkan urusan disekolah.

Untuk menjadi pemimpin yang baik pada masa hadapan, segalanya bermula di
bangku sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua barisan pengawas sekolah
dan pengawas pusat sumber.

Warga dewan sekalian, majlis dengan ini menjemput Cikgu Mohamad Fairudin
bin Zakaria Selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid diiringi Cikgu
Muhammad Naimuddin bin Mahadi untuk menyampaikan SIJIL
PENGHARGAAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER. Majlis
mempersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada barisan pengawas


sekolah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada barisan


pengawas pusat sumber sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohamad Fairudin bin Zakaria atas
kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH SKJB 2022

PERSEMBAHAN Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama-sama merehatkan minda dan
MURID PRA menghayati persembahan yang akan dipersembahkan oleh murid pra sekolah
SEKOLAH Annur dengan persembahan tarian rakyat Itik gembo-gembo.

Persembahan tarian ini dipimpin oleh Cikgu Paezah dan Puan Maria. Majlis
menjemput adik-adik Pra Sekolah ke atas pentas. Dipersilakan.

**Berikan tepukan yang gemuruh kepada adik-adik Pra sekolah diatas


persembahan tarian yang menarik sebentar tadi.

APRESIASI MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN hari ni diadakan bagi


AKADEMIK menghargai segala usaha murid-murid Sekolah Kebangsaan Jongok Batu dalam
menimba ilmu sepanjang tahun 2021/2022. Semua murid memberi komitmen
yang padu dalam meneruskan pembelajaran sama ada secara atas talian atau
secara bersemuka.

Majlis dengan ini menjemput Cikgu Muhammad Naimuddin bin Mahadi selaku
Guru Penolong Kanan kokurikulum diiringi Cikgu Mohamad Fairudin bin Zakaria
bagi menyampaikan anugerah APRESIASI AKADEMIK. Semua murid diminta
bersedia.

Acara dimulakan dengan murid Pra Sekolah Annur

Majlis diteruskan dengan menjemput murid dari kelas 1 Ar-Rahman

2 Al-Alim
3 As-Salam

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Muhammad Naimuddin bin Mahadi atas
kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

** Semua murid diminta bertenang. Kita akan berehat sebentar dengan


menonton persembahan nyanyian daripada Muhammad Syaffiq Haqim Bin
Mahadi.

Syaffiq telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Nyanyian solo


tema kemerdekaan peringkat daerah. Tahniah diucapkan. Dengan ini majlis
menjemput adik Muhammad Syaffiq untuk mempersembahkan lagu Bahtera
Merdeka. Dipersilakan …

Terima kasih diucapkan kepada adik Muhammad Syaffiq diatas persembahan


yang penuh penghayatan itu. Berikan tepukan yang gemuruh kepada penyanyi
Sk Jongok Batu.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH SKJB 2022

Majlis diteruskan dengan penyampaian APRESIASI AKADEMIK tahun 4,5dan 6.


Majlis menjemput Cikgu Muhammad Ehsan bin Embong selaku Penolong
Kanan Pentadbiran diiringi Cikgu Mohamad Fairudin bin Zakaria untuk
menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

4 Al – Fatah
5 Ar-Rasyid
6 Al-Muiz

Tahniah diucapkan kepada semua murid.

Anugerah diteruskan dengan TERBAIK AKADEMIK bagi murid-murid Pra sekolah


dan murid-murid tahun 1 hingga 6.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


ANUGERAH
TERBAIK Majlis dengan ini bersambung dengan penyampaian anugerah TERBAIK
AKADEMIK 2021 AKADEMIK tahun 2021. Bagi menyempurnakan acara, Cikgu Muhammad Ehsan
bin Embong sekali lagi diminta untuk menyampaikan anugerah.

1) Penyampaian Anugerah TERBAIK AKADEMIK 2021 dimulakan dengan


 Rujuk senarai PRA SEKOLAH

2) Seterusnya Dijemput
 Rujuk senarai nama murid TERBAIK AKADEMIK

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi yang


baik sepanjang tahun 2021/2022.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Muhammad Ehsan bin Embong atas
kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah cemerlang APRESIASI


ANUGERAH KAFA. Dijemput Cikgu Mohamad Fairudin bin Zakaria, Penolong Kanan Hal
APRESIASI KAFA Ehwal Murid diiringi Cikgu Muhammad Naimuddin bin Mahadi untuk tampil
DAN UPKK bagi menyampaikan anugerah.

APRESIASI KAFA bagi tahun 3 dianugerahkan kepada


 Rujuk lampiran

Seterusnya, bagi murid tahun 4,5,6- rujuk lampiran


TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH SKJB 2022

Penyampaian Anugerah Cemerlang TERBAIK UPKK diteruskan dengan murid


tahun 5. Dijemput…(rujuk lampiran)

Tahun 6- UPKK (rujuk lampiran)

Tahniah diucapkan kepada murid-murid tahun 5&6 yang menerima ANUGERAH


TERBAIK UPKK

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohamad Fairudin bin Zakaria atas
kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

ANUGERAH Majlis diteruskan lagi dengan dengan acara penyampaian ANUGERAH KHAS.
TERBAIK NILAM Dijemput Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Sobri bin Yusof diiringi Cikgu
Muhammad Ehsan bin Embong untuk tampil menyampaikan anugerah. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penerima Anugerah Terbaik Nilam bagi tahap 1 ialah ………

Penerima Anugerah Terbaik Nilam bagi tahap 2 ialah………..

TAHNIAH DIATAS PENCAPAIAN ……….DAN……….

PENYAMPAIAN
ANUGERAH Hadirin dan hadirat sekalian.
KHAS TOKOH Majlis diteruskan lagi dengan dengan penyampaian ANUGERAH UTAMA iaitu
MURID anugerah TOKOH MURID.

~~~~~~~~~~~~~~(rujuk lampiran bagi biodata)~~~~~~~~~~~~~~~`

Anugerah TOKOH KURIKULUM disandang oleh MOHAMAD AIMAN BIN


MOHAMAD SHAFELI

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Mohd Sobri
bin Yusof, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jongok Batu untuk menyampaikan
anugerah Tokoh kepada MOHAMAD AIMAN BIN MOHAMAD SHAFELI.

Tahniah kepada penerima anugerah tokoh murid. Semoga MOHAMAD AIMAN


BIN MOHAMAD SHAFELI dapat melakar kejayaan dalam setiap langkah yang
diambil.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Sobri bin Yusof atas kesudian
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH SKJB 2022

menyampaikan anugerah itu tadi.

PERSEMBAHAN Sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah kita sama- sama menghayati
PENUTUP persembahan dari murid-murid tahun 6. Pentas ini merupakan persembahan
TAHUN 6 terakhir mereka buat warga Sekolah Kebangsaan jongok Batu.

Mereka akan mempersembahkan 2 buah lagu iaitu Memori Tercipta dan In


This Moment
Dipersilakan..

Berikan tepukan gemuruh kepada persembahan murid tahun 6 yang baru saja
berlalu.

Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi maka berakhirlah sudah MAJLIS


APRESIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan Jongok Batu
bagi sesi tahun 2021/2022.

Diharap agar murid-murid boleh memberikan komitmen dan berusaha dengan


lebih baik lagi bagi tahun yang mendatang. Syabas diucapkan kepada semua
penerima anugerah.

Terima kasih diucapkan kepada guru besar, barisan guru penolong kanan, guru-
guru serta hadirin sekalian. Ampun maaf dipinta sekiranya sepanjang majlis ini
berlangsung terdapat cacat celanya. Sekian terima kasih.

You might also like