Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU

KHAS, 56000 KUALA LUMPUR


UNIT KOKURIKULUM

Nama Pelajar DANUSHA A/P E MOORTHY

Angka Giliran 2021172340094

No Kad Pengenalan 020520011212

Kumpulan/Unit PT2S3-14

Kod Kursus MPU3081

Nama Kursus PENGURUSAN PERSATUAN

Nama Pensyarah PUAN NIK SUZANA BINTI NIK MAT

Tarikh Hantar 1 JULAI 2023

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: danusha Tarikh: 1 JULAI 2023

Markah:

i
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN LOBAK

70200 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

PENUBUHAN PERSATUAN ANTI DADAH

ANJURAN:

PERSATUAN DAN PERSATUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN


LOBAK

DISEDIAKAN OLEH:

ii
DANUSHA A/P E MOORTHY

GURU PENASIHAT

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka Surat


1.0 Pengenalan 1
2.0 Tujuan 1
3.0 Objektif 1-2
4.0 Rasional 2
5.0 Misi 2
6.0 Visi 2
7.0 Logo dan Perincian 2
8.0 Lagu 2-3
9.0 Moto 3
10.0 Perancangan dan pelaksanaan 3
11.0 Carta Organisasi 3-4
12.0 Tugas Jawatankuasa 5-7
13.0 Perlembagaan dan Peraturan 7
14.0 Perancangan AKtiviti dan Takwim 7-10
15.0 Anggaran Perbelanjaan Persatuan Anti Dadah 10
16.0 Sumber Kewangan 10
17.0 Carta Alir Penubuhan Persatuan 11
18.0 Surat Penubuhan 11
19.0 Surat Sokongan Penasihat dan Penolong Kanan 11

Kokurikulum
20.0 Penutup 11-12

RUJUKAN

LAMPIRAN

iii
1.0 Pengenalan

Persatuan yang sesuai ditubuhkan untuk murid-murid tahun 4 Sekolah Jenis


Kebangsaan Tamil ialah Persatuan Anti Dadah. Penubuhan Persatuan Anti Dadah
merupakan suatu inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti murid sebagai
insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum
(Ab. Halim, 2004). Penubuhan tersebut juga selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan generasi muda yang sihat dari segi jasmani, rohani,
emosi, intelek dan juga sosial bagi melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
maju (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Penubuhan persatuan ini pada dasarnya
adalah untuk mendedahkan murid dengan pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan
memupuk semangat perpaduan di dalam diri mereka. Selain itu, persatuan ini juga
berperanan meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan
melibatkan mereka secara langsung dalam usaha memerangi dadah. Persatuan ini juga
dapat membantu murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan
bermanfaat pada masa lapang. Aktiviti-aktiviti Persatuan Anti Dadah ini membolehkan
penglibatan murid bagi menimbulkan rasa semangat berkumpulan, kemahiran
menghadapi cabaran, rasa prihatin terhadap komuniti setempat serta mengelakkan diri
daripada terjebak dalam gejala negatif.

2.0 Tujuan

Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk:

• Menyedarkan murid sekolah mengenai bahaya penyalahgunaan najis dadah


serta bahan seumpamanya melalui penglibatan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan.
• Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan
Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
• Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkahlaku positif dan
mengamalkan nilai-nilai murni.

1
3.0 Objektif

Di akhir program ini, murid dapat:

• Menyedari tentang keburukan dadah dan melibatkan diri dalam program


pencegahan dadah.
• Menyebarkan maklumat bahaya dadah bagi mencegah mereka khususnya
murid-murid daripada terlibat dengan gejala ini.
• Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran murid, guru dan warga
sekolah dalam usaha memerangi dadah.
• Mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah
lagi.

• Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada
dadah.
• Menanamkan perasaan jijik dan jelik di kalangan warga sekolah terhadap
dadah. • Menyemai perasaan peduli dan prihatin terhadap masyarakat setempat
dalam diri murid.
• Membangunkan watak dan imej diri murid dengan penerapan nilai-nilai positif
dan berdisiplin.

4.0 Rasional

• Menyedari bahawa mencegah dadah adalah tanggungjawab dan amanat serta


merupakan satu ibadah yang perlu dipikul dan dilaksanakan olehsetiap
warganegara Malaysia.
• Menjadi platform untuk mendedahkan tentang keburukan pengambilan dadah.

5.0 Visi

Murid sekolah bebas daripada ancaman dadah.

2
6.0 Misi

Melahirkan murid yang bebas dadah melalui Persatuan Anti Dadah yang bersepadu
dan menyeluruh daripada aspek pembangunan sahsiah.

7.0 Logo dan Perincian

• Tanda racun melambangkan bahaya pengambilan najis dadah.

• Gambar ubat-ubatan mewakili bahan najis dadah yang bahaya.

• Warna kuning memberi kesan kegembiraan,ketenangan dan keceriaan. Ia juga


memberi erti kehangatan dan rasa bahagia dan seolah ingin menimbulkan rasa
semangat.
• Bentuk bulat mewakili kemahiran menyeluruh yang dapat membentuk persatuan
ini sendiri.
• Menggunakan bentuk dan saiz font yang bersesuaian yang mampu menarik
perhatian murid-murid.

8.0 Lagu

Usah Biarkan Masa Berlalu Pergi

Dalam meniti ranjau berduri

3
Wawasan negara kekal waja bina bersama

Harapan semua…

Anak-anak Bangsa

Kami Sihat Kami Hebat

Kami Kuat Kami Tekad

Tanpamu, Hidup Bebas Merdeka

Tanpamu, Hidup Riang Cemerlang


Tanpamu, Nusa Bangsa Gemilang
Tanpamu, Negara pasti Terbilang

Kita Bersatu

Kita Berpadu

Katakan…Laungkan…

Hidup Cemerlang Tanpa Dadah

9.0 Moto

Kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

10.0 Sasaran

- Semua pelajar tahun 4

- Semua guru SJK(T) Jalan Lobak

11.0 Perancangan dan Pelaksanaan

4
• Persatuan adalah tertakluk semua peraturan dan undang-undang yang telah
dikeluarkan oleh Kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan
Sekolah.
• Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh persatuan berdaftar dibawah pihak
sekolah.
• Objektif persatuan akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan
sambil belajar dan aktiviti praktikal di sekolah.

12.0 Carta Organisasi

Jawatankuasa Penaja

Penaung : Pn. Kannagi A/P Raju (Guru Besar)

Penasihat : En. Kumar A/L Mani (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Guru Penasihat : Danusha A/P E Moorthy

Jawatankuasa Persatuan

Pengerusi : Parvathy A/P Suppiah


Naib Pengerusi : Megalahdevi A/P Segran
Setiausaha : Danusha A/P E Moorthy
Naib Setiausaha : Shivanraj A/L Kugan
Bendahari : Rajavannan A/L Murugaiah
Naib Bendahari : Thegeshwari A/L Manivannan

Ahli Jawatankuasa:
(i) AJK Publisiti : Siti binti Adib Hussein
(ii) AJK Dokumentasi : Rishantiny A/P Raman
(iii) AJK Peralatan : Suresh A/L Vengaladasalam
(iv) AJK Kebersihan dan Keselamatan : Kaviyarasu A/L Satish

5
13.0 Tugas Jawatankuasa

Pengerusi

• Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat.
• Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.
• Memberikan arahan yang jelas kepada ahli jawatankuasa dalam melaksanakan
tugas atau aktiviti.

Naib Pengerusi

• Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

• Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.

Setiausaha

• Menguruskan hal-hal surat-menyurat.


• Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan-laporan
kegiatankegiatan dalam Persatuan.
• Mencatat kehadiran ahli.

• Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

• Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti Persatuan.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.

6
Naib Setiausaha

• Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

• Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.

Bendahari

• Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.

• Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan


bertanggungjawab di atas kesahihannya.
• Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
• Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya. • Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.
• Menyimpan semua resit dan buku rekod wang keluar masuk.

Penolong Bendahari

• Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.

Ahli Jawatankuasa Publisiti

• Memilih tema berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

7
• Melekatkan notis pengumuman pada papan kenyataan yang khususnya
disediakan bagi Persatuan Anti Dadah.
• Menghias segmen Persatuan Anti Dadah pada papan kenyataan.

• Melekatkan laporan aktiviti pada papan notis.

Ahli Jawatankuasa Dokumentasi

• Mengambil gambar pada setiap perjumpaan atau aktiviti persatuan.

• Membuat dokumentari yang lengkap berdasarkan segala aktiviti yang


dilaksanakan pada setiap perjumpaan persatuan.

Ahli Jawatankuasa Peralatan

• Menyenaraikan alatan yang hendak disimpan untuk perjumpaan atau aktiviti.

• Menyediakan alatan yang hendak digunakan.

• Memastikan alatan dalam keadaan yang sempurna dan tidak hilang.

Ahli Jawatankuasa Kebersihan dan Keselamatan

• Membuat jadual bertugas untuk membersihkan dan mengemas tempat


perjumpaan.
• Memastikan keadaan tempat perjumpaan dalam keadaan bersih, kemas dan
teratur sebelum dan selepas perjumpaan diadakan.
• Memastikan keselamatan individu dan sekeliling semasa aktiviti.

• Menyediakan peti kecemasan semasa membuat aktiviti luar.

14.0 Perlembagaan dan Peraturan

8
*Rujuk Lampiran 1

15.0 Perancangan Aktiviti dan Takwim

PERJUMPAAN TARIKH/HARI AKTIVITI PENERANGAN

1 11/1/2023 - Mesyuarat - Melantik


jawatankuasa
(Rabu) Agong
pelajar dan
- Sesi suai kenal
berbincang
mengenai tugasan.
- Sesi berkenalan
bersama ahi
persatuan.

2 8/2/2023 Pengenalan kepada - Memperkenalkan


persatuan Anti
(Rabu) Persatuan Anti Dadah
Dadah dan tujuan
menubuhkan
persatuan ini.
- Menerangkan visi
dan misi serta
moto persatuan.

9
3 8/3/2023 Buku skrap anti dadah - Cara penyediaan
buku skrap akan
(Rabu)
diterangkan.
- Setiap ahli perlu
melengkapkan
buku skrap
dengan aktiviti
yang dilakukan
pada setiap
minggu.
- Buku skrap akan
dikumpul pada
perjumpaan akhir.
4 5/4/2023 Pameran Memperkenalkan bahan
yang mengandungi
(Rabu)
dadah kepada ahli
persatuan.
5 10/5/2023 Lawatan sambil - Lawatan sambil
belajar ke pusat
(Rabu) belajar
pemulihan dadah

supaya memberi
impak kesedaran
tentang bahaya
najis dadah.
- Melibatkan semua
ahli persatuan dan
mendapat
sokongan pihak
sekolah.
6 14/6/2023 Ceramah Anti Dadah Menjemput seorang pakar
(pakar pemulihan pemulihan dadah bagi
(Rabu)
dadah) memberi ceramah
mengenai sebab-sebab
dan kesan-kesan
pengambilan dadah serta

10
cara pemulihannya.
7 12/7/2023 Minggu Sekolah - Mengadakan
pertandingan
(Rabu) Bebas Dadah
seperti menceriakan
sudut PPDa,
membuat buku
skrap,
pertandingan silang
kata dan
pertandingan
melukis poster.
- Melibatkan semua
pelajar sekolah.

8 9/8/2023 Pertandingan kuiz Anti Kuiz pencegahan dadah


untuk menilai tahap
(Rabu) Dadah
kesedaran dan
pengetahuan murid-murid
sekolah mengenai dadah.
9 13/9/2023 - Jamuan - Sebagai penutup
dan kepada aktiviti
(Rabu)
penyampaian tahunan
hadiah. Persatuan.
-
Membuat Mengeratkan
-
refleksi hubungan antara
jawatankuasa dan
ahli Persatuan.
- Penyampaian
cenderamata dan
hadiah bagi
pertandingan
lepas.

*Semua ahli Persatuan diwajibkan mengambil bahagian dalam semua aktiviti


yang dianjurkan oleh ahli Persatuan. Kehadiran akan dicatat.

11
16.0 Anggaran Perbelanjaan Persatuan Anti Dadah

Bil. Perkara Tarikh Bahan Jumlah (RM)


1 Ceramah dan pameran 13/5/2023 RM100
2 Cenderahati kepada 13/5/2023 Buah + Bakul RM60

penceramah
3 Amali 3/6/2023 Sewa litar lalu RM300
lintas
4 Lawatan sambil belajar 24/6/2023 Perkhidmatan RM250

bas dan

makanan
5 Khidmat masyarakat 26/8/2023 Cat RM100
RM810

17.0 Sumber Kewangan

Bil. Sumber Kuantiti Jumlah (RM)


1. Yuran Persatuan Keselamatan Jalan RM5 (Tahunan) x 40 RM200
orang
Raya
2. Sumbangan Guru Penasihat RM30 x 6 orang RM180
3. Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan RM100 RM100

Guru (PIBG)
RM480

18.0 Carta Alir Penubuhan

12
*Rujuk Lampiran 2

19.0 Surat Penubuhan

*Rujuk Lampiran 3

20.0 Surat Sokongan Penasihat dan Penolong Kanan Kokurikulum

*Rujuk Lampiran 4

21.0 Penutup

Kesimpulannya, penubuhan persatuan Anti Dadah merupakan satu perkara yang


bernilai bagi pihak sekolah bagi memberi impak kesedaran tentang bahaya najis dadah
serta membangunkan watak dan imej diri murid dengan penerapan nilai-nilai positif dan
berdisiplin. Jadi kami berharap agar pihak sekolah dapat mempertimbangkan keputusan
yang sewajarnya. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh Disokong oleh

danusha _____________________

(DANUSHA A/P E MOORTHY) (EN. KUMAR A/L MANI)

Guru Penasihat, Penolong Kanan Kokurikulum,

Persatuan Anti Dadah, SJK(T) Jalan Lobak,

SJK(T) Jalan Lobak, 70200 Seremban.

70200 Seremban.

13
Diluluskan oleh

_______________________

(PN. KANNAGI A/P SUBRAMANIAM)

Guru Besar, SJK(T)


Jalan Lobak,
70200 Seremban.

LAMPIRAN 1

14
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ANTI DADAH

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN LOBAK

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1) (a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No.41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh
21hb Mei 1996, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan)
Persatuan Anti Dadah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Lobak yang selepas ini
disebut sebagai “Persatuan Anti Dadah” sahaja.
PERKARA 1: NAMA DAN ALAMAT PERSATUAN

a. Nama persatuan : Persatuan Anti Dadah Sekolah Jenis


Kebangsaan Tamil Jalan Lobak.

b. Alamat : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan


Lobak, 70200, Seremban, Negeri
Sembilan.

PERKARA 2: MATLAMAT

a. Menyediakan proses pembelajaran secara informal bagi


pelajar.

b. Memberi keseimbanagn kepada pendidikan formal dalam


domain kognitif, afektif, psikomotor dan intelek, rohani,
jasmani dan emosi pelajar.

c. Memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman yang


baru supaya mereka lebih bersedia apabila meninggalkan
bangku sekolah dan membandung mereka daripada terlibat

dengan aktiviti yang tidak bermoral dan antisosial.

15
PERKARA 3: OBJEKTIF

a. Menyedari tentang keburukan dadah dan melibatkan diri


dalam program pencegahan dadah.
b. Menyebarkan maklumat bahaya dadah bagi mencegah
mereka khususnya murid-murid daripada terlibat dengan
gejala ini.
c. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
murid, guru dan warga sekolah dalam usaha memerangi
dadah.
d. Mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal
peringkat prasekolah lagi.
e. Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan
menjauhkan diri daripada dadah.
f. Menanamkan perasaan jijik dan jelik di kalangan warga
sekolah terhadap dadah.

PERKARA 4: KEAHLIAN

a. Keahlian persatuan ini terbuka kepada semua pelajar tahun


4 yang menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan
Lobak.
b. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang
disediakan.
c. Setiap ahli yang diterima, dikenakan bayaran yuran
sebanyak RM 15 sebulan
d. Setiap ahli persatuan mestilah sentiasa berusaha
melaksanakan tujuan dan matlamat persatuan dengan
mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan oleh persatuan.
e. Setiap ahli persatuan berhak memilih dan dipilih untuk
memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

PERKARA 5: GURU PENASIHAT

16
a. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

b. Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam


perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
c. Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahliahli
semasa aktiviti dijalankan.

PERKARA 6: JAWATANKUASA PERSATUAN

a. Ahli jawatankuasa kerja persatuan terdiri daripada,


Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong
Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari.
b. Jawatankuasa ini dipilih dalam mesyuarat agung persatuan.

c. Ahli yang tidak hadir layak dicalonkan sebagai Ahli


Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi
perlu menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai
Ahli Jawatankuasa.
d. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

e. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat


tanpa mengadakan mesyuarat.

PERKARA 7: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

a. Pengerusi

• Mempengerusikan semua mesyuarat dan


bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
• Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.
• Memberikan arahan yang jelas kepada ahli jawatankuasa
dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.

b. Naib Pengerusi

17


Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi.
Mempengerusikan mesyuarat semasa
ketiadaan pengerusi.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari semasa ke semasa.

c. Setiausaha

• Menguruskan hal-hal surat-menyurat.

• Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/


laporanlaporan kegiatan-kegiatan dalam Persatuan.
• Mencatat kehadiran ahli.

• Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

• Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti Persatuan.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari semasa ke semasa.

d. Naib Setiausaha

• Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas


dan tanggungjawabnya.
• Menjalankan tugas setiausaha sewaktu
ketiadaan setiausaha.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari semasa ke semasa.

e. Bendahari

• Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan

18


Persatuan.

• Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua


perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
kesahihannya.
• Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
• Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan
serta menandatanganinya.
Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.
• Menyimpan semua resit dan buku rekod wang keluar
masuk.

f. Penolong Bendahari

• Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan


Bendahari.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari semasa ke semasa.

g. Ahli Jawatankuasa Publisiti

• Memilih tema berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

• Melekatkan notis pengumuman pada papan kenyataan


yang khususnya disediakan bagi Persatuan Anti Dadah.
• Menghias segmen Persatuan Anti Dadah pada papan
kenyataan.
• Melekatkan laporan aktiviti pada papan notis.

19


h. Ahli Jawatankuasa Dokumentasi

• Mengambil gambar pada setiap perjumpaan atau aktiviti


persatuan.
• Membuat dokumentari yang lengkap berdasarkan segala
aktiviti yang dilaksanakan pada setiap perjumpaan
persatuan.

i. Ahli Jawatankuasa Peralatan

• Menyenaraikan alatan yang hendak disimpan untuk


perjumpaan atau aktiviti.
• Menyediakan alatan yang hendak digunakan.

• Memastikan alatan dalam keadaan yang sempurna dan


tidak hilang.

j. Ahli Jawatankuasa Kebersihan dan Keselamatan Membuat


jadual bertugas untuk membersihkan dan mengemas tempat
perjumpaan.
Memastikan keadaan tempat perjumpaan dalam keadaan
bersih, kemas dan teratur sebelum dan selepas
perjumpaan diadakan.
• Memastikan keselamatan individu dan sekeliling semasa
aktiviti.
• Menyediakan peti kecemasan semasa membuat aktiviti
luar.

k. Pemeriksa kira-kira

• Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan


Kewangan tahunan dan bertanggungjawab keatasnya.
• Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

20


PERKARA 8: KEWANGAN

a. Yuran

- Yuran pendaftaran RM 5 sahaja

- Yuran tahunan RM 5 sahaja

b. Ahli biasa

- Ahli-ahli Persatuan yang bersetuju menyertai aktiviti yang


memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan drama
khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
- Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui
aktiviti.
- Semua penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun
SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Guru
Besar.

c. Sumber kewangan

- Peruntukan dari pihak sekolah sebanyak RM500.

21
- Sumbangan rasmi PIBG sebanyak RM600.

- Sumbangan guru penasihat sebanyak RM100 seorang.

d. Syarat peruntukan

- Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan berikut bagi


peraturan ini, wang Persatuan boleh digunakan untuk
perkara-perkara berfaedah bagi menjalankan tujuan-
tujuan Persatuan termasuklah belanja Persatuan.
- Wang Persatuan tidak boleh digunakan untuk kepentingan
jawatankuasa seperti membayar denda ahli yang
dijatuhkan oleh mahkamah atau sebagainya.
- Bendahari bolehlah menyimpan wang runcit ditangan
tidak lebih daripada RM200.00 (Ringgit: Dua ratus ringgit
sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada
jumlah itu mesti disimpan di dalam bank yang telah
dipersetujui oleh jawatankuasa. Akaun bank hendaklah
atas nama
Persatuan.

- Segala cek-cek atau sebarang kenyataan pengeluaraan


wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangi
oleh dua daripada tiga orang yang terdiri daripada
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Persatuan.
- Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 (RM lima
ratus ringgit sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh
dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh mesyuarat
jawatankuasa.
- Penyata wang yang diterima dan dibelanja berserta
imbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan
oleh
Bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira.

22
PERKARA 9: KEHADIRAN/PENYERTAAN

- Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang


dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
- Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturutturut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong
markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

PERKARA 10: MESYUARAT

a. Persatuan ini boleh mengadakan dua jenis mesyuarat iaitu


Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung.
b. Mesyuarat Agung Tahunan persatuan ditetapkan oleh
jawatankuasa kerja dan tidak lewat daripada bulan Januari setiap
tahun.
c. Menimbang dan mengesahkan laporan tahunan, penyata
kewangan, anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang telah
diperakui oleh Jawatankuasa Kerja dan membahas usul-usul.
d. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dijalankan mengikut
agenda:
- Melantik pengerusi mesyuarat (jika perlu)

- Menerima dan mengesahkan peringatan Mesyuarat Agung


yang lepas.
- Menerima penyata kewangan.

- Menerima laporan tahunan

- Meluluskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan.


- Memilih jawatankuasa

- Memilih pemeriksa kira-kira atau juruaudit. - Membincangkan


usul-usul dan cadangan (jika ada) - Ucapan penangguhan.
e. Mesyuarat Agung Khas / Tergempar / Luar Biasa boleh diadakan
apabila:
- Satu pertiga (1/3) daripada ahli jawatankuasa kerja
memikirkan perlu diadakan mesyuarat.

23
- Satu pertiga (1/3) daripada ahli persatuan secara bertulis
meminta supaya mesyuarat ini diadakan.
- Permintaan untuk mengadakan mesyuarat ini berasaskan
alasan-alasan yang munasabah dan mesyuarat ini hanya
membincangkan agenda itu sahaja.
- Notis dan cadangan mengadakan mesyuarat ini diedarkan
oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
mesyuarat tersebut diadakan.
f. Koram Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung
Khas/Tergempar/Luar Biasa ialah sekurang-kurangnya satu
pertiga (1/3) daripada bilangan ahli persatuan.
- Mesyuarat Jawatankuasa Kerja perlu diadakan tiga bulan
sekali.
- Notis panggilan mesyuarat dikeluarkan oleh setiausaha dan
diberitahu kepada Jawatankuasa sekurang-kurangnya 19 hari
sebelum diadakan mesyuarat tersebut.

PERKARA 11: AKTIVITI

a. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung


atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
b. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat
dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERKARA 12: PERATURAN-PERATURAN

a. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

b. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oeh


semua ahli.
c. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan
tatatertib.

PERKARA 13: TINDAKAN DISIPLIN


a. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan
dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

24
b. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

- Amaran lisan

- Amaran bertulis

c. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasit persatuan secara bertulis
dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERKARA 14: WAKTU PELAKSANAAN

a. Setiap hari Rabu pada pukul 2.30 petang.

Nota: Waktu tidak tetap dan tertakhluk kepada sebarang


perubahan.

PERKARA 15: LOKASI PERJUMPAAN

a. Perjumpaan akan diadakan di kelas tahun 5 Bestari Sekolah


Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Lobak.

PERKARA 16: PINDAAN PERLEMBAGAAN

a. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah


sehingga ia dipinda.
b. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,
ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah
secara bertulis.
c. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan
Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan
tersebut dan meluluskannya jika perlu.
d. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan
dan disahkan oleh Guru Besar.

PERKARA 17: PEMBUBARAN

25
a. Persatuan ini boleh dibubarkan dengan kehendak dua
pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang sah secara bertulis
dan mendapat persetujuan daripada Pengetua sekolah.
b. Apabila persatuan terpaksa dibubarkan, maka segala
hutang piutang yang menjadi tanggungjawab persatuan
hendaklah diselesaikan oleh seluruh ahli semasa.
c. Jika ada harta benda yang lebih, ianya diserahkan kepada
pihak sekolah untuk tindakan sewajarnya mengikut budi
bicara Pengetua sekolah.

PERKARA 18: HAL-HAL LAIN

a. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap


aktiviti yang dijalankan.
b. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan
penuh minat.

................................................. .............................................

(PARVATHY A/P SUPPIAH) (DANUSHA A/P E MOORTHY)

Pengerusi, Penasihat,

Persatuan Anti Dadah, Persatuan Anti Dadah,

SJK(T) Jalan Lobak, SJK(T) Jalan Lobak,

Negeri Sembilan. Negeri Sembilan.

................................................. ...................................................

26
(DANUSHA A/P E MOORTHY) (RAJAVANNAN A/L MURUGAIAH)

Setiausaha, Bendahari,

Persatuan Anti Dadah, Persatuan Anti Dadah,

SJK(T) Jalan Lobak, SJK(T) Jalan Lobak,

Negeri Sembilan. Negeri Sembilan.

LAMPIRAN 2

27
LAMPIRAN 3

28
Surat Penubuhan

DANUSHA A/P E MOORTHY,

Setiausaha,

Jawatankuasa Penaja Persatuan Anti Dadah,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Lobak,

70200 Seremban,

Negeri Sembilan.

Guru Besar,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Lobak,

70200 Seremban,

Negeri Sembilan. Tarikh: 4 Dec 2022

Tuan/Puan,

Permohonan Menubuhkan Persatuan Anti Dadah Sekolah Jenis Kebangsaan


Tamil Jalan Lobak.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan


Persatuan Anti Dadah yang bermesyuarat 4 November 2022 telah mempersetujui

29
penubuhan Persatuan ini. Permohonan ini juga merujuk kepada Peraturan 4 dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41,
Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998.
3. Antara matlamat utama penubuhan Persatuan ini adalah bertujuan untuk
menyebarkan maklumat bahaya dadah bagi mencegah mereka khususnya
muridmurid daripada terlibat dengan gejala ini. Sehubungan itu, bersama-sama ini
dikemukakan Kertas Cadangan Penubuhan Persatuan Anti Dadah bagi rujukan
pihak tuan.

4. Pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon


pertimbangan untuk meluluskan dan membenarkan penubuhan persatuan ini di
sekolah dengan menggunakan undang-undang dan peraturan sedia ada.

5. Sekian, di atas pertimbangan dan jasa baik tuan, diucapkan ribuan terima
kasih.

Saya yang menurut perintah,

danusha

(DANUSHA A/P E MOORTHY)

Guru Penasihat, Persatuan


Anti Dadah,
SJK(T) Jalan Lobak.

30
LAMPIRAN 4

Sokongan Penasihat Persatuan Anti Dadah

Dengan ini saya bersetuju/tidak bersetuju dengan penubuhan Persatuan Anti Dadah SJK(T)
Jalan Lobak kerana

............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
Disokong oleh:

....................................

(DANUSHA A/P E MOORTHY)

Penasihat,

Persatuan Anti Dadah,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Lobak.

*potong yang tidak berkenaan

Sokongan Penolong Kanan Kokurikulum

Dengan ini saya bersetuju / tidak bersetuju dengan penubuhan Persatuan Badminton
Sekolah Kebangsaan Tamil Jalan Lobak dan memberi tanggungjawab kepada Encik Sulaiman
bin Osman untuk mengurus Persatuan ini kerana

............................................................................................................................................

31
............................................................................................................................................

Disokong oleh:

....................................

(EN. KUMAR A/L MANI)

Penolong Kanan Kokurikulum,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Lobak.

*Potong yang tidak berkenaan

Kelulusan Guru Besar

Dengan ini saya bersetuju /tidak bersetuju dengan penubuhan Persatuan Badminton

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Lobak kerana

.....................................................................................................................................

.....................................................................................................................................
Diluluskan oleh

.............................................

(PN. KANNAGI A/P RAJU)

Guru Besar,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Lobak.

*Potong yang tidak berkenaan

32
LAMPIRAN 5

NOTIS MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN PENYELAMAT MUDA

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JALAN LOBAK,

70200 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN.

_________________________________________________________________________

Rujukan Kami: PPT SJKTT 18/02/2023 ( )

Tarikh: 25 Februari 2023

33
Kepada,

Semua ahli

Persatuan Anti Dadah,

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Lobak,

70200 Seremban,

Negeri Sembilan.

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENYELAMAT MUDA KALI KE-1

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Penyelamat Muda SJK(T) Jalan
Lobak akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 8 hb Januari 2023 Masa : 2:00 petang Tempat : Dewan


SJK(T) Jalan Lobak

2. Tuan/puan sebagai Ahli Persatuan Penyelamat Muda SJK(T) Jalan Lobak dengan
segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Berikut disertakan aturcara/
agenda mesyuarat tersebut bagi rujukan tuan/puan.

a) Ucapan Pengerusi

b) Lantikan Ahli Jawatankuasa

c) Pembentangan Perlembangaan

d) Hal-hal lain

e) Ucapan Penangguhan

3. Bersama-sama ini disertakan borang persetujuan kehadiran dan cadangan / usul jika
ada. Sila lengkapkan borang tersebut dan kembalikan kepada Setiausaha Persatuan Anti
Dadah selewat-lewatnya pada 26 Mac 2023. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi

34
menjana kecamerlangan persatuan ini. Jutaan terima kasih diucapkan atas erjasama pihak
tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas, Disahkan Oleh,

…………………………………………… ……………………………………………
(DANUSHA A/P E MOORTHY) (Pn. Kannagi A/P Raju)

Setiausaha Guru Besar

Persatuan Anti Dadah, SJK(T) Jalan Lobak,


Negeri Sembilan.
SJK(T) Jalan Lobak.

LAMPIRAN 6

35
PERSATUAN ANTI DADAH

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN LOBAK

BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN ANTI DADAH

36
RUJUKAN

Ab. Halim. (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Amir Hamzah Aman. (2014). Pengurusan Kokurikulum. Penerbitan Multimmedia Sdn.


Bhd.

Azimah Ahmad (2007). Faktor Utama Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Luar Bandar. Laporan Penulisan Ilmiah Dikemukakan Bagi Memenuhi Sebahagian
Daripada Syarat Untuk Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan
Kepujian (Sains). Fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Buku panduan pengurusan aktiviti


kokurikulumsekolah rendah dan sekolah menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Mohamad Amir, Ahmad Fathul. 2018. Simbol Logo dan Pengertian.

https://pemadam.org.my/main/logo-peserta/

Mok Soon Sang. (2008). Pengurusan Kokurikulum dan Pendidikan Sukan. Utusan
Publicaion & Distributor.

Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Nurul Ilani. (2017). Panduan penyediaan kertas kerja. Sunankaen Publication.

Tan Key Lim. (2010). Pengurusan kokurikulum. Kumpulan Budiman.

37
Tam Yeow Kwal. (2010). Pengurusan Kokurikulum. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Teik Seng Kung. (2010). Pengurusan Kokurikulum dan Hubungannya dengan Tahap
Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

38

You might also like